Archive | September 2012

Bekas Askar Perang Dunia Kedua merakamkan Imej Misteri di Sandakan..

Oleh: takusahrisau

Major bersara John Tulloch terkejut apabila imej yang dirakamkan beliau pada tahun 2010 di Borneo memberi penampakan yang menyeramkan. Imej putih yang muncul dalam kamera seakan-akan membentuk rangka manusia yang berbaris.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Insiden ini berlaku semasa Major John Tulloch melawat kembali laluan yang terkenal dengan tragedi Sandakan Death March. Tragedi Sandakan Death March berlaku pada tahun 1945 apabila tentera Jepun memaksa 2,400 orang tentera Bersekutu yang kebanyakan tentera Australia dan 3,600 orang buruh paksa Indonesia. Daripada 6,000 berkawat daripada Sandakan ke Ranau, hanya 6 orang sahaja yang selamat, itupun disebabkan oleh hasil ikhtiar mereka untuk melepaskan diri.

Keganasan dan kebrutalan Jepun semasa Perang Dunia Kedua sangat diketahui. Insiden serupa turut sama berlaku di Filipina. Insiden yang dikenali Bataan Death Marchmenyebabkan 650 orang tentera Amerika Syarikat dan 10,000 warga Filipina kehilangan nyawa sebelum mereka sempat menjejakkan kaki ke Camp O’Donnell.

Mengulas mengenai imej yang dirakamkan beliau ini, Major John Tulloch merakamkannya daripada dalam kereta jenis 4WD. Pada asalnya, beliau menganggap ia adalah hasil refleksi daripada tuala yang diletakkan di atas dashboard.

Sumber: Dailymail

_______________________

Segalanya lebih menarik di

(Gambar) Foto WW2 yang mengujakan!

Gambar-gambar Perang Dunia ke-2 yang tidak pernah tersiar di Akhbar dan Majalah!

Beberapa perkara yang perlu Pembaca tahu mengenai Jerman era Nazi!

 

 

 

(Gambar) Budaya Cina Mengikat Kaki..

oleh: takusahrisau

Budaya Cina yang mengamalkan pengikatan kaki bagi wanita diamalkan secara meluas di China sejak zaman berzaman. Budaya ini dipercayai bermula 2000 tahun sebelum masihi iaitu semasa pemerintahan Dinasti Xia. Bagi kaum Cina, kaum wanita wajar mengikat kaki mereka bagi membezakan status mereka di kalangan masyarakat. Pendapat ketemporari menyatakan bahawa kaum lelaki bangsa Cina zaman lampau menyukai wanita yang berkaki kecil kerana ia melambangkan kecantikan dan kesuburan wanita tersebut.

Tradisi ‘ngeri’ ini melibatkan gadis seawal usia 5 tahun. Kaki mereka dibalut dengan kemas sehingga pada satu ketika, tulang-tulang di bahagian kaki gadis tersebut patah dan merengkok.

Tradisi ini beransur-ansur terhapus menjelang kurun ke-20 iaitu di zaman kolonis British mula melebarkan pengaruh mereka di Tanah Besar China. Penubuhan Republik China pada tahun 1911 menyebabkan ramai wanita mula meninggalkan tradisi kuno ini.

Sehingga ke hari ini, tradisi tersebut tidak lagi dapat dilihat di China. Yang tinggal hanyalah gambar-gambar yang menunjukkan betapa ‘seram’ dan ‘ngeri’ tradisi masyarakat Tionghua ini.

 

 

Penutup dan Permulaan Tembok Besar China..

oleh: takusahrisau

Tembok Besar China diyakini oleh pakar sejarah dunia bahawa ia dibina pada kurun kedua oleh Maharaja pertama China, Shih Huang Di. Shih Huang Di mengerah kudrat rakyat baginda secara kuku besi sehingga ramai yang terkorban sepanjang pembinaannya. Walaubagaimanapun, tiada bukti yang tepat untuk memberitahu di manakah lokasi permulaan projek tersebut berada. Tambah menyukarkan, kesan tembok yang dibina oleh Maharaja Shih Huang Di sudah terhapus ditelan zaman.

Projek ini dipercayai dibina secara mega menjelang pemerintahan Dinasti Ming. Beberapa bahagian tembok yang rosak dan terhakis, dipelihara dan dibina semula. Bahagian yang terputus, disambung untuk membentuk rangkaian tembok yang dapat kita lihat hari ini.

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa tembok besar ini dibina merentasi Tanah Besar China daripada Barat ke Timur. Tembok Besar China turut mempunyai beberapa cabang yang merentasi Tanah Besar China. Terdapat beberapa cabang yang memasuki pendalaman Mongolia.

Titik hujung Tembok Besar China: Shanhai Pass

Tembok hujung ini dibina oleh panglima Dinasti Ming, Xu Da pada 1381. Kemudian, Qi Jiguang membina pusat pertahanan bertembok lengkap dengan tentera bersenjata. Tembok yang dijolok dengan gelaran ‘Old Dragon’s Head’ ini mengadap Laut Bohai di Lautan Pasifik. Ia terletak 300 kilometer daripada Beijing.

Permulaan Tembok Besar China: Jiayuguan Pass

Struktur ini dipercayai dibina pada tahun 1372 semasa pemerintahan Dinasti Ming. Struktur diperkuatkan untuk menahan asakan daripada tentera Timurlane. Miskipun demikian, Timurlane tidak pernah menjejakkan kaki ke Jiayuguan Pass kerana beliau meninggal dunia sejurus sebelum rancangan penggempuran Tembok Besar China dilakukan.

Jiayuguan Pass berada di sebelah Barat China. Ia dibina berhampiran dengan oasis di sebuah kawasan yang tandus di China. Struktur ini amat penting dalam sejarah China kerana pesalah politik yang dibuang negeri akan melalui tembok ini dan tidak akan kembali lagi.

Terdapat lagenda yang berkisar sewaktu pembinaan Jiayuguan Pass. Menurut lagenda tersebut, seorang komander yang bertanggungjawab terhadap pembinaan ini menanyakan kepada arkitek, Yi Kaizhan yang membina struktur ini tentang jumlah sebenar batu bata yang diperlukan.

Arkitek yang sememangnya pakar dan mahir dalam selok belok pembinaan ini memberikan jumlah sebanyak 99,999 biji batu bata. Komander yang ragu-ragu tentang jumlah tersebut memaksa Yi Kaizhan menambah satu lagi biji batu bata. Walaubagaimanapun, selepas siap satu biji batu bata tersisa dan batu bata tersebut diletakkan di menara di Jiayuguan pass. Pantang larang menyebut bahawa jika batu bata tersebut dialihkan, maka menara Jiayuguan Pass akan roboh.

Bagger 288, Jentera Paling Besar di Dunia..

oleh: takusahrisau

Jentera mega yang dikenali sebagai Bagger 288 adalah kenderaan paling besar yang berada di darat. Jentera yang dibina oleh sebuah syarikat Jerman, Krupp digunakan untuk mencari gali arang batu bagi syarikat Rheinbraun.

Jentera ini ternyata begitu besar dengan ketinggian 95 meter tinggi, 215 meter panjang dan seberat 45,500 tan. Ia mengambil masa lima tahun untuk merekabentuk dan lima tahun lagi untuk pembinaan.

Jentera ini mengambil alih status jentera pengangkut Roket milik NASA sejurus ia siap dibina pada 1978.

This slideshow requires JavaScript.

(Video) Misteri..CCTV Rakam Superhuman dan Teleportasi di China!

Oleh: takusahrisau

CCTV di sebuah lokasi di China membuktikan bahawa superhuman dan teleportasi benar-benar berlaku di China. Kejadian ini dirakam pada 5 September 2012 pada jam 3.33 pagi.

Pada pagi yang lengang tersebut, seorang lelaki membawa beca perlahan-lahan melintasi lampu isyarat tanpa menyedari bahawa sebuah van meluru pantas ke arahnya.

Namun begitu, tidak semena-mena datang sekujur lembaga yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar menyelamatkan nyawa beliau yang mana pada ketika itu, jarak lelaki membawa beca tersebut dengan van yang meluru padanya hanya berselang beberapa detik.

Lelaki membawa beca tersebut tiba-tiba muncul di persimpangan  lampu isyarat bertentangan bersama-sama lembaga yang langsung tidak dapat dikenal pasti.

Lelaki tersebut kelihatan cukup trauma manakala pemandu van kelihatan terpinga-pinga.

Kemampuan lembaga tersebut mirip kepada kemampuan hero filem terbitan Hollywood, Jumper(2008). Dalam filem tersebut, hero tersebut dilakonkan oleh Hayden Christensen mampu untuk melakukan teleportasi mengikut kemahuan dirinya.

Walaubagaimanapun, sejauh mana kesahihan rakaman CCTV ini masih belum dapat dipastikan. Jika benar ia berlaku dan dirakam oleh CCTV, dunia perlu sedar bahawa terdapat manusia yang mampu mengatasi hukum alamiah atas kehendak Ilahi. WaAllahualam.

Saksikan rakaman tersebut.

 

 

 

(Gambar) Jentera Militari Yang Aneh Semasa Perang Dunia Pertama..

 Oleh: takusahrisau

Austin Patilov

Pada asalnya, jentera yang dikenali sebagai Austin Patilov adalah jentera perang buatan Britain. Namun, Britain dan syarikat Austin Motor bersetuju untuk membinanya sendiri di negara Rusia. Jentera Austin Patilov yang lengkap dengan dua mesingan dibina di sebuah kilang di St. Petersburg. Austin Patilov mampu bergerak selaju 35 km/j.

Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Garlord-Putilov

Jentera Garlord – Putilov dikeluarkan oleh Rusia semasa Perang Dunia Pertama dengan menggunakan rangka lori yang diimport khas daripada Amerika Syarikat. Jentera Garlord – Putilov bagaimanapun boleh dikatakan gagal dan tidak praktikal terutamanya ketidakmampuannya bergerak pantas kerana dipenuhi dengan kepingan-kepingan besi yang berat. Berat purata jentera unik ini adalah 11 tan dan kelajuan maksimum yang mampu dicapai hanyalah 18 km/j.

Tsar Tank

Mendapat jolokan sebagai Tsar Tank, jentera janggal ini tidak pernah digunakan semasa Perang Dunia Pertama. Apa yang menjadi penghalang adalah kegagalan jentera ini semasa ujian pertama semasa jentera ini masih di peringkat prototaip.

Jentera ini yang memiliki roda yang besar di belakang menyebabkan jentera ini terperangkap di dalam lumpur. Menariknya, ia kekal terperangkap di situ sehingga pada tahun 1927 sebelum ia dileraikan untuk dijadikan besi buruk.

Pierce-Arrow

Jentera Pierce-Arrow adalah adalah antara jentera Anti-Aircraft(AA) yang terawal dibuat. Jentera hebat ini adalah milik Britain dan mula digunakan pada musim luruh 1914. Jentera Pierce-Arrow dilengkapi dengan rifel automatik Vickers Naval 2-pdr yang mampu mendongak 45 sehingga 70 darjah ke langit.

Mark IV

Jentera yang dikenali Mark IV adalah hasil buatan Britain. Ia digunakan secara sepenuhnya pada pertengahan 1917 di Pertempuran Messines Ridge. Jentera Mark IV dikendali oleh 8 orang krew dan mampu bergerak 6.4 km/j. Model Mark IV adalah kesinambungan daripada jentera Mark I, Mark II dan Mark III. Mark IV membawa tiga turet yang mampu memusnahkan mana-mana jentera ringan musuh.

Mesin Boirault

Mesin Boirault adalah jentera paling bermasalah selepas jentera Tsar Tank. Sepertimana Tsar Tank, Mesin Boirault tidak pernah digunakan semasa Perang Dunia Pertama kerana kegagalannya semasa ujian awal. Tujuan pembinaan Mesin Boirault adalah untuk menerombos kawat duri dan bertindak sebagai perisai semasa perang statik.

Mesin Boirault yang dibina oleh jurutera daripada Perancis M. Boirault hanya mampu bergerak 1km/j. Walaubagaimanapun kekurangan paling ketara adalah kesukaran untuk mengawal pergerakannya.

Frot-Laffly

Jentera Frot – Laffly direkabentuk daripada tahun 1914 sehingga Disember 1915 oleh seorang jurutera Perancis bernama Paul Frot. Walaubagaimanapun, jentera ini gagal menambat hati semasa ujian awal dan tidak pernah digunakan semasa Perang Dunia Pertama.

Prototaip jentera ini kemudiannya dijual kepada Britain pada tahun 1915. Tidak lama selepas itu, Britain mengeluarkan model Mark yang diinspirasikan daripada prototaip Frot – Laffly. Model Mark adalah kereta kebal pertama yang digunakan manusia dan dianggap sebagai pencetus kepada pembinaan besar-besaran kereta kebal semasa Perang Dunia Kedua.

Sezaire-Berwick ‘wind wagon’

Sezaire-Berwick ‘wind wagon’ telah mencipta sebuah jentera prototaip menjelang tahun 1915 untuk digunakan sebagai kenderaan berperisai semasa Perang Dunia Pertama. Walaubagaimanapun, kenderaan ini tersenarai sebagai kenderaan yang tidak praktikal dan terpaksa dibekukan pengeluarannya.

Armoured Quadricycle

Sebuah lagi jentera yang tersenarai sebagai jentera yang tidak praktikal adalah Armoured Quadricycle. F.R. Simms(gambar) gagal untuk menarik minat pelabur semasa demostrasi prototaip ciptaan pada Jun 1899.

Jentera ini dilengkapi dengan mesingan jenis Maxim yang mampu menembusi kepingan nipis besi. Namun begitu, ciptan F.R. Simms tetap tidak mampu menambat hati pelabur.

Austro-Daimler Panzerwagen

Jentera Austro-Daimler Panzerwagen adalah jentera berperisai yang memiliki enjin four wheel drive(4WD). Jentera ini memuatkan enjin Austro-Daimler dan rekabentuknya direka oleh anak kepada Gotlieb Daimler, Paul Daimler. Jentera ini dilengkapi dengan turet yang mampu berpusing 360 darjah dan mampu mencapai kelajuan 45 km/j.

Segala-galanya adalah sempurna bagi jentera ini namun ia gagal mendapat tempat di hati pemerintah Jerman-Austria, Emperor Franz Joseph I. Menurut beliau jentera berperisai ini akan menganggu kuda perang tentera Jerman-Austria kerana bunyi enjinnya yang bising.

Jentera ini hanya digunakan sebagai kenderaan pengangkut dan bukannya jentera perang sebagaimana tujuan utama ia dicipta.

Fiat Terni

Jentera yang dikenali sebagai Fiat Terni ini dicipta oleh jurutera daripada syarikat Fiat, iaitu sebuah syarikat permotoran Itali. Ia mula digunakan oleh tentera Itali menjelang akhir tahun 1918 sebagai jentera pengiring dan pembekal peralatan tentera serta amunisi di sempadan.

Autocar

Jentera Autocar adalah jentera perisai jenis ringan milik tentera Kanada. Jentera ini dilengkapi dengan kepingan plat besi setebal 9.5mm yang dibekalkan oleh Bethlehem Steel Corporation. Jentera Autocar mudah dikendalikan dan ringan serta mampu memuatkan paling maksimum 6 krew. Jentera masih terus digunakan miskipun Perang Dunia Pertama telah tamat pada 1918.

Lancia IZM

Jentera Lancia IZM adalah jentera buatan jurutera daripada Itali. Ia digunakan sepenuhnya semasa Perang Dunia Pertama iaitu pada tahun 1916. Jentera ini diiktiraf sebagai jentera berperisai pertama yang dihasilkan oleh jurutera Itali.

Lancia IZM dilengkapi oleh turet berkembar dengan dua mesingan. Jentera ini mampu memecut 60km/j iaitu antara jentera berat yang terlaju pada masa itu.

SAVA

Jentera berperisai SAVA adalah jentera yang dibangunkan oleh tentera Belgium menjelang tahun Oktober 1914. Jentera SAVA dilengkapi dengan turet yang berbentuk kubah yang mampu berpusing 360 darjah. Tanda pengenalan utama jentera SAVA adalah lampu spotlight yang besar di hadapannya.

Schneider CA1

Jentera tempur yang dikenali sebagai Schneider CA1 adalah hasil buatan Perancis dan digunakan sepenuhnya oleh tentera Perancis semasa Perang Dunia Pertama antara tahun 1916 sehingga 1918.

Jentera atau kereta kebal pertama buatan Perancis ini dikendalikan oleh enam orang krew dan berfungsi untuk menembusi kawat berduri di sempadan musuh.

St. Chamond

Jentera atau kereta kebal kedua buatan Perancis adalah St. Chamond. St. Chamond memiliki rekabentuk kereta kebal yang lebih moden dan ketemporari. St. Chamond dianggarkan dibina sekitar 400 buah daripada April 1917 sehingga Julai 1918.

Dengan bentuk yang lebih panjang dan besar, St. Chamond memerlukan sembilan orang krew untuk mengendalikannya.

Seabrook

Komander CR Samson dan beberapa pegawai Eastchurch Squadron, Royal Naval Air Service (RNAS) telah merekabentuk lori yang memuatkan rifel semi-automatik Vickers 3-pounder. Jentera ini kemudiannya dibina oleh Forges et Chantiers de France di Dunkirk dan dihantar ke medan perang pada 16 Oktober 1914.

A7V

Jentera buatan Jerman ini adalah satu-satunya jenis yang digunakan oleh mereka semasa Perang Dunia Pertama. Jerman agak terlewat kerana A7V hanya digunakan pada April 1918 sehingga Perang Dunia Pertama berakhir pada November 1918.

A7V mendapat jolokan ‘kubu bergerak’ kerana rekabentuknya yang dipenuhi dengan kepingan-kepingan besi yang tebal. A7V mampu bergerak sehingga mencapai kelajuan 15 km/j dan dikendalikan oleh 18 orang krew.

 

 

 

___________________________

Segalanya lebih menarik di

(Gambar) Drama semasa Perang Dunia Kedua!

Episod #4: Gambar-gambar Perang Dunia ke-2 yang tidak pernah tersiar di Akhbar dan Majalah!

Episod #3: Gambar-gambar Perang Dunia ke-2 yang tidak pernah tersiar di Akhbar dan Majalah!

Filem – Filem Hollywood Yang Mendedahkan Tragedi 11 September!

Oleh: takusahrisau

 

Bukan satu atau dua atau tiga, tetapi berbelas-belas buah filem Hollywood seakan-akan telah mendedahkan kepada kita semua bahawa tragedi 11 September bakal terjadi sebelum ia benar-benar berlaku pada tahun 2001.  Sedangkan sekian banyak bangunan atau mercu tanda lain yang lebih gah kepada rakyat Amerika seperti Statue of Liberty, bangunan Chrysler dan bangunan-bangunan sekitar Wall Street,  mengapa perlu menfokuskan kepada bangunan berkembar WTC.

Seakan-akan telah berlaku konspirasi ‘pembasuhan minda’ kepada masyarakat dunia melalui filem terbitan Hollywood.

Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Terminator 2: Judgement Day(1991)

Semasa aksi kejar mengejar antara John Connor(Edward Furlong) dan T-800(Arnold Schwarzenegger) dengan T-1000(Robert Patrick), Connor dan T-800 melintasi sebuah jejambat yang tertulis Caution 9-11 !

Enemy of the State(1998)

Edward ‘Brill’ Lyle (Gene Hackman) telah menyatakan secara terperinci tarikh lahir seorang yang bernama Reynold, Thomas Brian yang tepat 9 September.

 

New York Vs Homer Simpson (1997)

Sebuah episod Simpson telah ditayangkan empat tahun sebelum kejadian 11 September. Episod tersebut menyaksikan bagaimana sebuah majalah tertera tulisan ‘New York $9′ dan lukisan menara berkembar WTC di sisi bawah tulisan $9. Secara logiknya, kita boleh kaitkan bahawa New York dengan lokasi kejadian 11 September manakala tulisan $9 dan lukisan menara berkembar WTC yang membentuk nombor ’11’ adalah tarikh kejadian tersebut berlaku.!

Super Mario Bros(1993)

Dalam filem Super Mario Bro, sebuah adegan menyaksikan bangunan bahagian selatan WTC  ‘diruntuhkan’ seakan-akan mengetahui bahawa bangunan tersebutlah yang runtuh terlebih dahulu sebelum menyaksikan bangunan bahagian utara runtuh semasa tragedi 11 September.

 

Godzilla(1998)

Tertera nombor 7: 17: 39: 11 semasa seorang wartawan membuat liputan di dalam helikopter. Kepada sesiapa yang mengetahui hal ini, 717 adalah nombor pesawat Boeing 717 , nombor 3 adalah 3 buah pesawat yang terlibat dalam 11 September manakala 9 11 adalah tarikh kejadian 11 September. Adegan seterusnya melihatkan kepada kita jam seorang pelakon yang menunjukan waktu 8.55, namun ia sebenarnya merujuk kepada nombor pada jarum jam tersebut iaitu 9 dan 11.

 

Gremlim 2(1990)

Dua orang wartawan seakan-akan mendekatkan mikrofon masing-masing yang tertera nombor 9 dan nombor 11.

Armageddon(1998)

Countdown sebelum perlancaran roket ke angkasa tertera nombor 9 dan 11.

Die Hard(1988)

Jelas terpampang bangunan berkembar WTC terbakar. Filem-filem siri Die Hard banyak memberi petanda kejadian 11 September.

Independence Day(1996)

Jeff Goldblum meneliti laptopnya untuk melihat kiraan masa. Kamera close up menunjukkan angka 09 : 11 : 01. Ia menepati tragedi terjadinya peristiwa 11 September 2001.

Traffic(2000)

Sewaktu kain yang membungkus kotak yang dipenuh dadah diselak, tertera angka 911. Apakah kaitannya dengan tragedi 11 September? Sudah tentu ia bermaksud 11 haribulan 9 atau 11 haribulan September(September eleven).

Peacemaker(1997)

Sewaktu aksi kejar mengejar antara aktor George Clooney dan Nicole Kidman dengan penyagak daripada Yugoslavia, terpampang jelas di belakang Clooney papan tanda berangka 9 dan 11.!

 

Matrix(1999)

Passport Neo(Keanu Reeves) tertera tarikh luput 11 September 2001 yang bertepatan dengan tarikh tragedi 11 September iaitu 11 September 2001.

Adakah sekian banyak filem yang menyatakan secara langsung dan tidak langsung ini dipandang remeh kerana menganggap ia adalah kebetulan? Apapun, tepuk dada tanya selera. Selera pembaca yang menentukan adakah ia hanya sebuah kebetulan yang lazim berlaku dalam sesebuah filem atau ia sememangnya telah dirancang untuk merealisasikan agenda ‘pembasuhan minda’ oleh Hollywood.

________________________________

Segalanya lebih menarik di

Mengejutkan..Lukisan yang Seakan-akan Meramalkan Tragedi 11 September!

Oleh: takusahrisau

 

Pelukis amatur, mendiang Will Gardner telah menghasilkan sekeping lukisan yang agak mengejutkan. Mendiang yang telah meninggal dunia tahun lalu(2011) pada usia 78 tahun telah menghasilkan lukisan yang seakan-akan menggambarkan tragedi 11 September.

Willie Gardner

Gardner menurut anaknya, Aileen Gardner, 53 tidak mempunyai sebarang keupayaan psikik dan kelebihan deria keenam. Namun, lukisan yang dihasilkan beliau benar-benar mengejutkan dunia. Lukisan yang dihasilkan 13 tahun lalu iaitu pada tahun 1988 berlatar belakangkan dua buah bangunan mirip bangunan berkembar WTC serta dua pesawat penumpang disamping seorang kanak-kanak perempuan yang menoleh ke arah bangunan berkembar di sebelah kanan.

“My father was a great artist but although this image is spooky there was nothing supernatural about him.”

“He was interested in science fiction, though”, ujar anak perempuannya, Aileen Gardner.

 

 

 

Evolusi Window Sejak Zaman Berzaman..

Oleh: takusahrisau

Pada 1975, seorang pemuda yang bernama Bill Gates telah membentuk sebuah kerjasama hebat dengan seorang rakannya yang bernama Paul Allen. Kerjasama ini mempunyai visi dan misi yang cukup besar. Mereka ingin lahirkan sebuah teknologi yang memudahkan pekerjaan sehari-harian. Bill Gates dan Paul Allen dengan kekuatan dan kebijaksanaan yang luar biasa telah membentuk Microsoft.

Pada Jun 1980, Gates dan Allen telah melantik bekas rakan sekelasnya di Harvard, Steve Ballmer untuk membantu melancarkan perjalanan syarikat. Bulan berikutnya, IBM telah berkerjasama dengan  Microsoft berkenaan projek yang dikenali ‘Chess’.

Seperti yang disematkan dalam visi Gate dan Allen, Microsoft memberi tumpuan kepada sistem operasi iaitu perisian yang berkemampuan mengurus atau menjalankan perkakasan komputer dan juga berfungsi untuk merapatkan jurang antara perkakasan komputer dan program seperti pemprosesan perkataan.

Ia adalah asas di mana program komputer boleh berfungsi. Mereka menamakan sistem operasi baru mereka sebagai ‘MS-DOS’. Mereka mula menggegarkan dunia saat itu dan berpuluh-puluh tahun kemudian.

Evolusi Window boleh dilihat sepertimana di bawah:

1982-1985: Window 1.0 – Pengenalan kepada sistem Window

Perisian Window mula diumumkan pembinaan seawal tahun 1983, namun perlancaran sebenarnya pada 20 November 1985. Sistem sulung Microsoft ini menampilkan beberapa aplikasi yang mudah seperti Paint, notepad, clock dan Window Write. Window 1.0 turut menyelitkan game yang dikenali Reversi.

Window 1.01

1987-1992: Window 2.0 – Detik kejayaan Microsoft

Pada 9 Disember 1987, Window 2.0 telah diperkenalkan oleh Microsoft. Pembaharuan yang dilakukan oleh Microsoft adalah aplikasi Control Panel, peningkatan Memory dan pengenalan keyboard shortcut untuk mempercepatkan kerja.

Sistem Microsoft 2.0 telah direkabentuk oleh Prosesor Intel 286.  Kerjasama Intel dan Microsoft untuk membentuk sistem Window 2.0 memberi tuah kepada Microsoft apabila muncul syarikat software terbesar sehingga mengalah dan melingkupkan ramai pesaing-pesaingnya.

1990- 1993: Window 3.0 – Grafik mula diperkenalkan

Pada Mei 1990, Microsoft telah melancarkan Window 3.0 dan kemudiannya disusuli oleh pelancaran Window 3.1 pada tahun 1992. Daripada tahun 1990 dan 1992 sejak pengenalan Window 3.0 dan Window 3.1, Microsoft berjaya menjual 30 juta salinan software Window. Ia membuatkan Window dikenali sebagai sistem operasi paling meluas digunakan di dunia.

Skala kejayaan perisian Window 3.0 dan Microsoft adalah bertepatan dengan pembaharuan yang berterusan dan memudahkan pelanggan-pelangganya. Perisian Window memperkenalkan sistem yang lebih laju daripada yang sebelumnya. Kerjasama berterusan dengan Intel 386 menambahkan kekuatan sistem Window. Program Manager, File Manager dan Print Manager diperkenalkan buat pertama kali untuk Window 3.0.

Game Solitaire, Hearts dan Minesweeper pertama kali diperkenalkan dalam Window 3.0.

Window 3.1

1993-1995: Window NT – Pendokong perisian kejuruteraan dan kajian saintifik

Window NT diperkenalkan pada 27 Julai 1993. Tidak seperti Windows 3.1, Windows NT 3.1 walaubagaimanapun adalah sistem operasi 32-bit yang menjadikan ia satu platform perniagaan strategik yang menyokong program sofikated kejuruteraan dan penyelidikan saintifik.

Window NT 3.51

1995-2001: Window 95 – Sesuai dan seiring dengan zaman

Pada 24 Ogos 1995, Window 95 diperkenalkan. Rekod telah tercipta apabila jualan Window 95 terjual sebanyak 7 juta salinan dalam masa lima minggu pertama sejak perlancarannya. Windows 95 telah dibina berasaskan Internet, jaringan dial-up dan aplikasi Plug and Play.

Windows 95 pertama kali menampilkan Start menu, taskbar dan minimize, maximize dan close buttons untuk setiap window.

Semasa era Window 95, teknologi yang dianggap sebagai sesuatu yang baru dalam bidang teknologi maklumat iaitu Internet mula menonjol. Bill Gates sedar akan hakikat ini. Beliau pernah berkata untuk merujuk kepada kehebatan internet, “The most important development since the advent of the PC”.

Bill Gates dan Microsoft kemudiannya memperkenalkan versi pertama Internet Explorer(IE) pada musim panas 1995.

1998-2000: Window 98 – Teknologi Window yang berterusan

Window 98 dilancarkan pada Jun 1998. Melalui Window 98, Microsoft memperkenalkan sistem yang lebih inovatif dan praktikal. Ia sesuai digunakan di rumah dan di tempat kerja. Icon dan desktop yang lebih menarik sesuai dengan peningkatan grafik yang berterusan.

Peningkatan yang dilakukan oleh Microsft adalah kemampuan untuk membuka dan menutup program dengan lebih cepat serta menyokong pembacaan cakera DVD. Slot peranti USB turut diperkenalkan.

Pengenalan pertama di Window 98 adalah Quick Launch bar, yang mana ia memboleh pengguna melancarkan program tanpa browse Start menu atau mencarinya di desktop.

2000-2001: Window 2000 – Mesra pelanggan

Window 2000 dilancarkan pada Februari 2000. Window 2000 menampilkan beberapa peningkatan seperti peningkatan Device Manager, Windows Media Player  dan DirectX. Window 2000 terkenal sebagai window yang mesra pelanggan sebelum pengenalan Window ME dan Window XP.

2001- 2007: Window XP – Paling tegar, mesra pengguna dan berkelajuan tinggi

Window XP dilancarkan pada 25 Oktober 2001. Window XP terkenal sebagai pelantar window yang stabil, laju dan mudah digunakan. Segmen Help and Service Center diperkenalkan untuk memudahkan pelanggan berinteraksi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh window mereka.

Window XP adalah window paling lama bertahan di pasaran iaitu daripada tarikh pelancarannya pada Oktober 2001 sehingga 20 Januari 2007. Window XP kemudiannya diambil oleh Window Vista.

Window Vista

Window Vista diperkenalkan buat pertama kali pada 8 November 2006 namun ia terhad kepada pelanggan dalam bidang perniagaan. Pada 30 Januari 2007, Window Vista mula dilancarkan untuk keguaan orang ramai. Window Vista menampilkan kehebatan grafik yang luar biasa sehingga membuatkan versi window yang terlebih dahulu daripada Window Vista tampak kuno dan usang.

Window Vista memperkenalkan Internet Explorer 7 yang sesuai dengan masa dan zaman yang memerlukan sistem browse internet yang mesra pelanggan.

Walaubagaimanapun, Window Vista telah diganti oleh Window 7 tidak lama selepas itu berikutan beberapa masalah kecil yang dihadapi oleh Window Vista.

Window 7 diperkenalkan pada 22 Oktober 2009 dengan beberapa penambahbaikan daripada Window Vista. Tiada beza yang besar antara Window Vista dan Window 7 melainkan Window 7 tidak memiliki masalah sepertimana Window Vista. Kehebatan jurutera Microsoft wajar dipuji.

Sejak pelancaran versi pertama Window pada November 1985, Microsoft telah berjaya mengubah dunia khususnya dalam bidang IT. Pembaharuan dalam setiap versi yang kebanyakannya hanya berselang setahun hingga dua tahun itu menunjukkan kepada dunia bahawa samaada Bill Gates dan Paul Allen atau jurutera-jurutera Microsoft, mereka berdiri dengan misi dan visi yang sama.

Kini, projek terbaru Microsoft adalah untuk menghasilkan Window 8 yang akan dilancarkan paling lewat pada November 2012. Untuk Window 8, kita lihat apa yang diperkenal dan dipertingkatkan oleh jurutera-jurutera Microsoft.

(Gambar) Orang Jepun Belah Gunung Ais untuk Laluan Kenderaan..

Oleh: takusahrisau

Sebuah wilayah di Jepun yang dikenali Tateyama Kurobe Alpine Route terkenal dengan pemandangan di kawasan pergunungan yang indah. Namun, apabila tiba musim salji, salji akan menimbun di kawasan yang dikenali Murodo sehingga mencapai ketinggian 17 meter.

Tateyama Kurobe Alpine Route  dibuka sejak tahun 1971 bagi menghubungkan bandar Toyama dengan bandar Omachi. Walaubagaimanapun, kenderaan persendirian tidak dibenarkan untuk dilalui daripada laluan Tateyama Station dan Ogizawa.

Sebuah bas memerlukan masa selama 50 minit untuk perjalanan daripada Stesen Bijodaira sehingga ke Murodo. Perjalanan sehala dikenakan caj sebanyak 1660 yen. Sepanjang perjalanan unik ini, para pelancong dapat menikmati keunikan teknologi bangsa Jepun yang memotong timbunan salji tebal tanpa menyebabkan sebarang bencana yang tidak diingini sejak ia dibuka untuk kegunaan orang ramai daripada tahun 1971.