Tag Archive | Tatu Beckham

Agama David Beckham-Kristian atau Yahudi?

oleh: takusahrisau 

Apakah anda semua tahu apa agama sebenar David Beckham? 

cuba anda lihat gambar ini: 

Beckham memakai Kippah,penutup kepala yahudi

 

Dilaporkan oleh Jewish Cronicle Online melalui kolumnisnya, Jessica Elgot bertarikh 10 December  2009; David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham telah menghadiri satu upacara pengebumiaan datuk sebelah ibunya,Sandra iaitu Joseph West. Joseph adalah berketurunan Yahudi dan upacara pengebumiaan ini semestinya mengikuti sepenuhnya amalan yahudi. 

Joseph adalah individu yang banyak merangsang Beckham untuk terus berjaya dalam bidang bola sepak. Disebabkan Joseph jugalah, Beckham amat  menghormati agama datuknya itu sebagaimana dipetik dalam autobiografinya,My World

Beckham berkata: “I’ve probably had more contact with Judaism than with any other religion. I used to wear the traditional Jewish skullcaps when I was younger, and I also went along to some Jewish weddings with my grandfather.” 

Ketika menghadiri majlis pengebumian ini Beckham kelihatan memakai Kippah, penutup kepala kaum Yahudi(sama seperti kopiah untuk Muslim) berwarna biru. Warna biru yang dipakai Beckham adalah untuk memberi penghormatan terakhir kepada datuk kesayangannya itu sempena warna utama Pasukan Totenham Hotspurs, pasukan kesayangan Joseph West!. Walaubagaimanapun,  Beckham adalah penyokong fanatik Manchester United. 

Beckham dirakam ketika membetulkan kotnya.

 

Lama sebelum itu Jewish Cronicle Online juga telah melaporkan dalam artikel bertarikh April 18, 2008 melalui kolumnis Neil Wolfson bahawa Beckham dan isterinya Victoria Beckham merancang untuk menghantar anak bongsu mereka, Cruz, ke Pusat Penjagaan Kanak-kanak Yahudi di Los Angelas. Pusat penjagaan ini di bawah seliaan Reform synogogue,Stephen S Wise Temple. 

Sheryl Cohen, pengarah untuk pusat penjagaan kanak-kanak ini dipetik hanya berkata; “No comment”. 

Pusat Penjagaan dibawah seliaan Stephen S Wise Temple  ini difahamkan adalah salah satu yang terbesar di Los Angelas dengan 6 orang Rabbi yang menyelia secara sepenuhnya synogogue ini. 

Beckham satu ketika dahulu pernah dipetik berkata bahawa beliau adalah separuh Yahudi dalam darahnya dan beliau sudah biasa memakai Kippah sewaktu kecil. Walaubagaimanapun dalam satu temubual lain, beliau menyatakan sewaktu kecil beliau biasanya akan mengikut ibunya,Sandra ke gereja pada pagi Ahad bersama-sama adik-adiknya yang lain! 

Beckham terkenal sebagai salah seorang pemain bola yang memiliki banyak tatu di badan. Antara tatu menarik perhatian adalah tatu yang bertulisan Hebrew yang bermaksud, “I am my beloved’s, and my beloved is mine, that shepherds among the lilies.”  

Petikan ayat ini diambil daripada Hebrew Bible iaitu dalam Song of songs. Walaubagaimanapun, melalui tatu-tatu lain, Beckham masih lagi mahu mengekalkan identiti Kristian beliau. Beckham telah mencacah satu tatu berbentuk salib bersayap di belakang lehernya. 

Beckham di diagnos menghidap 'ketagihan pada jarum tatu' dan Obsessive Compulsive Disorder (OCD).

 

Oleh itu, apakah agama sebenar Beckham?rasanya tak perlulah penulis menjawabnya kerana gambar-gambar di atas mungkin telah menjawab persoalan sebahagian daripada anda. Dan yang pasti David Joseph Beckham tidak beragama ISLAM!  

~David Beckham dan Victoria merancang seorang lagi anak kemungkinan untuk tahun ini,maka bertambah lagilah tatu beliau…