Archive | August 2010

Selebriti Terkenal yang Buta Huruf(Disleksia)!

Oleh: takusahrisau

Pernahkah pembaca mendengar penyakit Disleksia?

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap. Dalam erti kata yang lain, Disleksia boleh disebut juga sebagai buta huruf. Disleksia bagaimanapun bukannya suatu penyakit dan dengan itu tiada ubat khas untuk mengubatinya namun penghidap Disleksia boleh memilih untuk memasuki kelas khas bagi mengurangkan masalah ini. Di Britain sahaja setakat ini sebanyak 10% populasi rakyatnya menghidap Disleksia dan bergitu juga di negara-negara maju yang lain. Ini bermakna, kempen kerajaan Malaysia untuk membasmi 100%  buta huruf(Disleksia) amat-amat mustahil kerana sekurang-kurang sebanyak 4% purata rakyat sesebuah negara akan menghidap Disleksia.! Dengan itu, amatlah penting untuk kerajaan Malaysia menubuhkan satu pertubuhan khas bagi penyakit Disleksia seperti yang dibuat oleh Britain dengan Britain Dyslexia Association bagi berkempen untuk memberi pemahaman kepada rakyatnya mengenai Disleksia.

Disleksia adalah satu jenis masalah yang unik kerana penghidapnya bukannya seorang yang mempunyai kecacatan otak atau fizikal. Mereka berkebolehan berfikir dengan normal dan melakukan aktiviti harian sepertimana individu yang lain. Disleksia selalu disalah-anggap sebagai Afasia. Afasia adalah penyakit saraf yang merencatkan terus kebolehan seseorang dalam komunikasi.

Penghidap Disleksia kekadang tidak boleh membezakan sesuatu gambar dalam keadaan terbalik atau tegak. Terdapat penghidapnya tidak boleh membaca perkataan yang terlampau panjang. Namun, mereka tidak boleh dianggap bodoh atau dungu. Otak mereka cuma tidak mampu memproses maklumat secara normal sepertimana manusia biasa. Sebenarnya, inilah anugerah Allah swt kepada mereka kerana berkebolehan memproses maklumat dalam keadaan yang agak berlainan daripada manusia biasa.

Kerana anugerah Allah swt inilah ramai insan di bumi Allah swt ini muncul sebagai manusia terkenal malah terdapat beberapa penghidapnya muncul sebagai pelakon terkenal, pencipta alat sofitikated, dan sebagainya yang mana ia mustahil untuk dibuat oleh manusia-manusia normal.!

Dengan itu, pembaca boleh ikuti satu persatu senarai insan yang menghidap Disleksia:

1.         Scott Adam

Scott Adam atau nama sebenarnya Scoot Raymond Adams adalah pencipta watak kartun Dilbert. Kartun Dilbert yang dicipta Scoot Adam adalah kartun jenis pendek yang biasa muncul dalam surat khabar dan majalah-majalah. Kartun Dilbert ini kebiasaanya berunsur humor dan satira tentang alam perkerjaan kolar biru. Kartun ini muncul buat kali pertama pada 16 April 1989 dan sejak itu ia mengorak langkah perlahan-lahan hingga muncul dalam 2000 surat khabar di 65 negara dengan 25 bahasa berbeza.

Dilbert amat popular sehingga ramai kartunis di luar Amerika Syarikat terikut-ikut dengan gaya humor dan satiranya.

Beliau yang dilahirkan pada 8hb Jun 1957 telah didiagnos menghidap Disleksia sejak beliau masih berkerja di bank yang mana selalu menghadapi masalah untuk mengembalikan wang dengan betul.

Selain Disleksia, beliau juga menghidap Focal Distonia yang memberi kesan dalam melukis dan Spasmodic Dysphonia yang memberi kesan kepada percakapan beliau. Rawatan yang berterusan akhirnya dapat mengubati penyakit beliau ini miskipun tidak berkebolehan untuk menjerit.

Scott Adam

2.        Muhammad Ali

Siapa yang tidak kenal Muhammad Ali, peninju yang berkarisma ketika era kegemilangannya pada 1970-an. Malah peminat-peminat mesti mengingati satu persatu pertarungan beliau termasuklah dengan Joe Bugner di Malaysia bukan?

Namun, apa yang masih tidak diketahui oleh ramai pembaca adalah Muhammad Ali adalah penghidap Disleksia sejak daripada kecil sehingga hampir tidak dapat menamatkan pengajiannya di sekolah tinggi. Ironinya, anak beliau, Laila Ali juga menghadapi Disleksia sepertimana beliau.

Muhammad Ali juga menghidap Parkinson.

Muhammad Ali

3.        Harry Anderson

Harry Anderson adalah pelakon dan ahli silap mata yang terkenal ketika era 80-an. Karier beliau dalam bidang lakonan memuncak ketika memegang watak sebagai hakim Harry Stone dalam siri televisyen era 80-an, Night Court. Beliau disahkan menghidap disleksia sejak daripada bangku sekolah lagi.

Harry Anderson

4.        Tim Amstrong

Gitaris daripada band punk rock/ska Amerika, Rancid ini juga salah seorang penghidap Disleksia. Band yang menjadi idola kepada banyak band-band indie tanahair ini turut dianggotai oleh Lars Frederiksen(vocal/gitaris), Matt Freeman(bass/vocal), Branden Steineckert (drum). Beliau juga bergiat cergas dalam bidang penulisan lirik dan rakaman album artis-artis terkenal seperti Pink, Union 13, AFI dan sebagainya. Ironi sekali apabila beliau ini adalah penghidap Disleksia.

 5.        Alexander Graham Bell

Pencipta telefon ini sebenarnya adalah penghidap Disleksia. Namun ia tidak bermakna beliau tidak boleh berjaya sebagai seorang saintis dan jurutera. Untuk pengetahuan anda, isteri beliau adalah penghidap pekak.

Alexander Graham Bell

6.        Billy Blanks

Billy Blanks adalah pencipta senaman aerobic Tae Bo yang menjadi ikutan ramai selebriti Hollywood seperti Paula Abdul. Tae Bo adalah senaman yang mengabungkan seni pertahanan diri Karate dan senaman aerobik. Namun, ia tidak bertujuan untuk seni mempertahankan diri. Dalam senaman Tae Bo tiada langsung unsur-unsur pergaduhan mahupun pertarungan. Diakui oleh pakar kesihatan,Daniel M. Landers daripada University of Arizona bahawa senama aerobik Tae Bo ciptaan Billy Blanks amat bagus untuk kardiovaskular, tekanan darah, penghadaman dan juga kesihatan mental.

Billy Blanks juga pernah muncul pelakon dalam beberapa filem bajet rendah.

Billy Blanks

7.         Orlando Bloom

Percayakah anda bahawa pelakon kesayangan anda ini penghidap Disleksia?

Percayalah bahawa beliau adalah juga salah seorang daripada ribuan penghidap Disleksia. Ini diakui sendiri oleh beliau sebagaimana berkata,

Dyslexia is not due to lack of intelligence, it’s a lack of access. It’s like, if you’re dyslexic, you have all the information you need, but find it harder to process.

 

Orlando Bloom

8.        Laura Flynn Boyle

Laura Flynn Boyle pernah muncul dalam drama The Practice daripada 1997 hingga 2003. Aktres yang lahir 24hb March 1970 juga pernah muncul dalam filem pecah panggung tahun 1980-an, Poltergeist III (1988) sebagai Donna Gardner.

Lara Flynn Boyle

9.        Richard Branson

Pengasas jenama Virgin ini sebenarnya adalah penghidap Disleksia. Kelihatan mustahil bukan?

Richard Branson atau nama sebenarnya Sir Richard Charles Nicholas Branson telah diiktiraf oleh majalah Forbes sebagai individu ke-261 terkaya di dunia dengan kekayaan bersihnya menghampiri £2.6 Billion pada tahun 2009.

Richard Branson

10.      Erin Brockovich

Selepas filem lakonan Julia Roberts yang mengisahkan hidupnya, Erin Brockovich terus melonjak naik namanya di mata dunia. Filem ini berjaya membawa tuah kepada Julia Roberts apabila dinobatkan sebagai Aktres Terbaik dalam Academy Awards. Ironinya dalam filem ini adalah Erin Brockovich sendiri muncul comeo sebagai pelayan tetamu dengan nama Julia R.

Erin Brockovich dipercayai menderita penyakit Disleksia sejak kecil namun hanya didiagnos baru-baru ini.

Erin Brockovich

 

 

~Artikel ini dirujuk di www.bdadyslexia.org.uk dan www.dyslexia-teacher.com

Tim Amstrong

Advertisements

Selusuri Pejuang Kemerdekaan..

Oleh: takusahrisau

Tiada erti M.E.R.D.E.K.A jika tidak mengingati asal-usul dan menyelusuri selingkoh hidup pejuang-pejuang terdahulu yang berusaha membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah. Mereka rela bergadai nyawa bagi menentang penjajah yang menindas. Bukan nyawa mereka sahaja yang terancam, tetapi nyawa keluarga mereka turut menjadi taruhan. Bergitulah yang terjadi kepada Tok Janggut, Tok Bahaman, Tok Gajah, Tok Kenali, Datuk Maharajalela, Dol Said, Haji Abdulrahman Limbong dan ramai lagi. Namun, dalam ramai-ramai pejuang Melayu yang banyak tercatit kisahnya dalam buku sejarah ini hanya terdapat seorang insan yang menarik perhatian penulis. Insan ini adalah Kiai Salleh atau Panglima Salleh. Beliau antara insan yang berjuang menentang keganasan komunis di kawasan sekitar Batu Pahat dan Muar. Kenalkah pembaca dengan insan ini?

Kiai Salleh-Panglima Selempang Merah

Insan yang berasal daripada Muar dilahirkan pada tahun 1916. Insan ini nama asalnya adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim namun beliau sering dikenali dengan Kiai Salleh atau Panglima Salleh. Beliau berketurunan daripada Banjar. Ada pendapat mengatakan beliau berketurunan India Muslim daripada Penang. Berkulit sawo matang dan berketinggian sederhana namun kehebatannya usah diperlekehkan. Pada ketika dahulu, menyebut namanya sahaja digeruni oleh tentera Komunis apatah lagi melihat kelibatnya menghunus pedang raja Riau miliknya.

Pada masa muda, Kiai Salleh banyak menghabiskan masanya untuk menuntut ilmu kerohanian seperti mengaji Al-Quran dan ilmu persilatan. Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al-Quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor.

Kiai Fadhil al-Banteni adalah ahli sufi yang juga penasihat agama diraja Johor.

Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten adalah insan yang bertanggungjawab mendoakan kesejahteraan DYMM Sultan Ibrahim bin Sultan Abu Bakar dan keluarganya ketika tentera Jepun menyerang Tanah Melayu sekitar tahun 1940-an. Berkat doanya, keluarga sultan Johor ini langsung tidak diusik oleh tentera-tentera Jepun yang bermaharajalela. Wirid Khaujakan pula adalah wirid-wirid yang mengandungi doa-doa dan zikir-zikir bagi membersihkan diri yang biasa diamalkan oleh tarikat Naqshabandiah.

 

Keperwiraan Kiai Salleh

Penjuangan Kiai Salleh bermula apabila beliau dipilih mengetuai satu angkatan untuk melawan Komunis yang pada ketika itu membunuh sewenang-wenangnya ketua-ketua dan imam-imam kampung sekitar Batu Pahat dan Muar.

Beliau dengan rasa tanggungjawab telah menubuhkan satu angkatan pahlawan berani mati yang di’isi’ dengan ilmu persilatan melayu. Sehingga hari ini, angkatan ini terkenal dengan jolokan Tentera selempang merah. Jolokan selempang merah adalah kerana identiti selempang merah yang selalu dipakai oleh setiap pejuang-pejuangnya semasa berperang dengan komunis. Antara identiti lain mereka adalah parang panjang. Oleh sebab itu, terdapat sebilangan orang memanggilnya Tentera parang panjang. Kiai Salleh sendiri mempunyai parang panjangnya sendiri yang digelar Pedang Raja Riau. Perang ini diperoleh hasil pajak gadai seorang individu kerana kesempitan wang. Tertera di atas padang ini kalimah La ilaha Illa Allah.

Pedang raja Riau milik Kiai Salleh

Kiai Salleh telah memimpin tentera selempang merah menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga(Komunis) di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Dicerita turun-temurun oleh penduduk kampung sekitar Batu Pahat bahawa Kiai Salleh ketika giliran beliau menjaga kampung waktu malam(difahamkan setiap malam akan diberi giliran menjaga kampung kepada tentera selempang merah), beliau tanpa gentarnya mengelilingi kampung dengan menunggang basikal berserta pedang yang terhunus. Namun, tiada seorang pun komunis atau tentera bintang tiga menghampirinya. Bergitulah beraninya Kiai Salleh sehingga beliau amat dibenci oleh komunis dan konco-konconya.

 Kehebatan Batin Kiai Salleh

Kiai Salleh dipercayai mempunyai ilmu-ilmu kebatinan seperti ilmu kebal dan ilmu terbang. Sumber daripada tentera selempang merah sendiri memberitahu bagaimana peristiwa tentera Komunis gentar melihat tentera selempang merah berubah menjadi besar menggalah tingginya dengan jumlah beribu-ribu orang miskipun tentera selempang merah ketika itu tidak lebih daripada 100 orang sahaja.

Cerita-cerita lain mengenai kehebatan batin Kiai Salleh adalah kebolehan beliau terbang bak burung. Pernah satu peristiwa di mana Komunis dengan tanpa henti membedil tentera pimpinan Kiai Salleh dari atas bukit. Bimbang keselamatan pasukannya, Kiai Salleh dengan tangkasnya meluncur terbang ke arah komunis yang menembak dari atas bukit itu dan memenggal kepala mereka satu persatu.

Pernah juga diceritakan di mana tiga orang Kiai atau pahlawan daripada Indonesia diupah oleh Komunis Malaya dengan kerjasama Komunis Indonesia(kemungkinan atas ehsan Sukarno kerana Sukarno sememangnya pengikut Komunis dalam ‘selimut’) untuk menewaskan Kiai Salleh. Namun, ketiga-tiga mereka yang dikatakan kebal gagal menewaskan keperwiraan Kiai Salleh. Ketiga-tiga mereka tersungkur menyembah bumi.

Dikellingi oleh rakan-rakan

 

Pengiktirafan Jasa

Kiai Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 mengintisyharkan bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Kiai Salleh mendapat gelaran Panglima. Sebagai mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS) pada 17hb September 1955.

Kiai Salleh di kala muda

 

Kembali ke Rahmatullah

Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959  di Muar,Johor.

Kiai Salleh dalam satu penghimpunan melayu yang dianjurkan oleh Dato' Onn bin Jaafar.

 

Gambar ini adalah Tribute penjuangan insan dari bangsaku untuk agamaku dan nusaku. Semoga Allah anugerahkan pahala syahid kepada setiap daripada mereka ini. Allahu Akbar!Allahu Akbar!Allahu Akbar!

Dato' Bahaman

Mat Kilau

Mat Kilau

Mat Kilau

Bapa kepada Mat Kilau,Tok Gajah

As-syahid Tok Janggut

Digantung bagi untuk menakutkan bangsa Melayu daripada bangkit menentang penjajahan.

Pawang Nong,dikatakan anak murid kepada Mat Kilau.Terkenal kerana penentangannya kepada Komunis.

Beliau juga pawang diraja Pahang. Juga seorang pahlawan. Pernah menewaskan orang minyak yang berleluasa di Jerantut satu ketika dahulu.

Spesies Pelik di dasar Laut Indonesia!

Oleh: takusahrisau

Baru-baru ini, saintis daripada Kanada,Amerika Syarikat dan Indonesia berkerjasama untuk melakukan kajian di dasar laut Indonesia. Tapak kajian mereka tertumpu di utara Indonesia dengan menggunakan kenderaan robotik yang menjelajah hampir 54,ooo km persegi. Lebih daripada 100 jam video dan 100,000 gambar berdefinasi tinggi telah ditangkap menggunakan kenderaan robotik ini. Ekpedisi ini dilakukan selama 3 minggu dan berakhir pada 14hb Ogos baru-baru ini.

Apa yang menarik mengenai kajian mereka kali ini adalah penemuaan pelbagai spesies yang pelik. Sebagai contoh, spesies yang dipercayai sebagai Angler Fish yang biasa ditemui di Jurang Mariana telah berjaya ditangkap gambarnya oleh kenderaan robotik ini. Spesies ini kelihatan menunggu mangsanya dengan ‘duduk’ di dasar laut menggunakan empat siripnya. Walaubagaimanapun, banyak lagi gambar-gambar menarik lain yang pembaca boleh saksikan.

Angler Fish yang ditemui di Jurang Mariana

Empat siripnya dijadikan kaki menambahkan lagi keganjilan spesies ini.

 

Haiwan seperti mainan kanak-kanak juga ditemui di dasar laut utara Indonesia ini. Difahamkan,banyak lagi spesies di bawah sana yang masih belum dikenalpasti.

Haiwan ini dipercayai berasal daripada spesies Anemone.

Tidak terkecuali Sutong Kurita Ungu;

Sutong kurita ungu ini agak jarang ditemui kecuali di dasar laut

 Bergitu juga dengan penemuan Chimaeras,spesies yang dipercayai berevolusi daripada keluarga Jerung sejak 400 juta tahun yang lalu.

Chimaeras dipercayai serumpun dengan jerung sebelum berevolusi 400juta tahun dahulu.

Jejari merah Seas Lily yang ditemui hidup dalam laut berkedalaman 516 meter dalam Sangihe Traud Region,Indonesia.

 

Seperti haiwan fiksyen sains, haiwan ini antara 50 spesies baru yang berjaya ditemui sepanjang ekspedisi 3 minggu ini.

Malah udang ini juga antara spesies baru yang ditemui.

 

~Artikel ini bersumberkan daripada www.wtop.com dan www.dailymail.co.uk

Jepun Membida Piala Dunia 2022 dengan Teknologi Hologram!

Oleh: takusahrisau

Jepun dengan rasminya membida sebanyak 6 juta dollar untuk Piala Dunia edisi ke-22 bagi tahun 2022.

Apa yang menarik mengenai bidaan ini adalah Jepun mempertaruhkan kehebatan teknologi mereka dengan menawarkan siaran langsung dengan menggunakan teknologi hologram.

Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi hologram ini?

Teknologi ini sebenarnya teknologi High-Defination bagi membolehkan setiap penonton di seluruh dunia dapat menyaksikan setiap perlawanan Piala Dunia di stadium masing-masing dengan menggunakan teknologi hologram. Dengan kata lain, penonton dapat menyaksikan bintang-bintang bola sepak daripada Brazil, England dan sebagainya di depan mata sepertimana penonton-penonton di stadium di negara Jepun melihatnya. Namun, ia hanyalah figura-figura lutsinar.

Teknologi Hologram bakal membuka lembaran baru dalam teknologi penyiaran di seluruh dunia.

Pengarah bagi Teknologi Hologram ini adalah Jun Murai yang sering dikenali sebagai Bapa Internet Jepun. Jun Murai adalah professor di Keio University dan turut menyandang jawatan dekan bagi fakulti Pengajian Maklumat dan Persekitaran( Environment and Information Studies).

Jun Murai adalah seorang yang diberi tanggungjawab untuk memajukan teknologi hologram

 

~Artikel ini bersumberkan daripada www.televisionbroadcast.com dan www.weirdasianews.com

Insan bernama Jimmy Jump?-peminat bola sepak wajib baca..

Oleh: takusahrisau

Jimmy Jump?

Jimmy Jump adalah gelaran kepada insan bernama Jaume Marquet i Cot. Beliau yang berasal daripada Sepanyol daripada wilayah Sabadell,Catalonia,Barcelona dilahirkan pada 14hb March 1976. Ramai yang tidak mengenali beliau bukan?

Jimmy Jump bukannya aktor popular atau penyanyi sukaramai akan tetapi beliau layak digelar selebriti kerana statusnya sebagai Penerjah Padang atau dikenali sebagai Streaker oleh media Barat.

Kebanyakkan pengiat sukan di Eropah terutamanya, amat mengenali beliau. Masakan tidak, beliau kerap menerjah masuk ke gelanggang tennis, bola sepak, litar lumba dan sebagainya. Baru-baru ini, beliau sekali lagi membuat gempar apabila tiba-tiba muncul di atas pentas nyanyian ketika Eurovision Song Contest di Oslo, Norway. Ketika itu, artis Sepanyol,Daniel Diges sedang membuat persembahan.

Ramai yang masih mengingati gerangan insan yang melemparkan jersi Barcelona kepada Thierry Henry ketika mana Henry masih lagi bersama kelab Arsenal. Jersi itu tertera nama Henry dan nombor jersinya,14. Ironi sekali apabila menyaksikan Henry berpindah dengan rasminya ke Barcelona 3 bulan kemudian dan turut memakai jersi bernombor 14. Insan yang melemparkan jersi Barcelona itu adalah Jimmy Jump.

Jimmy Jump dan Theiry Henry

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Beliau mungkin menjadi musuh kepada polis dan penguatkuasa tetapi tidak kepada pengiat media dan penonton. Beliau sebenarnya menghiburkan penonton dan memberi bahan berita kepada media.

Jimmy Jump memiliki karektor tersendiri. Beliau tidak seperti Mark Roberts yang juga seorang penerjah padang daripada Britain yang mana seringkali melucut pakaiannya di khalayak ramai. Beliau kelihatan lebih sopan dan beradab. Jimmy Jump sering kelihatan memakai topi snow cap merah ketika melakukan aksinya. Inilah topi trademark Jimmy Jump.

Jimmy Jump dan topi trademarknya

Topi ini seringkali menjadi ‘bahan kenangan’ kepada ‘mangsa-mangsa’nya sepertimana pernah terjadi ketika Final Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan baru-baru ini. Mangsanya adalah trofi piala dunia itu sendiri. Dalam aksinya kali ini, beliau ingin memakaikan snow capnya kepada trofi piala dunia. Aksinya tidak dirakamkan di dalam televisyen secara langsung. Namun, aksinya telah disaksikan lebih 80,000 penonton di stadium yang memberi sorakan penuh gempita. Beliau bagaimanapun didenda sebanyak $290.

Bukan untuk mencuri tapi hanya untuk memakaikan trofi dengan topi beliau

Di bawah adalah krologi sang penerjah padang, Jimmy Jump. Teruskan membaca:-

  • Dalam satu perlumbaan kereta di Spanish Grand Prix pada 2004, beliau dengan beraninya menerjah masuk ke litar lumba ketika pusingan pemanas enjin. Aksinya bergitu membahaya kerana miskipun dalam pusingan pemanas enjin, kereta lumba F1 boleh mencapai kelajuan daripada 60km/jam hingga 150km/jam. Namun, insan ini adalah Jimmy Jump, mana tahu erti takut dan gentar.!
  • Dalam satu perlawanan bola keranjang antara kelab FC Barcelona Basquet dan Memphis Grizzlies, beliau menerjah masuk ke gelanggang dan memerli Paul Gasol. Paul Gasol adalah bekas pemain kesayangan FC Barcelona Basquet sebelum berpindah ke Memphis Grizzlies. Paul Gasol sekarang bermain dengan pasukan LA Lakers sejak tahun 2008.
  • Dalam satu perlawanan rugbi final antara England dan Afrika Selatan pada 2007, beliau dengan selambanya memasuki gelanggang ketika kedua-dua pasukan sedang rancak bertarung. Beliau diheret oleh pengawai bertugas, tapi masih lagi boleh tersenyum.
  • Dalam satu perlawanan bola sepak di EURO 2008 pada pusingan separuh akhir antara Turki dan Jerman, beliau bertindak menerjah masuk ke padang dengan baju terpampang tulisan ‘Tibet is not China’. Beliau turut membawa bendera Tibet.

Tibet is not China!

  • Dalam satu perlawanan tenis akhir di French Open, Paris pada 2009 menemukan antara Roger Federer dan Robin Soderling, beliau telah menerjah masuk ke gelanggang menuju ke arah Roger Federer. Beliau seperti biasa, memakai snow cap merah dengan megahnya mengibarkan bendera yang tertera lambang Barcelona. Beliau dihukum penjara 12 bulan akibat aksinya itu.

Jimmy Jump dan Roger Federer

Bergitulah insan bernama Jimmy Jump. Kekadang, beliau kelihatan seperti memberi pesanan-pesanan sinis disebalik sifat kebudak-budakan beliau ketika menerjah ke padang. Insiden ini pernah berlaku di EURO 2008 apabila beliau membawa bendera Tibet sebagai tanda protesnya ke atas China kerana menindas rakyat Tibet.

Luis Figo tidak terkecuali!

Akan tetapi adakah pembaca semua berani dan berhati tegar sepertimana Jimmy Jump? Terpulang pada pembaca. Apapun penulis sarankan agar jangan bertindak seperti Jimmy Jump. Biarkan Jimmy Jump seorang sahaja melakukannya. Biarkan beliau sahaja yang menghiburkan penonton di stadium-stadium. Kita sebagai penonton bersabar untuk menantikan aksi seterusnya daripada Jimmy Jump!.

Jimmy Jump dan Etoo

 

~snow cap Jimmy Jump sebenarnya adalah Barretina, iaitu sebahagian daripada pakaian harian pada abad ke-19 sejak Kristian dianuti oleh masyarakat di wilayah di sekitar Mediterrenean dan Catalonia. Walaubagaimanapun, arus kemodenan menyebabkan pakaian tradisional ditinggalkan dan hanya dipakai ketika upacara tradisional warga Catalan.

_____________________________

Segalanya lebih menarik di

Senarai Wabak Penyakit yang Membunuh!

Oleh: takusahrisau

1. Sweat Sickness atau English Sweat di England pada tahun 1485(3 juta nyawa melayang)

Penyakit ini mula menular pada tahun 1485 tanpa diketahui puncanya sehingga sekarang. Sepertimana penyakit ini datang bergitulah juga ia berakhir. Wabak ini berakhir dengan tiba-tiba dipercayai pada tahun 1551. Wabak ini bergitu memberhaya sehingga ia boleh membunuh dalam hanya beberapa jam sahaja.

Antara simptom-simptom yang biasa dihidapi oleh mangsa adalah mangsa akan mula berasa cemas,pening-pening dan diikuti dengan demam yang teruk, sakit-sakit sendi di bahagian leher dan bahu. Peringkat ini dikenali peringkat sejuk.

Dalam masa beberapa jam, peringkat panas akan memberi kesan. Mangsa akan berasa panas dan berpeluh dengan kadar yang banyak. Daripada simpton berpeluh inilah pandemik ini mendapat namanya.

Pada peringkat akhir, mangsa akan pengsan dan seterus membawa kepada maut.

Dianggarkan kira-kira 3 juta nyawa melayang ketika wabak ini merebak di England dan utara Eropah.

ilustrasi kedasyhatan English Sweat

 

2. Smallpox di Mexico tahun 1520 (4 juta orang nyawa melayang)

Smallpox atau cacar diketahui kewujudannya seawal 3000BC apabila kesan wabak cacar tertera kemas pada mumia mesir. Wabak Cacar merebak dengan cepat hinggakan pada abad ke-18, seramai 200,000 nyawa melayang setiap tahun akibat daripada wabak ini.

Namun, wabak ini paling diingati apabila ia menyerang masyarakat Inca pada 1520 di Mexico. Dipercayai, wabak ini dibawa oleh tentera-tentera penceroboh Sepanyol yang diketuai oleh Panfilo de Narvaez di Varacruz. Disebabkan wabak ini, tamadun Inca menjadi lemah dan memudahkan panglima tentera penceroboh Sepanyol iaitu Hernan Cortes menawannya selepas itu. Wabak ini telah membunuh lebih 4 juta rakyatnya termasuk Rajanya sendiri, Huayna Capac.

Permulaan bagi simpton smallpox adalah demam, kesejukan, rasa loya,mula sakit kepala, kesakitan di bahagian otot-otot dan seterusnya muntah-muntah.

Smallpox boleh merebak dengan cepat hanya melalui pernafasan dan ia semakin mudah merebak apabila berlaku face to face contact sepertimana berlaku pada masyarakat Inca pada 1520. Smallpox berpunca daripada virus Variola.

Hernan Cortes

3. Ukraine Famine di Ukraine tahun 1921 (5 juta meningal dunia) dan 1932(7 juta meninggal dunia)

Ukraine Famine atau lebih dikenali sebagai Holodomor adalah wabak penyakit kebuluran yang melanda seluruh Ukraine. Dianggarkan kira-kira 5 juta rakyat Ukraine meninggal dunia daripada kanak-kanak,dewasa dan orang tua. Subjek Holodomor menimbul kontroversi apabila ia dikatakan dimulakan oleh Soviet Union untuk melemahkan golongan penentang komunis di Ukraine. Namun, ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak Soviet. Sehingga sekarang, kerajaan Ukraine pro-barat masih lagi berusaha untuk mengaitkan Soviet dengan Holodomor.

Kematian berlaku di mana sahaja di Ukraine ketika kemuncak wabak ini merebak

4. Wabak Influenza di seluruh dunia tahun 1918-1919 (22 juta-50 juta org meninggal dunia)

Epidemik Influenza atau dikenali juga sebagai Spanish Flu mula dikesan pada 4hb March 1918 di Kansas dan 11hb March 1918 di New York. Semenjak itu, dengan cepatnya wabak ini menular ke serata Amerika Syarikat dan seterusnya ke seluruh dunia. Kadar cepat merebaknya wabak ini disebabkan oleh Perang Dunia Pertama(WW1) yang meletus pada waktu itu. Sebenarnya Sepanyol langsung tidak menyebabkan tersebarnya wabak ini miskipun wabak ini dikenali Spanish Flu. Nama ini hanya dikenali disebabkan oleh liputan meluas media ketika wabak ini merebak di Sepanyol.

Wabak penyakit ini telah menyebabkan 1/3 populasi dunia jatuh merudum. Wabak ini mula reda menjelang bulan November 1919. Tentang bagaimana ia berhenti merebak masih lagi menjadi persoalan sepertimana bagaimana ia datang. Namun, ramai mempercayai bahawa doktor sudah mengambil pendekatan yang efektif dalam menanggani wabak ini daripada terus merebak.

Antara individu berprofil tinggi yang meninggal dunia adalah Frederick Trump(datuk Donald Trump) , Prince Erik, Duke of Västmanland(putera keluarga diraja Sweden) dan ramai lagi. Walaubagaimanapun, bukan semua yang terkorban. Antara individu berprofil tinggi yang selamat adalah Wilhelm II(Maharaja Jerman) dan Franklin D. Rossevelt(Presiden Amerika).

Sebuah hospital di Kansas City yang padat dengan pesakit.

5. Black death di seluruh Eropah tahun 1347-1351 (75 juta orang meninggal dunia)

Wabak ini telah menyebabkan populasi Eropah merudum sebanyak 30% hingga 60% dan seterusnya populasi dunia jatuh daripada 450 juta kepada 350 juta hingga 375 juta pada akhir 1400. Eropah menuntut 150 tahun untuk kembali kepada populasi asalnya.! Bergitulah hebatnya wabak ini sehingga ia dinamakan Black Death.

Dipercayai oleh ramai saintis bahawa ia berpunca daripada Asia Tengah yang dibawa oleh virus tikus hitam,Indian Rat Flea. Tikus-tikus ini kemudian di bawa belayar bersama-sama di atas kapal dan seterusnya sampai di Eropah dan Mediterranean. Ia mula dikesan di Crimea,Itali.

Teori lain yang lebih kukuh adalah ia adalah letusan lain bagi wabak Bubonik yang pernah menular satu ketika dahulu. Ia disebabkan oleh Bakteria Yersinia Pestis.

Walau apapun puncanya, wabak ini memang mengerikan. Hawar Maut membawa 3 jenis virus iaitu bubonik yang menyerang dan merosakkan limpa. Virus buboe dikaitkan dengan tanda bengkak-bengkak di leher, ketiak bernanah dan berdarah. Virus septicamic pula menyebabkan keracunan dalam darah, menyerang paru-paru sebelum menular ke lain-lain bahagian anggota badan. Kebanyakan mangsa virus bubonik maut dalam tempoh 4 hingga 7 hari selepas terkena jangkitan. Miskipun demikian, terdapat mangsa yang terselamat, akan tetapi sistem tubuh badan mereka menjadi teruk akibat kedashyatan virus Black Death.

Terdapat satu lagenda yang dikaitkan dengan Black Death. Diturunkan secara turun-temurun mengenai peperangan antara Puak Tartar dengan puak Genoise(masyarakat Genoa di Itali sekarang) di Crimea. Peristiwa ini dipercayai berlaku pada 1346. Pada waktu kemuncak peperangan, puak Tartar mendapati ramai tentera mereka dijangkiti ‘penyakit misteri’ dan mati dalam masa hanya beberapa hari. Kira-kira dalam 1000 orang tentera mereka mati. Puak Tartar mengambil peluang ini untuk melakukan serangan biologi ke atas musuh mereka. Puak Tartar melontar mayat-mayat tentera mereka yang dihidapi penyakit misteri itu ke dalam kubu pihak musuh. Disebabkan daripada peristiwa inilah, wabak Black Death mula muncul dan seterusnya tersebar ke Naples dan kemudian ke seluruh Eropah hingga hampir memusnahkan beberapa dinasti diraja di Eropah.

wabak Black Death hampir merencat pertumbuhan populasi Eropah.

 

6.        HIV/AIDS di seluruh dunia daripada 1981 hingga sekarang-(membunuh hampir 25 juta dan semakin meningkat dari hari ke hari)

Sebut sahaja HIV/AIDS pasti dapat meneka wabak apakah ini. AIDS adalah singkatan bagi  Acquired Immune Deficiency Syndrome atau Sindrom Daya Tahan Penyakit. Penyakit AIDS disebabkan oleh virus HIV(Human Immunodeficiency Virus). Virus inilah yang bertanggungjawab melemahkan sistem pertahanan badan semulajadi manusia.

Wabak ini pertama kali ditemui pada 1981 di Amerika Syarikat yang biasa dihidapi oleh golongan Gay di Amerika. Pada masa itu, istilah penyakit ini dinamakan GRID(Gay-Related Immune Defiency). Dalam pada waktu yang sama, saintis turut menemui bukti darah yang mempunyai wabak yang sama di Belgian Congo. Mangsa meninggal dunia dengan penyakit yang tidak dapat dikenalpasti. Daripada darah warga Congo inilah pertama kalinya istilah AIDS diterbitkan.

AIDS adalah wabak masa kini yang paling ditakuti di dunia. Saintis masih belum menemui pengubat sebenar bagi wabak ini. Wabak ini mampu melumpuhkan seluruh antibodi dan sistem imun manusia sekaligus. Bayangkan jika mangsa menghidapi selesema biasa sahaja pun boleh membawa maut kepadanya. AIDS sentiasa dikaitkan dengan pengkongsian jarum ketika pengambilan dadah dan seks rambang terutama golongan gay, lesbian dan pelacur.

Setakat ini, tiada ubat untuk merawat wabak AIDS ini.!

Freddie McCurry antara insan yang meninggal dunia akibat jangkitan virus HIV kerana gaya hidup Gay beliau.

 

Penutup

Sebenarnya, banyak lagi wabak-wabak yang membawa maut seperti Wabak penyakit Kuning yang menyerang Amerika Syarikat pada 1793 sehingga membunuh 5000 orang penduduknya. Malah aktor kesayangan warga Malaysia tahun 60-an, Nordin Ahmad juga meninggal dunia akibat jangkitan demam kuning. Selain itu, penyakit Kusta atau Leprosy adalah antara yang memberhaya pernah merebak di dalam tamadun manusia. Dicatatkan sekurang-kurangnya penyakit kusta mula diketahui sejak 600BC dan merebak dengan meluas di tamadun Mesir purba, tamadun China dan tamadun Mesopotamia. Pada abad ke-13, kira-kira 19,000 buah hospital dibina di Eropah bagi menampung beribu-ribu pesakit kusta.

Antara wabak lain yang sangat ditakuti adalah wabak Tifus yang pernah melanda manusia sejak abad ke-5 sebelum masihi.Diriwayatkan Kota Athen hampir musnah akibat wabak ini. Antara yang meninggal dunia adalah pemimpin Athen sendiri iaitu, Pericles dan dua orang anaknya. Namun ia tidak berhenti di situ, tentera Napolean turut menghidapi wabak Tifus ini ketika peperangan antara Napoleon dan Russia sehingga memakan korban beribu orang tenteranya. Bergitu juga ketika peperangan antara Kristian Sepanyol dan Ummayah Andalusia, Kristian Sepanyol kehilangan kira-kira 20,000 orang tentera apabila diserang wabak Tifus. Wabak Tifus mudah merebak di kawasan kotor terutamanya di kem tentera, penjara dan kawasan perumahan tidak terancang.

Lagenda dan Mitos Kisah ‘Pembuangan/Pembunuhan Bayi’

Oleh: takusahrisau

Sejak kebelakangan ini, kes buang bayi semakin menjadi-jadi di Malaysia. Saban hari dikejutkan dengan penemuaan bayi yang dibuang di tong sampah, masjid dan surau. Malah yang lebih memeritkan apabila banyak di antara penemuaan bayi yang dibuang adalah sekujur mayat yang kaku. Hati mana yang boleh tahan apabila melihat manusia berperlakuan bak binatang. Binatang pun pandai menjaga anak-anaknya.

Baru-baru ini, Kerajaan melaungkan nada tegasnya dengan mengarahkan persalah yang membuang bayi wajib dibicarakan di bawah Seksyen 302 dan 304 Kanun Keseksaan yang boleh membawa gantung sampai mati jika sabit bersalah. Sebelum ini, ‘binatang-binatang’ ini hanya dibicara di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak yang mana jika sabit bersalah akan dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda maksimum sebanyak RM20,000.00 atau kedua-duanya sekali. Apa yang boleh pembaca rasakan, hukuman gantung adalah memang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Ini berdasarkan firman Allah swt:

“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”. 

Apapun, sebenarnya bukan ini yang penulis mahu tulis untuk entry kali ini. Penulis ingin pembaca semua bersama-sama penulis menyelongkari kisah-kisah mengenai lagenda ‘pembuangan bayi’. Jom sama-sama..

Lagenda Remus dan Romulus- Pengasas Rom

Ramai tidak mengetahui bahawa siapakah sebenarnya pengasas tamadun Rom. Sebenarnya pengasas Tamadun Rom adalah seorang lelaki bernama Romulus. Diriwayatkan bahawa Romulus  mempunyai seorang saudara kembar bernama Remus. Romulus dan Remus adalah anak kepada Rhea Silvia,seorang paderi wanita dan Tuhan Perang, Mars. Dengan itu, Romulus dan Remus adalah separa dewa atau lebih dikenali sebagai demigod. Namun, kelahiran Romulus dan Remus tidak direstui oleh bapa saudaranya dan ia telah memaksa ibunya untuk membuang bayi kembarnya itu ke dalam sungai.

Tetapi, kedua-dua ini diselamatkan oleh seekor serigala betina. Serigala betina inilah yang bertanggungjawab membesarkan Romulus dan Remus sehingga dewasa. Bagi mengingati mitos ini, simbol serigala yang menyusukan bayi diabadikan dalam bendera Bandar Rom.

Jata Kelab AS Roma juga tertera simbol serigala menyusukan kembar Remus dan Romulus.

Apabila semakin meningkat dewasa, nafsu untuk berkuasa semakin berleluasa dalam diri kedua-dua kembar ini. Akhirnya Remus dibunuh oleh Romulus dalam saingan untuk mengasaskan sebuah negara kota bernama Rom.!

Serigala menyusukan Remus dan Romulus.

 

Mitos Perseus-Sang Pembunuh Medusa

Seorang lagi watak demigod dalam mitos dunia barat. Perseus adalah watak popular dalam tamadun Yunani. Ini adalah kerana beliau adalah manusia pertama yang membunuh banyak raksasa mitos Yunani terutamanya mitos pembunuhan Medusa. Medusa adalah seekor raksasa berupa seorang wanita yang berambut ular. Kekuatan Medusa yang utama adalah berkebolehan menukarkan sesiapa yang melihat matanya kepada batu.

Diriwayatkan bahawa Perseus dilahirkan melalui Dewa Zeus yang menghamilkan Danea,puteri Raja Akrisios tanpa kerelaan.Ketika Danea diperkosa, Danea sebenarnya berada dalam kurungan kerana Raja Akrisios bermimpi bahawa beliau akan dibunuh oleh cucunya sendiri yang bakal dilahirkan oleh Danea.

Berang dengan tindakan Dewa Zeus, Raja Akrisios telah membunuh puterinya itu dan meletakkan bayi yang baru dilahirkan iaitu Perseus ke dalam keranda bersama-sam ibunya. Keranda itu kemudian dibuang ke laut dan akhirnya dijumpai oleh seorang nelayan. Perseus kemudian dibesarkan olehnya dan kemudian membesar menjadi seorang pahlawan.

Perseus memenggal kepala Medusa yang dipenggal.

 

Moses- Pembawa ajaran Taurat

Moses atau Nabi Musa as adalah watak utama dalam tiga agama langit iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Moses adalah pengasas kepada agama Judaism ataupun agama Yahudi. Daripada Moses, diturunkan kitab Taurat padanya yang kemudian menjadi pegangan kepada penganut agama Judaism. Kitab Taurat merupakan satu daripada empat kitab yang wajib dipercayai oleh orang Islam.

Diriwayatkan bahawa Moses dilahirkan pada waktu yang tegang di mana Firaun Mesir ketika itu ingin membunuh setiap bayi warga Israel yang baru dilahirkan. Ini adalah kerana Firaun yang zalim ini mempercayai mimpinya yang mana mengkhabarkan bahawa seorang bayi daripada Bani Israel akan bangun menentangnya.

Ibu Moses iaitu Yukabab binti Qahat (Jochabed) telah menghayutkan Moses ke dalam sungai Nil ketika Moses berumur 3 bulan. Moses akhirnya tersangkut ke dalam tempat mandian isteri Firaun iaitu Asiah. Tertarik dengan kecomelan bayi itu, Asiah mengambilnya sebagai anak angkat dan membesarkannya.

Kemudian apabila dewasa, Moses mula sedar tentang kezaliman dan kejahilan Firaun laknatullah itu. Beliau bangkit menentang Firaun dengan menyeru beliau untuk mengikut agama Allah. Akan tetapi, Firaun engkar dan menyebabkan Moses dan beribu-ribu Bani Israel dihambat oleh tentera Firaun ke segenap ceruk Mesir. Akhirnya, Moses dan pengikutnya berjaya merentasi Laut Merah bagi mengelak daripada terus diburu oleh Firaun dan tentera-tenteranya.

Kotak yang membawa Moses tersangkut di dalam tempat mandian isteri Firaun.

Ciung Wanara- Dari Sungai Citanduy ke Tampuk Pemerintahan

Ciung Wanara adalah nama lain bagi Sang Manarah dan Prabu Suratama, atau Prabu Jayaprakasa Mandaleswara Salakabuwana. Dipercayai beliau memerintah Galuh tahun 739 – 783 Masehi. Galuh adalah pecahan daripada Kerajaan Sunda semenjak kejatuhan Kerajaan Tarumanagara. Pada masa sekarang, Kerajaan Galoh berada di Kota Kawali, Kabupaten Ciamis.

Diriwayatkan secara turun-temurun bahawa Ciung Wanara adalah anak kepada Prabu Adimulya Permanadikusuma. Namun, Prabu Adimulya Permanadikusuma meninggal dunia sebelum Ciung Wanara dilahirkan akibat dibunuh oleh Tamperan. Ibu Ciung Wanara adalah isteri pertama kepada Prabu Adimulya Permanadikusuma iaitu Dewi Pohaci Naganingrum.

Ditakdirkan bahawa isteri kedua Prabu Adimulya Permanadikusuma iaitu Dewi Pangrenyep juga turut mengandung ketika Dewi Pohaci Naganingrum mengandung. Namun isteri kedua Prabu melahirkan bayinya terlebih dahulu dan diberi nama Harian Banga manakala isteri pertama Prabu yang bakal melahirkan Ciung Wanara hanya  melahirkan beliau setelah kandungan berusia 12 bulan.

Ketika saat hendak melahirkan Ciung Wanara, Dewi Pangrenyep membantu Dewi Pohaci Naganingrum. Akan tetapi, ia hanyalah tipu muslihat isteri kedua Prabu kerana beliau ingin menggantikan bayi yang akan dilahirkan oleh Dewi Pohaci Naganingrum dengan seekor anjing. Beliau berhasil melakukan tindakan terkutuk itu. Beliau membuang bayi iaitu Ciung Wanara ke dalam Sungai Citanduy dalam Kandaga(kota kecil berhias) bersama-sama sebiji telur.

Namun, bayi malang ini diselamatkan oleh pasangan nelayan, Aki & Nini Blangantran. Bayi ini membesar menjadi seorang yang gagah perkasa manakala telur yang bersama-sama dengannya turut menetas menjadi ayam laga yang hebat. Dengan ayam laga inilah beliau berjaya menemui semula asal-usulnya dan seterusnya merebut takhta daripada adik tirinya.

Tempat yang dipercayai makam Ciung Wanara di Bogor,Indonesia.

 

Bayi Sparta- Dilahirkan hanya untuk menjadi Pahlawan Sparta

Sparta Purba sangat mementingkan kekuatan ketenteraan berbanding ilmu pengetahuan sepertimana jirannya, Athen. Sparta menitik-beratkan rakyatnya yang lelaki supaya menjadi tentera. Kerahan tenaga untuk menjadi tentera Sparta diwajibkan bagi setiap warganya. Diriwayatkan bahawa jika terdapat sebarang kelahiran baru di Sparta, maka akan datang wakil tentera Sparta ke rumah itu untuk memeriksa kesihatan bayi. Sekiranya bayi itu sihat walafiat, maka bayi itu akan diwajibkan memasuki akademi latihan ketenteraan seawal usia 7 tahun. Namun, bagi bayi yang cacat dan berpenyakit, bayi itu akan dibiarkan mati di lereng bukit di Sparta atau dilatih untuk menjadi hamba sahaya(Helot).

Tentera Sparta adalah antara tentera terkuat satu ketika dahulu.

Diserang Binatang..ngerinya!

Oleh: takusahrisau

Saksikan gambar-gambar pertembungan manusia dengan haiwan:-

Anaconda ditangkap Bunting melahirkan berpuluh ekor anak!

Oleh: takusahrisau

Berlaku dipercayai di sebuah wilayah di Brazil, Anaconda ditangkap kerana menganggu ketenteraman masyarakat setempat.

Anaconda ditangkap menggunakan jengkaut.

Walau demikian, anakonda yang sudah mati sememangnya menarik perhatian masyarakat. Kanak-kanak tidak terkecuali.

Riang-ria kanak-kanak

Namun, alangkah terkejutnya mereka apabila hasil ‘pembedahan’ mereka berjaya mengeluarkan berpuluh-puluh ekor bayi anakonda yang turut serta terkorban bersama ibunya.

Anakonda mampu melahirkan sehingga 70 ekor anak dalam satu-satu masa.

 

Masih lagi sempat bergambar.

Senarai 10 Foto Yang Terhebat Dalam Sejarah!

Oleh: takusahrisau

 

1. Southern Sudan

 

Kevin Carter mengambil gambar ini di selatan Sudan. Gambar ini menunjukkan seorang budak perempuan menunggu detik terakhir kematian dengan burung hering bersedia untuk memamah bangkainya. Dengan gambar ini beliau memenangi Pulitzer Prize iaitu anugerah tertinggi dalam bidang kewartawanan. Akan tetapi, anugerah yang diperolehinya itu terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi kerana mendapat cemuhan daripada masyarakat dunia kerana mereka menganggap beliau melanggar etika kemanusiaan dengan membiarkan budak Sudan ini meninggal dunia di depan matanya. Kevin Carter akhirnya membunuh diri pada 27hb Julai 1994.

2. Volcano Victim

 

Gambar ini diambil oleh wartawan Perancis,Frank Fournier ketika tragedi letusan gunung berapi di Nevado del Ruiz. Gambar ini menunjukkan Omayra Sánchez ,13 sedang diselamatkan oleh sukarelawan selepas bertarung nyawa selama 3 hari akibat terperangkap di dalam air. Malangnya, Omayra gagal diselamatkan akibat hypothermia dan gangrene. Beliau meninggal dunia selepas tiga jam diselamatkan. Ironinya,beliau kelihatan ceria ketika hendak diselamatkan tetapi mengalami sedikit halusinasi akibat terperangkap terlampau lama di dalam air.( Klik SINI untuk melihat video).

Selepas tersebarnya gambarnya di akhbar seluruh dunia, ia telah mencetuskan kontroversi kerana mempersoalkan tindakan wartawan Frank Fournier yang mengambil gambar Omayra dan juga kerajaan Colombia yang seperti tidak mengambil langkah berjaga-jaga biarpun amaran awal telah dikeluarkan.

Gambar ini telah bagaimanapun telah melayakkan Frank Fournier untuk memenangi World Press Photo award pada 1986.

3. Soweto Riots

Gambar menyayatkan hati ini diambil oleh Sam Nzima ,wartawan daripada Afrika Selatan. Gambar ini telah menarik perhatian dunia sebaik sahaja ia disiarkan oleh sebuah akhbar daripada Afrika Selatan,The World. Gambar ini jelas memaparkan salah seorang daripada remaja terawal yang terkorban dalam rusuhan kaum kulit hitam, Hector Pieterson,12 dipangku oleh Mbuyisa Makhubo serta diiringi dengan emosi oleh kakak Hector, Antoinette Pieterson,17. Rusuhan kaum yang dikenali sebagai Suweto Riot ini berlaku pada tanggal 16 Julai 1976. Golongan muda kulit hitam bangkit membantah pihak berkuasa Afrika Selatan yang jelas mengamal dasar Apartheid. Rusuhan ini semakin tegang apabila mengakibatkan kira-kira 566 orang kematian yang kebanyakkannya daripada kaum kulit hitam.

Pada tanggal 16hb Julai dipilih sebagai Hari Belia di Afrika Selatan.

 

4. Construction Workers

Gambar membuat anda berasa seriau ini diambil oleh seorang jurugambar bernama Charles C. Ebbets pada 29hb Septembar 1932. Gambar ini diambil ketika pembinaan GE Building di Rockefeller Center pada 1932.

Untuk pengetahuan anda para pekerja ini berada di tingkat 69.errr…

 

5. Soldier’s Despair

Gambar beremosi ini diambil oleh wartawan Detroit Free Press, David Turnley ketika Perang Teluk I pada tahun 1991. Kelihatan dalam gambar ini Sarjen Ken Kozakiewicz meraung kesedihan apabila mendapati rakan baiknya di medan perang, Andy Alaniz meninggal dunia selepas kejadian friendly fire. Gambar ini kemudiannya dihalang penyiarannya di dalam akhbar oleh Pentagon.

6. Unknown Refugee

Gambar ini diambil oleh jurugambar National Geographic, Steve McCurry di Afghanistan ketika pencerobohan Soviet Union di sana. Gambar ini mula diambil pada 1983 tetapi hanya disiarkan pada 1985 di majalah National Geographic. Perempuan di dalam gambar ini adalah salah seorang daripada ribuan pelarian di satu kem pelarian Afghanistan. Identiti perempuan ini tidak dapat dikenalpasti.

7. Einstein

Gambar menarik ini diambil oleh Arthur Sasse pada 14hb Mac 1951. Gambar ini menunjukkan sikap lucunya. Gambar ini menarik perhatian ramai masyarakat kerana inilah satu-satunya gambar Einstein dengan ekspresi yang menarik.

8. Churchill

Potrait Perdana Menteri Britain ketika Perang Dunia ke-2, Winston Churchill ini diambil oleh seorang jurugambar bernama Yousuf Karsh. Disebabkan gambar ini kedua-dua individu ini menjadi popular. Yousuf Karsh paling banyak menerima impaknya kerana gambar yang diambilnya ini banyak kali muncul di dalam majalah-majalah dan surat khabar sehingga ia pernah menjadi muka depan kepada majalah Life Megazine.

9. 9/11

Richard Drew sempat mengambil gambar detik-detik cemas semasa tragedi 9/11. Gambar menyayatkan hati ini menunjukkan bagaimana seorang insan memilih untuk terjun daripada terus terperangkap di dalam bangunan WTC tersebut.(Klik SINI untuk entry khas mengenainya)

10. Marliyn

Tidak salah jika dikatakan gambar inilah yang paling tersohor di kalangan banyak gambar. Gambar ini menunjukkan ikon seks tahun 60-an, Marilyn Monroe mempamerkan gaya seksinya yang mana dengan pantas menjadi buah mulut masyarakat dunia. Gambar ini diambil dalam filem lakonannya, The Seven Year Itch.

%d bloggers like this: