Tag Archive | China

(Gambar) China Daripada Tahun 1901 Hingga 1903..

Oleh: takusahrisau

China memiliki sejarah yang panjang. Dipercayai bahawa China mula diasaskan oleh seorang maharaja bernama Shih Huang Di(259BC-210BC) pada 221 sebelum masihi. Sebelum daripada itu, wilayah-wilayah di tanah besar China wujud melalui kerajaan-kerajaan yang berasingan.

Shih Huang Di memiliki kredibiliti hebat sebagai seorang maharaja. Huang Di adalah seorang raja yang tegas dan bercita-cita besar. Beliau bertanggungjawab membina beberapa projek mega iaitu Mouseleum persemadian  yang  dibina bersamanya tentera Terracota dan Tembok Besar China.

Sejak kematian Shih Huang Di, China telah berulang-kali bertukar dinasti. Namun  begitu, kekuatan dan ekonomi China kekal unggul. Bangsa China mempelopori beberapa teknologi penting seperti kertas, roda dan bedil. Mereka menjadi kuasa utama dunia sehingga mereka dijajah oleh British semasa Zaman Kolonis. Daripada detik tersebut, tamadun China jatuh merudum. Rakyatnya jatuh miskin dan hidup merempat. Berjuta-juta bertindak berhijrah daripada China untuk mencari kekayaan.

Walaubagaimanapun, China kini bangkit dan kembali menjadi salah sebuah kuasa utama dunia. Ekonominya melonjak saban tahun. Adalah tidak mustahil China kemungkinan besar mampun menggantikan Amerika Syarikat dan Jepun menjadi kuasa ekonomi dunia.

Perkarangan Bandar Larangan

Peking Wall

Pintu masuk ke bilik Maharani

Pemandangan daripada Hetamen East

Pemandangan Hetamen North-West

Pemandangan daripada Hetamen. Kelihatan Bandar Imperial yang tersergam indah

 

Pemandangan daripada Hetamen North

 

Pemandangan daripada Hetamen South

 

Pemandangan daripada Hetamen South-West

 

Pintu gerbang Hetamen

 

Pemandangan di Tasik Lotos dan Peitasu

 

Pintu masuk ke Imperial Palace

 

Tembok Besar China

 

Kawasan pemburuan keluarga Diraja

 

Jambatan Marmar di Istana Musim Panas

 

Pemandangan dekat Istana Musim Panas

 

Pemandangan daripada atas Jambatan Marmar

 

Pemandangan daripada tembok ke Legation Quartier

 

 

Tembok Selatan Tartar City

 

 

 

(Video) Pesakit Mengamuk Tumbuk Doktor dalam Dewan Bedah..

Oleh: takusahrisau

Seorang pesakit yang terlantar di atas meja bedah tiba-tiba naik hantu sehingga bertindak mencederakan doktor yang ingin membedahnya. Insiden ini berlaku di First People’s Hospital, Jizhou, Hubei provience, China. Rakaman ini dipercayai bertarikh 5 Mei 2012. Akibat daripada tindakan ‘bodoh’ pesakit tersebut, doktor yang ingin merawatnya cedera di bahu manakala beberapa peralatan hospital didapati rosak teruk.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI

______________________________

Segalanya lebih menarik di

(Video) Simpang paling bahaya di dunia..terletak di China!

Oleh: takusahrisau

 

Video di bawah adalah daripada rakaman 20 kemalangan yang berlaku di simpang empat  Bandar Heze di wilayah Shangdong, China. Rakaman ini disebar oleh pihak berkuasa atas alasan untuk mendidik rakyat China supaya lebih mematuhi lampu isyarat. Rakaman yang secara keseluruhannya dirakam oleh kamera litar tertutup atau CCTV ini telah mendapat tontonan lebih 2 juta pelawat setelah 22 jam ia dimuat naik di Youku(laman perkongsian video seakan-akan Youtube).

 

Rakaman selama 12 minit ini bergitu jelas menunjukkan warga China terutama penungang motosikal gagal untuk mematuhi lampu isyarat. Rata-rata kemalangan melibatkan penungang motosikal dengan kenderaan berat dan paling menyedihkan adalah kebanyakannya berakhir dengan kematian.!

 

nota: harap maaf kerana video yang dimuat naik di Youku gagal untuk ditempatkan di Youtube kerana masalah lesen dan hak cipta. Namun, video di atas masih lagi menggambarkan betapa dashyatnya kemalangan di Simpang Empat Bandar Heze, China.