Tag Archive | Fritzler Corn Maze

Senarai 15 imej menakjubkan

1 4 –   Ground Zero, New York City – Sept 12, 2001         

Imej ini dirakam sejauh memiliki resolusi 1 meter telah dirakam pada 11.43 pagi waktu New York pada 12 September 2009 oleh satelit rakaman udara IKONOS. IKONOS telah merakam satu-satunya imej yang beresolusi tinggi setelah kejadian 11 September.          

          

Masih terdapat asap pada tapak WTC yang telah runtuh.

  

          

13-  Fritzler Corn Maze, Colorado         

IKONOS telah merakamkan imej yang mengambarkan tentera-tentera U.S bersama-sama mengibarkan bendera di Iwo Jiwa pada Perang Dunia ke-2. Imej yang cantik ini dirakamkan di Greeley, Colorado pada 18 September 2004.         

Sebenarnya ukiran seakan patung Iwo Jiwa ini dibuat di ladang jagung.

  

12 – Air Terjun Niagara         

Imej ini dirakam pada 2 August 2004 yang menunjukkan Air Terjun Niagara daripada pandangan atas. Niagara menjadi tumpuan pelancong daripada serata dunia kerana keunikan air terjunnya.         

Kecantikan Air Terjun Niagara pada pandangan atas sukar digambarkan dengan kata-kata.

  

11 – Pulau-pulau Hawaiian         

Imej ini dirakam oleh true-color Terra MODIS pada 27 Mei 2003. Kelihatan ombak-ombak jelas kelihatan akibat sinaran cahaya matahari yang menyinari Lautan Pasifik. Kepulauan Hawaii terdiri daripada Big Island (Hawaii), Maui, Kahoolawe, Lanai, Molokai, Oahu, Kauai, and Niihau. Big Island adalah berada di sebelah kiri bawah. Jika diperhatikan, terdapat satu tompokan kecil berwarna merah di Big Island; ia adalah Gunung Berapi aktif!         

 

   

        

         

   

10 – Palm Island, Dubai, United Arab Emirates        

Cantik! itulah sahaja kata-kata yang terpancul. Imej di bawah dirakam pada 6 Julai 2004 oleh satelit IKONOS. Kelihatan ‘Pulau Palma’ ini masih dalam pembinaan dan apabila siap ia bakal memuatkan penempatan untuk lebih 1800 keluarga, Taman Tema Akuatik, Pawagam, Pusat Beli-belah dan sebagainya!.        

Masih dalam pembinaan.

  

 9– The Great Pyramid, Giza, Egypt         

Imej yang dirakam ini mempunyai resolusi 61-sentimeter pan-sharpened image . Ia dirakamkan oleh QuickBird pada 2 Februari 2002. Piramid Giza mempunyai ketinggian sebanyak 145.75 meter (481 kaki) . Sejak pembinaannya pada 2650 B.C, ia telah hilang kira-kira 10 meter ketinggian asalnya. Dipercayai, piramid Giza pernah menjadi bangunan paling tinggi selama 43 abad!         

Masih utuh miskipun telah melampaui hampir 44 abad.

  

8– Ayers Rock (Uluru), Australia         

Imej ini dirakamkan oleh satelit IKONOS pada 17 Januari 2004. Imej ini menunjukkan Ayer Rock yang terletak di Kata Tjuta National Park. Ia adalah monolith yang paling besar di dunia!         

Imej semulajadi ini menjadi tempat tumpuan pelancong daripada serata dunia.

  

7- City of Light         

Imej ini diambil pada 19 Oktober 2009. Ia menunjukkan bandar-bandar bercahaya seluruh dunia daripada Mesir hingga ke Rusia.         

Sungguh mengagumkan.

  

          

6- Tsunami di Sri Lanka        

Imej ini dirakam daripada udara pada 26 Disember 2004 jam 10.20 pagi waktu Sri Lanka. Kelihatan ombak tsunami masih lagi mengganas sehingga memusnahkan kawasan persisiran pantai Sri Lanka. Imej ini telah dirakamkan oleh Satelit QuickBird sebaik melintas Sri Lanka.        

Tsunami

  

5- Mount St. Helen, Washington        

Imej ini dirakam oleh seorang angkasawan.  Imej ini telah di ambil pada 25 Oktober 20o2.   

Jelas kelihatan kawah gunung berapi St. Helen.

  

 4- Lembah Sungai Nil   

Imej ini dirakam pada 30 Januari 2001 oleh MISR. Imej ini menunjukkan Lembah sungai Nil di mana Bandar Keherah jelas kelihatan di tompok berwarna kelabu. Manakala di sebelah atas imej ini menunjukkan Laut Mediterrinean.   

Sungai Nil adalah sungai terpanjang di dunia.

  

3- Malosmadulu Atolls, Maldives   

Imej ini dirakam pada 22 Disember 2002 oleh Satelit ASTER. Maldives terbentuk oleh jaringan 1192 buah pulau-pulau kecil. Ibu negara Maldives adalah Pulau Male yang berkapasiti 80,000 orang. Jumlah penduduk keseluruhan adalah 300,000 orang. Sumber pendapatan utama Maldives adalah daripada sektor pelancongan.   

Maldives memiliki pulau-pulau yang terkenal kecantikannya.

  

2- Grand Canyon   

Imej ini dirakam pada 31 Disember 2000 oleh kamera satelit MISR. Lembah Canyon terkenal sebagai antara lembah yang terdalam di dunia. Dipercayai lembah ini dahulunya adalah lautan satu ketika dahulu.   

Grand Canyon adalah terletak di Arizona Selatan.

  

1- Noah Ark   

Antara realiti dan fantasi, tapi ini hakikatnya. Imej ini dirakam pada 10 September 2003 oleh kamera satelit Digital Globe. Bahtera Nabi Nuh ini terletak di Gunung Ararat. Lihatlah betapa besarnya bahtera Nabi Nuh ini. Muncungnya ditanda dengan bulatan merah!   

Ketiga-tiga agama utam di dunia,Islam,Kristian dan Yahudi mempercayai kewujudan Bahtera Nabi Nuh.

  

0- Great Wall of China   

Oppss…jangan ingat dah habis yer..okey,anda saksikan imej ini..   

Cukup jelas kelihatan imej Tembok Besar China!

  

Imej ini dirakam oleh Satelit European Space Agency pada 25 Mac 2007. Imej ini dirakam dari jarak 320km dari permukaan bumi oleh satelit berkenaan.  

~Sekarang baru anda perasan kenapa ‘count down’ senarai kali ini bermula dengan nombor 14 kan? 🙂