Archive | April 2011

Individu-individu yang terlibat dalam Freemason!

Oleh: takusahrisau

Freemason adalah pertubuhan rahsia yang sering dikaitkan demgan sekularisme. Asal-usul Freemason masih lagi kabur, namun rata-rata mengaitkan ia dengan tukang batu pada zaman Nabi Sulaiman(King Soloman). Tukang batu atau mason telah menubuhkan satu pertubuhan mereka sendiri bagi tujuan untuk membina kembali kuil nabi Sulaiman yang sekarang ini dipercayai telah dibina Masjidil Aqsa.

Samaada Islam mahupun Kristian, pertubuhan Freemason diharamkan dan ia diistiyharkan secara terbuka oleh pemimpin pro-Islamik dan pro-Kristianiti. Pernah satu ketika seorang Paus yang bernama Pope John Paul II dalam satu wawancaranya pada November 1983 telah mengharamkan para penganut Kristian Katholik daripada terpengaruh dengan pertubuhan Freemason. Beliau berkata,

Kamu semua tidak boleh menjadi seorang Katholik dan Freemason pada waktu masa yang sama!”

Beliau kemudian menambah,

Penilaian negatif gereja terhadap Freemason tetap tidak akan berubah kerana prinsip-prinsip Freemason jelas tidak dapat ditolak-ansurkan oleh doktrin gereja. Oleh itu, menjadi seorang anggota Freemason adalah haram sama sekali!”

 

Secara keseluruhannya, setiap pemimpin agama amat melarang penganutnya terlibat dalam pertubuhan Freemason. Freemason dikatakan mempunyai jarum yang bergitu halus. Luarannya sangat cantik dan oleh kerana itu ramai pemimpin di dunia termasuk yang beragama Islam terpengaruh dengan dakyah-dakyah songsang mereka.

Pertubuhan Freemason di Malaysia

Pertubuhan yang mempunyai darjah sehingga ke tahap 33 ini sebenarnya telah lama meresap ke dalam Malaysia semasa penjajahan British di sini. Kesannya, pembaca boleh lihat sendiri Lodge yang dibina di Ipoh, Penang, Perak, Johor dan beberapa tempat lagi di sekitar Malaysia. Hebatnya pertubuhan ini adalah mereka yang terlibat tidak pernah mengetahui tujuan asal pertubuhan ini. Dalam kata lain, individu yang mempunyai darjah 23 tidak akan mengetahui misi individu yang berada di darjah 32.

 

Prinsip Freemason

Pertubuhan yang jelas melanggar ajaran agama Islam ini mempunyai tiga prinsip utama yang jika dilihat secara kasarnya amat cantik. Tiga prinsip utama itu antara lain adalah:

  1. Cinta pada kemanusiaan atas dasar persaudaraan (Brotherly love to the whole human species)
  2. Menghilangkan penderitaan (Relieve the distressed)
  3. Kebenaran sebagai sifat agung (Truth as a divine attribute)

 

Sebenarnya, Freemason hanya merupakan sebuah batu loncatan untuk masuk ke dalam komuniti rahsia yang ada di sebaliknya. Dengan sebab yang demikian, keanggotaan Freemason telah mengundang banyak individu berpengaruh menyertai secara rahsia. Namun, apakah niat mereka, tidak pula diketahui. Oklah, di bawah adalah senarai individu berpengaruh yang pernah menyertai pertubuhan rahsia ini. Jangan terkejut apabila terdapat individu yang tidak pernah pembaca jangkakan.

 

1. Sir Alf Ramsey

Beliau adalah Pengurus England ketika Piala Dunia 1966. Di bawah pengurusan Sir Alf Ramsey, England memenangi Piala Dunia buat kali pertama pada tahun tersebut.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Waltham Abbey Lodge No. 2750 pada 5 October 1953.

 

 

2. Jose Rizal

Beliau adalah Pejuang kemerdekaan Filipina paling terkenal di tanah tumpah darahnya. Jose Rizal juga merupakan seorang doktor, penulis dan nasionalis paling berpengaruh pada zamannya.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Logia Solidaridad 53 Madrid, Spain kemudian dianugerahkan Worshipful Master of Nilad Lodge No. 144 pada 1892.

 

3. Theodore Roosevelt

Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-26. Beliau memulakan tugas sebagai individu paling berkuasa di rumah putih pada tahun 1901 sehingga 1909.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Matinecock Lodge No. 806, Oyster Bay di New York.

 

 

4. Franklin Delano Roosevelt

Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-32. Beliau adalah watak utama semasa Perang Dunia Kedua meledak. Bersama-sama Josep Stalin dan Winston Churcill, beliau telah membentuk pakatan Berikat untuk memerangi kekuatan pakatan Paksi yang diketuai oleh Aldolf Hitler.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Holland Lodge No. 8 di New York

 

5. Harry S Truman

Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-33. Beliau mengambil alih jawatan presiden daripada F. D. Rossevelt pada 12 April 1945 selepas Rossevelt meninggal dunia pada tahun 1945. Truman adalah watak utama semasa Perang Dingin mula tercetus.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Belton Lodge No. 450, Belton, Missouri. Ditabalkan sebagai Grand Master of Missouri pada 1940 sehingga 1941.

 

6. Mark Twain

Beliau adalah penulis berbangsa Amerika Syarikat paling terkenal di zamannya. Beliau yang dilahirkan pada 30 November 1835 adalah sahabat akrab saintis terkenal, Albert Einstein. Antara novel terkenal hasil garapan beliau adalah The Adventures of Tom Sawyer (1876), dan sekuelnya, Adventures of Huckleberry Finn (1885).

Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Polar Star Lodge No. 79, A.F. dan A.M., St. Louis, Missouri. Beliau dilaporkan disingkirkan daripada pertubuhan rahsia ini namun diterima kembali pada 24 April 1867.

 

 

7. George Washington

Beliau adalah Presiden pertama Amerika Syarikat. Beliau adalah seorang jeneral dan panglima angkatan tentera Amerika Syarikat yang berjuang menuntut kebebasan mutlak daripada kerajaan British.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Fredericksburg VA. Dilantik menjadi Past Master of Alexandria Lodge No. 22, Virginia.

 

8. Emilio Aguinaldo

Beliau adalah Presiden Filipina yang pertama. Sebelum menjadi presiden Filipina yang pertama pada usia 29 tahun, beliau adalah pejuang kemerdekaan menentang cengkaman penjajah Sepanyol.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Pilar Lodge No. 203 (sekarang Pilar Lodge No. 15) di Imus Cavite dan merupakan pengasas kepada Magdalo Lodge No. 31 (ditukar nama kepada Emilio Aguinaldo Lodge No. 31 untuk menghargai jasanya).

 

 

9. Edwin “Buzz” Aldrin

Beliau adalah antara angkasawan yang pertama bersama-sama Neil Armstrong mendarat di bulan pada 1969.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Montclair Lodge No. 144 di New Jersey.

 

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

10. Mustafa Kemal Atatürk

Seorang pengasas republik Turki yang bertanggungjawab meruntuhkan sistem monarki Turki Othmaniyyah. Di bawah penguasaanya, perlembagaan Turki yang berasaskan islamik telah diubah kepada perlembagaan berasaskan sekularisme.

Perlibatan dengan Freemason:  Bermula di Macedonia Risorta Lodge No. 80. Namun, beberapa ahli sejarah menyatakan beliau mendaftarkan diri di Lodge Veritas, Thessaloniki, Greece.(dahulu di bawah kekuasaan Turki Othmaniyyah).

 

11. Silvio Berlusconi

Beliau adalah Perdana Menteri Itali sekarang. Sebelum menjawat jawatan tertinggi di Itali itu, beliau adalah taikun media paling berpengaruh di Itali.

Perlibatan dengan Freemason:  Beliau dilaporkan terlibat dalam skandal menjatuhkan kerajaan Itali yang melibatkan ‘tangan ghaib’ Freemason. Skandal itu dikenali dengan Propaganda Due.  Propaganda Due atau P2 adalah lodge freemason yang berada di bawah seliaan Grand Orient of Italy.

 

12. Winston Churchill

Beliau adalah perdana menteri United Kingdom semasa era Perang Dunia Kedua. Beliau menjawat jawatan perdana menteri United Kingdom sebanyak dua penggal iaitu pada tahun 1940 hingga 1945 dan 1951 hingga 1955. Beliau satu-satunya perdana menteri daripada Great Britain yang memenangi anugerah Nobel in Literature dan diakui sebagai salah seorang individu yang berpengaruh yang pernah dilahirkan di dunia.

Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Studholme Alliance Lodge No. 1591, Rosemary Lodge No. 2851. (Nota: The Churchill Society mendakwa Churchill meletak jawatan di lodge tersebut pada 1912.)

 

13. Süleyman Demirel

Beliau adalah Presiden ke-9 Republik Turki daripada tahun 1993 hingga tahun 2000. Beliau juga pernah menjawat jawatan perdana menteri sebanyak empat kali.

Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Bilgi Lodge No.015, Ankara iaitu Grand Lodge of Turkey.

 

 

14. Benjamin Franklin

Beliau adalah salah seorang bapa pengasas Amerika Syarikat di samping enam individu yang lain iaitu George Washington, John Adams, Thomas Jefferson, John Jay, James Madison, dan Alexander Hamilton. Beliau juga adalah saintis, negarawan, diplomat, pakar politik dan penulis yang paling berpengaruh pada zamannya.

Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di St. John’s Lodge, Philadelphia pada Februari 1731

 

 

15. J. Edgar Hoover

Beliau adalah Pengarah pertama agensi sulit kerajaan Amerika Syarikat, FBI. Beliau bertanggungjawab melumpuhkan berpuluh-puluh geng mafia, triad dan kongsi gelap di seluruh Amerika Syarikat.

Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Federal Lodge No. 1 di Washington D.C.

 

16. Thomas Stamford Raffles

Seorang orientalis yang bertanggungjawab ‘membuka’ perlabuhan Singapura untuk kegunaan import dan eksport antarabangsa. Beliau adalah salah seorang orientalis yang paling rapat dengan sultan-sultan di perairan Selat Melaka termasuklah di Jawa, Surabaya dan Johor.

Perlibatan dengan Freemason:  Mula terlibat di Lodge De Vriendschap, Surabaya pada 5 Julai 1813.

(Gambar) Hukuman Ling Chi yang cukup menggerunkan!

Oleh: takusahrisau

 

Ling Chi adalah salah satu hukuman purba yang dipraktikkan oleh kerajaan monarki China terhadap penjenayah kes-kes berat sejak 900AD sehingga ia dimansuhkan pada tahun 1905. Ling Chi daripada sudut istilahnya membawa maksud hirisan perlahan-lahan”.

Sepertimana maksud Ling Chi, hukuman ini bergitu menyeksakan kerana penjenayah dibiarkan terseksa sehingga tiga hari dan paling lama mencapai berminggu-minggu. Hukuman ini bermula dengan penjenayah dikerat anggota bahagian dada, kaki dan tangan. Selepas itu, penjenayah dibiarkan meraung kesakitan sehingga pengsan. Keesokkan harinya, penjenayah disimbah dengan air untuk menambahkan lagi seksa dan azab.

Pada hari ketiga dan hari terakhir, penjenayah akan ditikam pada dada dan dikerat kepala sehingga penjenayah tersebut menemui maut. Hukuman ini diadakan di khalayak ramai untuk memberi peringatan kepada yang hidup bahawa setiap jenayah akan mendapat hukuman paling teruk dan menyeksakan.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Hukuman Ling Chi sebenarnya bukan sahaja tertakluk di negara China sahaja. Malahan di negara Islam di bawah kerajaan Dinasti Abbasiyyah, seorang ahli sufi bernama Mansur al-Hallaj(858-922) telah dihukum dengan hukuman yang serupa dengan hukuman Ling Chi. Mansur al-Hallaj telah diseksa dengan tangan dan kakinya dikerat. Beliau kemudian dibiarkan terseksa sedemikian sebelum dipancung kepalanya. Selepas itu, mayat Mansur telah dibakar dan dibuang abunya di Sungai Furat. Sepertimana hukuman Ling Chi, hukuman yang dikenakan ke atas Mansur al-Hallaj disaksikan oleh ribuan rakyat Baghdad termasuk keluarga, pengikut dan sahabat beliau.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam oleh seorang journalis, Henry Norman semasa hukuman Ling Chi dilaksanakan:

 

(Gambar) Saksi bisu Tsunami Jepun!

Oleh: takusahrisau

 

Tsunami Jepun yang melanda persisiran pantai Jepun pada 11 March 2011 susulan gempa bumi bawah laut berukuran 9.0 skala Ritcher telah meninggalkan impak yang besar kepada infrakstruktur Jepun. Sehingga kini, sisa-sisa dan puing-puing yang ditinggalkan oleh tsunami tersebut masih lagi boleh ditemui di lokasi bencana. Tsunami yang dikatakan telah memakan nyawa seramai 25 ribu orang itu telah menyebabkan banyak perancangan masa depan Jepun terbantut. Kepada kita yang berada jauh daripada lokasi bencana, hanya gambar di bawah inilah yang boleh menggambarkan kesedihan, kedashyatan serta kekuatan bencana alam tsunami yang sangat ditakuti ini.

Lihat garis lumpur dan jam yang terhenti pada saat bencana melanda. Inilah dinamakan saksi bisu.

 

Garis lumpur di salon kecantikan di Ishinomaki, Miyagi.

 

Garis lumpur di sebuah bangunan di Ishinomaki, Miyagi.

 

Tanda lumpur di jendela sebuah rumah di Miyagi.

 

Garis lumpur di sebuah bar di Miyagi.

 

Garis lumpur di dinding sebuah bar di Miyagi.

(Gambar) Anjing misteri yang sering muncul semasa demostrasi Greece 2008!

Oleh: takusahrisau

 

Satu perkara yang agak pelik apabila melihat seekor anjing selalu sahaja tampil di tengah khalayak ramai semasa demostrasi besar-besaran di Greece pada 2008. Anjing yang dikenali dengan Kellanos cukup popular di kalangan wartawan yang merakamkan detik-detik tegang antara polis dan rakyat yang memberontak.

Seperti salah seorang daripada kalangan pemberontak, anjing tersebut mengikut ke mana sahaja pemberontak berhimpun dan berdemostasi. Malah, satu foto telah dirakam seolah-olah anjing yang mempunyai bulu perang keemasan ini mengadakan mogok lapar di hadapan polis anti-demostrasi.

Krisis di Greece telah tercetus akibat terbunuhnya seorang remaja bernama Alexandros Grigoropoulos,15 akibat ditembak dengan peluru hidup oleh dua orang anggota polis anti-rusuhan semasa berdemostrasi di Exarcheia, Athens. Secara rasminya, demostrasi yang diselang-seli dengan lontaran bom malotov, kayu dan batu ini telah bermula pada 6 Disember 2008.

Kematian Alexandros Grigoropoulos menimbulkan bantahan oleh seluruh masyarakat dunia terhadap sistem anti-rusuhan di Greece.

 

Pemberontakan sosial ini dikatakan tercetus kerana ketidakpuasan hati rakyat dengan peningkatan rasuah di kalangan ahli politik, penyalahgunaan wang rakyat, pengangguran yang melampau dan kadar inflasi yang tinggi.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Berikut adalah gambar-gambar anjing bernama Kellanos yang bagaikan bersimpati dengan nasib rakyat Greece:

Dirakam semasa mengadakan 'mogok lapar' di pada 4 March 2009.

 

Berhadapan dengan polis anti-rusuhan. Dirakam pada 9 Mei 2009.

 
 

Bersama-sama berhimpun bersama perusuh. Dirakam pada 12 Disember 2008.

 
 
 

Melintasi polis anti-rusuhan. Dirakam pada 18 Disember 2008.

 
 
 

Turut disembur air oleh polis anti-rusuhan. Dirakam pada 24 Februari 2010.

 

Turut berdemostrasi. Dirakam pada 24 Februari 2010.

(Gambar) Baitul Maqdis tahun 1900-an

Oleh: takusahrisau
 
 
 
 

Belon udara(Zeppelin) di sebalik menara Nabi Daud.

Tembok Baitul Maqdis
Tel Aviv
Masjid Jamik Nejaf
Pelarian Palestin selepas pencerobohan Yahudi secara beramai-ramai selepas penjanjian Balfour.
Pembukaan University of Hebrew.
Kota Samaria. Kota Samaria dihuni oleh penganut ajaran Samaritan. Salah satu mazhab dalam agama Yahudi.
Pemandangan di persisiran pantai.
Tembok Bandar Baitul Maqdis daripada arah utara bandar tersebut.
Masjidil Aqsa
Sungai Jordan
Bandar Baitul Maqdis yang sangat nostalgia.
Pemberontakan di Baitul Maqdis pada 1920
Perarakan di Baitul Maqdis
Wilayah Jericho daripada pandangan daripada helikopter.
Jambatan Haifa

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Garden of Gethsemane. Di sini dikatakan nabi Isa as bertafakur bersama hawari-hawari sebelum diangkat ke langit.
Semasa pengebumian King Hussein pada 4 Jun 1931.
Pandangan daripada tepi Dome of Rock
Dome of Rock
Deir Seidnaya
Gambar persisiran pantai Laut Mati.
Gereja Holy Sepulchre.
Pemandangan pada makam Nabi Daud as.
Tentera British bersiap sedia dengan pemberontakan Arab Palestine.
Gerbang batu di Beth Shemeth
 
 

Mizbah di Basilica of Gethsemane, Baitul Maqdis

(Video) Briptu Norman, suaranya cukup sedap sebenarnya!

Oleh: takusahrisau

Bakat Briptu Norman cukup terserlah.

Nama jejaka Briptu Norman Kamaro dengan cepat popular setelah tersebarnya vidoe miming beliau di laman perkongsian video, Youtube beberapa ketika lalu. Dalam video klip tersebut, Briptu Norman telah meniru nyanyian lagu Chaiya Chaiya  nyanyian Sukhwinder Singh and Sapna Awasthi. Lagu yang digubah oleh komposer terkenal daripada India, A. R. Rahman ini dimuatkan dalam filem pecah panggung, Dil Se lakonan aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan.

 

Miskipun sudah banyak video miming atau dalam istilah komersialnya, Lips Sync tersebar di seluruh dunia, namun video miming Briptu Norman ini lain daripada yang lain. Ini adalah kerana semasa Briptu Norman merakamkan aksinya, beliau berseragam lengkap dengan seragam polisnya. Ia menimbulkan polemik yang bukan sedikit di negara tanah tumpah darahnya. 

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

 

 

Pelbagai isu dikeluarkan, namun rata-rata mengaitkan Briptu Norman dengan pencemaran nama agensi polis di negara Garuda tersebut. Walaubagaimanapun, tidak semua yang menghentamnya. Ramai rakyat Indonesia mula mengangkatnya sebagai selebriti. Boleh dikatakan, Briptu Norman adalah selebriti paling popular yang bukan datang daripada kalangan artis atau penyanyi di Indonesia.

Stesen televisyen di Indonesia memanfaatkan peluang ini dengan menjemputnya untuk ke udara di stesen TV mereka. Seperti yang dijangka, sambutan tersebut cukup hangat dengan pelbagai pertanyaan peribadi diselang-seli dengan lawak jenaka pengacara mereka. Dalam pada itu, Briptu Norman telah dipelawa untuk memperagakan bakatnya dalam bidang nyanyian. Tidak disangka-sangka, Briptu Norman tanpa menunjukkan kegugupan telah melantunkan lagu Bollywood yang cukup popular satu masa dahulu tanpa miming. Suara Briptu Norman cukup merdu dan sedap untuk didengar. Tak percaya. Sila lihat video klip yang penulis sediakan di bawah.

 

 

Samiri yang Misteri. Siapakah Samiri?

Oleh: takusahrisau

Dalam surah Thaahaa ada menyatakan kisah Nabi Musa dan kaumnya yang disesatkan oleh seorang lelaki misteri bernama Samiri semasa Nabi Musa pergi bermunajat kepada Allah swt di Gunung Sinai. Samiri digambarkan dalam al-Quran sebagai lelaki yang bertanggungjawab mengukir patung sapi emas untuk menjadi bahan sembahan kaum Bani Israil.  Patung sapi betina yang diukir oleh Samiri memiliki ‘kuasa’ ajaib sehingga mampu mengeluarkan kata-kata dan suara. Akibat tertarik dengan patung tersebut, hampir seluruh kaum bani Israil lupa terhadap pesanan Nabi Musa untuk kekal menyembah Allah yang Esa.

Gunung Sinai menjadi saksi kejahilan bani Israil

Kesesatan kaum Bani Israil bagaimanapun tidak mampu ditangani oleh adik kandung Nabi Musa iaitu Nabi Harun. Diriwayatkan, sebelum Nabi Musa pergi ke Bukit Sina untuk bermunajat kepada Allah swt, Nabi Harun telah diamanahkan oleh Nabi Musa untuk membimbing kaumnya. Namun kedegilan kaum yang paling banyak diceritakan dalam al-Quran ini tidak mampu dinasihati oleh Nabi Allah Harun. Bahkan, Harun as diherdik dan dicerca oleh kaumnya sendiri. Bergitulah hebatnya tipu helah Samiri yang mampu memperok-perandakan keimanan kaum Bani Israil. Maka, siapakah Samiri ini?

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Ayat al-Quran yang menyatakan Samiri

Dalam surah Thaahaa, ada merakamkan dialog dengan nada agak keras daripada Nabi Musa as terhadap lelaki kufur bernama Samiri. Digambarkan, Samiri adalah lelaki yang cukup berani dan pandai berkata-kata sehingga dialog antara mereka berdua tidak menampakkan sebarang kekakuan Samiri. Samiri melontarkan kata-katanya dengan cukup yakin dan obsesi terhadap ilmunya.

95. Berkata Musa: “Apakah yang mendorongmu (berbuat demikian) hai Samiri?”

96. Samiri menjawab: “Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam dari jejak rasullalu aku melemparkannya, dan demikianlah nafsuku membujukku.”

97. Berkata Musa: “Pergilah kamu, maka sesungguhnya bagimu di dalam kehidupan di dunia ini (hanya dapat) mengatakan: “Janganlah menyentuh (aku)”. Dan sesungguhnya bagimu hukuman (di akhirat) yang kamu sekali-kali tidak dapat menghindarinya, dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut (berupa abu yang berserakan).

Surah Thaahaa ayat 95-97

 

Penjelasan Surah Thaahaa ayat 95-97

Ancaman Musa as

Dalam ayat 95, Nabi Musa telah bertanya kepada Samiri dengan nada yang keras dan bersifat mengancam.

Kemudian, pada ayat 96, ahli tafsir muktabar seperti Ibnu Kathir(1301-1373) dan Ath-Tabari (838–923) berpendapat bahawa Samiri telah mendedahkan rahsia ilmu sihirnya. Pada ayat ‘Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya’ , Ibnu Kathir dalam tafsir ulungnya telah memberi penjelasan bahawa Samiri telah melihat Jibrail as datang dengan kuda tunggangannya, Haizum untuk membinasakan Firaun sedangkan kaum Bani Israil tidak melihatnya.

Besar kemungkinan ia terjadi semasa Nabi Musa dan Bani Israil melarikan diri secara besar-besaran daripada bumi Mesir. Akibat kekalutan tersebut, kaum Bani Israil yang beribu-ribu orang tidak menyedari kehadiran Jibrail yang menyerupai manusia.

Terbina patung sapi betina daripada jejak kuda Jibrail as

Pada ayat “aku ambil segenggam dari jejak rasullalu aku melemparkannya”, Ibnu Kathir memberi penjelasan yang antara lain membawa maksud bahawa jejak rasul tersebut adalah jejak kuda tunggangan Jibrail as. Ia diterima secara umum oleh ahli-ahli tafsir lain selepas Ibnu Kathir.

Manakala, apa dimaksudkan dengan “segengam dari jejak rasul”  itu adalah Samiri telah mengambil segenggam tanah yang dipijak oleh kuda Jibrail as. Menurut ulama tafsir terkemuka, Mujahid, segenggam tanah bererti sepenuh tapak tangan dan genggaman itu dengan menggunakan ujung jari-jarinya. Samiri kemudian menggunakan ilmu sihirnya untuk membentuk sapi emas yang mampu mengeluarkan suara.

Samiri dilaknat oleh Allah swt

Dalam ayat 97, ada ayat yang berbunyi, “Janganlah menyentuh (aku)”. Menurut Ibnu Kathir, Samiri telah diusir daripada khalayak ramai sehingga beliau tidak mampu menyentuh orang lain dan orang lain pula tidak mampu menyentuhnya kerana kuatir akan menimbulkan kemudratan kepada kedua-dua pihak.

Besar kemungkinan Samiri telah dilaknat Allah swt dengan Allah swt telah menurunkan penyakit memberhaya kepadanya seperti penyakit kusta atau wabak yang berjangkit.  Menurut ulama tafsir lain seperti Ibnu Ishq dan Ath-Thabari, Samiri telah dihukum oleh Allah swt atas kekafirannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat. Tambah mereka lagi, hukuman di akhirat pasti lebih dashyat dengan seksaan api neraka buat selama-lamanya.

Siapakah Samiri?

Penyusun kitab Siratu Rasulullah, Muhammad Ibnu Ishaq(704M-767M) meriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra, beliau mengatakan, “ Samiri adalah seorang penduduk Bajarma dan dia berasal daripada kaum yang menyembah berhala. Dalam dirinya telah tertanam kecintaan kepada penyembahan terhadap patung dan berhala sapi. Samiri menampakkan dirinya adalah pengikut Musa as(Islam) di hadapan kaum Bani Israil namun hatinya bergelojak dengan kepercayaan nenek-moyangnya. Menurut Muhammad Ibnu Ishaq, Samiri adalah nama panggilan bagi seorang individu kufur bernama Musa bin Zhufar.”

Qatadah ibnu al-Nu’man, salah seorang sahabat besar Rasulullah saw daripada golongan Ansar telah berkata, “Samiri berasal daripada negeri Samir(Sumaria).”

Bagi ahli sejarah ketemporari, mereka berpendapat bahawa Samiri telah menyesatkan kaum Bani Israil dengan membina samaada patung Hathor atau Hapis. Kedua-dua patung tersebut adalah berhala sembahan masyarakat Mesir Purba.

Hathor adalah dewa perempuan yang menjadi sembahan turun temurun masyarakat Mesir Purba. Hathor digambarkan sebagai sapi betina dengan kepalanya dihiasi dengan cakera matahari.

Patung Hathor

Manakala Hapis adalah patung sembahan berupa lembu jantan yang menjadi alat sembahan masyarakat Mesir Purba di wilayah Memphis. Berhala Hapis telah pun disembah sejak Dinasti Kedua kerajaan Mesir Purba.

Patung Apis

Samiri adalah Dajal?

Terdapat dakwaan mengatakan Samiri adalah dajjal yang datang untuk menyesatkan kaum Bani Israil. Pendapat ini pertama kali disuarakan oleh pengarang buku terkenal, Muhammad Isa Dawud. Identiti Samiri yang misteri dan dikatakan memiliki ilmu sihir yang tinggi membolehkan ia dikaitkan dengan al-Masih Dajjal. Sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan kerana samaada al-Quran atau hadis tidak terdapat satu pun yang mengatakan Samiri adalah Dajjal laknatullah.

Samiri versi kitab Taurat

Dalam kitab Taurat, Samiri yang dimaksudkan dalam al-Quran adalah nabi Harun sendiri. Dalam kitab tersebut, Bani Israil dikatakan meminta nabi Harun untuk ‘mencipta’ tuhan untuk mereka. Untuk memenuhi hasrat mereka, nabi Harun kemudian menyuruh bani Israil mengumpul subang emas untuk dileburkan menjadi sapi emas. Nabi Harun kemudian membina altar di hadapan sapi emas tersebut bagi tujuan penyembahan.

32:1 Ketika bangsa itu melihat, bahwa Musa mengundur-undurkan turun dari gunung   itu, maka berkumpullah mereka mengerumuni Harun dan berkata kepadanya: “Mari, buatlah untuk kami allah, yang akan berjalan di depan   kami sebab Musa ini, orang yang telah memimpin kami keluar dari tanah Mesir–kami tidak tahu apa yang telah terjadi dengan dia

Genesis 32:1

Sepertimana kisah Samiri dalam al-Quran, nabi Harun telah dikatakan menyesatkan kaumnya sendiri dengan mengadakan pesta besar-besaran dihadapan sapi emas ajaib tersebut. Versi kitab Taurat ditolak bulat-bulat ajaran Islam. Ajaran Islam menolak versi tersebut kerana ia terang-terang menidakkan martabat seorang Rasul Allah.

Extra

Sejak turun-temurun, orang Islam mempercayai bahawa sebuah formasi batuan seperti lembu di Mesir adalah patung yang diukir oleh Samiri. Benarkah ia adalah patung yang diukir oleh Samiri?

Dalam al-Quran, Allah swt telah jelas memberitahu dalam surah Thaahaa ayat 97 bahawa Nabi Musa as telah membakar patung tersebut menjadi keping-kepingan dan membuangnya ke dalam lautan.

97. Berkata Musa: “Pergilah kamu, maka sesungguhnya bagimu di dalam kehidupan di dunia ini (hanya dapat) mengatakan: “Janganlah menyentuh (aku)”. Dan sesungguhnya bagimu hukuman (di akhirat) yang kamu sekali-kali tidak dapat menghindarinya, dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut (berupa abu yang berserakan).

Maka, kepercayaan turun-temurun umat Islam terhadap formasi batuan tersebut sangat jelas menyalahi apa yang diperkatakan di dalam kitab suci al-Quran. Ternyata kepercayaan umat Islam secara keseluruhannya selama ini tidak berfakta dan hanya mendengar cerita lisan masyarakat setempat tanpa merujuk al-Quran. Waallahualam.

Batu yang terbentuk bagaikan sapi ini dianggap sebagai sapi yang dicipta oleh Samiri.

___________________________

Segalanya lebih menarik di

 

(Video) Di Sebalik Kehebatan kasut NIKE!

Oleh: takusahrisau

 

Jom tengok staf NIKE hasilkan kasut pemain bolasepak tajaan mereka, Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo dan Cesc Fabregas. Jom kita saksikan keunggulan syarikat barangan sukan terkemuka ini.

(Gambar) Kereta Kebal semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua!

Oleh: takusahrisau

 

Kereta Kebal diperkenalkan oleh negara British semasa mereka terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Pada awalnya, penggunaan kereta kebal tidak dianggap efektif dan praktikal dek kerana pergerakan dan masalah teknikal yang tercetus daripada kereta kebal tersebut. Ia berlaku dalam Pertempuran Somme pada 15 September 1916 dan Pertempuran Cambrai pada 21 November 1917 melibatkan tentera British dan Jerman.British kalah teruk dalam kedua-dua pertempuran tersebut dengan kehilangan banyak kereta kebal serta korban nyawa.

Namun, falsafah perang yang dicetuskan oleh penggunaan kereta kebal untuk menggantikan peranan kuda perang bagi menerombos sempadan hadapan dan ‘jantung’ musuh telah melanda seluruh negara yang berperang seperti Jerman, Rusia dan Perancis. Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, mereka berlumba-lumba untuk membina kereta kebal masing-masing bagi menggantikan unit berkuda dan artileri berat.

 

Kereta Kebal Pertama

Kereta Kebal pertama yang digunakan di medan Perang adalah Mark I. Mark I adalah ciptaan British untuk digunakan semasa Perang Dunia Pertama iaitu pada 15 September 1916. Mark I bagaimanapun tidak memberi sebarang kelebihan kepada British kerana masalah teknikal yang dialami oleh Mark I. Selepas ciptaan Mark I, kerajaan British lebih giat memperbaharui teknologi kereta kebal seperti menambahkan kelajuan, kestabilan dan rekabentuk. Maka terhasillah Mark II, Mark III, Mark IV, Sherman dan banyak lagi.

Mark I yang musnah semasa pertempuran Somme.

 

 

 

 

 

Kereta Kebal Pertama Asia

Sejak Perang Dunia Pertama sehinggaPerang Dunia Kedua, boleh dikatakan hampir beribu-ribu buah kereta kebal telah dicipta dan ditambah-baikkan. Negara Asia pertama yang berusaha mewujudkan unit kereta kebal sendiri adalah negara matahari terbit iaitu Jepun. Sehubungan itu, mereka telah menghantar jurutera dan saintis untuk belajar di Britain bagi tujuan membina kereta kebal ciptaan mereka sendiri. Maka, pada Perang Dunia Kedua, terciptalah kereta kebal buatan Jepun seperti Type 3 Medium-Chi Nu, Type 4 Medium-Chi To dan banyak lagi. Kereta berperisai Chi Nu sangat menyerupai rekabentuk luaran kereta kebal buatan British iaitu Sherman.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Kereta Kebal Terhebat

Miskipun diakui British adalah negara pertama yang merintis penggunaan kereta kebal namun kereta kebal buatan mereka tidak tersenarai antara yang terhebat. Kecuali M4 Sherman, kereta kebal buatan British lain boleh dianggap tidak memberi hasil produktif kepada negara pengeluarnya.

Kereta kebal buatan Soviet/Rusia iaitu T-34 adalah kereta kebal yang diperakui sebagai kereta kebal terhebat pernah dihasilkan di dunia selain kereta kebal buatan Jerman, Tiger dan Panzer. T-34 mempunyai rekabentuk dinamik dengan kestabilan yang cukup tinggi. Keupayaan menangkis peluru telah membuatkan T-34 seakan-akan kereta kebal yang halimunan ditambah pula dengan kuasa tembakan meriam yang cukup padu. Dengan kata lain, T-34 adalah sempurna daripada segenap segi.

Kereta kebal yang dicipta pada 1940 ini telah digunakan sehingga akhir tahun 1990-an dengan jumlah penghasilannya mencecah lebih 1 juta buah. Pada Perang Dunia Kedua, kereta kebal ini ditakuti oleh musuh-musuh Soviet/Rusia terutamanya Jerman sehingga Jerman berusaha mencipta sekurang-kurang dua jenis kereta kebal untuk menangkis ketangkasan T-34. Dua jenis kereta kebal buatan Jerman yang digunakan semata-mata untuk menangkis serangan T-34 adalah Panzer D dan siri kereta kebal Tiger.

T-34

 

 

Kereta Kebal Jepun di Malaya

Di Malaya, Jepun telah menggunakan untuk kereta kebal jenis sederhana dan ringan. Ia bersesuaian dengan rupa bumi Malaya yang dipenuhi hutan dan tanah lumpur. Sekurang-kurangnya terdapat tiga ketumbukan unit kereta kebal telah digunakan di Malaya iaitu:

  • Regimen Kereta Kebal Pertama yang diketuai oleh Kolonel Mukaida
  • Regimen Kereta Kebal Ke-6 yang diketuai oleh Kolonel Kawamura
  • Regimen Kereta Kebal Ke-14 yang diketuai oleh Kolonel Kita

Strategi Jepun yang menggunakan kereta kebal jenis sederhana dan ringan telah membuahkan hasil apabila mereka mampu menawan Malaya daripada cengkaman penjajah British tidak sampai 1 bulan iaitu daripada 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942.

 

Berikut adalah kereta kebal yang jarang sekali dilihat di dalam akhbar mahupun majalah:

 

Jagdpanzer IV-70 (V) SdKfz 162

 

 

Jagdpanzer VI Jagdtiger

Leichte Feldthaubitze 18.2 Wespe SdKfz 124

Light tank AMX Renault R-40.

 

Light tank Hotchkiss H-35

 

Light tank L6 40

Light tank Mk I

Light tank Mk II B

 

Light tank Mk VIA AA

Light tank Mk VIA

Light tank Mk VII Tetrarch

Loyd carrier

Light tank Mk VI

Minenraumer III

Light tank Wheel-and-track (Schofield)

OTSU B (OTSU-Gata Sensha).

Light tank Renault FT-17

Ostwind

Panzerjager Bren mit 8.8cm Raketenpanzer- buche 43

Munitionspanzer Panther

M11 series

Medium tank Type 5 Chi-Ri

Perintis penggunaan Cakera Padat, Norio Ohga Meninggal Dunia!

Oleh: takusahrisau


Norio Ohga


TOKYO – Bekas Presiden Sony, Norio Ohga yang membantu mengubah industri muzik dengan memajukan format cakera padat (CD) meninggal dunia semasa berumur 81 tahun.

Graduan sekolah muzik itu yang menjadi presiden dari 1982 hingga 1995 meninggal dunia pada Sabtu lalu kerana kegagalan beberapa organnya berfungsi.

Di bawah kepimpinan Ohga, Sony merevolusikan industri muzik dengan format CD pada 1982 bersama dengan syarikat Royal Philips Electronics.

Keputusannya untuk membeli syarikat Columbia dengan harga AS$3.2 bilion (RM10.21 bilion) pada 1989 sekali gus menjadikan Sony sebagai konglomerat hiburan.

Dia turut mereka bentuk logo Sony dan pada zaman pentadbirannya, syarikat itu memasuki pasaran permainan video.

Pada 1993, Ogha melancarkan syarikat Sony Computer Entertainment Inc yang terlibat dalam pasa-ran permainan video yang didominasi syarikat Nintendo dan Sega. – Agensi

Dipetik daripada laman sesawang Kosmo! online.