Archive | April 2012

TIGA Sebab Mengapa Tiada Lagi Kerasulan Selepas Nabi Muhammad S.A.W..

Oleh: takusahrisau

Nabi Muhammad saw adalah Rasul yang diutuskan kepada sekalian umat manusia termasuk golongan jin. Baginda adalah Nabi dan Rasul akhir zaman. Selepas baginda, tiada lagi Nabi dan Rasul diutuskan oleh Allah swt. Ini bermakna, talian kenabian yang bermula daripada Nabi Adam as telah berakhir dengan kenabian Nabi Muhammad saw. Sabda Rasulullah saw:

Pertalianku dengan para Nabi boleh difahami dengan perumpamaan sebuah istana; iaitu istana yang paling indah. Segala yang ada di dalamnya adalah lengkap kecuali tempat untuk meletakkan sekeping batu ubin ditinggalkan kosong. Aku telah memenuhi tempat itu dan kini binaan istana itu telah sempurna.

(HR Bukhari dan Muslim)

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI

Selepas kenabian baginda, tiada lagi nabi akan lahir. Pewaris kenabian Nabi adalah para alim dan ulama. Ini adalah kerana dalam diri alim dan ulama terkandung segala isipati ajaran Rasulullah saw. Selayaknya untuk mereka memangku peranan pewaris kenabian Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw,

Ulama adalah pewaris para nabi.”(HR At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda ra)

Sejarah Rasul dan Nabi sebelum kedatangan Rasulullah saw

Kita menyelusuri sejarah perutusan Nabi dan Rasul kepada umat manusia. Nabi dan Rasul diutuskan adalah semata-mata memimpin manusia ke jalan yang lurus iaitu jalan yang mentauhidkan Allah swt. Nabi dan Rasul tidak diutuskan kepada kaum yang sudah sedia mengikut ajaran yang benar namun Nabi dan Rasul diutuskan kepada kaum yang menyeleweng daripada ajaran Tauhid.

Dengan sebab yang demikian, dapatlah kita kumpulkan 124,000 ribu orang Nabi dan 313 orang Rasul sejak bumi Allah swt ini didiami oleh manusia. Jumlah yang diberi menunjukkan betapa manusia sering leka dan lalai kepada Allah swt.

Nabi banyak diutuskan kepada Bani Israil

Bangsa dan kaum paling banyak menerima Nabi dan Rasul adalah tidak lain dan tidak bukan Bani Israil. Ironinya, mereka sangat berbangga dengan rekod ini. Mereka gagal untuk berfikir secara kritis bahawa kenabian dan kerasulan yang terlampau banyak menunjukkan bahawa bangsa mereka sebagai bangsa yang ‘mudah lalai dan alpa’.

Bani Israil terkenal sebagai bangsa yang sering menentang kerasulan dan beberapa Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada mereka menemui ajal di tangan mereka. Sesungguhnya bangsa yang sering dilaknat oleh Allah swt dalam Al-Quran ini adalah bangsa yang cukup hina, angkuh lagi sombong.

 

Nabi yang tidak dikisahkan dalam Al-Quran

Rasul berganti Rasul dan Nabi berganti Nabi, kekasih Allah ini silih berganti diutus kepada umat manusia. Terdapat yang sahih jalan ceritanya sepertimana yang dikhabarkan Allah swt dalam Al-Quran, namun ada yang samar-samar jalan cerita dan wataknya. Yang samar-samar ini boleh dikategorikan sebagai apa yang diberitahu Allah swt dalam firman-Nya iaitu Rasul-Rasul yang tidak Kami kisahkan.

Dan (Kami telah mengutus) rasul-rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung.

An-Nisa ayat 164

Terdapat beberapa nama yang boleh diberikan seperti Buddha, Krishna, Akhanaten, Socrates, Confusius dan Hermes Trimegistus. Namun, watak mereka dikaburi dengan ajaran mereka yang sudah diselewengkan. Rata-rata ramai cendikiawan Islam bersepakat bahawa Buddha mahupun Krishna adalah utusan Allah swt kepada tamadun mereka, namun ajaran mereka diseleweng secara total sehingga ada yang berubah kepada penyembahan patung dan politeisme.

Apakah watak-watak utama yang pernah merubah asas teologi dalam tamadun mereka ini adalah salah seorang daripada ribuan utusan Allah swt?

Itu baru menyebut nabi dan rasul yang kabur dan samar-samar. Bagaimana pula dengan ajaran Nabi dan Rasul yang telah dikhabarkan oleh Allah swt dalam Al-Quran. Nabi Isa as contohnya, ajaran yang dibawa oleh baginda telah diseleweng secara agresif sehingga menyamakan Nabi Isa as Tuhan dan menganggap pula Nabi Isa as sebagai Anak Tuhan. Kitab Injil yang diwahyukan Allah swt kepada baginda turut sama dipesongkan sehingga kini boleh dianggap sudah tidak asli lagi.

Lebih menyedihkan apabila berita tentang kenabian Nabi Muhammad pada akhir zaman turut mereka padamkan. Sebutan ‘Ahmad’ sepertimana yang Allah swt khabarkan dalam Al-Quran gagal ditemui secara asli. Secara mudahnya, sejarah kenabian dan kerasulan sebelum kenabian Rasulullah saw menunjukkan tiada satu pun ajaran yang kekal asli melainkan kesemuanya telah mengalami campur tangan manusia.

Kitab Taurat yang ada kini dipercayai telah diseleweng oleh para Rabbi dengan mengubah beberapa isi kandungan yang tidak menepati sudut pandangan mereka.

 

Biografi Rasulullah saw yang Lengkap dan Sahih

 

Allah swt Maha Bijaksana dan sebaik-baik Perancang. Sudah termaktub dalam lipatan sejarah bahawa satu-satu biografi Rasul dan Nabi paling asli dan tidak mempunyai kesan campur tangan yang melampau oleh manusia adalah biografi Nabi Muhammad saw. Biografi Rasulullah saw bermula daripada baginda dilahir, dibesar dan diutuskan sebagai Rasul sehingga baginda wafat. Sejarah tentang peperangan yang disertai baginda juga sangat lengkap.

Malahan daftar nama sahabat baginda yang berjumlah beratus-ratus orang turut sama lengkap dan disahkan sahih. Lihat Nabi dan Rasul yang diutuskan sebelum kerasulan Nabi Muhammad saw. Kecuali Nabi Isa as yang mana dikatakan mempunyai 12 sahabat yang mempunyai nama dan biografi lengkap, lain-lain Rasul dan Nabi gagal mempunyai daftar sahabat mereka yang lengkap dan releven.

 

Al-Quran Tetap Terpelihara

Analisa ini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad adalah pelengkap kepada segala kerasulan yang pernah diutuskan kepada manusia. Kitab terdahulu seperti Taurat, Zabur dan Injil telah mempunyai pengolahan dan campur tangan manusia yang melampau. Begitu juga suhuf-suhuf yang pernah diberikan kepada beberapa Nabi telah lama hilang dan tidak dapat ditemui lagi.

Hanya kitab al-Quran sahaja yang kekal di bawah penjagaan Allah swt. Sebarang usaha untuk menyelewengkan kitab ini oleh musuh-musuh Allah swt berjaya dipatahkan. Kitab ini tidak mengalami sebarang perubahan walau satu huruf sekalipun. Ayat-ayatnya kekal dialun sepertimana yang pernah dialun oleh Rasulullah saw dan para sahabat 1,400 tahun yang lampau. Hal ini sebenarnya telah dijamin oleh Allah swt sepertimana yang telah Allah swt firmankan di dalam Al-Quran,

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

(Al-Hijr 15:9)

Tiga sebab mengapa tiada lagi Kerasulan selepas Nabi Muhammad saw

Apabila ajaran Nabi yang terdahulu telah ditambah dan dicemari atau mereka telah meninggal dan pengganti mereka diperlukan. Dalam keadaan seperti ini, seorang Nabi yang baru akan bangkit supaya baginda dapat membersihkan segala pencemaran yang berlaku dalam kehidupan manusia serta mengembalikan agama kepada bentuknya yang asal dan tulen.

  1. Apabila ajaran Nabi yang telah meninggal dunia adalah tidak lengkap dan perlu dibuat pindaan, diperbaiki atau ditambahi oleh seseorang Nabi baru yang diutuskan oleh Allah swt.
  1. Apabila Nabi terdahulu hanya diutuskan khusus untuk sesuatu umat atau kawasan yang tertentu sahaja. Oleh itu, seorang Nabi yang baru perlu diutuskan kepada umat, masyarakat atau negara yang lain.
  1. Apabila Nabi memerlukan seorang penolong dan pembantu. Tetapi jumlah Nabi seperti ini amat sedikit dan sekurang-kurang dua contoh sahaja yang diberikan dalam Al-Quran. Dua contoh tersebut adalah Nabi Musa as yang dibantu oleh Nabi Harun as dan Nabi Ilyas as yang dibantu oleh Nabi Ilyasa’ as.

Tiada Lagi Bangkit Nabi Selepas Rasulullah saw

Ini adalah beberapa keadaan asas yang menyebabkan kebangkitan seseorang Nabi dan Rasul yang baru. Satu kajian yang teliti terhadap prinsip ini menunjukkan tiada satu pun daripada tiga keadaan ini wujud pada hari ini. Ajaran Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad saw masih lagi hidup, terpelihara dan kekal buat selama-lamanya.

Tunjuk ajar yang telah disampaikan kepada manusia telah sedia lengkap dan sempurna serta termaktub di dalam kitab suci Al-Quran. Segala sumber tentang Islam adalah lengkap dan setiap pengajaran dan amalan baginda dapat diyakini kebenarannya tanpa sebarang keraguan. Oleh itu disebabkan ajaran baginda telah lengkap dan sempurna, maka Nabi baru tidak perlu diutuskan dan tidak akan diutuskan. Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui dan Sebaik-baik Perancang.

♣ ♣ ♣ ♣ ♣ ♣

_____________________________

Rujukan

Ensiklopedia Sirah Jilid IV: Dorongan Baru, pengarang Afzalur Rahman yang diterjemahkan oleh Zaharah Salleh. 

_____________________________

Segalanya lebih menarik di:

Advertisements

(Video)Cara Seorang Jutawan Menghormati Seorang Bapa..

Oleh: takusahrisau

 

Tiada artikel yang ingin dikongsikan tetapi penulis hanya mahu pembaca di luar sana menonton selama tiga minit rakaman seorang peserta Who Wants To Be a Millionaire?. Bagi penulis ia terlampau istimewa kerana ia membabitkan sifat tenang di saat paling mendebarkan dalam hidupnya. Adalah lagi baik jika penulis cerita secara ringkas rakaman tersebut.

 (Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Debaran 1 Juta

Peserta yang dimaksudkan adalah John Carpenter sedang menjawab soalan yang bernilai 1 juta dollar. Ini bermakna satu soalan sahaja lagi untuk bergelar seorang jutawan. Soalan tersebut berbunyi, Which of these Presidents appeared on television series ‘Laugh In’? pilihan jawapannya adalah (a) Lyndon Johnson (b) Richard Nixon (c)  Jimmy Carter (d) Gerald Ford

John Carpenter yang ketika itu berusia 31 tahun kelihatan seperti gagal untuk menjawabnya. Beliau kemudian membuat pilihan untuk menggunakan talian hayat yang sememangnya itulah satu-satunya yang menjamin beliau sebagai seorang jutawan. Pengacara tersebut, Regis Philbin terus menghubungi bapanya yang mana telah didaftarkan sebagai talian hayat beliau.

Debaran John Carpenter di saat menjawab soalan bernilai satu juta dollar.

Talian dihubungkan dengan bapanya selama 30 saat. Namun, beliau sebenarnya tidak menggunakan talian hayat tersebut untuk menjawab soalannya tetapi untuk memberitahu bapanya bahawa beliau akan menjadi seorang jutawan. Perbualan antara beliau dan bapanya mengundang hilai ketawa seluruh audien yang hadir di studio tersebut. Malahan, Regis Philbin sempat menunjukkan reaksi kekaguman terhadap sikap pemuda tersebut.

Berikut adalah teks penuh perbualan antara John Carpenter dan bapanya:

John: Uh…Hi, Dad.

Tom: Hi!

John: Um…I don’t really need your help, I just wanted to let you know that I’m gonna win the million dollars…

(Audien mula ketawa dan menjerit)

John: (hanya 8 saat sahaja yang tinggal) Er… because the U.S. President that appeared on ‘Laugh-In’ is Richard Nixon. That’s my final answer.

Regis: Well, my gosh. What can I say except: Debbie (isteri kepada John Carpenter), you’re going to Paris, and this is the final answer heard all around the world, he’s won a million dollars!

(Audien bertepuk tangan dan menjerit)

Beginilah cara seorang genius untuk menghargai seorang bapa. Miskipun bapanya berada jauh daripadanya, namun perkara yang paling penting di dalam hidupnya(memenangi wang 1 juta dollar) tetap diketahui bapanya terlebih dahulu berbanding yang lain. Penulis benar-benar kagum dengan lelaki ini. Mungkin inilah cara John Carpenter untuk menghormati pengorbanan seorang bapa.

John Carpenter menjadi individu pertama memenangi hadiah wang berjumlah 1 juta Dollar bagi rancangan Who Wants To Be a Millionaire? pada 19 November 1999. Beliau juga mencatatkan individu yang memegang jumlah hadiah terbesar sebelum dipecahkan rekodnya oleh Rahim Oberholtzer yang memenangi 1.12 juta dollar dalam rancangan Twenty One.

__________________________
Segalanya lebih menarik di 

Karl-Heinz Rosch, Tentera Nazi Paling Disayangi Di Dunia..

Oleh: takusahrisau

 

Nazi atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya dianggap sebagai taboo kepada masyarakat di Eropah. Tiada yang baik perlu diperkatakan mengenai Nazi. Bahkan, masyarakat Jerman sendiri bimbang untuk menyanjungi perjuangan politik Nazi.

Namun ia tidak bagi masyarakat di sebuah perkampungan kecil di Belanda. Bertempat di Goirle, Noord-Brabant, Belanda, masyarakat di situ mengambil inisiatif untuk membina sebuah tugu kecil askar Wehrmacht(gelaran untuk tentera infantri Jerman). Tugu gangsa tersebut diukir oleh seorang pengukir tempatan, Riet van der Louw.

“We will not be honouring the Wehrmacht, but rather the humanity of a young German soldier,” ujar ketua tugu peringatan, Herman van Rouwendaal.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Karl-Heinz Rosch

Askar muda berjiwa mulia

Askar muda atau ‘young German soldier’ sepertimana yang diperkatakan oleh van Rouwendaal adalah Karl-Heinz Rosch. Tiga selepas menyambut hari lahirnya yang ke 18 pada 6 Oktober 1944, remaja ini telah memperlihatkan keberanian di mata masyarakat tempatan apabila telah menyelamatkan dua kanak-kanak daripada ancaman mesingan dan grenad tentera Berikat.

Kanak-kanak yang dikenali Jan Kilsdonk dan Toos Kilsdonk berjaya diselamatkan. Namun, malang bagi Rosch, beliau terbunuh selepas bom grenad jatuh betul-betul dihadapannya. Impak daripada letupan tersebut menyebabkan mayat Rosch terputus dan hancur berkecai.

Mengenang jasanya kepada masyarakat tempatan, tugu untuk mengenangkan keberanian Rosch yang sanggup mengadaikan nyawanya demi dua nyawa kanak-kanak telah didirikan pada 4 November 2008.

Biarpun terdapat segelintir yang masih tidak senang dengan pembinaan patung berkenaan, namun bagi masyarakat Goirle, mereka lebih mengenali siapakah yang patut diangkat sebagai wira.

Riet van der Louw membuka kain yang membungkus patung peringatan Karl-Heinz Rosch dengan dihadiri oleh kedua anak petani yang nyawanya diselamatkan oleh Rosch, Jan dan Toos Kilsdonk (kiri)

Info tentang Karl-Heinz Rosch

Tarikh Lahir: 3 Oktober 1926

Tempat Lahir: Meissen Saxony (Sachsen), Jerman

Tarikh Meninggal Dunia: 6 Oktober 1944

Tempat Meninggal Dunia: Goirle Noord-Brabant, Belanda

Gelaran: Hero With No Glory

Trivia: Pembinaan tugu Karl-Heinz Rosch adalah satu-satunya tugu yang memperingati keperwiraan tentera Nazi yang terdapat di dunia.

___________________________
Segalanya lebih menarik di 

Apakah Yang Berlaku Jika Adolf Hitler dan Jerman Memenangi Perang Dunia Kedua?

Oleh: takusahrisau


Banyak yang ingin diperkatakan jika Hitler dan Jerman berjaya menumpaskan musuh-musuh mereka di Eropah. Namun, jika berdasarkan hasil analisis, Jerman mustahil berjaya menumpaskan musuh-musuhnya kerana ketidakseimbangan jumlah ketenteraan di mana berdasarkan nisbah, seorang tentera Jerman perlu menumpaskan hampir 30 orang tentera Amerika Syarikat dan sekutunya jika ingin memenangi Perang Dunia Kedua.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Namun, jangan hiraukan fakta, sekarang kita berimaginasi bagaimana keadaan dunia jika Hitler berjaya memenangi Perang Dunia Kedua.

  • Perkara pertama yang mungkin berlaku adalah negara Israel yang sekarang berada di Palestin mustahil akan wujud. Pemeteraian Balfour yang bertarikh 2 November 1917 antara Arthur James Balfour dengan pemimpin British-Yahudi, Baron Rothchild sudah diketahui sebagai asas kewujudan negara rasmi Israel di Palestin. Sekiranya Jerman memenangi Perang Dunia Kedua, maka negara Israel di Asia Tengah turut sama berkubur.

Surat Balfour kepada Baron Rothchild

  • Whiston Churchill, Joseph Stalin dan Franklin Delano Roosevelt akan meninggal dunia lebih awal daripada yang kita ketahui kini. Adalah menjadi tidak mustahil untuk kita melihat samaada Churchill, Stalin mahupun Rosselvelt meninggal dunia dengan meminum racun.
 
  • Pengeboman atom di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945 tidak akan berlaku sama sekali. Sebaliknya, kemungkinan bandar-bandar besar Pakatan Bersekutu seperti New York, London, Moscow mahupun Paris akan mengalami nasib seperti Hiroshima dan Nagasaki. Perlu diketahui bahawa Jerman turut sama sedang menghasilkan Bom Atom malahan lebih awal daripada penghasilan Bom Atom Amerika Syarikat(Manhattan Project dihasilkan pada 1942). Projek penghasilan Bom Atom dikenali sebagai Uranverein dikelola oleh saintis Jerman,Otto Hahn pada tahun 1939. Otto Hahn adalah individu pertama yang menjumpai keupayaan Uranium untuk menghasil bom berkuasa mega.

Otto Hahn adalah perintis penemuan reaksi luar biasa uranium.

  • Kecanggihan teknologi yang kita dapati kini adalah hebat namun jika Jerman berjaya memenangi Perang Dunia Kedua, kecanggihan teknologi tersebut kemungkinan besar akan lebih hebat. Sudah tentu kita mengenali pesawat perang Stealth Bomber, peluru berpandu dan roket lebih awal daripada apa yang kita dapati kini.

Pesawat Stealth Bomber milik Amerika Syarikat adalah pesawat yang dicipta berdasarkan pesawat prototaip Jerman era WW2 yang dikenali HO229.

  • Projek angkasa lepas kemungkinan besar bakal diterajui oleh Jerman dan bukannya Amerika Syarikat mahupun Russia. Perlu kita semua ketahui bahawa saintis-saintis yang terlibat dengan projek angkasa lepas AS dan Russia(ketika itu Soviet Union) adalah saintis dan pakar fizik yang terlibat dalam Projek Roket Balistik V2. Antaranya adalah Werner Von Braun yang berkhidmat dengan Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Kedua tamat. Werner Von Braun diculik dan direkrut dalam satu operasi dikenali Operasi Paperclip. Russia pula menjalankan misinya menerusi Operasi Osoaviakhim pada 1946 dengan menculik saintis Jerman dan membawa keluar material dan blueprint Projek Roket Balistik V2.

Werner Von Braun berada di hadapan enjin Roket Saturn V ciptaannya.

  • Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Soviet Union yang berlanjut sehingga tumbangnya rejim Komunis pada tahun 1991 tidak mungkin akan berlaku malahan negara Amerika Syarikat dan Soviet Union tidak pasti akan wujud atau tidak selepas Perang Dunia Kedua tamat.
 
  • Selepas Perang Dunia Kedua, Jerman telah dipecahkan kepada dua blok, Jerman Timur dan Jerman Barat. Jerman Barat dikuasai oleh kuasa kapitalis manakala Jerman Timur dikuasai oleh kuasa komunis. Namun, jika Jerman memenangi Perang Dunia Kedua, pecahan blok komunis-kapitalis yang berlaku di Jerman pasti tidak akan kita dengar sehingga ke hari ini.

Berlin Wall memisahkan Jerman Timur dan Jerman Barat sebelum diruntuhkan pada 1990-an

  • Sekarang dunia dengan paksa rela melantik Amerika Syarikat sebagai Polis Dunia. Kononnya Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara yang mampu menjaga keamanan dunia. Namun, jika Jerman memenangi Perang Dunia Kedua, tidak usah Amerika Syarikat menjadi Polis Dunia bahkan kemungkinan besar Amerika Syarikat menjadi jajahan takluk Jerman di benua Amerika Utara.
  • Jajahan takluk negara-negara Pakatan Berikat yang merata-rata di seluruh dunia akan dapat melepaskan diri lantas memerdekakan diri mereka jauh lebih awal daripada yang kita dapati kini. Umum mengetahui bahawa Amerika Syarikat, Britain, Russia dan Perancis mempunyai jajahan takluk yang sangat besar. Malaysia sendiri adalah jajahan takluk Britain. Namun, jika Jerman memenangi Perang Dunia Kedua dengan mengalahkan Britain dan rakan sekutunya, percayalah tarikh kemerdekaan Malaysia jauh lebih awal daripada 1957.
 
  • Umat Islam tidak akan dianaktirikan oleh dunia Barat. Sentimen Islamophobia di kalangan masyarakat Barat tidak mungkin akan berlaku. Ini berikutan hubungan baik Adolf Hitler dan pemimpin tertinggi Nazi dengan pemimpin utama Islam di dunia seperti mufti besar Palestin Muhammad Amin al-Husayni. Persepsi terhadap Islam samaada Adolf Hitler mahupun Heinrich Himmler dan Joseph Goebbels jauh lebih baik berbanding persepsi Winston Churchill, Joseph Stalin dan Franklin D. Roosevelt terhadap Islam.

__________________________

Segalanya lebih menarik di

Kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar DICULIK semasa dihantar ke Sekolah..

Oleh: takusahrisau

Gempar..! kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar dipercayai telah diculik semasa dihantar oleh pembantu rumahnya ke sekolah kira-kira pada jam 7.35 pagi(27 April 2012). Di bawah adalah butiran terperinci mengenai insiden penculikan terbaru ini(Dipetik daripada laman sosial Facebook):

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

“Early this morning, 27 April, Nayati Shamelin Moodliar was abducted a short distance from the Mont’Kiara International School. A police report has been filed, but his whereabouts are still unknown. There were two Indian male occupants Please, if you have see this child please call the Malaysian Police at 999, or the school at 0320938604. Please share.”

Update: “In the abduction of the student Nayati Shamelin Moodliar, in Mont’Kiara, the auto used was a black Proton Gen 2. The tag number is WNH 1356. There were two Indian male occupants

Kepada seluruh rakyat Malaysia, ambil perhatian terhadap insiden ini. Tidak mungkin insiden seperti ini boleh berlaku kepada anak-anak kita, saudara-saudara kita, sepupu-sepapat kita atau sesiapa yang dekat dengan kita. Malaysia hanya selamat jika kita bersama-sama berganding bahu menjadikan suasananya selamat.

__________________________
Segalanya lebih menarik di 

Filem The Raid: Redemption Bakal Mengegarkan..Ketengahkan Seni Pencak Silat!

Oleh: takusahrisau

Filem berunsurkan aksi seni mempertahankan diri sering mendapat sambutan hangat di kalangan penonton. Filem-filem aksi lakonan Bruce Lee(kung fu), Jackie Chan(kung fu), Tony Jaa(Muay Thai), Jean Clude Van Damme(Karate) dan banyak lagi mendapat tempat yang baik di carta pecah panggung. Namun, yang sedihnya filem aksi mempertahankan diri berunsurkan silat gagal mendapat sambutan yang mengalakkan.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Walaubagaimanapun, persepsi penonton di seluruh dunia bakal berubah apabila menonton filem aksi terbitan negara jiran kita, Indonesia. Filem yang diberi tajuk The Raid: Redemption ternyata mempunyai kekuatan yang tersendiri. Filem yang dilakonkan oleh Iko Urwais(pernah berlakon filem Merantau) mengisahkan sekumpulan 20 anggota polis elit melakukan operasi serbuan ke sebuah bangunan bertingkat. Bermula daripada plot penyerbuan sehingga ke akhir plot, filem ini sarat dengan adegan pergaduhan yang boleh membuatkan penonton teruja dan tidak senang duduk.

Iko Urwais

Penulis tidak mahu bercakap banyak tentang filem namun apa yang penulis ingin tekankan, filem ini telah pun menembusi pasaran Amerika Syarikat dengan kutipan lebih daripada $3 juta dollar sejak ditayangkan pada 23 Mac 2012.!

Tajuk: The Raid: Redemption 
Tarikh tayangan Amerika Syarikat: 23/03/2012
Tarikh tayangan Iceland: 27/04/2012
Tarikh tayangan Indonesia: 19/01/2012
Studio: XYZ Films
Pengarah: Gareth Evans
Skrip: Gareth Evans
Lakonan: Iko Uwais, Doni Alamsyah, Joe Taslim, Yayan Ruhian, Ray Sahetapy

__________________________

Segalanya lebih menarik di

Jenis Perkahwinan-Perkahwinan Zaman Arab Jahiliyyah..

Oleh: takusahrisau

Moral masyarakat Jahiliyyah sebelum kedatangan Rasulullah saw berada di tahap paling rendah dan hina. Daripada soal undang-undang, ibadah sehingga kepada soal perkahwinan, masyarakat jahiliyyah melakukannya dengan cara paling hina. Mereka ternyata telah menyimpang jauh daripada amalan Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as.

Pergaulan masyarakat setempat dengan masyarakat Arab sekitarnya menyebabkan mereka semakin lama semakin lupa akan pesan dan ajaran Nabi Ibrahim as. Permulaan berhala disembah di Mekah bermula daripada luar Mekah di mana seorang lelaki yang bernama Amru bin Luhai. Amru bin Luhai membawa masuk berhala tersebut ke Mekah daripada sebuah tempat di sekitar Syam(Syria) untuk disembah oleh masyarakaat Arab.

Sehingga tempoh kerasulan Nabi Muhammad saw di Mekah, masyarakat Arab di Mekah telah meletakkan sebanyak 360 buah patung di sekeliling Kaabah. Di Kaabah, mereka tawaf dengan cara paling buruk iaitu dengan bertelanjang, menyanyi dan bertepuk tangan.

Mekah dan Kaabah yang satu ketika dahulunya pernah menjadi titik pusat kemajuan agama Hanif kini telah bergelumang dengan dosa-dosa kaum Musyrikin yang jahil.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Perkahwinan cara Jahiliyyah

Tiada yang paling hina apabila menyebut soal perkahwinan melainkan cara perkahwinan masyarakat Arab Jahiliyyah sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw. Aisyah pernah menerangkan keadaan masyarakat jahiliah dan disahihkan oleh Imam Bukhari ra.

Jenis yang pertama

Pernikahan pada zaman jahiliyyah ada empat jenis. Satu daripadanya adalah seperti yang kita amalkan sekarang iaitu seorang lelaki meminang seseorang wanita menerusi bapa atau penjaganya untuk dikahwininya. Si lelaki akan membayar mas kahwin lalu mengahwininya.

Jenis yang kedua

Cara kedua adalah apabila seseorang suami yang memberitahu isterinya yang suci daripada haid supaya bersetuju bersetubuh dengan lelaki yang dipilih suaminya. Selepas peristiwa ini, si suami tidak akan menyetubuhi isterinya sehingga si isteri tersebut sah telah menghamilkan benih lelaki yang pernah mendatangi isterinya. Si suami menggunakan cara ini bagi mendapatkan anak daripada keturunan yang mulia.

Jenis yang ketiga

Cara ketiga dikenali sebagai poliandri. Cara ini melibatkan sekumpulan lelaki yang tidak lebih daripada sepuluh orang akan bergilir-gilir menyetubuhi seorang wanita. Setelah wanita tersebut mengandung dan melahirkan anak, beliau akan memanggil kesemua lelaki yang pernah datang menyetubuhinya dahulu. Tidak seorang pun boleh menolak. Apabila mereka sudah berkumpul, wanita tersebut akan berkata, “Kalian semua tahu bahawa akibat perbuatan kalian, saya telah pun melahirkan anak.”

Kemudian perempuan tersebut akan menunjukkan kepada salah seorang daripada mereka dan berkata, “Ini adalah anakmu.” Oleh itu, anak yang baru lahir tadi akan di’bin’ atau di’binti’kan dengan nama lelaki tersebut. Lelaki tersebut tidak boleh menolak.

Jenis yang keempat

Cara keempat dan terakhir adalah sekumpulan lelaki yang tidak terkira jumlahnya akan mendatangi seorang wanita dan wanita tersebut merelakan dirinya disetubuhi dengan cara demikian. Selayaknya, wanita ini adalah pelacur zaman Jahiliyyah. Wanita ini yang mempunyai nilai moral yang rendah akan  menggantungkan sehelai kain di muka pintu rumah sebagai tanda ‘mengajak’.

Sesiapa sahaja lelaki boleh mendatangi wanita tersebut. Apabila wanita tersebut hamil dan melahirkan anak, ramailah datang melawatnya. Mereka akan memanggil seorang ‘pakar’ untuk mengenali persamaan antara anak itu dengan lelaki yang telah menyetubuhinya. Sesiapa sahaja yang dipilih menjadi bapa kepada anak malang tersebut tidak boleh menolak keputusan tersebut dan anak tadi dianggap sebagai anaknya.

Islam menyelamatkan maruah bangsa

Sesungguhnya, dengan kedatangan Nabi Muhammad saw yang menegak syiar Islam, ketiga-tiga perkahwinan yang tidak berlandaskan syariat Islam telah terhapus. Rasulullah saw telah meningkatkan moral dan maruah kaum Arab dengan kedatangan Islam dan kalamullah, Al-Quranul karim.

__________________________

Segalanya lebih menarik di

Faktor Sebenar Adolf Hitler Menyerang Poland pada tahun 1939..

Oleh: takusahrisau

 

Sejarah dunia penuh dengan kekeliruan malahan banyak pula yang boleh dianggap tidak benar. Jika kita mengungkap kisah kehidupan pemimpin Nazi Jerman iaitu Adolf Hitler, tiada satu pun yang baik boleh dijadikan tauladan. Daripada beliau lahir sehingga beliau meninggal dunia, kisah Hitler penuh dengan perkara yang tidak baik. Ini menunjukkan satu perkara di mana sejarah dunia sudah tidak benar dan sesetengahnya dianggap sampah.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Seperkara yang ingin dibincangkan di sini adalah faktor utama Adolf Hitler mengelapai tentara Jerman Nazi untuk menyerang Poland pada tahun 1939. Umum mengetahui bahawa serangan Jerman terhadap Poland pada tahun 1939 menyebabkan Perang Dunia Kedua secara rasminya meletus. Jika dilihatkan kepada kesan serangan bersejarah ini, sudah tentu langkah yang dibuat oleh Hitler merupakan langkah yang cukup besar.

Oleh yang demikian, apakah yang sebenarnya mendorong Hitler memulakan operasi serangan terhadap negara tetangganya itu? Menurut cendikiawan Barat, mereka mengatakan bahawa Hitler menyerang Poland pada tahun 1939 adalah kerana tidak berpuas hati dengan penjanjian Versailles yang dimeterai beberapa tahun sebelum itu. Sesetengahnya yang anti-Nazi pula lebih terdorong untuk mengatakan langkah serangan terhadap Poland adalah kerana nafsu Hitler yang ingin menguasai dunia dengan ideologi Nazisme. Apakah benar semua ini?

Sudah tentu tidak. Faktor utama Adolf Hitler menyerang Poland pada tahun 1939 adalah kerana ingin membalas dendam terhadap apa yang dilakukan oleh Komunis Poland dan tentera NDVK(Russia) berketurunan Yahudi terhadap warga Jerman yang berada di Danzig, Poland. Seramai 58,000 warga Jerman maut akibat kekejaman mereka. Situasi ini memberi alasan yang cukup kuat kepada tentera Jerman untuk bertindak menyerang Poland seterusnya memaksa mereka tunduk dengan tekanan Nazi Jerman.

Penulis tidak bercakap kosong. Lihat gambar-gambar di bawah yang mana warga Jerman di Danzig menjadi korban Komunis dan Yahudi Poland.

10 orang warga minoriti Jerman dipukul dan dibunuh di Bromberg, Danzig.

Seorang wanita menangisi kematian suaminya yang dibunuh oleh Yahudi dan Komunis Poland.

Tiada apa yang mampu dibuat oleh seorang paderi Jerman selain daripada bertafakur terhadap mangsa-mangsa yang terbunuh.

Wanita turut tidak terkecuali daripada menjadi kekejaman Komunis dan Yahudi Poland.

Mangsa-mangsa dikumpulkan sebelum dikebumikan.

 

__________________________

Segalanya lebih menarik di

(Video) Pemberontak Syria dikebumikan hidup-hidup!

Oleh: takusahrisau

Memeranjatkan..seorang pemberontak kepada rejim zalim Bashar Al-Assad telah dikebumikan hidup-hidup.  Lelaki tersebut ditangkap kerana dipercayai membawa kamera bagi merakam pergerakan tentera Bashar Al-Assad. Daripada perbualan antara lelaki tersebut dan tentera-tentera Bashar, dipercayai bahawa lelaki tersebut berasal daripada wilayah Al-Qussair yang terletak di barat Syria dekat Homs.

Lelaki tersebut yang masih belum dikenali namanya telah ditanam sehingga paras leher. Sebelum ditimbus hidup-hidup, lelaki tersebut sempat mengucap dua kalimah syahadah namun tentera Bashar dengan bongkaknya mencelah dengan mengatakan ‘Tiada Tuhan melainkan Bashar, anjing!”.

Semoga Allah swt memberikan pahala syahid kepada lelaki ini.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

__________________________

Segalanya lebih menarik di

(Video) Patung Kepala Manusia dan Gajah ditemui di Air Terjun Pagaralam, Indonesia..

Oleh: takusahrisau

Sebuah patung ditemui di sebuah tempat peranginan air terjun di Cawang Lama, Kecamatan Dempo Utara, Kota Pagaralam, Sumatera Selatan. Patung yang diselimuti lumut tebal itu menyerupai kepala manusia dan gajah. Menurut beberapa saksi, ia kemungkinan besar peninggalan tamadun lampau yang pernah menguasai kawasan ini. Antaranya adalah Tamadun Srivijaya.

Pagaralam terkenal sebagai lokasi yang kaya dengan penemuan relik-relik bersejarah berunsurkan ukiran patung batu megalith. Antara yang pernah dijumpai adalah patung prajurit, batu gong, rumah batu dan patung gajah.

 (Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

_________________________________

Segalanya lebih menarik di

%d bloggers like this: