Archive | March 2012

(Video) Nenek berusia 86 tahun menunjukkan skil dalam sukan Gimnastik..

Oleh: takusahrisau

Johanna Quaas, 86 telah menunjukkan usia bukan penghalang untuknya bagi menunjukkan skil dalam sukan gimnastik. Beliau yang berasal daripada Halle, Saxony adalah anggota skuad olimpik bagi sukan bola baling semasa muda. Aksi tersebut telah dirakam semasa kejohanan Cottbus World Cup 2012 di Jerman baru-baru ini.

Kajian Isaac Newton yang menghampiri Islam..

Oleh: takusahrisau

Baru-baru ini, masyarakat dunia digemparkan dengan pendedahan terbaru saintis terkenal dunia, Stephan Hawking yang menyatakan bahawa alam semesta bukan dicipta oleh Tuhan tetapi terjadi dengan sendirinya. Pendedahan ini dikeluarkan semasa promosi buku kolobrasi terbarunya dengan Leonard Mlodinow ,The Grand Design. Dalam satu tulisannya dalam The Grand Design, saintis yang terkenal dengan teori Big Bang ini menyatakan;

Because there is a law such as gravity, the universe can and will create itself from nothing. Spontaneous creation is the reason there is something rather than nothing, why the universe exists, why we exist. It is not necessary to invoke God to light the blue touch paper and set the universe going.

Teori terbaru beliau itu telah mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat dunia terutama Dr. Rowan William, Archbishop of Centerbury yang dengan lantangnya menentang keras teori terbaru Stephan Hawking tersebut. Selain itu, Chief Rabbi Lord Sacks, ketua paderi Roman Katholik England dan Wales serta Imam Ibrahim Mogra turut serta menghentam teori Stephen Hawking ini.

Dalam satu prosiding perceraian Stephen Hawking dengan bekas isterinya dahulu, Jane menyatakan bahawa Stephen Hawking adalah Atheist.!

Teori dan kepercayaan Stephen Hawking adalah menentang arus dengan kepercayaan tokoh yang memegang jawatan yang sama dengan beliau suatu ketika dahulu di University of Cambridge[1] iaitu yang tidak lain dan tidak bukan Isaac Newton. Isaac Newton yang terkenal dengan kajiannya mengenai Graviti tidak pernah menafikan kewujudan Tuhan dan kekuasaanNya malah dengan tegas menyatakan bahawa alam semesta yang infiniti ini dicipta oleh satu KUASA yang tidak boleh ditanding.!

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Isaac Newton

Siapa yang tidak kenal dengan Isaac Newton, pengasas kepada konsep graviti. Isaac Newton yang dilahirkan pada 4hb Januari 1643 di Woolsthorpe-by-Colsterworth Lincolnshire, England diakui oleh seluruh masyarakat dunia sebagai salah seorang insan berpengaruh sehingga meletakkan diri beliau di tangga kedua selepas Nabi Muhammad saw dalam senarai The 100 yang disusun oleh Micheal H. Hart.

Selain daripada konsep graviti yang membuatkan beliau dikenali di seluruh dunia itu, beliau juga mencipta beberapa konsep matematik seperti konsep kalkulus perbezaan dan pengamiran(Calculus Differential and Integral), memperkenalkan Newton’s Method bagi teknik Root of Functions, dan membuat kajian mengenai Power Series. Selain penemuan besarnya dalam konsep-konsep matematik dan fizik, beliau juga bergiat cergas dalam mendalami konsep astronomi. Jika pembaca masih ingat, beliau adalah pencipta teleskop pantulan cahaya yang pertama. Teleskop ini lebih praktikal serta ringkas daripada teleskop-teleskop yang dicipta sebelumnya. Teleskop ini digunakan secara meluas oleh peminat astronomi amatur kemudian harinya.

Pandangan Newton Mengenai Agama Kristian

Namun, terdapat beberapa perkara yang ramai pembaca masih belum tahu mengenai insan yang pernah menjawat jawatan Lucasian Professor of Mathametics ini. Miskipun hidup Newton diselebungi dengan teori dan konsep matematik, fizik, astronomi dan kimia namun ia langsung tidak memberi kekangan padanya untuk mengkaji dengan mendalam mengenai agama yang sekarang dikenali sebagai teologist.

Menarik untuk diceritakan mengenai Newton ini. Newton sebenarnya adalah pengkaji Bible dan Torah yang konsisten. Newton banyak kali menggunakan ilmu matematik yang dimiliki olehnya bagi menghuraikan kod-kod Bible. Newton percaya dalam Bible tersembunyi kod-kod yang bakal menghuraikan pelbagai peristiwa. Miskipun tidak berjaya tetapi ia telah menjadikan beliau insan pertama yang mengkaji mengenai kod-kod Bible. Malah buku terlaris seperti Da Vinci Code tulisan Dan Brown dan The Bible Code tulisan Simon dan Schuster banyak menggunakan teknik pemecahan kod Isaac Newton.

Teleskop ciptaan Newton

Kritikan kepada ajaran Triniti

Newton adalah penentang ajaran Triniti. Ini dapat dilihat dalam buku tulisannya yang bertajuk An Historical Account of Two Notable Corruptions of Scripture. Miskipun buku ini dikarang beliau sejak 1690 lagi, tetapi ia hanya diterbitkan 24 tahun selepas kematiannya. Newton semasa hayatnya tidak pernah mengumumkan bahawa beliau adalah penentang ajaran Trinity(antitriniti) dek kerana masyarakat Barat ketika itu masih belum terbuka dengan idea antitriniti sepertimana sekarang. Beliau belajar daripada kesilapan rakan baiknya, William Whiston yang secara terang-terangan mengkritik ajaran triniti sehingga Whiston dipecat daripada jawatan professor di University of Cambridge. Lebih merumitkan, William Whiston mengaku menjadi penganut ajaran Arian selepas kajiannya mengenai ajaran Bible dan Torah. William Whiston percaya ajaran Arian adalah ajaran Kristian yang asli. Selain daripada William Whiston, terdapat ramai ahli fizik daripada University of Cambridge yang sezaman dengannya mengkritik konsep Triniti seperti Henry Stubbe(1632-1676) dan John Toland(1670-1722).

Dalam buku An Historical Account of Two Notable Corruptions of Scripture, Newton secara keras mengkritik dua ayat dalam Bible iaitu John 5:7 dan Timothy 3:16 yang dianggapnya menyeleweng dan tersimpang.

Dalam John 5:7

For there are three that bear record in heaven, the Father, the Word, and the Holy Ghost: and these three are one.

Mengenai ayat ini, Newton dengan nada tegas mengatakan bahawa tiada ayat seperti ini yang direkodkan dalam Bible yang asal seperti dalam terjemahan asal Greek Bible. Malah dalam satu petikan tulisan Newton dalam buku ini;

“The Ethiopic, Syriac, Arabic, Armenian, and Slavonic versions, still in use in the several Eastern nations. Ethiopia, Egypt, Syria, Mesopotamia, Armenia, Muscovy, and some others, are strangers to this reading

Dalam tulisan lain, beliau menyatakan bahawa sesiapa yang mempercayai konsep triniti berlandaskan ayat John 5:7 adalah sesat. Beliau juga menolak konsep Jesus adalah anak Tuhan dan sifat-sifat ketuhanan yang ada pada Jesus. Jesus menurut Isaac Newton hanya seorang Nabi sepertimana nabi-nabi lainnya dan tugasnya hanya menyampaikan ajaran dan memimpin manusia daripada kesesatan.

Dalam Timothy 3:16

“And without controversy great is the mystery of godliness: God was manifest in the flesh, justified in the Spirit, seen of angels, preached unto the Gentiles, believed on in the world, received up into glory.”

Newton menolak dengan keras ayat God was manifest in the flesh yang menurutnya seperti mempersendakan Tuhan dan menolak sifat kesempurnaan yang dipunyai oleh Tuhan. Dalam beberapa tulisan Newton dalam buku ini, beliau menyatakan bahawa Athanius[2], paderi yang mempelopori ajaran Triniti pada zaman Constatine I telah mengubah banyak ayat-ayat dalam Bible bagi memastikan ajaran Triniti tidak dipersoalkan.

 

Kajian Newton yang menghampiri konsep Islam

Pengeluaran buku tulisan Newton itu telah mencetuskan perdebatan antara masyarakat Kristian. Mereka mempersoalkan mazhab Newton yang sebenarnya malah agama beliau pun turut dipersoalkan. Walaubagaimanapun, banyak pendapat mengatakan Newton menganut ajaran Arianism yang mana ia turut dianut oleh rakan baiknya sendiri, William Whiston. Menurut sejarahwan Stephen D. Snobelen, Newton sekurang-kurangnya adalah seorang Socinian sympatizer[3] kerana dikatakan membaca sekurang-kurangnya lapan buah buku ajaran Socinian. Dapat dilihat di situ bahawa setiap kajian Newton adalah berteraskan ajaran monotheist dan ajaran yang menolak konsep ketuhanan Jesus Christ. Ini menunjukkan bahawa Newton telah menghampiri Islam dalam aspek kajian yang dijalankannya.

Draf milik Isaac Newton

Newton Islam?

Dalam suasana zaman pertengahan yang masih belum terbuka mengenai agama, Newton kelihatan bersifat sedikit radikal seperti beliau kerap menolak pelawaan untuk menjawat jawatan dalam agama Kristian dan wasiatnya supaya tidak dilakukan upacara agama Kristian ketika majlis pengebumiaannya. Ini memungkinkan bahawa Newton telah menganut satu ajaran yang melebihi ajaran Arianism. Perlu diketahui bahawa ajaran Arianism adalah sepertimana ajaran Islam. Malah, banyak cendiakiawan mengatakan ajaran Arianism adalah ajaran Nabi Isa yang asli dan menjadi asas kepada ajaran Rasulullah saw selepas itu.

Newton terkenal sebagai seorang yang perahsia. Beliau tidak pernah menyatakan agama anutannya semasa hayatnya. Namun, walau apapun agama anutan Newton, yang pasti Newton bukannya Atheist malah menolak sekeras-keras ajaran Atheist. Dalam satu sindirannya terhadap ajaran Atheist;

“Atheism is so senseless. When I look at the solar system, I see the earth at the right distance from the sun to receive the proper amounts of heat and light. This did not happen by chance.”

Beliau sebenarnya pendokong utama ajaran monotheist yang hanya mempercayai Tuhan adalah Esa dan tidak ada sekutu kepadaNya. Adakah Newton menganut Islam dalam sembunyi-sembunyi?waallahualam.

Jawapan kepada Teori Stephen Hawking

Stephen Hawking hanya ‘pengguna’ konsep graviti ciptaan Isaac Newton. Jadi, ada baiknya penulis ingin memberi satu ayat daripada pencipta konsep graviti. Isaac Newton pernah memberi amaran;

Gravity explains the motions of the planets, but it cannot explain who set the planets in motion. God governs all things and knows all that is or can be done”

Ia memberi jawapan kepada Stephen Hawking dalam tulisannya melalui buku The Grand Design;

“Because there is a law such as gravity, the universe can and will create itself from nothing. Spontaneous creation is the reason there is something rather than nothing, why the universe exists, why we exist. It is not necessary to invoke God to light the blue touch paper and set the universe going.”

Sebelum menutup artikel kali ini, penulis ingin pembaca berfikir sejenak firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 190 ini;

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.

_______________________________________

[1]        Jawatan yang dimaksudkan adalah Lucasian Professor of Mathematics di University of Cambridge yang dipegang oleh Stephan Hawking selama 30 tahun iaitu daripada 1979 sehingga persaraannya pada 1 Oktober 2009. Lucasian Professor of Mathematics diakui oleh seluruh dunia sebagai jawatan paling berprestij yang hanya terdapat di University of Cambridge. Isaac Newton memegang jawatan ini daripada tahun 1669 sehingga 1702. Newton adalah individu kedua memegang jawatan ini selepas Isaac Borrow. Sekarang, jawatan ini dipegang oleh ahli fizik terkenal Micheal Green.
[2]        Athanius merupakan paderi zaman Constatine I. Beliau adalah pelopor ajaran Triniti dan bertanggungjawab mengubah Bible sepertimana yang ada hari ini. Dengan erti kata lain, beliaulah yang bertanggungjawab atas penyelewengan ajaran Kristian yang terdapat pada hari ini. Penentang Athanius pada ketika itu adalah Arius yang menolak ajaran Triniti kerana menurutnya menyimpang daripada ajaran Jesus yang sebenar. Arius akhirnya dibunuh oleh Athanius, Constatine dan sekutunya dalam satu persidangan.
[3]        Socinian adalah ajaran monotheist yang dipelopori oleh Laelius Socian. Beliau adalah penentang kuat ajaran Trinity dan Roman Katholik. Beliau menolak ajaran triniti yang mempercayai sifat ketuhanan yang ada pada Jesus Christ.

 

 

 

_______________________________________

Segalanya lebih menarik di

Pemain Aston Villa dan Bulgaria, Stiliyan Petrov dilaporkan menghidap penyakit Leukaemia..

Oleh: takusahrisau

Pemain antarabangsa Bulgaria dan kelab liga perdana Inggeris, Aston Villa, Stiliyan Petrov, 32 dilaporkan menghidap penyakit Leukaemia. Petrov yang bermain di posisi tengah telah merasakan tidak selesa dan panas badan selepas perlawanan di antara Arsenal dan Aston Villa baru ini. Petrov kemudian dibawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjutan. Hasil pemeriksaan tersebut mendapati beliau menghidap penyakit Leukaemia yang mungkin boleh membawa maut.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Berita tersebut telah menggemparkan seluruh dunia bolasepak selepas insiden Fabrice Muamba yang rebah di atas padang akibat serangan jantung. Petrov kini dirawat dengan rapi dan pihak pengurusan telah meminta untuk memberi privasi kepada beliau dalam perjuangan menentang penyakitnya.

Sedikit info penyakit Leukaemia

Penyakit Leukaemia merupakan sejenis barah pada darah dan sumsum tulang yang diakibatkan oleh penggandaan luar biasa sel darah putih. Penggandaan luar biasa sel darah putih menyebabkan ketidakseimbangan sistem imunisasi di dalam tubuh manusia. Pada satu tahap, sel darah merah akan berkurangan dengan kadar yang cepat  dan akhirnya boleh membawa maut.

Antara simptom-simptom yang disebabkan oleh penyakit Leukemia adalah:

  • Demam, sejuk, berpeluh malam dan simptom selesema lain
  • Kelesuan dan lemah
  • Hilang selera makan dan/atau berat badan
  • Gusi bengkak atau berdarah
  • Perdarahan berlebihan (meskipun akibat luka kecil)
  • Simptom neurologikal (contoh: sakit kepala)
  • Hati dan limpa bengkak
  • Mudah lebam
  • Kerap dijangkiti penyakit
  • Sakit tulang
  • Sakit sendi
  • Tonsil bengkak
  • Kerap pengsan

 Tribut kepada Stiliyan Petrov, gol yang dijaringkan oleh beliau antara yang terbaik pernah disaksikan:

_______________________________

Segalanya lebih menarik di

Kisah-kisah Dongeng Yahudi..

Oleh: takusahrisau

Amaran: Artikel di bawah mengandungi elemen-elemen Israiliyyat. Ia berikutan kerana artikel ini ditulis untuk memaparkan kisah-kisah dongeng Yahudi yang sangat jarang kita ketahui. Penulis meminta pembaca supaya menggunakan budi bicara sendiri untuk menilainya.

 

Kisah dongengan Yahudi

Terdapat beberapa kisah yang jarang kita ketahui mengenai kisah dongeng masyarakat Yahudi. Sepertimana kisah dongeng masyarakat Melayu, kisah dongeng Yahudi sering diselang-selikan dengan mistik dan keajaiban. Kisah dongeng Yahudi sering diungkap oleh ilmuwan-ilmuwan Islam zaman silam sebagai kisah-kisah Israiliyyat.

Terdapat beberapa persamaan antara dongeng Melayu dan dogeng Yahudi sepertimana kisah Badang dalam kisah dogeng Melayu dan kisah Samson dalam kisah dongeng Yahudi. Sepertimana kisah Badang, kisah Samson juga menggambarkan seorang lelaki yang gagah perkasa sehingga mampu menumbangkan sebuah bangunan yang kukuh dengan satu tolakan sahaja. Kisah Samson ada diceritakan di dalam kitab suci masyarakat Bani Israel iaitu Torah(Taurat) atau Old Tastement.

Antara kisah-kisah dongeng Yahudi lain yang jarang kita ketahui adalah Kisah Lilith dan Adam, Kisah Seth dan ajaran Kabbalah, Kisah kaum Nephilim(gergasi), Kisah Peperangan antara Malaikat dan Iblis dan banyak lagi. Kemungkinan besar kita jarang didedahkan dengan kisah-kisah sedemikian adalah kerana bimbang akidah kita luntur dan pudar. Percayalah, akidah pembaca tidak akan luntur malahan akan bertambah pula iman sekiranya pembaca mengkajinya dengan ikhlas dan tanpa ada niat songsang. InsyaAllah. Tidak menjadi kesalahan kepada umat Islam untuk mengkaji agama-agama lain asalkan ia tidak menyalahi syariat Islam.

Kali ini, penulis akan menulis beberapa kisah dongengan Yahudi. Semoga dengan artikel ini, ia membuka mata dan telinga kita supaya kita dapat sama-sama menyelidik dan mengkaji aspek-aspek agama lain supaya pada satu hari nanti akan dilahirkan lagi ulama seperti Allahyarham Ahmed Deedat. InsyaAllah.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Lilith isteri pertama Nabi Adam

Dikisahkan bahawa sebelum Hawa diciptakan untuk Adam as melalui tulang rusuk kirinya, Lilith telah terlebih dahulu dicipta bagi menghibur hati Adam. Namun, Lilith langsung tidak menyayangi Adam. Masalah semakin teruk apabila Malaikat Samael telah memikat Lilith sehingga Lilith bertindak meninggal Adam. Adam bergitu sedih dan berdoa semoga baginda dikurnia seorang pendamping seterusnya sebagai isteri beliau kelak. Yahweh(panggilan Allah bagi Bani Israel) mendengar rintihan manusia pertama itu. Ketika Adam nyenyak tidak, Yahweh telah mengambil tulang rusuk Adam dan terus diciptakan seorang wanita cantik daripadanya.

Kisah Lilith ini mengundang pelbagai perdebatan di kalangan cendiakiawan-cendiakiawan Yahudi sendiri. Ini adalah kerana, tiada langsung di dalam Taurat menyatakan Adam mempunyai seorang isteri melainkan Hawa.! Kisah Lilith hanya muncul di dalam Babylon Talmud. Rabbi Yahudi sendiri menolak kisah Lilith ini kerana ia dikatakan ia dipengaruhi oleh Epik Gilgamesh dan Mesopotamia folkfore.

Al-Quran dan Hadis pula langsung tidak menyatakan kisah ini. Ini bermakna kisah ini hanya satu dongengan Yahudi yang wajib ditolak oleh orang Islam.

Ukiran timbul yang menggambarkan Adam dan Hawa yang sedar digoda oleh Lilith.

Hutan Mistik, Dvei Ilai

Diceritakan di dalam kitab Talmud bahawa terdapatnya hutan mistik yang diberi nama Dvei Ilai. Di dalam hutan ini dipercayai hidupnya Rusa gergasi yang diberi gelaran Keresh dan Singa gergasi yang diberi gelaran Tigris.

Menurut lagenda, Maharaja Hadrian dengan takburnya meminta seorang rabbi Yahudi memanggil Singa gergasi daripada hutan Dvei Ilai tersebut setelah mendengar kisah mengenainya semasa menakluk negara Judah(negara umat Bani Israel satu ketika dahulu). Namun, rabbi Yahudi menolaknya kerana singa yang dimaksud bukan sebarangan singa. Singa itu menurut rabbi Yahudi tersebut mempunyai saiz peparu sahaja sebesar 9 kaki. Walaubagaimanapun, Maharaja Rom Byzantine yang sombong tersebut tetap engkar. Dek kerana terpaksa, rabbi Yahudi tersebut berdoa dan tidak semena-mena terdengarlah ngauman singa gergasi tersebut daripada hutan Dvei Ilai. Ngauman pertama singa Tigris tersebut menyebabkan seluruh tembok dan istana Maharaja Hadrian runtuh. Ia disusuli dengan ngauman kedua yang mana ia lebih kuat sehingga menyebabkan seluruh tentera Rom mati bergelimpangan.

Maharaja Hadrian

 

Seth pengasas ajaran Kabbalah

Seth adalah anak kepada Adam dan Eve(Hawa) yang lahir selepas pembunuhan Abel(Habil) oleh Cain(Qabil). Berikutan peristiwa ini, Adam menjadi sangat dukacita kerana Abel adalah anak kesayangan baginda. Abel bukan sahaja seorang yang taat kepada ibubapa tetapi juga seorang yang taat beribadah kepada Yahweh.

Adam berdoa kepada Yahweh semoga dilahirkan seorang lagi anak lelaki yang dapat mewarisi ketaqwaan baginda. Bagi Eve pula, beliau percaya Yahweh mesti akan mendengar rintihan suaminya dan yakin pada satu hari nanti akan lahirlah pewaris ketaqwaan Adam.

Bak kata orang, naluri wanita sentiasa betul, dan itulah yang terjadi kepada dua sekelamin ini. Seth(Nabi Syith as) dilahirkan ketika Adam sudah berusia 130 tahun. Namun, perlu diingatkan bahawa umur umat sebelum berlakunya banjir Nuh amat panjang sekali umurnya. Seth sendiri meninggal dunia ketika berusia 913 tahun mengikut kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Seth dilahirkan dengan rupa dan sifat persis Adam. Kegembiraan Adam tidak usah diungkap lagi. Segala ilmu dan ajaran-ajaran diberikan sepenuhnya kepada Seth. Dipercayai oleh orang Yahudi bahawa ajaran mistik Kabbalah diperturunkan daripada Adam kepada Seth ketika Adam menjangkaui usia 900 tahun. Ajaran Kabbalah boleh disamakan dengan ajaran Batin bagi orang Melayu. Ilmu Kabbalah sehingga kini masih bertahan dan sentiasa diamalkan oleh kebanyakkan rabbi Yahudi.

Mengikut ajaran Islam, Seth dikenali dengan nama Nabi Syith as diturunkan dengan 50 Suhuf. Adam pula diturunkan dengan 10 suhuf dan Idris dengan 30 Suhuf. Jumlah keseluruhan Suhuf adalah 90 Suhuf kesemuanya. Suhuf adalah lembaran-lembaran kertas yang mengandungi ajaran-ajaran Tauhid dan ilmu-ilmu pengetahuan. Dipercayai, kesemua Suhuf tersebut telah pun hilang dan tidak dijumpai.

 

Kewujudan kaum gergasi

Masyarakat Yahudi sangat percaya kepada kewujudan kaum gergasi pada zaman silam. Mereka mengelarnya dengan gelaran Nephilim. Masyarakat Yahudi percaya bahawa Nephilim hidup di bumi sebelum Banjir Nabi Nuh dan selepas Banjir Nabi Nuh. Ia bermaksud bahawa ketika sebelum Banjir Nabi Nuh, kaum Nephilim sangat ramai tetapi ketika berlakunya banjir besar tersebut, mereka gagal menyelamatkan diri dan terus dihapuskan daripada muka bumi. Walaubagaimanapun, bukan semua yang dihapuskan. Terdapat tiga kaum sahaja yang masih hidup itupun dalam jumlah yang amat sedikit. Mereka terdiri daripada Kaum Emites, Anakites dan Rephites.

Dipercayai bahawa Goliath(Jalut) yang ditewaskan oleh David(Nabi Daud as) adalah gergasi berketurunan Anakites. Ketinggian Goliath menurut Kitab Taurat adalah 2.75 meter manakala dalam buku ahli sejarahwan keturunan Yahudi yang hidup sezaman Nabi Isa as, Josephus mengatakan bahawa Goliath adalah setinggi 2.00 meter.

Kaum Rephites pula pernah diceritakan dalam Kitab Taurat yang mana Joshua(Nabi Yusha’ as) telah memerangi satu kaum yang rajanya bersaiz gergasi iaitu Og, King of Bashan. Direkodkan bahawa katil Og,King of Bashan melebihi 13 kaki panjang. Og, King of Bashan adalah pewaris terakhir Kaum gergasi Rephites menurut kepercayaan Yahudi.

___________________

Segalanya lebih menarik di

Letusan Tambora 1815 dan Fenomena Misteri Pasca-Letusan..

Oleh: takusahrisau

 

Sedar atau tidak, percaya atau tidak, letusan gunung berapi mampu mengubah iklim bumi menjadi ekstrem dalam jangka masa yang singkat. Sebelum ini, penulis pernah membicara dengan panjang lebar kesan yang disebabkan oleh letusan Gunung Berapi Krakatoa pada dua masa yang berbeza iaitu pada 535 masihi dan pada 1883 masihi. Kedua-dua letusan tersebut sangat membinasakan sehingga mampu menaikkan ombak tsunami setinggi 4 hingga 6 meter.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Namun, 68 tahun sebelum letusan Krakatoa tahun 1883, satu letusan yang tidak kurang hebat telah berlaku di Indonesia. Letusan yang dimaksudkan adalah letusan Gunung Berapi Tambora. Gunung Berapi Tambora terletak di Pulau Sumbawa yang berhampiran dengan Laut Flores dan Pulau Moyo. Letusan ini berlaku pada 5 April 1815 dan berlarutan sehingga 11 April 1815.

Letusan paling kuat dalam sejarah

Mengalahkan letusan Krakatoa, letusan Tembora telah disenaraikan sebagai letusan gunung berapi paling kuat pernah direkodkan. Ahli volkanologi dan geologi menganggarkan letusan tersebut mempunyai Indek Volcanic Explosivity(VI), 7 berbanding indek VI untuk Krakatoa adalah 6. Sebagai perbandingan, ia adalah empat kali lebih kuat berbanding letusan Krakatoa 1883 atau bersamaan dengan letupan 800 megaton.!

Gunung Tambora pada satu ketika dahulu mempunyai ketinggian 4300 meter daripada atas permukaan laut. Ia melebihi ketinggian Gunung Kinabalu di Malaysia yang memiliki ketinggian 4095 meter. Namun, selepas letusan tersebut, ketinggian Gunung Tambora hanya mencapai 2851 meter daripada permukaan laut. Ini menunjukkan betapa dashyatnya letupan pada April 1815.

Fenomena dan peristiwa pelik pasca-Letusan Tambora

Tidak hairanlah apabila sejarah mencatatkan pelbagai peristiwa dan fenomena pelik berlaku semasa dan selepas letusan Tambora berlaku. Paling menarik untuk dicatatkan adalah bagaimana masyarakat yang berada dalam lingkungan 600 kilometer daripada titik letusan Tambora tidak menjumpai siang selama dua hari dua malam. Langit mereka telah dilitupi debu-debu hitam gunung berapi Tambora. Lava berapi telah mengalir sekurang-kurang 20 kilometer manakala kepulauan yang berada berdekatan dengan Gunung Tambora telah dilanggar ombak gadang setinggi 4 meter.

Direkodkan bahawa ombak gadang dikatakan mula tercetus pada 10 April 1815 susulan letupan kuat Tambora. Banyak pulau di kepulauan Indonesia dihempas ombak setinggi 4 meter. Ombak gadang setinggi 1 hingga 2 meter telah direkodkan menghempas Jawa Timur dan Pulau Mauluku sebelum tengah malam 10 April 1815. Jumlah kematian akibat ombak gadang atau ombak Tsunami tersebut mencecah 4600 orang kesemuanya. Faktor kemunduran teknologi komunikasi pada masa itu merencatkan lagi usaha awal penyelamatan mangsa-mangsa.

Tahun tanpa Musim Panas

Beberapa peristiwa dan fenomena pelik telah dicatatkan berlaku semasa dan pasca-letusan Tambora. Antara yang paling memberi impak adalah di mana pada tahun 1816 iaitu hampir setahun selepas letusan Tambora, bumi Eropah telah mengalami perubahan cuaca yang cukup ekstrem. Eropah yang kebiasaannya mempunyai empat musim dalam setahun bagaimanapun terpaksa menahan kesejukan untuk tiga bulan berikutnya kerana ketiadaan musim panas pada tahun itu. Tahun tersebut dikenali dengan gelaran The Year without Summer.

Sebuah karya J.M.W. Turner yang dikenali Chichester Canal yang diinspirasikan oleh fenomena Year Without Summer.

Stamford Raffles tersalah anggapan

Pada 10 April 1815, masyarakat yang berada di Kepulauan Sumatera telah mendengar letupan yang pada anggapan mereka adalah letupan meriam. Jarak kepulauan Sumatera daripada Pulau Sumbawa adalah 2600km jauhnya.

“Letupan pertama telah didengar di pulau tersebut pada petang 5 April. Mereka memaklumkan pada setiap suku jam dan bersambung setiap selang sehingga ke hari berikutnya. Pada mulanya, bunyi tersebut dianggap berpunca daripada letupan meriam. Dengan itu, sekumpulan kecil tentera telah mara daripaa Yogyakarta dengan menjangkakan pos jiran telah diserang. Sepanjang pantai, bot telah meronda untuk mencari mana-mana kapal yang dalam kesusahan.”(Diari Stamford Raffles)

Dengan kekurangan kemudahan teknologi komunikasi pada masa itu, Stamford Raffles telah terpedaya dengan letupan kuat tersebut.

Kemusnahan tiga kerajaan

Menurut beberapa catatan terutama buku yang ditulis oleh Haris Firdaus, Misteri-Misteri Terbesar Indonesia(2008), tiga buah kerajaan telah musnah sama sekali akibat impak daripada gas panas, abu-abu dan batu-batuan gunung berapi. Tiga kerajaan tersebut adalah Pekat yang berada 30 kilometer sebelah barat Tambora, Sanggar yang berada 35 kilometer sebelah timur Tambora dan Tambora yang berada 25 kilometer daripada Gunung Tambora. Hampir keseluruhan penduduk di kawasan tersebut gagal menyelamatkan diri dan tertimbus ditimpa debu-debu panas gunung berapi.

Kekalahan Nepoleon Bonaparte

Kekalahan Nepoleon Bonaparte telah dikaitkan dengan cuaca yang tidak mengizinkan. Nepoleon kalah ke atas tentera Inggeris pimpinan Duke Wellington dalam peperangan Waterloo pada 18 Jun 1815. Peperangan tersebut berlangsung tidak sampai tiga bulan selepas letusan Tambora.

Cuaca yang tidak menentu semasa perang tersebut berlangsung menyebabkan skuad artileri Nepoleon gagal memberikan tentangan kepada tentera Inggeris yang lebih bersedia. Skuad Artileri Napoleon tenggelam ke dalam lumpur dan berhempas-pulas semasa dalam peperangan tersebut.

Langit yang mendung miskipun siang hari mengundang penglihatan kabur dan berkabus kepada skuad Nepoleon. Akhirnya, reputasi Nepoleon sebagai janeral paling hebat pada zamannya tercalar apabila tewas kepada tentera pimpinan Duke Wellington hanya kerana cuaca yang langsung tidak menyebelahi beliau. Nepoleon telah dihukum buang negeri ke pulau St. Helena di tengah Lautan Atlantik yang tidak berpenghuni. Nepoleon mengakhiri riwayatnya di sini pada tahun 1821.

Sebenarnya, faktor perubahan cuaca akibat letusan Tambora telah diakui oleh seorang pakar geologi, Kenneth Spink. Dalam satu persidangan saintifik di Warwick, England, Kenneth Spink telah mengutarakan pendapatnya bahawa letusan Tambora pada 1815 telah memberi impak yang cukup besar kepada iklim bumi dan perubahan sosio-politik semasa. Kekalahan Nepoleon kepada Duke Wellington yang langsung tidak disangka adalah antara impak letusan Tambora yang paling besar walaupun ramai yang kurang mempercayainya.

Wabak Tifus

Akibat daripada debu-debu gunung berapi Tambora masih lagi melindungi sinaran cahaya matahari, suhu bumi mendadak jatuh. Pada musim panas di Eropah, musim sejuk telah mengambil ganti. Hujan dingin turun saban hari pada ‘musim panas’ tersebut. Tanaman juga tidak menjadi akibat hujan yang membawa bersama debu beracun. Akibat kesan yang berpanjangan ini, wabak Tifus telah muncul sehingga menyebabkan hampir 200,000 penduduk Eropah dan Mediterranean menemui ajal.

 

Banjir Besar dan wabak Taun

Dilaporkan bahawa banjir besar telah berlaku di Asia seperti di Pakistan, India, China dan Bangladesh. Perubahan cuaca yang mendadak dengan hujan turun mencurah-curah menyebabkan negara yang mempunyai tanah pamah yang rendah mengalami bah besar. Lebih teruk daripada itu, pada 1817, wabak taun telah dilaporkan berlaku di Calcutta dan menyebar sehingga ke Asia Tenggara dan seterusnya ke Timur Tengah. Wabak Taun ini adalah wabak taun pertama yang melanda secara meluas di seluruh benua Asia. Britain mengambil berat tentang wabak ini kerana ramai tentera mereka yang berkhidmat di benua Asia maut akibat wabak Taun. Dianggarkan ratusan ribu menjadi korban akibat wabak ini. Wabak ini dikatakan telah dapat dihentikan penularan menjelang tahun 1824.

Salji

Di Hungary, pada tahun 1816 salji telah dilaporkan turun dengan warna coklat manakala di Itali, salji turun dengan warna merah. Ramai mengaitkan ia dengan debu Tambora yang menyebar jauh sehingga ke Eropah.

Novel misteri

Terdapat satu kisah menarik di mana empat watak utama iaitu Lord Byron, Percy Shelley, Mary Shelley, dan doktor peribadi Lord Byron, Dr. Polidori telah bercuti bersama-sama di Switzeland. Mereka menginap di Diodati Villa pada Julai 1816. Pada satu petang, dalam keadaan cuaca yang redup dan mendung membuatkan mereka berempat timbul idea untuk bercerita tentang hantu sambil membaca dengan kuat buku Tales of the Dead, sebuah novel yang menghimpunkan beberapa cerita hantu.

Selepas daripada itu, Lord Byron yang sememangnya meminati alam mistik telah mencabar keempat-empat mereka untuk menulis novel berunsurkan misteri paling menarik. Masing-masing menyahut cabaran sehingga lahirlah novel Frankenstein(hasil karangan Mary Shelly pada 1818), novel The Vampyre(hasil karangan Dr. Polidori pada 1819) dan puisi Darkness(hasil karangan Lord Byron pada 1816).

Draf awal novel Frankenstein karangan Mary Shelly.

Ketiga-tiga karya tersebut berjaya menjadi sebuah karya epik. Namun, daripada ketiga-tiga karya tersebut, karya Lord Byron, Darkness menggambarkan seratus peratus keadaan dan suasana Eropah pada 1816 yang mendung dan redup. Inspirasi daripada letusan Tambora rupa-rupanya telah berjaya menghasilkan novel yang sangat tinggi nilai mutunya.

______________________

Segalanya lebih menarik di

 

 

(Video) Seekor Burung Bagaikan Tiada Perasaan Takut Terhadap Pejuang Mujahiddin..

Oleh: takusahrisau

Video rakaman tersebut menunjukkan seekor burung kelihatan begitu jinak dengan seorang pejuang Mujahiddin Chechnya. Lazimnya, burung mempunyai sifat takut kepada manusia, tetapi tidak dalam situasi ini. Burung tersebut menunjukkan reaksi seperti ia berada di sebuah batu atau di dahan pokok dengan tindak tanduknya mematuk-matuk kepala Mujahiddin tersebut tanpa mempunyai sebarang perasaan takut.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Apa yang boleh dilihat dalam video ini, simboliknya Allah swt menunjukkan kepada kita bahawa Mujahiddin tersebut mempunyai sifat yang mulia sehingga menyebabkan burung pun tidak mempunyai perasaan takut kepadanya.

Jadi, bagaimana pula dengan propaganda Russia yang mengatakan Mujahiddin Chechnya adalah pengganas sehingga dikatakan sanggup membunuh kanak-kanak mahupun orang awam yang tidak bersalah? wajar bagi kita sebagai umat Islam untuk tidak mempercayai 100 peratus apa yang ditohmah oleh puak-puak zalim Russia tersebut.

Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. (Surah Ali Imran ayat 169)

_______________

Segala lebih menarik di

(Video) Letupan dan cahaya misteri di Russia..

Oleh: takusahrisau

Satu letupan dan cahaya misteri dirakam di bandar Krasnoyarsk, Russia pada 25 Mac 2012 yang lalu. Pihak berkuasa menyatakan tiada penjelasan tepat tentang letupan dan cahaya misteri tersebut tetapi tetapi menyatakan kemungkinan besar disebabkan oleh kesilapan teknikal di stesen janakuasa berdekatan.

Saksi-saksi yang mendengar letupan tersebut mengibaratkan ia seperti letupan bom nuklear berserta cahaya yang menyilaukan. Tiada penjelasan lanjut daripada pihak berkuasa Russia.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

______________________

Segalanya lebih menarik di:

(Video) Mengejutkan..Mammoth masih belum pupus..dijumpai di pendalaman Russia..

(Video) Mayat masih segar..kononnya masih bernyawa..

(Gambar) Peninggalan tentera Bergajah Abrahah..Laluan tentera Bergajah, Sumur, Inskripsi di Batu..

Oleh: takusahrisau

Bukti-bukti bergambar di bawah menunjukkan bahawa kejadian serangan tentera bergajah Abrahah adalah benar-benar berlaku dan bukannya cerita dogeng rekaan semata-mata. Tanggal di mana Abrahah menyerang Kaabah bersamaan dengan kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw. Ia adalah kejadian yang besar maknanya dan mempunyai hikmah yang tersendiri. Semoga dengan maklumat dan bukti-bukti di bawah, sekurang-kurang ia akan menambahkan iman dan seterusnya memperkukuhkan akidah kita. InsyaAllah.

Kebiadapan Abrahah al-Ashram

Kisah kebiadapan Abrahah untuk membinasakan Kaabah tersemat dalam banyak kitab-kitab Sirah. Malahan Al-Quran merakamkan episod tersebut di dalam surah Al-Fiil daripada ayat 1 sehingga ayat 5 sebagai pengajaran kepada manusia supaya tidak berlaku bongkak dengan Allah swt.

Abrahah adalah seorang gabenor kepada raja Najasyi di Habsyah. Beliau beragama Kristian Orthodox. Abrahah pada awalnya bukannya seorang gabenor tetapi hanya panglima kepada seorang wakil raja Najasyi yang diutuskan untuk memerangi seorang pembesar Najran di Yaman yang zalim. Pembesar tersebut dikenali Zul Nawwas.

Kezaliman raja tersebut bertitik-tolak daripada pembunuhan beramai-ramai penganut Kristian di Yaman. Cerita kezaliman Raja Zul Nawwas ada diabadikan dalam al-Quran dalam surah Al-Buruj ayat 4 sehingga ayat 9. Allah menggelar penganut Kristian yang dibunuh oleh raja tersebut sebagai ‘orang-orang beriman’.(Surah Al-Buruj 85:8)

Namun, selepas pembesar tersebut tewas, wakil Raja Najasyi mula bertindak luar batasan dan berlaku zalim. Ia menimbulkan marah Abrahah. Abrahah dengan dokongan tentera yang setia kepadanya memerangi wakil raja Najasyi tersebut. Maka berlakulah pertarungan satu lawan satu. Abrahah memenangi pertarungan tersebut namun hidung beliau luka parah akibat terhunus pedang lawannya.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Ingin menyerang Rumah Allah

Dengan kemenangan tersebut, Abrahah telah menjadi raja di Yaman. Beliau mendirikan gereja dan memperbaiki kemudahan di sekitar tanah jajahannya. Walaubagaimanapun, sikap bongkak dan cemburunya mula menguasai diri apabila menyaksikan gereja milik tidak mendapat sambutan sebagaimana sambutan terhadap Kaabah di Mekah. Insiden yang dikaitkan dengan penghinaan gereja yang dibina juga menyemarakkan api dengki dan bongkaknya.

Beliau mengambil keputusan untuk membinasakan Kaabah pada tahun 570 masihi dengan menggunakan tentera bergajah miliknya. Perjalanan yang ditempuhi daripada Yaman menyaksikan beberapa peninggalan bersejarah seperti laluan tentera bergajah, sumur dan inskripsi kuno di batuan-batuan sekitar Yaman dan Mekah.

Abrahah dan tentera bergajah dihancurkan Allah swt dengan lontaran batu Sijjil daripada neraka yang diriwayatkan sebesar sebiji kacang yang mana telah dibawa oleh burung Ababil. Lontaran batu tersebut bagaikan hempasan peluru berpandu sehingga menghancurkan seluruh tentera bergajah miliknya. Allah swt mengibaratkan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat.(Surah Al-Fiil 105:5)

Abrahah diriwayatkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang ke Yaman. Abrahah cedera teruk akibat terkena hanya satu lontaran batu Sijjil di badannya.

Laluan Tentera Bergajah Abrahah

Terletak di kawasan berdekatan Taif dan mengadap ke Hijjaz. Kawasan ini dikatakan laluan tentera bergajah Abrahah dan juga tentera berkudanya. Laluan ini diperbuatkan daripada batu granit yang setiap satunya tidak mempunyai saiz yang sama. Terdapat juga sebuah tempat yang dikatakan menjadi kem tentera Abrahah untuk berehat. Orang Arab menggelar tempat ini sebagai Laluan Gajah.

Pembaca mungkin meminati  Sepotong ayat Al-Quran meruntuhkan teori ‘bumi adalah mendatar’..

Sumur tentera Abrahah

Sumur ini dipercayai pernah digali oleh tentera Abrahah di sekitar Mekah sebelum bergerak untuk membinasakan Kaabah. Sumur dipercayai berjumlah 5 buah kesemuanya. Kemungkinan besar untuk menampung gajah serta kuda yang berpuluh-puluh ekor banyaknya. Melihat kepada sumur tersebut, peperangan dan pengepungan tersebut memakan masa berbulan-bulan lamanya.

Pembaca mungkin meminati Dakwah Rasulullah saw kepada Pemimpin-pemimpin Negara..

Inskripsi mengenai Abrahah

Apa yang ditulis pada batuan di atas adalah inskripsi yang menerangkan kejayaan seorang panglima bernama Abrahah. Sememangnya tiada langsung pernyataan tentang kemusnahan tentera Abrahah diserang burung Ababil mahupun keinginan mereka memusnahkan Kaabah. Akan tetapi, daripada sudut yang lain, ia menunjukkan watak Abrahah memang wujud dan sememang seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Daripada sudut yang lain, ia menunjukkan inskripsi ini bukan dicipta atau direka oleh seseorang yang memiliki pengetahuan tentang al-Quran atau hadis kerana tiada pernyataan tentang Nabi Muhammad atau datuknya, Abdul Mutallib. Inskripsi ini kemungkinan besar ditulis oleh seseorang atas arahan Abrahah sendiri. Di bawah adalah maksud inskripsi tersebut:

Dengan kuasa Allah Yang Maha Kuasa, dan juruselamat(Messiah) Raja Abrahah Zeebman, Raja Saba’a, Zuridan, dan Hadramaut dan Yaman dan puak-puak  gunung dan pantai menulis ayat-ayat ini ke medan perang menentang puak Ma’Iklan, pertempuran al-Rabiya dan pada bulan “Dhu al Thabithan” , berjuang semua Bani A’amir dan melantik Raja Abi Jabar dengan Kinda dan Al-Bishar bin Hasan dengan Sa’ad,  Murad, dan Hadramaut di hadapan tentera menentang Bani Amir dari Kinda dan Al di lembah Zu Markh dan Murad dan Sa’ad di lembah Manha dalam perjalanan untuk Serban dan membunuh dan menawan dan mengambil harta rampasan dalam kuantiti yang besar dan Raja berperang di Halbandan mencapai Ma’ad dan mengambil harta rampasan dan banduan, dan selepas itu, menakluk Omro bin al-Munzir (Abrahah) yang dilantik anak (Omro) sebagai pemerintah dan kembali dari Hal Ban (halban) dengan kuasa yang Maha Berkuasa dalam bulan A’allan Zu pada tahun 62 dan 600. “

________________________

Sumber:

http://www.q8yat.com

http://www.alsahra.org

http://www.shamsqatar.com

(Video) Comel..Kanak-kanak usia 2 tahun hebat menari cara Elvis Presley!

Oleh: takusahrisau

Seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun,  William Stokkebroe telah menunjukkan bakat yang unik apabila mampu meniru tarian lagenda Rock and Roll, Elvis Presley. Kanak-kanak tersebut mengasah bakatnya di studio keluarganya. Ibubapa kanak-kanak tersebut, Peter dan Kristina membuka sebuah studio yang dikenali Studie43 di Denmark.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Elvis Presley dilahirkan pada 8 Januari 1935 di Tupelo, Mississippi. Semasa hayatnya, Elvis dipuja oleh segenap masyarakat kerana bakat dan persona beliau ketika di pentas. Elvis digelar dengan gelaran King of Rock and Roll. Antara lagu beliau yang hit sehingga kin adalah Jailhouse Rock, Hound Dog, Money Honey dan I Want You, I Need You, I Love You. Elvis Presley meninggal dunia pada 16 Ogos 1977 di  Baptist Memorial Hospital.

Ahli arkeologi Menemui Mesin Berusia 400 juta tahun di Russia..!

Oleh: takusahrisau

Mengejutkan..ahli arkeologi daripada University of St. Petersburg menjumpai fosil aneh yang menyerupai sebuah mesin di kawasan pedalaman di semenanjung Kamchatka, 200 km daripada Tigil. Menurut salah seorang daripada ahli arkeologi tersebut, Yuri Golubev, penemuan tersebut mengejut saintis-saintis lain. Artifak tersebut dipercayai berusia 400 juta tahun yang lampau.!

Penemuan fosil dan artifak di kawasan tersebut bukan kali pertama, sebelum ini, terdapat banyak penemuan artifak-artifak purba di kawasan tersebut. Namun, untuk kesekian kalinya, penemuan untuk kali ini sangat aneh dan mengejut. Artifak tersebut menyerupai sebuah alat mekanikal yang kebiasaannya diletakkan di dalam jam atau sistem berkomputer.

Penemuan tersebut sebenarnya bermula apabila seorang pendaki menghubungi jabatan arkeologi setelah menjumpai satu anomali pelik pada sebuah batu. Para arkeologi bergegas ke tempat tersebut dan menyekat kawasan tersebut setelah masyarakat mula menyedari terdapat penemuan aneh di kawasan tersebut. Saintis daripada Amerika Syarikat melakukan kajian dan mengesahkan ia adalah sebahagian daripada mesin.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Saintis mulai bingung apabila penemuan tersebut menunjukkan tarikh yang langsung tidak masuk akal. Pada anggapan saintis, pada 400 juta tahun yang lampau, kehidupan di dunia adalah kehidupan yang cukup ringkas. Organisma paling lengkap belum lagi wujud. Sebelum ini, pada 1901, sekumpulan penyelam lautan dalam telah menemui satu fosil purba menyerupai mesin mekanikal di sebuah kepulauan yang dikenali Antikythera. Penemuan tersebut sangat mengejut apabila saintis menyatakan ia berusia sekurang-kurangnya 150-100 sebelum masihi. Artifak tersebut dikenali pada hari ini sebagai  Antikythera Mechanism.

Pembaca mungkin meminati Tamadun Purba memang hebat!

Sumber: Klik SINI