Kedashyatan Letusan Krakatoa 535 masihi! – PART 2


Oleh: takusahrisau

Artikel ini diambil daripada blog penulis, www.takusahrisau.com. Penulis ingin mengumpul kembali sejumlah artikel yang dihasilkan di blog tersebut untuk dikumpulkan kesemuanya di SINI. Dianggarkan lebih kurang 100 artikel panjang dan pendek telah di hasilkan di www.takusahrisau.com.

Sambungan daripada Kedashyatan Letusan Krakatoa 1883 masihi!

Dipercayai bahawa Gunung Berapi Krakatoa yang meletus pada 535 masihi jauh lebih dashyat daripada apa yang berlaku pada 1883. Namun, nyawa yang terkorban tidak pula diketahui kerana tiada sebarang rekod menunjukkan berapa ramai nyawa yang terkorban semasa letusan tersebut.

Miskipun demikian, saintis dan pakar gunung berapi percaya bahawa populasi manusia pada masa itu tidak sepadat dan seramai populasi semasa letusan Krakatoa 1883. Ini memungkinkan bahawa hanya sedikit nyawa yang terkorban semasa letusan 535 masihi.

Sebagaimana letusan 1883, letusan 535 masihi juga membangkitkan ombak gadang dan gegaran yang amat kuat. Catatan dalam kitab ‘Book of Kings’ yang menyatakan bahawa terdapat letusan besar di kawasan di mana gunung Krakatoa berada pada tahun 416 masihi telah disimpulkan oleh ramai pengkaji bahawa ia merujuk kepada letusan 535 masihi. Ini kerana, tiada sebarang bukti besar yang menunjukkan terdapat letusan gunung berapi di Nusantara pada tahun tersebut. Jika kita mengambil kira catatan kitab tersebut, ini bermakna letusan tersebut sangat besar dan memudaratkan sehingga menaikkan ombak gadang yang akhirnya memisahkan Pulau Jawa dan Pulau Sumatera.

Krakatoa menurut lakaran artis

Kesan-kesan Letusan 535 masihi yang WAJIB pembaca ketahui!

Impak daripada letusan pada 535 masihi telah mengakibatkan pelbagai kemudaratan bukan sahaja kepada penduduk di sekitarnya tetapi juga kepada penduduk dunia. Antara kesan-kesan letusan 535 masihi adalah:

1.         Letusan pada 535 masihi menyebabkan iklim dunia pada tahun 535 hingga 536 masihi menjadi bergitu ekstrim akibat debu-debu yang bercampur sulfur melindungi cahaya matahari. Hamisfera utara adalah kawasan yang paling terjejas.

2.         Antara catatan yang menjadi bukti kepada perubahan iklim yang dashyat adalah ahli sejarah Byzantine, Propocius yang mencatatkan cahaya matahari yang redup seperti senja semasa peperangan Rom dan Vandals pada tahun 535 masihi.

3.         Pada tahun 535-536, salji dilaporkan turun ketika musim panas di China. Ia menyebabkan musim menuai para petani terpaksa ditunda dan petani mengalami kerugian yang cukup besar.

4.         Manakala di Timur Tengah iaitu di Parsi dan beberapa kawasan di Eropah, jerebu dan kabus yang tebal dilaporkan melanda di sana pada tahun tersebut.

5.         Manakala di Peru dan Mexico, terdapat catatan purba menyatakan bahawa pada tempoh 535-536 masihi, kemarau teruk telah melanda kawasan tersebut. Ramai penduduk mengalami kebuluran sehingga ia dikatakan antara punca kejatuhan tamadun Teotihuacan di Mexico.

6.         Akibat cuaca yang tidak menentu, wabak penyakit cepat menular di seluruh kawasan dunia. Antara yang paling terkenal adalah wabak Justinian atau plague of Justinian. Ia dinamakan sedemikian rupa adalah kerana maharaja Byzantine iaitu Justinian turut sama menghidapi wabak membunuh tersebut tetapi antara sebilangan kecil yang terselamat daripada maut. Wabak yang dipercayai bermula pada 541 masihi itu telah menyebabkan 50 hingga 60 peratus populasi Eropah merudum. Wabak Justinian juga adalah perintis kepada wabak hitam atau Black Death yang kemudian melanda Eropah dan timur tengah pada abad ke-14.

7.         Akibat cuaca yang semakin ektrim di Asia Tengah. Puak Mongol telah berhijrah daripada dataran Steppe sehingga ke Eropah. Akibat penghijrahan ini, puak Mongol muncul sebagai bangsa yang dominan pada era tersebut. Semua ini berkait rapat dengan letusan Krakatoa 535 masihi.

Pembaca mungkin meminati (Gambar) Lokasi filem Harry Potter yang sangat menarik..

8.         Terdapat beberapa empayar lain yang mengalami kesan sampingan akibat letusan dashyat pada 535 masihi sehingga menyebabkan empayar tersebut mengalami kejatuhan secara tiba-tiba, antaranya adalah Tamadun Nasca, Tamadun Parsi, Tamadun Rom barat dan Tamadun Saba di Arab Selatan.

Diakui bahawa masyarakat Teotihuacan mempunyai tamadun yang tinggi namun kejatuhan tamadun tersebut masih lagi menjadi misteri.

9.         Kejatuhan Saba pada kurun semasa letusan 535 masihi menyebabkan masyarakat berada dalam keadaan kegelapan dan jahiliyyah. Manakala kejatuhan tamadun Rom Barat menyebabkan Eropah berada di Zaman Kegelapan sehingga abad ke-18.

10.       Daripada segi teologi, ajaran Kristian Katholik mengalami zaman kemuncaknya pada tahun 535 dan tahun-tahun berikutnya. Sebaliknya berlaku kepada ‘musuh’ mereka iaitu ajaran Kristian Arianisme. Mazhab yang diasaskan oleh Arius ini mengalami zaman kemerosotan dan seterusnya semakin tenggelam dengan pengaruh ajaran Kristian Katholik.

Arius adalah pengasas kepada ajaran Arianisme.

Pembaca mungkin meminati Siri Islam Sebelum ISLAM: Ajaran Arianisme(Siri 2)

11.        Walaubagaimanapun, letusan Krakatoa pada 535 masihi mempunyai hikmah yang tersendiri. Ini kerana agama Islam mula bangkit daripada keruntuhan beberapa tamadun besar dunia yang menenggelamkan mereka ke lembah jahiliyyah.

12.       Rasulullah saw juga dilahirkan pada 571 masihi iaitu 36 tahun selepas letusan tersebut. Firman Allah Taala,

 Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. (Surah al-Anbiyya’ ayat 107)

Dan ia benar-benar telah memberi rahmat kerana selepas kelahiran baginda ini, bumi Allah yang sebelum ini teruk dilanda musibah Krakatoa kembali pulih dengan nur Islam.

Advertisements

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: