Archive | Isu Semasa RSS for this section

Pelakon Komedi Scotland, Frankie Boyle Balas sinis Tweeter Obama…!!

Oleh: takusahrisau

Pelakon komedi kontroversi berbangsa Scotland, Frankie Boyle membalas sinis tweeter ucapan ‘salam Ramadhan’ daripada presiden Amerika Syarikat yang ditujukan olehnya kepada masyarakat Islam seluruh dunia. Frankie Boyle membalas tweeter Obama dengan menulis,

‘The ones you’re force feeding in Guantanamo?(merujuk kepada insiden paksaan makan di bulan Ramadhan di kem tahanan Guantanamo) or the ones you’re bombing?(merujuk kepada insiden pengeboman dan pembunuhan umat Islam di Afghanistan, Iraq dan beberapa wilayah Islam di seluruh dunia)

Frankie Boyle

Profile Frankie Boyle:

Frankie-Boyle-in-Tramadol-006

Nama: Francis Martin Patrick Boyle

Asal: Pollokshow, Glasgow, Scotland

Lahir: 16 Ogos 1972(40 tahun)

Isteri: Shereen Taylor

Anak: Dua orang; seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Pendidikan: Aston University(Urban Planning namun berhenti selepas setahun pengajian), Sussex University(English Literature)

Karier: Pelakon dan penulis bercorak komedi, gemar terhadap komedi bercorak kritikan terhadap ahli politik dan selebriti bernada sinis, dan kadang-kadang berunsur lucah dan kontroversi.

Kontroversi: Isu Palestin-Israel; Pada April 2010, Boyle muncul di Radio 4 sebagai panel jemputan di program Political Animal. Boyle memerli keadaan di Palestin sebagai ‘kek yang dihiris kepada cebisan-cebisan oleh Yahudi yang marah’. Boyle turut membuat lawak dengan nada memerli perilaku Israel terhadap rakyat Palestin dengan berkata “been studying Israeli Army martial arts. I now know 16 ways to kick a Palestinian woman in the back”. Boyle terkenal dengan kritikan pedasnya terhadap keganasan Yahudi di Israel. Pada satu tahap, Boyle mengaku pernah menitiskan air mata melihat dokumentari keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Lelaki berjanggut Palsu Dalang Pembunuhan Pemuda..adakah benar Beliau Penyokong Morsi?

Oleh: takusahrisau

 

Sebuah kejadian yang menyayatkan hati semasa pertempuran antara penyokong Presiden yang sah, Ir. Dr. Mohammed Morsi dan anti-Presiden Morsi telah dirakam oleh seorang individu yang tidak dikenalpasti di Iskandariah. Menggunakan kamera telefon, individu tersebut merakamkan hampir keseluruhan kejadian tersebut.

Liputan meluas daripada agensi berita antarabangsa terutama daripada Barat telah menyatakan bahawa kekejaman yang dilakukan adalah daripada pemuda-pemuda Pro-Presiden Morsi. Laporan berita yang bertujuan untuk provokasi dan anti-Islam ini terus menerus menyatakan bahawa ia didalangi oleh Al-Qaeda hanya kerana seorang lelaki yang meragukan identitinya membawa panji yang dipercayai sebagai panji Al-Qaeda.

Kejadian ini menimbulkan keraguan. Dipercayai bahawa Hamada Badr, 19 terkorban dalam kejadian ini.

Kejadian ini menimbulkan keraguan. Dipercayai bahawa Hamada Badr, 19 terkorban dalam kejadian ini.

Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada pertempuran ‘biasa’ antara penyokong Presiden Morsi dan Anti Presiden Morsi. Pertempuran itu diheret ke atas bumbung bangunan di Iskandariah. Seorang mangsa yang dikenali, Hamada Badr, 19 telah diprovokasi oleh lelaki-lelaki di sekelilingnya sebelum di campak jatuh daripada bangunan. Insiden tersebut diikuti dengan seorang lagi rakannya yang mana turut dicampak daripada bangunan berkenaan.

Kemudian, datang segerombolan lelaki termasuk seorang pemuda berbaju singlet, berseluar jeans, dan berjanggut membawa panji ‘Al-Qaeda’.  Identiti dan perwatakan pemuda kurus tinggi tersebut sangat meragukan. Janggut pada wajahnya tampak tidak tulen. Daripada kejauhan kelihatan janggut pemuda tersebut yang tidak ‘real’. Ia kekal statik bahkan tampak hitam pekat berbanding rambutnya yang tipis dan hampir botak itu.

article-2357764-1AB2BC5B000005DC-864_634x426

Agensi berita daripada Barat mengolah berita tanpa rasa bersalah terus menyalahkan dan menyabitkan insiden ‘campak pemuda’ tersebut adalah daripada para penyokong Pro-Presiden Morsi dan Al-Qaeda.

Inilah kejahatan lidah sekular dan lidah kafir harbi yang sangat memusuhi Islam. Begitu juga mereka yang bersengkokol dengan mereka. Kejadian lelaki yang memakai janggut palsu tersebut telah lama berlaku. Mereka adalah daripada pemuda yang Anti-Morsi dan Pro-Sekular. Kebanyakan mereka adalah samseng upahan yang bersubahat dengan pendokong rampasan kuasa.

Kepada umat Islam di seluruh dunia, jangan mudah terpedaya dengan berita yang diterima terutama daripada agensi Barat. Banyak yang tidak telus terutama berkaitan liputan berkaitan perarakan Pro-Presiden Morsi.

 

— Mungkin ada benar kata-kata bahawa bukan Presiden Morsi tidak layak memerintah Mesir tetapi Rakyat Mesir tidak layak berpresidenkan Morsi..

 

 —Berita liputan daripada sumber barat boleh baca di sini:-

Ahli Ilusi, Dynamo Menunjukkan Kemampuan Untuk ‘Terbang’ di London…

Oleh: takusahrisau

Ahli Ilusi, Dynamo atau nama sebenarnya Steven Frayne menunjukkan kebolehannya untuk ‘terbang’ di hadapan khalayak ramai di Westminster Bridge, London. Dynamo terbang sambil meletakkan satu tangannya di sebuah bus dua tingkap setinggi 15 kaki. Beliau yang berumur 30 tahun telah berjaya menarik perhatian ramai. Difahamkan, lagak ngeri yang dilakukan beliau mendapat kerjasama daripada pengeluar minuman ringan terkenal, Pepsi Max.

article-0-1A775086000005DC-968_634x452

article-0-1A784106000005DC-287_306x423

article-2346901-1A779AC2000005DC-643_634x406

(Gambar) Gadis ini Ternyata KEJAM Apabila Sanggup Membunuh Anak Itik Menggunakan Jari-Jemari Kakinya..

Oleh: takusahrisau

Gadis sunti ini sememangnya sangat kejam apabila sanggup merakamkan gambar beliau menyeksa dan seterusnya membunuh anak-anak itik dengan menggunakan jari kakinya.

beritamaya-gadis-kejam1

Beliau seterusnya memijak badan dan kepala anak-anak itik tersebut tanpa perasaan belas kasihan. Di mana letaknya akal dan perasaan perikemanusiaan beliau?

beritamaya-gadis-kejam2

Tanpa rasa bersalah walau sedikitpun, gadis cantik manis ini masih mampu tersenyum. Beliau ternyata bangga perlakuan kejam beliau dirakam. Hasilnya kini, beliau dikecam dan mungkin dihadapkan ke mahkamah. beritamaya-gadis-kejam3

Pengurus Undertaker, Paul Bearer Meninggal Dunia..

Oleh: takusahrisau

Siapa yang meminati sukan-hiburan gusti pasti mengenali individu yang bernama Paul Bearer atau nama sebenarnya, William Alvin Moody. Paul Bearer yang terkenal sebagai pengurus kepada beberapa pengusti popular sekitar 1990-an, termasuk Undertaker, Kane, Mick Foley dan Vador telah dilaporkan meninggal dunia pada 5 March 2013 yang lepas.

Menurut sumber, beliau mengalami kesukaran untuk bernafas yang agak kronik beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia. Sehari sebelum meninggal dunia, beliau dilaporkan menghadiri satu majlis ‘reunion’ bersama sahabat-sahabatnya. Di sana, beberapa saksi memberitahu bahawa beliau kelihatan sukar untuk bernafas dan sering batuk-batuk.

Paul Bearer meninggal dunia di usia 58 dengan berat badan hampir 250kg. Paul Bearer meninggalkan dua orang anak iaitu Daniel dan Micheal. Daniel mengikut jejak bapanya apabila terlibat secara aktif sebagai ahli gusti di gelanggang bebas. Isterinya, Diana telah meninggal dunia pada tahun 2009 akibat kanser payudara.

Ketika popular di pentas WWF(kini WWE) beliau sentiasa membawa 'mantini shaker' yang mengandungi 'abu mayat' Undertaker.

Ketika popular di pentas WWF(kini WWE) beliau sentiasa membawa ‘mantini shaker’ yang mengandungi ‘abu mayat’ Undertaker.

 

(Gambar) Tasik Turkina, Keajaiban Tasik di Padang Pasir..

Oleh: takusahrisau

Di Kenya, sebuah tasik yang dikenali sebagai Tasik Turkina atau  dikenali juga Tasik Rudolf memberi gambaran kepada manusia bahawa Allah swt mampu melakukan sesuatu yang mungkin tampak luar biasa di mata manusia. Di tengah-tengah kawasan kontang dan kering di Kenya, muncul sebuah tasik yang agak besar saiznya bagaikan sebuah lautan dengan kehadiran ombak dan tiupan bayu laut.

Saksikan kehebatan Allah swt di bawah:-

Turkana01 Turkana02 Turkana03 Turkana04 Turkana05 Turkana06 Turkana07 Turkana08

Jambatan Kayu yang Mempersonakan..

Oleh: takusahrisau

 

Masih mampu memberi khidmat dan mempersonakan untuk dilihat, itulah jambatan kayu yang berusia hampir 1000 tahun.  Jambatan ini yang sepenuhnya diperbuat daripada kayu menunjukkan kepada masyarakat dunia hari ini bahawa dengan teknik yang betul dan material yang berkualiti, sesuatu binaan mampu bertahan lebih lama dan memberi khidmat kepada masyarakat jauh lebih lama.

Jambatan Yangmeizhou

1

2

Jambatan Luanfeng

3

Jambatan Qiancheng

4

Gaza Diserang Hebat..Membunuh Ketua Briged al-Qassam, Ahmed Jabari..

oleh: takusahrisau

Apabila umat islam di seluruh dunia sibuk untuk menyambut tahun baru Hijrah, umat Islam di Palestin huru-hara apabila ‘menyambut’ serangan roket rejim Israel. Pada hari Rabu semalaman (14 hb November 2012), Israel telah melancarkan serangan roket besar-besaran ke bumi Gaza sejak kali terakhir melancarkan serang sedemikian rupa pada empat tahun lalu.

Serangan ganas tersebut mensasarkan beberapa fasiliti milik pejuang Hamas seperti gudang simpanan roket jarak jauh Fajr yang mampu mencapai Tel Aviv. Operasi yang digelar Operation Pillar of Defense setakat ini telah memusnahkan gudang simpanan pelancar roket dan membunuh Ketua Sayap Hamas yang dikenali Briged al-Qassam iaitu Ahmed Jabari, 46. Turut sama maut adalah anak lelaki Ahmed Jabari dan seorang pegawai peribadi.

Ahmed Jabari sudah lama menjadi target man oleh Israel selepas beliau bertanggungjawab menculik seorang tentera Israel, Gilad Shalid pada 2006 untuk ditukarkan dengan 1027 orang banduan Palestin.

Ahmed Jabari dan Gilad Shalit

Serangan Israel telah mendapat tindak balas serupa oleh pejuang Palestin apabila melancarkan 95 roket di utara Israel pada malam Rabu. 30 roket yang dilancarkan berjaya disekat oleh sistem pertahanan roket Isreal, Iron Dome .  Susulan serangan tersebut 13 rakyat Israel cedera dan beberapa yang lain trauma.

Serangan Israel ke atas Gaza ditakuti bakal menimbulkan konflik terbaru di wilayah bergolak tersebut. Apa yang pasti ia mungkin menjadi ‘kesinambungan yang berterusan’ kepada konflik Arab yang mula tercetus semenjak Arab Uprising sejak tahun lepas.

Menarik..Android dan Iphone menawarkan App untuk terjemahkan bahasa hanya menggunakan Kamera..

Oleh: takusahrisau

 

Teknologi sememangnya cepat berkembang sehingga kekadang tidak terjangka dek pemikiran kita. Kini, Android dan Iphone sudah menawarkan aplikasi terbaik yang dikenali Word Lens yang mana aplikasi terbaru ini mampu mengterjemahkan bahasa Sepanyol, Itali dan Perancis kepada bahasa Inggeris hanya dengan menggunakan kamera.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Miskipun hanya empat bahasa sahaja namun aplikasi dijangka mendapat sambutan hangat di kalangan pengguna Android dan Iphone khususnya di Eropah, Amerika Selatan dan Amerika Utara.

Namun begitu, terdapat cakap-cakap kosong mengatakan aplikasi Word Lens ini mirip kepada aplikasi yang dirintis oleh Google yang dikenali sebagai Google Goggles. Google Goggles adalah sebuah software yang boleh dimuat turun ke dalam telefon Android yang mana ia mampu memberi maklumat berkenaan dengan gambar yang diambil oleh kamera telefon Android.

__________________________

Segalanya lebih menarik di

(Gambar) Fenomena Zuhrah Merentasi Matahari..

Oleh: takusahrisau

Kemungkinan fenomena Planet Zuhrah merentasi matahari adalah kali terakhir sebelum fenonema seperti ini berlaku buat kali yang seterusnya lebih 100 tahun kemudian iaitu pada tahun 2117. Fenomena ini menarik perhatian masyarakat sedunia apabila ia mampu dilihat miskipun dengan mata kasar. Kepada semua pembaca, di bawah adalah beberapa gambar menarik yang sempat dirakam di seluruh dunia.

Merentasi matahari di Sarajevo

Zuhrah merentasi matahari, dilihat di Britain

Dilihat di Bratislava Castle di Bratislava, Slovakia

Dilihat di Great Salt Lake dekat Salt Lake City, Utah

Dilihat di New York, Amerika Syarikat

Dilihat di Claveland

Planet Zuhrah kelihatan ketika matahari terbit di Sofia, Bulgaria

Dilihat di Kansas City

Dilihat di Burton Dessett

Dilihat daripada kamera satelit