Teori Adolf Hitler Melarikan Diri ke Argentina..Kematiannya pada tahun 1945 hanya Penipuan dan Helah..


Oleh: takusahrisau

Daripada sekian banyak dakwaan dan maklumat tentang kematian pemimpan Jerman Nazi, Adolf Hitler tiada satu pun yang mampu memberi jawapan yang benar-benar konkrit. Daripada maklumat yang kita dapat sejak daripada tahun 1945, Hitler menemui ajal dengan cara membunuh diri. Manakala, kekasih atau mungkin isterinya, Eva Braun juga membunuh dengan meminum racun Sianida. Maklumat seterusnya menyatakan samada Aldolf Hitler mahupun Eva Braun, kedua-dua mayatnya telah dibakar di sekitar bunker tempat mereka membunuh diri. Kemunduran teknologi ketika itu yang menyebabkan masyarakat seluruh dunia mengiakan sahaja apa yang disebarluaskan oleh media.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI

Ketikamana Red Army(gelaran kepada tentera Soviet Union) sampai di Berlin pada 2 Mei 1945, mereka menemui beberapa mayat selain daripada mayat Hitler dan Eva Braun iaitu Joseph Goebbels dan Magda Goebbels serta enam anak mereka dan Jeneral Hans Krebs. Mayat Adolf Hitler dan Eva Braun dijumpai di sebuah kawah oleh unit SMERSH(unit elit tentera Red Army). Kedua-dua mayat tersebut kemudian beberapa kali dikebumi dan digali semula atas arahan pemimpin tertinggi mereka, Joseph Stalin.

Fuhrerbunker, tempat di mana Hitler dan Eva Braun dipercayai membunuh diri

Stalin dan nafsu politik

Umum mengetahui bahawa Hitler dan Stalin mempunyai hubungan kurang baik terutama setelah pencerobohan tentera Nazi terhadap wilayah Russia pada tahun 1941. Mujurlah pencerobohan yang dikenali sebagai Operasi Barbarossa itu gagal mencapai matlamat yang diinginkan Hitler. Di pihak Stalin pula, beliau bertekad untuk menghapuskan Hitler dan seterusnya menguasai Jerman satu hari nanti.

Akhirnya, apa yang diinginkan Stalin berjaya direalisasikan pada 1945 dengan memperalatkan sekutu-sekutunya yang terdiri daripada Britain, Amerika Syarikat dan Poland. Tentera Berikat yang diketuai Britain telah mengerah tentera udara mereka, RAF melakukan pengeboman besar-besaran pada malam 15 April 1945(105 pengeboman), 17 April 1945(65 pengeboman), 19 April 1945(79 pengeboman) dan 20 April 1945(78 pengeboman). Akibat daripada pengeboman tersebut, bandar Berlin yang satu ketika dahulu adalah bandar metropolitan berubah menjadi padang jarak padang terkukur dalam masa lima hari.

Seperti yang dirancang dengan teliti oleh Stalin dan jeneral perang Soviet, Red Army akan menceroboh melalui timur Jerman dan sempadan Poland. Serangan tersebut dikenali Vistula-Oder Offensive. Serangan tersebut akhirnya membawa kejayaan kepada Red Army dan tentera Poland dan mereka hanya berada 60km daripada Berlin.

Stalin mengerah tentera Red Army untuk terus memacu pengerakan tentera supaya lebih cepat sampai di Berlin berbanding tentera Amerika Syarikat yang berada di Sungai Rhine. Antara agenda Stalin adalah:

  • Ingin mendapatkan teknologi bom atom dan nuklear yang dikhabarkan sedang giat diusahakan oleh Aldolf Hitler.
  • Ingin mendapatkan seberapa banyak saintis yang boleh memacu perkembangan teknologi ketenteraan Soviet kemudian hari.
  • Ingin menangkap Aldolf Hitler hidup-hidup atas sebab peribadi antara mereka berdua.

Agenda pertama dan kedua Stalin berjaya dipenuhi seperti yang dihajatinya namun agenda ketiga bagaimanapun menemui kegagalan.

Persidangan Postdam- jawapan tentang status Hitler

Ketika persidangan rancak berlangsung, Harry Truman yang baru sahaja menjawat jawatan Presiden Amerika Syarikat setelah kematian Roosevelt pada 12 April 1945 telah bertanya kepada Stalin berkenaan status kematian Aldolf Hitler. Stalin hanya menjawab “Tidak” yang bermaksud Hitler belum meninggal dunia.

Apakah yang cuba diberitahu oleh Stalin berkenaan Hitler. Stalin dalam situasi pada ketika itu masih belum pasti bahawa Hitler sudah meninggal dunia kerana beliau sendiri tahu bahawa Hitler mempunyai lebih 10 orang yang diupah untuk menjadi ‘double’. Kemungkinan besar apa yang ditemui oleh unit SMERSH pada 2 Mei 1945 adalah rangka individu yang diupah oleh Hitler.

Tiga Kuasa Besar; Churchill, Harry S. Truman dan Joseph Stalin di Persidangan Postdam pada 16 Julai sehingga 2 Ogos 1945

Penggalian semula ‘rangka Hitler’

Pada 4 April 1970, Pengarah KGB, Yuri Andropov telah mengarahkan penggalian semula kubur yang kononnya adalah milik Hitler. Mereka ingin menghapuskan segala bukti dan kubur Hitler kerana bimbang bangkitnya pengerakan Neo-Nazi yang menggunakan kubur Hitler sebagai inspirasi dan puncak matlamat mereka.

Mereka berjaya mengumpul lima kotak kayu yang mengandungi 10 hingga 11 rangka manusia. Rangka itu kemudian dibakar dan abunya dibuang ke Sungai Biederitz. Walaubagaimanapun, KGB tetap menyimpan tulang rahang, sekeping tulang tengkorak dan cebisan kulit sofa yang mempunyai tompokan darah Hitler.

Apakah ini mayat Hitler?atau seseorang yang diupah untuk berlakon sebagai Hitler?

Tanggapan pakar

Pada tahun 2000, Moscow telah melakukan pameran yang mana salah satu pameran memaparkan tengkorak Hitler yang ditembusi peluru. Tujuannya adalah untuk menutup segala teori konspirasi yang menyatakan Hitler tidak terbunuh paa 1945. Pakar tulang dan arkeologi daripada Connecticut, Nick Bellantoni berminat untuk melakukan analisis terhadap tulang tersebut.

Namun, malangnya hasil analisa tersebut gagal membuktikan tengkorak tersebut milik Hitler. Bahkan menurut Bellantoni, tengkorak itu mungkin milik seorang wanita berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun. Jika usia menjadi perdebatan, usia Hitler pada 1945 adalah 56 tahun. Ini menunjukkan tengkorak tersebut adalah bukan milik Hitler sama sekali.

 “The bone seemed very thin; male bone tends to be more robust. And the sutures where the skull plates come together seemed to correspond to someone under 40.”

Serpihan tengkorak yang dipercayai milik Hitler namun selepas dilakukan kajian yang teliti, ia jelas bukan milik pemimpin terulung Nazi Jerman tersebut.

Misteri berterusan

Hasil analisa Nick Bellantoni yang gagal menyatakan Hitler menemui maut di bunker menyebabkan misteri kematian Hitler rancak kembali. Ramai mula mempercayai Hitler tidak mati membunuh diri tetapi telah melarikan secara rahsia dengan bantuan tentera elit SS yang bersedia berkorban untuk fuhrer.

Persoalan yang bermain di minda adalah berkaitan dengan tengkorak tersebut. Milik siapakah tengkorak berlubang tersebut. Jika ia milik seorang wanita, mungkinkah ia milik Eva Braun yang turut dikhabarkan dikebumikan bersama-sama Hitler.

Namun, rekod kematian dan saksi utama menyatakan Eva Braun membunuh diri hanya meminum racun Sianida dan bukannya menembak diri sendiri. Oleh yang demikian, milik siapakah tengkorak tersebut? Misteri berterusan.

Teori Hitler Melarikan Diri

Misteri sentiasa mengiringi kematian Adolf Hitler. Kekurangan bukti yang kukuh menyebabkan ramai yang mempercayai Hitler masih belum meninggal dunia pada 30 Mei 1945. Masing-masing mengatakan Hitler sempat melarikan diri sebelum tentera Red Army berjaya menawan Berlin pada 2 Mei 1945. Walaubagaimanapun, teori yang dikemukakan adalah pelbagai sehinggakan sukar untuk mengatakan mana satu yang benar dan mana satu yang sekadar omongan kosong.

Antara yang paling terkenal adalah teori konspirasi yang mengatakan Hitler melarikan diri ke pendalaman Argentina. Pendapat ini dikemukakan oleh seorang penulis yang bernama Abel Basti dalam bukunya, Hitler in Argentina. Abel Basti menekankan bahawa Hitler berjaya bermuastautin di pendalaman Argentina dengan beberapa bukti seperti pendedahan saksi yang pernah bersemuka dengan Hitler di sana dan data-data yang agak releven.

Abel Basti

Grey Wolf: The Escape of Aldolf Hitler

Walaubagaimanapun, teori yang dikemukakan dua orang penulis, Simon Dunstan dan Gerrard Williams dalam bukunya, Grey Wolf:The Escape of Aldolf Hitler lebih mengejutkan. Sama ada Simon Dunstan dan Gerrard Williams, kedua-dua penulis ini percaya bahawa Hitler dan Eva Braun berjaya meloloskan diri daripada Berlin pada tengah malam tanggal 27 April 1945.

Pada malam itu, Hitler, Eva Braun dan Jeneral Hermann Fegelein meloloskan diri daripada Fuhrerbunker melalui terowong bawah tanah yang dibina khas. ‘Watak’ Hitler sepanjang 27 April sehingga  30 April 1945 telah diambil oleh seorang double yang bernama Gustav Weber. Manakala, ‘watak’ Eva Braun dilakonkan oleh seorang aktres yang tidak dikenali. Pada 30 April 1945, kedua-dua individu tersebut dibunuh oleh Jeneral Heinrich Mueller.

Menurut pengarang buku tersebut, Hitler, Eva Braun dan beberapa yang lain membuat persinggahan di lima destinasi sebelum selamat sampai di Mar Del Plata, Argentina. Perancangan yang cukup teliti dan penuh rahsia ini turut melibatkan sekutu Hitler di Sepanyol iaitu Jeneral Franco. Jeneral Franco telah menyediakan pesawat bagi memudahkan Hitler berlepas ke Canary Island sebelum bertolak ke Mar Del Plata, Argentina dengan menggunakan kapal selam U-boat.

Berikut adalah destinasi-destinasi yang digunakan Aldolf Hitler sebelum selamat berada di Argentina:

  • Berlin, Jerman; Pesawat JU 252 yang dpandu oleh juruterbang Kapten SS Peter Baumgart membawa Adolf Hitler dan yang lain ke Tonder, Denmark. Kapten SS Peter Baumgart adalah daripada unit Luftwaffe KG 200.

Pesawat JU 252

  • Tonder, Denmark; Adolf Hitler dan yang lain mengambil pesawat kedua ke Travemunde, Jerman.

  • Travemunde, Jerman; Adolf Hitler dan yang lain menukar pesawat sekali lagi bagi penerbangan jarak jauh ke Pengkalan Ketenteraan Sepanyol di Reus, 80km daripada Barcelona.

  • Reus, Sepanyol; Di sini, sekutu rapat Hitler, Jeneral Franco membekalkan pesawat untuk penerbangan ke Fuerteventura di Canary Island.

Hitler dan Franco mempunyai hubungan yang cukup akrab

  • Fuerteventura, Canary Island; Hitler dan yang lain singgah di sini selama 24 jam sebelum membuat satu lagi perjalanan ke Mar Del Plata, Argentina dengan menggunakan kapal selam U-boat yang diketuai oleh Hans Werner Offermann.

Hans Werner Offermann

  • Mar Del Plata, Argentina; Sampai di sini, Hitler dibawa bersembunyi ke pendalaman di sebuah rumah papan pinggir pergunungan Andes. Hitler dijaga sepenuhnya oleh anggota Nazi Argentina.

Hitler Dikurniakan Cahaya Mata

Hitler dan Eva Braun dikurniakan dua orang anak perempuan. Walaubagaimanapun, Hitler dan Eva Braun dipercayai telah bercerai pada tahun 1953 dan Eva Braun kemudiannya tinggal di Bandar Nequen bersama-sama dua anaknya. Eva Braun dipercayai masih lagi hidup pada awal tahun 2000.

 

Rumah papan di Inalco Bay ini dipercayai oleh pakar konspirasi sebagai tempat tinggal Hitler di Argentina.

Hitler Meninggal Dunia di Argentina

Miskipun telah bercerai dengan Eva Braun, beliau tetap tinggal di pinggir pengunungan Andes. Adolf Hitler dipercayai hidup di pendalaman Argentina selama 17 tahun. Hitler meninggal dunia pada 13 Februari 1962 pada usia 73 tahun. Ramai saksi menyatakan bahawa semasa majlis pengebumian ‘Hitler’ dilakukan di Bariloche, mereka mendakwa banyak lagu-lagu Jerman dimainkan.

Adakah ini foto asli yang menunjukkan Hitler di usia tua?

Keraguan Kematian Hitler

Telah menjadi asas kepada setiap teori konspirasi, keraguan yang sangat melampau menimbulkan asas kepada setiap teori konspirasi. Dalam kes pelarian Aldolf Hitler juga berasaskan kepada keraguan yang munasabah. Keraguan ini bertitik-tolak daripada kematian Hitler pada tahun 1945 yang sangat misteri.

  • Tiada peluru dipercayai ditemui di ‘kawasan’ kematian Hitler.
  • Tompokan darah pada sofa disahkan bukan milik Hitler mahupun Eva Braun.
  • Jasad penuh Hitler tidak pernah ditemui di Fuhrerbunker.
  • Foto mayat Hitler yang tersebar luas boleh dianggap ‘sampah’ kerana wajah ‘Hitler’ terlampau muda berbanding usianya yang mencecah 56 tahun ketika itu.
  • Dipercayai, SMERSH dan unit forensik berjaya menemui dua gigi ‘Hitler’ di sebuah taman berdekatan Fuhrerbunker. Namun, ia adalah bukti yang tidak masuh akal. Gigi sesiapa sahaja boleh ditemui di taman tersebut kerana bukan Hitler sahaja yang tinggal di Fuhrerbunker.
  • Pecahan tengkorak yang dipercayai ditemui pada 1945 adalah milik Hitler. Namun, selepas diselidiki oleh penyelidik daripada Amerika Syarikat, ia adalah milik wanita yang berusia 20 sehingga 30 tahun.
  • Pengakuan Joseph Stalin kepada Harry S. Truman semasa persidangan Postdam. Joseph Stalin mengakui tidak pernah menemui mayat Hitler.
  • Selanjutnya, Britain dipercayai melancarkan perang ke atas Argentina pada tahun 1982 untuk merebut Pulau Farklands. Ramai mempercayai ia adalah salah satu usaha Britain untuk mengekang pengaruh Neo-Nazi daripada terus bercambah di Argentina.
  • Pemimpin tertinggi Nazi seperti Adolf Eichmann dan Joseph Mengele turut melarikan diri ke Argentina. Dengan demikian, teori yang mengatakan Hitler melarikan diri ke Argentina agak masuh akal dan tidak boleh ditolak mentah-mentah.

___________________________

Segalanya lebih menarik di

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: