Archive | July 2012

Nabi Isa as adalah Islam, ujar Prof. Robert F. Shedinger dalam Buku Terbarunya..

Oleh: takusahrisau

Profesor teologi di Kolej Luther di Iowa, Robert F. Shedinger telah membuat pendedahan yang kontroversi di dalam buku baru tulisannya bahawa Jesus Christ atau Nabi Isa as adalah seorang Muslim. Buku tersebut diberi tajuk ‘Was Jesus a Muslim?’

Pada permulaan bukunya yang mana akan dilancarkan pada tahun ini(2012), Shedinger ditanya, “Adakah Jesus seorang Muslim?”

“Saya akan menjawab dengan benar, amat layak,” katanya.

Robert F. Shedinger

Pada musim bunga tahun 2001, metodologi Shedinger tentang ajaran Islam telah dipersoalkan oleh seorang pelajar beliau yang dibesarkan dalam keluarga Islam.

Pelajar perempuan tersebut memberitahu Shedinger bahawa cara beliau menyampaikan Islam kepada pelajar-pelajarnya tidak menyerupai dengan apa yang didedahkan kepada beliau oleh ibubapanya semasa membesarkan beliau.

Shedinger berkata dalam satu temu bual bahawa peristiwa tersebut mendorong beliau untuk memikirkan semula konsep keseluruhan tentang agama dan cara beliau telah menganalisa berhubung ajaran Islam.

Buku ini mungkin menimbulkan kontroversi namun ia bukanlah kali pertama kerana sebelum ini Micheal Hart pernah menyenaraikan Nabi Muhammad saw sebagai individu paling berpengaruh daripada 100 orang sepanjang zaman.

Shedinger yang juga merupakan ketua jabatan pengajian agama di Luther College di Iowa, juga berhujah bahawa Islam adalah sesuai malah lebih baik bagi Nabi Isa kerana ia bukanlah agama tetapi “pergerakan keadilan sosial”.

“Saya terpaksa memikirkan semula apa itu Islam .. Saya membuat kesimpulan bahawa ia adalah sebuah gerakan keadilan sosial dan saya fikir itulah yang Nabi Isa lakukan pada abad pertama, jadi saya membuat kesimpulan Jesus adalah lebih seperti seorang Muslim,” katanya.

Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dipercayai telah menerima wahyu sekitar tahun 622 Masihi yang akhirnya dihimpunkan dalam sebuah mushaf al-Quran. Umat Islam dan Kristian percaya bahawa kelahiran Islam berlaku pada tarikh turunnya wahyu yang pertama. Nabi Isa as dipercayai telah hidup lebih daripada 600 tahun sebelum daripada itu.

__________________________

Segalanya lebih menarik di

 

 

 

Advertisements

Kad Permainan Over the Edge RAMAL Kejadian Tembakan di Pawagam Aurora, Colorado..

Oleh: takusahrisau

 

Kerakusan seorang lelaki yang bernama James Holmes, 24 yang menembak secara rambang di pawagam di Aurora dekat Colorado semasa tayangan pembukaan filem Batman: Dark Knight Rises menggemparkan seluruh dunia.

Samada kebetulan atau tidak, kejadian tembakan yang mengorbankan 12 orang dan mencederakan 58 orang yang lain bagaikan telah diketahui perancangannya.

Masakan tidak, permainan kad berunsurkan konspirasi yang dikenali Over the Edge memaparkan klu-klu dan elemen-elemen yang mirip dengan kejadian di pawagam di Aurora, Colorado.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Persamaan

Perhatikan persamaan bangunan Aurora dan bangunan yang dipaparkan dalam kad permainan Over the Edge tersebut.

Begitu juga warna ungu kot yang dipakai oleh lelaki di dalam kad permainan Over the Edge. Ia sangat menyerupai warna kot yang dipakai oleh Joker iaitu watak antogonis dalam filem Batman. James Holmes iaitu suspek utama pembunuhan tersebut mengaku bahawa beliau adalah Joker.

Kad Permainan Over the Edge

Kad permainan Over the Edge adalah kad permainan konspirasi dan Iluminati yang menerapkan permainan role play.  Ia direkabentuk pada tahun 1992 oleh Jonathan Tweet dan  Robin Laws dan diterbitkan oleh Atlas Games. Edisi kedua kad permainan ini telah diterbitkan pada tahun 1997.

 

_________________________

Segalanya lebih menarik di

 

 

 

(Video) Rakaman ‘UFO’ Melintasi Stadium Semasa Pembukaan Olimpik London..

Oleh: takusahrisau

 

Upacara pembukaan Sukan Olimpik London 2012 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang dan warna-warni. Upacara tersebut seakan-akan berlangsung dengan normal dengan tiada sedikit pun gangguan dan cacat-cela.

Walaubagaimanapun, di luar stadium keganjilan telah terakam oleh kamera siaran langsung daripada media terkemuka, Telegraph TV dan Sky News.

Dalam rakaman video tersebut, sebuah objek yang tidak dikenali atau UFO telah terakam melintasi secara perlahan di ruang udara stadium.

Miskipun demikian, tiada lagi ulasan rasmi daripada pihak penganjur berkenaan fenomena tersebut.

Individu-Individu Bukan Islam Yang Mengerjakan Haji Ke Mekah..

Oleh: takusahrisau

 

Tanah suci umat Islam iaitu Mekah dan Madinah menjadi tumpuan bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada yang bukan Islam. Direkodkan bahawa individu bukan Islam pertama berjaya menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah seawal tahun 1503 iaitu pada abad ke-16.

Walaubagaimanapun, niat mereka ke sana bukan kerana untuk beribadah tetapi lebih kepada risikan dan pengumpulan maklumat. Antara yang terawal pernah dicatatkan berjaya mengerjakan haji di Mekah adalah Ludovico di Varthema(1470-1517), Guru Nanak (1469-1539), Vincent Leblanc, Johann Wild, Joseph Pitts (1663-1735), Domingo Badia y Leblich (1766-1818), Ulrich Jaspar Seetzen (1767-1811), John Lewis Burckhardt (1784-1817), Sir Richard Burton dan Snouck Hungronje.

Kebanyakkan daripada mereka adalah orientalis yang mempunyai niat buruk terhadap Islam. Tidak banyak komen positif yang dapat dilihat dalam catatan mereka berkenaan kota suci umat Islam ini. Kritikan, sindiran bahkan kejian dilemparkan sehingga terdapat sesetengah daripada catatan mereka berunsur fitnah dengan fakta yang tidak berasas.

Sebagai umat Islam, wajarlah kita mengetahui setiap orang daripada mereka ini. Percayalah, daripada hasil ‘titik-peluh’ mereka ini, para orientalis Barat memahami perilaku umat Islam di timur dan dengan halus mereka mencucuk jarum untuk memusnahkan umat Islam secara total.

 (Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Ludovico di Varthema (1470-1517)

Ludovico di Varthema atau Ludovico Barthema dilahirkan pada tahun 1470 di Bologna, Itali. Varthema terkenal sebagai individu bukan muslim daripada Eropah pertama yang menjejakkan kaki ke kota suci umat Islam, Mekah.

Varthema mula meninggalkan tanah airnya menuju ke timur menjelang tahun 1503 atau akhir tahun 1502. Pada 1503, beliau sampai di Iskandariah dan kemudian ke Kaherah, Mesir. Selepas beberapa ketika berada di Mesir, beliau meneruskan perjalanannya ke Tripoli(Libya), Aleppo(Syria) dan Damsyik(Syria).

Daripada Syria, beliau bersama-sama kabilah Arab menuju ke Mekah dan Madinah dengan menyamar sebagai seorang Mamluk dengan nama samaran Yunus. Beliau merumuskan beberapa maklumat berkenaan dengan Mekah dan Madinah dengan agak tepat dan ia diakui oleh ramai orientalis dan pengkaji-pengkaji lain selepasnya.

Varthema adalah individu yang menghapuskan fitnah dan mitos yang mengatakan jenazah Nabi Muhammad saw berada di awangan yang disokong kiri dan kanannya oleh batu magnet.

Varthema pernah dipenjara di Yaman selepas khabar angin mengatakan beliau adalah perisik Barat yang berpura-pura memeluk Islam. Namun, beliau dibebaskan selepas permaisuri daripada Yaman menggesa beliau untuk berlagak menjadi orang tidak siuman. Ada rekod menyatakan, permaisuri Yaman tersebut jatuh cinta terhadap Varthema.

Selepas beberapa lama di timur, Varthema kembali ke Eropah pada tahun 1506. Pada 1510, jurnal beliau diterbitkan di Rom dengan nama Itinerario de Ludouico de Varthema Bolognese. Pada tahun 1517, Varthema meninggal dunia ketika baru sahaja berumur 47 tahun.

 

Ludovico Varthema

Guru Nanak (1469-1539)

Sikh adalah salah satu agama yang utama di dunia. Agama Sikh dianuti lebih daripada 30 juta masyarakat di seluruh dunia. Agama Sikh diasaskan oleh seorang yang bernama Guru Nanak. Menurut rekod dan catatan penganut ajaran Sikh, Guru Nanak dipercayai lahir pada awal pagi Sabtu 15 April 1469 masihi di Talwaldi, Pakistan. Pada masa itu, Talwaldi masih lagi berada dalam wilayah kekuasaan India.

Guru Nanak dan beberapa pengikutnya termasuk seorang muslim, Mardana(1459-1534) telah melakukan empat perjalanan ‘kerohanian’. Dalam perjalanan kerohanian keempat, Guru Nanak telah merantau jauh ke Tanah Arab iaitu Mekah. Di Mekah, Guru Nanak telah ‘mengerjakan haji’ sepertimana umat Islam mengerjakan haji. Guru Nanak turut menziarahi kota suci umat Islam yang kedua iaitu Madinah.

Jangka masa Guru Nanak mengerjakan haji dan ziarah ke Madinah dipercayai antara tahun 1510 hingga  tahun 1520.

Ramai menyatakan bahawa Guru Nanak adalah tokoh sufi mistik yang menganut ajaran Islam. Beberapa elemen awal dalam ajaran Guru Nanak mirip dengan elemen kesufian. Namun begitu, ia disangka keras oleh beberapa cendikiawan yang lain termasuk cendikiawan Sikh sendiri.

Gambaran Mekah pada abad ke-16

Vincent Leblanc

Vincent Leblanc adalah pengembara dan orientalis daripada Perancis. Beliau berasal daripada Marsailles. Amat sedikit rekod tentang peribadi beliau namun beliau tetap diingati sebagai lelaki Eropah kedua menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah.

Beliau direkodkan memulakan penggembaraan ke timur pada tahun 1568. Walaubagaimanapun, kapal beliau karam di Candia. Beliau telah menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah dengan mengikuti kabilah dagang daripada Syria.

Gambar Pasar Madinah yang diambil oleh Gervais Courtellemont

Johann Wild(1585- tidak diketahui)

Johann Wild berasal daripada Nuremberg, Jerman dan dilahirkan di sana pada tahun 1585. Wild mengerjakan ‘haji’ sebagai seorang hamba setelah diculik oleh tentera Hungary semasa menjalankan perniagaan di Hungary. Ketika diculik, beliau baru sahaja berusia 19 tahun. Rekod ini diterima sebagai sumber yang sahih.

Beliau bersilih-ganti bertukar tuan sebelum dibeli oleh seorang pedagang berbangsa Parsi yang kaya-raya. Pedagang Parsi yang disifatkan oleh Johann Wild sebagai seorang yang bakhil itu memaksa beliau melakukan pelbagai kerja kasar termasuk membasuh baju, memasak dan berdagang.

Walaubagaimanapun, pedagang Parsi inilah yang membawa Wild ke Mekah pada tahun 1607 yang mana ia mencatatkan nama Wild sebagai salah seorang orang bukan Islam terawal mengunjungi kota suci umat Islam itu.

Wild memberitahu dalam catatannya bahawa pedagang Parsi tersebut kehilangan 1500 orang daripada 20,000 orang dan 900 ekor unta daripada 100,000 unta semasa perjalanan mengerjakan haji ke Mekah. Perkara ini berlaku atas pelbagai sebab termasuklah diserang oleh suku Badwi yang kasar.

Di Mekah dan Madinah, Wild mencatatkan beberapa fakta yang menyindir dan memperlekehkan kota Mekah. Antaranya adalah memperlekehkan ibadah melontar jamrah dan menyindir perangai penduduk Mekah. Kemungkinan besar, lontaran kritikan beliau berpunca daripada sifat amarah beliau terhadap tuan-tuan beliau yang terdahulu yang kebanyakkan adalah seorang muslim.

Selepas 20 hari berada di Mekah, beliau kemudian berkunjung ke Madinah dan sempat menziarahi makam Nabi Muhammad saw. Beliau menyifatkan makam yang menempatkan junjungan besar tersebut sebagai ‘bilik ukiran yang besar’.

Selepas beberapa lama dengan saudagar Turki tersebut, beliau kemudian dijual kepada seorang lelaki tua berbangsa Turki. Wild berkhidmat selama setahun dan kemudiannya dimerdekakan. Wild kembali ke Nuremberg pada tahun 1611.

Gambar Masjidil Haram di Mekah yang diambil oleh Snouck Hungronje

Joseph Pitts (1663-1735)

Selain Johann Wild, Joseph Pitts juga adalah seorang hamba yang ‘secara tidak sengaja’ dibawa mengerjakan haji ke Mekah. Joseph Pitts dipercayai dilahirkan pada tahun 1663 di Exeter, England. Sejak kecil, beliau sangat berminat dengan aktiviti lasak dan penjelajahan. Ketika umurnya 15 tahun, beliau telah berlayar ke Newfoundland. Namun, semasa pulang daripada Newfoundland, kapal beliau telah dirompak oleh lanun Algeria di luar pantai Sepanyol.

Ketua lanun tersebut adalah seorang berbangsa Belanda namun beragama Islam. Walaubagaimanapun, lanun yang dimaksudkan Pitts bukan lanun pada istilah sebenar. Lanun tersebut adalah antara angkatan tentera laut Islam yang memerangi tentera British dan Sepanyol di perairan Mediterenean dan persisiran Semenanjung Iberia. Pitts yang masih muda belia ketika itu menggambarkan ketua lanun sebagai ‘makhluk yang ganas’.

Pitts kemudian dijual sebagai hamba di Algeria. Tuan beliau yang pertama tidak memaksa beliau memeluk Islam namun tuan yang kedua bertindak kasar dan memaksa beliau memeluk Islam. Sepanjang berada di tangan tuan yang kedua ini, beliau berasa sangat terseksa sehingga banyak catatan beliau di akhir hayatnya mengutuk tuannya yang kedua ini serta sangat memusuhi Islam.

Pitts berkunjung ke Mekah semasa berkhidmat dengan tuannya yang ketiga. Bersama dengan tuan beliau yang ketiga, Pitts dilayan dengan baik. Beliau sampai di Mekah pada tahun 1680.

Sepertimana Johann Wild, catatan beliau sepanjang berada di Mekah banyak berunsur sindiran dan provokasi terhadap ibadah-ibadah umat Islam. Antaranya, beliau menyindir air zam-zam yang dikatakan sangat berkat. Selain itu, beliau mentertawakan tindakan ‘pelik’ jemaah haji yang mandi di bawah sulur emas Kaabah dan meminumnya.

Pitts tinggal di Mekah selama empat bulan dan pernah memasuki Kaabah sebanyak dua kali. Berhubung dengan pengalaman tersebut beliau menyatakan, “I profess I found nothing worth seeing in it”.

Di Mekah juga beliau sempat bertemu seorang berbangsa Ireland yang pernah bersama-sama di dalam kapal hamba dahulu. Tidak seperti Pitts, lelaki Ireland tersebut sudah tidak mampu bertutur bahasa Inggeris dan hanya berkomunikasi dalam bahasa Arab. Lelaki tersebut sudah merdeka dan menjadi seorang muslim yang baik. Dalam catatan Pitts, beliau menyatakan lelaki tersebut menggambarkan Mekah sebagai ‘syurga di dunia’.

Setelah 19 tahun berada di perantauan, Pitts akhirnya dimerdekakan dan terus pulang ke England. Pitts sampai di Exeter pada tahun 1693. Tarikh Pitts meninggal dunia tidak dapat ditentukan namun ramai mempercayai beliau meninggal dunia pada tahun 1735.

Domingo Badia y Leblich (1766-1818)

Domingo Badia y Leblich atau nama samarannya, Ali Bey al-Abbasi dilahirkan pada tahun 1766 di Barcelona. Beliau menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya dengan merantau ke negara-negara Afrika Utara, Arab, Mesir, Syria, Palestin, Turki dan Cyprus.

Beliau mengerjakan haji di Mekah pada tahun 1807 dengan menyamar sebagai seorang kerabat khalifah Abbasiyyah daripada Eropah. Sepertimana orientalis dan perisik-perisik yang sezaman dengannya, Badia adalah seorang yang agak fasih berbahasa Arab.

Ramai pengkaji moden mendakwa beliau adalah perisik yang diupah oleh Manuel Godoy(perdana menteri Sepanyol) dan kemudian diupah pula oleh adik kepada Napoleon Bonaparte, Joseph Bonaparte.

Beliau meninggal dunia akibat menghidap disentri pada 1818 sewaktu dalam perjalanan ke Damsyik, Syria daripada Mekah selepas mengerjakan haji buat kali kedua. Ada dakwaan mengatakan beliau mati diracun oleh agen British yang sedar bahawa beliau adalah perisik Perancis.

Badia yang menyamar sebagai Ali Bey al-Abbasi akhirnya diketahui identiti sebenarnya apabila rakan-rakan Islamnya menemui rantai salib pada lehernya. Mereka tidak sanggup untuk mengebumikan Badia sebagaimana seorang muslim.

Badia bagaimanapun dikebumikan di Kastel Balka iaitu sebuah tempat yang berada di antara Mekah dan Damsyik.

Domingo Badia y Leblich

Ulrich Jaspar Seetzen (1767-1811)

Lahir pada 30 Januari 1767 di Sophiengroden, Jever, Jerman. Lelaki yang berbadan kecil ini memiliki kelayakan akademik yang baik. Beliau adalah graduan perubatan daripada University of Gottingen. Beliau turut mendalami pelbagai ilmu lain seperti ilmu zoologi, botani dan oriental. Beliau mempunyai kefasihan bahasa Arab yang baik. Direkodkan bahawa beliau menghabiskan masa selama 25 tahun untuk mendalami pelbagai bidang ilmu oriental dan hukum Islam.

Seetzen mula bergerak ke timur pada tahun 1802 dengan ditemani oleh seorang lelaki berbadan sasa, Jacobsen.  Tujuan utamanya adalah untuk ke Mekah, pusat umat Islam sedunia. Sebelum sampai di Mekah, Seetzen telah melawat beberapa tempat seperti Istanbul(selama 6 bulan), Aleppo(selama 1 tahun) dan Damsyik(selama 1 tahun). Seetzen turut ‘merisik’ ke Laut Mati menjelang November 1806. Di sana, beliau berpura-pura menjadi seorang pengemis. Beliau sempat melakarkan peta Laut Mati pertama yang agak tepat dan beberapa catatan yang sangat bernilai kepada orang Barat.

Selepas itu, beliau terus mengembara sehingga tiba di Kaherah dan menetap di situ sehingga bulan Mac 1809. Seetzen mula menjejak kaki ke Mekah pada 10 Oktober 1810 setelah menempuhi beberapa halangan.

Beliau menggunakan nama Islamnya iaitu Haji Musa dan beliau sendiri mengaku beliau menganut ajaran Islam. Pada zaman tersebut, puak Wahabbi dan keluarga Saud hampir menguasai keseluruhan Masjidil Haram. Wahabbi melarang mana-mana jemaah melawat makam Rasulullah saw. Namun begitu, Seetzen atau Haji Musa menyelinap masuk dan sempat memberi gambaran keadaan makam Rasulullah saw.

Ketika di Mekah, Seetzen telah ditahan oleh penguasa Mekah kerana disyaki beliau adalah perisik tentera Turki. Namun, setelah disoal selidik mereka mendapati beliau adalah mualaf daripada Jerman. Penguasa Mekah melepaskan beliau tanpa sebarang keraguan. Seetzen menetap selama dua bulan di Mekah selepas tamat musim haji.

Seetzen mula meninggalkan Mekah pada Mac 1811 lalu menuju ke Sana’a sebelum ke Muscat. Di Sana’a, beliau menghidap demam panas yang agak teruk. Semasa dalam perjalanan ke Muscat, beliau menemui ajal. Rakan-rakan Islam beliau dilaporkan menemui rantai salib di leher beliau beserta ular-ular yang telah diawet dengan arak.

Ramai mensyaki beliau pengamal sihir dan hanya berpura-pura sebagai seorang Islam untuk merisik budaya hidup sebenar umat Islam. Seetzen meninggal dunia pada bulan September 1811.

 

John Lewis Burckhardt (1784-1817)

John Lewis Burckhardt adalah orientalis yang tidak asing di dunia Barat. Beliau adalah individu Eropah pertama yang menemui runtuhan bangunan purba Petra di Jordan pada tahun 1812 dan memperkenalkan kepada umum selepas itu.

Beliau yang dilahirkan pada 24 November 1784 di Laussance, Switzeland telah melanjutkan pelajaran di beberapa tempat seperti University of Gottingen, University of Liepzig dan University of Cambridge, London.

Di London, Burckhardt telah mendalami bahasa Arab secara konsisten. Terdapat beberapa catatan menyatakan bahawa Burckhardt telah menjalani kehidupan ala Arab dan kasar sewaktu berada di London seperti berjalan tanpa memakai kasut sewaktu cuaca panas, tidur di jalanan dan memakan sayur-sayuran.

Pada Mac 1809, Burckhadt telah meninggalkan England untuk menuju ke Malta dan seterusnya ke Aleppo, Syria selepas musim luruh untuk memantapkan bahasa Arab dan hukum Islam. Beliau percaya bahawa beliau akan diterima sebagai ‘sahabat’ kepada rakan Arab beliau jika sekiranya beliau memeluk Islam. Beliau kemudiannya memeluk Islam dan menukarkan namanya kepada Sheikh Ibrahim bin Abdallah. Walaubagaimanapun, ramai pengkaji tidak percaya bahawa penerimaan beliau kepada ajaran Islam adalah ikhlas daripada hatinya. Ini kerana, kisah hidup beliau selepas itu menunjukkan beliau hanya layak digelar orientalis dan perisik musuh Islam.

Selepas berada beberapa lama di Syria, Nubia dan Mesir, beliau kemudian bertolak ke Mekah dan mendarat di perlabuhan Jeddah pada 1814. Beliau menyamar sebagai pengemis miskin. Ini bukan kali pertama beliau melakukan penyamaran. Ketika di Mesir, beliau telah menyamar sebagai saudagar Syria bagi menghidari perasaan musykil umat Islam di sana.

Pernah beberapa ketika beliau dipanggil menghadap Muhammad Ali Pasha kerana diyakini beliau adalah seorang perisik Inggeris. Pelbagai soalan diaju termasuk persoalan hukum agama oleh dua orang kadi yang ditugaskan oleh Muhammad Ali Pasha. Namun, kesemua soalan tersebut berjaya dijawab. Dua orang kadi tersebut membuat kesimpulan bahawa Burckhardt bukan sahaja seorang Islam tetapi seorang yang sangat terpelajar dalam hukum hakam dan perundangan Islam.

Beliau kemudian melaksanakan haji dan menetap di Mekah selama hampir tiga bulan sebelum menuju ke Madinah. Di Mekah dan Madinah, beliau menggunakan kesempatan ini untuk melakukan penyelidikan dan perincian di segenap penjuru dua kota suci itu. Orientalis-orientalis sesudah beliau terhutang budi dengan ketepatan fakta yang dinyatakan beliau. Dalam satu tulisannya, Burckhardt menyatakan bahawa kota Mekah adalah tempat mengujakan kepada beliau. Banyak yang beliau pelajari tentang umat Islam semasa tinggal di kota ini. Beliau ada menyatakan bahawa kota Mekah turut mempunyai wanita pelacur yang bekerja untuk memuaskan nafsu ‘beberapa’ orang lelaki.

Selepas penyelidikan dan penelitian yang cukup teliti di Mekah dan Madinah, Burckhardt kemudian menuju ke Kaherah, Mesir. Pada April 1817, beliau telah menuju ke Fezzan namun telah jatuh sakit akibat disentri. Pada 15 Oktober 1817, beliau menemui ajal pada usia baru menginjak 32 tahun.

 

Sir Richard Burton (1821-1890)

Sir Richard Burton adalah orientalis, penulis, penterjemah dan penjelajah yang paling popular berbanding yang lain. Richard Burton paling diingati kerana beliau yang bertanggungjawab menterjemahkan Kisah 1001 Malam ke dalam bahasa Inggeris dan mempopularkannya.

Burton yang dilahirkan pada 19 Mac 1821 berjaya menguasai lebih 29 bahasa termasuk bahasa daripada Asia, Afrika dan Eropah. Kemampuan dan kelebihan yang ada pada beliau ini dimanfaat sepenuhnya untuk aktivti risikan dan kajian beliau terhadap Islam dan masyarakat Islam.

Beliau berjaya mengerjakan haji ke Mekah pada tahun 1853 sebagai seorang doktor berbangsa Afghan daripada India. Sebelum itu, beliau menyamar sebagai seorang rakyat Parsi iaitu semasa beliau di Keherah. Namun begitu, setelah mengetahui bahaya beliau menyamar menjadi seorang Parsi, beliau bertindak menukar identiti beliau.

Beliau memiliki jurnal dan catatan harian yang terperinci sepanjang berada di Mekah dan Madinah. Catatan beliau yang dikenali A Personal Narrative of a Pilgrimage to Al-Medinah and Meccah  diterbitkan pada tahun 1855. Maklumat yang disampaikan beliau menjadi bahan rujukan utama orientalis-orientalis kemudian hari.

Richard Burton meninggal dunia pada tahun 1890 di Trieste akibat serangan jantung.

Sir Richard Burton

 

Snouck Hungronje (1857-1936)

Tiada yang paling hebat dan penuh dengan kajian saintifik melainkan seorang orientalis dan perisik bernama Snouck Hungronje. Snouck Hungronje dilahirkan pada 8 Februari 1857 di Belanda.

Hungronje adalah seorang yang terpelajar dan menjadi pensyarah di sebuah universiti di Belanda dalam bidang bahasa Oriental. Hungronje sangat fasih berbahasa Arab dan Melayu.

Pada tahun 1884, beliau mengerjakan haji ke Mekah dengan menyamar sebagai seorang muslim bernama Haji Abdul Ghaffar. Di Mekah, beliau gunakan kesempatan itu sepenuhnya untuk mengkaji dan mendalami perilaku masyarakat Islam dan hukum-hakam Islam. Ia berbeza dengan John Lewis Burckhardt yang lebih menumpukan perhatian kepada kajian topografi Mekah dan suasana kota suci tersebut.

Hasil kajian ilmiah Hungronje menghasilkan rumusan di mana tindakan kekerasan dan ketenteraan terhadap umat Islam adalah sia-sia. Adalah lebih baik melaksanakan tindakan lebih lembut untuk memusnahkan umat Islam secara halus.

Kajian daripada Snouck Hungronje berjaya diimplementasikan sekurang-kurangnya 10 tahun selepas daripada itu. Hungronje meninggal dunia pada tahun 1936 di Leiden, Belanda.

Snouck Hungronje

 ____________________________________

Beberapa individu lain turut menyumbang kepada maklumat berguna kepada masyarakat Barat adalah Giovanni Finati (Narrative of the Life and Adventures of Giovanni Finati, diterbitkan pada 1830), L. Roches (L. Roches – Trente-deux ans à travers l’Islam, diterbitkan pada 1884), G. A. Wallin (Journal of the Royal Geographical Society, diterbitkan pada 1854), Von Maltzan (Meine Wallfahrt nach Mekka, diterbitkan pada 1913), J. F. Keane (Six Months in the Hejaz , diterbitkan pada 1887) dan Gervais Courtellemont ( Mon Voyage à la Mecque, diterbitkan pada 1896)

____________________________________________

Rujukan
[1]        Voyages of Ludovico Varthema – Hakluyt Series ed. C. F. Badger. London, 1863.
[2]        Les Voyages Fameux du Sieur Vincent le Blanc, in Bergeroni Voyages Fameux. Paris 1870.
[3]        J. Wild – Neue Reisbeschreibung eines gefangenen Christen – Nürnberg 1623.
[4]        J. Pitts – A Faithful Account of the Religion and Manners of the Mahometans. London, 1810.
[5]        The Travels of Ali Bey el-Abbassi in Africa and Asia. 2 vols. London, 1816.
[6]        U. J. Seetzen – Reisen durch Syrien, Palästina u.s.w. Berlin, 1854.
[7]        J. L. Burckhardt – Travels in Arabia. 2 vols. London, 1829.
[8]        Narrative of the Life and Adventures of Giovanni Finati, ed. W. J. Banks. London, 1830.
[9]        L. Roches – Trente-deux ans à travers l’Islam. Paris, 1884.
[10]      G. A. Wallin – Journal of the Royal Geographical Society, vol. xxiv, 1854.
[11]      R.F. Burton – Pilgrimage to Al-Madinah and Meccah, 2 vols. 1913 (Bohns Ed.)
[12]      Von Maltzan – Meine Wallfahrt nach Mekka, Leipzig, 1865.
[13]      J. F. Keane – Six Months in the Hejaz, London, 1887.
[14]      C. Snouck Hurgronje – Mekka, mit Bilderatlas, Hague, 1889.
[15]      Gervais Courtellemont – Mon Voyage à la Mecque, Paris, 1896.

__________________________

Segalanya lebih menarik di

Snouck Hurgronje, Dajjal Kecil yang Membinasa Islam di Nusantara..

Oleh: takusahrisau

Christian Snouck Hurgronje atau lebih dikenali dengan nama Snouck Hurgronje adalah orientalis terkemuka daripada Belanda. Beliau dilahirkan pada 8 Februari 1857 di Oosterhout, Belanda. Bapanya, J.J Snouck Hurgronje adalah seorang paderi dan pendeta Kristian Prostetan.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Snouck Hurgronje memiliki reputasi sebagai orientalis ulung yang memecah belahkan umat Islam di nusantara khususnya di Acheh.

Snouck Hurgronje melanjutkan pelajaran di Universiti Leiden pada tahun 1875 ketika berusia 18 tahun. Pada mulanya beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan teologi namun beliau menukar jurusan pengajiannya kepada jurusan Sastera Bahasa Arab. Beliau meraih gelaran doktor falsafah sastera Arab pada tahun 1880.

Kelayakan sebagai doktor falsafah melayakkan beliau menjadi seorang pensyarah bagi calon-calon pegawai Belanda yang ingin dihantar berkhidmat untuk VOC(Syarikat Hindia Timur Belanda) di Hindia Timur(kini dikenali Indonesia).

Misi Snouck Hurgronje di Mekah

Pada tahun 1884, beliau pergi ke Mekah untuk mendalami pengetahuan dalam bahasa Arab. Apabila tiba di sana beliau menyatakan dirinya adalah penganut Islam dengan nama Islamnya, Abdul Ghaffar. Terdapat sesetengah sejarahwan menyatakan bahawa Snouck Hurgronje hanya berpura-pura memeluk Islam bagi mengaburi beberapa pihak terutama pihak berkuasa Mekah.

Snouck Hurgronje ketika di Mekah sebagai individu bernama Abdul Ghaffar. Snouck mengikuti jejak orietalis Ludorico Bartena yang berjaya menyusup masuk ke Mekah pada tahun 1503.

Tujuan sebenar beliau ke Mekah adalah ingin merisik sifat fanatik umat Islam Acheh di Mekah yang mana pada pengamatannya umat Islam Acheh menjadikan Mekah sebagai pengkalan mereka untuk meraih kemerdekaan daripada penjajah Belanda. Maka tidak hairan apabila terdapat sumber-sumber sejarah mengatakan Snouck Hurgronje telah ditaja oleh kerajaan Belanda semasa berada di Mekah atas tujuan perisikan maklumat.

Di Mekah, ramai ulama bersyarah dan menaikkan api semangat jihad di kalangan masyarakat nusantara bagi menentang penjajah kafir yang menganiayai masyarakat Islam tempatan. Snouck berjaya berkenalan dengan beberapa ulama dan individu seperti Sheikh Waliyul Hijaz, Raden Abu Bakar Jayadiningrat dan Haji Hasan Musthafa. Beliau menarik simpati ramai lagi individu atas dasar persaudaraan sesama ‘muslimin’.

Haji Hassan Mustafha

Berbekalkan perkongsian ilmu daripada mereka bertiga dan ramai masyarakat Islam di Mekah, Snouck berjaya memahami selok belok kehidupan masyarakat Islam Acheh termasuk kelemahan dan kekuatan mereka. Di Mekah, Snouck sempat merakam gambar masyarakat Islam. Malahan, terdapat sebuah petikan alunan al-Quran yang dirakam oleh Snouck Hurgroje yang dipercayai antara yang tertua pernah direkodkan.

 

Kembali ke Belanda dan berkhidmat di Acheh

Pada tahun 1885, beliau kembali mengajar di Universiti Leiden dengan pengetahuan dan pengalaman yang baru. Namun, beliau merasakan adalah tidak adil jika beliau mengajar tetapi beliau sendiri tidak pernah berada Hindia Timur khususnya Acheh.

Tidak lama selepas itu iaitu pada tahun 1889, beliau menawarkan diri untuk berkhidmat di Hindia Timur iaitu di wilayah Acheh. Beliau diberi tugas sebagai penasihat bahasa oriental dan hukum Islam. Pada 9 Julai 1891, beliau menetap di Peukan Acheh.

Snouck Hurgronje(berbaju putih) dan van Huertz(berbaju hitam)

Pada 4 Februari 1892, beliau kembali ke Jakarta(dulu dikenali Betawi) namun beliau sering berulang-alik ke Acheh bagi memberi nasihat kepada Jeneral Belanda di Acheh, van Heutsz berkenaan selok-belok kekuatan masyarakat Islam Acheh.

van Heutsz(paling hadapan) semasa meneliti pasukannya yang bertempur dengan tentera jihad Acheh.

Idea licik Snouck

Snouck Hurgronje dianggap sebagai perintis dasar wawasan kolonial Belanda berkenaan Islam di Indonesia. Hasil daripada idea beliau maka lahirlah Kantoor voor Inlandsche Zaken iaitu sebuah badan penasihat kepada pihak Belanda tentang masalah peribumi Acheh.

Badan ini dibawah seliaan Snouck Hurgronje. Snouck berprinsip bahawa pihak Belanda tidak perlu mengusik tradisi nenek-moyang dan agama kaum Acheh. Namun, pihak penjajah Belanda perlu berusaha untuk menjadikan Islam sebagai agama masjid. Dalam erti kata yang lain, Snouck bimbang bahawa Islam mampu menjadi wadah untuk bangsa Acheh bangkit menentang kelangsungan penjajahan Belanda di Hindia Timur.

Snouck juga melontarkan beberapa idea licik beliau iaitu beliau meminta pihak kolonis Belanda menyelia  dan melaksanakan pengawasan terhadap tabung masjid-masjid di Acheh kerana dibimbangi akan digunakan untuk aktiviti jihad menentang kekuasaan Belanda.

Beliau menyarankan pihak penjajah Belanda membendung semangat Pan-Islamisme yang melanda di kebanyakan negara Islam yang terjajah dengan melaksanakan program yang ketat kepada jemaah haji Indonesia.

Snouck berusaha menyakinkan pihak penjajah Belanda bahawa ulama dan kiai tidak semuanya adalah fanatik. Snouck memberi pandangan bahawa penghulu kampung mesti dilantik daripada kalangan pro-Belanda dan jangan sesekali jawatan ini terlepas kepada mereka yang anti-Belanda kerana dibimbangi akan mengundang kesusahan di kemudian hari.

Snouck Hurgronje berwawasan politik neutral agama. Ia dapat dilihat daripada pandangan Snouck yang mahu pihak kolonis Belanda tidak terlampau terdesak untuk memurtadkan masyarakat Acheh. Sepanjang pergaulan Snouck dan penduduk setempat, Snouck melihat semakin hari semakin banyak pesantren dan sekolah agama wujud di segenap tempat di Acheh. Maka, program kristianisasi di Acheh tidak mungkin berjaya sepertimana yang mereka berjaya lakukan di beberapa tempat di Indonesia.

Jarum halus Snouck Hurgronje memiliki kesan jangka panjang yang besar yang mana kita boleh melihat kesannya pada hari ini di Indonesia mahupun Malaysia. Snouck memperkenalkan konsep Splitsingstheori. Konsep ini memberi bahana yang besar kepada umat Islam.

Snouck dengan liciknya cuba memisahkan tiga bahagian utama daripada Islam iaitu Agama, Sosial dan Politik. Ketiga-tiga bahagian ini dalam Islam tidak boleh dipisahkan kerana Islam adalah agama Politik dan agama Sosial. Dengan usaha jahat Snouck, umat Islam beransur-ansur menganggap Islam adalah terpisah daripada politik dan sosial dan hanya menganggap Islam itu agama di dalam masjid.

Selepas itu, Snouck cuba memasukkan elemen pembelajaran sekular dan kebudayaan barat ke dalam masyarakat Islam. Baginya, melalui cara ini masyarakat Islam lebih mudah meninggalkan ajaran Islam mereka di mana pada satu ketika kelak akan bangkit penentang Islam daripada masyarakat mereka sendiri.

Konsep Politik Asosiasi akhirnya memberi impak yang besar apabila Acheh akhirnya tersungkur pada tahun 1913. Rakyat Acheh miskipun terkenal sebagai orang alim ulama dan Acheh sendiri terkenal dengan jolokan negeri Serambi Mekah namun kejahilan terhadap agama bangkit tidak lama selepas itu.

Snouck Hurgroje adalah perisik paling berjaya di Indonesia

Tidak dinafikan Snouck Hurgroje adalah perisik dan orientalis paling berjaya di Indonesia. Beliau sanggup melakukan apa sahaja asalkan misi beliau di Indonesia berjaya. Snouck pernah berkahwin dua kali dengan gadis Melayu-Islam sepanjang berada di Indonesia. Kedua-dua anak gadis tersebut adalah anak kepada individu berpengaruh di kalangan masyarakat tempatan.

Isteri-isteri Snouck Hurgronje dan anak-anak beliau.

Perkahwinan pertama berlangsung pada 1890 dengan seorang puteri daripada Jawa Barat, Sangkana. Perkahwinan pertama melahirkan empat orang anak iaitu Salamah, ‘Umar, Aminah dan Ibrahim. Perkahwinan kedua pula dengan seorang anak seorang ulama iaitu Siti Sadijah. Perkahwinan ini melahirkan seorang anak iaitu Raden Yusuf.

Raden Yusuf yang dirakam pada 1982

Perkahwinan ini adalah untuk mengaburi mata-mata masyarakat tempatan daripada menghidu kelicikan beliau. Sepanjang misi beliau di Indonesia, beliau secara tidak langsung telah dibantu oleh beberapa pemimpin tempatan yang mana tidak menyedari mereka telah ditipu. Antaranya adalah Haji Hasan Musthafa yang pernah beliau temui dan berkawan akrab ketika di Mekah.

Snouck dilaporkan pernah berutus surat dengan mantan gurunya, Theodor Noldekhe. Noldekhe adalah seorang orientalis berbangsa Jerman terkenal. Dalam suratnya, Snouck menegaskan bahawa keIslaman dan semua tindakannya termasuk berkahwin adalah permainan helah untuk menipu warga tempatan khususnya di Acheh demi mendapatkan informasi.

Dalam tulisannya beliau menulis,

“Saya masuk Islam hanya pura-pura. Inilah satu-satulnya jalan agar saya boleh diterima masyarakat Indonesia yang fanatik“.

Akhir hayat

Snouck Hurgronje pulang ke Belanda pada tahun 1906 dan meneruskan kariernya sebagai pensyarah di Universiti Leiden dan jurusan Bahasa Arab dan Melayu. Snouck yang mahir berkomunikasi dalam bahasa Arab, Melayu, Acheh dan Jawa menjadi rujukan utama orientalis-orientalis Barat.

Snouck dilaporkan berkahwin dengan seorang wanita Kristian berbangsa Belanda, Ida Maria Oort pada 1910. Sepanjang di Belanda, beliau masih lagi aktif berkarya dengan mengkritik Islam dan politik Islam.

Pada tahun 26 Jun 1936, Snouck Hurgronje menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 79 tahun.

_________________________

Segalanya lebih menarik di

Sedikit Fakta Tentang Kuih-Muih di Seluruh Dunia..

Oleh: takusahrisau

 

  • Ladu adalah sejenis makanan yang berisi daging, keju dan sayur-sayuran. Kebiasannya ia dimakan dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia. Antaranya adalah Won Ton China, Ravioli Itali, Kreplach Yahudi dan Pierogi Poland.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Ravioli

  • Frankfrurter dinamakan sempena nama bandar Frankfrurt di Jerman. Pakar percaya bahawa sosej ini mula dibuat di Jerman pada Zaman Pertengahan. Kira-kira pada tahun 1900, seorang penjual daripada Amerika Syarikat telah menjual Frankfrukter yang dimasak telah dikatakan menyebutnya ‘sosej dachshund panas’ kerana makanan ini menyerupai anjing dachshund yang berbadan panjang. Berasal daripada istilah tersebut, istilah hot dog mula digunakan dan terus menjadi popular.

Frankfrukter

  • Hamburger pada asalnya dinamakan stik Hamburg sempena sebuah bandar di Jerman iaitu Hamburg.

Hamburger

  • Telur seratus tahun (l’oeuf cent ans) adalah sejenis makanan istimewa bagi bangsa China di China. Ia adalah telur itik yang diawet. Telur beserta cangkerangnya diawet selama enam bulan dalam campuran abu, kapur, garam dan teh. Pengawetan ini memberi rasa telur tersebut seakan-akan seperti keju.

Telur seratus tahun

  • Kon aiskrim mula dihidangkan di Pesta Sedunia St. Louis pada tahun 1904. Sekeping wafel yang nipis dan rangup menjadi kon yang digunakan untuk mengisi aiskrim.
  • Pankek mungkin merupakan makanan yang paling awal disediakan. Pankek yang pertama adalah campuran bijian yang dikisar dan air yang ditebar di atas batu panas. Kini, orang menikmati pelbagai pankek seperti crepe Perancis, palascinta Hungary, dosai India, cannelloni Itali, blintze Yahudi dan blini Rusia.

Palaschinta

  • Pavlova ialah pencuci mulut meringue yang dibubuh krim pukul di atasnya. Makanan ini dicipta kerana menghormati penari balet perempuan Rusia, Anna Pavlova yang melawat Australia dan New Zealand pada tahun 1920-an, Australia dan New Zealand mendakwa telah mencipta hidangan ini.

Pavlova

  • Piza ialah makanan kegemaran antarabangsa yang berasal Itali. Piza ialah perkataan Itali bagi Pai.

Piza

  • Pretzels mula dibuat oleh rahib di selatan Eropah sebagai upah kepada pelajar yang menghafal doa mereka. Hujung bersilang pada Pretzels melambangkan tangan yang sedang berdoa.

Pretzels

  • Ikan mentah ialah makanan kegemaran ramai orang. Orang Jepun menggemari sashimi, iaitu hirisan nipis makanan laut mentah. Seviche ialah sejenis pembuka selera Amerika Latin yang popular yang dibuat daripada ikan mentah dengan jus limau nipis. Orang Sweden menyediakan gravad lox, iaitu ikan Salmon segar dengan adas.

Seviche

  • Sandwic dinamakan sempena nama Earl of Sandwic, bangsawan Inggeris pada tahun 1700-an. Semasa bermain terup, dia meminta pelayannya membawa dua keping roti dengan sekeping daging panggang di antaranya.

Sandwich

  • Croissant adalah sejenis roti digiling yang sangat popular di kalangan masyarakat Barat. Lazimnya, ia dihidangkan semasa sarapan pagi. Dikatakan bahawa nama roti Croissant ini berasal daripada istilah crescent yang membawa maksud bulan sabit. Bulan sabit adalah simbol utama Islam yang digunapakai pada bendera tentera Islam sejak Zaman Pertengahan. Roti ini dibuat bagi meraikan kemenangan tentera pimpinan Charle Martin semasa Perang Tours di Perancis terhadap tentera Islam Dinasti Umawiyyah pada tahun 732.

Kuih Croissant

___________________________

Segalanya lebih menarik di

Misteri Kehilangan ‘Lost Colony’ pada 1590 di Pulau Roanoke, Amerika Syarikat..

Oleh: takusahrisau

 

Lost Colony adalah nama yang diberikan kepada penempatan Inggeris yang ditubuhkan pada tahun 1587 di Pulau Roanoke di luar pantai kawasan yang kini dikenali sebagai Corolina Utara, Amerika Syarikat. Tanah jajahan dan koloni Inggeris ini dikatakan lenyap kerana tiada siapa yang mengetahui ke mana mereka pergi atau apa yang terjadi kepada penduduknya.

Lost Colony adalah tanah jajahan kedua di Amerika Syarikat. Tanah jajahan pertama telah diasaskan di Pulau Roanoke oleh sekumpulan 108 orang yang dihantar ke situ oleh penjelajah terkenal Inggeris, Sir Walter Raleigh pada tahun 1585. Tanah jajahan pertama diasaskan semata-mata untuk dijadikan pengkalan membaiki kapal perang Inggeris.

Sir Walter Raleigh

Walaubagaimanapun, mereka mendapati laut di sekeliling pulau ini terlalu cetek untuk kapal berlindung dan berlabuh. Tanah di pulau Roanoke juga tidak cukup subur untuk menampung hidup orang Inggeris yang gemarkan makanan bergandum. Tambahan pula, mereka juga menghadapi konflik persengketaan dengan orang Asli Amerika yang telah lama mendiami pulau Roanoke. Akibatnya, orang Inggeris tersebut pulang ke England pada tahun 1586.

Peta Roanoke hasil lakaran John White

Selepas daripada koloni pertama tersebut, Sir Walter Raleigh yang masih tidak mengetahui bahawa koloni pertama sudah pulang ke England telah membawa lebih ramai koloni bersama-sama bekalan makanan. Sebaik mereka tiba di sana, koloni pertama telah pun meninggalkan pulau tersebut. Apabila mengetahui hal tersebut, koloni kedua terus bertolak pulang ke England dan hanya meninggalkan 15 orang sahaja untuk terus tinggal di situ.

Lost Colony

Sir Walter Raleigh masih tidak berputus asa. Pada Mei 1587, beliau telah menghantar satu kumpulan koloni lain ke Amerika bagi meneroka pantai Teluk Chesapeake. Kumpulan inilah yang kemudiannya dikenali sebagai Lost Colony. Kumpulan ini diketuai oleh John White iaitu seorang berbangsa Inggeris yang pernah menjadi salah seorang ahli kumpulan koloni pertama. John White juga seorang pelukis dan rakan akrab kepada Sir Walter Raleigh.

Virginia Dare, bayi pertama lahir di Amerika

 

Pada Julai 1587, kapten kapal yang membawa koloni baru tersebut enggan berlayar melepasi Pulau Roanoke. Ini memaksa para koloni seramai 117 orang – 19 lelaki dan 17 perempuan serta 9 kanak-kanak mendarat dan membina penempatan di situ. 27 hari kemudian, anak perempuan John White, Eleanor Dare melahirkan seorang bayi perempuan di pulau tersebut. Bayi yang diberi nama Virginia Dare adalah bayi berketurunan Inggeris pertama yang dilahirkan di Amerika. Pada hujung bulan Ogos, White kembali ke England untuk mendapatkan bekalan.

John White terpaksa menunggu masa yang lebih lama untuk kembali bertemu anak perempuan dan cucunya di Amerika. Ini disebabkan oleh peperangan England dan Sepanyol pada 1588 dan Armada Sepanyol dilaporkan ingin menyerang England. Kapal-kapal daripada England bimbang untuk berlayar daripada tanah air mereka akibat konflik tersebut.

Lost Colony hilang secara misteri

Pada Ogos 1590, John White telah berlayar balik ke Pulau Roanoke bersama-sama bekalan yang dibawa daripada England. Namun begitu, setibanya di sana White mendapati tanah jajahan tersebut telah ditinggalkan. Penempatan mereka kosong dan tiada berpenghuni. Tiada sedikit pun tanda-tanda konflik dan pertempuran. Kesan darah dan rangka mayat juga tiada.

Kesan yang tinggal hanya huruf CRO yang diukir pada sebatang pokok dan perkataan CROATOAN yang diukir pada pokok yang lain. Dua tahun lalu iaitu sewaktu White ingin berlayar pulang ke England, White pernah berpesan supaya mengukir Salib Malta di mana-mana pokok bagi memberi alamat bahawa mereka meninggalkan penempatan kerana terpaksa. Namun, ukiran Salib Malta tiada dan hanya ukiran CRO dan CROATOAN sahaja yang ditinggalkan.

Hanya lakaran perkataan CROATOAN sahaja yang ditinggalkan

Croatoan adalah nama puak orang Asli yang peramah yang tinggal di selatan Pulau Roanoke. Mereka turut dikenali Hatteras. John White mengarahkan anak buahnya berlayar ke selatan Pulau Roanoke untuk melihat samada kolonis tersebut tinggal bersama-sama dengan puak Croatoan. Walaubagaimanapun, angin kencang dan ribut menyebabkan ekspedisi pencarian tersebut terpaksa dibatalkan dan terus berlayar ke England. Koloni yang hilang tersebut tidak pernah lagi kelihatan oleh mana-mana orang Eropah dan ia kekal misteri sehingga ke hari ini.

Teori moden

Sebahagian ahli saintis moden berpendapat bahawa kebanyakan koloni yang hilang mungkin telah berhijrah ke Teluk Chesapeake dan kemudiannya mati terbunuh dalam pertempuran dengan puak orang Asli di sana.

Tidak kurang juga yang mengatakan Lost Colony telah dibunuh oleh puak orang Asli yang mengamalkan kanibalisme. Ahli arkeologi seperti Lawrence Stager berpendirian sedemikian.

Cerita-cerita yang dikumpulkan oleh penduduk Virginia menunjukkan bahawa anggota-anggota lain Lost Colony telah mengalami asimilasi dengan beberapa suku kaum orang Asli. Tambah menyakinkan apabila suku orang Asli Lumbee yang tinggal di tenggara Corolina Utara percaya bahawa mereka ialah keturunan koloni yang hilang. Satu ujikaji DNA yang dikenali The Lost Colony DNA Project telah dijalankan bagi mengesahkan samada terdapat DNA bangsa Eropah di kalangan mereka. Selain puak Lumbee, puak orang Asli Coree dan Catawba turut diujikaji.

Walau apa pun teori dan hipotesis yang tampil saban tahun misteri kehilangan koloni di Pulau Roanoke masih lagi kekal misteri. Tiada jawapan muktamad dan benar-benar mantap yang mampu menjelaskan misteri tersebut.

Misteri ‘UFO’ di dasar Laut Baltik Hampir Terjawab..

Oleh: takusahrisau

 

Misteri ‘UFO’ yang dikatakan terkubur di dasar Laut Baltik akhirnya hampir terjawab apabila seorang pakar Perang Dunia Kedua, Anders Autellus mendakwa bahawa ‘UFO’ tersebut adalah struktur yang dibina oleh Nazi Jerman semasa kemuncak Perang Dunia Kedua.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Menurut Autellus yang juga bekas tentera Laut Sweden, struktur tersebut dibina bertujuan untuk menangkis pengerakan kapal selam British dan Russia di Laut Baltik. Analisis daripada gema sonar yang dipancarkan menyatakan struktur tersebut kemungkinan besar dibina dengan logam besi yang bersaiz 200kaki panjang. Penemuan tersebut bakal menjadi salah satu penemuan paling penting pada tahun ini.

Miskipun hampir terjawab, misteri ‘UFO’ di Laut Baltik ini masih lagi hangat diperkatakan.

Antara faktor-faktor mengapa Autellus tidak ragu-ragu membuat kesimpulan berkenaan ‘UFO’ tersebut adalah:

  • Struktur tersebut didakwa dibina dengan konkrit berlapis yang dilengkapi dengan gelungan-gelungan wayar yang mana ia mampu mengganggu sinar radar.
  • Peranti-peranti elektronik pasukan penyelam turut sama terganggu semasa mendekati struktur tersebut sejauh 200meter. Peranti mereka berfungsi seperti biasa selepas melepasi jarak tersebut. Kamera dan telefon satelit pasukan pengkaji turut sama terganggu.
  • Struktur tersebut berada di kawasan yang sangat penting bagi teknologi ketenteraan Jerman Nazi semasa Perang Dunia Kedua. Kebanyakkan bola bearing untuk kereta kebal dan trak diimport daripada kawasan Laut Baltik. Oleh yang demikian, Hitler pasti menjaga kepentingannya di Laut Baltik.
  • Objek tersebut berbentuk seakan-akan cendawan dengan ketinggian lebih daripada 10 kaki. Ia menyerupai mana-mana teknologi anti-pesawat dan anti-kapal selam yang telah dibina Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

‘UFO’ tersebut berada betul-betul di tengah laluan penting di Laut Baltik

Selepas analisis awal daripada Anders Autellus, ia tidak bermakna segala dakwaan beliau adalah benar. Kajian dan penyelidikan masih lagi berjalan.

Namun begitu, analisis Anders Autellus mengiakan beberapa dakwaan bahawa Nazi Jerman mempunyai teknologi militari paling canggih pada zamannya. Ternyata, Jerman telah lama mempelopori teknologi anti-submarin yang canggih dan sofitikated yang mana ia jauh menjangkaui zamannya.

Penemuan secara tidak sengaja struktur seakan-akan UFO di Laut Baltik menjadi bualan hangat di internet beberapa bulan kebelakangan ini

 

__________________________

Segalanya lebih menarik di

Menarik..Android dan Iphone menawarkan App untuk terjemahkan bahasa hanya menggunakan Kamera..

Oleh: takusahrisau

 

Teknologi sememangnya cepat berkembang sehingga kekadang tidak terjangka dek pemikiran kita. Kini, Android dan Iphone sudah menawarkan aplikasi terbaik yang dikenali Word Lens yang mana aplikasi terbaru ini mampu mengterjemahkan bahasa Sepanyol, Itali dan Perancis kepada bahasa Inggeris hanya dengan menggunakan kamera.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Miskipun hanya empat bahasa sahaja namun aplikasi dijangka mendapat sambutan hangat di kalangan pengguna Android dan Iphone khususnya di Eropah, Amerika Selatan dan Amerika Utara.

Namun begitu, terdapat cakap-cakap kosong mengatakan aplikasi Word Lens ini mirip kepada aplikasi yang dirintis oleh Google yang dikenali sebagai Google Goggles. Google Goggles adalah sebuah software yang boleh dimuat turun ke dalam telefon Android yang mana ia mampu memberi maklumat berkenaan dengan gambar yang diambil oleh kamera telefon Android.

__________________________

Segalanya lebih menarik di

(Gambar) Cendikiawan Islam, Ibnu Rushd dilukis pada Fresco di Vatican City pada 1511..

Oleh: takusahrisau

 

Salah satu fresco paling terkenal di Vatican dikenali sebagai fresco The School of Athens. Ia dihasilkan oleh artis zaman Renaissance yang terkenal iaitu Raphael daripada tahun 1510 sehingga 1511. Kecantikan lukisan serta kehalusan hasil kerja Raphael begitu menakjubkan sehingga ia dianggap sebagai salah satu warisan Renaissance yang paling bernilai di Itali khususnya di Vatican City.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Fresco School of Athens

Ibnu Rushd dalam Fresco Raphael

Keunikan lukisan The School of Athens bukan hanya terletak pada kehalusannya akan tetapi lukisan yang berada di dalam Apostolic Palace memaparkan keunikan yang jauh lebih daripada itu.

Tahukah pembaca bahawa Raphael telah melukis seorang cendikiawan Islam yang dikenali dengan nama Ibnu Rushd. Ciri utama adalah serban yang dipakainya. Serban adalah simbol pakaian orang Islam semasa abad pertengahan. Dan umum kebanyakan masyarakat Eropah mengetahui ciri ‘unik’ tersebut.

Bagi seorang tokoh perintis Renaissance seperti Raphael, ia tidak janggal kerana beberapa tokoh Renaissance yang lain sezaman dengan Raphael memuji malah ada yang memuja kehebatan idea dan falsafah yang telah dipelopori oleh Ibnu Rushd.

Ibnu Rushd. Di hadapan beliau adalah Phytagoras(menulis) dan Boethius.

Pemikir Islam pujaan Eropah

Di Eropah, Ibnu Rushd yang dilahirkan pada tahun 1126 di bumi Andalusia(sekarang Sepanyol) dikenali dengan gelaran Averroes. Ibnu Rushd sangat menghormati ilmu taakulan dan falsafah daripada Yunani khususnya falsafah Plato.

Ibnu Rushd telah menulis sebuah syarah atau komentari kitab yang dikarang oleh Plato iaitu Republic. Idea falsafah Plato dalam Republic telah diceduk dan disyarah kembali oleh Ibnu Rushd dalam konteks falsafah Islam. Sebanyak tiga bab yang dihasilkan iaitu jami’, talkhis dan tafsir.

Ibnu Rushd sendiri telah mengarang sebuah kitab falsafah yang terkenal iaitu Tahafut al-tahafut. Kitab tersebut mendapat perhatian umum sehinggakan pada abad pertengahan, masyarakat Eropah menjadikan kitab Ibnu Rushd tersebut sebagai salah satu buku rujukan terpenting.

Ibnu Rushd disanjung tinggi oleh masyarakat Eropah kerana ilmu-ilmu falsafah yang dihasilkan beliau menjadi salah satu sebab kebangkitan bangsa Eropah zaman pertengahan yang kemudian menjadi bangsa dominan dalam ilmu pengetahuan bagi abad-abad sesudah itu.

_________________________

Ibnu Rushd meninggal dunia pada tahun 1198 masihi di Maghribi semasa berada dalam buangan. Beliau boleh dianggap sebagai antara tokoh ilmuan kontroversi pada zamannya. Ibnu Rushd beberapa kali dibuang negeri kerana kitab-kitabnya yang terlampau cenderong kepada ilmu falsafah Yunani. Masyarakat Islam pada waktu itu mengganggap falsafah Yunani tidak selari dengan ajaran Islam yang mana falsafah Yunani terlampau mengfokuskan keutamaan dewa-dewa dalam tulisan mereka. Tokoh sufi dan falsafah Islam yang terkenal yang hidup beberapa tahun sebelum Ibnu Rushd iaitu Al-Ghazali(1058-1111) banyak menghentam falsafah Yunani sehingga terbit kitab karangannya Tahafut al-Filasifa. Walaubagaimanapun, Ibnu Rushd mengambil pendekatan membela falsafah Yunani dengan mengarang beberapa kitab. Ia mengundang kemarahan cendikiawan-cendikiawan Islam yang konservatif. Miskipun begitu, ramai bangsa Eropah berguru dengan kitab-kitab beliau sehingga munculnya zaman kecerahan ilmu pengetahuan di Eropah yang dikenali Zaman Renaissance.

_________________________

Segalanya lebih menarik di

%d bloggers like this: