Archive | January 2012

(Gambar) Perkakasan Doktor Gigi pada abad pertengahan..

Oleh: takusahrisau

 

 

Sejarah perubatan pergigian telah diketahui bermula sejak lebih 7000 tahun yang lampau di tamadun Indus. Pembuktian menunjukkan bahawa masyarakat pada zaman tersebut menggunakan anak panah atau batu tajam untuk menggerudi gigi yang rosak.

Sekitar 5000 tahun yang lampau, teks purba Sumeria, India, China, Jepun dan Mesir ada mengatakan perihal penyakit berkaitan gigi. Teks Sumeria misalnya, menggelar penyakit ini berpunca daripada ‘ulat gigi’. Penyair terkenal, Homer turut mempopularkan ulat gigi sebagai punca kepada penyakit gigi dalam salah sebuah karyanya.

Kisah perubatan pergigian cukup panjang. Menjelang abad pertengahan, teknik perubatan moden mula berkembang. Para ahli dalam bidang perubatan pergigian mula mencipta alat atau perkakasan bagi memudahkan tugas mereka merawat pesakit. Walaubagaimanapun, alat dan perkakasan mereka tidak sepertimana yang ada pada hari ini. Sesetengah daripadanya boleh menyebabkan penyakit berfikir berpuluh kali sebelum menerima rawatan. Percaya atau tidak, pembaca boleh lihat di bawah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penghidap kanser Prostat..Mumia berusia 2,200 tahun mati menderita kanser Prostat..

Oleh: takusahrisau

 

Penemuan kanser prostat pada mumia berusia 2,200 ribu tahun telah mengubah perspektif para saintis bahawa kanser prostat disebabkan oleh faktor pemakanan tidak berkhasiat yang tercemar dengan bahan kimia. Ia dapat disimpulkan melalui anggapan bahawa mumia yang dikenali sebagai M1 daripada kerajaan Mesir Purba itu tidak mungkin menikmati makanan yang dicemari dengan bahan pengawet.

 

Saintis seterusnya membuat kesimpulan awal bahawa kanser prostat kemungkinan besar disebabkan oleh faktor keturunan sepertimana penyakit-penyakit berbahaya yang lain seperti Diabetes, penyakit berkaitan jantung dan sebagainya.

Mumia yang disimpan di National Archeology Museum of Lisbon dikesan menghidapi penyakit nombor satu kaum lelaki itu apabila mendapati mumia tersebut mempunyai kepadatan ketumbuhan di antara tulang pelvis dan tulang belakang bahagian pinggang. Mumia tersebut diimbas menggunakan pengimbas Multi Detector Computerized Tomography (MDCT) yang berteknologi tinggi.

Hasil imbasan tersebut turut mendedahkan bahawa mumia tersebut disemadikan dalam keadaan tangan bersilang yang mana cukup sinonim dengan golongan diraja Mesir Purba. Mumia tersebut dihiasi dengan topeng kertas dan alas dada, dan secara gah kain kapannya turut dicat. Ia menguatkan lagi dakwaan bahawa mumia ini kemungkinan keturunan bangsawan Mesir Purba.

Imej-imej imbasan yang menunjukkan dia menderita Osteoartritis Lumbosacral,   yang mungkin berkaitan dengan scoliosis bahagian tulang belakang. Terdapat beberapa  kepatahan ketara selepas dilaku bedah siasat, namun ia kemungkinan terjadi semasa mumia ini dipindahkan ke Eropah.

Para saintis teruja apabila mumia yang mati pada usia antara 50 hingga 60 tahun ini juga menghidapi pelbagai ketumbuhan. Mereka mendapati terdapat ketumbuhan bersaiz antara 0.03 inci   hingga  0.59  inci.

Ini adalah kejadian kedua bagi mumia tertua menghidapi penyakit Kanser Prostat Karsinoma. Kejadian pertama bagi mumia tertua berlaku pada 2007 apabila sekumpulan saintis menyelidik mumia Raja Syctian yang berusia 2700 tahun. Mereka mendapati raja tersebut meninggal dunia akibat kanser Prostat pada usia 40 sehingga 50 tahun.

 

Misteri..Dihujani Sfera Jeli Selepas Hujan Batu..

Oleh: takusahrisau

 

Steve Hornsby daripada Bournemouth, United Kingdom masih dalam keadaan misteri apabila laman di hadapan rumahnya dihujani sfera kecil berwarna biru selepas dihujani hujan batu pada lewat petang Khamis lalu. Sfera yang seakan-akan jeli itu ditemui lebih kurang satu dozen di hadapan rumahnya. Bekas jurutera kapal terbang yang masih lagi dalam keadaan bingung berkata,

Sangat sukar untuk mengambilnya. Saya terpaksa mengambil sudu dan masukkan ke dalam bekas jem.

Langit berubah menjadi sangat gelap kekuningan.

Saya berjalan di luar menuju ke garaj(dalam keadaan) ribut batu serta-merta untuk beberapa saat dan saya fikir “Apakah itu pada rumput?”

Beliau terus memeriksa taman di hadapan rumahnya dan lihat banyak sfera kecil berwarna biru di sekitarnya.

“Mempunyai permukaan luaran dengan dalaman yang lebih lembut tetapi tidak mempunyai bau, tidak melekit dan tidak cair”.

Josie Pegg, pembantu penyelidikan sains gunaan di University of Bournemouth, beranggapan bahawa fenomena aneh yang dialami oleh Steve Hornsby kemungkinan besar berpunca daripada “telur haiwan marin invertebrata”.

 

 

 

 

Klik SINI untuk melihat video

 

Sumber: klik SINI

Maksud ‘Alif Lam Mim’ dan seumpama dengannya..

Oleh: takusahrisau

 

 

Alif Lam Mim dikenali dengan gelaran Muqatta’at atau dalam istilah bahasa Melayunya membawa maksud ‘yang dipendekkan’. Terdapat pula beberapa gelaran lain seperti fawatih yang membawa maksud ‘pembuka’. Samaada gelaran Muqatta’at atau fawatih, ia adalah bersandarkan kepada sifatnya dalam al-Quran. Alif Lam Mim merupakan permulaan bagi enam surah iaitu surah al-Baqarah, surah Ali-Imran, surah al-Ankabuut, surah ar-Ruum, surah Luqman dan surah as-Sajdah.

Antara Muqatta'at yang digunakan dalam surah-surah di dalam Al-Quran.

 

 

Ayat Mutasyabihat

Persoalan maksud ayat Alif Lam Mim terdapat banyak kekhilafan di kalangan ulama tafsir. Berkata sesetengah ulama seperti Amir Syu’bi, Sufyan As-Tsauri dan beberapa ulama hadis yang lain, ia adalah merupakan rahsia Allah di dalam al-Quran dan bagi Allah swt hanya DIA yang maha mengetahui akan maknanya. Alif Lam Mim dan seumpama dengannya termasuk di dalam ayat-ayat Mutasyabihat iaitu perkara-perkara yang tidak diketahui maknanya.

 

Allah swt sahaja yang mengetahuinya dan tidak wajib kita bercakap berkenaan maksud atau maknya. Akan tetapi wajib bagi kita beriman kepadanya. Adalah menjadi kemestiaan untuk kita membaca sebagaimana yang dibawa kepada kita iaitu dalam lengok Quraisy. Ini adalah kerana Rasulullah menggunakan lengok Quraisy. Inilah pendapat Abu Bakar As-Siddiq ra dan Ali bin Abi Talib ra.

 

Tidak perlu ditafsir mahupun dihuraikan 

Berkata Abu Al-Lais As-Samarkhandi dari Umar, Uthman dan Ibnu Mas’ud bahawa mereka itu iaitu Umar, Uthman dan Ibnu Mas’ud berkata ayat yang disebut di dalam Al-Quran itu adalah merupakan perkara yang tersembunyi yang tidak perlu ditafsirkan dan dihuraikan.

Oleh yang demikian, ramai di kalangan ulama apabila sampai kepada ayat seperti ini, mereka akan meletakkan “WaAllahualam” yang membawa maksud “Tidak mengetahuinya melainkan Allah swt jua”. Sebagai hamba-Nya, kita tidak tahu apakah makna dan tujuannya dan Allah swt sahaja yang mengetahuinya.

 

Diperbolehkan untuk ditafsir mahupun dihuraikan 

Sesetengah ulama lain berpendapat, diperbolehkan untuk menghuraikan ayat-ayat ini. Berkenaan dengan tafsiran tersebut, berlaku beberapa pendapat dan kekhilafan di kalangan mereka. Satu golongan ulama berpendapat bahawa Alif Lam Mim yang biasa disebut pada permulaan surah ini termasuk huruf permulaan bagi nama Allah swt.

                                                                                              

Berkata setengah ulama antaranya Khutrub dan Al-Qurra yang dimaksudkan ialah menunjukkan kepada huruf Hija’iah yang diketahui oleh orang Arab di mana Al-Quran diturunkan oleh Allah swt di dalam bahasa Arab.

Berkata setengah ulama yang lain pula, huruf-huruf ini merujuk kepada permulaan kepada beberapa nama. Ada ulama yang mengatakan sedemikian, antaranya:

 

::::        Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas dan lain-lainnya- Alif Lam Mim berasal daripada perkataan Allah untuk Alif, Jibrail untuk Lam dan Muhammad untuk Mim. 

 

::::        Adajuga yang mengatakan Alif itu pembuka kepada nama Allah, Lam daripada nama Latif dan Mim pembuka kepada nama-Nya, Mujid. Samaada Allah, Latif dan Mujid kesemua ini adalah salah satu daripada nama Allah swt.

 

::::        Riwayat daripada Dhaha daripada Innu Abbas, Alif Lam Mim maknanya “Ana Allahu Alim” yang membawa maksud “Akulah Allah yang Maha Mengetahui”.

 

::::        Ulama seperti Zaid bin Aslam mengatakan ayat Alif Lam Mim adalah nama-nama bagi surah dalam Al-Quran.

 

::::        Ulama seperti Al-Kalbi mengatakan ia adalah sumpah di mana Allah swt bersumpah dengannya. Allah swt menyebut nama-nama dengan hanya menyebut huruf. 

Tafsir yang diusahakan oleh beberapa ulama ini menunjukkan bahawa ayat Alif Lam Mim mempunyai makna dan maksud yang tersendiri. Namun bergitu, pendapat yang terang dan selamat ialah ayat Alif Lam Mim mahupun ayat-ayat ‘pendek’ lain seumpama dengannya adalah pengetahuan milik Allah swt dan Allah swt sahajalah yang mengetahuinya. Pendapat inilah banyak dipegang oleh ulama-ulama tafsir seluruh dunia.

(Gambar) Tempat-tempat Adolf Hitler ‘merehatkan minda’….

Oleh: takusahrisau

Adolf Hitler juga seperti pemimpin tertinggi negara yang lain. Beliau turut ingin mempunyai privasi dan masa berehat yang cukup. Semasa tempohnya memimpin negara Jerman daripada lewat 1930 sehingga beliau membunuh diri pada 1945, Hitler telah membina beberapa buah bangunan yang khas untuk keselesaan dirinya.

Pada 1920-an, Hitler telah membina sebuah rumah tumpangan di tenggara Bavaria yang dkenali dengan Haus Wachenfeld. Rumah tumpangan ini dibina semata-mata untuk dijadikan tempat ‘beristri-rehat’ untuk beliau dan pemimpin tertinggi negaranya ketika menjelang musim panas.

Sebuah rumah yang diberi nama Berghof turut dijadikan rumah percutian beliau semasa lebih daripada 10 tahun.Walaubagaimanapun, sebuah rumah yang dikenali Wolfsschanze terletak di timur Prussia paling digemari oleh beliau berbanding rumah-rumah tumpangan dan villa percutian yang lain.

Selain daripada terlibat secara langsung dalam perang dan perancangan strategi perang, beliau turut menyelia sebarang kegiatan di pejabatnya yang besar dan mewah di Fuhrerbau di Berlin. Banyak sejarah tercatat di sini antaranya adalah perjanjian antara Hitler dan perdana menteri Britain ketika itu Neville Chemberlain yang mengakibatkan wilayah Czechoslovakia menjadi milik Jerman.

Rumah tetamu di Berghof yang dulu dikenali Haus Wachenfeld. Ia terletak di Ladang milik Adolf Hitler di Bavaria, Jerman.

Pejabat Adolf Hitler di Fuhrerbau dekat Munich. Ia dirakam pada 1940. Di pejabat inilah bekas Perdana Menteri Jerman, Neville Chamberlain menandatangani perjanjian dengan Hitler berkaitan dengan wilayah Czechoslovakia.

Suasana apartmen milik Adolf Hitler yang didiami oleh beliau daripada tahun 1936 sehingga 1945.

Hitler bergitu obses dengan bangunan yang besar dan megah. Ia dapat disaksikan dengan saiz pintu yang dipaparkan pada imej di atas.

Pejabat Hitler di Berlin, Jerman yang diduduki pada lewat 1930-an sehingga awal 1940-an.

Suasana apartmen Adolf Hitler di Chancellary yang penuh dengan nilai eksotik dan klasik.

Adolf Hitler dihidangkan dengan secawan teh. Turut sama kelihatan adalah isteri kepada ahli politik dan sahabat beliau, Albert Forster. Ia dirakam di rumah tumpangannya, Berghof Berchtesgaden di Bavaria, Jerman pada lewat 1930-an.

Nilai sentimental Adolf Hitler terserlah pada pemilihan perobot dan perhiasan rumah di Apartmen miliknya.

Bangunan yang terletak di hutan Poland ini pernah menjadi kunjungan Hitler suatu masa dahulu. Di bangunan ini juga berlakunya insiden di mana Hitler hampir terbunuh semasa serangan hendap oleh Kolonel Claus von Stauffenberg pada tahun 1944.

Sumber: Klik SINI

(Gambar) Foto-foto Terbaik Sepanjang Zaman..

Oleh: takusahrisau

 

 

 

Jurufoto terkenal Hollywood, Terry O’Neill telah memilih 10 foto terbaik yang dianggapnya bergitu bermutu. Pemilih iaitu Terry O’Neill adalah seorang jurufoto yang terkenal sebagai seorang yang dedikasi dan mementingkan mutu kerja. O’Neill memiliki reputasi yang cukup disegani di Hollywood. Antara selebriti yang pernah mendapat khidmatnya adalah Elton John, Marilyn Monroe, Angelina Jolie, Frank Sinatra, The Beatles, The Rolling Stones dan ramai lagi. Di bawah adalah 10 rakaman foto terbaik yang dipilih sendiri oleh Terry O’Neill:

 

10. Afghan Girl oleh Steve McCurry

Potret yang dirakam oleh Steve McCurry adalah potret seorang kanak-kanak Afghan di kem pelarian di Shabat Gula. Potret ini dipilih sebagai cover bagi majalah National Georghapic pada 1985. Pada tahun 2005, McCurry bersama beberapa rakan yang lain terbang ke Afghanistan untuk menjejaki kanak-kanak ini. Nasibnya baik apabila berjaya menemuinya di sebuah perkampungan miskin. Ketika itu, kanak-kanak bermata hijau ini telah pun memiliki dua orang anak.

 

9. Anthony Blunt oleh Lord Snowdon

Imej yang dipilih oleh O’Neill ini dirakam oleh Lord Snowdon. O’Neill menyifatkan imej yang memacarkan lukisan Picasso kepada wajah Anthony Blunt bergitu teknikal pada era itu. Anthony Blunt yang juga seorang perisik Soviet Union meninggal dunia pada tahun 1983 akibat serang jantung.

 

 

8. Churchill oleh Karsh

Potret Churchill dirakam oleh seorang jurufoto kelahiran Kanada, Karsh di Ottawa pada 1941. Potret ini bergitu unik kerana memaparkan kelainan berbanding foto-foto Churchill lain yang lazim dirakam. Churchill tampil seperti biasa iaitu dengan wajah yang seperti bulldog, berwibawa namun tidak memegang ceruk. Churchill pernah berkata kepada Karsh berkenaan potret ini,

“You could make a roaring lion stand still”

 

 

7. American Marine oleh W. Eugene Smith

Peminat sejarah mana yang tidak mengenali jurufoto bersemangat waja, W. Eugene Smith. Foto yang dirakam oleh Smith ini memaparkan semangat seorang anak muda yang sedang melaksanakan amanah negara di Pasifik semasa Perang Dunia Kedua. Merujuk kepada imej ini, O’Neill berkata,

“You can see how a handsome young man has become toughened and grizzled by war”

W.Eugene Smith memiliki sekeping lagi potret yang bergitu ikonik. Potret yang memaparkan seorang ibu memandikan anaknya yang cacat dirakam pada tahun 1972. di Minamata. Potret ini dikenali Tomoko Uemura in Her Bath. Smith meninggal dunia pada 1978 akibat serang angin ahmar.

 

 

6. Audrey Hepburn oleh Terry O’Neill

Imej Audrey Hepburn dirakam sendiri oleh Terry O’Neill. Antara sebab O’Neill memilih imej Audrey Hepburn berbanding imej-imej yang lain yang dirakamnya adalah kerana imej ini dirakam di kolam renang. Umum mengetahui bahawa Hepburn bergitu fobia dengan air. Namun, Hepburn tekad untuk dirakam di dalam air. Imej ini dirakam di St. Tropez pada 1967.

 

 

5. Angelina Jolie oleh George Holz

Imej Angelina Jolie dirakam oleh jurufoto Hollywood, George Holz. Ia dirakam pada 1998. Pada masa itu, Angelina Jolie belum lagi terkenal dan hanya membintangi drama-drama bersiri.

 

 

4. Elizabeth Taylor oleh Tidak diketahui

Potret klasik yang memaparkan aktres lagenda Hollywood, Elizabeth Taylor bergitu menarik perhatian O’Neill. O’Neill menilai sebagai suatu yang bergitu berharga.

“I grew up with Forties and Fifties Hollywood publicity shots like this. They seemed so cheesy then but now, looking back, they have a charm of their own. Elizabeth Taylor has to be one of, if not the, most beautiful women who ever walked God’s Earth, and this publicity still taken by an unknown photographer – has real class and would grace any cover”

 

 

3. Terrence Stamp oleh Terrence Donovan

Imej Terrence Stamp dirakam pada tahun 1967 di set rakaman filem Far From the Madding Crowd. Terrence Stamp adalah salah seorang aktor yang bergitu hebat pada eranya. Jurufotonya iaitu Terrence Donovan disifatkan oleh O’Neill sebagai seorang yang bergitu baik. O’Neill terkejut apabila Donovan diberitakan membunuh diri pada 1996. Yang menarik berkenaan tiga individu ini iaitu Terrence Stamp, Terrence Donovan dan O’Neill, mereka bertiga datang daripada keluarga miskin daripada Timur London.

 

 

2. Marilyn Monroe oleh Bert Stern

Bert Stern sangat bertuah bukan sahaja diberi kepercayaan merakam foto aktres paling glamour di Hollywood tetapi juga dapat merakam foto terakhir miliknya. Potret yang merakamkan Marilyn Monroe ini bergitu ikonik sehingga digelar The Last Sitting. Marilyn Monroe ditemui mati membunuh diri tiga minggu selepas dirakam. Imej ini dirakam sebanyak tiga sesi pada Jun 1967.

 

 

1. Muhammad Ali oleh Neil Liefer

Dalam banyak foto Muhammad Ali, foto inilah paling hebat dan mempunyai kekuatan tersendiri. Aspirasi Muhammad Ali yang berjaya menumbangkan Sonny Liston pada 1965 dengan pukulan KO bergitu dirasai oleh sesiapa yang melihatnya. Muhammad Ali yang gemar merendah-rendahkan lawannya telah direalitikan melalui imej lagenda ini.

 

 

 

 

 

Sumber: Klik SINI

(Gambar) ‘Front Page’ Gergasi Internet sebelum ‘mereka’ menguasai Dunia!

Oleh: takusahrisau

 

Siapa sangka bahawa perlibatan hanya sekadar untuk suka-suka akhirnya membuahkan hasil yang cukup lumayan. Segalanya bermula pada tahun 1994 di Universiti Harvard sebelum menular secara total ke seluruh cerok dunia pada tahun 2006. Adalah menjadi naif sekiranya seseorang individu itu tidak mempunyai laman sosial Facebook. Itulah yang boleh didikripsi kepada seorang tokoh pengasasnya, Mark Zuckerberg.

Fenomena Zuckerberg tidak berhenti dan tidak pula bermula daripadanya. Sebelum itu, Jeff Bezos telah menubuhkan Amazon dan melancarkan laman web Amazon pada 1995. Laman Amazon yang menawarkan pembelian buku secara atas talian itu terus mendapat sambutan hangat daripada pelayar-pelayar internet sehingga mampu mencapai untung bersih 1.152 juta dolar pada tahun 2010.

Selepas daripada fenomena yang dicetuskan oleh Jeff Bezos, muncul pula Larry Page dan Sergey Brin yang menubuhkan syarikat Google pada 1998. Segalanya bermula dengan hasil penyelidikan Phd oleh Larry Page dan Sergey Brin yang berpegang kepada hipotesis bahawa hasil pencarian yang tepat semestinya merujuk kepada jumlah dan kepentingan laman yang dicari. Kebetulan, hipotesis yang dipegang oleh dua individu ini turut diselidik oleh Robin Li yang kemudiannya mengasaskan laman pencarian gergasi di China, Baidu.

Itulah beberapa individu yang menjadi figura besar dalam dunia internet. Selain daripada mereka yang disebutkan di atas, ada sejumlah lagi individu yang mencetuskan fenomena di internet seperti Steve Chen, Chad Hurley dan Jawed Karim daripada Youtube, Chris DeWolfe dan Tom Anderson daripada Myspace, dan Jack Dorsey, Noah Glass, Evam Williams dan Biz Stone daripada Twitter.

 

Amazon

Miskipun ringkas, Amazon berjaya menawarkan satu pakej yang efisien sehingga mampu menawan pelayar-pelayar Internet.

Amazon kini bukan sahaja menawarkan pembelian buku atas talian, tetapi turut menawarkan pembelian alatan elektronik bagi menjadikannya lebih fleksibel kepada pelanggan.

Google

Permulaan Google hanya menawarkan pakej pencarian laman sesawang secara lebih tepat.

Kini tiada siapa mampu menghalang Google daripada terus menawarkan kemudahan yang lebih baik kepada pelayar-pelayar Internet.

Facebook

Kini, Facebook ternyata menawarkan Frontpage yang lebih mesra pengguna dan warna-warni.

 

Youtube

Frontpage Youtube yang lama kelihatan lebih ringkas.

 

Sesuai dengan bergitu ramai pelayar saban hari, Youtube menampilkan frontpage yang lebih padat tetapi mudah untuk 'search'. Iklan juga semakin mendapat tempat di Youtube.

 

Myspace

Satu ketika dahulu, Myspace menjadi penanda aras kepada banyak laman sosial yang lain di internet.

 

Selepas melalui zaman kejatuhan akibat fenomena Facebook, Myspace membuat penjenamaan semula dan menumpukan kepada penawaran kepada 'single' terbaru daripada artis daripada seluruh dunia di samping menjadi laman sosial.

 

 

Tweeter

Sepertimana frontpage laman sesawang yang lain, di awal kemunculan tweeter di internet juga ringkas berbanding pada hari ini.

 

Tweeter menawarkan frontpage yang lebih interaktif berbanding pada awal kemunculannya.

(Gambar) Perkuburan Baqi..

Oleh: takusahrisau

 

Mungkin tidak berlebihan jika mengatakan bahawa Perkuburan Baqi’ adalah perkuburan paling mulia di antara kesemua perkuburan di dunia. Di Perkuburan Baqi’ ini menempatkan 10,000 jenazah termasuk para Ahlul Bait iaitu isteri-isteri dan anak-anak Rasulullah saw, para sahabat dan para tabien. Perkuburan ini tidak pernah sunyi daripada dikunjungi oleh para pengunjung yang melaksanakan ibadah umrah. Rata-rata mereka ingin menikmati rasa cinta kepada para sahabat dan tabien yang telah banyak berkorban kepada  perkembangan Islam. Berkenaan dengan kelebihan perkuburan Baqi’, Rasulullah saw pernah bersabda,

“Aku adalah orang pertama yang keluar daripada Bumi(ketika hari kebangkitan), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi’ yang akan berhimpun bersamaku. Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga penuh di antara dua Masjidil Haram”.

 

Sejarah Perkuburan Baqi’

Perkuburan Baqi’ terletak di tenggara Masjid Nabawi di Madinah. Di satu sudut di Masjid Nabawi terdapatnya kubur junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Perkuburan Baqi’ juga dikenali dengan Jannatul Baqi’ atau Taman Syurga. Perkuburan Baqi’ juga mempunyai gelaran lain iaitu Baqi’ul Qarqad atau Taman Qarqad.

Gelaran Baqi’ul Qarqad diberikan kepada perkuburan Baqi kerana sebelum tanah tersebut digunakan sebagai wakaf perkuburan Baqi’, tanah tersebut telah dipenuhi dengan pohon Qarqad. Pohon Qarqad adalah sejenis pohon renek yang berduri. Ia mampu hidup subur di iklim sederhana dan subtropika. Kepada yang tidak mengetahui apakah itu pohon Qarqad ini, Rasulullah saw pernah bersabda,

“Tidaklah akan berlakunya kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!” kecuali pohon Qarqad, kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi”

Jenazah pertama yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ adalah seorang sahabat Rasulullah saw daripada golongan Ansar iaitu Asa’ad bin Zararah. Oleh yang demikian, Asa’ad bin Zararah tercatat sebagai sahabat Rasulullah saw pertama yang disemadi di Perkuburan Baqi daripada golongan Ansar. Manakala, jenazah pertama yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ daripada golongan Muhajirrin adalah Uthman bin Mahzun. Ahlul Bait pertama disemadikan di perkuburan mulia ini adalah anak perempuan Rasulullah saw, Ruqayyah bin Muhammad saw.

Perluasan pertama yang dilakukan terhadap Perkuburan Baqi’ adalah pada zaman pemerintahan Muawiyyah bin Abi Sufian. Beliau telah membeli beberapa ladang yang berhampiran dengan Perkuburan Baqi’ untuk dijadikan wakaf perkuburan.

Kemudian Muawiyyah telah membina kubah di atas kubur Saidina Uthman bin Affan yang juga merupakan warisnya. Kubur Saidina Uthman bin Affan adalah kubur pertama yang dibina kubah di Perkuburan Baqi. Selepas daripada pembinaan kubah di kubur Saidina Uthman bin Affan, banyak lagi kubah telah dibina untuk para sahabat dan tabien yang mashyur oleh para khalifah Islam yang bersilih ganti.

 

Pemusnahan

Pada tanggal 1 Mei 1925, Perkuburan Baqi’ telah dimusnahkan atas arahan Raja Abdul Aziz al-Saud dan ulama-ulama Mazhab Wahabbi. Ulama-ulama Wahabbi yang berpegang teguh dengan prinsip anti-Bidaah itu memusnahkan seluruh moseleum, kubah dan struktur binaan di Perkuburan Baqi’. Tindakan yang disifatkan mereka sebagai ‘penyucian daripada khurafat dan bidaah’ sebenarnya menyahut pegangan mazhab Wahabbi yang melarang sebarang struktur dibina di atas makam.

Tindakan ulama-ulama Wahabbi dan Raja Abdul Aziz ini dianggap melampau dan keterlaluan oleh sesetengah pihak terutama puak Syiah. Puak Syiah menyifatkan tindakan ulama Wahabbi meruntuhkan dan meratakan kesemua binaan Ahlul Bait seperti makam Fatimah binti Muhammad, Masjid Fatimah, Rumah Rasulullah saw di Mekah, makam Bani Hasyim di Mekah, Mesoleum dan rumah Imam pertama Syiah, Imam Jaafar al-Sadiq dan banyak lagi adalah melampau dan sangat keterlaluan. Mereka mengingati peristiwa ini sebagai Yaumi Gham atau Hari Kesedihan.

 

Rasional

Sebenarnya, tindakan ulama-ulama Wahabbi yang merata dan memusnahkan seluruh binaan di Perkuburan Baqi’ ada rasional dan nasnya. Ulama Wahabbi menggunakan beberapa hadis Rasulullah saw yang melarang sebarang binaan dan tulisan dicatatkan di kuburan.

Diriwayatkan dari Abi Sa’id al-Khudri ra menceritakan;

“Sesungguhnya Nabi saw menegah dari membuat binaan di atas kubur” (Riwayat Imam Ibnu Majah dengan sanad yang soheh).

Hadis yang lain turut menyatakan Rasulullah saw melarang daripada membina binaan di perkuburan.

“Rasulullah menegah dari melapisi kubur dengan kapur putih, dari duduk di atasnya dan dari membuat binaan di atasnya” (Riwayat Imam Muslim ra dari Jabir ra).

 

Tindakan tegas ulama Wahabbi ini telah menyebabkan protes oleh puak Syiah yang sering mengunjungi beberapa tempat dan kuburan yang dianggap mereka sebagai suci seperti makam Fatimah, makam Imam Jaafar as-Sadiq, makam Ibnu Abbas, Qubbat’ al-Thanaya(makam gigi Rasulullah saw ditanam semasa Perang Uhud) dan beberapa lagi tempat lain.

Mereka sering berada di tempat tersebut untuk membayar nazar atau berdoa meminta berkat. Ia benar-benar menyalahi hukum syarak dan ini diambil oleh ulama Wahabbi sebagai punca kepada pemusnahan kesemua tempat-tempat suci pada pandangan mereka.

Harus dipuji kepada tindakan Wahabbi ini adalah mereka ternyata tidak pilih kasih kepada segala tindakan yang telah dibuat. Sebagai contoh, tanah perkuburan yang dikhaskan kepada keluarga diraja Raja Saudi iaitu Perkuburan Al-Oud, tiada satupun binaan mahupun tanda batu bertulis di perkuburan tersebut. Perkuburan Al-Oud berlainan dengan perkuburan-perkuburan diraja lain di dunia di mana perkuburan diraja lain dilengkapi dengan kubah dan moseleum yang mahal dan mewah seperti Taj Mahal, Perkuburan Diraja Adhamiya di Baghdad dan lain-lain.

Makam Diraja Al-Oud.

 

Walaubagaimanapun, kontranya adalah umat Islam hari ini tidak mampu lagi untuk mengenali dan mengunjungi makam dan tempat-tempat mulia milik Rasulullah saw untuk dijadikan ikhtibar dan pedoman. Waallahualam..

 

Gambar-gambar di Perkuburan Baqi’

Di Perkuburan Baqi’, terdapat beberapa tempat yang sering dikunjungi kerana ia menempatkan makam para Ahlul Bait, isteri-isteri Rasulullah saw(kecuali Siti Khadijah binti Khuwailid kerana beliau dikuburkan di Jannatul Ma’ala), para sahabat besar, para tabien, para syuhada dan ulama-ulama salaf. Walaubagaimanapun, kubur tersebut tidak bertanda kerana telah dimusnahkan atas arahan Raja Saudi dan ulama-ulama Wahabbi.

 

Makam para Syuhada al-Hurrah

Perkuburuan ini menempatkan makam para Syuhada al-Hurrah. Para syuhada ini digelar sedemikian rupa adalah kerana mereka telah rebah syahid semasa tragedi al-Hurrah. Tragedi al-Hurrah adalah tragedi di mana Yazid bin Abi Sufyan telah mengarahkan bala tenteranya membunuh dan menghukum penduduk Madinah yang enggan memberi kerjasama terhadapnya. Kempen berdarah ini diketuai oleh Muslim bin Uqbah dan telah mengorbankan ramai sahabat dan golongan tabien. Kesemua mereka disemadi di Perkuburan Baqi’.

Makam Syuhada al-Hurrah

 

Makam Imam Malik ra dan Imam Nafi ra

Perkuburan ini menempatkan pengasas Mazhab Maliki iaitu Imam Malik bin Anas ra dan gurunya Imam Nafi ra. Nama sebenar Imam Nafi ra adalah Nafi’ bin Abdul Rahman bin Abi Na’im. Beliau yang dilahirkan sekitar 70H meninggal dunia pada 169H. Imam Nafi ra adalah antara guru pertama dalam bidang Qiraat dan al-Quran.

Makam Imam Malik ra.

Kuburan Imam Malik dan Imam Nafi yang berdekatan antara satu sama lain.

Makam Isteri-Isteri Nabi saw

Perkuburan ini menempatkan para isteri Nabi saw kecuali Siti Khadijah binti Khuwalid ra. Siti Khadijah binti Khuwalid ra disemadikan di Jannatul Ma’ala di Mekah. Sepertimana Perkuburan Baqi’, Jannatul Ma’ala turut diratakan oleh pemerintah Arab Saudi.

Makam isteri-isteri Nabi saw yang berjumlah 9 orang.

Makam Ahlul Bait

Perkuburan ini menempatkan tiga orang Ahlul Bait iaitu anak perempuan bongsu Rasulullah saw, Siti Fatimah, bapa saudara Rasulullah saw, Abbas bin Abi Mutallib dan cucu Rasulullah saw, Hasan bin Ali. Ketiga-tiga ahlul bait ini ditempatkan di satu sudut di belakang tembok setinggi 2 meter.

Makam Abbas bin Abi Mutallib

Makam Siti Fatimah ra.

(1)Hasan bin ra, (2) Ali Zainal Abidin ra.(3) Muhammad al-Baqir ra dan (4) Jaafar al-Sadiq ra (5) Saidina Abbas ra

Makam Ibrahim, anak lelaki Rasulullah saw

Ibrahim adalah anak lelaki Rasulullah saw daripada isteri baginda, Maryam al-Qibtiah. Diriwayatkan bahawa Ibrahim disayangi Rasulullah saw dan memiliki rupa paras Rasulullah saw. Ibrahim meninggal dunia ketika berusia dua tahun.  Pada masa itu, berlaku fenomena Gerhana Matahari dan ramai sahabat mengaitkan kejadian tersebut dengan kematian Ibrahim. Rasulullah saw menyangkalnya dan mengatakan ia adalah karut.

 

Makam Ibrahim

Perkuburan Baqi’ Al-Ammat

Makam yang paling kiri adalah makam Safiyyah binti Abdul Muthalib.Paling kanan adalah makam Ummul Baiza yang juga ibu saudara Rasulullah Saw. Berada di tengah adalah makam Atikah binti Abu Mutallib.

Berada di tengah-tengah komplek Perkuburan Baqi’ adalah makam Saidina Uthman bin Affan. Saidina Uthman adalah sahabat besar Rasulullah saw dan juga khalifah Islam ketiga selepas Abu Bakar as-Siddiq dan Umar bin Al-Khattab.

Makam Saidina Uthman bin Affan.

 Di satu sudut yang lain pula, terdapat makam ibu susuan Rasulullah saw iaitu Halimahtul Saadiah, sepupu Rasulullah saw, Jaafar dan Uqail bin Abi Talib, ibu kepada Ali, Jaafar dan Uqail, Fatimah binti Assad, sahabat nabi saw, Abu Said al-Qudri ra dan Abu Sufyan ra serta ramai lagi.

 Makam Halimahtul Saadiah

Halimahtul Saadiah merupakan ibu susuan kepada Nabi Muhammad saw. Beliau daripada suku Saad yang miskin. Diriwayatkan, sebelum Halimahtul Saadiah menyusu junjungan besar kita ini, susu Halimahtul Saadiah hampir kering. Namun, selepas menyusu, susunya mula banyak sehingga mampu menyusu anak sendiri sehingga kenyang.

Makam ibu susu kesayangan nabi saw, Halimatul Saadiah.

 

Jaafar bin Abi Talib

Jaafar bin Abi Talib atau nama gelarannya, Jaafar At-Tayyar meninggal dunia semasa mempertahankan pasukan Islam pada Perang Mu’tah. Jaafar digelar At-Tayyar kerana Rasulullah saw dikhabarkan oleh Allah swt bahawa Jaafar bin Abi Talib digantikan kedua-dua tangannya yang putus dengan sayap di syurga. Jaafar bin Abi Talib adalah abang kepada Ali bin Abi Talib.

Makam Jaafar bin Abi Talib.

 

Uqail bin Abi Talib

Uqail bin Abi Talib adalah sepupu kepada Rasulullah saw dan saudara kepada Jaafar dan Ali bin Abi Talib. Uqail turut berjuang bersama-sama abangnya di Perang Mu’tah menentang tentera Rom. Uqail meninggal dunia pada 686H pada usia yang cukup lanjut iaitu 96 tahun. Pada akhir usianya, Uqail mengalami kebutaan pada matanya.

Makam Uqail bin Abi Talib.

 

Fatimah binti Assad

Fatimah binti Assad adalah wanita mulia yang menjadikan Rasulullah saw sebagai anak angkatnya. Fatimah binti Assad adalah isteri kepada Abu Talib sekaligus ibu kepada tiga sahabat Rasulullah saw, Ali bin Abi Talib, Jaafar bin Abi Talib dan Uqail bin Abi Talib. Fatimah binti Assad meninggal dunia pada 626 masihi.

Makam Fatimah binti Assad yang sudah diratakan oleh pihak berkuasa.

KURANG AJAR..Tentera AS kencing pada mayat Pejuang Taliban!

Oleh: takusahrisau

 

Tersebar di internet video sikap kurang ajar dan tidak berhati perut tentera penceroboh Amerika Syarikat terhadap tiga mayat yang dipercayai adalah pejuang Taliban. Video berdurasi 40 saat itu jelas menunjukkan empat orang tentera Amerika Syarikat membuang air kecil terhadap tiga mayat pejuang Taliban. Keempat-empat tentera biadap itu ada menyebut perkataan provokasi seperti ‘Have a great day, buddy’, ‘Golden like a shower’ and ‘Yeahhhh’.

Sikap dungu keempat-empat tentera laknatullah Amerika Syarikat itu membangkitkan kemarahan rakyat Afghan khususnya Arsala Rahmani yang bertindak sebagai perunding keamanan utama di Afghanistan. Beliau berkata,

“Ia akan memberi kesan yang sangat-sangat teruk kepada usaha keamanan”.

“Melihat kepada tindakan tersebut, Taliban dengan mudah merekrut pemuda-pemuda dan memberitahu bahawa negara mereka telah diserang oleh Kristian dan Yahudi dan mereka mesti mempertahankannya”.

 

Rakaman video ini benar-benar telah mengusutkan lagi hubungan diplomatik antara Washington dan Kabul yang mana seperti dimaklumi ia sudah sedia kusut. Rakaman video yang menyakitkan hati seluruh umat Islam ini telah mengingatkan rakaman dan gambar penderaan tahanan di Penjara Abu Gharib yang tersebar pada tahun 2004.

Jauh di sudut hati penulis berharap moga-moga Allah swt memberi kemenangan kepada Islam di kemudian hari kelak. Amin.

 

Klik SINI untuk melihat Video

 

Gelaran-Gelaran Kemuliaan Dalam ISLAM..

Oleh: takusahrisau

 

Di dalam masyarakat Islam, terdapat beberapa gelaran mulia yang biasanya dipakai untuk menghormati golongan yang berilmu , berakhlak mulia dan baik hubungannya dengan Allah Taala dan bergitu juga sesama makhluk.

Golongan-golongan seperti Rasul, Nabi, para wali dan alim ulama mendapat keutamaan untuk mendapat gelaran ini. Ada pendapat mengatakan bahawa gelaran yang lazim berada di belakang nama adalah doa untuk golongan-golongan tersebut. Manakala gelaran yang lazim berada di hadapan nama adalah tidak lain untuk memberi penghormatan kepada golongan tersebut.

 

Di antara gelaran-gelaran itu ialah :

1.         “Radhiyallahu ‘Anhu“ ~ Ertinya : Semoga Allah meredhai mereka.

Gelaran pertama ini adalah untuk Para Sahabat ( r.a ) dan mereka yang telah jelas menjadi manusia yang diredhai oleh Allah Ta’ala menerusi Al-Quran Al-Karim , mahupun Sunnah.

2.         “Rahimahullah“ ~ Ertinya : Semoga Allah merahmatinya .

Gelaran kedua pula , umum untuk seluruh umat Islam yang berpegang-teguh dengan ajaran Islam dan telah pun meninggal dunia . Orang-orang Melayu biasanya menyebutkannya sebagai “ Allahyarham “ , yang maknanya sama dengan “ Rahimahullah “ ataupun “ Rahmatullah ‘Alaih “ dan “ Almarhum “ ( biasanya lafaz ini untuk raja-raja menurut kebiasaan orang Melayu , tetapi bagi orang-orang Indonesia , lafaz ini boleh juga untuk golongan ulama’ yang dihormati yang telah meninggal dunia).

3.         “Karramallahu Wajhah“ ~ Ertinya : Semoga Allah memuliakan wajahnya .

Gelaran ketiga , digelarkan khas kepada Saidina ‘Ali Bin Abi Talib.

4.         “Qaddasallahu Sirrah“ ~ Ertinya : Semoga Allah mensucikan rahsianya.

Gelaran keempat ini biasanya diberikan kepada mereka yang alim di dalam bidang Tasawwuf ( yang sahih ) ataupun bagi mereka yang telah mencapai maqam wali Allah Ta’ala , contohnya ianya diberikan kepada Imam Al-Ghazali ( rh ) .

Golongan Syi’ah juga menggunakan gelaran ini bagi imam-imam mereka yang telah meninggal dunia.

5.         “Ghafarallahu Lah“ ~ Ertinya : Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya .

Biasanya digunakan oleh ulama’ – di dalam pendahuluan dan penutup sesebuah kitab klasik – sebagai doa agar diampuni dosa-dosa mereka dan ibu-bapa serta seluruh muslimin.

6  “Al-Imam“ ~ Ertinya : Pemimpin/Ketua .

Pemimpin yang dimaksudkan ialah pemimpin yang seiring-sekata dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah , khasnya bagi mereka yang telah berjasa besar kepada umat Islam.

 

7.         “Alaihis salam” ~ Ertinya : Kesejahteraan ke atasnya

Gelaran ini khas untuk para Nabi dan Rasul. Ia adalah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu apabila menyebut nama para Nabi dan Rasul, akan disertakan terus panggilan ‘Alaihis salam’.

Namun bergitu, puak Syiah khususnya mazhab Syiah Imamiah menggunakan gelaran ini di belakang nama imam-imam mereka yang pada anggapan mereka paling banyak berjasa dan paling alim. Mereka mengganggap imam mereka adalah maksum yang setaraf dengan para Nabi dan Rasul dan ia berlawanan dengan pegangan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

 

8.         “As-Syahid” ~ Ertinya: Seseorang yang mati syahid menegak syiar Islam

Gelaran ini khusus untuk para syahid yang meninggal dunia semasa berperang menegak syiar Islam.

9.         “Al-‘Allamah“ ~ Ertinya :      Seorang yang mempunyai ilmu yang banyak dan luas.

10.       “Asy-Syeikh“ ~ Ertinya : Tuan Guru

Gelaran ini khusus untuk para alim-ulama yang berjasa kepada masyarakat. Alim ulama ini menjadi guru kepada ramai anak murid. Kebiasaannya, gelaran ini diberi kepada alim ulama membuka sekolah pondok mahupun pasentren.

11        “Al-Fadhil“ & “Fadhilah“~ Seorang yang mempunyai kelebihan .

Gelaran ini adalah gelaran am dan ia lazim digunakan untuk menghormati para ustaz, para alim ulama serta muhsyid semasa diundang ke dalam sesuatu majlis.

%d bloggers like this: