Tag Archive | karamah Syahid

Burung Yang Sentiasa Hinggap di Darah as-Syahid Ahmad Abu Kamil..

Oleh: takusahrisau

Kisah-kisah pelik dan ajaib memang banyak ditemui di bumi yang diberkati Allah swt. Palestin terutamanya di wilayah Gaza tidak terkecuali. Dipetik daripada laman sosial milik Aman Palestin Mesir, mereka mendakwa burung peliharaan as-Syahid Ahmad Abu Kamil masih lagi setia hinggap di sisi darah bekas tuannya itu. Gambaran seperti ini menunjukkan bahawa terdapat karamah dan keajaiban yang dikurniakan Allah swt kepada hamba-Nya yang berjuang ikhlas fi sabililah.

Satu pertanda lain adalah mereka berjuang di jalan yang benar. AllahuAkbar!

537470_207789039356785_1747331315_n

Lihat petikan di bawah. Daripada Aman Palestin Mesir

Ini pula kisah tentang perkara ajaib yang berlaku di Gaza..

Seekor burung kakak tua kepunyaan As- Syahid Ahmad Abu Kamil ketika dia masih hidup, beliau telah syahid setelah serangan 8 hari Israel terhadap Gaza..

Setelah kesyahidan beliau,burung itu hinggap dengan setia diatas darah bekas As- Syahid Ahmad Abu Kamil. Difahamkan,burung ini telah di alihkan dan di buang ketempat yang lain beberapa kali,akan tetapi dia tetap pulang semula ke kawasan tersebut dan hinggap di atas bekas darah As -Syahid Ahmad Abu Kamil..

(Video) Karamah Syahid-Kalimah Muhammad Terbentuk daripada Darahnya..

Oleh: takusahrisau

Penulis terjumpa video ni di laman perkongsian video, Youtube secara tidak sengaja. Penjelasan yang diberikan berkenaan dengan video ini kurang menyakinkan(keseluruhan teks adalah dalam bahasa Arab). Namun, penulis tetap yakin bahawasanya si mati adalah seorang mujahiddin yang syahid di tangan tentera kufar laknatullah.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI

Video ini memaparkan secara jelas kalimah ‘Muhammad’ yang terbentuk di kain kafan yang mana ‘tintanya’ adalah darah mujahiddin itu sendiri. SubhanaAllah. Inilah kelebihan yang diberikan kepada para mujahiddin yang syahid di jalan Allah. Di dunia sudah Allah swt tunjukkan kelebihannya. Tidak mampu penulis bayangkan betapa besarnya nikmat dan ganjaran yang Allah swt berikan kepada beliau di Akhirat kelak. Allahurabbi..

____________________________

Segalanya lebih menarik di