Archive | February 2013

Insaf..Bagaimana Lelaki Tua yang Buta Pergi Ke Masjid..

Oleh: takusahrisau

Mungkin kerana telah merasai ‘kelazatan’ bersolat berjemaah, seorang lelaki tua yang buta sejak bertahun-tahun dahulu berkeras untuk pergi ke masjid miskipun boleh dianggap menyusahkan dirinya. Lelaki tersebut dirakam tiap-tiap hari berulang-alik ke masjid yang berdekatan dengan rumahnya dengan menggunakan tali yang telah diikat di masjid dan di rumahnya.

Kesungguhan lelaki tua ini benar-benar menginsafkan..

9

(Gambar) Tasik Turkina, Keajaiban Tasik di Padang Pasir..

Oleh: takusahrisau

Di Kenya, sebuah tasik yang dikenali sebagai Tasik Turkina atau  dikenali juga Tasik Rudolf memberi gambaran kepada manusia bahawa Allah swt mampu melakukan sesuatu yang mungkin tampak luar biasa di mata manusia. Di tengah-tengah kawasan kontang dan kering di Kenya, muncul sebuah tasik yang agak besar saiznya bagaikan sebuah lautan dengan kehadiran ombak dan tiupan bayu laut.

Saksikan kehebatan Allah swt di bawah:-

Turkana01 Turkana02 Turkana03 Turkana04 Turkana05 Turkana06 Turkana07 Turkana08

Maharaja HongWu(1328-1398) Menulis Sajak Puji-pujian Kepada Nabi Muhammad saw dan Agama Islam..

Oleh: takusahrisau

Percaya atau tidak, seorang maharaja yang dianggap antara yang teragung pernah memerintah Tanah Besar China pernah menulis sajak puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw sembilan abad yang lampau.

Maharaja Hong Wu

Maharaja Hong Wu

Maharaja yang dikenali sebagai Maharaja Hongwu(1328-1398) adalah pengasas kepada Dinasti Ming yang mendominasi Tanah Besar China selama 276 tahun. Maharaja Hongwu terkenal sebagai maharaja yang bertolenrasi terhadap agama terutama agama Islam.

Baginda tidak pernah melarang ajaran Islam tersebar di wilayah jajahannya bahkan pernah bertitah supaya mendirikan beberapa masjid bagi memudahkan umat Islam beribadat. Antara masjid yang ‘mendapat’ jasa bakti daripada Maharaja Hongwu adalah di Yunnan, Nanjing, Guangdong dan Fujian.

BC5tGKqCcAEWt2q

Panglima-panglima Muslim

Baginda dipercayai memiliki beberapa pegawai Istana yang beragama Islam. Maharaja Hongwu begitu mempercayai pegawai-pegawai Istana ini. Antaranya adalah

  • Chang Yuchun(1330-1369)

Chang Yuchun adalah panglima kepada Maharaja Hongwu yang paling dipercayainya. Dikenali sebagai ‘Chang Ten Thousand’ kerana kehebatan dan ketangkasan beliau di medan perang menyamai 10,000 tentera. Beliau meninggal dunia semasa Maharaja Hongwu baru sahaja mengasaskan Dinasti Ming. Kematian panglima kesayangan baginda itu menyebabkan baginda menulis sebuah sajak khas yang mengambarkan kesedihan baginda.

  • Lan Yu(meninggal dunia pada 1393)

Salah seorang panglima Maharaja Hongwu dan juga adik lelaki kepada isteri panglima Chang Yuchun. Lan Yu terkenal dalam sejarah Dinasti Ming sebagai seorang pemberontak apabila cuba merampas kuasa melalui pengaruh putera mahkota. Lan Yu dihukum mati dan lebih 15,000 pengikut setianya turut sama dihukum.

  • Mu Ying(1345-1392)

Mu Ying dianggap antara panglima kesayangan Maharaja Hongwu. Beliau adalah anak angkat kepada Maharaja Hongwu. Mu Ying ditugaskan oleh Maharaja Hongwu untuk mempertahankan wilayah Yunnan daripada ancaman musuh. Sehingga ke akhir kejatuhan Dinasti Ming, keluarga Mu Ying masih lagi ditugaskan di wilayah yang bersempadan dengan Vietnam dan Burma itu.

  • Hu Dahai(meninggal dunia pada 1362)

Dipercayai mempunyai darah Parsi dan China. Hu Dahai adalah panglima yang sangat berkebolehan. Miskipun dikenali sebagai seorang yang tidak pandai membaca namun beliau mampu memimpin tentera beliau dengan hebat. Beliau pernah berkata, “Tentera aku tidak mampu menulis, namun mereka hanya tahu tiga tugas; tidak membunuh atau berkelakuan ganas pada kanak-kanak dan wanita dan tidak membakar rumah dan bangsal”. Beliau meninggal dunia selepas disabotaj oleh musuh ketatnya, puak Miao.

Maharani Ma

Menurut beberapa sumber, isteri kesayangan Maharaja HongWu iaitu Maharani Ma(1333-1382) juga beragama Islam melalui susur-galur keturunan daripada Asia Tengah. Kajian daripada Perpustakaan Oriental di University of Colombia, AS menyatakan keturunan Maharani Ma berkemungkinan besar berhijrah secara besar-besar daripada Asia Tengah ke Tanah Besar China semasa pemerintah Dinasti Song sekitar tahun 961 Masihi. Menurut rekod Ming Shi pula, bapa kandungnya adalah Lord Ma iaitu seorang pemimpin daripada Shuzhou yang kemudiannya berhijrah ke Anhui semasa lewat pemerintahan Dinasti Yuan selepas kejadian pembunuhan. Ibu kandung Maharani Ma meninggal dunia ketika beliau masih lagi kecil.

ma

Semasa berada di perantauan, Lord Ma berkenalan dengan seorang lagi panglima muslim yang dikenali Guo Zhixin. Guo kemudian menjadi bapa angkat kepada Maharani Ma dan daripada Guo inilah Maharaja HongWu berkenalan dengan Maharani Ma dan seterusnya berumah-tangga. Maharani Ma sangat disayangi Maharaja Hongwu sehingga baginda tidak berkahwin lain selepas kematian Maharani Ma pada 1382. Maharani Ma melahirkan seorang anak lelaki yang kemudian menaiki takhta dengan gelaran Maharaja Yongle. Maharaja Yongle adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap perintah peluasan kuasa di seberang laut yang dilaksanakan oleh panglima muslim terkenal, Panglima Zheng He atau Cheng Ho.

The One-Hundred Word Eulogy:

Since the creation of the Universe,

Sejak terciptanya galaksi ini

God had decreed to appoint,

Tuhan telah mengangkat seseorang

This great faith-preaching man,

Satu manusia akhlak beriman

From the West he was born,

Dari barat telah dilahirkan

He received the Holy Scripture,

Baginda menerima wahyu agung

A Book of thirty parts,

Buku yang mengandungi 30

To guide all creation,

Untuk membimbing semua makhluk

Master of all Rulers,

Tuan kepada semua raja

Leader of Holy Ones,

Pemimpin 1 yang tersuci

With Support from Above,

dengan bimbingan dari atas

To Protect His Nation,

Untuk melindungi negaranya

With five daily prayers,

Bersama dengan solat 5 waktu

Silently hoping for peace,

Dalam diam mengaharap rahmat

His heart towards Allah,

Hatinya lurus kerana Allah

Empowering the poor,

Mengangkat darjat si miskin

Saving them from calamity,

Menyelamatkan mereka dari sengsara

Seeing through the darkness,

Melihat melalui kegelapan

Pulling souls and spirits,

Melalui hadir jiwa & ruh

Away from all wrongdoings,

Ma’sum dari salah dan silap

A Mercy to the Worlds,

Rahmat kepada sekalian alam

Traversing the ancient majestic path,

Menyelusuri rahsia yang silam

Vanquishing away all evil,

Memadam segala kejahatan

His Religion Pure and True,

Agamanya Suci dan Benar

Muhammad,

Muhammad

The Noble & Great one.
Yang dihormati lagi terhebat

(Gambar) Siapalah Yang Hensem Sangat ni?

Oleh: takusahrisau

Siapakah lelaki kacak di bawah ini? Mahmud Ali Basha(pelakon drama)? bukan..

Beliau adalah pendakwah bebas terkenal tanah air. Siapa lagi kalau bukan Ustaz Azhar Idrus. Ustaz Azhar tampak bergaya dengan rambut sisir tepi dan ‘berdagu licin’. Ternyata Ustaz Azhar kacak seperti Brit Pitt sebagaimana yang sering diperkatakan olehnya semasa berceramah! (hihi)

Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

ustaz azhar muda

Azhar

Siapa lah ‘snap’ gambar album Ustaz Azhar ni..apapun..TQ, usaha anda amat dihargai..

________________________________

Segalanya lebih menarik di

(Gambar) Kedashyatan Perang Vietnam(1955-1975) – Part 1

Oleh: takusahrisau

Perang Vietnam atau juga dikenali Konflik IndoChina dipercayai berlangsung pada 1955 dan tamat secara rasmi 19 tahun kemudian iaitu pada 1975 apabila tentera Vietnam Selatan dan Amerika Syarikat menyerah kalah.

Perang Vietnam secara zahirnya adalah peperangan Amerika Syarikat atau blok barat menentang idealogi Komunis yang semakin menapak kukuh di IndoChina. Ini bermakna Amerika Syarikat bertempur di Vietnam untuk memerangi angkatan bersenjata Vietnam yang didokong kuat oleh Komunis Soviet dan Komunis China.

Dianggarkan secara rasminya, konflik terbesar di Asia Tenggara ini memakan korban hampir 4 juta rakyat Vietnam, 2 juta rakyat Loas dan Kemboja dan 58,000 tentera Amerika Syarikat.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?KlikSINI)

Tekanan jelas kelihatan kepada tentera AS, Sgt. Phillip Fink.

Tekanan jelas kelihatan kepada tentera AS, Sgt. Phillip Fink.

Badan tentera Marin AS tertanam separuh ke dalam tanah.

Badan tentera Marin AS tertanam separuh ke dalam tanah.

Letupan di bunker bekalan senjata milik AS.

Letupan di bunker bekalan senjata milik AS.

Macam Hollywood! Helicopter menembak kem Viet Cong di sebalik hutan rimba bagi memberi sokongan kepada tentera infantri.

Macam Hollywood! Helicopter menembak kem Viet Cong di sebalik hutan rimba bagi memberi sokongan kepada tentera infantri.

Tentera Vietnam Selatan memenuhkan segenap ruang di atas kapal.

Tentera Vietnam Selatan memenuhkan segenap ruang di atas kapal.

Dua Helikopter terhempas tanpa sebarang kecederaan kepada penumpang. Namun, helikopter tersebut terpaksa dimusnahkan untuk menghalang daripada jatuh ke tangan Viet Cong.

Dua Helikopter terhempas tanpa sebarang kecederaan kepada penumpang. Namun, helikopter tersebut terpaksa dimusnahkan untuk menghalang daripada jatuh ke tangan Viet Cong.

Helikopter memberi sokongan kepada tentera infantri semasa pencerobohan Vietnam.

Helikopter memberi sokongan kepada tentera infantri semasa pencerobohan Vietnam.

Tentera Laut AS terpaksa mengorban sebuah helikopter untuk memberi ruang yang cukup kepada pelarian Vietnam

Tentera Laut AS terpaksa mengorban sebuah helikopter untuk memberi ruang yang cukup kepada pelarian Vietnam.

Tentera AS membawa seorang rakannya yang cedera parah merentasi sawah padi.

Tentera AS membawa seorang rakannya yang cedera parah merentasi sawah padi.

Tentera AS bergerak daripada puncak bukit selepas bertempur hampir 21 hari dengan Viet Cong. 285 tentera disyaki terbunuh.

Tentera AS bergerak daripada puncak bukit selepas bertempur hampir 21 hari dengan Viet Cong. 285 tentera disyaki terbunuh.

Wanita dan anak-anaknya berusaha untuk melarikan diri daripada pertempuran antara Viet Cong dan tentera Amerika Syarikat. Dirakam 20km daripada Saigon pada Januari 1966.

Wanita dan anak-anaknya berusaha untuk melarikan diri daripada pertempuran antara Viet Cong dan tentera Amerika Syarikat. Dirakam 20km daripada Saigon pada Januari 1966.

William Morgan Hardman berkomunikasi dengan seorang lelaki tempatan berhadapan Hospital Hoan Kein, Hanoi.

William Morgan Hardman berkomunikasi dengan seorang lelaki tempatan berhadapan Hospital Hoan Kein, Hanoi.

Tentera Amerika keluar daripada tempat persembunyian selepas 3 hari 3 malam diserang oleh tentera Viet Cong tanpa henti.

Tentera Amerika keluar daripada tempat persembunyian selepas 3 hari 3 malam diserang oleh tentera Viet Cong tanpa henti.

War is Hell.

War is Hell.

Kemungkinan inilah gambar terbaik yang pernah dirakam. Seorang tentera Vietnam Selatan tidak sempat menghadirkan reaksi semasa letupan mortar berlaku tidak jauh daripadanya.

Kemungkinan inilah gambar terbaik yang pernah dirakam. Seorang tentera Vietnam Selatan tidak sempat menghadirkan reaksi semasa letupan mortar berlaku tidak jauh daripadanya.

Tentera payung terjun mendapat bantuan daripada rakannya. Dirakam pada 5 Okt 1965.

Tentera payung terjun mendapat bantuan daripada rakannya. Dirakam pada 5 Okt 1965.

Wanita ini disoal siasat kerana disyaki pengintip kepada Viet Cong. Tidak diketahui nasibnya.

Wanita ini disoal siasat kerana disyaki pengintip kepada Viet Cong. Tidak diketahui nasibnya.

Tentera Viet Cong yang terbunuh

Tentera Viet Cong yang terbunuh.

Lelaki dukung anaknya yang dibunuh oleh tentera Viet Cong

Lelaki dukung anaknya yang dibunuh oleh tentera Viet Cong.

Helicopter menaikkan tentera yang cedera semasa Operation Silver City di Vietnam, March 13, 1966.

Helicopter menaikkan tentera yang cedera semasa Operation Silver City di Vietnam, March 13, 1966.

____________________________

Segalanya lebih menarik di

(Gambar) Suasana Di Palestin pada Abad ke-18 dan 19..

Oleh: takusahrisau

Palestin adalah bumi barakah. Di sini lahir beratus-ratus orang Nabi dan Rasul. Di sini juga lahir beberapa orang ulama dan wali agung. Antara paling terkenal adalah Muhammad bin Idris atau lebih dikenali sebagai Imam Syafie rh. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafie yang diamalkan secara majoriti oleh Ahli Sunnah wa Jamaah.

Bumi Palestin memang ditakdirkan sebagai bumi yang penuh rahmat. Bumi ini bukan sahaja mulia bagi umat Islam tetapi juga kepada penganut Yahudi dan Kristian. Umat Islam menganggap Palestin sebagai tempat berakah kerana di sini terletaknya Masjidil Aqsa yang pernah menjadi Kiblat kepada umat Islam sebelum berkiblatkan Kaabah.

Penganut Kristian pula menganggap Palestin sebagai tempat yang mulia kerana di sini lahirnya Jesus Christ iaitu nabi agung penganut Kristian. Beberapa tempat di Palestin juga menempatkan makam beberapa Nabi dan Rasul mereka. Satu ketika dahulu, penganut Kristian sering datang berziarah ke Palestin bagi melihat sendiri suasana tempat kelahiran Jesus Christ.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Penganut Yahudi lebih ekstrem dalam memuliakan Palestin. Mereka menganggap ia adalah ‘Tanah yang Dijanjikan’. Istilah Tanah yang Dijanjikan sudah mula digunakan sejak Kerasulan Nabi Musa as. Di bumi Palestin dahulu, kerajaan umat Yahudi seperti Kerajaan Judea pernah diasaskan. Mereka mendominasi bumi Palestin beberapa lama namun lama-kelamaan mereka semakin lemah dan merudum selepas pencerobohan Nabuchadnezzar daripada Mesopotamia.

Kini, Palestin masih lagi dianggap bumi barakah. Bumi ini menjadi tumpah darah para syuhada sejak beberapa lama. Daripada Perang Salib sehingga ke konflik Arab-Israel, bumi Palestin disimbah dan disirami dengan darah sang syahid. Jika dilihat di dalam peta, Palestin adalah sebuah negara yang kecil namun, dek kerana sejarah dan patriotik, bumi Palestin sangat diimpikan oleh tiga penganut agama paling besar di dunia. Moga Palestin akan terus barakah dan menjadi bumi umat Islam satu hari nanti.

Tempat dipercayai makam Nabi Isa as oleh penganut Kristian.

Tempat dipercayai makam Nabi Isa as oleh penganut Kristian.

Kaum Badwi di Palestin

Kaum Badwi di Palestin

Taman Gethsemane yang dipercayai oleh penganut Kristian sebagai tempat di mana Nabi Isa as ditangkap dan dihukum salib. Manakala umat Islam percaya Taman Gethsemane adalah tempat terakhir Nabi Isa as sebelum diangkat ke langit.

Lokasi kolam air purba di mana Mariam ibu Nabi Isa as pernah singgah untuk mengambil air bagi kegunaan harian.

Lokasi kolam air purba di mana Mariam ibu Nabi Isa as pernah singgah untuk mengambil air bagi kegunaan harian.

Kebun barli di Bethlehem, Palestin

Kebun barli di Bethlehem, Palestin

Kaum Badwi.

Kaum Badwi.

Pemandangan Tasik Galilee di Palestin

Pemandangan Tasik Galilee di Palestin

Gadis Palestin di Nazareth.

Gadis Palestin di Nazareth.

Gereja Nativity di mana Nabi Isa dipercayai dilahirkan.

Gereja Nativity di mana Nabi Isa dipercayai dilahirkan.

Bukit di mana dipercayai oleh penganut Kristian sebagai tempat penyeksaan Jesus.

Bukit di mana dipercayai oleh penganut Kristian sebagai tempat penyeksaan Jesus.

Nelayan di Tasik Galilee.

Nelayan di Tasik Galilee.

Berendam di Laut Mati

Berendam di Laut Mati

Kolam Nabi Ilisya'

Kolam Nabi Ilisya’

Pemandangan di Gideon. Dipercayai oleh penganut Kristian sebagai kawasan pertempuran Armegeddon di hari Kiamat.

Pemandangan di Gideon. Dipercayai oleh penganut Kristian sebagai kawasan pertempuran Armegeddon di hari Kiamat.

Pemandangan di Gunung Giboa

Pemandangan di Gunung Giboa

Bukit Samaria

Bukit Samaria

Telaga Yusuf

Telaga Yusuf

Pemandangan menarik di Palestin

Pemandangan menarik di Palestin

Pintu Barat di Masjidil Aqsa

Pintu Barat di Masjidil Aqsa

Kampung Nain yang berlatarbelakangkan Gunung Tabor

Kampung Nain yang berlatarbelakangkan Gunung Tabor

Keadaan Masyarakat Palestin.

Keadaan Masyarakat Palestin.

Pemandangan Bethsaida di persisiran tasik Galilee. Bethsaida sering disebut di dalam New Tastament sebagai tempat Jesus Christ bersyarah dan melakukan beberapa mukjizat.

Pemandangan Bethsaida di persisiran tasik Galilee. Bethsaida sering disebut di dalam New Tastament sebagai tempat Jesus Christ bersyarah dan melakukan beberapa mukjizat.

Makam seorang Rasul di Kedron, Palestin

Makam seorang Rasul di Kedron, Palestin

Makam Lazarus of Bethany iaitu individu yang dipercayai oleh penganut Kristian sebagai orang yang dibangkitkan oleh Jesus Christ selama 4 hari

Makam Lazarus of Bethany iaitu individu yang dipercayai oleh penganut Kristian sebagai orang yang dibangkitkan oleh Jesus Christ selama 4 hari

Makam Absalom iaitu anak lelaki Solomon atau Nabi Sulaiman as

Makam Absalom iaitu anak lelaki Solomon atau Nabi Sulaiman as

Pemandangan kota Tiberias iaitu salah satu bandar nelayan bagi bangsa Yahudi satu ketika dahulu

Pemandangan kota Tiberias iaitu salah satu bandar nelayan bagi bangsa Yahudi satu ketika dahulu

Suasana musim luruh di En Shemesh.

Suasana musim luruh di En Shemesh.

Sungai di Jordan-Palestin. Sumber utama masyarakat Palestin

Sungai di Jordan-Palestin. Sumber utama masyarakat Palestin

Kolam purba Hezekiah. Hezekiah adalah salah seorang pemimpin bangsa Yahudi yang beriman yang mana bertanggungjawab memusnahkan kepercayaan penyembahan berhala oleh umat Yahudi. Nabi Isaiah dan dan Nabi Micah dibangkit semasa pemerintahannya.

Kolam purba Siloam. Kolam ini dipercayai menjadi lokasi di mana Jesus Christ mengubati seorang pesakit buta.

Kolam purba Siloam. Kolam ini dipercayai menjadi lokasi di mana Jesus Christ mengubati seorang pesakit buta.

Rumah musim panas di Caesera Philippi

Rumah musim panas di Caesera Philippi

Laut Mati

Laut Mati

Runtuhan rumah purba

Runtuhan rumah purba

Jambatan purba Rom di sempadan Palestin-Damsyik

Jambatan purba Rom di sempadan Palestin-Damsyik

Jalan di sekitar bandar Jericho. Kelihatan seorang Samaritan. Samaritan adalah gelaran kepada penganut ajaran Samaritanisme iaitu ajaran yang mirip ajaran Yahudi. Kebanyakan bangsa Samaritan adalah susur galur daripada Levant iaitu salah seorang anak Nabi Yaakub as.

Masjid Machpelah iaitu tempat di mana Nabi Ibrahim, Ishak dan Yaakob ditempatkan.

Masjid Machpelah iaitu tempat di mana Nabi Ibrahim, Ishak dan Yaakob ditempatkan.

Dataran Dothan di mana dipercayai Nabi Yusuf dijual sebagai hamba.

Dataran Dothan di mana dipercayai Nabi Yusuf dijual sebagai hamba.

____________________________

Segalanya lebih menarik di

Sedikit Fakta Tentang Lanun..

Oleh: takusahrisau

  • Apabila penjelajah Portugis tiba di Laut Hindi, mereka turut berlagak seperti lanun. Sekitar tahun 1500-an, mereka merentasi Afrika dan tiba di India dan terus ke Timur Jauh. Penjelajah Portugis berlagak samseng di lautan luas dengan merempuh kapal pedagang Arab dan merampas kekayaan mereka.
  • Lanun terkenal, William Kidd adalah seorang pemburu lanun sebelum menjadi seorang lanun. Kidd ditugaskan untuk memburu lanun di Lautan Hindi pada tahun 1696. Namun beberapa bulan kemudian, Kidd menyerang kapal dagang dan bukan kapal lanun. Disebabkan kesalahan itu, Kidd ditangkap dan dihukum bunuh. Mayatnya digantung di Sungai Thames dalam sangkar besi selama bertahun-tahun untuk tatapan umum.
William Kidd

William Kidd

  • Pulau Madagascar yang terletak di hujung Afrika adalah kawasan terpencil yang digemari oleh para lanun. Pantainya yang bagus serta hutan tebal di keseluruhan kawasan menjadi tapak terbaik untuk para lanun berehat dan menyembunyikan diri.
  • Kanhoji Angria adalah lanun di Laut Hindi paling digeruni. Angria membina rangkaian kubu yang kukuh di sepanjang pantai. Pengikut-pengikutnya ramai dan digelar ‘Angrian’.
Penduduk tempatan menyanjung Kanhoji Angria sebagai seorang hero rakyat kerana keberanian beliau menentang tentera laut British.

Penduduk tempatan menyanjung Kanhoji Angria sebagai seorang hero rakyat kerana keberanian beliau menentang tentera laut British.

  • Laut China Selatan adalah kawasan kegemaran bagi kebanyakan Lanun. Lanun daripada tanah besar China paling ditakuti di Laut China Selatan kerana keganasan dan gaya brutal mereka terhadap para pedagang yang diserang mereka.
Lanun China. Dirakam pada 1800-an.

Lanun China. Dirakam pada 1800-an.

  • Antara lanun daripada tanah besar China paling awal dan paling digeruni adalah Ching-Chi-Ling. Beliau mengelapai 1000 jong China sehingga menimbulkan rasa gerun kepada kebanyakan kapal dagang.
Jong milik Lanun daripada tanah besar China.

Jong milik Lanun daripada tanah besar China.

  • Lanun yang digelar Balanini adalah lanun daripada kepulauan Sulu. Mereka hanya berlayar dengan kanu kecil tapi sangat laju. Mereka akan menyerang pulau-pulau berdekatan dan menculik remaja lelaki dan dewasa untuk dijual sebagai hamba abdi.
Gambaran lanun Balanini

Gambaran lanun Balanini

  • Pada 1650-an, para lanun daripada pelbagai kawasan termasuk daripada Carribean dan Mediterenean menjadikan Port Royal di Jamaica sebagai syurga mereka. Port Royal mempunyai dok untuk membaiki mana-mana kapal lanun yang rosak serta pelbagai kemudahan lain termasuk bar dan pusat pelacuran. British adalah kuasa utama di Jamaica, namun tidak pernah cuba untuk menyerang atau mengacau lanun-lanun yang bersuka-ria di Port Royal.
  • Port Royal adalah tempat paling liar dan mewah pernah ada di dunia. Hampir setiap tempat di bandar tersebut dipenuhi pelacur dan lanun-lanun yang mabuk. Di sini, duit ‘hilang’ dengan pantas. Seorang lanun mampu menghabiskan wang mereka 3000 keping syiling perak dalam satu malam. Wang tersebut sama nilainya dengan poung sterling 45,000 pada hari ini.
  • Pada 1692, Port Royal dilanda gempa bumi yang dasyhat. Turut sama membinasakan bandar ini adalah tsunami sehingga menenggelamkan perlabuhan ini. Banyak bangunan runtuh sehingga memakan korban 4000 orang. Banyak pemerhati mendakwa ia adalah bala Tuhan terhadap mereka.
Gambaran Port Royal yang dilanda gempa bumi dan tsunami yang dashyat.

Gambaran Port Royal yang dilanda gempa bumi dan tsunami yang dashyat.

  • Seorang lanun wanita paling digeruni di Laut China Selatan adalah Ching-Shih. Ia bertitik-tolak daripada kematian suaminya pada 1807 dan kemudian mengambil alih tugas kapten daripada suaminya. Ching-Shih cukup kejam terhadap awak-awak beliau. Mereka wajib mematuhi setiap peraturan yang digaris olehnya dan sekiran melanggar salah satu daripadanya, hukuman bunuh menanti mereka.
  • Seorang lanun paling berjaya adalah Bartholomew Roberts. Beliau dikenali Black Bart. Kejayaan terbesar beliau adalah apabila berjaya merampas 400 buah kapal pada tahun 1720-an. Namun, apa yang paling hebat tentang diri Black Bart adalah beliau tidak pernah menyentuh arak apatah lagi mabuk.
Black Bart

Black Bart

  • Sikap disiplin Black Bart turut ditekankan kepada awak-awak beliau. Setiap orang daripada wajib mematuhi peraturan yang dibuat olehnya. Mereka tidak dibenarkan berjudi dan bergaduh di atas kapal. Lilin wajib dipadamkan pada 8 malam setiap malam. Sesiapa yang membawa perempuan naik ke kapal menerima musibah paling dasyhat iaitu samaada di hukum mati atau ditinggalkan di mana-mana pulau terpencil seorang diri.
%d bloggers like this: