Tag Archive | Kosher

Konsep HALAL bagi Umat Islam dan KOSHER bagi Orang Yahudi!

Oleh : takusahrisau

 

Sesungguhnya ramai belum sedar bahawa terdapat beberapa perkara dalam agama lain yang belum betul-betul umat ISLAM fahami. Adalah amat penting untuk seseorang MUSLIM memahami benar-benar mengenai landas-landas agama lain kerana ia adalah pendinding kita di kemudian hari. Kali ini penulis tertarik ingin mengulas mengenai KOSHER dan TREFA.

Kosher adalah istilah bagi diet pemakanan orang Yahudi yang serupa dengan istilah HALAL bagi umat ISLAM. Bergitu juga dengan istilah Trefa, ia adalah serupa istilahnya dengan HARAM bagi umat Islam. Akan tetapi kosher tidak serupa peraturannya dengan halal bagi umat islam. Ini kerana, terdapat beberapa makanan yang boleh dimakan oleh orang Yahudi tetapi tidak boleh dimakan oleh orang Islam. Bergitu juga sebaliknya, terdapat beberapa makanan boleh dimakan oleh orang Islam tetapi tidak boleh dimakan oleh orang Yahudi.

Sepertimana Halal dalam Islam yang berlandaskan Al-Quran peraturan Kosher adalah berlandaskan dalam kitab Torah/Pentateuch, iaitu Leviticus. Leviticus merupakan buku ketiga dalam kitab Torah/Pentateuch daripada lima buku kesemuanya.

Sepertimana dalam firman Allah swt dalam surah Surah al-Baqarah, ayat 172.

 

Oleh itu makanlah (wahai orang-orang yang beriman) semua yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.

 

Antara petikan ayat dalam kitab Leviticus yang menjadi panduan orang Yahudi dalam peraturan Kosher adalah,

 

Adonai said to Moses and Aaron, “Tell the people of Isra’el, ‘These are the living creatures which you may eat among all the land animals

*Adonai adalah nama lain bagi Yahweh iaitu nama Tuhan orang Yahudi.

 

Persamaan Halal dan Kosher

Terdapat beberapa perkara yang boleh dikatakan sama antara Halal dan Kosher. Antaranya adalah:

1.         Memakan Babi dan produk daripada Babi tidak boleh dimakan

ISLAM:Mengenai larangan memakan Babi bagi umat islam terdapat dalam Al-Quran(Al-Baqarah ayat 173):

 

Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,”

 

YAHUDI:Mengenai larangan memakan Babi pula bagi orang Yahudi terdapat dalam Leviticus(11:7):


And the pig, because it parts the hoof and is cloven-footed but does not chew the cud, is unclean to you.”

  

Babi adalah binatang paling taboo dalam kedua-dua agama samawi ini.

2.        Larangan memakan haiwan dua alam

ISLAM dan YAHUDI sama-sama melarang daripada memakan haiwan dua alam seperti katak ataupun penyu.

Penyu adalah haiwan dua alam(amphibia) dan ia adalah haram dimakan oleh org Islam dan Yahudi.

 

3.        Larangan memakan serangga

ISLAM dan YAHUDI sama-sama melarang penganutnya memakan serangga. Walaubagaimanapun, belalang juta diharuskan memakannya dalam ISLAM. Bagi lebah pula, dilarang memakannya namun madu daripada lebah adalah HALAL dan KOSHER.

Madu adalah Halal dan Kosher miskipun lebah adalah Haram dan Trefa.

 

4.        Binatang buas dan mencakar

ISLAM dan YAHUDI melarang penganut masing-masing memakan haiwan buas seperti harimau,beruang atau dan sebagainya. Haiwan jenis mencakar seperti burung helang,burung hantu,tikus dan sebagainya juga dilarang dimakan oleh penganutnya. Sabda Rasullulah saw:

 

 Tiap-tiap binatang buas yang mempunyai taring adalah haram dimakan. (HR. Muslim dan Tarmudzi)

 

Semua binatang yang mempunyai kuku atau cakar tajam seperti helang, rajawali dan sebagainya. Nabi SAW telah melarang tiap-tiap burung yang mempunyai kuku tajam.” (HR. Muslim)

 

Perbezaan Halal dan Kosher

 

1.         Arak

ISLAM: Arak diharamkan sebagai minuman dan apa jua jenis penggunaan arak dalam makanan terutama ketika memasak.

YAHUDI: Arak adalah kosher dalam peraturan Yahudi.

Arak adalah haram di sisi agama Islam tetapi Kosher bagi agama Yahudi.

 

2.        Makanan Laut

ISLAM: Makanan laut adalah halal kecuali yang memudaratkan seperti ikan Buntal beracun.

YAHUDI: Haiwan laut jenis ikan yang bersisik dan bersirip adalah kosher dan boleh dimakan. Oleh itu, segala jenis kerang,tiram,ketam adalah tidak kosher dan tidak boleh dimakan oleh orang Yahudi.

 

3.        Campuran Susu dan Daging

ISLAM: Islam tidak ada peraturan khas untuk makanan yang mengandungi campuran susu dan daging. Oleh itu, halal dimakan jika susu dan daging bercampur.

YAHUDI: Orang Yahudi dilarang memakan sebarang makanan yang bercampur antara susu dan daging.

 

4.        Haiwan ternak

ISLAM: Islam menghalalkan semua binatang ternak seperti firman Allah swt dalam surah Al-Maidah ayat 1:

 “Dihalalkan bagimu binatang ternak.”

 

YAHUDI: Orang Yahudi dibenarkan memakan haiwan ternak jika memiliki dua kriteria iaitu terpisah setiap jari kakinya dan mencerna makanannya dengan sempurna(haiwan ruminant) seperti dalam ayat Leviticus 11:3

You may eat any animal that has a split hoof completely divided and that chews the cud.

 

Oleh itu, binatang seperti unta tidak kosher bagi mereka kerana walaupun unta mencerna dengan sempurna dengan cernaan dua kali(haiwan ruminant), tetapi ia mempunyai jari kaki yang tidak terbelah dua.  Leviticus 11:4

 

“‘There are some that only chew the cud or only have a split hoof, but you must not eat them. The camel, though it chews the cud, does not have a split hoof; it is ceremonially unclean for you.

Unta Halal bagi orang Islam tetapi tidak Kosher bagi orang Yahudi

5.        Penyembelihan

ISLAM: Sembelihan dalam Islam dikenali Dhabh. Haiwan yang disembelih mesti menggunakan pisau yang tajam dan disembelihkan di leher dengan cepat bagi mengurangkan kesakitan haiwan tersebut dengan menyebut lafaz “Bismillah, Allahu Akbar“. Lafaz akan disebut lagi bagi setiap ekor haiwan itu disembelih.

Meminum darah haiwan adalah haram di sisi agama Islam. Oleh itu, daging haiwan yang disembelih mestilah dibersihkan sepenuhnya.

Muslim yang tinggal berjauhan dengan muslim yang lain boleh memakan haiwan sembelihan Ahli Kitab(Yahudi atau Kristian). Akan tetapi, kebiasaanya umat Islam sekarang mencari daging yang telah diimport khas daripada negara Islam.

 

YAHUDI: Sembelihan dalam Yahudi dikenali Shechita. Haiwan yang disembelih mesti menggunakan pisau yang tajam dan disembelihkan di leher dengan cepat bagi mengurangkan kesakitan haiwan tersebut. Penyembelih Shechita dikenali sebagai Sochet. Adalah cukup untuk seorang Sochet menyebut nama Tuhannya sekali sahaja miskipun menyembelih melebihi seekor haiwan.

Meminum darah haiwan adalah haram di sisi agama Yahudi. Oleh itu, daging haiwan yang disembelih mestilah dibersihkan sepenuhnya.

Yahudi yang tinggal berjauhan dengan orang Yahudi yang lain tidak boleh memakan haiwan sembelihan selain agama Yahudi. Orang Yahudi akan mengimport khas daripada negara yang membekalkan haiwan sembelih yang Kosher.

 

6.         Simbol Kosher dan Halal

ISLAM:

Logo Halal yang dikeluarkan oleh Halal Food Council International.

YAHUDI:

simbol yang digunakan untuk menandakan makanan itu mengandungi elemen Kosher ataupun tidak.

  • D: The product is Dairy and contains some milk ingredient
  • M/Meat: The product contains meat
  • Pareve: The product is neither dairy nor meat

 

-Artikel ini adalah hakmilik sepenuhnya penulis. Jika ada pembaca mahu menyebar artikel ini dalam blog atau forum, penulis suka-cita membenarkannya kerana ia adalah salah satu cabang dakwah.Sebarang kekeliruan dalam artikel di atas boleh diutarakan melalui ruangan komen di bawah. Salam Ukhwah.

Advertisements

Yahudi juga berkhatan sepertimana ISLAM

oleh: takusahrisau

Berkhatan adalah bermaksud proses membuang  atau  memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar sehingga nampak (terdedah) kepala zakar itu secara keseluruhannya. Bagi lelaki yang beragama ISLAM,adalah wajib baginya berkhatan. Manakala bagi perempuan,ia jatuh kepada sunat sahaja. Dalil yang menjadi landasan berkhatan bagi orang mukmin adalah:

Rasullulah saw bersabda yang bermaksud: 

 “Buanglah rambut-rambut kamu yang ada ketika kamu kufur dan berkhatanlah.”(Hadis riwayat Abu Daud)

Walaubagaimanapun,adakah anda semua tahu bahawa agama Yahudi juga mewajibkan penganutnya berkhatan?berkhatan bagi penganut Yahudi mempunyai salur-galur yang sama dengan agama kita,ISLAM.
Berkhatan bagi Yahudi

Berkhatan bagi lelaki Yahudi adalah wajib sebagaimana wajibnya lelaki ISLAM berkhatan. Sepertimana berkhatan cara ISLAM, berkhatan cara Yahudi juga membuang selaput kulit yang menutupi zakar sehingga terdedah kepala zakar.

Berkhatan bagi istilah Hebrew adalah Brit Milah. Perlu diketahui bahawa orang Yahudi terbahagi kepada beberapa loghat seperti loghat Sephardi,loghat Ashkenazi dan loghat Yiddish. Dengan itu Brit Milah jika bagi loghat Sephardi akan disebut Berit Milah, loghat Ashkenazi akan disebut Bris Milah manakala loghat Yiddish hanya akan disebut Bris sahaja.

Apapun jenis loghatnya, upacara Brit Milah tetap sama. Upacara Brit Milah boleh dikatakan semeriah majlis berkhatan bagi rakyat Malaysia. Akan tetapi, majlis Brit Milah dipenuhi dengan adat-adat dan kepercayaan Yahudi.

Bayi yang seawal 8 hari semasa upacara Brit Milah

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Upacara Brit Milah

Sebagaimana dikatakan dari awal tadi, upacara Brit Milah dipenuhi dengan adat dan kepercayaan Yahudi yang bergitu tebal. Upacara Brit Milah akan dilakukan kepada bayi yang menjangkaui hari ke-8 kelahirannya. Upacara ini tersangat penting hinggakan jika hari ke-8 bayi tersebut jatuh kepada hari Sabbath atau perayaan Yom Kippur, upacara ini tetap akan berlangsung.

Upacara Brit Milah  dilakukan pada bila-bila masa pada hari ke-8 kelahiran mengikut kesesuaian masa ibubapa bayi tersebut. Namun, kelazimannya mereka akan mengadakan upacara ini pada awal pagi hari ke-8 kelahiran.

 

Tempat

Upacara Brit Milah dilakukan di Synagogue. Namun, ia tidak memperuntukkan hanya Synagogue sahaja tempat upacara ini dilakukan. Upacara Brit Milah boleh dilakukan di Dewan  mahupun di rumah ibubapa bayi itu sendiri.

 

Kvatter

Semasa upacara ini berlangsung, seorang Kvatter akan membawa bayi ke dalam sebuah bilik khas. Kvatter adalah individu yang diberi penghormatan untuk membawa bayi daripada ibu bayi kepada bapa bayi tersebut sebelum bapa bayi itu membawanya kepada seorang Sandek.

Tugas Kvatter akan diberi kepada pasangan yang sudah berkahwin tetapi masih belum mempunyai anak. Tujuannya adalah untuk menarik minat pasangan tersebut supaya turut mempunyai anak sendiri kelak.

 

Sandek

Upacara Brit Milah akan berterusan lagi apabila bayi yang dibawa oleh bapanya akan diberi kepada seorang Sandek.  Sandek adalah gelaran kepada seorang yang akan memangku bayi dengan lututnya. Sandek biasanya seorang yang paling dihormati dalam keluarga ibubapa tersebut. Lazimnya, ibubapa bayi akan melantik mana-mana ayah mereka(datuk bayi tersebut) sebagai Sandek.

Sandek kebiasannya adalah datuk kepada bayi tersebut.

Sandek akan memangku bayi tersebut sehingga upacara Brit Milah(khatan) selesai dilakukan oleh seorang individu yang digelar Mohel.

Akan terdapat dua buah kerusi disediakan bagi upacara ini. Kerusi pertama adalah untuk Sandek manakala kerusi kedua dikosongkan kerana orang Yahudi percaya kerusi itu akan diduduki oleh Prophet Elijah (nabi Ilias menurut kepercayaan Yahudi). Mereka percaya bahawa setiap upacara Brit Milah dilakukan, roh Prophet Elijah akan menjelma dan duduk di kerusi tersebut sebagai saksi Yahweh(Tuhan orang Yahudi).

Bayi yang akan dikhatankan itu akan diletakkan di kerusi Elijah(Elijah’s chair) sebelum upacara Brit Milah dilakukan. Mohel akan membacakan doa-doa khas untuk memohon supaya roh Elijah tampil semasa upacara Brit Milah dilakukan olehnya.

Chair of Elijah

Pembaca mungkin meminati (Gambar) Baitul Maqdis tahun 1900-an

Mohel

Individu paling penting dalam upacara Brit Milah adalah Mohel. Di Malaysia, Mohel boleh diumpamakan sebagai Tok Mudim. Semua mazhab Yahudi tidak melarang seorang wanita untuk menjadi seorang Mohel kecuali mazhab Yahudi Orthodox.

Wanita yang menjadi Mohel digelar Mohelot. Untuk menjadi seorang Mohel atau Mohelot bukannya satu yang senang. Seorang Mohel atau Mohelot wajib mempunyai kelulusan yang diikhtiraf. Mohel atau Mohelot bukan sahaja wajib mengetahui ilmu-ilmu pembedahan tetapi juga wajib mengetahui adat-adat dan kepercayaan kaum Yahudi. Oleh sebab itu, kebanyakkan seorang Mohel adalah seorang Rabbi.

Mohel daripada mazhab Yahudi Orthodox masih lagi mengamalkan penggunaan cara-cara tradisional dalam upacara Brit Milah. Umpamanya, mereka masih lagi menggunakan pisau berbanding penggunaan gunting dan penyangkut(clamp). Mereka percaya penggunaan gunting akan menyebabkan kulit akan dipotong secara berlebihan.

Mohel membaca doa sebelum upacara Brit Milah

Pembaca mungkin meminati Keanu Reeves mempunyai kehidupan yang abadi?Benarkah?

Pemberian Nama

Selepas sahaja upacara Brit Milah selesai, upacara pemberian nama akan dilakukan. Nama yang diberikan mestilah nama Yahudi bayi tersebut. Pemberian nama dilakukan bagi mengikut tradisi turun-temurun sejak Prophet Abraham ditukar namanya daripada Avram atau Abram oleh Yahweh selepas selesai upacara Brit Milah.

 

Seudat Mitzvah

Kemuncak kepada upacara Brit Milah adalah Seudat Mitzvah. Seudat Mitzvah adalah upacara kenduri sebaik sahaja upacara Brit Milah selesai. Makanan yang disediakan ketika Seudat Mitzvah mestilah kosher.

Seudat Mitzvah mesti hanya mengandungi makanan yang kosher

Pembaca mungkin meminati Konsep HALAL bagi Umat Islam dan KOSHER bagi Orang Yahudi!

Istilah Kosher boleh diumpamakan istilah Halal  bagi umat Islam. Orang Yahudi juga percaya kepada konsep ‘halal’ dalam diet pemakanan mereka. Makanan yang kosher adalah makanan daripada binatang yang disembelih dengan adat Yahudi, alkohol dibenarkan tetapi dengan seliaan penuh adat Yahudi dan mestilah tiada makanan berlaut kecuali ikan yang bersirip sahaja.

 

-Artikel ini adalah hakmilik sepenuhnya penulis. Jika ada pembaca mahu menyebar artikel ini dalam blog atau forum, penulis suka-cita membenarkannya kerana ia adalah salah satu cabang dakwah.Sebarang kekeliruan dalam artikel di atas boleh diutarakan melalui ruangan komen di bawah. Salam Ukhwah.

%d bloggers like this: