Tag Archive | SETI

Saintis Menjumpai Tanda-tanda Hidupan di Marikh!

Oleh: takusahrisau

 

Baru-baru ini, saintis daripada Search of Extraterrestrial Intelligence Institute (SETI) telah membuat pengumuman bahawa kemungkinan besar terdapatnya kehidupan di Marikh.

Para saintis dari SETI mula tertarik untuk menyelidik kemungkinan terdapatnya kehidupan di planet tersebut apabila menerima sekeping gambar beresolusi tinggi yang diambil oleh sebuah satelit yang mengelilingi Planet Marikh pada Disember 2008.

Warna hijau kekuningan merupakan ciri awal terdapatnya bekas hidupan di Marikh.

Satelit yang dikenali sebagai Mars Reconnaissane Orbiter  itu telah digunakan oleh para saintis tersebut untuk memancarkan gambar infra-merah bagi menambahkan kejelasan batuan-batuan tersebut.

Mars Reconnaissane Orbiter telah berjaya menghantar beribu gambar beresolusi tinggi.

Kawasan batuan yang dikaji oleh saintis SETI ini dikenali sebagai Nili Fossae. Nili Fossae adalah antara empat lokasi berpotensi untuk mendaratkan prob dan robot kajian Mars Science Laboratory milik NASA yang dijangka tiba pada 2012.

Saintis yakin bahawa hidupan di Marikh telah terawet di dalam batuan tersebut adalah berusia 3.6 million tahun yang lalu. Saintis menemui persamaan antara ciri-ciri batuan di Marikh dengan ciri-ciri batuan di Wilayah Pilbira, barat laut Australia. Di Wilayah Pilbara, saintis juga menemui fosil-fosil tumbuhan dan haiwan primitive terawet dengan baik. Batuan di sini menghasilkan mineral berkabonat yang memberi warna hijau kekuningan kepada batuan tersebut. Ciri-ciri ini adalah sama seperti yang terdapat di Planet Marikh.!

Wilayah Pilbara,Australia

Kemungkinan besar batuan di Marikh ini juga telah menghasilkan Stromatolite sepertimana yang terhasil di Wilayah Pilbara. Stromatolite terhasil daripada mikroorganisma purba.

Bentuk rupa bumi sebenar di Pilbara.

 

 ~ Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan di beberapa laman sesawang utama seperti:

 

Mesej suara daripada Makhluk Asing!

Oleh: takusahrisau

Seiring dengan kecanggihan teknologi sekarang, manusia setiasa berlumba untuk mengkaji sejauh mana terdapatnya hidupan lain selain daripada spesies manusia. Sungguhpun bergitu, Amerika Syarikat sudah mendahului banyak negara lain dalam hal ini. Pelbagai cara telah dibuat seperti penerokaan ke angkasa samaada manusia mahupun robot. Dalam pada itu, terdapat berita yang mengejutkan apabila makhluk asing telah menghubungi tamadun manusia melalui sistem radio.

Papan tanda ke SETI Institute

Projek pelik mereka iaitu SETI telah menangkap satu rakaman pesanan makhluk asing yang digelar ‘WOW massage’ pada 15 Ogos 1977 menggunakan teleskop radio berfrekuensi tinggi yang digelar The Big Ear. Saintis yang bertugas ketika itu adalah Dr. Jerry R. Ehman. Mesej ini dipercayai berpunca daripada buruj Sagitarius yang terletak berjuta-juta kilometer cahaya daripada bumi. Ramai mempercayai bahawa mesej ini telah dihantar beribu-ribu tahun yang lepas. Dek kerana jaraknya yang terlampau jauh, mesej ini baru sahaja sampai kini.

The Big Ear-gambar sumber dari AFP

WOW message’ mendapat nama melalui lakaran kasar ‘wow’ Dr. Jerry R. Ehman yang teruja dengan fenomena luar biasa itu. Ironinya, beliau sendiri kemudian menyatakan masih ragu-ragu bahawa mesej tersebut adalah daripada makhluk asing malah beliau menambah bahawa mesej tersebut kemungkinan besar berpunca daripada bumi kita sendiri. (berpunca daripada faktor alam semulajadi dan ungas-ungas)

Lakaran kasar 'wow' oleh Dr. Jerry ini memberi nama 'wow message' ini.

Ramai saintis lain tidak bersependapat dengan Dr. Jerry kerana The Big Ear sudah tidak lagi menangkap mana-mana mesej selepas daripada peristiwa itu. Ini kerana, jika mesej ini daripada bumi kita sendiri semestinya terdapat peristiwa penangkapan mesej terbaru setiap bulan atau paling kurang setiap tahun.!

 

Fenomena mesej makhluk asing tidak berhenti di situ!

Fenomena janggal ini tidak berhenti di situ miskipun The Big Ear sudah tidak menangkap mesej lagi.

Baru-baru ini, ramai saintis di dunia dikejutkan dengan pendedahan NASA dalam laman webnya bahawa kapal angkasa Cassini telah mengesan fenomena suara ganjil sebaik sahaja kapal angkasa ini melepasi gelang planet Saturn pada Julai 2004.

Tona suara yang dapat ditangkap hanyalah sekejap sahaja tapi cukup jelas. Nasa dalam laman sesewang rasminya memberitahu:

“A most intriguing file,we do know what to make for it..”

Kapal Angkasa tanpa pemandu Cassini

 

#Anda boleh memuatturun mesej suara yang dipercayai daripada makhluk asing yang ditangkap oleh pengesan radio milik kapal angkasa tanpa pemandu Cassini di bawah: 

 http://saturn.jpl.nasa.gov/multimedia/images/saturn/audio/pia07967-072504.wav

 

~Artikel ini dirujuk sepenuhnya di laman sesawang rasmi www.nasa.gov dan www.seti.org