Tag Archive | Gempa bumi Acheh

(Gambar) Awan Membentuk Kalimah Allah Setelah Gempa Acheh 8.5 SR..

Oleh: takusahrisau

 

Fenomena pelik dan ganjil sering terjadi sebelum atau setelah berlakunya bencana-bencana alam mega. Ini tidak terkecuali kepada apa yang berlaku ketika gempa bumi Acheh pada 11 April 2012 baru-baru ini. Gempa bumi berukuran 8.5 skala richter telah menggegar bumi Acheh dan beberapa buah wilayah di Indonesia termasuk wilayah Medan, Indonesia.

Gempa bumi yang dirasai berlaku pada 3.30 petang waktu Indonesia kemudian berlarutan sehingga waktu senja. Tidak semena-mena muncul gumpulan awan hitam yang membentuk seakan-akan kalimah Allah swt. Fenomena ajaib ini membuat sesiapa yang melihat merasa takjub dan kerdilnya diri ini di sisi Allah swt.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Sumber: Klik SINI

_______________________________

Segalanya lebih menarik di

Gempa Bumi Acheh,11 April 2012 goncang Danau Toba..!

Oleh: takusahrisau

 

Gempa bumi Acheh pada 11 April 2012 lalu telah dirakamkan mengoncangkan Danau Toba di Indonesia. Danau yang pernah menjadi pusat gunung berapi 700,000 tahun yang lampau telah mengalami fenomena janggal. Air di Danau Toba mengalami pusaran seakan-akan ingin menghamburkan sesuatu daripada dasar tasik tersebut.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI) 

Fenomena ini ada kaitan dengan kesan gempa bumi yang menggoncang bumi Acheh pada 11 April 2012 yang lalu. Walaubagaimanapun, bukan Danau Toba sahaja mengalami kegoncangan, negara jiran Indonesia seperti Malaysia, Thailand dan beberapa negara lain turut merasai bencana tersebut.

Miskipun gempa bumi tersebut berlaku di dasar laut, namun ia gagal mencetuskan Tsunami kerana plat taktonik di dasar lautan tersebut bertembung secara melintang dan bukannya secara menegak sepertimana yang berlaku pada tahun 2004.

Maha Kuasa Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bayangkan tsunami berlaku sekali lagi di bumi Acheh?

Komen Penulis:

Gempa bumi yang berlaku baru-baru ini hanyalah amaran Allah swt kepada masyarakat Acheh yang mula lalai selepas tragedi tahun 2004. Ini dapat dilihat apabila terdapat segelintir wanita dan lelaki warga Acheh gagal menutup aurat semasa lari bertempiaran ke kawasan Masjid Jamek Baiturrahman. Ingatlah janji Allah swt bahawa DIA akan turunkan azab tanpa seseorang individu pun menyedarinya. Dan azab yang Allah turunkan secara tiba-tiba itu akan berlaku jika kita lalai dan terus alpa terhadap perintah-Nya. Di bawah adalah bukti janji Allah akan ditepati, firman Allah swt,

“Dan mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab. Kalau tidaklah kerana waktu yang telah ditetapkan, benar-benar telah datang azab kepada mereka, dan azab itu benar-benar akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyadarinya”. (Surah An-Ankabuut ayat 53)

______________________

Segalanya lebih menarik di