Tag Archive | Stonehedge

Stonehedge telah menjadi tarikan Pengunjung sejak ribuan tahun dahulu..!-susulan penemuan terbaru di Stonehedge..

Oleh: takusahrisau

 

Sememangnya diketahui bahawa Stonehedge sentiasa dikunjungi oleh berjuta-juta pelancong setiap tahun. Itu adalah satu yang normal kerana Stonehedge terkenal sebagai tapak warisan purba yang berusia ribuan tahun. Namun, tahukah anda bahawa penemuan baru-baru ini mendedahkan bahawa Stonehedge telah pun menjadi daya tarikan ‘pelancong’ untuk mengunjunginya sejak 2000BC lagi.

Stonehedge

Baru-baru ini, ahli arkeologi telah menemui rangka manusia yang berusia kira-kira 1550BC selepas dilakukan pentarikhan karbon. Manakala, pada ketika itu, usia Stonehedge telah pun mencapai 1500BC. Melalui rangka tersebut, dianggarkan bahawa usia rangka manusia tersebut adalah 14 hingga 15 tahun. Beliau kemungkinan datang ke Britain menggunakan bot kayu yang primitif melalui selat Inggeris daripada Sepanyol, Itali, Greece atau Perancis.

Ketika ditemui, rangka tersebut bersemadi dalam keadaan mengiring bersama-sama rantai batu Amber yang cantik. Kubur tersebut terletak tidak sampai satu kilometer daripada Stonehegde. Dianggarkan bahawa rangka budak yang dikenali sebagai Boy in the Amber Necklace hidup ketika dunia masih lagi mengalami Zaman Gangsa.

Rantai Amber yang dipakainya

Sebelum penemuan yang bersejarah ini, terdapat kira-kira dua penemuan lain yang hampir sama dengan penemuan kali ini. Penemuan yang paling awal adalah penemuan rangka manusia yang digelar Amesbury Archer pada 2002 yang mana ia ditanam bersama-sama harta karun yang terdiri daripada emas dan tembaga. Melalui bentuk rangkanya, dipercayai manusia tersebut berasal daripada penggunungan Alps.

Boy in the Amber Necklace

Seterusnya, ahli arkeologi berjaya menemui sekumpulan rangka manusia yang digelar Boscombe Bowmen yang terdiri daripada tujuh lelaki, wanita dan kanak-kanak. Ia yang ditemui pada tahun 2003 telah ditemui kuburnya berdekatan dengan kubur Amesbury Archer. Kedua-dua kubur misteri ini ditanam tidak jauh daripada monumen Stonehedge. Daripada analisis gigi rangka purba tersebut, ia dipercayai berasal Wales atau Lake District dan berusia kira-kira 2500BC.

Ketiga-tiga penemuan ini mengejutkan ahli arkeologi dan para saintis. Saintis tidak menolak kemungkinan Stonehedge ketika itu telah pun menjadi tempat tarikan manusia daripada segenap pelosok dunia. Mereka sanggup datang daripada jauh bagi melihat dengan mata kepala sendiri kehebatan dan keagungan Stonehedge sepertimana manusia pada zaman moden sekarang.

 

Nukilan Penulis: Stonehedge yang MISTERI

Misteri mengenai Stonehedge sememangnya sukar untuk diungkap dengan penjelasan saintifik. Daripada pembinaan hingga perkara-perkara yang bersangkutan dengannya, ia sentiasa diselubungi misteri. Penulis berani kerat jari bahawa saintis dan para pengkaji masih belum dapat menjelaskan dengan terperinci misteri mengenai Stonehedge ini.

Seperti penemuan baru-baru ini, sekumpulan ahli arkeologi telah menemui ‘kembar’ Stonehedge yang diperbuat daripada kayu. Seperti penulis cakap awal-awal tadi, penemuaan ini juga turut diselubungi misteri. Ramai saintis ingin merungkai misteri pembinaan kembar Stonehedge, namun penjelasan mereka masih longgar.(Klik SINI untuk membaca entry mengenainya).

Apa-apapun, pembaca di luar sana bersabarlah. Jika mengikut statistik dan pola, banyak lagi penemuaan yang bersangkutan dengan Stonehedge akan terdedah dari semasa ke semasa. Kita sama-sama tunggu..

Ekstra: Adakah Stonehedge ibarat Kaabah bagi orang-orang Eropah zaman dahulu-kala?Tempat yang dituju untuk melaksanakan ibadat, berdoa, bermunajat atau bertaubat!

bersama-sama fikir-fikirkannya..

 

~Artikel ini dirujuk sepenuhnya di laman sesawang www.dailymail.co.uk

Penemuaan ‘Stonehedge’ versi kayu!

Oleh: takusahrisau

Tarikh: 23/7/2010 

 

Sekumpulan penyelidik yang terdiri daripada Eamonn Baldwin dan Dr. Vince Gaffney masing-masing daripada University of Birmigham,Dr. Chris Gaffney daripada University of Bradford, Prof. Wolfgang Neubauer daripada Ludwig Boltzmann Institute telah menjumpai Stonehedge versi buatan kayu yang kedua setelah menjumpai buat kali pertama pada tahun 1925. ‘Woodenhedge’ terbaru ini masih belum diberi nama,tetapi setakat ini mereka memanggilnya sebagai ‘Newhedge’.

Dari kiri: Eamonn Baldwin,Dr. Chris Gaffney dan Prof. Wolfgang Neubauer

 

Penemuan ini yang amat mengejut sekurang-kurangnya untuk tahun ini telah menggunakan alat radar yang canggih. Monumen ini mempunyai himpunan 24 batang kayu yang agak luas dengan ketinggian purata setiap kayu adalah 19 kaki.

Ilustrasi 24 batang kayu tercacak di tapak Newhedge.

Newhedge terletak hanya beberapa ratus batu daripada Stonehedge dan memiliki ciri-ciri Stonehedge iaitu pintu masuk ke dalam tapak Newhedge sejajar dengan summer solstice  yang mana membenarkan cahaya matahari ke tengah-tengah Newhedge apabila pertengahan hari pada musim panas(Midsummer’s Day).

Ilustrasi oleh Phil Argent.

Penyelidik telah memetakan tarikh pembinaannya dan ia menunjukkan pembinaannya adalah pada 5000 tahun yang lampau iaitu lebih kurang sama waktunya dengan Stonehedge.

Pemetaan Newhedge dengan menggunakan radar yang canggih.

Pakar menyatakan tujuan pembinaannya Newhedge adalah untuk tapak pengebumiaan dan juga majlis keagamaan bagi manusia Zaman Gangsa ketika itu.

 

~Artikel ini dirujuk sepenuhnya dalam website www.dailymail.co.uk

%d bloggers like this: