Tag Archive | malaikat

Para Malaikat Memberi Bantuan Kepada Pejuang Chenchya..

Oleh: takusahrisau

 

Dalam berjihad di jalan Allah swt, kejadian pelik dan aneh seringkali berlaku. Kejadian seperti ini sudah pun dirakam oleh Allah swt dalam al-Quran sejak 1,400 tahun yang lampau. Peristiwa di Badar dan semasa di Perang Hunain menyaksikan segerombolan bantuan malaikat turun membantu Rasulullah saw dan para sahabat di medan perang. Kejadian aneh ini disaksikan sendiri oleh para sahabat dan terdapat kesaksian mereka terkandung dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Tiada yang mampu dikatakan selain daripada memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt dan laungan takbir. Kejadian bantuan daripada tentera Allah ini turut sama berlaku di beberapa tempat terpilih seperti yang diberitakan berlaku di pergunungan Chenchya.

Inilah keistimewaan yang Allah swt berikan kepada pejuang-pejuang yang sentiasa meletakkan agama Allah di tempat paling atas berbanding perkara-perkara lain. Tiada sebab untuk Allah swt tidak memberi pertolongan sekiranya hal sedemikian memberi kemenangan kepada Islam. Maha Suci Allah Yang Maha Pemberi Pertolongan.

Ikutilah penceritaan daripada seorang Mujahiddin yang menjadi saksi kepada kejadian aneh ini. Moga Allah swt melimpat gandakan pahala kepada mereka dan menempatkan mereka di syurga yang telah dijanjikan.

Kesaksian Para Malaikat Memberi Bantuan

Kami berperang dalam satu batalion bersama komandan operasi, dan selama perjalanan kembali dari Grozny menuju ke sebuah gunung tiba-tiba muncul jet pejuang Rusia yang menerjunkan ratusan tentaranya. Kami mulai bersiap siaga. Pada waktu itu kami dalam keadaan berkaki ayam pada malam yang gelap gelita serta di atas tanah yang dipenuhi salji.

Tentara-tentera Rusia tersebut mendarat di atas gunung sedangkan kami berada dibawahnya. Hal ini membuat sudut pandangan kami menjadi tidak jelas, sedangkan bagi pihak mereka sangat jelas. Oleh sebab posisi mereka yang berada di atas kami menyebabkan kami tiada tempat untuk berlindung.

Tapi tiba-tiba mereka diliputi kekacauan dan ketakutan dan mereka pun mulai menembak. Dan aku bersumpah atas nama Allah, kami melihat mereka menembak ke atas, padahal posisi kami di bawah.

Komander Khattab

 

Kemudian keadaan tiba-tiba berubah menjadi tenang dan hening. Kami pun menunggu hingga setengah jam. Komandan Khattab berkata,

“Saya ingin beberapa orang untuk mendaki gunung bagi mengetahui apa yang sedang terjadi dan mengapa mereka menghentikan tembakan”.

Seluruh mujahidin mengangkat tangannya. Maka komandan Khattab hanya memilih tujuh mujahiddin untuk mendaki ke atas. Setelah satu jam menunggu, kami mendengar tujuh mujahiddin yang ditugaskan untuk menyiasat melaungkan takbir di atas gunung. Laungan takbir tersebut memecahkan kesunyian malam.

Laungan takbir

Dengan rasa ingin tahu kami pun mendapatkan mereka. Sampai di atas gunung, segera kami bertanya kejadian sebenarnya. Sesaat kemudian seluruh Mujahidin bertakbir. Ternyata kami menemukan kejadian yang mengejutkan, ratusan tentara Rusia telah terpenggal.

Melihat keadaan tentara-tentara Rusia tersebut, kami beranggapan mayat mereka dipenggal dengan pedang yang begitu tajam, atau paling tidak mungkin dengan gergaji elektrik. Kami yakin tidak mungkin seorang manusia mampu melakukannya. Tambahan pula, tentera Russia terkenal dengan kecekapan dan kemahiran mereka dalam selok-belok peperangan.

Satu lagi kejadian aneh di mana senjata api mereka iaitu Kalashinkov masih tergengam di tangan mereka dan tidak sedikitpun mengalami kerosakan. Pisau-pisau dan senjata mereka yang lain pun masih lagi elok.

Jumlah tentara Rusia yang terpenggal ada sekitar ratusan orang. Melihat kepada hal sedemikian, kami menyedari bahawa sesungguhya Allah telah mengirim para malaikat-Nya untuk menolong kami.

Dipetik daripada buku “Karamah Mujahidin dari Masa ke Masa” oleh Abu Muhammad

__________________________

Segalanya lebih menarik di

Advertisements

UFO sebagai kenderaan para Malaikat?

Oleh: takusahrisau

 

UFO (Unidentified Flying Object)

UFO adalah singkatan bagi Unidentified Flying Object. Istilah UFO mula digunakan apabila seorang usahawan Amerika Syarikat Kennent A. Arnold menjumpai segerombalan sembilan objek yang tidak dapat dikenalpasti pada 24 Jun 1947 di Mt. Rainier. Ia adalah fenomena penglihatan UFO pada zaman moden yang pertama sekali direkodkan.

Setelah fenomena di Mt. Rainier itu, beribu-ribu lagi fenomena lain melanda dunia sehingga ke Malaysia sendiri pernah menyaksikan beberapa kali UFO dilihat oleh masyarakat setempat.

Surat perakauan yang ditandatangani oleh Kenneth A. Arnold

Walaubagaimanapun, pengkaji UFO masih belum mengetahui siapakah berada di dalam UFO. Umum mengetahui bahawa makhluk asing sering dikaitkan dengan UFO. Makhluk asing yang dimaksudkan mempunyai ketinggian 3-4 kaki, mempunyai berkepala dan mata yang besar.

Tragedi Roswell yang terjadi pada Jun atau Julai 1947 di sempadan Mexico dan Amerika Syarikat mengundang pelbagai persoalan. Ini kerana terdapatnya pelbagai campur tangan daripada kerajaan US dan tentera terhadap kes ini. Kejadian ini bermula apabila satu pesawat pejuang telah menembak jatuh objek yang tidak dikenalpasti iaitu UFO. Pertikaian masih berlarutan sehingga sekarang kerana kerajaan US mendakwa yang terhempas itu bukannya UFO tetapi belon kaji cuaca yang biasa disalah anggap sebagai UFO. Ia masih lagi menjadi misteri.

Tragedi Roswell yang menjadi tajuk utama dalam surat khabat Roswell Daily Record

 

UFO sebagai kenderaan Malaikat

Tidak salah jika penulis beranggapan UFO adalah kenderaan para Malaikat. Daripada segi istilahnya juga malaikat sebenarnya adalah makhluk asing. Makhluk asing dengan kata yang mudah adalah hidupan yang tidak bermastautin di bumi.

Terdapat satu kisah sahabat Rasullulah saw iaitu Usaid Bin Hudair ra. Sahabat Rasullulah saw ini berasal daripada golongan Ansar dari suku Auws. Beliau dihormati oleh seluruh masyarakat Ansar dan juga Muhajirin kerana kelebihan yang ada pada beliau. Sahabat Rasullulah saw yang mulia ini adalah seorang yang pandai membaca dan menulis serta penunggang kuda yang baik. Beliau juga dikenali pemanah yang tepat.

Kisah Usaid bin Hudair

Pada suatu tengah malam Usaid duduk di tempat ibadahnya manakala anaknya duduk disampingnya. Kuda beliau yang akan disiapkan untuk jihad tidak lama lagi terikat tidak jauh darinya.

Pada ketika itu, keadaan malam tenang dan sejuk, bintang-bintang seakan-akan akan jatuh ke bumi, maka timbullah keinginan Usaid untuk menghiasi keadaan yang sejuk ini dengan wangi-wangian bacaan al-Quran.

Usaid mulai membaca permulaan surah al-Baqarah dengan suara yang merdu dan indah. Usaid dikenali sebagai pengalun bacaan al-Quran yang merdu dan mengasyikkan.

Tiba-tiba kudanya meronta-ronta sehinggakan tali untuk mengikatnya hampir terlucut, kemudian Usaid menghentikan bacaannya. Seketika itu juga kudanya pun menjadi diam dan tenang.

Kemudian Usaid mengulangi bacaannya kembali dan kuda beliau meronta-ronta kembali bahkan lebih teruk daripada yang pertama tadi. Usaid menghentikan dari bacaanya dan kudanya ikut diam sepertimana peristiwa pertama tadi. Maka Usaid mengulangi perbuatan tersebut berulang-ulang dan tidak menghiraukannya.

Walaubagaimanapun Usaid kasihan akan anaknya jika terbangun dari tidurnya lalu dia bangun menuju ke arah kudanya. Tatkala berjalan, Usaid melihat ke langit dan melihat awan berjajaran dilangit membentuk payung yang sangat besar. Dan disampingnya terlihat seperti susunan cahaya yang menerangi seluruh permukaan  sehinggakan Usaid naik ke tangga rumah untuk melihat yang hal menakjubkan ini sehingga hilang dari pandangannya.

Tidak pernah dilihat kejadian yang aneh ini oleh mata manusia sama sekali. Ketika waktu pagi tiba, bersegeralah Usaid menuju Rasulullah dan menceritakan apa yang terjadi pada dirinya semalam.

Maka Rasulullah berkata kepada Usaid:

Para Malaikat itu sedang mendengarkan bacaanmu wahai Usaid, andaikan kamu melanjutkan bacaanmu pasti manusia akan melihat para malaikat yang sebelumnya terhalang pandangan mereka dari para Malaikat” 

 

Dan apakah payung yang sangat besar itu?adakah ia menyerupai UFO yang dilihat zaman moden sekarang?

 

Kisah-kisah lain yang mengaitkan UFO adalah kenderaan Malaikat

 

 1.              Kisah Ezekiel di dalam Torah

Ezekiel atau Zulkifli adalah seorang nabi yang dipercayai hidup sekitar kurun ke-6 sebelum masihi. Ezekiel banyak disebut di dalam kitab Torah(Taurat) tetapi tidak banyak dibicara dalam al-Quran mengenai kisah-kisahnya. Di dalam Taurat, dalam Book of Ezekiel telah terkandung kisah Ezekiel dan  objek yang terbang di langit pada ayat Ezekiel 1:4-1:24.

Ilustarasi pada abad ke-16 oleh M. Merian.

2.              Kisah Elijah di dalam Bible

Elijah atau Nabi Alias as adalah seorang yang diturunkan untuk memperbetulkan akidah orang-orang Yahudi yang tersesat yang mana telah menyembah patung Baal.

Pada usia tuanya, Elijah menurut kitab Bible dalam King of Kings 2:7-12 telah dibawa oleh Tuhan untuk menaiki chariot ke syurga.

3.              Columbus dan UFO?

Pada tahun 1492 dalam “The Life and Voyages of Christopher Columbus.”  Christopher Columbus dan pembantunya Pedro Gutierrez ketika di atas dek Kapal Santa Maira, kebetulan terlihat, “a light glimmering at a great distance.”

Ia kemudian hilang walaubagaimanapun muncul kembali beberapa ketika kemudian sebanyak beberapa kali. Aksinya memang memeranjatkan dengan aksi turun dan naik di langit.

Columbus atau nama sebenarnya Christopher Columbus yang memang terkenal sebagai pakar dalam ilmu astronomi telah berkata kepada anak kapalnya bahawa itu pertanda kepada mereka bahawa mereka akan sampai ke daratan tidak lama lagi. Seperti yang diramalkan,mereka kemudian menjumpai daratan 4 jam kemudian.!

4.             Josephus dan buku Jewish War

Josephus atau Yosef Ben Matinyahu yang hidup kira 37-100 selepas masihi merekodkan dalam Jewish War” Book CXI,

“On the 21st of May a demonic phantom of incredible size…for before sunset there appeared in the air over the whole country chariots and armed troops coursing through the clouds and surrounding the cities.”

nota kaki: Josephus adalah seorang yahudi yang merekodkan Peperangan Jewish-Roman yang akhirnya penawanan juruselam pada 70AD. Josephus dipercayai salah seorang yang menyemai semangat Greoco-Roman dalam budaya bangsa Yahudi sehingga ia dikenali sebagai budaya Hellenistik-Judaism.

5.             Kejadian di Nuremberg

Pada tahun 1561 di  Nuremberg,Jerman:  Seluruh langit telah diselubungi oleh objek terbang berbentuk silinder dan cakera yang berputar. Kira-kira 200 objek tersebut dengan pelbagai warna antara hitam, merah dan jingga yang kebanyakkan adalah berbentuk sfera.!

Ilustrasi pelukis mengenai kejadian bersejarah di Nuremberg,Jerman

 

 

Bukti bahawa ‘UFO’ adalah kenderaan Malaikat

1.         Kerana kemunculan UFO tidak pernah sekalipun menganggu manusia. Malah tidak pernah menembak atau mengajak untuk berperang. Akan tetapi direkodkan, manusia yang menembak dan cuba untuk menangkap ‘mereka’. Malaikat dikenali sebagai makhluk Allah swt yang taat dengan suruhan dan tidak sesekali mengingkari arahan Allah swt.

2.         UFO muncul diseluruh pelusuk dunia dan hampir setiap budaya mempunyai kisah penemuan UFO mereka sendiri. Ini bermakna, bilangan UFO adalah terlampau banyak dan benar-benar selari dengan sabda Rasullulah saw:

“Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian. Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian daripadanya adalah bilangan jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia”

Hadis ini membawa maksud bahawa makhluk Allah yang terbesar sekali bilangan jumlahnya ialah para Malaikat.

3.         Malaikat boleh mengubah bentuknya dengan izin Allah swt. Tidak mustahil jika makhluk yang berada dalam UFO adalah malaikat!.

~Amaran: Artikel ini mengandungi teori-teori yang mana pada sesetengah pembaca sukar untuk menerimanya kerana ia mungkin sesuatu yang baru pada mereka. Perlu diingatkan, artikel ini tidak langsung melanggar syariat dan kepercayaan kita sebagai Umat ISLAM.

%d bloggers like this: