Part 1: Paul McCartney Telah Meninggal Dunia Sejak 1966..?


Oleh: takusahrisau

 

The Beatles ditubuhkan pada tahun 1960 oleh lima anak watan Liverpool, John Lennon, Paul McCartney, George Harrison dan Stuart Sutcliffe dan Pete Best. Mereka membina reputasi sebagai kumpulan muzik Rock&Roll di kelab-kelab sekitar Liverpool dan Hamburg. Walaubagaimanapun, jodoh Stuart Sutcliffe dan Pete Best tidak panjang. Mereka meninggalkan grup, dan posisi Pete Best sebagai pemain drum diganti oleh Ringgo Star.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Keanggotaan Ringgo Star bagaikan telah memenuhi kuota The Beatles dan Star melengkapkan barisan bintang di dalam The Beatles bersama-sam Lennon, McCartney dan Harrison. Keempat-empat mereka kekal bersama di dalam The Beatles sehingga pepecahan yang mengejutkan peminat muzik di seluruh dunia pada 1969/1970.

Anggota paling menonjol

Di kalangan keempat-empat anak muda Liverpool ini, ternyata Paul McCartney berjaya memikat hati ramai peminat mereka. Sekitar tahun 1960-an, McCartney dianggap ‘most charming person’ bukan sahaja kerana rupa parasnya bahkan bakatnya yang sangat luar biasa. Samaada peminat lelaki atau perempuan, McCartney dianggap tenaga utama The Beatles selain John Lennon.

Sumbangan

Paul McCartney dilahirkan pada 18 Jun 1942. Di kalangan anggota beliau adalah anggota kedua termuda selepas George Harrison yang lahir pada tahun 1943. McCartney memainkan peranan utama dalam kejayaan perjalanan muzik The Beatles. McCartney bertanggungjawab menghasilkan kebanyakan lagu-lagu hits The Beatles seperti Help(bersama Lennon), Let It Be, dan sudah tentu Yesterday. Lagu Yesterday dianggap lagu paling berjaya daripada The Beatles dan dinyanyikan kembali sebanyak 2,200 artis di seluruh dunia.

Konspirasi 1966

Pada Oktober 1969, iaitu tiga minggu selepas perlancaran album terbaru mereka, Abbey Road, seorang DJ daripada radio WKNR, Russ Gibb menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mahu dipanggil ‘Tom’. Dalam perbualan tersebut, Tom mendakwa Paul McCartney telah meninggal dunia pada 9 November 1966 akibat nahas jalanraya.

Pendengar-pendengar radio terkejut dengan pendedahan tersebut tambahan pula bukti-bukti yang ditampilkan sangat bertepatan dengan klu-klu kematian McCartney. Khabar angin kematian McCartney seterusnya tersebar di seluruh dunia dan ia membuatkan fenomena The Beatles tidak kunjung padam. Khabar angin yang dikenali sebagai ‘Paul Is Dead’ ini menambahkan lagi status lagenda kepada grup hebat daripada England ini.

Alamat-alamat Kematian McCartney dirungkai

Selepas tersebarnya khabar angin tersebut, ramai peminat di seluruh dunia tidak mempercayainya kerana mereka tetap yakin McCartney yang masih berdiri melakukan persembahan bersama dengan ahli-ahli The Beatles adalah McCartney yang sebenar-benarnya. Mereka menolak sekeras-kerasnya dakwaan McCartney telah diganti dengan seorang wajah seiras dengan beliau, William Shears Campbell. Segala dakwaan berkaitan dengan kematian McCartney dianggap sampah dan ia langsung tidak berasas.

Klu Album Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band

Album Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band boleh dianggap sebagai album paling berjaya untuk band The Beatles. Melalui album ini, The Beatles dicalonkan sebanyak tujuh kategori untuk Anugerah Grammy pada tahun 1968 dan memenangi empat daripadanya termasuk percalonan Album of the Year.

Seiring dengan kejayaan album ini, beberapa kontroversi turut menghambatnya termasuk lagu Lucy in the Sky with Diamonds yang dikaitkan dengan istilah dadah LSD. Lucy in the Sky with Diamonds dikatakan singkatan kepada dadah LSD yang menjadi ‘dadah rasmi’ golongan Hippies di Amerika Syarikat.

Kontroversi album ini tidak berhenti di situ. Album ini turut menjadi kajian dan bahan penyelidikan untuk mengaitkan ia dengan kematian anggota paling popular The Beatles, Paul McCartney. Klu-klu kematian McCartney telah sedia dimuatkan dalam setiap sudut album ini dan ia menambah keyakinan bahawa McCartney telah meninggal dunia.

Cover Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band

Cover album ini tersemat pelbagai klu dan petunjuk bahawa Paul McCartney telah pun meninggal dunia sepertimana yang menjadi khabar angin. Setiap anggota The Beatles memakai pakaian beragam mirip golongan Hippies di Amerika Syarikat. Dalam satu sudut, setiap anggota The Beatles memakai sut kemas dan berdiri sugul menghadap ke bawah. Ia umpama menggambarkan mereka ‘sedang’ berada di upacara pengebumian. Seorang anggota Beatles memegang bahu seakan-akan memujuk kawan supaya bersabar  Tambah menarik apabila bunga-bunga yang diatur di hadapan mereka mirip bunga-bunga yang diatur di atas keranda semasa upacara pengebumian.

Refleksi Tulisan pada Dram

Di satu sudut yang lain pula, satu dram telah ditempatkan di tengah-tengah dengan tulisan Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band yang mana ia menjadi tajuk album tersebut. Tulisan di tengah-tengah dram iaitu Lonely Hearts telah memberi kita satu petunjuk yang mengejutkan.

Tulisan Lonely Hearts apabila dipantul dan disongsangkan, ia akan membentuk perkataan  ONE IX HE ♦ DIE (One one nine he die) atau  November 9 he die. 9 November adalah tarikh kematian Paul McCartney pada tahun 1966 akibat nahas jalanraya. Manakala berlian yang berada di tengah perkataan HE dan DIE merujuk kepada Paul McCartney.!

Patung

Di sudut kanan album ini, terdapat sebuah patung ‘misteri’ yang pada bajunya tertulis jelas ‘Welcome the Rolling Stones Good Guys’. Ia seakan-akan menggambarkan bahawa selepas kejatuhan The Beatles iaitu dengan kematian teraju utama mereka, Paul McCartney, grup baru yang dikenali Rolling Stones akan muncul sebagai kuasa terbaru dalam industri muzik. Grup Rolling Stones ditubuhkan pada 1962 iaitu dua tahun selepas penubuhan The Beatles. Namun, sekitar tahun 1960-an, reputasi Rolling Stones sentiasa dibayangi oleh The Beatles yang menampilkan muzik lebih soft dan catchy. Pada tahun 1970-an, Rolling Stones tampil sebagai kuasa muzik baru dunia dan ia bertepatan dengan ayat pada patung misteri tersebut.

Balutan lengan OPD

Pada 7 November 1969, majalah LIFE telah menemubual Paul McCartney dan menanyakan berkenaan balutan tangan yang bertulis OPD. Wartawan LIFE memusatkan pandangannya berkenaan OPD yang mana pada anggapannya OPD adalah singkatan kepada perkataan Officially Pronounced Death.

Walaubagaimanapun, ‘McCartney’ menafikan telahan tersebut, beliau dengan tenang menjawab,

“It is all bloody stupid. I picked up that OPD badge in Canada. It was a police badge. Perhaps it means Ontario Police Department or something.”

‘McCartney’ Pusing Belakang

Dalam satu gambar di dalam album tersebut yang berlatarbelakangkan warna merah, McCartney telah memilih posisi membelakangkan kamera sedangkan anggota The Beatles yang lain kesemuanya memandang ke arah kamera. Ia seakan-akan menggambarkan kepada peminat-peminat The Beatles bahawa ‘beliau telah pergi jauh’.

Turut dirungkai dalam gambar tersebut adalah misteri jari telunjuk George Harrison seperti memberitahu sesuatu. George Harrison yang posisinya berada di tepi McCartney telah menunjukkan jarinya kepada lirik yang berbunyi ‘Wednesday morning at five o’clock as’. Ironi sekali apabila ia bertepatan dengan hari dan waktu kemalangan yang menjadi khabar angin terbunuhnya Paul McCartney.!

 

I Am The Walrus

Dalam album Magical Mystery Tour, Paul McCartney telah memakai kostum Walrus atau anjing laut. Mengikut tradisi bangsa Nordic, anjing laut adalah simbol kepada kematian dan anggota The Beatles semestinya mengerti akan simbol ini.

 

Filem Magical Mystery Tour

Dalam satu sedutan filem yang dilakonkan oleh The Beatles, Magical Mystery Tour, McCartney berdiri di tepi kasut yang terdapat sedikit calitan darah. Bagi yang menyedarinya, ia mungkin hanya satu kebetulan tetapi kepada yang mempercayai bahawa McCartney telah meninggal dunia, ia adalah satu klu yang disengajakan.

Tidak jauh daripada McCartney, terdapat pula dram yang bertulis perkataan ‘Love 3 The Beatles’. Ramai beranggapan ia adalah klu merujuk kepada tiga anggota asal The Beatles yang masih hidup iaitu John Lennon, George Harrison dan Ringgo Star.

Masih lagi berkenaan filem Magical Mystery Tour. Dalam satu adegan, McCartney berkostum sut tentera. Di hadapan beliau terdapat tulisan misteri, I you WAS. Apakah yang dimaksudkan dengan tulisan tersebut?Mengapa tulisan tersebut perlu digambarkan dalam sebuah filem?Penggemar konspirasi menjawab pendedahan ini dengan mengatakan I you WAS adalah ayat yang sengaja diletakkan di hadapan McCartney untuk memberi jawapan secara tersirat yang mana Paul McCartney sudah pun meninggal dunia. Pendek kata, ayat penuhnya adalah I WAS you yang merujuk kepada beliau(Paul McCartney yang sebenarnya) telah diganti oleh seorang yang mirip kepadanya iaitu individu di dalam gambar di bawah.

 

The Walrus Was Paul

Dalam satu lirik lagu Glass Onion yang terkandung dalam album yang diterbitkan pada 1968, White Album, Lennon telah menulis lirik ‘The Walrus was Paul’. Ia telah benar-benar menunjukkan teori Walrus yang dikaitkan dengan kematian McCartney telah diyakinkan kepada kita melalui lirik John Lennon.!

 

Klu melalui teknik Backmasking

John Lennon dikatakan telah bereksperimen untuk pertama kalinya dalam album White Album. Eksperimen yang dimaksudkan adalah memasukkan ayat melalui teknik backmasking. Beberapa klu telah berjaya dirungkai melalui teknik backmasking. Antara lagu tersebut adalah Revolution 9 yang mengandungi lirik ‘Turn me on, dead man’ dan lagu I’m so tired dengan lirik ‘Paul is dead man, miss him, miss him, miss him’.

 

Cover Album Let It Be

Dalam album Let It Be, Paul McCartney tampil dengan latar belakang berwarna merah sedangkan anggota Beatles lain berlatarbelakangkan warna putih. Warna merah dipercayai membawa maksud darah dan kematian. Tambah menarik, hanya wajah McCartney tidak difokus sepenuhnya kerana dilindungi mikrofon di hadapannya.

 

Cover Album Abbey Road yang Misteri

Album Abbey Road adalah album terakhir The Beatles sebelum mereka berpecah. Cover album ini dipercayai sarat dengan mesej-mesej yang tersirat. Paul McCartney kelihatan sangat janggal daripada tiga anggota Beatles yang lain. Paul dirakam berjalan dengan langkah sebelah kanan sedangkan yang lain dengan langkah kaki kiri.

Mata Paul juga terpejam, bersut hitam dan tidak berkasut. Manakala anggota lain seperti John Lennon berpakaian putih, Ringgo Star bersut hitam dan Harrison berseluar jean dan denim. Ramai mendakwa ia membawa maksud McCartney adalah ‘jenazah yang ingin dikuburkan’, Lennon adalah paderi, Ringgo Star adalah pelawat yang berkabung dan Harrison pula adalah penggali kubur. Di England, kebanyakan masyarakat mereka mengebumikan jenazah dalam keadaan jenazah tidak memakai kasut. Daripada tradisi inilah timbulnya pendedahan bahawa McCartney dikaitkan dengan ‘jenazah yang ingin dikebumikan’.

Plat 28IF

Di sebelah kiri di belakang mereka terdapat sebuah kereta jenis Volkswagen putih yang bernombor plat 28IF. Ia didakwa memberi gambaran bahawa jika McCartney masih hidup, beliau berumur 28 ketika itu.

Bersambung..Part 2: Bukti Fizikal Paul McCartney Yang Meragukan..

_____________________________

Segalanya lebih menarik di

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: