Archive | August 2012

X-ray Simoncelli Yang Mengerikan..

Oleh: takusahrisau

 

Masih ingat lagi pelumba kelahiran Itali yang berusia 24 tahun, Marco Simoncelli yang maut di litar Sepang semasa berlangsungnya Grand Prix Malaysia pada 23 Oktober 2011? Kini tersebar foto X-ray tulang tengkuk Simoncelli yang sangat mengerikan.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Kecederaan parah yang dialami oleh Simoncelli itu kemungkinan besar adalah impak yang terhasil akibat perlanggaran antaranya dengan Colin Edwards dan Valentino Rossi. Simoncelli terbabas semasa mengambil selekoh dan kemudiannya terjatuh sebelum dilanggar tanpa dapat dielak oleh rakan senegeranya, Valentino Rossi dan Colin Edwards. Dalam perlanggaran itu, Edwards mengalami seliuh di bahu manakala Rossi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Selepas perlanggaran tersebut, bendera merah dikibarkan dan perlumbaan diberhentikan serta-merta. Simoncelli meninggal dunia pada jam 4.56 petang(waktu Malaysia) dan disahkan mengalami kecederaan parah di kepala, dada dan leher.

____________________________

Segalanya lebih menarik di

Blue Marlin dan Dockwise, dua Kapal Terbesar di Dunia..

Oleh: takusahrisau

Blue Marlin merupakan kapal yang cukup luar biasa yang mana kapal ini mampu mengangkut kira-kira 22 buah kapal yang masing masing memiliki berat purata 3000 tan. Kapal raksasa ini sebenarnya memiliki keupayaan untuk mengangkut barang sehingga berat mencapai 75 ribu tan.

Kapal ini memiliki ukuran panjang 217 meter dan tingginya 42 meter. Deknya pula sangat luas iaitu dua kali ganda padang bola sepak. Miskipun dengan dengan saiz mega, kapal ini bagaimanapun mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 13 knot berenjin diesel bersamaan kekuatan 17 ribu kuasa kuda.

Rekod yang telah dipecahkan oleh Blue Marlin adalah ketika kapal ini berupaya mengangkut sebuah kilang minyak yang memiliki berat mancapai 60,000 ton yang dibawa dari Korea menuju Corpus Christi, Amerika Syarikat pada tahun 2004.

Blue Marlin yang siap dibina pada tahun 1999 bakal digantikan oleh Dockwise sebagai kapal terbesar daripada jenis yang mana mampu mengangkut beban sehingga 110,000 tan.

Blue Marlin

 

Dockwise

 

 

 

 

Ucapan Unik Aidilfitri daripada Bintang Bolasepak,Samir Nasri..

Oleh: takusahrisau

 

Bintang bolasepak Perancis dan Manchester City, Samir Nasri, 25 mengucapkan Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di dunia melalui cara yang paling unik. Bekas pemain tengah Arsenal tersebut menayangkan tulisan pada bajunya yang bertulis ‘Eid Mubarak’ selepas menjaringkan gol ketika menentang kelab yang baru dinaikkan liga, Southampton. Selain Nasri, beberapa pemain Manchester City adalah beragama Islam seperti Eden Dzeko(Bosnia), Yaya Toure(Ivory Coast) dan Kolo Toure(Ivory Coast).

(Gambar) Isteri PM Turki Menangis Semasa Melawat Rohingya..

Oleh: takusahrisau

Isteri PM Turki, Emine Erdogan menitis air mata semasa melawat mangsa keganasan etnik di Rohingya. Lawatan mengejut wanita pertama Turki ini ditemani oleh menteri luar Turki, Ahmet Davutoglu dan staf-staf kerajaan yang lain.

Sesi lawatan ini adalah tidak lain untuk menyampaikan sumbangan kerajaan Turki kepada mangsa-mangsa pembunuhan kejam rejim junta Myanmar. Sumber rasmi menyatakan bahawa lebih kurang 80 orang etnik Rohingya terbunuh sejak insiden tersebut berlaku pada awal Jun tahun ini.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Etnik muslim Rohingya dianggarkan mempunyai populariti hampir 800,000 orang namun ia dianggap etnik paling tersisih di dunia. Etnik muslim Rohingya mengalami deskriminasi yang tegar daripada kerajaan Myanmar yang majoriti rakyatnya beragama Buddha. Mereka tidak boleh mengamalkan ajaran Islam secara terang-terangkan, hak sebagai rakyat Myamnar ditolak dan masjid tempat mereka beribadat dibakar dan dirobohkan.

Lawatan Emine Erdogan membuka lembaran baru kepada masyarakat Islam di seluruh dunia terutama kepada masyarakat Islam di negara Asia Tenggara yang majoritinya diam membisu. Pemimpin-pemimpin Islam di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei tidak mampu memberi komitmen yang berkesan terhadap isu Rohingya. Tidak tahu apa sebabnya, mereka gagal untuk bertindak sebagai saudara Islam ketikamana saudara Islam mereka tersempit di wilayah Arakan.

___________________________

Segalanya lebih menarik di

SubhanaAllah..Allah Turunkan Hujan Setelah Rejim Basyar al-Assad Potong Punca Air Utama..

Syahid Tanpa Pernah Solat Walau Satu Rakaat..

 

 

 

Lelaki ini Bermain Gitar Hanya Dengan Menggunakan KAKI..

Oleh: takusahrisau

Lelaki yang dikenali sebagai George Dennehy ini mempunyai bakat yang cukup luar biasa. Miskipun dilahirkan sebagai orang yang kurang upaya, namun beliau membuktikan bahawa individu seperti beliau mampu melakukan sesuatu yang lebih hebat daripada individu yang dilahirkan sempurna.

Beliau yang baru berusia 18 tahun mampu bermain alat muzik cello dan piano dengan sempurna selain daripada gitar. Bakat semulajadi yang ada pada Dennehy telah menarik minat pemain dram Goo Goo Dolls,  Mike Malinin. Baru-baru ini beliau telah menjemput Dennehy untuk bersama-sama bandnya bagi mengadakan persembahan.

Ketika melakukan persembahan dengan Goo Goo Dolls

Jadual Matrik Untuk Menentukan MALAM LAILATUL QADAR..

Oleh: takusahrisau

 

Berikut adalah jadual matrik untuk menentukan malam Lailatul Qadar mengikut beberapa pendapat mahsyur daripada para sahabat, tabi’in dan ulama-ulama salaf. Jadual berikut boleh dijadikan panduan, namun ini tidak bermakna ia seratus peratus tepat. Walaubagaimanapun, sekurang-kurangnya, ia memudahkan umat Islam untuk mencari malam yang disifatkan sebagai ‘malam yang lebih baik daripada 1000 bulan’.

Harap membantu.

(Gambar) China Daripada Tahun 1901 Hingga 1903..

Oleh: takusahrisau

China memiliki sejarah yang panjang. Dipercayai bahawa China mula diasaskan oleh seorang maharaja bernama Shih Huang Di(259BC-210BC) pada 221 sebelum masihi. Sebelum daripada itu, wilayah-wilayah di tanah besar China wujud melalui kerajaan-kerajaan yang berasingan.

Shih Huang Di memiliki kredibiliti hebat sebagai seorang maharaja. Huang Di adalah seorang raja yang tegas dan bercita-cita besar. Beliau bertanggungjawab membina beberapa projek mega iaitu Mouseleum persemadian  yang  dibina bersamanya tentera Terracota dan Tembok Besar China.

Sejak kematian Shih Huang Di, China telah berulang-kali bertukar dinasti. Namun  begitu, kekuatan dan ekonomi China kekal unggul. Bangsa China mempelopori beberapa teknologi penting seperti kertas, roda dan bedil. Mereka menjadi kuasa utama dunia sehingga mereka dijajah oleh British semasa Zaman Kolonis. Daripada detik tersebut, tamadun China jatuh merudum. Rakyatnya jatuh miskin dan hidup merempat. Berjuta-juta bertindak berhijrah daripada China untuk mencari kekayaan.

Walaubagaimanapun, China kini bangkit dan kembali menjadi salah sebuah kuasa utama dunia. Ekonominya melonjak saban tahun. Adalah tidak mustahil China kemungkinan besar mampun menggantikan Amerika Syarikat dan Jepun menjadi kuasa ekonomi dunia.

Perkarangan Bandar Larangan

Peking Wall

Pintu masuk ke bilik Maharani

Pemandangan daripada Hetamen East

Pemandangan Hetamen North-West

Pemandangan daripada Hetamen. Kelihatan Bandar Imperial yang tersergam indah

 

Pemandangan daripada Hetamen North

 

Pemandangan daripada Hetamen South

 

Pemandangan daripada Hetamen South-West

 

Pintu gerbang Hetamen

 

Pemandangan di Tasik Lotos dan Peitasu

 

Pintu masuk ke Imperial Palace

 

Tembok Besar China

 

Kawasan pemburuan keluarga Diraja

 

Jambatan Marmar di Istana Musim Panas

 

Pemandangan dekat Istana Musim Panas

 

Pemandangan daripada atas Jambatan Marmar

 

Pemandangan daripada tembok ke Legation Quartier

 

 

Tembok Selatan Tartar City

 

 

 

(Gambar) Lelaki Bunuh Diri di KSL City, Johor Bahru..

Oleh: takusahrisau

Seorang lelaki dipercayai berbangsa cina ditemui meninggal dunia di lobi kompleks KSL City, Johor Bahru pada jam 5 petang(5 Ogos 2012) dalam keadaan yang mengerikan. Menurut orang ramai, lelaki tersebut dikatakan terjun dari tingkat tiga kompleks tersebut. Masih belum dapat dipastikan samada lelaki tersebut membunuh diri atau dibunuh.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

___________________________

Segalanya lebih menarik di

SubhanaAllah..Allah Turunkan Hujan Setelah Rejim Basyar al-Assad Potong Punca Air Utama..

Oleh: takusahrisau

 

Penduduk bandar Al-Rastan di Syria dikejutkan dengan limpahan hujan yang mencurah-curah selepas tindakan kejam rejim pemerintah Syria, Basyar al-Assad yang memotong punca air utama bandar tersebut. Peristiwa yang boleh dianggap ajaib ini berlaku pada 29 Mei 2012 yang lalu.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Video di bawah adalah bukti kepada pertolongan Allah swt kepada hamba-Nya yang teraniaya dengan pemerintahan yang zalim dan toghut.

Demikianlah, dan barangsiapa membalas seimbang dengan penganiayaan yang pernah ia derita kemudian ia dianiaya (lagi), pasti Allah akan menolongnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pema’af lagi Maha Pengampun.

(Surah Al-Hajj 22:60)

 

 

 

 

__________________________
Segalanya lebih menarik di

SubhanaAllah..Awan Membentuk Kalimah Muhammad di Masjid Nabawi Pada 7 Ramadhan..

Oleh: takusahrisau

 

Heboh di laman facebook apabila tersebarnya gambar awan membentuk kalimah Muhammad yang betul-betul dirakam di atas Masjid Nabawi, Madinah. Foto tersebut dipercayai dirakam pada 7 Ramadhan 1433H bersamaan 27 Julai 2012 ketika berlangsungnya solat Maghrib berjamaah di masjid yang juga menempatkan makam Rasulullah saw.