Beragama ISLAM..tetapi..


Oleh: takusahrisau

 

Frank Ribery,Islam tetapi..dituduh melacur

Inilah harga sebuah kekayaan. Baru-baru ini pemain antarabangsa Perancis, Frank Ribery telah dituduh melacur merogol seorang gadis muda yang bawah umur yang berusia 16 tahun. Gadis tersebut dikenali sebagai Zehra Dehar juga beragama Islam. Seorang rakan Ribery yang juga beragama Islam turut ditahan iaitu Karim Benzema. Sebelum ini, media sering melaporkan bahawa Ribery adalah seorang Islam yang baik yang mana sering menunaikan solat Jumaat setiap minggu di masjid. Tersebarnya skandal yang memalukan ini menyebabkan persepsi masyarakat terutama yang beragama Islam terhadapnya kian terhakis. Nama Islam Ribery adalah Bilal Yusuf Mohammed.

 

Ribery dan isterinya,langsung tidak menutup aurat.Jadi bagaimana hendak mengajar suaminya keindahan ISLAM?

Shah Rukh Khan,Islam tetapi..tidak pernah solat

Shah Rukh Khan adalah pelakon terkenal Bollywood. Tidak salah untuk menyatakan bahawa beliau adalah pelakon paling berjaya di dunia perfileman Bollywood. Namun yang tidak sedap didengar mengenai pelakon Kuch Kuch Hota Hai ini adalah beliau tidak pernah menunaikan ibadah fardhu iaitu solat lima waktu. Dalam satu temubual tidak lama dahulu, beliau menyatakan beliau hanya pertama kali solat apabila ibunya meninggal dunia.

Pada masa sekarang, sejauh mana pegangan agama Shah Rukh Khan amat diragui tambah-tambah beliau berkahwin dengan wanita beragama Hindu, Ghaury. Mengenai agama anak beliau, beliau menyatakan dalam satu temuramah bahawa anaknya boleh memilih agama mana yang disukainya samaada Islam atau Hindu. Sungguh menyedihkan.

Perkahwinan Shah Rukh Khan yang mengikut adat Hindu.

 

Asif Ali Zardari,Islam tetapi..minum arak

Beliau adalah presiden negara Islam Pakistan. Beliau juga bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Namun, dengan tersebarnya gambar beliau meneguk arak dalam satu persidangan dengan pemimpin negara-negara Barat baru-baru menyebabkan beliau dikecam dengan teruk oleh faundamentalis Islam di negaranya. Sungguh tidak hairan melihat pemimpin negara Islam meneguk arak kerana sememangnya itulah trend pemimpin-pemimpin negara Islam berpendidikan Barat zaman sekarang. Kenapa susah sangat hendak menjadi pemimpin sezuhud dan sewarak Umar al-Khattab atau Umar bin Abdul Aziz? Percayalah, jika anda menjadi seperti mereka, anda akan disanjung sehingga anda meninggal dunia, malah doa ulama-ulama akan sentiasa ‘bersama-sama’ anda.!

Asif Zardari sedang 'menikmati' kelazatan air kencing syaitan.

Ahjem Chaudry(ketika muda), Islam tetapi..minum arak dan mengambil ganja

Pada masa sekarang, beliau adalah suara utama yang mahu meningkatkan martabat Hukum Syarak di Britain. Miskipun sememangnya diketahui bahawa ia mustahil terjadi di negara yang 80% Kristian namun dengan kesungguhan beliau, beliau dianggap ancaman utama kepada Kristian bagi sesetengah masyarakat Kristian.

Maka, inilah yang terjadi kepada beliau. Baru-baru ini, tersebar dengan meluas gambar-gambar beliau ketika masih muda remaja. Pada masa itu, beliau masih lagi menuntut di Southampton University. Gambar-gambar beliau sedang meneguk arak dan mengambil ganja(cannabis) digunakan sepenuhnya untuk menjatuhkannya. Bersabarlah wahai Ahjem Chaudry!.

 

Kelekaan menjaga etika Islam zaman mudanya menyebabkan beliau dikritik hebat

Pada zaman tuanya,beliau dilihat sebagai penentang bagi amalan arak,zina dan perjudian yang paling ekstrim

 

Armand Troare, Islam tetapi..bertatu

Armand Troare mengaku dalam satu temubual bahawa beliau memiliki dua tatu di badannya iaitu di bahagian tulang rusuk dan pengelangan tangannya. Beliau yang beragama Islam melalui bapa beliau yang berketurunan Senegal. Pemain muda Arsenal ini telah berjanji bahawa beliau akan membuang semua tatu di badannya dengan teknik laser selepas menyedari Islam melarang penganutnya memiliki tatu.

 

Armand Troare

Ali Karimi, Islam tetapi..tidak puasa di bulan Ramadhan.

Dalam satu pernyataan rasmi kelab Steel Azin FC yang disertainya;

“Steel Azin FC has been forced to sack one of its players, Ali Karimi, for being disobedient and not fasting during Ramadan.”

Tragedi yang menimpa Ali Karimi dinafi sekeras-kerasnya oleh beliau di mana dalam satu sidang akhbar, Ali Karimi menyatakan yang beliau dipecat disebabkan perselisihan faham antaranya dengan pihak pengurusan kelab, Mostafa Ajorlou dan bukan disebabkan oleh beliau tidak menjalani ibadah puasa.

Walaubagaimanapun, ramai mempercayai bahawa Ali Karimi sememangnya tidak menunaikan ibadah Rukun Islam yang ketiga kerana sebelum ini Ali Karimi berada lebih 2 tahun di Jerman semasa menyertai Bayern Munich dan memang terkenal sebagai lelaki yang gemar berfoya-foya.

Ali Karimi terpengaruh dengan gaya hidup Barat setelah lama merantau di Jerman.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa selebriti beragama Islam yang popular boleh dijadikan idola. Antaranya adalah Hashim Mahomed Amla, Frederic Kanoute dan Malcolm X. Mereka boleh dijadikan idola kerana berpegang kuat kepada prinsip dan etika Islam. Keteguhan pendirian mereka tambah-tambah keadaan mereka yang dikelilingi oleh bukan muslim sememangnya wajar dipuji dan diikuti.

 

Hashim Mahomed Amla, Islam dan…teguh pendiriannya

Ramai yang tidak kenal siapakah Hashim Mahomed Amla. Namun, jika ditanya kepada peminat kriket, mesti beliau wajar dijadikan idola. Beliau bukan sahaja seorang pemain kriket yang baik tetapi juga seorang muslim yang taat. Hashim Mahomed Amla adalah pemain kriket kebangsaan Afrika Selatan. Baru-baru ini, Hashim dengan tegas menolak untuk memakai baju yang mempromosi syarikat pembuat arak Castle kerana menurutnya ia dilarang dalam Islam. Pengurus pasukan Afrika Selatan mempersetujuinya sebagai menghormati Hashim yang merupakan pemain senior dalam skuad dan satu-satunya pemain beragama Islam. Castle telah menaja pasukan Afrika Selatan bagi kejohanan Piala Dunia. Pendirian Hashim telah mendapat liputan meluas oleh media terutama media dari negara Islam. Syabas Hashim!

 

Pemain kriket kebangsaan Afrika Selatan,kelihatan Hashim(bulatan) tidak memakai baju bertulisan Castle.

Frederic Kanoute, Islam dan…teguh pendiriannya

Siapa yang tidak kenal dengan Frederic Kanoute. Pemain antarabangsa Mali dan kelab Sevilla ini mula mencipta nama di kelab Inggeris, Tottenham Hotspur. Beliau antara penyerang yang digeruni pada masa kini. Beliau pernah menjadi pemain menjaringkan gol terbanyak pada musim 2007/2008. Kehebatannya sememangnya melayakkannya meletakkan dirinya sebagai idola rakyat Mali. Namun, ada sesuatu yang lain yang lebih istimewa yang wajar dicontohi iaitu kemurahan hatinya dan keteguhan jiwanya.

Ketika premis masjid di Sevilla telah tamat kontraknya dan mahu dijual, Kanoute telah menyatakan kesanggupan untuk membiayai kos pembeliaan premis tersebut yang dalam lingkungan $700,000. Kemurahan hati Kanoute itu telah mendapat pujian daripada seluruh masyarakt Islam di dunia.

Bergitu juga apabila Sevilla FC mengikat kontrak dengan syarikat perjudian online 888.com, Kanoute dengan nada tegas menyatakan ketidaksanggupan memakai jersi yang mempromosi syarikat perjudiaan. Beliau memberi alasan bahawa Islam melarang perjudian. Dalam satu insiden, Kanoute telah membuka jersinya sehingga tertera baju yang bertulis Palestina sebagai tanda menyokong rakyat Palestin menentang rejim Zionis ketika Perang Gaza. Kanoute telah diberi kad kuning dan didenda sebanyak $4000 oleh La Liga. Apakah berbaloi Kanoute melakukan tindakan sedemikian rupa?ya,sangat berbaloi kerana ia telah mencetus fenomena apabila tindakan Kanoute telah mendorong beberapa pemain beragama Islam melakukan lagak seperti Kanoute sebagai tanda protes kepada rejim Zionis. Tahniah Kanoute!.

 

Kanoute dengan baju bertulisan Palestina dipeluk oleh penyerang daripada Brazil,Luis Fabiano.

Malcolm X, Islam dan.. berjuang mempertahankan Islam

Baginya Islam adalah way of life. Insan yang memiliki nama islam, Al-Hajj Malik al-Shabazz ini telah berjuang untuk mempertahankan Islam dan penganutnya serta mewakili bangsanya iaitu Afrika-Amerika ataupun Negro daripada ditindas oleh golongan kulit putih. Malcolm X tidak pernah mengangkat pistol untuk mempertahankan Islam, tetapi beliau hanya memerlukan mikrofon untuk menyebarkan syiar Islam. Antara insan popular yang terpikat dengan Malcolm X adalah Muhammad Ali. Persahabatan Ali dengan Malcolm menyebabkan Ali merasakan Islam adalah agama yang sesuai kepadanya. Ali memeluk Islam dan terus memberitahu kepada media bahawa jangan memanggilnya Cassius Clay tetapi panggilnya Muhammad Ali. Ali amat membenci nama Kristiannya iaitu Cassius Clay yang dengan nada sinis berkata Clay adalah nama buruk bagi seorang lelaki.(merujuk kepada maksud Clay adalah tanah liat).

Malcolm X memiliki ramai musuh termasuklah individu dalam persatuan Nation of Islam sendiri. Beliau akhirnya dibunuh selepas ditembak oleh seseorang yang gagal dikenalpasti. Legasi Malcolm X tidak terhapus di situ, Malcolm X menjadi idola kepada individu yang berjuang mempertahankan agama dan bangsa.

Keakraban Malcolm X dan Ali boleh dilihat dalam gambar ini.

 

Mahmood Ahmadinejad, Islam dan..zuhud terhadap dunia

Presiden Republik Islam Iran ini tidak pernah lekang dengan kontroversi. Kontroversi yang dicetuskan biasanya melibatkan rejim Zionis dan Amerika Syarikat. Tidak seperti Presiden negara Islam yang lain, beliau tegas dalam setiap perkataannya. Dalam satu ceramah, Ahmadinejad menegaskan bahawa tragedi Holocoust tidak pernah berlaku dan ia sengaja diada-adakan oleh rejim Zionis. Akibat daripada statement yang dikeluarkan oleh beliau itu, rejim Zionis mula naik darah. Semasa persidangan di PBB, semua wakil Israel bertindak meninggalkan persidangan ketika Ahmadinejad berucap.

Jawatannya sebagai Presiden Republik Islam Iran langsung tidak menggugat kezuhudan beliau dengan dunia. Beliau telah dirakam dalam satu majlis perkahwinan anak lelakinya dengan hanya bersila di atas lantai. Majlis anaknya selayaknya adalah seperti majlis kahwin di kampung dan desa sahaja. Tiada kelibat gemerlapan lampu-lampu hotel dan minuman warna-warni. Tahniah Ahmadinejad!.

Kezuhudan Ahmadinejad sememangnya diketahui ramai. Hanya musuhnya sahaja yang membencinya.

 Ekstra…siapakah beliau ini?

Adakah kerana sibuk mencari harta dunia menyebabkan 'lelaki berselubung putih' ini terlupa untuk bertanya yang air beliau minum adalah air teh atau air kencing syaitan?

~Sedarlah manusia mati hanya sekali,hidup juga hanya sekali namun yang kekal hanyalah Allah. Jangan anda terlupa untuk persiapkan diri untuk kita ‘kembali’ semula ke syurga. Kerana di situlah tempat kita sepatutnya kembali. Pada yang mahu berfikir, neraka adalah tempat paling teruk azab seksaannya!.

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

5 responses to “Beragama ISLAM..tetapi..”

  1. adam says :

    askum?sy cuma nk kepastian..dlm blog lain ada m’gatakan mahmud ahmadinejad adalah yahudi..insan keliru…

  2. Wak Amat says :

    assalamualaikum.. yaa, ahmadinejad mmg seorang islam yang zuhud? tetapi tahukah anda.. di khalayak ramai di depan penuntut universiti tehran, beliau mengecam dan menggelar Saidina Umar Ibn Khattab sebagai pengkhianat! manakala Saidatina Aisyah Ummul Mukminin sebagai pelacur! ISLAM kah beliau??

Trackbacks / Pingbacks

  1. X-ray Simoncelli Yang Mengerikan.. « Takusahrisau's Blog! - August 30, 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: