Tag Archive | HAARP

Konspirasi HAARP untuk memusnahkan tamadun dunia?

Oleh: takusahrisau

 

Antara sedar atau tidak, dunia sekarang sudah tidak selamat lagi. Kebelakangan ini, bergitu banyak gempa bumi, banjir besar, taufan dan lain-lain bencana melanda di seluruh dunia. Terbaru, banjir besar telah melanda di selatan negara Thailand. Sebelum itu, gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter telah menggegarkan negara Myanmar. Malaysia yang dikatakan negara paling selamat juga terkena tempias tsunami dan gempa daripada negara jiran. Ketika gempa bumi pada 26 Disember 2011 yang mengakibatkan tsunami telah menggegarkan bumi Malaysia buat beberapa saat. Bagaimana ia boleh menjadi bergitu ekstrim? Adakah bumi sudah uzur atau ada dalang yang menyebabkan ia berlaku? Jom ikuti penjelasan penulis..

 

HAARP penyebab kemusnahan di seluruh dunia?

Isu konspirasi HAARP hangat dibincangkan di internet di seluruh dunia. Namun, di Malaysia ia bagaikan suam-suam kuku. Tidak tahu dimana silapnya, mungkin ramai belum sedar betapa isu konspirasi HAARP mungkin akan menggegarkan buat berapa ketika nanti sepertimana isu fenomena Supermoon beberapa minggu yang lalu.

HAARP yang dikatakan bertanggungjawab dengan pelbagai bencana alam telah membangkitkan kemarahan beberapa negara di dunia seperti China, Venezuela serta Rusia. Namun, pembina teknologi HAARP iaitu Amerika Syarikat mendiamkan diri seribu bahasa. Mereka tidak pula mengia apatah lagi menafikan isu berkaitan HAARP ini.

Kata-kata pedas daripada Presiden Venezuela iaitu Hugo Chavez yang mengaitkan HAARP dengan gempa bumi Haiti 2010 langsung tidak dijawab oleh Barack Obama. Bergitu juga kritikan daripada media dan saintis daripada China yang mendakwa HAARP telah mencetus gempa bumi yang kuat di Sichuan, China pada 2008. Antara percaya atau tidak, nama-nama besar seperti Hugo Chavez sendiri telah percaya Amerika Syarikat sedang berusaha mewujudkan satu teknologi yang sangat memberhaya kepada umat manusia seluruh dunia.

Gempa bumi Haiti pada 2010 meragut lebih 316,000 nyawa.

 

 

 

Apa itu HAARP?

HAARP adalah singkatan bagi High Frequency Active Aurora Research Program. HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA). DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

Pemandangan dari atas menggambarkan antenna HAARP di Alaska.

 

 

 

 

HAARP dan IRI

HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI). IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz. IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.

 

Kemusykilan berkaitan HAARP

1. Fenomena Chemtrail

Pemancaran denyutan berfrekuensi tinggi ini dikaitkan dengan pelbagai bencana alam seperti banjir besar, taufan dan gempa bumi. Peralatan HAARP yang sehingga ke hari ini masih lagi misteri melainkan IRI telah juga menyebabkan satu fenomena pelik di angkasa iaitu fenomena Chemtrail atau dikenali sebagai Jejak Kimia.

Chemtrail adalah fenomena yang mengaitkan sesuatu bencana alam dengan konspirasi HAARP. Chemtrail dikatakan berlaku apabila sejenis semburan bahan kimia sengaja disebarkan melalui jet udara beraltitud tinggi. Pengkaji konspirasi mengaitkan ia dengan tindakan Amerika Syarikat untuk menghasilkan kawalan populasi, kawalan cuaca dan perang biologi.

Bukti Chemtrail yang bertujuan untuk mencetus bencana alam turut dijelaskan daripada segi ilmiah oleh beberapa pengkaji teori konspirasi. Mereka turut mendakwa HAARP adalah senjata Amerika Syarikat paling efisien untuk memusnahkan negara-negara musuhnya.

Dakwaan mereka paling mengejutkan adalah fenomena Chemtrail telah berulangkali menyebabkan salji turun ke bumi bertukar menjadi warna kuning seperti sulfur. Bergitu juga dengan kejadian hujan yang turun di Kerala,India yang berwarna kemerah-merahan pada 2001. Walaubagaimanapun, saintis daripada Amerika Syarikat menafikan setiap dakwaan mereka.

Hujan merah di India.

 

Salji berwarna kuning yang jatuh di Rusia. Adakah ia terkandung bahan kimia hasil program HAARP.

 

Di bawah adalah imej-imej Chemtrail:

Di pergunungan Santa Cruz.

Di Kanada

Di pergunungan Rocky

Di Santa Cruz

 

 

2. Kematian haiwan secara besar-besaran

Sekitar Januari 2011, masyarakat dunia dikejutkan dengan kematian secara besar-besaran burung jenis Blackbird di Louisiana. Jumlah kematian burung yang mempunyai sayap merah keperangan ini dianggarkan 5,000 ekor kesemuanya. Sehingga ke hari ini, saintis gagal memberi sebarang penjelasan saintifik susulan kematian secara besar-besaran tersebut.

Bergitu juga di Arkansas, apabila burung jenis yang sama turut ditemui mati secara besar-besar. Dianggarkan lebih 3,000 ekor burung jenis tersebut jatuh dari langit pada malam sambutan Tahun Baru. Saintis mengeluarkan kenyataan tidak rasmi dengan mengaitkan ia dengan bunga api yang dilepaskan ke udara, keracunan dan cuaca yang buruk.

Ribuan ikan ditemui mati di kebanyakan tempat di seluruh dunia.

 

 

Juga di Arkansas, ribuan ikan jenis Drum Fish ditemui mati di Sungai Arkansas. Dianggarkan ia berjumlah 83,000 ekor. Kejadian itu berlaku pada 29 Disember 2010. Sehari sebelum burung jenis Blackbird ditemui mati. Pada 31 Januari pula, ikan jenis sama yang ditemui mati pada 29 Disember telah dijumpai mati juga di tempat sama. Universiti of Arkansas mengambil sampel ikan untuk tujuan kajian. Sumber tidak rasmi menyebut bahawa ikan tersebut mati akibat keracunan daripada bahan kimia.

Berikut adalah turutan kematian haiwan secara besar-besaran bermula akhir tahun 2010. Secara statistik, tahun 2010 sehingga 2011 menunjukkan kematian haiwan secara besar-besaran paling besar berbanding tahun-tahun yang lalu.

1.         Pada 31 Disember 2010, 83,000 ekor ikan jenis Drum Fish ditemui mati di Sungai Arkansas.

2.         Pada 1 Januari 2011, 3000 hingga 5000 ekor burung jenis Red-winged Blackbird ditemui mati selepas dilaporkan jatuh daripada langit di Arkansas.

3.         Antara 28 Disember sehingga 3 Januari 2011, 100 tan ikan dilaporkan mati di luar persisiran pantai Brazil.

4.         Pada 3 Januari 2011, lebih 500 burung jenis Perling, Gagak dan Red-winged Blackbird ditemui mati di Louisiana.

5.         Pada 5 Januari 2011, ratusan burung jenis Turtle Dove ditemui mati di Faenza, Itali.

6.         Pada 8 Januari, ratusan ekor burung ditemui mati di Lebuhraya California. Manakala, ratusan ekor ikan jenis Gizzard Shad ditemui mati di perlabuhan Chicago.

7.         Pada 14 Januari, ratusan lembu ditemui mati di padang ragut Stockton, Wincousin.

Sebenarnya, rentetan ini hanyalah sebahagian kecil sahaja. Namun, ia telah pun menunjukkan haiwan seperti ikan dan burung telah menjadi mangsa kepada teknologi HAARP yang dikelola oleh Amerika Syarikat.

Ia disokong dengan statistik yang mana menunjukkan tahun-tahun sebelum 2000 tidak menunjukkan haiwan mati secara besar-besaran sepertimana tahun-tahun selepas 2000. Haiwan yang mati secara besar-besaran sebelum tahun 2000 kebanyakkan disebabkan oleh tumpahan minyak daripada kapal yang karam. Itupun bukan selalu berlaku. Ia menimbulkan persoalan bahawa manusia juga boleh dihapuskan sepertimana burung dan ikan jika mereka yang di belakang tabir teknologi HAARP mahukan perkara tersebut berlaku. Sedarlah, umat manusia sudah tidak selamat.

 

3. Gempa Bumi dan Tsunami

Susulan tsunami Meulaboh pada 26 Disember 2004, isu konspirasi HAARP banyak kali dikaitkan dengan banyak kejadian bencana alam. Antara yang paling terbaru adalah tsunami Jepun.

Tsunami yang diakibatkan oleh gempa bumi dalam laut sekuat 9.0 skala Richter telah memusnahkan ribuan rumah dan memakan korban lebih puluhan rakyat Jepun. Tsunami yang berlaku di Jepun telah dibuktikan dengan bacaan ‘induction magnetometer’ selepas berlakunya bencana alam tersebut. Bacaan yang direkodkan menunjukkan peningkatan yang cukup mendadak pada 9 March 2011, hari berlakunya gempa bumi di Jepun.

Yang mengukuhkan lagi dakwaan adalah bacaan yang direkodkan pada ‘induction megnetometer’  pada hari sebelum berlakunya tsunami Jepun langsung tidak menunjukkan sebarang peningkatan. Ia adalah normal sepertimana yang berlaku pada hari-hari yang lain.

Lihat bacaan daripada imej yang dilampirkan di bawah:

Graf sebelum kejadian tsunami di Jepun.

 

 

 

Data yang dicatat pada hari kejadian Tsunami di Jepun. Lihat perbezaan kedua-dua graf.

 

 

 

 

~ Sedarlah semua, kita semua sudah tidak selamat. Tengoklah cuaca kebelakangan ini. Cuba lihat dan renung-renungkanlah..

Tsunami Meulaboh pada 26 Disember 2004 hasil daripada Ujian Nuklear?

Oleh: takusahrisau

 

Tsunami Meulaboh yang melanda Acheh pada 26hb Disember 2004 adalah tragedi yang paling diingati dalam sejarah. Manakan tidak, tsunami yang berpunca daripada Gempa bumi berukuran 9.0 skala Ritcher di Lautan Hindi ini telah meragut seramai 230,000 orang mangsa secara keseluruhannya di 14 buah negara termasuk Malaysia. Akan tetapi, Indonesia menerima musibah yang paling teruk diikuti dengan Sri Lanka, India dan Thailand(Pulau Phuket). Tsunami yang juga digelar Tsunami Indonesia ini telah direkodkan sebagai salah satu daripada 10 bencana alam yang memusnahkan. Tsunami yang membawa ombak setinggi 30 meter ini berada di tangga ke-6 selepas Banjir China 1931(meragut 2.5 juta orang), Taufan Bhola,Bangladesh 1970(meragut 500,000 orang), Gempa bumi Haiti 2010(meragut 316,000 orang), Gempa bumi Tangshan,China 1976(meragut 242,419 orang) dan Gempa bumi Haiyuan,China 1920(meragut 234,000 orang).

Namun, benarkah Tsunami Meulaboh tercetus daripada bencana alam sepertimana yang sedia kita maklum selama ini?

Sebelum dan selepas di Meulaboh.

 

                        

Gempa bumi hasil ujian nuklear?

Setahun selepas tercetusnya Tsunami Meulaboh, sebuah agensi berita daripada akhbar tabloid, Al-Osboa telah mencetuskan kontroversi apabila menyatakan dengan lantang dalam artikelnya dengan mengaitkan bencana alam yang meragut nyawa ratusan ribu orang dengan letupan nuklear yang dicetuskan oleh tentera India, Israel dan Amerika Syarikat.

Penulis artikel tersebut juga menyatakan tentera India diberi kuasa untuk melakukan ujian tersebut di Lautan Hindi miskipun mereka mengetahui plak tektonik di kawasan tersebut sentiasa tidak stabil. Plak tektonik di Lautan Hindi tersebut digelar ‘Jaringan Api Pasifik’ kerana ketidakstabilan pentas tektonik dan bilangan gunung berapi di sekitarnya. Tentera India yang berkerjasama dengan Israel dan Amerika Syarikat juga dilaporkan telah melakukan ujian nuklear di sebuah gurun di Australia.

Letupan kuat akibat ledakan ujian nuklear telah menyebabkan plak-plak tektonik menjadi tidak stabil dan seterusnya mencetuskan gempa bumi yang dianggap antara paling dasyhat dalam sejarah. Impak daripada gempa bumi tersebut, ombak setinggi 30 meter dan berkelajuan lebih 300 km/j.

 

Menyaingi Pakistan

Umum telah mengetahui bahawa India mempunyai sejarah peperangan dengan Pakistan. Bermula dengan konflik pada tahun 1965 dan seterusnya pada tahun 1971, konflik antara India-Pakistan tidak pernah reda.

Namun pada dekad 90-an, kemajuan nuklear di Pakistan telah mengugat kestabilan serantau di Asia Selatan terutamanya India. Pakistan yang mempunyai beberapa kawasan pengujian kontroversi di Ras Koh dan Gurun Kharan telah berkerjasama dengan beberapa negara kuasa nuklear seperti China dan Korea Utara. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa dakwaan India bahawa Pakistan sememangnya mempunyai ikatan yang kuat dengan China dan Korea Utara.

 

 

Antara dakwaan India selepas merujuk kepada agen perisikan dan sekutu mereka, Amerika Syarikat adalah:

  • Pada 1999, Pakistan membeli misil balistik berpeledak nuklear, Nodong daripada Korea Utara. Nodong telah ditukar namanya kepada Ghauri.
  • Manakala, Amerika Syarikat juga menimbulkan perasaan bimbang apabila mendakwa terdapat saintis nuklear Pakistan yang bersara telah beralih angin ke Korea Utara untuk menjayakan program nuklear Korea Utara. Ia ditegaskan oleh Pemangku Setiausaha Amerika Syarikat, Richard Armitage pada Jun 2001.
  • Pada Oktober 2002, New York Times telah mendakwa Pakistan merupakan sumber utama bagi mesin emparan gas bagi pengayaan nuklear kepada Korea Utara. Sumber ini diyakini diperolehi oleh Kerajaan Amerika Syarikat.
  • Bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto telah didakwa oleh kerajaan India dan Amerika Syarikat sebagai antara individu yang berada di belakang tabir untuk menjayakan program nuklear Pakistan-Korea Utara.
  • Pada 1993, Pusat penyelidikan ketenteraan Pakistan berada dalam pemerhatian Amerika Syarikat selepas didedahkan dengan dakwaan bahawa Pakistan telah melaksanakan perdagangan nuklear dengan Rusia dan Korea Utara.

Camp Justice di Diego Garcia.

 

 

Mewujudkan kebimbangan berterusan Delhi

Pendedahan tersebut jelas menunjukkan India merasa tidak senang dengan kemajuan nuklear Pakistan. Dengan sebab itu, India banyak kali dilihat sebagai rakan akrab kepada Amerika Syarikat dan Israel dalam menjayakan program nuklear mereka di Delhi. Delhi juga dilihat menggunakan pengaruh Amerika Syarikat dalam banyak keadaan bagi memberi tekanan berterusan kepada Islamabad.

Ia dapat dibuktikan dengan beberapa insiden membabitkan hubungan rahsia Islamabad-Beijing. Sehingga dekad 90-an, China adalah pembekal utama light water dan reaktor kuasa nuklear 325 MWe bagi tujuan pengayaan uranium. Namun, menjelang dekad 90-an, China terpaksa memutuskan hubungan tersebut selepas diberi tekanan oleh Amerika Syarikat yang juga merupakan sekutu utama China.

Namun, ia tidak mengugat Islamabad apabila terus membina hubungan akrab dengan Pyongyang.

 

Bukti yang dikaitkan dengan Tsunami Meulaboh

Al-Jazeera iaitu agensi TV swasta di Timur Tengah telah mendakwa beberapa bukti yang dikaitkan dengan Tsunami Meulaboh dengan pengujian nuklear di Lautan Hindi. Antara teori yang dinyatakan oleh Al-Jazeera adalah:

1.         Pengkalan tentara Laut Amerika Syarikat di tengah-tengah Lautan Hindi, Diego Garcia telah diberi amaran tentang kemungkinan berlakunya bencana alam oleh kerajaan Amerika Syarikat namun mereka gagal untuk memberi amaran kepada masyarakat di sekitar Lautan Hindi. Mengapa terjadi sedemikian rupa?

2.         India dan Amerika Syarikat telah melaksanakan cubaan menggunakan denyutan gelombang elektromagnetik yang mencetuskan gempa bumi berskala kecil dan besar. Sebelum kejadian Tsunami Meulaboh pada 26hb Disember 2004, beberapa gegaran kecil dapat dirasakan di beberapa negara di sekitar Lautan Hindi.

3.         Perlibatan Israel dalam program nuklear India menimbulkan perasaan syak wasangka kerana ia berkemungkinan besar untuk melumpuhkan populasi umat Islam di sekitar Lautan Hindi. Kebanyakan penduduk yang ditimpa Tsunami Meulaboh adalah umat Islam seperti di Indonesia, Pulau Phuket, Sri Lanka dan India.

 

Bukan teori baru

Teori yang dikaitkan bencana alam dengan hasil kerja tangan manusia bukan sesuatu yang baru untuk diperkatakan. Ia sebenarnya bermula sejak lama dahulu dengan pelbagai peristiwa pelik seperti Letupan Tuguska pada 1908 dikaitkan dengan teori ujian senjata misteri oleh kerajaan Rusia yang masa itu dipimpin oleh kerajaan monarki Tsar.

Kejadian di Hutan Tuguska

 

 

Bergitu juga dengan penampakan ‘komet’ misteri di Norway dan beberapa negara jirannya. ‘Komet’ misteri itu digelar sebagai ‘ghost rocket’ dan didakwa sebagai salah satu ujian roket nuklear oleh Soviet Union semasa kemuncak Perang Dingin pada dekad 60-an dan 70-an.

Teori terbaru adalah berkenaan dengan gempa bumi Haiti pada 2010 yang lalu. Ia dikaitkan dengan ujian senjata oleh Tentera Laut Amerika Syarikat di sekitar wilayah Caribeean bagi tujuan mengimbangi kuasa Republik Islam Iran. Ia didakwa oleh beberapa individu termasuk Presiden Venezuela, Hugo Chavez. Hugo Chavez mendakwa bahawa ujian tersebut mencetuskan gempa bumi yang kuat di Haiti yang telah meragut 100,000 nyawa penduduknya.

Konspirasi mengaitkan bencana alam dengan hasil kerja tangan manusia telah berkisar sekitar teknologi yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat, High Frequency Active Auroral Research Program(HAARP). Teknologi tersebut telah sengaja mencetuskan bencana alam seperti Banjir Kilat, Taufan, Puting Beliung dan Gempa Bumi. Kejadian gempa bumi di China pada 2008 berukuran 7.8 skala ritcher juga dikaitkan dengan aktiviti yang dijalankan oleh HAARP.

Pemimpin Parti Green Georgia juga tidak terkecuali dengan mengaitkan gempa bumi kuat di sekitar wilayah Georgia dengan kerajaan Rusia yang didakwa menggunakan senjata yang sama digunakan oleh HAARP milik Amerika Syarikat.

 

 

Persoalannya, berdasarkan bukti dan fakta yang ditampilkan, adakah benar Tsunami Meulaboh adalah hasil campur tangan manusia? Jika ia benar-benar berlaku, Malaysia juga tidak terkecuali untuk ditimpa bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami. Kita sudah tidak selamat.!

 

%d bloggers like this: