Archive | September 2010

Hantu Kum-Kum sebagai Alat Propanganda Penentang Ajaran Islam!

Oleh: takusahrisau

  

Mukadimmah

Sekitar tahun lewat 80-an dan awal 90-an, negara dikejutkan dengan pendedahan secara besar-besaran oleh sebuah akhbar mengenai seorang wanita yang disumpah akibat mengamalkan ilmu hitam. Akibat gagal menjaga pantang larang, wajah wanita tersebut cacat. Bagi mengembalikan wajah beliau menjadi cantik seperti sediakala, wanita misteri tersebut terpaksa membunuh 100 orang gadis sunti. (ada sumber mengatakan 99 orang). Akibatnya, ramai ibubapa menjadi gusar dengan keselamatan anak-anak gadis mereka. Ketika kisah ini hangat diperkatakan, ia sentiasa menjadi bualan utama di kedai kopi.

Bergitulah sedikit al-kisahnya mengenai wanita misteri yang mendapat jolokan sebagai Hantu Kum-Kum ini. Akan tetapi, mengapa ia digelar dengan sedemikian rupa?

Mengikut sumber majoriti, wanita tersebut mendapat nama daripada pelakuannya yang datang ke rumah mangsa dengan memberi salam tanpa menyebut assalamualaikum dengan betul. Hanya sebutan belakang sahaja yang didengari iaitu kum..kum

 

Kejanggalan Kisah Hantu Kum-Kum

Wanita yang sering memakai purdah hitam ini merupakan laporan akhbar yang paling pelik pernah dilaporkan di Malaysia. Manakan tidak, wanita yang dikaitkan sebagai hantu ini boleh memandu kereta yang dipercayai kancil berwarna merah. Lebih pelik lagi, gambar ‘hantu’ ini pernah dirakamkan wartawan sebuah akhbar ketika sedang memandu di sebatang jalan di negeri pantai timur.

 

Hantu Kum Kum adalah alat provokasi kepada golongan reformasi agama.

Menimbulkan tanda tanya-Hantu pandu kereta Kancil! 

Beberapa isu boleh menimbulkan tanda tanya. Sebagai contoh; gambar Hantu Kum-Kum pernah dirakam memandu kereta kancil seperti yang disebutkan di atas. Gambar tersebut menimbulkan beberapa keraguaan. Antaranya adalah:

Pertama, gambar tersebut dirakam tersangat jelas seakan-akan kereta tersebut langsung tidak bergerak. Untuk makluman pembaca, pada ketika itu, teknologi anti-shock masih belum lagi wujud.

Kedua, wajah wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda cacat, ia dapat dilihat melalui matanya.

 

Sekadar gambar hiasan

Tidak Logik Akal-Hantu Mampu Membunuh tapi Tiada Yang Terbunuh! 

Kisah Hantu Kum Kum adalah salah satu kisah yang bertaraf urban lagend dalam masyarakat Malaysia. Cerita ini tersebar dengan pantas sehinggakan penduduk asli di tanah air juga mengetahui cerita mengenai Hantu Kum Kum ini. Bergitulah pantasnya cerita Hantu Kum Kum ini tersebar. 

Namun, daripada segi logiknya, ia gagal diterima akal. Seseorang manusia normal bila berfikir secara intelektual akan merasakan cerita ini sangat mengarut dan rubbish. Manakan tidak, Hantu yang dikatakan mampu membunuh ini tetapi tiada langsung laporan polis yang mengatakan terdapat mangsa-mangsa dibunuh akibat daripada Hantu Kum Kum. Tidak logik bukan?

Apa yang penting sebenarnya daripada kisah yang ‘menakutkan’ ini ialah ia terkandung beberapa perkara tersirat. Sebagai warganegara Malaysia anda wajib mengetahuinya.

Pertama, kita selusuri zaman Malaysia ketika awal 50-an, 60-an dan 70-an. Lebih mudah untuk dipanggil, zaman Retro. Apa yang penulis ingin khususkan di sini adalah cara pemakaian tudung bagi golongan hawa ketika itu. Tanyalah ibu bapa pembaca semua, adakah mereka menutup aurat sepenuhnya ketika muda?penulis yakin dan pasti, jawapannya adalah tidak. Betul bukan?

Pada waktu tersebut, kebanyakan golongan hawa tidak menutup aurat. Mereka yang menutup aurat biasanya terdiri daripada golongan yang berpendidikan agama yang formal. Itupun boleh dibilang dengan jari.

Melihat keadaan itu, sekitar awal 80-an, wujud beberapa kelompok reformasi agama yang menyeru umat Islam kembali kepada pangkuan Islam. Saranan untuk menutup aurat menular di mana-mana sahaja termasuk di kaki-kaki lima, di masjid, di papan tanda dan risalah-risalah. Golongan tersebut tidak perlu diberi nama lebih senang penulis gelarkan golongan reformasi agama.

Namun, lumrah dunia, seorang penjuang mesti ada penentangnya. Dan bergitulah yang terjadi kepada golongan ini. Terdapat satu kelompok penentang yang memang tidak senang dengan keadaan tersebut(reformasi agama). Mereka telah menggunakan media utama bagi melumpuhkan gerakan reformasi agama ini. Dan salah satunya adalah dengan menggunakan watak Hantu Kum-Kum.

Seperti diketahui, Hantu Kum-Kum berpakaian purdah menutup mata. Ikon berpundah telah mengudang rasa takut kepada golongan kanak-kanak terutamanya. Terdapat satu kisah di mana seorang graduan daripada al-Azhar tidak menahan derita apabila sering diherdik dan dicerca kerana berpakaian purdah kerana menyerupai Hantu Kum-Kum. Akhirnya, beliau bertekad melepaskan pakaian suci itu dan berpakaian tudung seperti biasa. Inilah salah satu kejayaan propaganda dan populariti Hantu Kum-Kum.

Penggunaan watak Hantu Kum-Kum sebenarnya tidak lebih untuk menghalang aktiviti murni golongan-golongan reformasi agama tersebut. Hantu Kum-Kum akan digunakan untuk mengundang rasa takut kepada masyarakat kepada golongan terbabit yang mana terdiri daripada wanita-wanita yang berpurdah hitam. Golongan terbabit sering berdakwah daripada rumah ke rumah. Dan penyebaran kisah ‘memberi salam’ oleh Hantu Kum-Kum dengan mengetuk pintu rumah adalah signifikan kepada dakwah yang sering diamalkan golongan reformasi agama tersebut.

 

Strategi Tidak Berjaya-Ramai artis memilih tudung!

Malangnya, strategi golongan penentang tersebut tidak berjaya miskipun disokong oleh media secara terang-terangan. Masyarakat pada zaman 80-an dan 90-an ketika itu sudah mula celik minda dan teknologi. Sudah ramai yang berkelulusan tinggi sehingga ke menara gading. Golongan inilah yang menolak bulat-bulat cerita Hantu Kum Kum bahkan mereka adalah golongan yang utama yang mendokong revolusi agama di Malaysia.

Mereka mula membina imej bertudung litup dengan membina butik-butik sehingga ia menarik perhatian masyarakat muda di Malaysia. Bagaikan cendawan tumbuh akibat ditimpa hujan, berpusu-pusu masyarakat di Malaysia mula meninggalkan zaman jahiliah mereka, termasuklah ibubapa kita.

Malahan, golongan artis dan selebriti yang terkenal sosial telah mula berhijrah dengan memakai tudung seperti penghijrahan artis berprofil tinggi seperti Norkumalasari, Wan Chik Daud(isteri M. Rajoli) dan beberapa orang personaliti TV3.

Perlu diingatkan bahawa kebanyakkan stesen televisyen sekitar tahun 80-an melarang personaliti-personaliti wanita beragama Islam memakai tudung bagi ke udara membaca warta berita. Ironinya, pengarah besar stesen terbabit bukannya beragama Yahudi atau Kristian tetapi beragama Islam.!

Maka, perhijrahan Norkumalasari dan Wan Chik Daud amat-amat penulis bangga dan kagum kerana mampu menolak persepsi berminda sempit bos-bos mereka. Tahniah kepada anda berdua dan selamat jalan Hantu Kum Kum!.

 

 

~Revolusi agama di Malaysia giat bermula pada tahun 1980-an dan akhirnya berjaya membuka minda masyarakat mulai tahun 1990-an, tahun di mana propanganda Hantu Kum Kum mulai tersebar. Malaysia negara Islam, biarlah rakyatnya bebas mengamalkan ajaran Islam tanpa ada sebarang sekatan dan halangan.

 

Stonehedge telah menjadi tarikan Pengunjung sejak ribuan tahun dahulu..!-susulan penemuan terbaru di Stonehedge..

Oleh: takusahrisau

 

Sememangnya diketahui bahawa Stonehedge sentiasa dikunjungi oleh berjuta-juta pelancong setiap tahun. Itu adalah satu yang normal kerana Stonehedge terkenal sebagai tapak warisan purba yang berusia ribuan tahun. Namun, tahukah anda bahawa penemuan baru-baru ini mendedahkan bahawa Stonehedge telah pun menjadi daya tarikan ‘pelancong’ untuk mengunjunginya sejak 2000BC lagi.

Stonehedge

Baru-baru ini, ahli arkeologi telah menemui rangka manusia yang berusia kira-kira 1550BC selepas dilakukan pentarikhan karbon. Manakala, pada ketika itu, usia Stonehedge telah pun mencapai 1500BC. Melalui rangka tersebut, dianggarkan bahawa usia rangka manusia tersebut adalah 14 hingga 15 tahun. Beliau kemungkinan datang ke Britain menggunakan bot kayu yang primitif melalui selat Inggeris daripada Sepanyol, Itali, Greece atau Perancis.

Ketika ditemui, rangka tersebut bersemadi dalam keadaan mengiring bersama-sama rantai batu Amber yang cantik. Kubur tersebut terletak tidak sampai satu kilometer daripada Stonehegde. Dianggarkan bahawa rangka budak yang dikenali sebagai Boy in the Amber Necklace hidup ketika dunia masih lagi mengalami Zaman Gangsa.

Rantai Amber yang dipakainya

Sebelum penemuan yang bersejarah ini, terdapat kira-kira dua penemuan lain yang hampir sama dengan penemuan kali ini. Penemuan yang paling awal adalah penemuan rangka manusia yang digelar Amesbury Archer pada 2002 yang mana ia ditanam bersama-sama harta karun yang terdiri daripada emas dan tembaga. Melalui bentuk rangkanya, dipercayai manusia tersebut berasal daripada penggunungan Alps.

Boy in the Amber Necklace

Seterusnya, ahli arkeologi berjaya menemui sekumpulan rangka manusia yang digelar Boscombe Bowmen yang terdiri daripada tujuh lelaki, wanita dan kanak-kanak. Ia yang ditemui pada tahun 2003 telah ditemui kuburnya berdekatan dengan kubur Amesbury Archer. Kedua-dua kubur misteri ini ditanam tidak jauh daripada monumen Stonehedge. Daripada analisis gigi rangka purba tersebut, ia dipercayai berasal Wales atau Lake District dan berusia kira-kira 2500BC.

Ketiga-tiga penemuan ini mengejutkan ahli arkeologi dan para saintis. Saintis tidak menolak kemungkinan Stonehedge ketika itu telah pun menjadi tempat tarikan manusia daripada segenap pelosok dunia. Mereka sanggup datang daripada jauh bagi melihat dengan mata kepala sendiri kehebatan dan keagungan Stonehedge sepertimana manusia pada zaman moden sekarang.

 

Nukilan Penulis: Stonehedge yang MISTERI

Misteri mengenai Stonehedge sememangnya sukar untuk diungkap dengan penjelasan saintifik. Daripada pembinaan hingga perkara-perkara yang bersangkutan dengannya, ia sentiasa diselubungi misteri. Penulis berani kerat jari bahawa saintis dan para pengkaji masih belum dapat menjelaskan dengan terperinci misteri mengenai Stonehedge ini.

Seperti penemuan baru-baru ini, sekumpulan ahli arkeologi telah menemui ‘kembar’ Stonehedge yang diperbuat daripada kayu. Seperti penulis cakap awal-awal tadi, penemuaan ini juga turut diselubungi misteri. Ramai saintis ingin merungkai misteri pembinaan kembar Stonehedge, namun penjelasan mereka masih longgar.(Klik SINI untuk membaca entry mengenainya).

Apa-apapun, pembaca di luar sana bersabarlah. Jika mengikut statistik dan pola, banyak lagi penemuaan yang bersangkutan dengan Stonehedge akan terdedah dari semasa ke semasa. Kita sama-sama tunggu..

Ekstra: Adakah Stonehedge ibarat Kaabah bagi orang-orang Eropah zaman dahulu-kala?Tempat yang dituju untuk melaksanakan ibadat, berdoa, bermunajat atau bertaubat!

bersama-sama fikir-fikirkannya..

 

~Artikel ini dirujuk sepenuhnya di laman sesawang www.dailymail.co.uk

Kisah Falling Man, Jumpers, dan Waving Woman ketika Tragedi 9/11!

Oleh: takusahrisau

Amaran: Terdapat beberapa imej di bawah tidak sesuai untuk ditonton kerana mengandungi imej-imej grafik yang ngeri. Penulis memohon kemaafan tidak terhingga jikalau ia menyebabkan pembaca mengalami komplikasi hasil daripada imej tersebut.

 

Falling Man adalah istilah yang merujuk kepada seorang individu yang tidak dikenali dirakamkan terjun daripada bangunan World Trade Center (WTC) bahagian utara oleh wartawan daripada Associated Press, Richard Drew. Imej yang menakjubkan itu dirakam pada 9.41 pagi waktu New York, iaitu sejam selepas bangunan utara dirempuh oleh Kapal Terbang American Airlines Flight. Untuk pengetahuan pembaca,  bangunan WTC bahagian utara dilanggar oleh kapal terbang tersebut seawal jam 8.46 pagi waktu New York.

 

Ilustrasi WTC

Rakaman foto Falling Man ini telah mencetuskan fenomena buat beberapa ketika. Pencarian mengenai identiti sebenar lelaki yang nekad terjun daripada bangunan WTC tersebut terus dilancarkan. Beberapa keluarga mangsa telah menghubungi media bagi mengesahkan bahawa Falling Man adalah waris mereka. Namun, selepas diperiksa dengan teliti, ternyata ia bukannya waris mereka.

 

Imej Falling Man yang terkenal ini mengerunkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Lima tahun kemudian!

Lima tahun kemudian, Chef Lomanaco telah diperakukan sebagai Falling Man daripada seorang individu bernama Jonathan Briley. Chef Lomanaco dipercayai berkerja di Restoran Windows of the World sebagai tukang masak.

Ia juga diperakui sendiri oleh kakak sulung si mangsa yang mengatakan bahawa adiknya itu mirip dengan Falling Man atas beberapa perkara seperti kurus, tinggi dan memakai baju yang sama pada hari yang beliau meninggal.

Walaubagaimanapun, tidak ada pendedahan rasmi yang dikeluarkan mengenai identiti sebenar lelaki yang digelar Falling Man ini.

 

Jumpers!

 

Jumpers pula merujuk kepada mangsa-mangsa yang nekad terjun daripada bangunan WTC tidak kira mangsa daripada bangunan Selatan ataupun Utara. Dipercayai, terdapat 200 mangsa nekad mengakhiri mayat mereka seperti itu.

Imej ini boleh dikatakan yang terbaik pernah dirakamkan.

Imej Jumper ini antara berpuluh-puluh yang berjaya dirakamkan

Dengan kelajuan 250km/j, sesiapa sahaja tidak selamat apabila jasad mencecah lantai bumi

Akibat kepanasan, lelaki membuka baju dan nekad terjun dari bangunan tersebut.

Imej tiga individu dirakam serentak..bayangkan bagaimana anda di tempat mereka..

Inilah keputusan terakhir yang mereka pilih

 

Kisah Jumpers adalah kisah paling sensitif untuk diungkapkan dalam mana-mana majalah dan akhbar. Dibimbangi ia akan menyentuh sensitiviti keluarga si mangsa korban tragedi 11. 

Mangsa-mangsa yang tekad terjun daripada bangunan tersebut dipercayai terhempas ke tanah dengan kelajuan 250km/j dengan bantuan graviti, sama lajunya dengan kelajuan mendiang Aryton Senna menghempas tembok di Litar Imola sedekad yang lalu yang mana telah meragut nyawanya.

Kesan daripada hentaman tersangat jelas, mayatnya tidak dapat dikenalpasti

Dengan impak kelajuan tersebut, mangsa-mangsa dijumpai berkecai tulang dari tubuhnya. Baju mereka masih terdapat kesan-kesan terbakar dan tidak kurang yang kelihatan terbakar sebahagian kulitnya.

Ngeri..inilah impak daripada kelajuan 250km/j!

Amat menyedihkan apabila terdapat satu tempat yang dipercayai Plaza WTC, terdapat beberapa mayat yang bertaburan tulang dan daging mereka. Darah mereka bagaikan cat merah yang mewarnai lantai plaza tersebut.

 

Jelas kelihatan warna darah yang merah membasahi Plaza WTC

Syahdu..kelihatan mayat daripada kejauhan

Kelihatan cebisan-cebisan daging dan percikan darah tersebar di atas jalanraya.

Bergitulah ngerinya pemandangan tersebut. Namun, percayalah, tiada akhbar yang melaporkan kisah tersebut secara terperinci terutamanya akhbar-akhbar daripada Amerika Syarikat. Sebenarnya, elemen Falling Man dalam kejadian 11 September amat menyentuh perasaan warganya terutama kepada keluarga-keluarga mangsa kejadian tragis tersebut. Disebabkan itulah kebanyakkan akhbar-akhbar utama dunia tidak memainkan isu ini sebagai bahan berita mereka. Seperti yang diperkatakan tadi, ia menjadi isu paling sensitif untuk diperkatakan.

 

Waving Woman

Waving Woman merujuk kepada individu wanita yang melambai-lambai tangannya untuk diselamatkan di tingkat di mana American Airlines Flight 11 merempuhnya. Lebih menyayatkan hati apabila wanita tidak mampu diselamatkan kerana tiada peralatan khusus bagi membawanya turun dengan selamat.

 

Melambai-lambaikan tangan bagi mengharapkan ada pertolongan akan tiba..namun..

Apa yang lagi teruk adalah, bahang panas kebakaran di bangunan tersebut tidak mampu ditahan oleh sesebuah helikopter. Selain itu, tiupan angin daripada propeller helikopter boleh menyebabkan wanita tersebut terjatuh daripada bangunan tersebut.

 

Melalui gambar ini, nasib wanita ini pembaca boleh nilaikan..

Mangsa yang dikenali sebagai Edna Cintron telah dicam keluarga terdekatnya berdasarkan rambut, gerak badan dan pakaian yang dipakainya.

Kali terakhir Edna Cintron kelihatan adalah apabila api yang marak di tingkat atas telah merebak menghampirinya di tingkat bawah. Nasibnya selepas itu pembaca boleh fikirkan sendiri.

Walaubagaimanapun, penulis kepilkan video ini bagi memberi gambaran kesengsaraan insan bernama Edna Cintron..

 

 

 

 

~Miskipun ulang tahun kejadian 11 September telah hampir sebulan berlalu, tapi tidak terlambat rasanya untuk penulis memberi tribute melalui entry ini. Kepada mangsa-mangsa kejadian, Rest In Peace!

Tajuk Muka Depan Akhbar yang melonjakkan Jualan!

Oleh: takusahrisau

 

Akhbar adalah salah satu sumber informasi kepada semua masyarakat tidak kira di ceruk mana mereka berada. Sehingga ke hari, syarikat akhbar di seluruh dunia bercambah bagaikan cendawan yang baru ditimpa hujan. Masing-masing memperagakan kelainan bagi menambat hati pembaca. Ada beberapa akhbar menggunakan isu seksual sebagai pelaris dan tidak kurang juga menggunakan isu misteri untuk ‘mengikat’ mood pembaca.

Walaubagaimanapun, tidak kiralah genre mana yang sesebuah syarikat akhbar tersebut gunakan, perlu diketahui bahawa muka utama memainkan peranan penting dalam melariskan jualan mereka. Sebagai contoh, bagi kes jenayah berprofil tinggi seperti kes pembunuh Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, jika terdapat sebuah akhbar meletakkan muka depan mengenai kejadian buang bayi sedangkan muka depan  akhbar yang lain ‘memainkan’ isu pembunuh tersebut, nescaya akhbar tersebut MESTI tidak laku di meja jualan.! Diulang sekali lagi,tidak laku.

Itulah keistimewaan muka depan sesebuah akhbar. Ia bagaikan wajah seseorang manusia. Jika diwajahnya terdapat parut, maka terus dicop penjenayah(walaupun tidak semestinya betul) dan bergitulah dengan muka depan akhbar, jika muka depannya memainkan isu-isu panas, hangat dan menarik mesti ramai pembaca akan membelinya.

Namun, tahukah anda, terdapat beberapa muka depan sesebuah akhbar yang telah melonjak jualannya dek kerana isu yang dimainkannya adalah isu paling hangat serta paling hendak diketahui oleh seluruh warga masyarakat. Baiklah, sebelum membuang masa, lebih baik saya lampirkan kepada pembaca 10 buah muka depan akhbar yang paling hangat jualannya diseluruh dunia. Selamat membaca:

 

10.       ‘Martin Luther King Shot to Death’ daripada Daily News keluaran 5hb April 1968

Daily News telah mengeluarkan edisi 5hb April 1968 mengenai kematian Martin Luther King yang ditembak mati di Memphis. Martin Luther King merupakan seorang pejuang kulit hitam sememangnya terkenal di Amerika Syarikat kerana sikap lantangnya mempersoalkan penindasan kulit putih terhadap kulit hitam. Oleh itu, berita kematian beliau sememangnya melonjakkan jualan akhbar Daily News yang hanya dijual 10sen pada ketika itu.

 

9.         ‘Liar,Liar’ daripada Daily News keluaran 18hb Ogos 1998

Skandal seks bekas presiden Amerika Syarikat iaitu Bill Clinton dengan pembantunya Monica Lewisky telah melonjakkan jualan Daily News malahan kebanyakkan akhbar yang menggunakan tema ini turut melonjak sama jualannya. Skandal seks Bill Clinton telah menyebabkan karier suami kepada Senator Hillary Clinton ini rebah menyembah bumi. Ironinya, hubungan suami isteri antara Bill dan Hillary tetap berjalan dengan lancar tanpa timbul desas-desus penceraian. Pelik sungguh warga Amerika ni yer…

 

8.         ‘Marilyn Monroe Found Dead in Probable Suicide’ daripada The Sun keluaran 6hb Ogos 1962

Marilyn Monroe adalah pelakon yang terkenal sekitar tahun pertengahan 50-an dan 60-an. Antara filem lakonannya adalah The Seven Years Itch(1955) dan Some Like it Hot(1959) telah melonjakkan karier lakonan insan yang pernah digelar simbol seks Hollywood ini. Kematiannya pada 5hb Ogos iaitu sehari sebelum muka depan ini dikeluarkan akibat pengambilan ubat secara overdos telah mengejut seluruh masyarakat di dunia.

 

7.         ‘Hitler Killed’ daripada Daily Record keluaran 2hb May 1945

Hitler adalah pemerintah Jerman yang berfahaman Nazi. Beliau digeruni oleh seluruh pemimpin di Eropah dan Amerika Syarikat kerana menentang idealogi kapitalis yang menjadi idealogi mereka. Tambahan pula, Hitler sering dikaitkan dengan pembunuhan besar-besaran warga Yahudi telah membangkitkan lagi kebencian terhadap beliau. Berita kematian beliau telah menyemarakkan seluruh jualan-jualan akhbar di dunia. Walaubagaimanapun, kematian beliau masih menjadi tanda tanya kerana terdapat spekulasi yang menyatakan Hitler tidak dapat dijumpai mayatnya dan mayat yang dirakamkan adalah salah seorang daripada berpuluh orang penyamarnya kerana kelainan daripada wajah dan misainya.

 

6.         ‘Obama Makes History’ daripada Washington Post keluaran 5hb November 2008

Barack Obama sememangnya telah mencipta sejarah Amerika Syarikat kerana dipilih menjadi presiden Amerika Syarikat pertama yang berkulit hitam. Jikalau diputarkan kembali, Amerika Syarikat hampir hancur apabila banyaknya pertelingkahan antara golongan kulit putih dan kulit hitam yang mana ia kelihatan mustahil untuk seseorang individu berkulit hitam memegang jawatan tertinggi di Rumah Putih. Walaubagaimanapun ia telah dapat dipecahkan oleh seorang yang bergelar Barack Obama Hussein.

5.         ‘The Great Plague!Many More Deaths Expected’ daripada The Newes keluaran 25hb August 1664

Pembaca jangan terkejut dengan ‘surat khabar’ seperti ini. Ini adalah kerana pada awal abad ke 15, surat khabar lebih menyerupai sebuah manuskrip daripada sebuah surat khabar. Istilah newspaper sebenarnya pada masa itu masih belum digunakan dan menggunakan istilah newsbook bagi merujuk kepada sesebuah ‘surat khabar’. Mengenai tajuk akhbar ini adalah mengenai wabak penyakit yang merebak dengan cepat di England yang hari ini dikenali sebagai Wabak Landon. Beribu-ribu rakyat Landon terkorban akibat wabak misteri ini.

 

4.         ‘We Blockade Cuba Arms’ daripada Daily News keluaran 23hb November 1962

Krisis nuklear antara Soviet-Amerika ketika Perang Dingin kian memuncak dengan terdedahnya penjualan senjata api Soviet kepada rakan sekutu komunisnya iaitu Cuba. Krisis ini dikenali sebagai Krisis Misil Cuba atau Krisis Oktober. Walaubagaimanapun, penjualan tersebut ditarik balik oleh Soviet setelah amaran daripada Amerika Syarikat untuk menyerang Cuba jika kepala-kepala peledak nuklear tidak ditarik balik oleh Soviet. Krisis ini adalah krisis yang akan menyebabkan hampir terjadinya peperangan nuklear antara Soviet dan Amerika Syarikat.

 

3.         ‘Warship’s planes start search for Miss Earhart;No definite signal heard’ daripada The New York Times keluaran 8hb Julai 1937

Kehilangan Amelia Earhart ketika misi mengelilingi dunia secara bersendirian telah mengejutkan seluruh rakyat Amerika dan masyarakat dunia. Pencarian selama berbulan-bulan gagal menemui kata putus. Dan akhirnya diistihyharkan Amelia Earhart sebagai insan yang hilang. Sehingga ke hari ini, kehilangan Amelia menimbulkan pelbagai spekulasi dan kontroversi.

 

2.         ‘Japs Bombs Hawaii’ daripada Daily News keluaran 8hb Disember 1941

Serangan Jepun secara besar-besaran di pengkalan Amerika Syarikat di Pearl Harbour menyebabkan Amerika Syarikat yang pada mulanya tidak akan menyertai perang telah pun bertukar fikiran untuk menyertai perang yang akan dinamakan Perang Dunia Ke-2. Amerika Syarikat telah menyertai Pakatan Berikat bersama-sama British, Perancis, Kanada dan negara-negara Komanwel telah mengistiyharkan perang besar-besaran ke atas semua Pakatan Paksi yang terdiri daripada Jerman, Jepun, Itali, dan negara sekutunya. Maka, dengan rasminya, Perang Dunia Ke -2 bermula daripada detik ini.

 

 

1.         ‘U.S Attacked’ daripada The News York Times keluaran 12hb September 2001

Tajuk yang digunakan oleh The News York Times telah mengejutkan seluruh rakyat Amerika Syarikat secara keseluruhannya. Kejadian 11 September merupakan tragedi yang paling diingati sampai bila-bila oleh seluruh rakyat Amerika. Tragedi tersebut telah mengorban beribu-ribu orang nyawa yang kesemuanya adalah ahli-ahli koperat dan profesional. Jualan akhbar The News York Times melonjak dengan mendadak pada hari itu kerana rakyatnya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.

Dua Pelajar Rakam Gambar UFO di China..

Oleh: takusahrisau

 

Dua orang pelajar iaitu Gu Peiwen and Sun Jiali telah merakamkan gambar UFO yang terbang ketika mengunjungi 10th Pingyao International Photography Festival yang diadakan di bandar purba Pingyao di Wilayah Shanxi pada 22hb September 2010.

Insiden tersebut berlarutan selama 40 minit. Kedua-dua perempuan ini menghantar gambar tersebut kepada wartawan dengan mengharap misteri tersebut dapat dileraikan.

Objek tersebut berbentuk sfera dengan dua kolum bergemerlapan pada dua bahagian. Walaubagaimanapun, ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kedua-dua mereka mengikuti UFO tersebut dan berjaya menangkap banyak gambar yang jelas.

Ini adalah penampakan UFO yang terbaru di China. Palsu atau tidak,ia masih dalam kajian pakar.

UFO itu kadang-kadang hilang daripada pandangan dan kemudian muncul kembali. UFO itu muncul kembali pada waktu tengah malam dan mereka berdua menukar time of exposure  kepada 20 saat. Kedua-dua mereka yang belajar Harbin Normal University dalam bidang Fotografi mendakwa mereka berjaya menangkap kira-kira 200 keping gambar.

Jelas kelihatan dua kolum yang bercahaya.

~Sekali lagi UFO dirakam di China dalam masa tidak sampai tiga bulan. Baru-baru UFO telah menyebabkan sistem penerbangan di China tergendala gara-gara penampakan UFO di ruang angkasa China. Kenapa UFO mengemari negara China?fikir-fikirkanlah..(Klik SINI untuk entry mengenai UFO daripada penulis)

 

 

~Artikel ini dipetik daripada http://english.peopledaily.com.cn/

Penembak Hendap terhebat sepanjang Zaman, Simo Hayha!

Oleh: takusahrisau

 

Jika hendak dibandingkan dengan zaman kini mahupun yang sezaman dengannya, percayalah tidak ada seseorang pun yang boleh menandingi kehebatan insan yang diberi nama Simo Hayha ini. Simo Hayha(disebut Si-mo Hei-ha) dikagumi bukan sahaja oleh rakyat Finland tetapi juga oleh seluruh tentera-tentera di dunia. Mengapa bergitu?

Direkodkan bahawa insan yang digelar White Death ini telah berjaya membunuh Red Army(tentera Soviet Rusia) dengan menggunakan Mosin-Nagant M28 kira-kira 505 orang. Namun, terdapat sumber mengatakan ia mencapai 542 orang kesemuanya.

Simo Hayha dengan senapang kegemarannya,Mosin-Nagant M28

Disebalik kemahiran tembakan tepatnya, Simo juga terkenal dengan sifat beraninya dengan membunuh kira-kira 200 orang Red Army dengan menggunakan Submesingun Suomi KP/-31. Dengan itu, jumlah keseluruhan Red Army yang tewas adalah kira 800 orang kesemuanya.! Jumlah yang bergitu besar untuk satu peperangan yang hanya menjangkau 100 hari. Jumlah ini gagal ditandingi oleh mana-mana tentera sezaman dengannya.

 

Bagaimana Simo Hayha bermula sebagai Sniper?

Simo adalah seorang petani dan pemburu sebelum menganggotai tentera Finland sebagai sniper. Seruan untuk menganggotai tentera berkobar-kobar apabila Finland telah diserang oleh jirannya yang berfahaman komunis iaitu Rusia pada tahun 1939. Atas dasar untuk mempertahankan negaranya, Simo telah bertekad menggunakan segala kemahiran yang beliau ada untuk mengekalkan kedaulatan negaranya.

 

Seorang penembak hendap(sniper) memiliki kemahiran individu yang tersendiri, adakah Simo Hayha turut memilikinya?

Sepertimana penembak hendap yang lain, Simo mempunyai kemahiran individu yang tersendiri, bahkan Simo berjaya mewujudkan satu jurang kelainan berbanding penembak hendap-penembak hendap yang lain. Direkodkan, Simo mengadaptasikan kemahiran yang dimilikinya sebagai seorang pemburu di kampung halamannya ke dalam pertempuran yang sebenar. Tidak seperti penembak hendap yang lain, Simo gemar menggunakan iron sight(target besi) dan bukannya telescopic sight(target teleskop) kerana baginya dengan menggunakan telescopic sight, seseorang penembak hendap akan mudah dikesan lokasi penyembunyiannya. Untuk pengetahuan anda telescopic sight boleh memantulkan cahaya matahari yang boleh menyebabkan ia mudah dikesan.

Dengan penyamaran yang baik,cekap,sabar dan berkemahiran tinggi membolehkan Simo Hayha dinobat penembak hendap bertaraf lagenda.

Simo juga gemar memadatkan salji(kerana beliau berperang pada musim sejuk pada waktu itu) bagi mengelakkan salji terpercik apabila beliau menembak. Dengan itu, beliau tidak mudah dikesan.

Simo juga menggunakan seluruh baju penyamaran(camouflage) berwarna putih dan tidak akan bergerak pada satu-satu tempat pada masa yang cukup lama. Itulah kelebihan seorang penembak hendap yang sukar didapati pada tentera-tentera biasa, iaitu Kesabaran.!

Simo hanya akan bergerak,itupun dengan kadar pantas, apabila telah menembak seorang tentera musuh. Dengan ketangkasan beliau, beliau susah untuk dikesan kehadirannya.

Apakah rekod paling besar yang dicatatkan oleh Simo Hayha sepanjang perang 105 hari itu?

Rekod paling besar Simo adalah beliau berjaya menembak kira-kira 25 orang tentera musuh dalam masa hanya satu hari.

Kenapa muka Simo Hayha seperti kelihatan herot?

Pada masa mula-mula masuk tentera, muka Simo adalah normal. Namun semasa Perang Musim Sejuk(Winter War) telah hampir berakhir, Simo telah ditembak oleh tentera musuh di rahang kirinya menyebabkan tulang pipinya hancur. Simo cedera parah dan koma selama beberapa hari. Beliau bangkit daripada koma semasa perang telah diistiyharkan tamat. Kegagalan membunuh Simo amat mengecewakan Joseph Stalin dan panglima Red Army.

Wajah Simo Hayha cedera teruk akibat kecederaan ketika terlibat dalam pertempuran Winter War.

Apakah anugerah kerajaan Finland kepada Simo Hayha?

Sebagai seorang yang amat berjasa kepada negaranya, tidak mungkin Simo boleh dipinggirkan. Simo yang menjadi pujaan rakyatnya dan igauan bagi musuh ini telah dinaikkan pangkat daripada Koperal kepada Leftenan Kedua oleh Field Marshal Carl Gustaf Emil Mannerheim. Tiada seorang dalam sejarah ketenteraan mampu dinaikkan pangkat secara drastik sepertimana Simo Hayha.!

Field Marshal Carl Gustaf Emil Mannerheim

Bilakah Simo Hayha meninggal dunia?

Disebalik kecederaan parahnya yang hampir meragut nyawanya, Simo Hayha bagaimanapun berjaya menghabiskan sisa-sisa kehidupan sebagai veteran perang yang dikagumi sehingga berusia 96 tahun. Beliau meninggal dunia pada 1hb April 2002 di perkampungan terpencil di Ruokolahti berhampiran dengan sempadan Rusia. Dalam satu temubual dengannya pada 1998, Simo ditanya oleh hos tentang bagaimana menjadi seorang penembak hendap yang hebat, beliau lantas menjawab,

Käytäntö (yang membawa maksud latihan)

 

Simo Hayha dikelilingi oleh senior-senior tentera Finland yang mengaguminya.

Pekerja Tesco menjumpai fosil Ichthyosaur..

Oleh: takusahrisau

 

Seorang pekerja Tesco, Mike Harrison telah berjaya menjumpai fosil ichthyosaur pra-sejarah selepas enam bulan membuat penggalian di Jurassic Coast. Beliau mula membuat penggalian selepas berlakunya tanah runtuh di Jurassic Coast.  Pada mulanya, beliau hanya melihat beberapa bahagian tengkorak kepala. Menurut Mike Harrison;

Kira-kira seminggu atau dua minggu selepas tanah runtuh, saya menjumpai bahagian tengkorak. Selepas itu, saya bertekad untuk mencari baki yang lain.

Mike Harrison bersama fosil Ichthyosaur yang dijumpainya

Diketahui bahawa ichthyosaur pertama kali muncul kira-kira 245juta tahun yang lalu dan pupus kira-kira 90juta tahun yang lalu iaitu 25juta tahun sebelum kepupusan besar-besaran dinosaur.

Tempat di mana fosil tersebut dijumpai mula menjadi tumpuan para ahli arkeologi.

 

Haiwan yang menyerupai seekor dolphin ini mempunyai kelajuan yang tinggi iaitu 25mph sepertimana ikan tuna hari ini.

 

~Artikel ini dipetik daripada laman sesawang www.dailymail.co.uk

Iran akan menghapuskan Worm Stuxnet secara besar-besaran-Lapor media Iran

Oleh: takusahrisau

 

Tehran: Agensi Nuklear Iran akan memerangi secara besar-besaran worm(sejenis perasit computer) yang telah menjangkiti kebanyakkan sistem komputer di sekitar loji industri di seluruh Iran,lapor media Iran.

 

Ancaman worm yang telah menjangkiti kebanyakkan laman sesawang di Iran, Indonesia,India dan Amerika Syarikat. Worm yang dikenali sebagai Stuxnet sangat memberhaya kerana ia mampu mengambil alih sistem komputer yang mengawal kerja-kerja dalam di loji industri nuklear Iran tersebut.

Lapor media ISNA, virus ini telah tersebar di seluruh Iran, tetapi tidak menamakan secara spefisik laman sesawang yang telah dijangkiti virus tersebut. Media asing membuat spekulasi bahawa virus itu sengaja disebarkan bagi memusnahkan sistem komputer di loji nuklear Iran yang pertama yang mana akan mula beroperasi pada awal Oktober ini di Bushehr.

Loji nuklear Iran yang dibina oleh syarikat daripada Rusia akan diselia oleh pakar daripada seluruh dunia tidak lama lagi. Iran sentiasa berpegang kepada janji bahawa nuklear Iran adalah untuk kegunaan awam bukannya untuk membina senjata nuklear seperti dakwaan Amerika Syarikat dan sekutu rapatnya, Israel.

Sebenarnya, penyebaran virus Stuxnet ini sangat mengejutkan pakar-pakar IT di seluruh dunia kerana inilah kali pertama virus disebarkan untuk mengawal sistem operasi dalam sesuatu organisasi yang mana sebelum ini virus disebarkan hanya untuk memanipulasi dan mencuri sistem.

Amerika Syarikat juga telah berjaya menjejaki virus ini dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri telah menubuhkan suruhanjaya khas yang akan menjejaki dengan pantas jika virus ini memasuki sistem pentadbiran mereka.

Penyebaran berita ini telah mengiyakan lagi desas-desus bahawa virus-virus yang banyak tersebar sebelum ini telah sengaja disebar oleh individu atau organisasi tertentu bagi tujuan sabotaj dan berniat jahat.

 

~Artikel ini dipetik daripada www.arabnews.com

 

Episod #2: Gambar-gambar Perang Dunia ke-2 yang tidak pernah tersiar di Akhbar dan Majalah!

Oleh: takusahrisau

Sambungan daripada entry pada September 23, 2010(Klik SINI)

Pegawai tentera Jerman dihukum gantung sampai mati oleh tentera Soviet Rusia(Red Army)

Seorang tentera Red Army berketurunan Uzbek mengheret mayat tentera Jerman yang rentung.

Tentera Jerman ditembak tepat ke kepala oleh penembak hendap(sniper) Red Army.

Juruterbang pesawat Lutwaffe ME 109 milik Jerman yang rentung akibat ditembak oleh musuh pada 1944.

Tentera Amerika terbunuh

Mayat-mayat bergelimpangan

Kelihatan kepala seorang tentera Jerman pecah akibat ditembak musuh

Mayat seorang tentera yang ditembak miskipun menyerah diri(lihat kedua-dua tangannya)

Seorang tentera FInland memerhatikan mayat-mayat tentera Rusia yang telah meninggal. Kelihatan seorang tentera perempuan juga terbunuh.

Mati akibat kesejukkan.

Tentera Amerika bertindak menggantung seorang tentera Jerman.

Mayat tentera Jerman terbunuh akibat digantung oleh musuh. Mangsa baru saja dileraikan ikatannya.

Seorang tentera Jerman diberi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan.

Semangat persahatan tidak mengenal tempat dan waktu. Imej ini mengambarkan segalanya.

Detik mencemaskan..tentera Jerman membunuh seorang yang dipercayai perisik

Orang Yahudi dibunuh oleh tentera Jerman di Ukraine.

Wanita Yahudi dipaksa berbogel oleh tenteta Jerman.

Kelihatan kaki masih lagi berada di atas kereta kebal.

Askar Unit kereta kebal Jerman,Panther terkorban.

Tentera Jerman terkorban-ditembak di mata.

Seorang tentera Jerman terkorban,bersamanya kad krismas yang diutuskan kepadanya-menyedihkan..

Dua orang rakyat Rusia dihukum gantung oleh Nazi-Jerman

Seorang tentera Red Army unit Artileri terbunuh

Tentera Jerman terbunuh di atas kereta kebalnya-disangkut oleh musuh.

Dari jarak dekat

Seorang paderi Katholik keturunan Jerman berdoa di depan pembunuhan beramai-ramai rakyat Poland

Sedang nazak

 

Akibat tersangkut di dahan pokok menyebabkan tentera Payung terjun Amerika ini menjadi target mudah bagi tentera Jerman

Wajah tentera ini kelihatan kehitaman disebabkan darah yang membasahi mukanya.

Tentera Jerman Divisyen Infanteri ke-46 terkorban di Bandar Feodosia,Russia pada 1941

Digantung di tugu Lenin

Skuad menembak menembak tentera musuh

Pembunuhan beramai-ramai

Untuk mengakhirnya, penulis sajikan kepada pembaca gambar yang terbaik bagi penulis bagi kategori Perang Dunia ke-2. Wassalam..

Tentera Jerman terkorban ditembak oleh Red Army unit ke-10 di Circa pada tahun 1941

Penemuan Meteorit terbaru di Marikh!

Oleh: takusahrisau

 

Kenderaan tanpa pemandu yang dihantar ke Marikh, Opportunity telah merakamkan satu batu pelik di Meridium Planum dipercayai sebagai meteorit terbaru yang terhempas di Marikh.

Rakaman daripada jauh

Setakat ini, Opportunity telah menghasilkan pelbagai imej menarik untuk ditatap oleh kita semua.

Berwarna gelap dan bergerigis menimbulkan kepastian kepada para saintis bahawa ia adalah meteorit. Kemungkinan ia adalah meteorit jenis berunsur besi merujuk kepada formasi bentuk meteorit tersebut.

Daripada jarak dekat

Nama tidak rasminya adalah Oileán Ruaidh yang membawa maksud Pulau Merah dalam bahasa Gaelic.

Sebelum ini, Opportunity telah merakamkan meteorit buat pertama kalinya yang diberi nama Heat Shield Rock juga di Meridian Planum. Setakat ini, Opportunity telah merakamkan lima meteorit termasuk penemuan yang terbaru ini. Kejayaan Opportunity telah membolehkan para saintis mengkaji dengan lebih teliti mengenai tahap atmosfera planet yang digelar planet merah ini.

Opportunity telah ‘berkhidmat’ selama enam tahun setakat ini sejak pendaratannya pada 25 Januari 2004. Opportunity juga memiliki ‘kembar’ yang digelar Spirit yang mendarat awal tiga minggu daripadanya. Nama Opportunity dan Spirit diambil setelah satu pertandingan menulis esei anjuran NASA.

Opportunity juga memiliki kembar yang diberi nama Spirit. Rekabentuk Spirit adalah mirip dengan Opportunity dengan mempunyai 6 tayar dan panel solar di atasnya.

Opportunity dirakamkan semasa menjalankan 'misi'nya di Victoria Crater oleh Mars Renaissance Orbiter(MRO)

Jarak dekat

%d bloggers like this: