Tag Archive | Hantu

Kawasan ‘Keras’ di Malaysia Berdasarkan Liputan Media dan Blogger!

Oleh: takusahrisau

 

Sebut sahaja Hantu, penulis pasti ramai pembaca di luar sana tidak senang duduk. Tergerak rasa hati penulis untuk menulis sedikit mengenai perihal hantu ini.

Seperti dalam sebuah entry(Klik SINI) daripada penulis beberapa hari yang lalu, penulis berpendirian bahawa hantu adalah jelmaan Jin dan Syaitan dan bukannya jelmaan roh si mati. Pandangan penulis selari dengan hadis dan al-Quran. Rasanya ia tidak perlu disangkal lagi kerana pandangan sebergini bukannya baru bahkan telah diungkap beberapa kali oleh alim ulama seperti Ustaz Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus dalam buku-buku tulisan mereka.

Itu mengenai Hantu dan asal usulnya, kali ini, penulis ingin berkongsi pula informasi mengenai tempat-tempat yang dikatakan berhantu berdasarkan liputan meluas oleh akhbar-akhbar dan blogger-blogger. Rasanya, baik kita mulakan sekarang sebelum malam menjelma!. Zassss~~~

 

5.        Kampung Masjid di Teluk Kumbar dan Kampung Baru Sungai Ara

Kampung Masjid dan Kampung Baru Sungai Ara terletak antara 15km antara satu sama lain. Dilaporkan bahawa kejadian di kedua-dua kampung tersebut telah mengemparkan negara akibat gangguan berterusan hantu yang dipercayai pocong. Berita ini dilaporkan secara ekslusif oleh akhbar Kosmo! Tidak lama dahulu. Pocong dikatakan mengganggu penduduk di Kampung Masjid yang dikatakan muncul di sebalik rimbunan pepohanan berdekatan kubur. Mengikut satu sumber, pocong dikatakan ‘berani’ mengganggu hingga ke rumah penduduk kampung. Pernah sekali seorang wanita berteriak menangis apabila kelibat pocong datang mengganggu rumahnya.

Liputan Akhbar Kosmo!-sumber Kosmo!

~Kredit kepada Akhbar Kosmo!

 

4.        Hantu Kebaya Merah di Gurun

Pada 5 Februari 2009, kereta dipandu lelaki berbangsa cina yang dikenali Chan terbabas sehingga memasuki longkang selepas susur keluar tol Sg Petani angkara kelibat hantu kebaya merah yang secara tiba-tiba muncul di atas jalanraya. Beliau bernasib baik tidak mengalami kecederaan. Hantu tersebut dikatakan muncul ekoran satu kemalangan ngeri di situ lama sebelum itu. Sehingga kini, hantu kebaya merah masih lagi menghantui penduduk dan pengguna jalanraya di sekitar Gurun.

 

Chan,(duduk) memerhati keretanya yang terbalik akibat mengelak lembaga berkebaya merah.-sumber Kosmo!

~Kredit kepada Akhbar Kosmo!

 

3.        Asrama MSN di Kuala Lumpur

Dilaporkan oleh Harian Metro bertarikh 25hb March 2010 mengenai gangguan makhluk halus di asrama MSN(Majlis Sukan Negara) sehingga memaksa sepasukan daripada Pusat Rawatan Islam Darul Shifa’ bergegas ke sana untuk merawati mereka.

Dalam satu insiden, ketika pengawai MSN dan ustaz-ustaz daripada Darul Shifa’ bertungkus-lumus ‘memagar’ kawasan MSN, seorang atlet sukan Bowling dirasuk sehingga menyebabkan badannya melekat pada dinding. Walaubagaimanapun, atlet Bowling yang dikenali sebagai Era itu berjaya dipulihkan.

Selepas proses ‘pemagaran’ itu, Asrama MSN dikatakan kembali pulih secara beransur-ansur.

sekadar gambar hiasan

~Kredit kepada Akhbar Harian Metro

 

2.        Highland Tower

Akibat daripada runtuhnya Highland Tower pada awal tahun 90-an dahulu yang mengakibatkan ribuan nyawa melayang, kawasan sekitar Highland Tower dikatakan sangat berhantu. Sehingga hari ini, masih lagi terdengar lolongan minta tolong dan tangisan rintihan. Jika pembaca bernasib baik, pembaca mampu merakam kelibat entiti-entiti di sekitar Highland  Tower tersebut seperti yang terjadi kepada wartawan RTM, Mohd Yunus Mohd Nor semasa satu rakaman televisyen. Lokasinya di sebuah banglo tinggal di sekitar kawasan Highland Tower.

Perhati di cermin seperti kelibat putih membentuk batu nisan atau pocong.- sumber ondscene

~Kredit kepada Blogger ondscene yang menyiarkan gambar secara ekslusif di blog miliknya, http://www.ondscene.my

1.         Penjara Pudu

Tidak disangkal lagi, Penjara Pudu adalah tempat yang paling ‘keras’ di Malaysia. Hampir semua akhbar melaporkan mengenai kegiatan paranormal yang terjadi di penjara yang di bina sejak 1886 ini. Penjara yang sudah dirobohkan bagi tujuan pembangunan ini pernah menempatkan ramai penjenayah-penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain.

Dilaporkan oleh akhbar Harian Metro melalui wartawannya, Mohd Azam Shah Yaacob dan Raja Nurain Hidayah yang bertarikh 27hb Jun 2010 yang mencerita pengalaman Sub Inspektor Sulaiman Chu Ahmad, 55.

Jika kami menghalang jalan, kami ditendang atau ditumbuk dan ketika meronda pula, kami disakat dengan bayangan lembaga hitam yang merenung tajam, bayangan kanak-kanak berlari dalam kawasan penjara selain kelibat perempuan cantik yang berjalan sendirian di tengah-tengah lorong penjara,”

 

kata Pegawai Disiplin Penjara Tapah, Sub Inspektor Sulaiman Chu Ahmad, 55, menceritakan pengalaman bertugas di Penjara Pudu ketika ia masih digunakan bagi menempatkan banduan. Beliau menambah lagi,

Gangguan itu yang biasanya berlaku pada waktu malam bukan saja terjadi kepada pegawai bertugas, sebaliknya turut dialami kebanyakan banduan yang melihat kelibat lelaki dengan muka mengerikan berjalan di tengah bahagian penjara hinggakan ada antara mereka yang terbabit dalam jenayah ganas turut diam dan tidak berani menegur.

Lain pula ceritanya bagi pelakon Abu Bakar Juah yang pernah berkhidmat sebagai inspektor penjara selama 11 tahun di Penjara Pudu sebelum berkhidmat sebagai Pengarah Penjara di Penjara Kajang. Beliau mendakwa pernah melihat bebola api terbang di dalam kawasan penjara sebelum lenyap dengan sendirinya.

Pemandangan Penjara Pudu daripada atas.

~Kredit kepada Akhbar Harian Metro

Advertisements

Hantu dan penjelasannya+extra: klip-klip video kelibat hantu!

Oleh: takusahrisau

 

Hantu telah menjadi satu ikon yang paling ditakuti bukan sahaja bangsa Melayu bahkan seluruh bangsa di dunia. Setiap bangsa memiliki cerita-cerita hantu mereka sendiri. Hantu juga berbeza mengikut bangsa atau tamadun. Seperti bangsa Melayu yang merangkumi kebanyakan negara di nusantara memiliki watak hantu seperti Langsuir, Pontianak dan Pocong.

Pontianak misalnya, sama ada di Indonesia mahupun di Malaysia, ciri-cirinya adalah bergitu mirip iaitu wanita rambut mengerbang, berbaju putih dan suka terbang dari pohon ke pohon. Asal usul Pontianak ini juga bergitu mirip iaitu kononnya disebabkan ibu mati ketika beranak. Namun, ia hanya cerita-cerita orang tua sahaja, sejauh mana kebenarannya sukar untuk dibuktikan.

Walaupun demikian, hantu atau jembalang ini hanya memiliki satu persamaan sahaja tidak kira ia berasal daripada tamadun mana sekalipun, ia tidak mampu membunuh manusia.! Ya, ia tidak mampu membunuh manusia, namun ia mampu menyebabkan manusia terbunuh atau hampir terbunuh.!

Bagaiman ia boleh menyebabkan manusia terbunuh?

Telah dikaji oleh para pengkaji paranormal, terdapat hantu yang bersifat baik dan ada yang bersifat ‘nakal’. Ia boleh dilihat dengan warna hantu yang dirakam atau dijumpai. Sebagai contoh, jika hantu itu muncul dengan warna putih, ia adalah hantu jenis baik seperti Casper. Dan jika ia muncul dengan warna hitam, ia adalah hantu jenis nakal dan suka mengacau manusia.

Banyak kejadian yang menyebabkan manusia hampir terbunuh dan terbunuh. Seperti yang berlaku di satu tempat di utara tanah air baru-baru ini di mana seorang pemandu melihat kelibat perempuan cantik berkebaya merah. Terkejut dengan kelibat misteri itu, si pemandu itu terus terbabas dan hampir maut. Beliau bagaimanapun cedera ringan dan mampu untuk menceritakan kembali pengalaman aneh yang dialaminya sehingga sebuah akhbar popular di tanah air menerbitkan peristiwa kemalangan ini di muka hadapan.

Bergitu juga dengan kelibat api misteri yang pernah heboh satu ketika dahulu. Kelibat api misteri ini miskipun belum memakan nyawa namun ia telah menimbulkan kegusaran kerana banyaknya kerugian daripada harta benda. Peristiwa ini pernah berlaku kepada saudara Mohamad Sidek Hamid dan keluarga. Ia menimbulkan rasa takut dan gerun bukan sahaja memikirkan nyawanya yang terancam tetapi juga harta benda yang berada dalam rumah beliau. Dianggarkan beliau kerugian sebanyak RM40,000.00 akibat gangguan misteri tersebut. Akibat trauma dengan kejadian tersebut, beliau sekeluarga terpaksa berpindah rumah dan tinggal di garaj kereta buat sementara waktu.

Hantu menurut ajaran Islam, bagaimana?

Menurut ajaran Islam, hantu adalah jelmaan jin dan syaitan. Tujuan jin dan syaitan hanya untuk menyesatkan manusia. Jadi, antara sebab jelmaan yang menakutkan itu adalah untuk manusia merasa gerun serta takut dan seterusnya menyebabkan mereka ‘menyembah’ mereka sama ada dengan berjumpa bomoh(maksud bomoh syirik) atau menyembahnya secara terus seperti orang-orang asli yang menyembah roh-roh dan amalan bidaah orang Melayu zaman dahulu seperti pembuangan achok dan pulut kuning.

Adakah kelibat wajah orang yang meninggal dunia adalah roh si mati?

Pendapat sesetengah masyarakat mengenai roh-roh si mati adalah kerana terpengaruh dengan omong-omongan orang kafir yang sering mempercayai roh si mati yang tidak tenang akan sentiasa menganggu manusia terutama keluarga terdekatnya. Pendapat tersebut tidak benar sama sekali.

Apa yang perlu diketahui adalah sebagai orang Islam, kita wajib berpegang kepada hadis Rasullulah saw yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Maka, diketahuilah bahawa roh-roh si mati tidak akan menganggu manusia kerana terputusnya hubungan antara roh dan manusia seumpama terputus jambatan di atas dua pengkalan.

Jika bukan roh si mati, jadi apakah yang menganggu?

Seperti yang diberitahu pada awalnya, yang menganggu manusia hidup bukannya roh manusia tersebut tetapi jin dan syaitan yang mahu berusaha merosakkan akidah manusia. Syaitan tidak pernah puas untuk mengoda anak Adam miskipun dengan sekecil-kecil dan sehalus-halus godaan. Dengan bunyi lolongan si mati dibunuh, ia adalah hasil ‘buatan’ jin dan syaitan. Jangan mudah terpedaya dengan godaan syaitan laknatullah dan sentiasalah berdoa dan berzikir supaya kita hanya takut kepada Allah swt dan bukannya kepada jin dan hantu. InsyaAllah.

Apakah jelmaan jin dan syaitan boleh terakam dengan kamera?

Ya, ada bukti yang boleh menyokong hal ini. Dengan kecanggihan teknologi, jelmaan jin dan syaitan sentiasa terakam dek kamera atau video cam. Seperti yang diketahui, jin dan syaitan adalah berasal daripada unsure api, oleh itu jika ia dirakam menggunakan kamera infra-merah, ia akan menimbulkan elemen haba yang kuat. Bergitu juga sekira menggunakan alat pengukur haba, ia memberikan reaksi yang sama dengan kamera infra-merah.

Sebagai memberi rasa ‘realiti’ kepada pembaca, penulis ingin pembaca melihat beberapa video yang penulis anggap sebagai asli dan realiti. Saksikan.

Amaran: Usah takut kerana ia hanyalah video yang menampilkan reaksi-reaksi kelibat hantu tanpa terdapat grafik-grafik menyeram dan mengerikan.

Kejadian berlaku di kedai buku. Buku dan troli kelihatan bergerak tanpa ada sesuatu yang bertindak mengerakkannya. Petugas di kedai buku tersebut kelihatan bergitu takut dengan gangguan yang beliau alami. Video ini dirakam menggunakan CCTV.

 

Kejadian berlaku kepada beberapa pelancong daripada jepun. Seorang rakannya yang bertindak sebagai jurukamera telah tidak sengaja merakam kelibat lembaga misteri yang kelihatan terjun daripada genting ke dalam gaung. Kemungkinan ia adalah lembaga yang ‘melakonkan’ kembali satu kejadian bunuh diri.

Dalam kejadian ini pula, keluarga Underwood yang diketuai oleh Delia and Tom Underwood telah melawat ke beberapa tapak peperangan saudara Amerika Syarikat di Gettysburg. Anak perempuan beliau secara tidak sengaja terakam kelibat-kelibat aneh cahaya yang menyerupai lembaga yang muncul berkali-kali daripada semak.

 

Dalam kejadian ini, seorang pemuda bernama Robert Fowler telah tidak sengaja terakam satu kelibat yang misteri semasa berada di dalam sebuah gereja di Vatican City.

 

~ Hantu, Jin , Syaitan adalah Makhluk Allah sepertimana manusia, Jadi secara logiknya, mengapa kita sering terasa takut dan seram dengan kelibat mereka?cuba pembaca fikirkan..waallahualam..

 

%d bloggers like this: