Archive | June 2013

(Video) Sheikh Abdul Aziz bin Ali A-Nuaimi Ditanam Hidup-Hidup bagi Merasai Kematian…

Oleh: takusahrisau

Bagi meraih kesedaran kerohaniah, seorang kerabat diraja Ajman, Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Ali Al-Nuaimi telah meminta dirinya dikuburkan sebagaimana jenazah yang telah meninggal dunia selama 20 minit. Masyarakat mengenali Sheikh Abdul Aziz sebagai seorang yang merendah diri sehingga dikenali dengan gelaran ‘down to earth Sheikh‘.

Sheikh Abdul Aziz pernah memimpin ekspedisi ke Artatika bagi membuat kajian lebih terperinci tentang Kepanasan Global

Sheikh Abdul Aziz pernah memimpin ekspedisi ke Artatika bagi membuat kajian lebih terperinci tentang Kepanasan Global

Perlibatan dirinya secara aktif dalam kempen kesedaran kehijauan bumi dan kepanasan global membuatkan dirinya dikenali juga sebagai ‘Green Sheikh’. Sheikh Abdul Aziz bukan sehaja memiliki budi perkerti yang mulia dan kekayaan yang melimpah ruah tetapi juga dikurniakan Allah swt dengan kepintaran. Beliau adalah graduasi dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan Petroleum, Master dalam Pengurusan Alam Sekitar dan PhD dalam bidang Ekosistem Produksi Bersih dan Industri.

Semoga Allah sentiasa merahmati beliau.

92890835-uae-sheikh

(Video) Patung Neb-Senu Berpusing Mencetuskan Misteri..

Oleh: takusahrisau

 

Patung bersaiz 10 inci yang berusia 1800 sebelum masihi mencetuskan misteri di sebuah muzium di Machester apabila dirakam berpusing sebanyak 180 darjah. Patung tersebut jelas menunjukkan yang ia berada di dalam kaca dan tidak disentuh oleh sesiapa semasa ia dirakam berpusing.

132

Rakaman tersebut yang dirakam dengan ‘time-lapse’ telah menarik minat ramai pengkaji paranormal serta peminat Egytologi. Masyarakat di sekitar kota Machester turut mengunjungi muzium tersebut untuk melihat sendiri patung tersebut.

Seorang saintis iaitu Prof. Brian Cox berhipotesis bahawa putaran patung Neb Senu tersebut adalah disebabkan oleh gegaran daripada pengunjung muzium itu sendiri. Namun, hipotesis beliau kelihatan kurang cermat kerana patung-patung bersebelahan tidak mengalami keadaan yang sama dengan patung Neb Senu.

Disebabkan itu, beberapa pengkaji mengulas bahawa ia berkaitan dengan ‘Curse of Pharaoh’ yang sering menghantui patung-patung dan mumia-mumia daripada tamadun Mesir Purba.

Patung Neb Senu telah berada di Muzium Manchester sejak 80 tahun yang lalu sejak ia diambil daripada sebuah makam mumia di Mesir. Walaubagaimanapun, baru kini ia dapat dirakam berpusing.

Ahli Ilusi, Dynamo Menunjukkan Kemampuan Untuk ‘Terbang’ di London…

Oleh: takusahrisau

Ahli Ilusi, Dynamo atau nama sebenarnya Steven Frayne menunjukkan kebolehannya untuk ‘terbang’ di hadapan khalayak ramai di Westminster Bridge, London. Dynamo terbang sambil meletakkan satu tangannya di sebuah bus dua tingkap setinggi 15 kaki. Beliau yang berumur 30 tahun telah berjaya menarik perhatian ramai. Difahamkan, lagak ngeri yang dilakukan beliau mendapat kerjasama daripada pengeluar minuman ringan terkenal, Pepsi Max.

article-0-1A775086000005DC-968_634x452

article-0-1A784106000005DC-287_306x423

article-2346901-1A779AC2000005DC-643_634x406

(Gambar) Gansu Brave dan Boxer Rebellion..

Oleh: takusahrisau

Di akhir kurun ke-19, iaitu sekitar tahun 1899 sehingga 1901, tercetus satu pemberontak di China yang dikenali pada hari sebagai Pemberontakan Boxer. Pemberontakan Boxer mendapat nama daripada sekumpulan pemuda-pemudi daripada Shandong membentuk kumpulan seni-bela diri yang dikenali sebagai The Society of Righteous and Harmonious Fists . Kebanyakan pemuda ini adalah terdiri daripada mereka yang tertindas dan penganggur akibat sikap kapitalisme orang Barat yang bermahajarela di kawasan mereka dan masalah bencana alam yang merosakkan hampir keseluruhan punca rezeki mereka. Kejadian bencana alam di Shandong telah dianggap oleh para anggota Boxer sebagai kesalahan dan dosa warga asing di tempat mereka. 

Kebencian kepada warga asing menyebabkan mereka mengelar mereka sebagai Guizi yang bermaksud ‘Syaitan(demon)’. Kebangkitan mencapai kemuncak apabila pada 1 November 1897,  sekumpulan anggota Boxer yang seramai 20 hingga 30 orang telah menyerang kejiranan seorang paderi Kristian warga Jerman, George Stenz. Kejadian itu menyebabkan terbunuhnya George Stenz dan dua paderi yang lain.

Berita pembunuhan tersebut sampai ke telinga pemerintah Jerman, Kaiser Wilhelm II. Sepantas kilat Wilhelm II memerintahkan Squadron Asia Timur untuk menyerang dan seterusnya menjarah Shandong. Akhirnya, Shandong jatuh ke tangan Jerman.

Pemberontakan Boxer telah merebak ke sebuah wilayah di China yang kebanyakan komunitinya adalah Islam, Gansu atau Kansu. Sekumpulan pemuda dan para seni bela diri telah berpadu tenaga di bawah selian seorang jeneral iaitu Jeneral Dong Fuxiang. Dong Fuxiang dikatakan oleh sesetengah ahli sejarah sebagai Muslim namun beberapa pendapat lain menyatakan beliau adalah bukan Islam namun mempunyai hubungan akrab dengan warga Islam Gansu. Dong Fuxiang adalah seorang berketurunan Han manakala warga Islam di China kebanyakan daripada keturunan Uighur, Tartar, Salar dan Hui.

Penyertaan umat Islam Gansu yang seramai 10,000 orang telah membentuk sebuah skuad tentera yang hebat dan berani. Mereka digelar oleh warga Barat sebagai Gansu Brave. Mereka dibahagi kepada beberapa lapan batallion Infantri, dua Kavalri, dua Briged Artilleri dan satu unit jurutera. Pada masa itu, mereka adalah skuad paling moden di China. Mereka dibekalkan dengan Krupp Artillery dan senapang Mauser selain pedang sebagai alat asas peperangan mereka. Gansu Brave dikenali sebagai para tentera yang memakai serban hitam dan menggunakan bendera hitam sebagai lambang keberanian mereka.

Di bawah Jeneral Dong Fuxiang, Gansu Brave telah berpadu tenaga dengan Boxer Rebellion dan menjadi tentera barisan hadapan menentang lapan tentera gabungan. Mereka sangat ditakuti oleh tentera lapan gabungan kerana sikap tidak berperikemanusiaan terhadap tentera asing. Mereka juga disifatkan amat membenci pengedaran dadah yang cukup berleluasa di China. Seorang konsulat Jepun Sugiyama Akira dan beberapa warga asing yang lain telah dibunuh atas sebab yang demikian.

Pada satu tahap, Kaiser Welhelm II terpaksa meminta bantuan Sultan Abdul Hamid II untuk memujuk Gansu Brave daripada terus menyerang dan membuat huru-hara di kawasan kejiranan warga asing. Enver Pasha telah dihantar ke China untuk memujuk namun gagal mencapai kata sepakat. Kehebatan mereka telah mencetuskan satu fenomena dan menjadi kebangkitan semangat untuk lepaskan diri daripada dasar Barat di China di kemudian hari.

Gansu Brave yang berserban hitam dan bersenjata lengkap

Gansu Brave yang berserban hitam dan bersenjata lengkap

220px-Dong_Fuxiang

220px-Ronglu

Komander tentera Imperial, Ronglu

405px-Sir_Edward_H__Seymour_2

Komander tentera Britain, Sir Edward H. Seymour

419px-Boxer1900

Salah seorang daripada ‘pemberontak’ Boxer.

782px-Western_Legations_Peking_1900_Clowes_Vol_VII

Pembahagian kawasan kepada 8 negara bersekutu iaitu Inggeris, Jerman, Amerika Syarikat, Jepun,Perancis,Austria-Hungary,Russia dan Itali di Peking(Beijing).

800px-Beijing_Castle_Boxer_Rebellion_1900_FINAL

Detik kekalahan tentera Imperial dan ‘pemberontak’ Boxer kepada tentera gabungan 8 negara.

800px-Boxer_tianjing

Perhatikan pemberontak Boxer yang beragama Islam ini, memakai serban(penutup kepala) dan berparang. Mereka mengawal dan memeriksa keadaan Peking yang ‘bersih’ daripada orang Barat.

3090_recapture_lg

Gambaran pemberontakan Boxer terhadap tentera gabungan 8 negara

A German soldier at the Legation Quarter in Beijing during the

Seorang tentera Jerman di perkarangan kota Peking(Beijing).

Saat mengerikan apabila tentera gabungan 8 negara menghukum para pemberontak Boxer.

boxer-001

Perempuan tidak terkecuali daripada dihukum.

Seorang Boxer Rebellion dihukum

Seorang Boxer Rebellion dihukum dan dilihat oleh orang ramai

boxer-006

Para Pemberontak dihukum setelah perang berakhir

Pemberontak Boxer dihukum

boxer-009

Pemberontak Boxer menunggu masa untuk dihukum

 

 

boxer-013

 

 

boxer-014

boxer14

Tentera upahan India yang berkhidmat di bawah tentera Britain

 

 

boxer-015

Tentera Marin Amerika yang berpengkalan di Filipina

boxer-016

Hukuman terhadap seorang persalah. Kemungkinan besar seorang daripada Cina Kristian.

boxer16

Tentera Russia

 

 

boxer-018

 

boxer-019

 

boxer-019

BoxerAmericanTroops

 

BoxerJapaneseMarines

Tentera Marin Jepun

BoxerHeadsUnderwoodx2TientsinLOC

 

Chinese Prisoners of the Boxer Rebellion

BoxerRussianTroops

Tentera Russia

 

 

BoxersMarchTientsinWhitingViewCoLOC

BoxersonTrialKeystoneViewCoLOC

Dong Fuxiang menghukum para cina Kristian dan talibarut barat. Lihat di belakang Dong Fuxiang. Mereka adalah Gansu Brave yang memakai serban hitam dan lengkap bersenjata.

Main Gate of Peking China During Boxer Rebellion

Pintu gerbang utama di Peking semasa Pemberontak Boxer yang terdiri daripada Tentera Imperial,Righteous Harmony Society Movement dan Gansu Brave.

Catholic Defence

Cina Kristian bermazhab Katholik dibekalkan senjata untuk menjaga keluarga daripada ancaman ‘pemberontak’ Boxer.

Chinese Regular Soldiers Line Up at Tientsin

Tentera China di Tientsin.

Chinese Troops in 1900

Tentera Cina pada 1900

Chinese_Muslim_Kansu_Braves_1900_Boxer_Rebellion

Inilah Gansu Brave yang cukup kental melawan musuh sehingga ditakuti oleh 8 negara gabungan.

ChristiansFleePekingHCWhiteCoLOC

Cina Kristian mengambil keputusan untuk meninggalkan bandar Peking selepas ramai di antara mereka dihukum dan dibunuh oleh ‘pemberontak’ Boxer.

Executed Boxer leaders at Hsi-Kou 1900-1901, guarded by a German soldier

Saat memilukan apabila ketua Boxer di hukum bunuh di Hsi-Kou sekitar tahun 1900-1901 sambil diselia oleh tentera Jerman.

 

 

Execution of Boxers after the rebellion.

FamilyBombedOutHouseTientsinUnderwoodx2LOC

Sebuah keluarga terpaksa tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah akibat dibom semasa peperangan.

Forces of the Eight Nation Alliance at a victory parade in the Forbidden

Tentera Gabungan 8 negara mengadakan perarakan kemenangan di Bandar Larangan.

Foreign invasion force from the Eight Nations disembarks at the Port of Tang Ku, 1900

Tentera 8 negara mula tiba di China melalui Port Tang Ku pada 1900.

German Imperial Troops Deploy at Tientsin

Tentera Jerman

Chinese Cadets

Kadet tentera China

Italian contingent

Tentera Itali

Japanese soldiers executing Chinese men

Tentera Jepun menembak mati seorang ‘pemberontak’

Japanese Military Beheads a Chinese Man

Tentera Jepun berkemahiran dalam memancung para ‘pemberontak’.

Perhatikan di sebelah kanan(memegang pedang panjang), itu adalah Gansu Brave.

Ma Fuxing

Ma Fuxing. Salah seorang Jeneral tentera Imperial yang beragama Islam.

Pmyikuang

Prince Qing

Portrait of Dowager Empress Cixi of the Qing Dynasty in China

Maharani Cixi daripada Dinasti Qing.

PrinceSuFedTrappedForeignersUnderwoodx2LOC

Putera Su

Representative members of the interventionist forces, snapped by a Japanese

Tentera Gabungan yang menceroboh China.

The capture of the southern gate of Tianjin

Penawanan Gerbang Selatan Tianjin.

    USLegatSurvivorsUnderwoodx2LOC

(Gambar) Lokasi Penggambaran Star Wars di Tunisia Yang Masih Berdiri Kukuh..

Oleh: takusahrisau

Sebahagian set pengambaran filem pecah panggung Star Wars masih lagi berdiri kukuh di sebuah gurun gersang di Chott el Djerid, Tunisia. Filem yang menjalani penggambaran sekitar tahun 1970-an itu mendapat sambutan cukup luar biasa sehingga menjadi fenomena buat beberapa ketika.

Set penggambaran di Tunisia ini adalah set penggambaran untuk adegan di Planet Tattoine iaitu tempat lahirnya Luke Skywalker. Di dalam filem ini, Tattoine terkenal dengan planet yang mempunyai dua bulan. Dalam filem Star Wars, Luke Skywalker(dilakonkan oleh Mark Hamilton) adalah anak kepada Anakin Skywalker iaitu antagonis utama dalam saga Star Wars. Ibunya meninggal dunia ketikamana melahirkan Luke dan beliau kemudian dibesarkan oleh keluarga angkat di Planet Tattoine. Luke digambarkan seorang yang cekal dan berbudi pekerti mulia persis ibunya. Namun, beliau tetap mempunyai sikap panas baran dan tidak sabar yang diturunkan oleh bapanya, Anakin. Walaubagaimanapun, sikap buruk tersebut berjaya dipulihkan setelah berjumpa dan berguru dengan Master Yoda, juga guru kepada bapanya, Anakin/Darth Vader.

Atas faktor iklim dan cuaca, beberapa set didapati telah musnah manakala beberapa yang lain telah ditimbus oleh pasir. Walaubagaimanapun, sebahagian daripadanya masih terpelihara. Sehingga kini, lawasan gersang ini masih lagi menjadi tumpuan kepada para obsesi dan peminat setia filem-filem Star Wars.

 

article-2336377-1A284ABC000005DC-271_634x411 article-2336377-1A284B60000005DC-83_634x320 article-2336377-1A2844D9000005DC-223_634x401 article-2336377-1A2844F1000005DC-420_634x305 article-2336377-1A2845BD000005DC-102_634x333 article-2336377-1A28452C000005DC-178_634x473 article-2336377-1A28469C000005DC-943_634x388 article-2336377-1A28485D000005DC-83_634x460 article-2336377-1A284501000005DC-823_634x386 article-2336377-1A284528000005DC-37_634x422 article-2336377-1A284760000005DC-696_634x286 article-2336377-1A284845000005DC-117_634x385 article-2336377-1A284900000005DC-197_634x379