Antartika-Misteri di sebaliknya..


Oleh: takusahrisau

Antartika adalah salah satu daripada 6 benua di dunia. Benua yang agak terasing ini hampir tiada hidupan yang bermuastatin dek kerana suhu sejuknya yang terlampau ekstrem. Direkodkan, haiwan yang mempunyai ketahanan badan yang tinggi mampu hidup di sana seperti Penguin dan Anjing Laut. Namun di sebalik hampir tiada hidupan di sini, saintis tetap silih berganti ke Antartika pada setiap tahun. Di Antartika, Dipercayai sebanyak 4000 orang saintis daripada pelbagai negara melakukan kajian di sini.

Penguin adalah haiwan yang hanya hidup di Antartika.

Mereka percaya kunci kepada persoalan peristiwa masa lalu,sekarang dan akan datang adalah Antartika!.Antara kajian yang terdapat di sini adalah iklim global, atmosfera dan O-zone, sains bumi, ais, pergerakan magnetik, aurora, dan eko-sistem.

Ok,berbalik kepada tajuk utama. Kenapa penulis mengatakan tamadun pernah wujud di sebuah benua tandus bernama Antartika ini?Kalau mahu difikirkan, hendak menjejakkan kaki di situ pun perlu memakai baju berlapis-lapis tebalnya.

Penulis kali ini ingin mengajak anda semua untuk mengkaji tentang satu penemuan yang tidak sengaja oleh seorang warga Turki pada kurun ke-16. Diikuti dengan pelbagai bukti-bukti lain yang mungkin boleh membuatkan anda terpegun.

Peta Antartika

 

 

Teori berdasarkan Peta Piri Reis(1513)

Pada 1929, secara tidak sengaja seorang Pengarah Istanbul National Museum,Halil Edhem telah menemui sebuah peta lama di Istana Topkapi,Istabul,Turki. Peta ini memaparkan Pantai Barat Afrika,Pantai Selatan Amerika Selatan dan Pantai Utara Antartika secara terperinci. Ia dilengkapi dengan lukisan haiwan dan habitat yang memberi maksud sosio-budaya tempat tersebut.

Peta yang dilukis di atas kulit rusa ini menjadi semakin menarik apabila ia memaparkan secara tepat benua Antartika. Lagi pelik dan menakjubkan, peta ini dipercayai siap dilukis pada 1513 berdasarkan  catatan tandatangan oleh Piri Reis sendiri bertanggal Muharam 919 Hijrah atau bersamaan 9 Mac – 7 April 1513 Masehi. Untuk pengetahuan anda, Antartika hanya ditemui pada 1820. Itu pun ia boleh dikatakan musykil kerana terdapat pencanggahan pendapatan siapa yang pertama menemuinya.Ini kerana terdapat tiga orang individu yang mendakwa mereka sebagai orang pertama menemui Antartika. Mereka ialah Fabian von Bellingshausen dari Rusia, Edwar Bransfield dari Great Britain dan Nathaniel Palmer dari Amerika Syarikat.Walaubagaimanapun, catatan yang rasmi dan boleh dipercayai adalah pada 1911 iaiu Roald Amundsen telah berjaya menjejakkan kaki ke Antartika.

Sebenarnya, Piri Reis dalam catatan lainnya menyatakan peta yang mengambarkan Antartika ini sebenarnya dirujuk kepada beberapa catatan awal yang lain iaitu 20 Peta berasal dari zaman Alexander The Great, 8 Peta hasil karya ahli geografi Islam, 4 Peta Portugis dan 1 Peta hasil karya Christopher Colombus(lelaki yang dikatakan menemui Benua Amerika). Ini bermakna terdapat catatan awal lain yang lebih dulu berbanding Peta Piri Reis telah wujud!

Peta Piri Reis

 

Antartika Menurut Peta Piri Reis

Memang diketahui bahawa Antartika adalah benua tandus dengan ketebalan salji secara purata adalah setebal 1-2 km. Walaubagaimanapun, Piri Reis dalam petanya menggambarkan Antartika memiliki tumbuhan dan pantai utara Antartika masih belum diselaputi oleh salji tebal.

  • Piri Reis dalam petanya menggambarkan Garis Pantai Antartika (terutama Pulau Queen Maud) masih belum diselaputi ais miskipun telah dibuktikan melalui kajian geologi bahawa pulau ini telahpun diselaputi ais sejak 4000 SM lagi!- dan yang lebih penting, ukuran pemetaan dalam Peta Piri Reis ini adalah sangat tepat. Diingatkan, 4000SM adalah waktu di mana tiada tamadun dicatatkan. Tamadun paling awal di dunia bermula di Lembah Indus,India dan China.Itupun bermula 3000SM.Jadi,siapakah memetakannya?

 

  • Piri Reis dalam petanya juga menggambarkan Pulau Aegea berada di permukaan air sedangkan saintis merekodkan pulau Aegea telah tenggelam sejak 4000 SM lagi!- Siapakah memetakannya?

 

  • Pada 1953, peta Piri Reis dihantar kepada U.S. Navy Hydrographic Bureau. M.I. Walters, Chief Engineer of the Bureau, menelefon Arlington H. Mallery, untuk membantunya.Mallery adalah pakar dalam peta purba. Dalam kajian beliau,beliau melakarkan peta Piri Reis di atas glob,dan keputusannya amat memeranjatkan.Peta Piri Reis mempunyai ketepatan ukuran sepanjang 50km. Ia tidak logik dengan teknologi tahun 1513 dapat mengukur peta dengan setepat itu!.Beliau dalam kenyataan rasmi menyatakan tiada cara lain untuk memetakan Peta Piri Reis ini melainkan dengan menggunakan pemetaan dari udara!. Jadi apakah benar  terdapat teknologi pemetaan udara waktu itu?waallahualam.

 

Peta Piri Reis telah mengundang perbahasan banyak cendiakiawan

 

 

Teori berdasarkan  Peta Oronteus Finaeus (1529)

Oronteus Finaeus adalah seorang ahli matematik dan kartografer yang berbakat. Beliau yang dilahirkan di Briancon telah beberapa kali meringkuk di dalam penjara kerana sifat lantangnya dalam menyuarakan pendapat dalam bidang sains.

Walaubagaimanapun,itu bukan persoalannya.Akan tetapi, peta yang dilukis oleh Oronteus Finaeus pada 1529 telah membangkitkan satu teori bahawa terdapatnya hidupan dan teknologi yang jauh melebihi jangkauan akal manusia di Antartika.

Masakan tidak, beliau dalam petanya melukiskan dengan tepat dan terperinci peta Antartika. Perlu diketahui bahawa Antartika hanya ditemui kira-kira 300 tahun selepas itu.(peta ini dilukis pada tahun 1529).

Peta Oronteus Finaeus menggambarkan Antartika memiliki gunung dan sungai yang mengalir dengan tenang.Ajaibnya, sungai dan gunung telah pun diselaputi salji setebal 2 km sejak 6000 tahun dahulu!.

Peta Oronteus Finaeus juga mengambarkan Antartika terpisah menjadi dua pulau. Peta ini hanya dibuktikan kira-kira 350 tahun kemudian apabila kajian menyatakan bahawa Antartika telah dipisahkan menjadi dua pulau dengan Ross Sea sebagai sempadan sebelum Ross Sea menjadi glasier 6000 tahun dahulu.

Persoalannya,bagaiman Oronteus Finaeus boleh melukiskan peta ini dengan tahap ketepatan yang tinggi miskipun diketahui tiada manusia pernah sampai di sana?

Adakah Oronteus Finaeus menggunakan rujukan peta daripada peta purba?

 

Peta Oronteus Finaeus menggambarkan Antartika dipisahkan oleh Ross Sea.

 

 

 

Teori berdasarkan  Peta Buache (1737)

Philip Buache adalah seorang ahli geografi berbangsa Perancis. Beliau telah melukiskan peta Antartika dengan tepat pada 1737 yang mana 83 tahun sebelum penemuan Antartika dicatatakan. Seperti peta-peta purba lain, Peta Buache juga mengambarkan Antartika tidak diselaputi oleh ais miskipun diketahui bahawa ais telah menyelaputi Antartika sejak 4000 SM lagi.

Yang bertambah pelik, bagaimana Philip Buache boleh melukiskan dengan tepat benua Antartika?rujukan apakah yang beliau gunakan?

 

Peta Buache

 

 

 

Pelbagai Jawapan terhadap Fenomena Antartika

 

  • Kewujudan Tamadun Purba– Ada sesetengah pendapat menyatakan terdapat tamadun purba yang berjaya sampai ke Antartika. Antara tamadun purba adalah Atlantis dan Lemuria. Dipercayai tamadun ini yang pertama sekali sampai di Antartika.Walaubagaimanapun, kewujudan kedua-dua tamadun ini masih dalam  perbahasan.Sungguhpun bergitu, terdapat banyak penemuan tinggalan-tinggalan  purba yang hampir menyamai tinggalan Atlantis dan Lemuria.

Benua Atlantis dipercayai berada di tengah-tengah benua Amerika dan Afrika.

 

  • Tempat pendaratan Alien– Setengah teori lain menyatakan Antartika sejak daripada dahulu lagi adalah tempat pendaratan Alien. Sejauh mana kebenarannya adalah tidak diketahui.

 

  • Kewujudan makhluk Nephilim– Teori ini agak jarang didengar, akan tetapi , ia masih dianggap bahan hujah para pengkaji. Nephilim adalah makhluk yang dipercayai wujud sebelum kedatangan Nabi Adam as. Nephilim digambarkan mempunyai susuk tubuh yang sasa dan mempunyai tamadun yang jauh lebih hebat daripada manusia. Tamadun ini musnah tetapi masih meninggalkan saki baki hasil tamadun mereka. Teori Nephilim muncul selepas penemuan banyak tulang-tulang dan rangka-rangka bersaiz besar.

Nephilim adalah makhluk bersaiz gergasi.

 

 -Artikel ini adalah hakmilik sepenuhnya penulis. Jika ada pembaca mahu menyebar artikel ini dalam blog atau forum, penulis suka-cita membenarkannya kerana ia adalah salah satu cabang dakwah.Sebarang kekeliruan dalam artikel di atas boleh diutarakan melalui ruangan komen di bawah. Salam Ukhwah.

Advertisements

Tags: , , , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

2 responses to “Antartika-Misteri di sebaliknya..”

  1. mieyza says :

    wahh..menarik..good job syed.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: