Tag Archive | Rakaman bigfoot

(Video) Bigfoot dirakam oleh Sekumpulan Remaja di Idaho..

Oleh: takusahrisau

Sekumpulan remaja yang sibuk menyiap projek sekolah secara tidak sengaja terserempak dengan makhluk besar yang dikenali dengan nama Bigfoot. Salah seorang daripada mereka sempat merakam makhluk tersebut sebelum hilang secara misteri di dalam hutan berhampiran. Kejadian ini terjadi di Mink Creek berdekatan Franklin County, Idaho.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

___________________________

Segalanya lebih menarik di

 

(Video) Kemunculan Bigfoot dalam Rakaman Video!

Oleh: takusahrisau

 

Bigfoot atau Sasquatch adalah primat paling sukar untuk ditemui. Malah, kewujudannya juga sering dipertikaikan miskipun terdapat bukti-bukti video dan gambar. Kepada ramai pengkaji dan pengemar primat yang berketinggian lebih daripada 7 kaki ini, ia adalah bahan kajian penting berkenaan dengan spesiesnya yang berkemungkinan besar mempunyai keselarian dengan spesies Homo Sapien(manusia).

Baru-baru ini, tiga rakan yang melakukan ‘jungle traking’ telah tiba-tiba terakam Bigfoot yang sedang berjalan tanpa disedari oleh mereka bertiga. Menurut tiga sekawan ini, mereka hanya menyedari kehadiran Bigfoot dalam video rakaman mereka semasa pulang ke rumah untuk melihat kembali rakaman yang telah dibuat. Selepas itu, mereka segera memuat naik video tersebut ke laman perkongsian video popular, Youtube. Ia dipercayai mula dimuat naik pada 28hb Mei 2011.

 

Mereka menulis beberapa patah pernyataan berkenaan rakaman yang berdurasi 0.58 saat tersebut.

While hiking, we accidentally caught an image of bigfoot walking through the woods. I didn’t even notice until I got home and saw it on the computer! This scarred the crap out of us!

 

Extra

Untuk sedikit informasi, rakaman video berkaitan dengan Bigfoot mula tersebar sejak Roger Patterson (Februari 14, 1926 – Januari 15, 1972) dan Robert Gimlin (Oktober 18, 1931) menyebarkan video rakaman Bigfoot pada 20 Oktober 1967. Video rakaman ini dikenali dengan Patterson Film. Walaubagaimanapun, video rakaman tersebut telah mencetuskan perdebatan yang tidak kurang sedikit. Ramai saintis menafikan kesahihan video tersebut dengan mengatakan ‘Bigfoot’ yang dirakam adalah manusia yang memakai sut ‘gorila’. Namun, ia dinafikan oleh Robert Gimlin dalam satu temuramahnya baru-baru ini. Kepada saintis yang yakin dengan kesahihan video tersebut, mereka menyatakan ia adalah video rakaman satu spesies yang masih belum dikenalpasti.

 

%d bloggers like this: