Tag Archive | matahari kedua

Teleskop CFH di Hawaii rakam matahari kedua atau planet misteri!

Oleh: takusahrisau

 

Baru-baru ini, teleskop CFH yang bertanggungjawab merakam letupan misteri di Hawaii(Klik (Video) Letupan Misteri berjaya dirakam di Hawaii!) telah mengejutkan sekali lagi para pengkaji paranormal apabila berjaya merakam pula matahari atau planet misteri.

Balai cerap di Mount Kea yang menempatkan teleskop CFH.

 

Untuk sedikit info, Teleskop CFH adalah singkatan bagi nama Teleskop Canada-France-Hawaii. Ia telah beroperasi secara rasmi sejak tahun 1979. Teleskop ini adalah antara teleskop tercanggih yang pernah dicipta dengan dilengkapi teleskop 3.6 meter cakera optik dan infrared. Balai pencerapan teleskop ini terletak di Mount Kea yang setinggi 4,200 meter. 

Di bawah adalah video rakaman yang penulis maksudkan. Apa pendapat pembaca dengan pendedahan terbaru ini?

Lihat pada minit 2.17, perhatikan betul-betul, ia muncul sebelum matahari terbit di ufuk timur. Apakah ia planet kejora(planet Zuhrah) atau planet baru atau matahari kedua?

 

Video ini pula dirakam pada 10 Mei 2011.

 

(Video) Adakah ‘ia’ Matahari kedua Sistem Solar atau Planet Baru?

Oleh: takusahrisau

 

Baru-baru ini, dua buah satelit pemantau pergerakan dan anomali matahari, Stereo A dan Stereo B telah menghantar imej yang bergitu menarik. Imej tersebut telah menimbulkan persoalan yang bukan sedikit berkenaan dengan ‘objek’  mega yang berada di belakang matahari. Objek tersebut dilihat statik seakan-akan matahari baru yang mana telah dianggap sebagai matahari kedua kepada sistem solar kita. Keadaan objek tersebut yang statik telah menolak dakwaan bahawa ‘objek’ tersebut adalah planet baru dalam sistem solar kita.

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Projek ketiga daripada NASA ini untuk program NASA’s Solar Terrestrial Probes program (STP) telah memberikan hasil yang berbaloi apabila banyak perkara berkaitan matahari telah dikumpul dan dibuat kajian lebih lanjut. Imej yang tajam dan berkebolehan untuk menghasilkan video 3D membuatkan ia sangat berguna untuk saintis-saintis NASA.

Penggunaan dua satelit pemantau, Stereo A dan Stereo B telah membolehkan NASA menerima imej 3D dan video 360 darjah permukaan matahari.

 

Perhatikan rakaman pada minit 1.05

 

Kisah Falling Man, Jumpers, dan Waving Woman ketika Tragedi 9/11!

Episod #2: Gambar-gambar Perang Dunia ke-2 yang tidak pernah tersiar di Akhbar dan Majalah!

Hantu dan penjelasannya+extra: klip-klip video kelibat hantu!

%d bloggers like this: