Archive | June 2011

(Video) Kemunculan bandar ‘hantu’ di Timur China!

Oleh: takusahrisau

 

Antara percaya atau tidak, imej dan video di bawah bakal membuatkan pembaca bingung.

 

Pemandangan yang sangat menakjubkan telah muncul di kaki langit di Tunxi District, Huangshan City, Anhui Province, East China, China pada waktu awal bulan Jun 2011. Kelihatan dengan jelas terdapat sebuah kota yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Turut kelihatan adalah gunung-ganang, perpohonan yang menghijau persis dalam tontonan di layar perak.

 

Imej bandar mega ini tiba-tiba muncul pada waktu senja di timur China.

 

Pemandangan itu mengundang tanda tanya besar bagi penduduk tempatan di daerah Tunxi khususnya kerana sebelum ini mereka tidak pernah melihat bandar mega tersebut daripada seberang sungai sepertimana hari berkenaan.

 

Video dan imej bandar terapung tersebut tersebar dengan pantas di media massa dan internet. Ramai pengkaji berpendapat bahawa bandar ‘hantu’ tersebut dapat dilihat akibat kesan kelembapan air sungai yang telah menyebabkan mata manusia ‘tertipu’(optical illussion).

 

 

Extra

 

Menurut istilah, mirage membawa maksud fatamorgana dalam Bahasa Melayu. Ia diambil daripada kata akar ‘Mirari’ yang berasal daripada Bahasa Latin. Fatamorgana adalah fenomena optikal yang terjadi secara semulajadi. Ia kebiasaan terjadi akibat cuaca yang terlampau panas atau terlampau lembap. Di padang pasir, ramai pengembara sering tertipu dengan fatamorgana kerana fenomena tersebut seakan-akan membentuk oasis dan tasik.

 

Sebenarnya, imej bandar misteri di China bukan pada kali ini sahaja yang berlaku. Pada 8 Mei 2005, China Press dan akhbar-akhbar online China telah melaporkan kemunculan bandar ‘hantu’ di seberang laut di Penglai City, Shandong, East China Province. Fenomena pelik tersebut telah mengundang ramai masyarakat dan pelancong untuk melihat sendiri keajaiban yang terpapar di depan mata mereka. Ia berlangsung selama lebih kurang empat jam.

Imej yang muncul di Penglai City.

 

Sebelum fenomena ini terjadi, Bandar Penglai telah dilaporkan menerima hujan selama dua hari tanpa henti. Ia membuatkan hari ketiga terasa sangat lembap dan berembun.

 

Adakah ia kota misteri atau kesan daripada fatamorgana?

 

Fenomena tersebut telah membentuk dengan jelas bandar-bandar mega dilengkapi lampu-lampu serta perpohonan yang menghijau. Sehingga hari ini, adakah benar fenomena tersebut terjadi kerana Fatamorgana masih lagi menjadi misteri.!

 

(Video) Adakah ‘ia’ Matahari kedua Sistem Solar atau Planet Baru?

Oleh: takusahrisau

 

Baru-baru ini, dua buah satelit pemantau pergerakan dan anomali matahari, Stereo A dan Stereo B telah menghantar imej yang bergitu menarik. Imej tersebut telah menimbulkan persoalan yang bukan sedikit berkenaan dengan ‘objek’  mega yang berada di belakang matahari. Objek tersebut dilihat statik seakan-akan matahari baru yang mana telah dianggap sebagai matahari kedua kepada sistem solar kita. Keadaan objek tersebut yang statik telah menolak dakwaan bahawa ‘objek’ tersebut adalah planet baru dalam sistem solar kita.

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Projek ketiga daripada NASA ini untuk program NASA’s Solar Terrestrial Probes program (STP) telah memberikan hasil yang berbaloi apabila banyak perkara berkaitan matahari telah dikumpul dan dibuat kajian lebih lanjut. Imej yang tajam dan berkebolehan untuk menghasilkan video 3D membuatkan ia sangat berguna untuk saintis-saintis NASA.

Penggunaan dua satelit pemantau, Stereo A dan Stereo B telah membolehkan NASA menerima imej 3D dan video 360 darjah permukaan matahari.

 

Perhatikan rakaman pada minit 1.05

 

Kisah Falling Man, Jumpers, dan Waving Woman ketika Tragedi 9/11!

Episod #2: Gambar-gambar Perang Dunia ke-2 yang tidak pernah tersiar di Akhbar dan Majalah!

Hantu dan penjelasannya+extra: klip-klip video kelibat hantu!

(Video) UFO dirakam di luar pejabat BBC, London!

Oleh: takusahrisau

 

Beberapa buah UFO telah dirakam di langit berhampiran dengan bangunan BBC di barat London. Video ini dirakam bermula dengan kelihatan dua orang sedang merakam dan mengambil gambar UFO di langit dengan menggunakan telefon bimbit. Dipercayai mereka merakam di persimpangan Jalan Balsover dan Clipstone.

Dalam video ini, jelas kelihatan formasi tiga cahaya yang dipercayai sebagai UFO bergerak dengan kelajuan yang bergitu cepat. Kemudian tidak lama selepas itu, muncul pula dua cahaya yang lebih kecil. Beberapa saat kemudian, muncul pula satu cahaya bulat yang lebih besar dengan kelajuan yang lebih perlahan. Cahaya tersebut dilihat dua kali setelah kelihatan berpatah balik sebelum hilang tanpa dikesan.

Tiga cahaya UFO kelihatan berlegar di ruang angkasa London.

 

Persoalannya, adakah video berkaitan dengan UFO yang terbaru ini adalah tulen dan boleh dipercayai? Jika dilihat pada sudut yang lebih logik, mengapa hanya tiga orang sahaja yang kelihatan sibuk merakam dengan telefon bimbit milik mereka sedangkan yang lain hanya sekadar memerhatikan gelagat mereka. Lazimnya, jika terlihat kelibat UFO di angkasa, ia pasti menarik ramai masyarakat untuk turut sama merakam objek yang tidak dikenalpasti tersebut.

Persoalan kedua, ramai mengetahui bahawa kawasan di sekitar pejabat BBC mempunyai banyak rumah produksi(Production House). Oleh yang demikian, tidak mustahil jika sekiranya mereka yang berkerja di bahagian perfileman ini sengaja ‘berlakon’ dan seterusnya menggunakan kemahiran mereka untuk menghasilkan video ‘hoax‘.

Hanya tiga orang sahaja dilihat merakam UFO. Pelik bukan?

 

Kepada pembaca semua, penulis cadangkan kepada pembaca untuk melihat sendiri rakaman di bawah. Dengan menggunakan budi bicara sendiri, pembaca boleh menilai samaada ia adalah video yang tulen atau hoax.

 

Iklan MTV’s Sight yang Kontroversi!

Oleh: takusahrisau

 

MTV telah mengeluarkan sebuah iklan hasil kerjasama dengan syarikat grafik daripada United Kingdom, I Love Dust yang diberi nama MTV’s Sight. Iklan berdurasi 30 saat ini akan ke udara di dalam saluran MTV’s 63 di seluruh dunia tidak lama lagi. Namun, baru-baru ini iklan tersebut telah mencetuskan kontroversi apabila iklan tersebut secara terang-terangan menunjukkan pelbagai simbol dan  imej Church of Satan antaranya seperti Kepala Kambing atau lebih dikenali dengan nama Baphomet, All-seeing Eye, Spiral, Square, Pentagram dan sebagainya.

Iklan dimulai dengan tiga orang primitif sedang memuja api untuk beberapa ketika sebelum muncul kepala kambing di tengah-tengah mereka. Unsur-unsur yang diserapkan dalam iklan tersebut jelas menunjukkan ia dipengaruhi oleh doktrin satanik.

Oklah, tanpa membuang masa, penulis telah menyenaraikan beberapa simbol dan imej yang berjaya dirakam dalam iklan ini. Jom saksikan: 

Baphomet

Boleh dikatakan keseluruhan iklan ini memfokuskan secara total kepada simbol kepala kambing atau Baphomet. Baphomet juga dikenali sebagai Goat of Mendes dan Horned Goat. Ia merupakan simbol kepada Iblis dan paganisme dan merupakan simbol utama doktrin satanik.

Jelas kelihatan kepala kambing menjadi fokus utama iklan ini.

 

 

Bulan Sabit dan Bintang

Kelihatan dengan jelas bulan sabit yang dihiasi dengan bintang-bintang sebagai belakang tabir(background) tiga pemuja tersebut. Bulan sabit dan bintang adalah antara simbol satanisme yang sering digunakan dalam ideologi mereka. Bagi penganut Kristian, mereka mengenal simbol tersebut daripada sebaris ayat di dalam kitab Injil(Bible),

“..And there appeared a great wonder in heaven; a woman clothed with the sun, and the moon under her feet, and upon her head a crown of 12 stars.”

Revelation 12:1

 

Bulan sabit dan bintang kelihatan membelakangi tiga pemuja api.

 

 

Spiral

Simbol Spiral atau pusaran adalah simbol purba kepada kewanitaan, kesuburan, kesinambungan dan evolusi secara universal. Simbol pusaran juga boleh merujuk kepada simbol 666 iaitu simbol iblis dan syaitan. Ia jelas dipaparkan dalam iklan kontroversi ini.

Simbol pusaran kelihatan di mana-mana dalam iklan ini. Fokus paling banyak setelah simbol Baphomet.

 

 

 

Square

Simbol segiempat tepat atau Square berlawanan dengan simbol Spiral yang mana simbol Spiral merujuk kepada kewanitaan. Simbol segiempat tepat merujuk kepada kualiti seorang lelaki dan kekuatan perabadan dahulu kala. Samaada segiempat tepat atau pusaran, kedua-dua adalah simbol utama dalam doktrin satanik.

 

Pentagram

Simbol yang sering digunakan oleh ahli sihir. Ia mewakili elemen-elemen air, tanah, angin dan api yang mana ia merupakan elemen utama dalam kehidupan. Simbol ini diguna secara meluas dalam ajaran paganisme, ahli sihir serta pertubuhan Freemason.

 

Kelihatan dengan jelas simbol segiempat yang menjadi tabir Baphomet. Manakala kepala kambing dihiasi dengan simbol spiral dan pentagram.

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Totem

Totem adalah simbol kepada ajaran penyembahan kepada haiwan serta penyembelihan manusia dan haiwan kepada ‘Tuhan’. Pada dahulukala, orang asli primitif di Amerika, Australia serta Afrika mengamalkan Totemisme bagi memusatkan minda mereka kepada sang dewa. Tanpa ragu-ragu ia adalah salah satu simbol syaitan dan iblis.

Dengan jelas upacara Totemisme dipaparkan dengan serius.

 

Thaumaturgic Triangle

Simbol segitiga ini adalah simbol kepada ilmu sihir dan magik. Simbol segitiga seringkali dilihat berhampiran dengan kawasan penyembahan. Ia dipercayai pintu kepada para syaitan yang akan dipanggil ketika upacara berkenaan berlangsung.

 

Lihat belakang kepala kambing tersebut, kelihatan simbol segitiga dipaparkan dengan jelas.

Simbol Mata atau All-seeing Eye

Simbol yang terakhir berjaya ditangkap penulis dalam iklan ini adalah simbol All-seeing Eye. Umum mengetahui bahawa simbol ini merupakan simbol dewa Horus iaitu salah satu dewa dalam masyarakat Mesir Purba. Simbol ini menjadi salah satu simbol yang boleh dilihat pada wang kertas USD 100.

Simbol Mata yang turut difokuskan dalam iklan ini.

Sebelum mengakhiri artikel ini, jom lihat iklan tersebut di bawah:

 

DUA peristiwa Korban-nabi Ismail atau nabi Ishak?

Hutan Aokigahara-Hutan Bunuh Diri?

Stonehedge telah menjadi tarikan Pengunjung sejak ribuan tahun dahulu..!-susulan penemuan terbaru di Stonehedge..

Sebuah Asteroid akan menghampiri Bumi Isnin ini!

Oleh: takusahrisau

 

Sebuah asteroid yang dianggarkan bersaiz sebesar blok pejabat akan menghampiri bumi sehingga 17,702 km atau 11,000 batu pada hari Isnin minggu ini. Asteroid yang dikenali sebagai 2011 MD akan berada paling hampir dengan bumi di bahagian Hemisfera Selatan.

Asteroid tersebut telah ditemui oleh sebuah teleskop robotik yang diletakkan di New Mexico pada hari Rabu lalu. Teleskop berteknologi tinggi tersebut dibina khas bagi membuat pemantauan terhadap sebarang bentuk bencana daripada luar angkasa bumi. Ancaman tersebut telah diselaraskan pada hari kelmarin(Jumaat) oleh International Astronomical Union’s Minor Planet Center in Massachusetts. 

Sekadar gambar hiasan

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Penemuan menarik tersebut telah disahkan oleh saintis yang bertanggungjawab terhadap penemuan lebih sedozen asteroid, Peter Birtwhistle. Dianggarkan, saiz asteroid tersebut adalah 10 hingga 50 yard(9.14 sehingga 45.7 meter) lebar.

Pakar Asteroid dari United Kingdom, Dr Emily Baldwin berkata:

“We are certain that it will miss us, but if it did enter the atmosphere, an asteroid this size would mostly burn up in a brilliant fireball, possibly scattering a few meteorites.”

 

Extra

Pada 8 November 2011 akan datang pula, sebuah asteroid yang dikenali 2005 YU55 akan berada di dalam orbit bulan. Yang menarik mengenai asteroid ini adalah, ia merupakan asteroid paling besar yang pernah berada paling hampir dengan atmosfera bumi. Dianggarkan asteroid seberat 50 juta tan dengan lebar lebih 400 meter. Ia dijangka berada dengan jarak 201,000 batu daripada bumi pada tarikh tersebut.

Selebriti Terkenal yang Buta Huruf(Disleksia)!

Senarai 10 Foto Yang Terhebat Dalam Sejarah!

Simbol dalam Ajaran Kristian

 

(Video) Hampir Maut selepas Dirempuh Trak!

Oleh: takusahrisau

 

Warga Turki,  Cem Tokac boleh diibaratkan mati hidup semula selepas terlibat dalam satu kemalangan yang boleh meragut nyawanya. Dalam kemalangan tersebut, Cem Tokac hanya mengalami patah tangan.

Sebelum berlaku kemalangan tersebut, Cem Tokac dilihat menjaga laluan trafik bagi memberi laluan kepada sebuah trak untuk melintasi laluan kereta api ke Pelabuhan Mersin. Tanpa diketahui oleh Cem Tokac, sebuah kontena telah merempuh di sebelah kanan trak yang mana ia di luar pandangan Cem Tokac. Akibat rempuhan kuat tersebut, momentum trak tersebut terus merempuh Cem Tokac sehingga membuatkan beliau pengsan buat beberapa ketika.

Kejadian ini berlaku pada 25 Februari 2009.

 

(Gambar) Episod #4: Gambar-gambar Perang Dunia ke-2 yang tidak pernah tersiar di Akhbar dan Majalah!

Oleh: takusahrisau

 

Tentera Jerman semasa kempen di Rom pada 1944.

Tentera Jerman mati di tepi jalan ketika Lapland War pada 1944.

Tentera Jerman mati di Moscow ketika Operasi Barbarossa.

Kelihatan tentera Rusia terbaring di bawah kereta kebal.

Tiga tentera Paracut Jerman mati selepas tersasar ke kawasan musuh.

Tentera Jerman menangkap seorang 'pemberontak'.

Sebuah kereta penduduk tempatan ditembak. Kelihatan pemandunya sudah tidak bernyawa.

Kelihatan tentera Jepun mati dipercayai selepas melakukan serang berani mati terhadap tentera Amerika Syarikat.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Seorang tentera Rusia ditemui mati.

 
 

Tentera Jerman ditemui mati di Lapland pada 1944.

Tentera British mati bergelimpangan selepas kegagalan serangan mereka pada waktu malam.

Tentera Jerman direjam dengan batu sehingga meninggal dunia.

Hayat tentera Jerman ini berakhir di medan perang. Dirakam pada 1944 di Perancis.

Seorang tentera Soviet maut selepas pertempuran dengan tentera Finland pada 13 Ogos 1941.

Tentera Soviet maut selepas pertempuran pada 1941.

Inilah hero nasional Slovenia.

(Gambar) Mata Wang Kolonis Jepun semasa WW2!

Sumpahan terhadap filem Hollywood!

Yahudi juga berkhatan sepertimana ISLAM

(Video) Imej Hantu muncul dalam gumpalan debu!

Oleh: takusahrisau

 

Perhatikan pada saat ke 0.15, pembaca akan melihat sekujur lembaga hitam muncul di tengah-tengah gumpalan debu. Rakaman ini diambil di Grobnik, Crotia.

 

Misteri di Sebalik Wajah Patung CPR(Resusci Anne)!

Oleh: takusahrisau

 

CPR adalah singkatan bagi Cardiopulmonary resuscitation. CPR adalah satu teknik atau prosedur bantuan pernafasan kepada mangsa lemas yang mempunyai masalah dengan sistem respirasi. Boleh dikatakan CPR adalah bantuan awal kepada mangsa lemas sebelum pihak bertauliah datang untuk memberi pertolongan. Sejak teknik ini dicipta bukan sedikit nyawa yang selamat. Kini, teknik CPR bukan hanya tertakluk untuk dipelajari oleh pelajar-pelajar dalam bidang perubatan sahaja tetapi WAJIB dipelajari oleh segenap lapisan masyarakat.

Namun, tahukah pembaca bahawa patung yang dicipta buat pertama kalinya untuk tujuan teknik CPR adalah berasal daripada wajah sebenar seorang gadis Perancis yang lemas pada lewat 1880-an. Apa yang misteri mengenai gadis sunti ini adalah beliau tidak dikenalpasti identitinya sehingga ke hari ini.

 

L’Inconnue de la Seine

Sekitar tahun 1900, satu wajah telah menjadi popular kerana sentiasa menjadi pilihan sebagai salah satu hiasan dinding di rumah-rumah artis atau pelukis terkenal. Bagaikan trend pada masa itu, wajah tersebut telah memberi inspirasi kepada golongan ini untuk menghasilkan karya yang lebih baik. Wajah ini sangat popular di kalangan ahli pertubuhan Bohemian Paris sehingga ia menjadi ‘trademark’ kepada golongan intektual ini.

Siapakah gadis ini?

 

Wajah tersebut dikenali sebagai L’Inconnue de la Seine. Dalam istilah sebenar ia membawa maksud Gadis Yang Tidak Dikenali daripada Seine. Menurut cakap-cakap orang, gadis ini adalah mangsa lemas yang tidak dikenalpasti identitinya. Mangsa ditemui meninggal dunia dan ditarik keluar daripada sungai Seine di Quai du Louvre, Perancis sekitar lewat 1880-an. Ketika ditemui, wajah dan badan mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda pembunuhan atau bunuh diri. Ia menimbulkan persoalan yang bukan sedikit pada dekad tersebut. Lebih menarik, wajah mangsa menunjukkan wajah tersenyum yang jelas sehingga menimbulkan lebih daripada persoalan berbanding jawapan.!

 

Teori kedua

Satu teori lain menyatakan bahawa wajah gadis cantik ini diambil daripada seorang gadis Jerman yang berkerja di kedai plaster. Teori ini berlainan benar dengan teori yang pertama kerana ketika sesi penerapan plaster kepada wajah gadis tersebut, gadis tersebut dalam keadaan bernyawa malah sihat walafiat.

Islam Sebelum ISLAM: Nama Arius terkandung dalam Isi Kandungan Surat Rasulullah kepada Heraclius(SIRI 3)

Does God Exist?

Sumpahan terhadap filem Hollywood!

 

Ia disokong oleh mereka yang idealistik kerana berdasarkan kepada wajah gadis tersebut yang tersenyum manis, sangat pelik untuk seorang yang meninggal dunia dalam keadaan lemas boleh tersenyum semanis gadis ini. Jikapun ia benar-benar berlaku, ia adalah misteri paling besar yang tidak akan terbongkar sehingga bila-bila.

Ia disokong oleh ramai individu seperti A. Alvarez dalam bukunya, The Savage God, beliau menyatakan gadis tersebut mirip kepada gadis Jerman yang tipikal berbanding gadis Perancis. Keadaan wajah dan kemanisan senyuman gadis tersebut lazimnya hanya dimiliki oleh gadis Jerman sekitar tahun 1880-an.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Sehingga ke hari ini, misteri yang menyelingkari siapakah pemilik sebenar wajah patung popular ini masih belum dikenalpasti. Apa yang pasti adalah, ia akan kekal menjadi misteri yang gagal dijelaskan secara saintifik sepertimana kes Jack the Ripper, D.B Cooper dan banyak lagi.

 

~ Patung CPR yang dikenali sebagai Resusci Anne telah dicipta oleh pembuat patung daripada Norway, Åsmund Laerdal, berdasarkan penyelidikan oleh Peter Safar dan James Elam. Ia diperkenalkan kepada umum pada 1960 dan tidak lama kemudian menjadi popular di sekolah, universiti dan kolej susulan kemasukan subjek berkaitan CPR tidak lama selepas itu.

(Video) Tindakan Berani Lelaki Misteri semasa Revolusi Mesir!

Oleh: takusahrisau

 

Semasa Revolusi Mesir sedang memuncak pada awal Januari lalu, seorang pemuda yang tidak dikenali identitinya telah menjadi bual bicara di blog dan internet. Ini adalah kerana keberanian pemuda tersebut berdiri di hadapan kenderaan anti-perusuh ketika mana perusuh-perusuh yang lain bertempiaran melarikan diri. Tindakan nekad lelaki tersebut telah menyebabkan kenderaan anti-perusuh tersebut berhenti mengejut dan bagaikan tidak percaya ada seorang pemuda yang berani bertindak sedemikian rupa. Tidak lama kemudian, kenderaan tersebut telah dikerumum kembali oleh perusuh yang kebanyakannya adalah golongan muda. 

Sehingga ke hari ini identiti lelaki misteri ini masih belum dapat dikenalpasti.

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Peristiwa dramatik itu berlaku di Jalan Al-Qasr Al-Aini, Kaherah, Mesir. Video rakaman keberanian pemuda tersebut telah dirakam oleh journalis, Mostafa Fathi daripada Radio Horreyyetna. Beliau telah merakamkan video tersebut daripada balkoni pejabat beliau yang mana menghadap terus ke Jalan Al-Qasr Al-Aini. Untuk pengetahuan semua, Jalan Al-Qasr Al-Aini adalah jalan utama untuk ke Medan Tahrir yang menjadi medan penghimpunan raksasa semasa Revolusi Mesir 2011. Manakala, gambar pemuda berani tersebut telah dirakam oleh jurugambar Tarek Wajeh daripada Akhbar Al Masry Al Youm.

 

Samiri yang Misteri. Siapakah Samiri?

(Video) Cara guru di Mesir mendidik kanak-kanak – Kejam!

9 penyataan Ahli Kitab yang menidakkan sifat ketuhanan Allah SWT

 

Extra

Peristiwa keberanian pemuda Mesir ini telah banyak dikaitkan dengan peristiwa keberanian pemuda China semasa penghimpunan Bantahan Tiananmen pada 1989 di China. Sepertimana peristiwa dramatik di Mesir, pemuda cina yang nekad itu telah menyebabkan kereta kebal tentera Komunis China berhenti mengejut selepas mendapati terdapat seorang lelaki berdiri di hadapannya. Peristiwa tersebut telah menjadi ikon dan simbol keberanian golongan muda yang berani membantah kerajaan Komunis China.

Difahamkan bahawa, pemuda tersebut telah ditangkap oleh tentera Komunis China dan dihumban ke dalam penjara. Ada yang mengatakan beliau telah dihukum gantung tanpa pembicaraan yang formal. Ada juga mendakwa pemuda tersebut telah dihukum hukuman tembak oleh Komunis China. Walaubagaimanapun, identiti lelaki tersebut tidak pernah didedah oleh kerajaan Komunis China kerana bimbangkan kebangkitan kembali golongan muda yang menentang idealogi Komunis China. 

Imej ini telah menjadi simbol kejatuhan Komunis di seluruh dunia dan tamatnya Perang Dingin sejak tahun 1960-an. Sehingga ke hari ini, identiti lelaki tersebut masih belum dikenalpasti.

 

 

Adakah kita seberani dan senekad mereka?

%d bloggers like this: