Archive | August 2013

Suasana Sesak di Bangladesh Menjelang Perayaan Aidilfitri..

Oleh: takusahrisau

 

Sepertimana di Malaysia apabila menjelang perayaan Aidlifitri, suasana di stesen bas akan menjadi sesak yang sangat luar biasa. RIbuan manusia menyerbu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri, ia tidak menjadi masalah namun bagi yang tidak berkemampuan, ia sangat menyeksakan.

Namun, ia tidak mampu melawan suasana yang berlaku di bandar Dhaka, Bangladesh bilamana menjelang perayaan Aidilfitri. Bangladesh mempunyai populasi rakyat yang beragama Islam yang tinggi dan Perayaan Aidilfitri diberi pelepasan cuti sebanyak tiga hari. Kesempatan ini diambil oleh rakyatnya untuk pulang beraya di kampung.

Pengangkutan utama di Bangladesh adalah keretapi memandangkan sistem rangkaian menuju terus ke kampung-kampung serta kos tiketnya yang murah. Keadaan ini menyebabkan suasana sesak yang teramat sangat di seluruh stesen keretapi. Masing-masing berebut untuk pulang ke kampung sehingga ada di antara mereka tidak mampu berfikir secara rasional tentang keselamatan nyawa mereka.

Apa yang pelik di Bangladesh, apakah tiada pihak berkuasa yang melarang mereka daripada menumpang di bahagian bumbung keretapi kerana ia jelas amat berbahaya?

 

 

article-0-1B30207E000005DC-31_634x835 article-0-1B305661000005DC-661_634x457 article-2386458-1B304C06000005DC-428_634x422 article-2386458-1B304D90000005DC-256_634x495 article-2386458-1B304DA2000005DC-57_634x814 article-2386458-1B305DA9000005DC-705_634x399 article-2386458-1B3058B7000005DC-155_634x419 article-2386458-1B3058F6000005DC-537_634x514 article-2386458-1B30574D000005DC-832_634x779 article-2386458-1B303128000005DC-229_634x421