Tag Archive | Adolf Hitler

(Gambar) Tempat-tempat Adolf Hitler ‘merehatkan minda’….

Oleh: takusahrisau

Adolf Hitler juga seperti pemimpin tertinggi negara yang lain. Beliau turut ingin mempunyai privasi dan masa berehat yang cukup. Semasa tempohnya memimpin negara Jerman daripada lewat 1930 sehingga beliau membunuh diri pada 1945, Hitler telah membina beberapa buah bangunan yang khas untuk keselesaan dirinya.

Pada 1920-an, Hitler telah membina sebuah rumah tumpangan di tenggara Bavaria yang dkenali dengan Haus Wachenfeld. Rumah tumpangan ini dibina semata-mata untuk dijadikan tempat ‘beristri-rehat’ untuk beliau dan pemimpin tertinggi negaranya ketika menjelang musim panas.

Sebuah rumah yang diberi nama Berghof turut dijadikan rumah percutian beliau semasa lebih daripada 10 tahun.Walaubagaimanapun, sebuah rumah yang dikenali Wolfsschanze terletak di timur Prussia paling digemari oleh beliau berbanding rumah-rumah tumpangan dan villa percutian yang lain.

Selain daripada terlibat secara langsung dalam perang dan perancangan strategi perang, beliau turut menyelia sebarang kegiatan di pejabatnya yang besar dan mewah di Fuhrerbau di Berlin. Banyak sejarah tercatat di sini antaranya adalah perjanjian antara Hitler dan perdana menteri Britain ketika itu Neville Chemberlain yang mengakibatkan wilayah Czechoslovakia menjadi milik Jerman.

Rumah tetamu di Berghof yang dulu dikenali Haus Wachenfeld. Ia terletak di Ladang milik Adolf Hitler di Bavaria, Jerman.

Pejabat Adolf Hitler di Fuhrerbau dekat Munich. Ia dirakam pada 1940. Di pejabat inilah bekas Perdana Menteri Jerman, Neville Chamberlain menandatangani perjanjian dengan Hitler berkaitan dengan wilayah Czechoslovakia.

Suasana apartmen milik Adolf Hitler yang didiami oleh beliau daripada tahun 1936 sehingga 1945.

Hitler bergitu obses dengan bangunan yang besar dan megah. Ia dapat disaksikan dengan saiz pintu yang dipaparkan pada imej di atas.

Pejabat Hitler di Berlin, Jerman yang diduduki pada lewat 1930-an sehingga awal 1940-an.

Suasana apartmen Adolf Hitler di Chancellary yang penuh dengan nilai eksotik dan klasik.

Adolf Hitler dihidangkan dengan secawan teh. Turut sama kelihatan adalah isteri kepada ahli politik dan sahabat beliau, Albert Forster. Ia dirakam di rumah tumpangannya, Berghof Berchtesgaden di Bavaria, Jerman pada lewat 1930-an.

Nilai sentimental Adolf Hitler terserlah pada pemilihan perobot dan perhiasan rumah di Apartmen miliknya.

Bangunan yang terletak di hutan Poland ini pernah menjadi kunjungan Hitler suatu masa dahulu. Di bangunan ini juga berlakunya insiden di mana Hitler hampir terbunuh semasa serangan hendap oleh Kolonel Claus von Stauffenberg pada tahun 1944.

Sumber: Klik SINI

Misteri ketepatan ramalan Baba Vanga-meramal Perang Dunia Ketiga!

Oleh: takusahrisau

Dengan kecacatan matanya sejak kecil dan sering diserang pelbagai penyakit, anda jangan terkejut apabila insan memiliki nama sebenar Vangelia Pandeva Dimitrova  ini telah meramalkan Perang yang kita semua geruni iaitu Perang Dunia ke-3. Apa yang lagi penting untuk anda ketahui adalah, perang ini diramalkan ini akan berlaku pada November 2010! Bermakna,setakat artikel ini ditulis,masih berbaki tiga bulan lagi untuk mengetahui sejauh mana ketepatan ramalan tersebut. Perang tersebut menurut wanita yang sering digelar Baba Vanga ini akan berakhir pada Oktober 2014.Tambah Baba Vanga lagi, perang ini dimulai dengan peperangan senjata nuklear dan diakhiri dengan senjata biologi.

Mari kita mengkaji sejauh mana reputasi wanita yang lahir pada 3 Oktober 1911 ini:

Baba Vanga mengalami kecacatan penglihatan sejak daripada kecil sehingga akhir hayatnya.

  

  

Membina Reputasi

Apa yang menarik tentang Baba Vanga adalah beliau ini sebenarnya buta sejak daripada kecil lagi. Ini disebabkan oleh satu peristiwa di mana Baba Vanga telah terbang dibawa angin ribut ketika bermain bersama kanak-kanak sebaya lain dan dipercayai hilang. Tidak lama kemudian, beliau kemudian dijumpai dengan matanya dilitupi debu dan habuk selepas satu operasi pencarian. Sejak daripada peristiwa malang itu, beliau mengalami kecacatan mata yang kekal sehingga akhir hayat beliau.

Akan tetapi ini adalah titik rahmat kepada Baba Vanga, disebalik kecacatan mata beliau, beliau dianugerahkan dengan pelbagai kelebihan yang mana tidak mungkin diperolehi oleh orang lain.

Beliau mahir dalam bidang perubatan terutama perubatan herba. Reputasi beliau dalam masyarakat meningkat dengan mendadak apabila banyak penyakit masyarakat setempat dapat beliau ubati dengan kelebihan beliau ini.

Baba Vanga dihormati bukan sahaja daripada warga tempatan malahan seluruh warga Bulgaria.

Ramalan Tenggelamnya Kapal Selam Kursk

Walaubagaimana, terdapat satu lagi kelebihan oleh insan istimewa ini. Beliau mempunyai kelebihan meramal dengan tepat sesuatu kejadian. Ramalan beliau melibatkan peristiwa-peristiwa yang sangat penting dalam sejarah. Seperti ramalan beliau mengenai karamnya Kapal Selam Russia,Kursk.

Dalam ramalan beliau,beliau berkata;

  

“At the turn of century in August 1999 and 2000, Kursk will covered with water and whole world will weeping over it.”

 

Sewaktu Baba Vanga meramalkannya, beliau hanya menyebut Kursk. Umum mengetahui Kursk juga adalah nama wilayah di Rusia. Ramai yang membayangkan wilayah Kursk ini yang akan ditenggelami air!.

Akan tetapi, Kursk yang dimaksudkan oleh Baba Vanga dalam ramalan beliau adalah sebuah kapal selam Rusian yang tenggelam di perairan Barent Sea pada 10 August 2000!.Peristiwa tenggelamnya Kapal Selam Kursk ini mendapat liputan meluas oleh seluruh akhbar dunia termasuk akhbar dari Malaysia hingga dimuatkan pada muka depan sebuah akhbar terlaris di Malaysia.

Ironinya, ramalan ini dibuat pada tahun 1980, iaitu 20 tahun sebelum peristiwa ini benar-benar terjadi.

Kapal Selam Kursk melalui ilustrasi pelukis.

Ramalan tentang Peristiwa 11 September

Bukan itu sahaja yang diramal Baba Vanga ini, peristiwa 11 September juga diramal oleh Baba Vanga dengan setepat-tepatnya.

Berikut adalah secebis ramalan beliau:

 

“Horror, horror! The American brethren will fall after being attacked by the steel birds. The wolves will be howling in a bush, and innocent blood will be gushing.”

 

Walaubagaimanapun, ketika ramalan ini diberitahu oleh Baba Vanga pada 1989, tiada sesiapa dapat mengagak setepatnya apa yang mahu Baba Vanga sampaikan.

Sepertimana ramalan-ramalan yang lain, selepas terjadinya sesuatu peristiwa yang diramalkan, barulah umum memahami bahawa apa yang dimaksudkan Baba Vanga itu.

 

Ramalan-ramalan lain

Sewaktu Perang Dunia ke-2 rancak berlangsung, abang sulung Baba Vanga iaitu Vasil, telah bertekad untuk menyertai tentera. Beliau berkeras menghalangnya kerana beliau telah mendapat visi bahawa abangnya itu akan meninggal pada usia yang awal iaitu 23 tahun. Walaubagaimanapun, disebabkan mahu membela tanah air, abangnya bertekad untuk terus menjadi tentera tanpa menghirau menghiraukan nasihat adiknya itu.

Seperti yang diramalkan,abangnya meninggal pada usia 23 tahun dipercayai diseksa oleh Jerman.

Ironinya, terdapat sumber-sumber menyatakan, pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler telah sempat berkunjung semasa hayatnya kerana dipercayai untuk bertenung nasib. Dikhabarkan oleh warga tempatan, Hitler dilihat sugul semasa keluar daripada rumah Baba Vanga. Kemungkinan ramalan Baba Vanga tidak berkenan di hati beliau!.

Antara ramalan-ramalan lain ialah tentang pepecahan Soviet Union, letupan nuklera Chernobyl, kematian Princess Diana, kemenangan Boris Yeltsin dan tarikh kematin Pemimpin tentera merah Rusia, Joseph Stalin.

Hitler juga merupakan salah seorang yang sempat mengunjungi Baba Varga semasa hayat beliau.

 

 

Ramalan beliau mengenai Umat Islam

Antara ramalan-ramalan beliau yang jadi perbahasan adalah ramalan mengenai kebangkitan umat Islam yang mana menurut Baba Vanga, umat Islam bakal menguasai Eropah menjelang 2043. Jikalau difikirkan, pada waktu ini,umat Islam mengalami zaman kejatuhan. Di mana sahaja umat Islam berada,pasti akan ditindas. Cendiakiawan barat selalu mengatakan umat Islam sukar untuk bangkit lagi dek kerana tekanan daripada Barat dan Zionis.

Miskipun bergitu, jikalau dilihat kepada ramalan-ramalan beliau yang lain,termasuk ramalan tentang orang perseorangan, dipercayai ramalan beliau mempunyai 80% ketepatan. Apakah benar ramalan beliau ini? Waallahualam.

 

Kontroversi Baba Vanga

Baba Vanga tidak lepas daripada kontroversi. Antara kontroversi beliau adalah:

1.         Mendakwa boleh berkomunikasi dengan roh daripada orang yang telah meninggal 200 tahun lepas.

2.         Mendakwa makhluk asing akan datang ‘melawat’ bumi semakin banyak setiap tahun. Makhluk asing ini menggunakan bahasa yang dipanggil Vanfim dan datang dari pada planet ke-3 daripada bumi.!

3.         Meramal kematian beliau sendiri dengan tepat. Sebelum itu  mendakwa seorang budak daripada Perancis berumur 10 tahun yang juga buta sepertinya mendapat ‘kuasa’ sepertimana beliau. Beliau menambah, tidak lama lagi budak ini akan menjadi buah mulut masyarakat dunia.

 4.         Baba Varga amat disayangi oleh pemimpin-pemimpin Komunis Bulgaria era Tudor Zhivkov. Banyak kali beliau dilihat dilawati secara rasmi oleh pemimpin Komunis ini termasuk Tudor Zhivkov sendiri. Malahan, Baba Varga pernah tampil di dalam rancangan televisyen. Dipercayai, komunis langsung tidak ‘menyentuh’ rumah Baba Varga walaupun komunis sangat dikenali sebagai parti yang anti-agama dan amalan-amalan keagamaan.

5.         Baba Varga menurut sanak saudaranya akan berasa tidak senang dan kurang sihat apabila tetamu yang hadir ke rumahnya mempunyai masa depan kurang elok. Banyak kali Baba Varga tidak memberitahu secara terperinci individu yang mempunyai masa depan yang buruk.

 

Tudor Zhivkov merupakah pemimpin Bulgaria semasa era Komunis.

 

 

Kematian Baba Vanga

Baba Vanga telah meninggal dunia pada usia yang teramat lanjut iaitu pada usia 85 tahun. Beliau meninggal pada 11 Ogos 1996 di tanah airnya iaitu Bulgaria.

Pegangan Kita Sebagai Umat Islam

Diingatkan bahawa sebagai umat Islam, kita dilarang mempercayai setiap kata-kata yang terbit daripada seorang penilik nasib. Tambahan penilik nasib tersebut adalah seorang kafir. Rasullulah pernah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa-apa yang dikatakan maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad.”

Bergitu juga seorang penilik nasib, Rasullulah saw dalam sabdanya:

“Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”

 

Menilik nasib menurut Rasullulah saw adalah sebahagian daripada ilmu sihir. Syirik adalah dosa yang tidak terampun jika empunya tidak bertaubat nasuha. Rasullulah saw bersabda:

 

“Barangsiapa yang mengambil sebahagian daripada ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah menambil sebahgian daripada sihir. Setiap kali bertambah ilmu bintangnya maka bertambah pula ilmu sihirnya.”

 

Sebagai Umat Islam, kita wajib merujuk kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadis jika terdapat sebarang kekeliruan dan kejanggalan. Sabda Rasullah saw:

“Aku tinggalkan kamu kepada dua perkara dimana jika kamu berpegang kepada keduanya,kamu tidak akan sesat selamanya,iatulah kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.

 

Di dalam Al-Quran dan Al-Hadis sebenarnya telah mempunyai jawapan yang tepat tambah-tambah ia adalah mengenai persoalan umat Islam. Junjungan besar, Rasullulah saw sendiri telah banyak meramal mengenai masa depan yang kita boleh lihat dalam hadis-hadis mengenai tanda-tanda hari kiamat. Malahan, Yahudi Kabbalah dan Kristian juga tertarik dengan hadis Rasullulah saw ini terutamanya mengenai kedatangan Al-Mahdi dan Al-Masih Dajjal!.

-Artikel ini adalah hakmilik sepenuhnya penulis. Jika ada pembaca mahu menyebar artikel ini dalam blog atau forum, penulis suka-cita membenarkannya kerana ia adalah salah satu cabang dakwah.Sebarang kekeliruan dalam artikel di atas boleh diutarakan melalui ruangan komen di bawah. Salam Ukhwah.

%d bloggers like this: