Tag Archive | SOHO

(Gambar) Objek Besar Misteri beredar dekat Matahari

Oleh: takusahrisau

Sebuah objek misteri telah dirakam secara tidak sengaja beredar berhampiran matahari oleh satelit yang dikenali Solar and Heliospheric Observatory(SOHO). Jika dibandingkan dengan matahari, objek misteri tersebut mempunyai saiz yang agak besar. Objek tersebut mirip kapal induk makhluk asing yang sering dipopularkan oleh filem-filem fiksyen Hollywood.

Satelit SOHO dibina dan dihantar ke orbit bagi memantau pergerakan dan fenomena yang berlaku di Matahari. SOHO telah beroperasi di orbit sejak tahun 1995.

 (Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

___________________________
Segalanya lebih menarik di

(Gambar) Sebuah Kiub Mega dijumpai mengorbit Matahari!

Oleh: takusahrisau

 

Gambar sebuah kiub mega yang dijumpai mengorbit matahari telah dirakam pada 28 Jun 2011 melalui satelit SOHO(Solar & Heliospheric Observatory). Walaubagaimanapun, setakat ini tiada pengumuman rasmi dibuat oleh NASA atau saintis-saintis SOHO. Kepada pembaca semua, sila gunakan budi bicara sendiri untuk menilai ketulenan gambar yang dipaparkan di bawah.