Archive | July 2010

Sumpahan terhadap filem Hollywood!

Oleh: takusahrisau

Adakah anda percaya kepada sumpahan? Ramai antara kita ada yang tidak mempercayai dengan perkara-perkara yang tahyul bukan?

Kekadang,sesuatu yang berlaku itu, ianya boleh disebabkan oleh kebetulan. Tetapi naluri manusia menganggap jika ia dikaitkan dengan misteri, ia akan menjadi bergitu menarik. Kalau orang akhbar, jika sesuatu kejadian dikaitkan dengan misteri, akhbar mereka akan laku bak pisang goreng.Percayalah!

Berbalik kepada sumpahan pula. Kebanyakkan sumpahan sering dikaitkan dengan kematian seseorang individu. Misalnya Sumpahan Titanic, ia membabitkan lebih 1500 nyawa akibat perlanggaran kapal bersaiz mega itu dengan aisberg. Kononnya, tragedi Titanic disebabkan oleh sumpahan mumia dipercayai kaum kerabat firaun bernama Amen-Ra.

Direkodkan bahawa, mumia ini ditemui pada 1890 oleh seorang ahli arkeologi Britain. Mumia ini kemudian didermakan kepada British Museum. Dipercayai, sumpahan Amen-Ra bermula di sini. Banyak tragedi-tragedi berlaku di British Museum membabitkan staf dan pelawat sejak Mumia Amen-Ra sampai. Seorang jounalis bernama William  Thomas Stead kemudian membelinya. Beliau ingin membawa mumia ini pulang ke Liverpool. Ketika itu, Titanic sememangnya ingin berlayar ke Liverpool. Beliau yakin bahawa jika beliau membawa mumia ini secara terang-terangan, ia tidak mungkin melepasi had kawalan penjaga keluar masuk kapal. Dengan itu, beliau menyembunyikan mumia ini di dalam bonet keretanya. Untuk dijadikan cerita, beliau memaklumkan mengenai penyembunyian Mumia Amen-Ra kepada seorang kawan baiknya. Daripada kawan baiknya inilah, cerita sumpahan Mumia Amen-Ra menjadi popular. William  Thomas Stead juga salah seorang daripada lebih 1500 orang yang maut dalam tragedi Titanic.!

William Thomas Stead

Walaubagaimanapun, tidak semua sumpahan berlaku kepada benda-benda yang berkaitan dengan barangan zaman purba. Sekarang, cuba anda lihat antara sumpahan yang berlaku kepada dunia perfileman Hollywood!.

Sumpahan-sumpahan berterusan!

Sumpahan siri Filem Harry Potter

Siapa yang tidak kenal dengan Harry Potter. Seluruh dunia menanti setiap kemunculan filem terbaru Harry Potter diterajui watak utama Daniel Radcliffe. Apa yang menarik mengenai Harry Potter adalah sumpahannya!.

Dikatakan sumpahan Harry Potter bermula apabila Richard Harris yang melakonkan watak guru besar kepada Harry Potter(Daniel Radcliffe) iaitu Dumbledore meninggal dunia pada Oktober 2002 selepas kalah melawan penyakit kanser. Pelakon yang meninggal dunia pada usia 72 tahun itu muncul dalam dua filem terawal Harry Potter, The Philopsers’ Stone and The Chamber of Secrets.

Kemudian, Rob Knox yang memainkan watak Marcus Belby dalam filem Harry Potter and the Half-Blood Prince ditemui mati dipercayai ditikam di luar sebuah bar bernama, Sidcup pada 24 Mei 2008. Saksi menyatakan, Rob Knox meninggal dunia bagi menyelamatkan abangnya yang bergaduh.

Tidak cukup dengan itu, ketika penggambaran siri Harry Potter, bergitu banyak masalah dihadapi. Antaranya adalah, set perfileman bagi siri Harry Potter and The Half-Blood Prince telah rosak teruk akibat dipanah oleh petir dan kesan khas yang tidak menjadi ketika pengambaran di Surrey, England.

Kemungkinan, sumpahan Harry Potter akan berterusan sepertimana sumpahan filem Poltergeist.!

 

Sumpahan Filem Poltergeist

Kadang-kadang, filem seram yang berjaya di panggung biasa dikaitkan dengan misteri dan sumpahan. Itulah yang sumpahan membabitkan filem Poltergeist. Poltergeist merupakan filem fenomena era 80-an. Cakap saja istilah Poltergeist pada ketika itu, pasti ia orang ramai akan merujuk kepada filem Poltergeist. Bergitulah sinonimnya Poltergeist dengan jiwa masyarakat dunia. Poltergeist juga seperti Harry Potter merupakan filem bersiri. Poltergeist menampilkan sebanyak tiga siri di panggung. Filem ini direkodkan sebagai filem ke 50 daripada 100 filem paling berjaya era 80-an.

Berbalik kepada sumpahan Filem Poltergeist. Kononnya, sumpahan bermula apabila Dominique Dunn yang memainkan watak sebagai kakak paling tua dalam Poltergeist I mati dibunuh pada 1982. Dipercayai beliau dibunuh oleh bekas kekasihnya,John David Sweeney.

Dominique Dunne

Pada 1985, Julian Beck yang memainkan watak sebagai  ‘roh jahat’ dalam Poltergeist II, meninggal dunia akibat kanser perut.

Pada 1987, Will Sampson memainkan watak sebagai  ‘roh baik’ dalam Poltergeist II turut menerima sumpahan apabila meninggal dunia ketika menerima transplant jantung.

Pada 1988,  Heather O’Rourke yang  memainkan watak budak kecil yang comel meninggal dunia akibat infeksi kuman akibat bowel blockage (usus tersekat). Beliau meninggal di dalam bilik pembedahan ketika doktor cuba mengeluarkan usus beliau yang tersekat itu.

Pada April 2009, Louis Perryman yang memainkan watak Pugsley dalam siri pertama Poltergeist mati dibunuh pada usia 67 tahun di rumahnya di Austin, Texas.

Mengikut satu temubual dengan penulis skrip filem Poltergeist I dan II, James Kahn kepada Majalah People mengenai misteri menyelubungi beliau ketika sedang menulis skrip filem tersebut. Beliau dalam temubual itu berkata bahawa ketika beliau selesai menulis satu ayat berbunyi “Lightning ripped open the sky,”, tiba-tiba, bangunan beliau duduki disambar kilat.Tidak semena-mena, seluruh permainan arked berfungsi dengan sendirinya.

 

Sumpahan Filem The Exorcist

The Exorcist

Filem The Exorcist merupakan filem seram 70-an. Filem ini adalah antara filem all-time favorite telah ditulis skripnya oleh William Peter Blatty. Menurut  William Peter Blatty, skrip ini ditulis berdasarkan peristiwa sebenar yang pernah berlaku kepada seorang budak lelaki bernama Roland Doe. Peristiwa ini dilaporkan oleh surat khabar Washington Post pada tahun 1949.

File yang diarahkan oleh Willian Freidkin ini mengisahkan seorang budak perempuan bernama Regan MacNeill lakonan Linda Blair dirasuk oleh makhluk halus bernama Pazuzu. Rasukan itu mengakibatkan Regan MacNeill bersuara seperti lelaki, boleh terapung dan pelbagai lagi perkara-perkara pelik berlaku pada budak perempuan tersebut.

Namun, disebalik kisah seram di dalam filem berkenaan, tersebar secara meluas kisah seram di luar set penggambaran. Ramai beranggapan, file ini telah disumpah oleh makhluk halus. Antara kejadian yang berlaku adalah:

  • Kira-kira 6 orang telah meninggal dunia ketika penggambaran filem The Exorcist dijalankan.
  • Set penggambaran filem ini terbakar tanpa sebab menyebabkan tempoh penggambaran tertunda selama 6 minggu. Set penggambaran Rumah Linda Blair terbakar teruk tanpa sebab musabab mengakibat set penggambaran tersebut terpaksa dibina semula.
  • Ketika filem ini dilancarkan, berlaku bergitu banyak histeria di seluruh dunia akibat menonton filem ini.
  • Filem ini diharamkan di England.
  • Linda Blair turut dirasuk ketika di dalam set penggambaran filem berkenaan.
  • Datuk kepada Linda Blair meninggal ketika penggambaran The Exorcist masih berlangsung.
  • Jack McGowen meninggal dunia akibat serangan jantung selepas selesai penggambaran filem berkenaan.
  • Abang kepada pelakon Max Von Sydow meninggal dunia.
  • Seorang penjaga set berbangsa Negro meninggal ketika penggambaran.
  • Pakar kesan khas turut meninggal dunia semasa penggambaran masih berlangsung.
  • Anak kepada jurukamera yang baru lahir meninggal dunia.
  • Seorang tukang kayu yang memasang set pengambaran cedera teruk dan dilaporkan kehilangan sepotong jarinya akibat kecederaan itu.

Satu adegan dalam The Exorcist

Dipercayai, filem tersebut mengundang banyak tragedi kerana ia berdasarkan kejadian sebenar. Roh-roh jahat tidak merestui filem tersebut dan bertindak membuat kacau di set pengambaran filem The Exorcist.

 

Sumpahan Filem The Crow

Adaptasi daripada komik yang menggunakan tajuk yang sama karya James O’Barr. Filem yang dilancarkan pada tahun 1994 adalah lakonan anak lelaki Bruce Lee,Brandon Lee. Filem ini antara filem yang dikatakan mempunyai sumpahan yang tersendiri. Antara kejadian-kejadian adalah:

  • Tukang kayu set penggambaran terbakar di beberapa bahagian badan apabila kren yang dipandunya mengenai talian bervoltan tinggi.
  • Tukang ukir set penggambaran juga terlibat dengan kemalangan apabila beliau terbabas ke dalam kedai menjual plaster.
  • Brandon Lee maut selepas tertembak menggunakan peluru betul yang tidak disengajakan. Tiada siapa mengetahui mengapa peluru betul digunakan.

Brandon Lee dalam satu adegan The Crow

Penutup

Sebenarnya banyak lagi filem yang dikatakan terkena sumpahan. Kebanyakan filem tersebut bergenre seram. Disebabkan itu, kebanyakan orang-orang filem akan melakukan ritual keagamaan sebelum memulakan penggambaran. Mereka percaya setiap filem mempunyai unsur-unsur seram dan ngeri mempunyai sumpahan-sumpahannya yang tersendiri. Kalau di Malaysia, dikatakan filem Jangan Pandang Belakang mempunyai sumpahan-sumpahannya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, sebagai umat Islam kita perlu berpegang pada hadis nabi yang bermaksud:

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar r.a. dari Rasulullah saw, bahwa beliau bersabda, “Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah gerhana karena kematian atau kelahiran seseorang, akan tetapi keduanya adalah sebagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Jika kalian melihatnya, maka kerjakanlah shalat (gerhana),” (HR Bukhari [1042 dan 3201] dan Muslim [914]).

Rasullulah saw bersabda demikian kerana terdapat sahabat nabi menganggap kematian anak lelaki nabi yang bernama Ibrahim disebabkan oleh kejadian gerhana bulan. Sahabat nabi ini menganggap kejadian gerhana bulan menyebabkan sumpahan sehingga kematian anak lelaki nabi saw. Rasullulah saw serta-merta melarang sahabat nabi saw itu dalam sabda baginda ini. Dengan itu, jangan kita mudah menganggap sesuatu kejadian itu sebagai sumpahan dan sial. Berpandukanlah kepada hadis dan sentiasalah beringat bahawasanya sesuatu kejadiaan itu adalah Qada’ dan Qadar daripada Allah swt.Waallahualam.

Advertisements

Jambatan oh jambatan!

Oleh: takusahrisau

 

Jambatan gantung terdapat di mana-mana sahaja terutama di negara yang mempunyai corak geografi bergunung seperti di Filipina dan Tibet. Malah Malaysia sendiri mempunyai banyak jambatan gantung.

Akan tetapi, jambatan gantung ini akan membuatkan anda berasa kecut perut. Jambatan yang terletak di Hussaini-Borit Lake Bridge, Utara Pakistan ini layak digelar jambatan gantung paling berbahaya di dunia. Masakan tidak, dengan papan-papan pemijak kaki yang uzur, tali jambatan yang tidak stabil dan dengan  faktor angin lintang apabila anda berada di tengah-tengah jambatan membikin perasaan gerun yang menebal di hati setiap orang.

Anda nilaikan sendiri tahap bahaya jambatan gantung ini.

Jambatan ini tidak dapat dipastikan siapakah sebenarnya membinanya. Tetapi yang pasti, kerajaan Pakistan perlu turun padang untuk melihat sendiri kesusahan rakyat kawasan pendalaman.

 

Masih menjadi laluan utama masyarakat

Menakut dan mengerunkan!

Daripada bawah jambatan

 

Di sini juga Bahaya!

Jambatan gantung Inca

Hanya menggunakan jalinan tali tanpa kayu dan paku, ia membikin rasa gerun dan kurang yakin terhadap kemampuan jambatan gantung ini. Walaubagaimanapun, jambatan unik ini belum lagi meragut mana-mana nyawa dan mampu menampung melebihi 10 orang untuk melintasinya pada satu-satu masa.!

 

Jambatan ini sentiasa diganti setiap tahun.

Masih sempat tersenyum

Jambatan Chiang Jiang,China

Menghubung dua daratan daripada arus deras sungai Yangtze. Sungai Yangtze adalah sungai terpanjang di China dan di Asia. Di dunia, ia berada di tempat ke-3. Sungai Yangtze sendiri membawa maksud sungai Panjang.!

Jambatan gantung di Sungai Yangtze

Glen Nevis Wire Rope Bridge

Glen Davis merupakan kawasan yang popular di Scotland. Kawasan ini menghasilkan tiga air terjun tertinggi di Scotland. Kawasan yang menjadi tarikan ribuan pelancong setiap tahun mempunyai banyak pergunungan yang tinggi di British Isles seperti Ben Nevis, Càrn Mor Dearg, Aonach Mòr, and Aonach Beag. Glen Davis telah menjadi lokasi utama filem blockbuster Hollywood seperti Harry Potter(lakonan Daniel Radclife) dan Braveheart(lakonan Mel Gibson).

Hanya tiga tali sahaja menghubungkan dua gunung.!

11 Fakta BENAR Mengenai Hitler

Oleh: takusahrisau

1          Hitler adalah seorang yang sangat menjaga maruahnya, apabila beliau mandi,tidak boleh sesiapa pun melihat beliau mandi apatah lagi apabila beliau berbogel. Beliau juga tidak gemar memakai pewangi di badannya.

2          Dengan kod etika ketenteraan yang menebal dalam jiwa Hitler, Hitler tidak pernah menanggalkan kotnya di depan orang awam walau apa pun berlaku.

3.         Pada 1923, Dr. Sedgwick iaitu Penasihat Akhbar kepada Hitler menasihatkan beliau untuk membuang gaya misai kontot. Hitler dengan nada selamba menjawab,

“Jangan risau tentang misaiku ini,jika sekarang bukan trend fesyen, ia akan menyusul kemudian hari kerana disebabkan aku mengayakannya.”

4.         Hitler adalah pemidato terbaik yang pernah dilahirkan di muka bumi. Setiap syarahan beliau akan memukau jutaan orang yang datang menyaksikannya. Tiada siapa dapat menandingi beliau pada masa itu termasuk pemimpin daripada negara-negara musuh. Hitler gemar menggunakan pelbagai gaya untuk memeriahkan ceramah beliau seperti memerli perkataan ‘Say Heii’ yang selalu digunakan oleh cheerleader di Amerika Syarikat. Seluruh penonton ketawa dan teruja sepanjang ceramah beliau.

5.         Hitler adalah satu-satunya pemimpin pada WWII yang mengamalkan budaya makanan yang sihat. Beliau adalah seorang Vageterian, tidak minum arak serta merokok. Miskipun usia beliau pada ketika WWII boleh dikatakan sudah melebihi 50-an,tubuh beliau tetap mantap dan terampil. Berbeza dengan pemimpin Britain, Winston Churcill dan pemimpin Russia, Joseph Stalin.!

Miskipun berumur lewat 50-an, beliau masih kelihatan segak dan aktif

6.         Hitler adalah seorang yang bergitu mengagumi ISLAM, dalam satu petikan ucapannya, beliau berkata:

“You see, it’s been our misfortune to have the wrong religion. Why didn’t we have the religion of the Japanese, who regard sacrifice for the Fatherland as the highest good? The Mohammedan religion too would have been much more compatible to us than Christianity. Why did it have to be Christianity with its meekness and flabbiness….”

Hubungan Hitler dengan Mufti daripada Palestin, Sheikh Hj. Amin al-Husaini adalah tersangat akrab. Beliau juga menubuhkan satu divisen khas bagi umat Islam iaitu Batalion Hadzar yang berkhidmat di rantau Balkan.

Hitler dan Sheikh Hj. Amin Al-Husaini

 

Hitler memperkenalkan Sheikh Hj. Amin Al-Husaini di depan Batallion Hadzar

7.         Miskipun dikutuk oleh banyak media Yahudi yang menceritakan profil kehidupan awal Hitler yang dikatakan sebagai seorang budak dungu dan lembap, beliau sebenarnya memiliki IQ setinggi 141,hampir setaraf dengan Albert Eistein.!

8.         Hitler pada penghujung usianya iaitu ketika 56 tahun mengalami penyakit yang biasa bagi seorang tentera iaitu Parkinson. Dikatakan, rakaman beliau yang terakhir ketika mengadakan kawad cam untuk Hitler Youth di Berlin melihatkan tangan kiri beliau yang terketar-ketar.

9.         Hitler adalah seorang yang penyayang. Miskipun media Yahudi selalu melabelkan Hitler sebagai seorang yang layak digelar Iblis, Hitler adalah seorang yang bergitu menyayangi binatang terutamanya anjing dan kucing. Semasa WWI(perang dunia pertama), Hitler menjumpai anjing yang digelar Little Fox. Hitler mengajar Little Fox dengan pelbagai teknik bagi menghiburkan rakan askarnya yang lain. Ketika Little Fox hilang, Hitler seperti seorang hilang semangat dan murung buat beberapa ketika.

Hitler dirakam memberi makan kepada seekor anak rusa. Tidak adil jikalu mengadili Hitler sebagai Penjahat sepanjang zaman kerana ramai lagi pemimpin lain yang kejam lagi zalim. Malahan kejadian Holocoust masih boleh dipertikai.

Dan normal bagi setiap peperangan, mesti akan melibatkan nyawa. Jadi tidak adil kalau dikatakan Hitler ini seorang pembunuh kerana pemimpin negara lain seperti Britain,Russia, dan Amerika Syarikat juga menyebabkan banyak nyawa melayang. Malah Amerika Syarikat menyebabkan Bandar Hiroshima dan Nagasaki hancur lebur disebabkan bom Atom.!

10.       Hitler adalah seorang yang pandai melukis. Masa lapang beliau diisi dengan melukis pelbagai pemandangan. Selain itu, tulisan tangan Hitler adalah bergitu cantik seperti feminine. Seorang psikologi bernama Carl Jung menyatakan:

Behind this handwriting I recognize the typical characteristics of a man with essentially feminine instinct

11.        Tinggi Hitler adalah 179cm atau 5 kaki 8 inci. Beliau tidaklah  sekecil mana seperti yang digembar-gemburkan oleh majalah-majalah dan media-media Yahudi.

Hitler sebenarnya bukan seorang yang pendek seperti yang digembar-gemburkan oleh Media Yahudi.

 

Berdasarkan sedikit fakta di atas, diharap anda boleh berfikir dua kali untuk mengutuk Hitler. Dan jikalau anda masih ingin mengutuk Hitler, anda fikirlah pemimpin mana yang boleh dikatakan sebagus Hitler ketika Perang Dunia ke-2? Informasi yang kita dapat sekarang adalah bersumberkan media daripada Yahudi seperti CNN,NBC,ABC dan sebagainya. Anda mesti mengkaji dahulu berita-berita yang disampaikan oleh media-media Yahudi ini. Jikalau dirasakan betul,terimalah. Jikalau salah, sama-sama kita hentam!

Apakah mazhab Waraqah bin Naufal yang sebenarnya?- Kristian Katholik?Ebonite?Arianisme?atau pun Nestorian?

Oleh: takusahrisau

 

Sesiapa sahaja masih mengingati sirah Rasullulah saw apabila baginda mendapat wahyu pertama daripada Allah swt melalui perantara malaikat Jibrail as di gua Hira’. Peristiwa di mana menyebabkan badan Rasullulah saw yang mulia itu seram sejuk dan gementar seluruh badan apabila pulang ke rumah. Isteri baginda yang penyayang, Siti Khadijah bin Khuwalid menjadi tidak keruan melihat sang suami kelihatan benar-benar tidak sihat.

Ditanya beliau kepada Rasullulah dengan lemah-lembut dan penuh kasih sayang. Dengan keprihatinan Siti Khadijah pada Rasullulah saw, baginda Rasullulah saw mula menceritakan satu persatu peristiwa yang terjadi pada baginda di gua Hira’. Baginda menceritakan bagaiman takutnya baginda dipeluk oleh Malaikat Jibrail sambil menyebut ikraq’  yang bermaksud ‘bacalah’ dengan berulang-ulang kali.

Manusia mana tidak gementar apabila datang makhluk yang tidak pernah dilihat sebelum ini tiba-tiba tampil memeluk badan ketika berada di dalam  gua sempit seorang diri.

Peristiwa Rasullulah saw ini bagaikan satu beban yang berat kepada Siti Khadijah. Dengan tidak membuang masa, beliau terus menuju ke rumah sepupu tua beliau, Waraqah bin Naufal. Waraqah sememangnya diketahui oleh Siti Khadijah bahawa beliau pakar dalam kitab Taurat dan Injil dan memahami sebenar-benarnya isi kandungan kedua-dua kitab suci itu.

Waraqah mendengar satu persatu cerita daripada sepupu perempuannya itu. Selepas selesai cerita Khadijah itu, Waraqah memastikan dan menjamin kepada Siti Khadijah bahawa Muhammad akan menjadi rasul selaku nabi yang terakhir.

Beberapa lama kemudian, Waraqah bin Naufal menemui sendiri Rasullulah saw di Kaabah ketika Rasullulah bertawaf. Dialog antara Rasullulah dan Waraqah menyebabkan Waraqah menangis teresak-esak kerana beliau tahu, Rasullulah bakal diuji dengan dugaan yang maha hebat daripada kaumnya kelak.

Kaum Quraisy Mekah ketika itu sememangnya kaum yang telah disaluti kekafiran yang tebal. Diriwayatkan, sekitar Kaabah terdapat 60 berhala di sekelilingnya!. Dalam perbualan yang menyayatkan hati itu, Waraqah sempat berkata kepada Rasullulah saw:

Demi Dia Yang memegang hidup Waraqa. Engkau adalah Nabi atas umat ini. Engkau telah menerima Namus Besar(Jibrail as) seperti yang pemah disampaikan kepada Musa. Pastilah kau akan didustakan orang, akan disiksa, akan diusir dan akan diperangi. Kalau sampai pada waktu itu aku masih hidup, pasti aku akan membela yang di pihak Allah dengan pembelaan yang sudah diketahuiNya pula.”

 

Waraqah yang terkenal alim itu mengetahui sebenar-benarnya kedatangan seorang rasul akhir zaman tetapi beliau tidak menyangka beliau sempat melihat dengan mata kepala beliau sendiri seorang rasul yang dijanjikan  dalam setiap kitab suci sebelum ini. Malahan beliau teruja kerana yang bakal menjadi rasul itu adalah suami kepada sepupu rapatnya sendiri!.

Berkenaan dengan penyataan awal Waraqah kepada Siti Khadijah yang beliau yakin Muhammad adalah seorang Rasul akhir zaman, ramai ulama menyatakan Waraqah telah berpandukan kepada ayat Isaiah 29:11-12 yang berbunyi:

11. For you this whole vision is nothing but words sealed in a scroll. And if you give the scroll to someone who can read, and say to him, “Read this, please,” he will answer, “I can’t; it is sealed.”

12. Or if you give the scroll to someone who cannot read, and say, “Read this, please,” he will answer, “I don’t know how to read.”

“Read this,please adalah satu ayat suruhan. Ia sama dengan ayat ‘Ikraq’  yang disuruh untuk dibaca oleh Jibrail as kepada lembaran yang ditunjukkannya. Ini keistimewaan seorang insan yang benar-benar memahami isi kandungan Taurat dan Injil dengan sebenar-benar faham!.

Bergitulah sedikit sebanyak cerita melibatkan Waraqah bin Naufal. Persoalannya sekarang, apakah agama anutan beliau? Sememangnya umum mengetahui agama anutan beliau adalah agama Kristian ataupun agama Nasrani. Tetapi apakah mazhab yang dianuti oleh Waraqah ini? Mazhab Waraqah kelihatan tidak seperti mazhab ‘mainstream’ Kristian sekarang iaitu mazhab Katholik yang mana mereka tidak mempercayai akan kedatangan seorang Rasul akhir zaman. Malah mereka menyekutukan Allah swt dengan berkata nabi Isa as adalah anak tuhan.

Terdapat riwayat menyatakan mazhab anutan Waraqah adalah mazhab Ebionite dan ada pula menyatakan mazhab Arianisme. Malah riwayat yang paling popular adalah beliau bermazhab Nestorian. Akan tetapi tiada riwayat menyatakan mazhab beliau adalah mazhab Katholik. Ini adalah kerana, kepercayaan Waraqah langsung tidak menggambarkan beliau adalah seorang mazhab Katholik. Tambahan pula, pada waktu tersebut, mazhab Katholik hanya ‘laku’ di negara Barat sahaja seperti di wilayah-wilayah taklukan Byzantine. Itupun di Jerman terutama kaum Goth, Vandal dan Lombard memegang kuat kepercayaan Arianisme!. Di wilayah timur, ketiga-tiga mazhab ini, mazhab Eboinite, mazhab Arianisme dan mazhab Nestorian adalah paling popular dan mempunyai ramai pengikut. Mazhab Nestorian misalnya, telah lama memutuskan hubungan dengan mazhab yang tidak mengesakan tuhan seperti mazhab Katholik sehingga Kristian ketika itu terbahagi kepada dua blok iaitu Church of the West(Katholik) dan Church of the East(Nestorian).

 

Menariknya ketiga-tiga Mazhab ini

Ketiga-tiga mazhab ini langsung tidak mempercayai bahawa Nabi Isa as adalah Anak Tuhan. Penganutnya mengutuk sekeras-kerasnya mazhab Katholik kerana menganggap Katholik seumpama agama Pagan atau agama Polystheism yang dianuti oleh orang Yunani dan Roman dahulu-kala.

Umum mengetahui bahawa mazhab Katholik mengamalkan doktrin Triniti iaitu mempercayai Nabi Isa as mempunyai tiga sifat, Isa sebagai Anak Tuhan, Roh Kudus dan Bapa(Tuhan). Manakala ketiga-tiga mazhab ini mengamalkan kepercayaan bahawa Nabi Isa as adalah hamba Allah yang diutuskan untuk menjadi Rasulnya.

Penganut Kristian mendakwa bahawa Nabi Isa disalib dan diangkat ke langit 3 hari kemudian.

 

Mazhab Ebionite

Mazhab ini dianggap mazhab terawal sekali wujud. Kebanyakkan penganut mazhab ini adalah orang Yahudi. Mereka percaya bahawa Nabi Isa as adalah nabi mereka. Dengan segala mukjizat dan saranan Nabi Isa as untuk menyembah tuhan yang satu menyakinkan mereka bahawa Nabi Isa as adalah nabi seterusnya selepas nabi Malachi as. Penganut mazhab ini digelar Nazarenes(merujuk kepada tempat kelahiran Nabi Isa as di Nazareth). Orang Arab mengelar mereka Nasrani. Daripada perkataan inilah perkataan Nasrani selalu disebut untuk merujuk kepada semua orang Kristian miskipun mazhab mereka bukannya Ebionite. Ebionite sebenarnya membawa maksud Yang Termiskin. Mereka meminjam perkataan Hebrew iaitu Evionim.

Dipercayai bahawa pengasas Mazhab Ebionite adalah James the Just. Orang Yahudi memanggil James sebagai Yohannes. James yang juga sepupu Nabi Isa as adalah seorang pengikut Nabi Yahya as sebelum menjadi hawari Nabi Isa as.

Mazhab Ebionites mendakwa bahawa Paul yang kemudian mengasaskan ajaran Pauline Christianity adalah guru palsu. Paul didakwa mengajar anak muridnya bahawa Nabi Isa as adalah anak tuhan. Ini menimbulkan kemarahan mazhab Ebionites. Ajaran Paul ini kemudiannya menular dengan cepatnya sehingga tertubuhnya mazhab baru iaitu Katholik.

Ajaran Ebionites berlandaskan kepada Gospel of Hebrews sebelum dihapuskan oleh musuh mazhab ini pada Persidangan pertama Kristian di Nicea pada 325M. Gospel dan buku ajaran Ebionites dibakar bersama-sama mazhab yang tidak sealiran dengan Pauline Christianity.

Persidangan di Nicea pada 325M adalah persidangan pertama agama Kristian.Di sebalik kontroversi mazhab,berlaku juga kontroversi di mana Constantine ragu-ragu untuk memasukkan Book of Revelation ke dalam New Tastament.

Miskipun bergitu, ajaran Ebionite masih lagi tetap bertahan di timur sehinggalah kelahiran Rasullulah saw pada 512M.

 

Mazhab Arianisme

Mazhab ini terbentuk dengan seorang pengasas yang bernama Arius. Arius sezaman dengan Maharaja Costantine I, seorang bermazhab Katholik. Arius adalah paderi di Buchalis,Alexanderia. Beliau juga seorang penceramah agama yang popular. Beliau adalah antara individu yang kuat menentang ajaran Biskop yang bernama Alexander. Beliau merasakan agama Kristian telah dicemari dengan falsafah-falsafah yang salah dan menyesatkan. Beliau mengganggap Nabi Isa as adalah seorang Rasul yang diutuskan Allah swt ke dunia dan bukannya seorang anak Tuhan sebagaimana yang dianggap oleh Biskop Alexander dan pengikutnya.

Sebuah biara Mazhab Arianisme di Regina,Itali

Biskop Alexander berasa terancam dengan perkembangan Arius dan ajarannya. Beliau terus menemui Maharaja Constantine I untuk menyelesaikan masalah beliau. Akhirnya, Persidangan Nicea pada 325M menjadi medan perbahasan paderi pro-Arius dan paderi pro-Triniti.

Perdebatan hebat antara Arius dan paderi-paderi menjadi hangat sehingga seorang paderi Katholik terkenal Nicholas of Myra menampar Arian di mukanya. Bergitulah hebatnya penangan Arius ketika perdebatan itu berlaku. Nicholas adalah watak asal Santa Claus yang selalu muncul di kaca televisyen apabila menjelang Krismas.

Persidangan berat sebelah itu akhirnya dimenangi oleh Katholik selepas paderi-pederi seramai lebih daripada 300 orang itu dipercayai telah diugut oleh Maharaja Constatine I menyerahkan patisyen menyokong ajaran Katholik dan doktrin Triniti mereka. Hanya 2 orang paderi dari Libya yang tidak menyokong Katholik dan akhirnya dipecat daripada menjadi paderi di kawasan mereka.

Persidangan Nicea pada 325M itu menjadi titik tolak kepada ajaran Kristian sekarang yang mana telah menolak mazhab selain daripada Katholik. Namun, ajaran Arius tetap tersebar dengan pesat di timur walaupun telah diharamkan. Orang islam mengganggap ajaran Arius adalah asas daripada ajaran asal Kristian oleh Nabi Isa as.

Malang bagi Arius, beliau telah meninggal dunia akibat diracun oleh musuh beliau ketika menghadiri persidangan di Constatine’s Forum. Ramai mempercayai beliau diracun oleh Constantine sendiri.

Ironinya, Arius mempunyai terlampau ramai pengikut termasuk anak Constatine sendiri iaitu Constantine II. Malahan, Maharaja Velens dan Eusebius of Nicamedia juga seorang pengikut ajaran Arian. Eusebius adalah tukang baptist Constantine. Constantine dibaptistkan ketika beliau sudah meninggal dunia.! Tahap kristian Constatine masih lagi menjadi persoalan.

Archbishop Dmitri pernah menyatakan bahawa Islam adalah kesinambungan ajaran Arius kerana ajaran Arius mempunyai persamaan yang ketara terutama mengenai Nabi Isa as sebagai Rasul Allah dan bukannya Anak Tuhan. Sememangnya, mazhab Arianisme adalah mazhab Kristian tulen selain daripada mazhab Ebionites dan Nestorian. Apa yang menarik lagi tentang mazhab Arianisme adalah Isaac Newton adalah penganut Arianisme secara sembunyi-sembunyi.!

 

Mazhab Nestorian

Mazhab ini dipelopori oleh seorang paderi bernama Nestorius.Beliau hidup sekitar 386-451M. Beliau adalah paderi di gereja di Constatinople(Istabul sekarang). Dalam ajaran Nestorius, beliau menyatakan bahawa Mariam iaitu nabi Isa as tidak boleh dipanggil Theotokos(ibu Tuhan) tetapi perlu dipanggil Christokos(ibu Christ).

Walaubagaimanapun, mazhab Nestorian berlainan sedikit berbanding mazhab Ebionites dan mazhab Arianisme. Mazhab Nestorian menggangap nabi Isa mempunyai dua watak iaitu watak manusia biasa dan watak tuhan.

Pandangan Nestorius ini dikecam teruk oleh Cyril,Bishop daripada Alexanderia. Pada persidangan di Ephesus pada 431M, Nestorius dan pengikutnya dikecam dan dikritik menyebabkan beliau terpaksa dibuang negeri ke biara kecil di Gurun Libya.

Sebenarnya, inilah titik tolak pengembangan Ajaran Nestorian. Ajaran ini akhirnya berpecah terus daripada ajaran Church of the West yang berpusat di Byzantine ketika itu. Ajaran Nestorian menjadi ajaran persendirian yang digelar Church of the East. Ia tersebar luas sekitar Asia Tengah, Timur Tengah dan kawasan Hijaz. Malahan terdapat sumber menyatakan, Nestorian telah tersebar hingga ke China, Mongolia dan persisir Jepun-Korea.

Kisah Rasullulah saw ketika berumur 12 tahun iaitu ketika baginda mengikut bapa saudara baginda, Abu Talib berniaga di Syam(Syria sekarang). Kabilah Abu Talib telah dipelawa oleh seorang Paderi Nasrani untuk menjamu selera di biara beliau. Paderi tersebut adalah Bahirah. Paderi yang baik hati itu telah memberi nasihat kepada Abu Talib supaya balik segera ke Mekah kerana bimbangkan keselamatan anak saudara beliau iaitu Rasullulah saw kerana beliau telah melihat tanda-tanda kenabian pada anak saudaranya itu. Bahirah menambah, kemungkinan jika diketahui oleh orang Yahudi di Syam, mesti dibunuh Muhammad saw. Dengan perasaan gementar, terus dibawa kabilahnya pulang ke Mekah ketika itu juga. Dipercayai bahawa Bahirah adalah seorang Paderi bermazhab Nestorian.!

Bukti Ajaran Nestorian telah tersebar di China.

 

Penutup

Melalui ketiga-tiga mazhab ini, diketahui bahawa Waraqah bin Naufal adalah seorang Nasrani yang tulen. Rasullulah melarang sekeras-kerasnya barang siapa yang mengutuk Waraqah bin Naufal kerana terdapat sahabat berselisih faham mengenai Waraqah. Rasullulah saw ketika ditanya oleh sahabat baginda mengenai Waraqah bin Naufal, Rasullulah saw bersabda;

“Jangan memfitnah Waraqah ibn Naufal kerana aku lihat beliau akan mendapat satu atau dua taman di Syurga.”(Hadis Shahih riwayat Al-Hakim)

Dalam bab mazhab, Waraqah lebih mirip bermazhab Ebionites berbanding dua mazhab lain. Ini melibatkan ciri-ciri percakapan Waraqah bin Naufal kepada Rasulullah saw ketika mula mendapat wahyu  dan kepercayaan beliau mengenai kedatangan Rasul akhir zaman. Waallahulam.

 

 

-Artikel ini adalah hakmilik sepenuhnya penulis. Jika ada pembaca mahu menyebar artikel ini dalam blog atau forum, penulis suka-cita membenarkannya kerana ia adalah salah satu cabang dakwah.Sebarang kekeliruan dalam artikel di atas boleh diutarakan melalui ruangan komen di bawah. Salam Ukhwah.

Misteri Lelaki bernama Edward Leedskalnin..

Oleh: takusahrisau

 

Kadangkala cinta itu boleh membuatkan manusia gila.Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan bagi seorang insan bernama Edward Leedskalnin. Insan yang lahir di Riga,Latvia pada 10 Ogos 1887 hanya memiliki ketinggian 5 kaki dan berat tidak lebih 100 pound mampu membina monumen batuan yang purata setiap beratnya adalah 5 ton.!

Edward mendapat inspirasi membina monumen ini hanya disebabkan oleh seorang wanita, Agnes Scuffs yang telah memutus tali pertunangan sehari sebelum majlis pernikahan mereka. Usia beliau ketika itu ialah 26 tahun.

Insan misteri ini adalah Edward Leedskalnin

Dengan hati yang patah, beliau secara berseorangan menyusun monumen batuan tanpa menggunakan sebarang jentera berat. Monumen ini yang akhirnya menjadi terkenal dengan himpunan pelbagai batuan dan terdapat sesetengahnya mempunyai lebar sehingga 4000 kaki tebal.!

Papan tanda yang diukir di batuan

Monumen ajaib ciptaan manusia ajaib ini dikenali pada mulanya sebagai Rock Gate Park tetapi kemudian dikenali Coral Castle. Pada mulanya, monumen ini terletak di Bandar Florida pada pertengah 1920-an namun dipindahkan ke kawasan seluas 10 hektar di Homstead, Florida pada 1936. Monumen ini kekal di sini hingga ke hari ini.

Edward mempunyai asal-usul keluarga yang mahir dalam seni ukiran terutama dalam seni ukiran batuan. Ajaibnya insan bernama Edward ini kerana beliau mampu mengalihkan batuan-batuan berat hanya menggunakan perkakas asas sahaja.

Pandangan atas Coral Castle

Tiada saksi yang melihat beliau mengalihkan batuan dengan jentera pengangkut. Dipercayai, beliau hanya membuat kerja hanya pada waktu malam sahaja bertemankan tanglung. Beliau sering kali menggunakan papantanda ‘Lookout’ bagi memberi privasi kepada semasa berkerja pada waktu malam.

Pada 1951, papan tanda di Coral Castle bertulis ‘Going to Hospital’. Pelawat memahami bahawa Edward Leedskalnin sedang bertarung nyawa di hospital. Beliau disyahkan menghidapi kanser perut peringkat 3. Akhirnya, ajal menjemputnya pada hari ke-3 beliau di hospital. Beliau meninggal dunia pada umur 65 tahun dan membujang hingga ke penghujung hayatnya.

Beliau pernah berkata:

I have discovered the secrets of the pyramids, and have found out how the Egyptians and the ancient builders in Peru, Yucatan, and Asia, with only primitive tools, raised and set in place blocks of stone weighing many tons!

Edwarand berseorangan membuat kerja

 

Keajaiban Coral Castle dan Edward Leedskalnin

1.         Pintu masuk utama Coral Castle diperbuat daripada batuan yang seberat 18,000 Pound. Pintu ini tersangat seimbang dan walaupun kelihatan sangat berat, ia boleh dibuka hanya menggunakan satu tangan sahaja. Akan tetapi, pada 1986, pintu besar ini rosak dan terbalik. Sebanyak 6 orang pekerja dan 50 tan jentera diperlukan untuk memperbaiki dan mengalihkannya yang mana Edward Leedskalnin seorang sahaja membinanya dahulu.!

Pintu masuk utama yang hanya boleh ditolak satu jari untuk membukanya

2.         Masih berkenaan pintu tersebut, pintu besar ini berdiri teguh menggunakan lubang-lubang yang ditebuk dengan kemas dan teliti. Apa yang menarik, kejituan ukuran lubang-lubang ini perlu menggunakan laser yang canggih yang tiada pada masa Edward hidup. Edward hanya menggunakan perkakas kerja asas bagi menebuk dan memasang pintu besar tersebut. Sungguh menghairankan.!

Coral Castle ketika waktu malam

3.         Bermacam-macam telahan dibuat oleh orang ramai mengenai Coral Castle. Yang paling menarik adalah Edward Leedskalnin adalah makhluk asing!.

4.         Edward Leedskalnin antara dua orang selain daripada Nikola Tesla yang dipercayai oleh golongan Nuwubian sebagai makhluk yang datang dari Planet Venus untuk menyedarkan manusia mengenai kecanggihan sains dan teknologi makhluk asing.!

5.         Beliau antara manusia terkecil di dunia tetapi diikhtiraf sebagai manusia terkuat dan terpintar.

Ukiran ini dikenali sebagai 'tower'

6.         Struktur yang paling tinggi mengandungi 243 tan batuan dan purata berat setiap blok adalah 9 tan. Batuan paling berat adalah seberat 35 tan.

Pelbagai jenis ukiran terdapat di Coral Castle termasuk ukiran kerusi,planet Marikh dan bulan sabit.

7.         Edward sering ditanya tentang bagaimana beliau memindahkan struktur yang berat-berat kesemuanya, beliau lantas menjawab bahawa beliau telah menjumpai cara-cara orang Mesir purba membina piramid iaitu dengan menggunakan teknik pengampungan(levitation).!

8.         Walaupun tidak suka diganggu ketika menjalankan kerja, jangan disangka tiada siapa yang mengintip. Pernah berlaku seorang lelaki bertindak mengintip Edward membuat kerja. Lelaki itu terkejut apabila Edward hanya menyentuh batuan yang ingin dipindah sambil mulut terkumat-kamit sebelum batuan itu terapung mengikut arahan Edward. Anda percaya?terpulanglah.

 

Teleskop Hubble menjumpai bintang paling laju,1.6million per jam!

Oleh: takusahrisau

Tarikh: 25/7/2010

Imej mengejutkan daripada Teleskop Angkasa Hubble milik NASA apabila menghantar gambar sebuah bintang berwarna biru yang dipercayai di’ludah’ keluar oleh Lubang Hitam(Black Hole) yang  terletak di tengah-tengah Bima Sakti milik kita.

Anak panah menunjukkan bintang biru yang dimaksudkan.

Kisah bintang biru ini dipercayai bermula apabila Bima Sakti yang menampung kira-kira 100 billion planet dan bintang ini telah dihampiri oleh tiga bintang besar kira-kira 100 juta tahun dahulu.

Walaubagaimanapun, hanya satu bintang yang berjaya di’tangkap’ oleh lubang hitam manakala dua bintang yang lain di’ludah’ keluar oleh nya. Kemudian, kedua-dua bintang ini bergabung dan seterusnya membentuk satu bintang biru bersaiz mega yang boleh bergerak 1.6 million per jam.!

Ilustrasi menunjukkan analogi kejadian bintang biru tersebut.

Bintang unik ini dikenali sebagai HE oleh para saintis merupakan bintang yang bergerak paling laju di alam semesta. Berkata seorang saintis, Warren Brown daripada Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics in Cambridge, Mass semasa ditemubual:

‘Using Hubble, we can for the first time trace back to where the star came from by measuring the star’s direction of motion on the sky. Our measurements point directly to the Milky Way center.’

 

~Artikel ini dirujuk sepenuhnya di http://www.dailymail.co.uk 

Konsep HALAL bagi Umat Islam dan KOSHER bagi Orang Yahudi!

Oleh : takusahrisau

 

Sesungguhnya ramai belum sedar bahawa terdapat beberapa perkara dalam agama lain yang belum betul-betul umat ISLAM fahami. Adalah amat penting untuk seseorang MUSLIM memahami benar-benar mengenai landas-landas agama lain kerana ia adalah pendinding kita di kemudian hari. Kali ini penulis tertarik ingin mengulas mengenai KOSHER dan TREFA.

Kosher adalah istilah bagi diet pemakanan orang Yahudi yang serupa dengan istilah HALAL bagi umat ISLAM. Bergitu juga dengan istilah Trefa, ia adalah serupa istilahnya dengan HARAM bagi umat Islam. Akan tetapi kosher tidak serupa peraturannya dengan halal bagi umat islam. Ini kerana, terdapat beberapa makanan yang boleh dimakan oleh orang Yahudi tetapi tidak boleh dimakan oleh orang Islam. Bergitu juga sebaliknya, terdapat beberapa makanan boleh dimakan oleh orang Islam tetapi tidak boleh dimakan oleh orang Yahudi.

Sepertimana Halal dalam Islam yang berlandaskan Al-Quran peraturan Kosher adalah berlandaskan dalam kitab Torah/Pentateuch, iaitu Leviticus. Leviticus merupakan buku ketiga dalam kitab Torah/Pentateuch daripada lima buku kesemuanya.

Sepertimana dalam firman Allah swt dalam surah Surah al-Baqarah, ayat 172.

 

Oleh itu makanlah (wahai orang-orang yang beriman) semua yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.

 

Antara petikan ayat dalam kitab Leviticus yang menjadi panduan orang Yahudi dalam peraturan Kosher adalah,

 

Adonai said to Moses and Aaron, “Tell the people of Isra’el, ‘These are the living creatures which you may eat among all the land animals

*Adonai adalah nama lain bagi Yahweh iaitu nama Tuhan orang Yahudi.

 

Persamaan Halal dan Kosher

Terdapat beberapa perkara yang boleh dikatakan sama antara Halal dan Kosher. Antaranya adalah:

1.         Memakan Babi dan produk daripada Babi tidak boleh dimakan

ISLAM:Mengenai larangan memakan Babi bagi umat islam terdapat dalam Al-Quran(Al-Baqarah ayat 173):

 

Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,”

 

YAHUDI:Mengenai larangan memakan Babi pula bagi orang Yahudi terdapat dalam Leviticus(11:7):


And the pig, because it parts the hoof and is cloven-footed but does not chew the cud, is unclean to you.”

  

Babi adalah binatang paling taboo dalam kedua-dua agama samawi ini.

2.        Larangan memakan haiwan dua alam

ISLAM dan YAHUDI sama-sama melarang daripada memakan haiwan dua alam seperti katak ataupun penyu.

Penyu adalah haiwan dua alam(amphibia) dan ia adalah haram dimakan oleh org Islam dan Yahudi.

 

3.        Larangan memakan serangga

ISLAM dan YAHUDI sama-sama melarang penganutnya memakan serangga. Walaubagaimanapun, belalang juta diharuskan memakannya dalam ISLAM. Bagi lebah pula, dilarang memakannya namun madu daripada lebah adalah HALAL dan KOSHER.

Madu adalah Halal dan Kosher miskipun lebah adalah Haram dan Trefa.

 

4.        Binatang buas dan mencakar

ISLAM dan YAHUDI melarang penganut masing-masing memakan haiwan buas seperti harimau,beruang atau dan sebagainya. Haiwan jenis mencakar seperti burung helang,burung hantu,tikus dan sebagainya juga dilarang dimakan oleh penganutnya. Sabda Rasullulah saw:

 

 Tiap-tiap binatang buas yang mempunyai taring adalah haram dimakan. (HR. Muslim dan Tarmudzi)

 

Semua binatang yang mempunyai kuku atau cakar tajam seperti helang, rajawali dan sebagainya. Nabi SAW telah melarang tiap-tiap burung yang mempunyai kuku tajam.” (HR. Muslim)

 

Perbezaan Halal dan Kosher

 

1.         Arak

ISLAM: Arak diharamkan sebagai minuman dan apa jua jenis penggunaan arak dalam makanan terutama ketika memasak.

YAHUDI: Arak adalah kosher dalam peraturan Yahudi.

Arak adalah haram di sisi agama Islam tetapi Kosher bagi agama Yahudi.

 

2.        Makanan Laut

ISLAM: Makanan laut adalah halal kecuali yang memudaratkan seperti ikan Buntal beracun.

YAHUDI: Haiwan laut jenis ikan yang bersisik dan bersirip adalah kosher dan boleh dimakan. Oleh itu, segala jenis kerang,tiram,ketam adalah tidak kosher dan tidak boleh dimakan oleh orang Yahudi.

 

3.        Campuran Susu dan Daging

ISLAM: Islam tidak ada peraturan khas untuk makanan yang mengandungi campuran susu dan daging. Oleh itu, halal dimakan jika susu dan daging bercampur.

YAHUDI: Orang Yahudi dilarang memakan sebarang makanan yang bercampur antara susu dan daging.

 

4.        Haiwan ternak

ISLAM: Islam menghalalkan semua binatang ternak seperti firman Allah swt dalam surah Al-Maidah ayat 1:

 “Dihalalkan bagimu binatang ternak.”

 

YAHUDI: Orang Yahudi dibenarkan memakan haiwan ternak jika memiliki dua kriteria iaitu terpisah setiap jari kakinya dan mencerna makanannya dengan sempurna(haiwan ruminant) seperti dalam ayat Leviticus 11:3

You may eat any animal that has a split hoof completely divided and that chews the cud.

 

Oleh itu, binatang seperti unta tidak kosher bagi mereka kerana walaupun unta mencerna dengan sempurna dengan cernaan dua kali(haiwan ruminant), tetapi ia mempunyai jari kaki yang tidak terbelah dua.  Leviticus 11:4

 

“‘There are some that only chew the cud or only have a split hoof, but you must not eat them. The camel, though it chews the cud, does not have a split hoof; it is ceremonially unclean for you.

Unta Halal bagi orang Islam tetapi tidak Kosher bagi orang Yahudi

5.        Penyembelihan

ISLAM: Sembelihan dalam Islam dikenali Dhabh. Haiwan yang disembelih mesti menggunakan pisau yang tajam dan disembelihkan di leher dengan cepat bagi mengurangkan kesakitan haiwan tersebut dengan menyebut lafaz “Bismillah, Allahu Akbar“. Lafaz akan disebut lagi bagi setiap ekor haiwan itu disembelih.

Meminum darah haiwan adalah haram di sisi agama Islam. Oleh itu, daging haiwan yang disembelih mestilah dibersihkan sepenuhnya.

Muslim yang tinggal berjauhan dengan muslim yang lain boleh memakan haiwan sembelihan Ahli Kitab(Yahudi atau Kristian). Akan tetapi, kebiasaanya umat Islam sekarang mencari daging yang telah diimport khas daripada negara Islam.

 

YAHUDI: Sembelihan dalam Yahudi dikenali Shechita. Haiwan yang disembelih mesti menggunakan pisau yang tajam dan disembelihkan di leher dengan cepat bagi mengurangkan kesakitan haiwan tersebut. Penyembelih Shechita dikenali sebagai Sochet. Adalah cukup untuk seorang Sochet menyebut nama Tuhannya sekali sahaja miskipun menyembelih melebihi seekor haiwan.

Meminum darah haiwan adalah haram di sisi agama Yahudi. Oleh itu, daging haiwan yang disembelih mestilah dibersihkan sepenuhnya.

Yahudi yang tinggal berjauhan dengan orang Yahudi yang lain tidak boleh memakan haiwan sembelihan selain agama Yahudi. Orang Yahudi akan mengimport khas daripada negara yang membekalkan haiwan sembelih yang Kosher.

 

6.         Simbol Kosher dan Halal

ISLAM:

Logo Halal yang dikeluarkan oleh Halal Food Council International.

YAHUDI:

simbol yang digunakan untuk menandakan makanan itu mengandungi elemen Kosher ataupun tidak.

  • D: The product is Dairy and contains some milk ingredient
  • M/Meat: The product contains meat
  • Pareve: The product is neither dairy nor meat

 

-Artikel ini adalah hakmilik sepenuhnya penulis. Jika ada pembaca mahu menyebar artikel ini dalam blog atau forum, penulis suka-cita membenarkannya kerana ia adalah salah satu cabang dakwah.Sebarang kekeliruan dalam artikel di atas boleh diutarakan melalui ruangan komen di bawah. Salam Ukhwah.

Mesej suara daripada Makhluk Asing!

Oleh: takusahrisau

Seiring dengan kecanggihan teknologi sekarang, manusia setiasa berlumba untuk mengkaji sejauh mana terdapatnya hidupan lain selain daripada spesies manusia. Sungguhpun bergitu, Amerika Syarikat sudah mendahului banyak negara lain dalam hal ini. Pelbagai cara telah dibuat seperti penerokaan ke angkasa samaada manusia mahupun robot. Dalam pada itu, terdapat berita yang mengejutkan apabila makhluk asing telah menghubungi tamadun manusia melalui sistem radio.

Papan tanda ke SETI Institute

Projek pelik mereka iaitu SETI telah menangkap satu rakaman pesanan makhluk asing yang digelar ‘WOW massage’ pada 15 Ogos 1977 menggunakan teleskop radio berfrekuensi tinggi yang digelar The Big Ear. Saintis yang bertugas ketika itu adalah Dr. Jerry R. Ehman. Mesej ini dipercayai berpunca daripada buruj Sagitarius yang terletak berjuta-juta kilometer cahaya daripada bumi. Ramai mempercayai bahawa mesej ini telah dihantar beribu-ribu tahun yang lepas. Dek kerana jaraknya yang terlampau jauh, mesej ini baru sahaja sampai kini.

The Big Ear-gambar sumber dari AFP

WOW message’ mendapat nama melalui lakaran kasar ‘wow’ Dr. Jerry R. Ehman yang teruja dengan fenomena luar biasa itu. Ironinya, beliau sendiri kemudian menyatakan masih ragu-ragu bahawa mesej tersebut adalah daripada makhluk asing malah beliau menambah bahawa mesej tersebut kemungkinan besar berpunca daripada bumi kita sendiri. (berpunca daripada faktor alam semulajadi dan ungas-ungas)

Lakaran kasar 'wow' oleh Dr. Jerry ini memberi nama 'wow message' ini.

Ramai saintis lain tidak bersependapat dengan Dr. Jerry kerana The Big Ear sudah tidak lagi menangkap mana-mana mesej selepas daripada peristiwa itu. Ini kerana, jika mesej ini daripada bumi kita sendiri semestinya terdapat peristiwa penangkapan mesej terbaru setiap bulan atau paling kurang setiap tahun.!

 

Fenomena mesej makhluk asing tidak berhenti di situ!

Fenomena janggal ini tidak berhenti di situ miskipun The Big Ear sudah tidak menangkap mesej lagi.

Baru-baru ini, ramai saintis di dunia dikejutkan dengan pendedahan NASA dalam laman webnya bahawa kapal angkasa Cassini telah mengesan fenomena suara ganjil sebaik sahaja kapal angkasa ini melepasi gelang planet Saturn pada Julai 2004.

Tona suara yang dapat ditangkap hanyalah sekejap sahaja tapi cukup jelas. Nasa dalam laman sesewang rasminya memberitahu:

“A most intriguing file,we do know what to make for it..”

Kapal Angkasa tanpa pemandu Cassini

 

#Anda boleh memuatturun mesej suara yang dipercayai daripada makhluk asing yang ditangkap oleh pengesan radio milik kapal angkasa tanpa pemandu Cassini di bawah: 

 http://saturn.jpl.nasa.gov/multimedia/images/saturn/audio/pia07967-072504.wav

 

~Artikel ini dirujuk sepenuhnya di laman sesawang rasmi www.nasa.gov dan www.seti.org

Penemuaan ‘Stonehedge’ versi kayu!

Oleh: takusahrisau

Tarikh: 23/7/2010 

 

Sekumpulan penyelidik yang terdiri daripada Eamonn Baldwin dan Dr. Vince Gaffney masing-masing daripada University of Birmigham,Dr. Chris Gaffney daripada University of Bradford, Prof. Wolfgang Neubauer daripada Ludwig Boltzmann Institute telah menjumpai Stonehedge versi buatan kayu yang kedua setelah menjumpai buat kali pertama pada tahun 1925. ‘Woodenhedge’ terbaru ini masih belum diberi nama,tetapi setakat ini mereka memanggilnya sebagai ‘Newhedge’.

Dari kiri: Eamonn Baldwin,Dr. Chris Gaffney dan Prof. Wolfgang Neubauer

 

Penemuan ini yang amat mengejut sekurang-kurangnya untuk tahun ini telah menggunakan alat radar yang canggih. Monumen ini mempunyai himpunan 24 batang kayu yang agak luas dengan ketinggian purata setiap kayu adalah 19 kaki.

Ilustrasi 24 batang kayu tercacak di tapak Newhedge.

Newhedge terletak hanya beberapa ratus batu daripada Stonehedge dan memiliki ciri-ciri Stonehedge iaitu pintu masuk ke dalam tapak Newhedge sejajar dengan summer solstice  yang mana membenarkan cahaya matahari ke tengah-tengah Newhedge apabila pertengahan hari pada musim panas(Midsummer’s Day).

Ilustrasi oleh Phil Argent.

Penyelidik telah memetakan tarikh pembinaannya dan ia menunjukkan pembinaannya adalah pada 5000 tahun yang lampau iaitu lebih kurang sama waktunya dengan Stonehedge.

Pemetaan Newhedge dengan menggunakan radar yang canggih.

Pakar menyatakan tujuan pembinaannya Newhedge adalah untuk tapak pengebumiaan dan juga majlis keagamaan bagi manusia Zaman Gangsa ketika itu.

 

~Artikel ini dirujuk sepenuhnya dalam website www.dailymail.co.uk

Yahudi juga berkhatan sepertimana ISLAM

oleh: takusahrisau

Berkhatan adalah bermaksud proses membuang  atau  memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar sehingga nampak (terdedah) kepala zakar itu secara keseluruhannya. Bagi lelaki yang beragama ISLAM,adalah wajib baginya berkhatan. Manakala bagi perempuan,ia jatuh kepada sunat sahaja. Dalil yang menjadi landasan berkhatan bagi orang mukmin adalah:

Rasullulah saw bersabda yang bermaksud: 

 “Buanglah rambut-rambut kamu yang ada ketika kamu kufur dan berkhatanlah.”(Hadis riwayat Abu Daud)

Walaubagaimanapun,adakah anda semua tahu bahawa agama Yahudi juga mewajibkan penganutnya berkhatan?berkhatan bagi penganut Yahudi mempunyai salur-galur yang sama dengan agama kita,ISLAM.
Berkhatan bagi Yahudi

Berkhatan bagi lelaki Yahudi adalah wajib sebagaimana wajibnya lelaki ISLAM berkhatan. Sepertimana berkhatan cara ISLAM, berkhatan cara Yahudi juga membuang selaput kulit yang menutupi zakar sehingga terdedah kepala zakar.

Berkhatan bagi istilah Hebrew adalah Brit Milah. Perlu diketahui bahawa orang Yahudi terbahagi kepada beberapa loghat seperti loghat Sephardi,loghat Ashkenazi dan loghat Yiddish. Dengan itu Brit Milah jika bagi loghat Sephardi akan disebut Berit Milah, loghat Ashkenazi akan disebut Bris Milah manakala loghat Yiddish hanya akan disebut Bris sahaja.

Apapun jenis loghatnya, upacara Brit Milah tetap sama. Upacara Brit Milah boleh dikatakan semeriah majlis berkhatan bagi rakyat Malaysia. Akan tetapi, majlis Brit Milah dipenuhi dengan adat-adat dan kepercayaan Yahudi.

Bayi yang seawal 8 hari semasa upacara Brit Milah

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Upacara Brit Milah

Sebagaimana dikatakan dari awal tadi, upacara Brit Milah dipenuhi dengan adat dan kepercayaan Yahudi yang bergitu tebal. Upacara Brit Milah akan dilakukan kepada bayi yang menjangkaui hari ke-8 kelahirannya. Upacara ini tersangat penting hinggakan jika hari ke-8 bayi tersebut jatuh kepada hari Sabbath atau perayaan Yom Kippur, upacara ini tetap akan berlangsung.

Upacara Brit Milah  dilakukan pada bila-bila masa pada hari ke-8 kelahiran mengikut kesesuaian masa ibubapa bayi tersebut. Namun, kelazimannya mereka akan mengadakan upacara ini pada awal pagi hari ke-8 kelahiran.

 

Tempat

Upacara Brit Milah dilakukan di Synagogue. Namun, ia tidak memperuntukkan hanya Synagogue sahaja tempat upacara ini dilakukan. Upacara Brit Milah boleh dilakukan di Dewan  mahupun di rumah ibubapa bayi itu sendiri.

 

Kvatter

Semasa upacara ini berlangsung, seorang Kvatter akan membawa bayi ke dalam sebuah bilik khas. Kvatter adalah individu yang diberi penghormatan untuk membawa bayi daripada ibu bayi kepada bapa bayi tersebut sebelum bapa bayi itu membawanya kepada seorang Sandek.

Tugas Kvatter akan diberi kepada pasangan yang sudah berkahwin tetapi masih belum mempunyai anak. Tujuannya adalah untuk menarik minat pasangan tersebut supaya turut mempunyai anak sendiri kelak.

 

Sandek

Upacara Brit Milah akan berterusan lagi apabila bayi yang dibawa oleh bapanya akan diberi kepada seorang Sandek.  Sandek adalah gelaran kepada seorang yang akan memangku bayi dengan lututnya. Sandek biasanya seorang yang paling dihormati dalam keluarga ibubapa tersebut. Lazimnya, ibubapa bayi akan melantik mana-mana ayah mereka(datuk bayi tersebut) sebagai Sandek.

Sandek kebiasannya adalah datuk kepada bayi tersebut.

Sandek akan memangku bayi tersebut sehingga upacara Brit Milah(khatan) selesai dilakukan oleh seorang individu yang digelar Mohel.

Akan terdapat dua buah kerusi disediakan bagi upacara ini. Kerusi pertama adalah untuk Sandek manakala kerusi kedua dikosongkan kerana orang Yahudi percaya kerusi itu akan diduduki oleh Prophet Elijah (nabi Ilias menurut kepercayaan Yahudi). Mereka percaya bahawa setiap upacara Brit Milah dilakukan, roh Prophet Elijah akan menjelma dan duduk di kerusi tersebut sebagai saksi Yahweh(Tuhan orang Yahudi).

Bayi yang akan dikhatankan itu akan diletakkan di kerusi Elijah(Elijah’s chair) sebelum upacara Brit Milah dilakukan. Mohel akan membacakan doa-doa khas untuk memohon supaya roh Elijah tampil semasa upacara Brit Milah dilakukan olehnya.

Chair of Elijah

Pembaca mungkin meminati (Gambar) Baitul Maqdis tahun 1900-an

Mohel

Individu paling penting dalam upacara Brit Milah adalah Mohel. Di Malaysia, Mohel boleh diumpamakan sebagai Tok Mudim. Semua mazhab Yahudi tidak melarang seorang wanita untuk menjadi seorang Mohel kecuali mazhab Yahudi Orthodox.

Wanita yang menjadi Mohel digelar Mohelot. Untuk menjadi seorang Mohel atau Mohelot bukannya satu yang senang. Seorang Mohel atau Mohelot wajib mempunyai kelulusan yang diikhtiraf. Mohel atau Mohelot bukan sahaja wajib mengetahui ilmu-ilmu pembedahan tetapi juga wajib mengetahui adat-adat dan kepercayaan kaum Yahudi. Oleh sebab itu, kebanyakkan seorang Mohel adalah seorang Rabbi.

Mohel daripada mazhab Yahudi Orthodox masih lagi mengamalkan penggunaan cara-cara tradisional dalam upacara Brit Milah. Umpamanya, mereka masih lagi menggunakan pisau berbanding penggunaan gunting dan penyangkut(clamp). Mereka percaya penggunaan gunting akan menyebabkan kulit akan dipotong secara berlebihan.

Mohel membaca doa sebelum upacara Brit Milah

Pembaca mungkin meminati Keanu Reeves mempunyai kehidupan yang abadi?Benarkah?

Pemberian Nama

Selepas sahaja upacara Brit Milah selesai, upacara pemberian nama akan dilakukan. Nama yang diberikan mestilah nama Yahudi bayi tersebut. Pemberian nama dilakukan bagi mengikut tradisi turun-temurun sejak Prophet Abraham ditukar namanya daripada Avram atau Abram oleh Yahweh selepas selesai upacara Brit Milah.

 

Seudat Mitzvah

Kemuncak kepada upacara Brit Milah adalah Seudat Mitzvah. Seudat Mitzvah adalah upacara kenduri sebaik sahaja upacara Brit Milah selesai. Makanan yang disediakan ketika Seudat Mitzvah mestilah kosher.

Seudat Mitzvah mesti hanya mengandungi makanan yang kosher

Pembaca mungkin meminati Konsep HALAL bagi Umat Islam dan KOSHER bagi Orang Yahudi!

Istilah Kosher boleh diumpamakan istilah Halal  bagi umat Islam. Orang Yahudi juga percaya kepada konsep ‘halal’ dalam diet pemakanan mereka. Makanan yang kosher adalah makanan daripada binatang yang disembelih dengan adat Yahudi, alkohol dibenarkan tetapi dengan seliaan penuh adat Yahudi dan mestilah tiada makanan berlaut kecuali ikan yang bersirip sahaja.

 

-Artikel ini adalah hakmilik sepenuhnya penulis. Jika ada pembaca mahu menyebar artikel ini dalam blog atau forum, penulis suka-cita membenarkannya kerana ia adalah salah satu cabang dakwah.Sebarang kekeliruan dalam artikel di atas boleh diutarakan melalui ruangan komen di bawah. Salam Ukhwah.

%d bloggers like this: