Archive | December 2012

Jambatan Kayu yang Mempersonakan..

Oleh: takusahrisau

 

Masih mampu memberi khidmat dan mempersonakan untuk dilihat, itulah jambatan kayu yang berusia hampir 1000 tahun.  Jambatan ini yang sepenuhnya diperbuat daripada kayu menunjukkan kepada masyarakat dunia hari ini bahawa dengan teknik yang betul dan material yang berkualiti, sesuatu binaan mampu bertahan lebih lama dan memberi khidmat kepada masyarakat jauh lebih lama.

Jambatan Yangmeizhou

1

2

Jambatan Luanfeng

3

Jambatan Qiancheng

4

Kod-Kod Sulit Yang Gagal Dipecahkan..

Oleh: takusahrisau

Beberapa kod sulit yang terdiri daripada beberapa abjad sehingga ada yang mempunyai beberapa muka surat telah menjadi bahan kajian ahli cipher(ahli pemecah kod rahsia) daripada seluruh dunia. Kod-kod tersebut gagal dipecahkan dan ia menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Kod cipher amat berguna semasa dua Perang Dunia pada awal abad ke-20. Kod rahsia ini menjadi tali hayat kepada dua pihak bertelagah untuk menyampaikan sesuatu maklumat tanpa dapat dikesan musuh. Samada Jepun, Jerman, Britain mahupun Amerika Syarikat, masing-masing mempunyai ahli cipher yang terlatih. Mereka ini bertanggungjawab untuk pecahkan kod yang telah dipintas dan pada masa yang sama mencipta sejenis kod yang sukar dipecahkan oleh musuh mereka.

Mesin Enigma yang dicipta Jerman untuk memecahkan kod rahsia musuh. Digunakan secara komersial semasa WW2.

Mesin Enigma yang dicipta Jerman untuk memecahkan kod rahsia musuh. Digunakan secara komersial semasa WW2.

Sehingga ke hari, kod-kod rahsia ini digunakan oleh kebanyakan agensi perisik daripada seluruh dunia. Mossad, CIA, MI6 dan sebagainya, mereka berkomunikasi dengan cara unik yang mana hanya mereka sahaja yang mengetahuinya.

Kecanggihan kod sulit pada hari ini walaubagaimanapun gagal memecahkan beberapa kod dan tulisan yang telah tersenarai sepertimana di bawah.

Phaistos Disk

Cakera Phaistos ditemui buat pertama kali pada tahun 1908 oleh seorang ahli arkeologi berbangsa Itali, Luigi Pernier di Pulau Crete, Greece. Cakera Phaistos mengandungi 241 token yang mana masing-masing mempunyai 45 simbol berbeza. Simbol-simbol tersebut adalah simbol yang lazim ditemui hari ini seperti ‘lelaki berjalan kaki’, ‘lelaki kepala botak’,’perisai’, ‘anak panah’ dan sebagainya.

Cakera ini bersaiz lebih kurang 15cm dan simbol-simbol tersebut mengelilingi cakera tersebut dalam bentuk bulatan. Simbol-simbol pada Phaistos Disk sehingga ke hari ini tidak diketahui maksud dan tujuan ia dibuat. Para saintis bertungkus-lumus memecahkan kod dengan membandingkan higrolif daripada Mesir purba dan Anatolia. Namun tetap juga gagal. Simbol yang terdapat pada Phaistos Disk begitu sukar dipecahkan sehingga beberapa saintis menganggap ia adalah hoax.

Walaubagaimanapun, ramai menafikan ia adalah hoax kerana hasil pentarikhan karbon menunjukkan ia berusia antara 1700 sehingga 1600 sebelum masihi.

 6-cakram-phaistos-

Linear A

Tamadun Minoan di Pulau Crete dipercayai terhapus sekitar tahun 2000 sehingga 1200 sebelum masihi. Tinggalan tamadun ini boleh dilihat di Pulau Crete di Greece. Antara tinggalan yang masih menjadi perdebatan selain daripada Phaistos Disk adalah inskripsi yang digelar Linear A.

Ia ditemui hampir bersama-sama Linear B. Pada 1952, Micheal Ventris berjaya menterjemahkan Linear B namun gagal berbuat demikian untuk Linear A. Linear A mengandungi inkripsi dan simbol yang unik yang mana 50 simbol adalah sama dengan yang terdapat pada Linear B. Lain-lain simbol dan tulisan pada Linear A yang berjumlah hampir ratusan itu adalah unik sehingga sukar diterjemahkan.

Saintis mendakwa Linear A adalah tulisan awal sebelum berevolusi menjadi tulisan pada Linear B.  Linear A dipengaruhi oleh Hiroglif Crete yang berusia lebih daripada 1600 sebelum masihi. Gelaran ‘linear’ diberi oleh Arthur Evan kerana bentuknya yang bergaris dan linear berbanding inskripsi lain yang berbentuk tiga dimesi(simbol makhluk).
6-linear-A-listverse_com_

Kryptos

Kryptos adalah sebuah tugu yang dibina oleh pakar ukir berbangsa Amerika Syarikat, James Sunborn. Tugu Kryptos terletak betul-betul di hadapan pejabat CIA di Langley, Virginia, Amerika Syarikat. Tugu unik ini dibina pada 3 November 1990 dan selepas daripada itu tugu ini terus menjadi perdebatan di seluruh dunia.

Tugu ini mengandungi 869 karakter yang dipercayai mempunyai maksud tersirat. Pada tahun 1999, James Gillogly, seorang jurutera komputer telah memecahkan kod tiga daripada empat rangkap pada tugu Kryptos. Jumlah kesemuanya adalah 768 karakter dan ia masih tersisa 97 karakter.

Tugu Kryptos yang didirikan di hadapan pejabat CIA adalah metafora misteri tersirat dan penuh rahsia CIA dalam menjalankan tugas untuk negaranya, Amerika Syarikat.

6-kryptos-listverse_com_
Kod Rahsia pada Chinese Gold Bar

Bar Emas yang seberat 1.8 kg mempamerkan imej-imej dan simbol yang langsung tidak difahami.  Bar emas ini kononnya dikeluarkan oleh seorang jeneral daripada Tanah Besar China iaitu Jeneral Wang pada tahun 1933 untuk didepositkan kepada bank di Amerika Syarikat.

Skrip dan kod tersebut sangat aneh dan sehingga ke hari ini tiada siapa mampu menyelesaikan masalah tersebut. Transaksi yang dikatakan berjumlah $300,000,000.00 masih lagi menjadi misteri.

6-sandi-emas-batangan-china-listverse_com_
Beale Ciphers

Beale Cipher adalah tiga mesej yang ditulis oleh seorang yang bernama Thomas Jefferson Beale. Kononnya, Beale telah menanam dua gerabak penuh harta di satu lokasi rahsia di sekitar Bedford County, Amerika Syarikat pada 1820. Sebuah mesej telah dipecahkan namun baki dua lagi belum dapat dipecahkan. Baki dua mesej dipercayai mengandungi mesej yang terperinci iaitu kandungan emas, perak dan permata yang dikebumikan beliau. Dipercayai bahawa harta karun yang ditanam oleh Beale kesemuanya berjumlah USD$ 50 juta.

Sehingga ke hari pelbagai usaha dilakukan untuk memecahkan baki dua mesej namun tetap gagal. Tidak kurang daripad mereka mengatakan bahawa ia adalah hoax dan hasil usaha Beale untuk memperdayakan orang ramai.

Voynich Manuscript

Voynish Manuscript adalah naskah paling misteri yang pernah ada di dunia. Dipercayai ditulis pada abad ke 15 atau ke-16, naskah ini mempunyai 240 halaman yang dipenuhi dengan tulisan dan lukisan pelbagai jenis tumbuhan herba. Diberi nama Voynish Manuscript kerana seorang yang bernama Wifrid Voynish membeli naskah misteri ini pada 1912.

Voynish Manuscript pernah menarik minat kriptografer daripada Britain dan Amerika Syarikat pada Perang Dunia Kedua. Terkenal dengan kehebatan memecahkan pelbagai kod rahsia Jepun dan Jerman semasa Perang Dunia Kedua, namun mereka tetap gagal memecahkan rahsia tersembunyi di dalam Voynish Manuscipt.

Hari ini, naskah ini didermakan kepada University of Yale dan diletakkan di perpustakaan tersebut dengan kod MS 408 di dalam kategori Naskah Cipher.

6-manuskrip-voynich

Dorabella Cipher

The Dorabella Cipher adalah sepucuk surat yang ditulis oleh composer yang bernama Edward Elgar kepada Miss Dora Penny pada 14 Julai 1897. Namun, surat tersebut bukan sahaja tidak difahami Penny malahan seluruh masyarakat dunia sehingga ke hari ini tertanya-tanya apakah isi kandungan surat tersebut.

Surat tersebut terdiri daripada 87 karakter dan mempunyai tiga baris. Daripada terdiri daripada 24 abjad yang masing-masing mempunyai bentuk berpilin.

Usaha untuk menterjemahkan surat ini pernah dilakukan oleh seorang ahli muzik bernama Eric Sam pada tahun 1970 dan Richard Henderson pada tahun 2011. Namun, usaha mereka tidak memuaskan dan surat ini masih lagi gagal difahami sehingga ke hari ini.

 Dorabella-cipher-image

Taman Shud

Kes Taman Shud mungkin antara kes paling misteri di dunia. Seorang lelaki tanpa kad pengenalan ditemui mati di pantai Somerton di Adelaide, Australia pada pagi 1 Disember 1948. Lelaki itu ditemui memakai baju sejuk(sweater) dan mantel miskipun pada waktu tersebut musim panas. Bersama-sama lelaki tersebut terdapat secebis kertas daripada buku tulisan Omar Khayyam iaitu Rubaiyat dan dibelakangnya tertulis seakan-akan rangkap kod sulit. Misteri lelaki yang digelar Somerton Man tersebut berterusan sehingga memaksa Scotland Yard terbang ke Australia untuk menyiasat sendiri kes tersebut.

Somerton Man

Somerton Man

Misteri Kes Taman Shud mendapat liputan meluas dan sehingga ke hari ini kes tersebut gagal diselesaikan. Kod rahsia milik Somerton Man turut sama gagal dipecahkan.

 220px-SomertonManCode

Shugborough Inscription

Shugborough Inscription adalah ukiran tulisan yang diacah pada tugu batu di bawah imej cermin lukisan Nicholas Poussin di Shepherds Arcadia berhampiran Shugborough Hall di Staffordshire, England.

Ramai pengkaji mendakwa bahawa Poussin adalah salah seorang daripada ahli organisasi rahsia, Priory of Zion. Ukiran yang mempunyai abjad O-U-O-S-V-A-V-V dikatakan memberi pembayang kepada tempat simpanan Holy Grail yang dikatakan milik Jesus Christ.

Sepertimana lain-lain cipher, kod tersebut cuba dipecah namun tetap gagal. Antara yang cuba untuk memecahkan kod tersebut adalah Morchard Bishop pada 1950, A.J. Morton pada awal abad ke-19 dan Steve Regimbal.

 uncracked-shugborough-inscription

Jenazah Ulama Syiah Rafidah, Sheikh Mirza Jawad Tabrizi Hangus..Semoga dijadikan Pengajaran!

Oleh: takusahrisau

4

Beliau adalah ulama terbilang mazhab Syiah Rafidah. Sheikh Mirza Jawad Tabrizi mempunyai ribuan pengikut dan menjadi antara ulama kegemaran ramai di Qom, Iran.  Namun, akidah beliau jauh tersasar daripada akidah ahli sunnah wa jamaah. Mulutnya lancang mengutuk para sahabat antaranya adalah Saidina Umar al-Khattab ra.

Kutukan beliau ke atas sahabat Rasulullah ini ditulis dalam kitabnya, al-Syudzudz al-Jinzi Ladaa Umar bin al-Khaththab (kelainan seks pada diri Umar bin Khattab). Pelbagai fitnah dicipta oleh beliau dan kebencian beliau meluak-luak sehingga pernah terpacul daripada lidahnya berkata,

“Kalau Allah memasukkan saya ke syurga dan di sana saya dapati Umar ibn Khattab maka nescaya saya meminta kepada Allah agar saya dikeluarkan dari syurga”

SubhanaAllah, lihatlah betapa angkuhnya dajal kecil ini. Allah swt membayar segala-gala di dunia. Pada hari kematiannya, Allah swt menampakkan kekuasaan-Nya dengan menghitamkan wajah putih beliau. Tubuhnya yang kurus melidi seakan-akan hitam dibakar. Foto di bawah menceritakan segala-galanya. Allah swt menghinakan ulama ini supaya menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja tidak kira bermazhab Syiah mahupun Sunni agar sentiasa menghormati para sahabat dan bersangka baik kepada mereka.

a

Imej di atas dirakam semasa Sheikh Mirza Jawad Tabrizi dibaringkan di tanah perkuburan di satu kawasan di Iran. Perhatikan bagaimana pengikut mereka menulis pelbagai tulisan pada kafan imam syiah ini. Jelas juga memaparkan wajah imam ini menghitam seakan-akan terbakar sedangkan beliau memiliki wajah putih semasa hayatnya. Semoga kita dijauhkan daripada seksaan seumpama ini.

Ketika terlantar sakit

c

Ketika mengajar

d

Diarak ke tempat pengebumian

g h

(Video) Adakah ini Malaikat Yang Mendengar Majlis Ilmu?

Oleh: takusahrisau

Adakah ia sahih atau tidak, tidak dapat dipastikan. Namun, imej dan video ini dirakam di Masjib Nabawi di Madinah. Rakaman ini jelas menunjukkan sekujur tubuh memancarkan cahaya putih yang khusyuk mendengar khutbah atau syarahan seorang ulama.

Banyak hadis yang meriwayatkan para malaikat sangat mengemari majlis-majlis ilmu dan akan menaungi sayapnya kepada orang yang sedang menuntut ilmu. Ketika di zaman Rasulullah saw, malaikat  iaitu Jibril as beberapa kali mengunjungi baginda dalam rupa seorang sahabat nabi yang tampan.

 

Untitled

 

Burung Yang Sentiasa Hinggap di Darah as-Syahid Ahmad Abu Kamil..

Oleh: takusahrisau

Kisah-kisah pelik dan ajaib memang banyak ditemui di bumi yang diberkati Allah swt. Palestin terutamanya di wilayah Gaza tidak terkecuali. Dipetik daripada laman sosial milik Aman Palestin Mesir, mereka mendakwa burung peliharaan as-Syahid Ahmad Abu Kamil masih lagi setia hinggap di sisi darah bekas tuannya itu. Gambaran seperti ini menunjukkan bahawa terdapat karamah dan keajaiban yang dikurniakan Allah swt kepada hamba-Nya yang berjuang ikhlas fi sabililah.

Satu pertanda lain adalah mereka berjuang di jalan yang benar. AllahuAkbar!

537470_207789039356785_1747331315_n

Lihat petikan di bawah. Daripada Aman Palestin Mesir

Ini pula kisah tentang perkara ajaib yang berlaku di Gaza..

Seekor burung kakak tua kepunyaan As- Syahid Ahmad Abu Kamil ketika dia masih hidup, beliau telah syahid setelah serangan 8 hari Israel terhadap Gaza..

Setelah kesyahidan beliau,burung itu hinggap dengan setia diatas darah bekas As- Syahid Ahmad Abu Kamil. Difahamkan,burung ini telah di alihkan dan di buang ketempat yang lain beberapa kali,akan tetapi dia tetap pulang semula ke kawasan tersebut dan hinggap di atas bekas darah As -Syahid Ahmad Abu Kamil..

Misteri Timbunan Rangka Manusia di Tasik Roopkund di Banjaran Himalaya..

Oleh: takusahrisau

Tasik Roopkund di Chamoli District, Uttarakhand, India adalah tasik glasier yang terkenal dengan timbunan lima ratus rangka manusia di sekelilingnya. Tasik ini sering dilaputi salji dan glasier namun apabila tiba musim panas, salji dan glasier yang mencair menampakkan timbunan tengkorak di gigi tasik dan sekelilingnya.

Lokasi di mana tasik ini berada langsung tidak berpenghuni kerana pelbagai faktor terutama ketinggian altitudnya yang mencecah 5,029 meter atau 16,499 kaki. Di kaki gunungnya, terdapat beberapa kampung kecil.

527684_275598885850397_1401361694_n

Keberadaan rangka dan tulang manusia yang sebegitu banyak membingungkan ramai saintis. Pertama kali ia ditemui adalah pada tahun 1942 oleh tentera British. Mereka terkejut dengan keadaan yang menyeramkan dan serta-merta menyangka ia adalah tulang dan rangka tentera Jepun. Telahan itu ternyata tidak tepat kerana selepas siasatan dan kajian, tulang tersebut bukan milik tentera Jepun kerana kesemua tulang telah dimakan usia.

Kebanyakan kulit, tulang dan tengkorak tidak mereput kerana faktor cuaca namun berdekad lamanya, saintis masih gagal memecahkan tembok persoalan. Pelbagai teori dikemukakan antaranya adalah kematian mereka disebabkan upacara bunuh diri. Terdapat juga teori yang menghujah bahawa kematian mereka disebabkan pembersihan etnik. Walaubagaimanapun, teori paling masuk akal adalah akibat tertimbus oleh tanah runtuh.

Akhirnya terungkai

Ekspedisi para saintis pada tahun 2004 telah berjaya merungkai misteri kematian mereka di tasik Roopkund. Saintis menganalisi hampir kesemua mayat dan rangka yang terdapat di situ.

Hasilnya, mereka berjaya mencipta kesimpulan yang agak sukar diterima akal. Para saintis tersebut mendakwa bahawa mereka yang maut di tasik Roopkund terbahagi kepada dua puak yang berbeza melalui ciri-ciri fizikal dan DNA mereka.

Puak pertama adalah mereka yang berfizikal seakan-akan sama iaitu kemungkinan mereka sanak-saudara atau daripada puak yang sama.

Manakala puak yang satu lagi terdiri daripada mereka yang berbadan kecil seperti masyarakat tempatan. Kemungkinan mereka diambil bekerja untuk mengangkut barang dan penunjuk jalan kepada puak yang satu lagi.

543270_275596352517317_180304489_n

Walaubagaimanapun, mereka maut dengan cara yang sama selepas hasil analisa menunjukkan tengkorak dan bahu mereka retak teruk. Keretakan tengkorak mereka bukan disebabkan hentam benda tajam namun akibat hentam sesuatu yang berbentuk bulat.

Selepas membuat kajian yang cukup teliti, saintis menyatakan kematian mereka disebabkan oleh hentaman salji yang masing-masing berukuran sebiji bola besbol. Salji tersebut memiliki kekerasan yang cukup untuk memecahkan cermin kereta. Mereka terperangkap di lembah sunyi tersebut dan tidak mempunyai pokok mahupun bangunan untuk berlindung.

Pentarikhan karbon turut dibuat. Apa yang mengejutkan adalah usia mereka adalah dalam lingkungan 850 selepas masihi. Ini bermakna mereka bersemadi tanpa diketahui oleh mana-mana manusia mahupun haiwan selama lebih 10 abad.!

800px-Roopkund roopkund4 Weird-History-of-Roopkund-Lake-Uttarakhand SK 538354_275596289183990_1384604523_n

Albert Einstein Mencari Dana Sehingga ke Singapura..

Oleh: takusahrisau

 

Nama Albert Einstein tak usah diperkenalkan lagi. Beliau adalah saintis, pakar fizik dan matematik terkemuka yang mana telah bertanggungjawab mengemukakan teori relativiti. Albert Einstein seperti yang diketahui ramai berdarah Yahudi Jerman. Beliau berasal daripada keluarga kaya yang menitik beratkan ilmu pengetahuan.

einst_7

Beliau mula berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1933 apabila masyarakat Jerman mula berpegang kepada prinsip kebangsaan di bawah pengaruh Hitler. Mereka menyisih dan mendekriminasikan masyarakat minoriti Yahudi dan menolak hak kerakyatan mereka. Ketika itu, Einstein masih memegang jawatan profesor di Berlin Academy of Science. Einstein memperoleh kerakyatan Amerika Syarikat pada tahun 1940.

Apabila berhijrah ke Amerika Syarikat, beliau menyaksikan masyarakat Yahudi di sana hidup tanpa sebarang tekanan bahkan mendominasi ekonomi negara yang digelar Uncle Sam. Beliau berasa begitu selesa berada di Amerika Syarikat dan merasakan Amerika Syarikat memberi banyak peluang kepada masyarakat yahudi.

Einstein terlibat secara tidak langsung dalam Projek Manhattan dan beliau sendiri adalah individu yang mengusulkan pembinaan projek tersebut. Projek Manhattan adalah projek sulit kerajaan Amerika Syarikat semasa kemuncak Perang Dunia Kedua bagi mencipta bom berkuasa nuklear. Daripada projek inilah terhasil bom nuklear yang memusnahkan Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945.

Einstein daripada sisi Zionist

Walaubagaimanapun, itu hanya memaparkan sebahagian kerjaya Einstein. Tahukah pembaca bahawa Albert Einstein adalah antara tokoh Yahudi Zionist yang aktif mencari dana di seluruh dunia untuk membina sebuah negara bangsa di Palestin.

Einstein menceburi pertubuhan Zionist pada tahun 1919. Matlamat Einstein menyertai pertubuhan ini adalah kerana ia selari dengan kehendaknya yang mahukan sebuah negara bagi bangsanya.

Einstein dan pemimpin Zionist semasa sidang kemuncak Zionist pada tahun 1921

Einstein dan pemimpin Zionist semasa sidang kemuncak Zionist pada tahun 1921

Impian Einstein untuk menubuhkan sebuah negara Israel kekal di tempat teratas. Miskipun demikian, impian paling utama adalah untuk membina sebuah universiti di negara yang bakal didirikan itu. Matlamatnya adalah untuk menyaksikan bangsa Yahudi muncul sebagai bangsa paling dominan dalam bidang intelektual.

Einstein mencari dana ke Singapura

Kesanggupan beliau untuk ‘turun padang’ mencari dana sememangnya diketahui ramai. Menggunakan namanya yang terkenal ketika itu, beliau berlayar jauh ke Asia Tenggara di Singapura bagi menemui seorang pelabur Yahudi di sana.

Einstein dan isterinya Elsa menaiki sebuah kapal stim, Kitano Maru dan sampai di Singapura pada 2 November 1922. Ketika itu, Einstein menginjak umur 43 tahun. Kedatangan Einstein ke Singapura mendapat liputan meluas daripada akhbar. Antaranya adalah The Straits Times yang memaparkan tajuk ‘great scientist and his wife were welcomed by leading members of the local Jewish community.’

einstein_in_singapore

Laporan akhbar berkenaan turut menyatakan Einstein dan isterinya, Elsa menemui hampir kesemua masyarakat Yahudi di Singapura di dalam kapal stim.

Einstein yang kurang mahir berbahasa Inggeris ketika itu menggunakan khidmat sahabatnya, Alfred Montor sebagai jurubahasa. Montor adalah peniaga batu permata dan mahir berbahasa Inggeris dan Jerman.

Berjumpa dengan pelabur kaya

Niat Einstein yang sebenar-benarnya di Singapura adalah untuk meraih dana daripada pelabur dan peniaga kaya berbangsa Yahudi miskipun ada dakwaan menyatakan beliau ke sana untuk menyebarkan teori relativiti dan fizik kuantum.

Einstein sedar bahawa kekurangan dana menyebabkan apa yang dicita-citakan olehnya untuk membina University of Hebrew di Palestin terbantut.

Einstein bernasib baik kerana berjumpa dengan Sir Manasseh Meyer, seorang peniaga kaya berbangsa Yahudi-Iraq. Ketika itu, Meyer sudah berumur 76 tahun. Einstein yang berseloroh menggambarkan Meyer seperti sahabat dan mentornya, Henri A. Lorentz yang juga seorang ahli fizik terkenal.

Manasseh Meyer adalah seorang yang cukup dermawan. Meyer sepertimana Einstein turut berminat membina pusat pendidikan di negara yang bakal dibina kelak, Israel. Meyer pernah terlibat dalam pemberian dana untuk membina Universiti Malaya di Singapura.

Pertemuan empat mata antara Einstein dan Meyer sempat dirakam oleh jurugambar ketika itu. Dianggarkan populasi masyarakat Yahudi di Singapura mencapai 623 orang dan Meyer adalah antara paling kaya ketika itu.

Meyer walaubagaimanapun dilaporkan memberi dana seminggu selepas kepulangan beliau daripada Jepun dengan jumlah melebihi $5000. Turut memberi sumbangan adalah masyarakat Yahudi lain yang jumlah terkumpul kesemuanya adalah melebihi $2000.

Jumlah tersebut adalah sangat besar ketika itu dan pada tahun 1925, University of Hebrew ditubuh. Pembinaan University of Hebrew memberi laluan yang luas kepada penubuhan negara Israel pada 1948 selepas Perjanjian Balfour.

Jenazah Mujahiddin Yang Tidak Dimamah Tanah..

Oleh: takusahrisau

Gambar di bawah adalah jenazah seorang mujahiddin yang syahid semasa menegak panji Islam. Mujahiddin yang dikenali Khalil al-Sharif Khalil Rahman telah meninggal dunia 16 tahun yang lalu namun kuasa Allah swt yang tidak terjangkau dek logik akal mengekalkan struktur asal tubuh beliau sepertimana jenazah baru sejam meninggal dunia. Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa.

Menurut facebook Aman Palestin, kubur Khalil al-Sharif dibuka kerana ingin memberi laluan kepada jenazah yang baru untuk ditanam. Sudah menjadi kebiasaan di negara di sebelah Timur Tengah dan Arab mengebumikan jenazah di liang lahad yang telah lama digunakan.

Namun, mereka menemukan jenazah yang langsung tidak dimamah tanah dan masih sempurna.

Itulah anugerah yang Allah swt berikan kepada mereka yang bersusah-payah dan menyerahkan jiwa dan raga untuk mempertahankan Islam bagi mencari keredhaan Allah swt.

1
Sumber: Facebook Aman Palestin