Archive | October 2010

Makluman: Pertukaran Tapak Binaan!

Oleh: takusahrisau

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog penulis.

Untuk makluman semua, bermula pada hari ini penulis akan melakukan setiap update dan entry di dalam laman blog penulis yang beralamat baru iaitu www.takusahrisau.com. Banyak siri-siri dan entry-entry yang penulis ingin nukilkan terbantut buat seketika kerana terpaksa melakukan pelbagai pengubahsuaian dan pengindahan landskap di dalam dan sekitar rumah baru penulis itu.

Berginilah blog baru penulis dengan hosting yang baru..marilah berkunjung ya..

Semoga kepada pengikut setia blog penulis selama ini, anda boleh terus mengikuti setiap entry di dalam rumah baru penulis nanti. See you ya.. 🙂

 

Does God Exist?

Oleh: takusahrisau

 

Kekadang, dengan satu ayat sahaja boleh menyebabkan kita tersentak kagum?betul bukan?

Itulah yang terjadi kepada guru Albert Einstein yang mempersoalkan kewujudan tuhan sebagai pencipta alam semesta.

Iklan yang penulis lampirkan di bawah adalah berdasarkan kejadian sebenar yang berlaku kepada Einstein ketika belajar di bangku sekolah di satu kawasan di Jerman.

Ketika itu, guru Einstein mempersoalkan Tuhan sebagai pencipta dan kanak-kanak sebaya Einstein langsung tidak berani bangun membalas kenyataan guru Einstein itu. Tiba-tiba bangkitlah Einstein membalas kembali  kenyataan gurunya. Semoga kita sama-sama dapat ambil iktibar daripada iklan ini.

~ Einstein adalah antara tokoh ilmuan yang gemar membidas saintis-saintis yang berfahaman Atheist. Dalam kajian Einstein, beliau telah membuat satu landasan bahawa ilmu sains akan mencapai titik penghujungnya kerana terdapat sesuatu kejadian yang tidak boleh dirungkai dengan ilmu manusia. Sebagai manusia, penulis bergitu kagum dengan Eistein.

Video Set Penggambaran The Hobbit sedang rancak dibina-mula penggambaran pada Feb 2011!

Oleh: takusahrisau

 

Bagi peminat Trilogi Lord of The Ring(LOTR) pasti tertunggu-tunggu bilakah filem The Hobbit akan ditayangkan. Sejak selesainya filem LOTR siri ketiga, gembar-gembur filem The Hobbit makin kencang diperdebatkan terutamanya di kalangan peminat-peminat filem bercorak epik.

Sebenarnya,filem The Hobbit dirancang untuk difilemkan seawal tahun 1995 iaitu lama sebelum filem LOTR difilemkan. Umum mengetahui The Hobbit adalah novel terlaris karya novelis terkenal iaitu mendiang J.R. Tolkien, dengan itu apabila novel ini ingin diadaptasikan, ia menjadi satu fenomena bagi jutaan peminat-peminatnya.

 

Akhirnya menjadi kenyataan

Setelah pelbagai  halangan dan rintangan sepanjang perancangan filem  ini, dilaporkan bahawa penggambaran The Hobbit akan memulakan penggambaran pada bulan Februari 2011.  Yang menariknya adalah penggambaran akan dilakukan dengan teknik 3D. Sebelum ini, wartawan Hollywood juga melaporkan bahawa Peter Jackson telah menyenarai pendek LIMA lokasi penggambaran alternative yang kebanyakkannya di Eropah Timur jika terdapat kerenah birokrasi di New Zealand di mana pernah beliau lakukan penggambaran untuk filem LOTR dahulu. Walaubagaimanapun, halangan utama ini akhirnya dapat diselesaikan selepas kerajaan New Zealand campur tangan.

Antara aktor-aktor yang dilaporkan bakal berlakon dalam filem ini adalah:

* Khabar angin mengatakan mereka akan melakonkan watak tersebut.

 

Di bawah adalah bukti bahawa filem The Hobbit akan memulakan penggambaran tidak lama lagi. Footage ini diambil oleh seorang wartawan daripada udara yang menunjukkan set penggambaran The Hobbit sedang rancak dibina di kawasan yang dikenali Matamata.

 

LimeWire diarah ditutup oleh Mahkamah Amerika Syarikat!

Oleh: takusahrisau

Laman web pengkongsian fail(file-sharing website) terkenal, LimeWire telah diarahkan untuk ditutup oleh Mahkamah Amerika Syarikat setelah berjuang mempertahankannya selama 4 tahun.

Ia adalah kemenangan terbesar bagi industri rakaman setelah New York District Judge Kimba Wood memfailkan Injuksi Kekal yang mana ia membolehkan LimeWire terpaksa gulung tikar. Injuksi Kekal(permanent Injuction) yang dikemukakan adalah untuk menghalang LimeWire daripada terus menerus berkongsi fail iaitu software, lagu, videoklip dan sebagainya di laman sesawangnya.

LimeWire mempunyai jumlah pengguna kira-kira $50 billion setiap bulan telah dikecam hebat oleh The Recording Industry Association of America(RIAA) kerana bertanggungjawab dalam kerugiaan sebanyak $500million dalam masa sebulan.
Dalam satu tinjauan agensi kajian NPD, 58.8% pengguna seluruh dunia direkodkan memuatturun lagu dan fail dengan perkhidmatan peer to peer pada 2009.

Notis dikeluarkan di hadapan laman web LimeWire.

Tindakan mahkamah RIAA terhadap LimeWire telah disokong padu oleh Syarikat Rakaman seperti Arista, Warner, Sony, Motown, Interscope, Electra, Capitol dan Atlantic.

LimeWire yang diterajui oleh Mike Gorton akan terus bernafas namun tidak lagi memberi perkhidmatan pengkongsiaan fail sepertimana sebelum ini. LimeWire juga berkemungkinan berharap dapat berkerjasama dengan syarikat-syarikat rakaman bagi meneruskan perkongsian fail secara sah dan mematuhi undang-undang hakcipta.

Selepas kejayaan menyaman LimeWire, RIAA dan sekutunya akan terus berjuang dalam menyaman beberapa laman perkongsian terkenal seperti FrostWire dan MP3Rocket. BitTorrent juga dikatakan antara next target RIAA dan mungkin memakan masa bertahun-tahun.

Walaubagaimanapun, BitTorrent yang dikatakan paling popular dalam pengkongsiaan fail sukar dikenakan tindakan undang-undang kerana ia menggunakan jaringan Gnutella (Gnutella Network).

Dalam pada yang sama, Swedish Appeal Court di Stockholm sedang menungu masa iaitu pada 26 November samaada laman sesawang PirateBay bersalah atau tidak dalam perlanggaran hakcipta.

Iktibar daripada peringatan Allah swt-Tsunami Mentawai dan Gunung Merapi

Oleh: takusahrisau

 

Indonesia sememang sebuah negara yang tidak sunyi daripada bencana. Saban tahun kita sering diserikan dengan berita-berita sedih dan menyayat hati daripada jiran serumpum kita ini. Miskipun penulis(kemungkinan pembaca juga) masih lagi terguris dengan tindakan segelintir rakyat Indonesia yang memperlekeh dan mempersenda negara kita, namun rasa simpati masih lagi menebal dalam diri penulis terutama apabila memikirkan rakyat Indonesia yang beragama Islam.

Mungkin betul apabila datangnya sesuatu bencana adalah kerana kemurkaan Allah swt. Penulis tidak nafikan hal tersebut. Penulis malah bersetuju dengan pendapat itu.

Jika memikirkan negara Indonesia, penulis tidak nafikan bahawa Allah swt menurunkan azabnya dek kerana kelekaan mereka dalam mengabadikan diri kepada Allah swt. Mengikut telahan penulis, rakyat Indonesia kelihatan bergitu open minded dalam segenap segi terutama dalam beragama. Penulis terkejut apabila diberitakan masyarakat Indonesia boleh menguburkan jenazah muslim di perkuburan Kristian dan bergitu juga sebaliknya. Bahkan mereka juga sebenarnya dibolehkan berkahwin campur tanpa perlu menukar agama asalnya. Mazhab apa yang mereka guna agaknya ya?

Oklah, penulis tak mahu membuang masa lagi, di bawah penulis sediakan beberapa gambar Tsunami Mentawai dan letusan Gunung Merapi. Semoga kita mengambil iktibar..

Tsunami Mentawai

 

 

Letusan Gunung Merapi

Ambillah iktibar dan pedoman daripada firman Allah swt ini:

Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.

Surah Al’-Ankabuut ayat 40 

Misteri Perempuan bercakap Telefon Bimbit dalam Filem Charlie Chaplin, The Circus(1928)

Oleh: takusahrisau

 

Kenal dengan Charlie Chaplin? Penulis pasti ramai yang kenal dengan pelakon era 1920-an ini. Pelakon yang popular dengan imej misai kontot ini telah menjadi idola ramai pelakon terkenal Hollywood seperti Steve McQueen, John Travolta dan ramai lagi. Malah, untuk pengetahuan pembaca, diktator Jerman era Nazi iaitu Adolf Hitler juga salah seorang individu yang mengagumi Charlie Chapman. Bahkan ada sumber mengatakan bahawa Hitler mengambil imej misai kontot daripada imej Charlie Chaplin.

Pelakon era filem bisu ini dilahirkan pada 16hb April 1889 di East Street, Walworth, England. Chaplin mula membuat debut dalam bidang perfileman apabila muncul dalam filem bisu hitam putih pada tahun 1914 iaitu Kid Auto Races at Venice setelah berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1910. Sejak daripada itu, Chaplin mula mencipta nama dalam bidang perfileman Hollywood. Filem-filem lakonannya sentiasa mendapat sambutan kerana sering diserikan dengan lakonan komedi splastik, gerak badan yang sinis, dan kekadang mengandungi mesej-mesej kritikan kepada parti dan individu tertentu. Maka, tidak melampau jika menobatkan Chaplin sebagai trendsetter industri perfileman Hollywood ketika itu.

Sebenarnya, kali ini penulis sebenarnya bukan mahu bercerita mengenai autobiografi Charlie Chaplin. Penulis sebenar-benarnya ingin berkongsi mengenai satu footage daripada filem lakonan dan arahan Chaplin iaitu The Circus yang diterbitkan pada 1928.

Poster filem The Circus lakonan Charlie Chaplin

 

Footage daripada filem yang pernah menobatkan Charplin sebagai Pelakon Terbaik dalam Anugerah Akademi Pertama pada 1929 memaparkan seorang perempuan yang agak berumur seolah-olah memegang sesuatu ke telinga kirinya. Footage itu bergitu mengejutkan kerana ia seolah-olah perempuan itu sedang bercakap telefon bimbit dengan seseorang. Untuk pengetahuan pembaca, telefon bimbit pertama kali dikeluarkan adalah telefon bimbit keluaran syarikat Motorola pada awal tahun 1940-an, itupun dengan saiz sebesar lengan lelaki dewasa.!

Footage yang mula dikeluarkan di laman pengkongsiaan Video, Youtube oleh seorang lelaki bernama Clark. Beliau sendiri bergitu teruja dengan apa yang beliau lihat daripada footage tersebut.

Perhatikan elok-elok apa yang dibuat dengan tangan kirinya di telinga

 

Perhatikan dan fikirkan apa yang dibuat oleh perempuan berbaju hitam ini.

Misteri perempuan ini mirip misteri yang menyelubungi Babuska Lady ketika J.F Kennedy ditembak.

 

Berikut adalah sebahagian daripada komentar daripada Clark yang sempat penulis dengar;

“I have studied this film over a year now-showing it to over 100 people and at a film festival, yet no one can give any explanation as to what she is doing.”

Sambung Clark lagi;

“My only teory-as well as any others is simple, a time traveler on a mobile phone.

Di sebalik pembikinan filem ini, Chaplin mengalami beberapa rintangan sehinggakan beliau pada satu tahap ingin memberhentikan penggambaran filem ini. Sebahagian daripadanya bagaikan sesuatu yang misteri. Antara halangan dan rintangan yang beliau alami adalah:

1.         Kebakaran secara misteri di set penggambaran. Beliau rugi berpuluh dollar akibat kebakaran tersebut.

2.         Kematian Ibu Chaplin sendiri hampir meruntuhkan semangat juangnya dalam bidang perfileman.

3.         Penceraian dengan isterinya,Lita Grey membuatkan Chaplin semakin hilang kawalan dan tertekan.

4.         Kemuncaknya adalah apabila Internal Revenue Service(IRS) telah menuntut Chaplin supaya membiayai cukai pendapatannya dan akhirnya menyebabkan filem The Circus terpaksa dihentikan penggambaran selama 4 bulan.

Footage daripada filem The Circus ini mengundang pelbagai kontroversi. Umum mengetahui bahawa Chaplin adalah penyokong sayap kiri dalam arena politik. Malah, Chaplin pernah diperhatikan gerak-gerinya oleh FBI kerana dikatakan menyokong ramai aktivis politik sayap kiri terutama yang beraliran Sosialis. Pernah satu ketika Chaplin disyaki menyokong agen-agen Komunis di Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh Chaplin sendiri. Chaplin yang dikatakan terguris kerana diperlakukan bagaikan musuh negara oleh kerajaan Amerika telah berpindah dan menetap di negara berkecuali iaitu Switzeland. Beliau menghabiskan sisa-sisa hayatnya di rumah agamnya di Switzeland sehingga menghembus nafas terakhir pada 25hb Disember 1977.

Mungkin bahawa footage dalam filem ini merupakan salah satu propaganda Chaplin yang dikatakan berhaluan kiri itu. Ramai pengkaji mengetahui dan sedar bahawa teknologi kebiasaannya digunakan terlebih dahulu oleh unit ketenteraan sebelum tersebar kepada masyarakat. Mungkinkah Chaplin telah disogok untuk menggunakan pengaruh namanya dalam layar perak untuk ‘memberitahu’  bahawa telefon bimbit telah pun digunakan pada waktu itu oleh agen-agen tentera.

Walaubagaimanapun, ia hanyalah sekadar satu teori sahaja. Footage misteri ini tidak diketahui bahawa ia dilakonkan atau diambil secara rambang untuk tujuan penggambaran. Ia masih dalam kajian.

Kepada semua pembaca, penulis sediakan footage daripada satu adegan dalam filem The Circus tersebut. Jom sama-sama kita komen!

Rooney dilaporkan bergaduh di Dubai..+ Gambar Rooney bercuti di Dubai

Oleh: takusahrisau

Pemain antarabangsa England dan kelab Manchester United, Wayne Rooney dan isterinya, Coleen dilaporkan bergaduh ketika sedang menikmati percutian singkat di Dubai. Mereka dilaporkan bergaduh ketika sedang menikmati makan malam di Restoran Sea Fire berdekatan dengan Atlantis Resort.

Dubai menjadi destinasi percutiaan utama bagi selebriti-selebriti terkenal dunia.

Saksi itu berkata, “Saya tidak mengetahui apa yang berlaku tetapi gelas kelihatan berlaga ketika perbalahan itu berlaku”.

Saksi lain juga turut memberi komen yang lebih kurang sama. Saksi itu melaporkan bahawa pasangan itu kelihatan cukup tegang tanpa senyuman dan belaian mesra.

“I saw them in the lobby..their relationship looked very strained. She was sat down while he stood a little  apart from her. Neither said a word to each other and there were no smiles or physical contact.

Perbalahan mereka kemungkinan berpunca daripada perbuatan curang Rooney yang meniduri dua pelacur di Hotel Machester ketika Coleen mengandung anak sulung mereka.

Perbuatan curang Rooney bukan kali pertama dilakukannya. Suatu ketika dahulu, Rooney telah dilaporkan menempah seorang pelacur yang beza umurnya melebihi lima tahun daripadanya ketika Rooney dan Coleen masih lagi belum berkahwin. Perbuatan Rooney telah diketahui media selepas pelacur terbabit mendedahkan skandal tersebut. Selepas pendedahan itu, karier bolasepak dan hubungannya dengan Coleen hampir musnah.

Sebenarnya, kes curang dan kaki perempuan dalam sukan bolasepak bukan sesuatu yang baru. Suatu ketika dahulu, kita sering diserikan dengan skandal pemain lagenda United, mendiang George Best. Pemain kacak ini sering kali dilaporkan mabuk dan menukar pasangan perempuannya.

Bergitu juga dengan bekas pemain terbaik dunia iaitu Ronaldo. Ronaldo yang juga bekas kesebelasan utama Brazil ketika menjadi naib juara ketika edisi Piala Dunia 1998 telah kerap kali dilaporkan media melanggan pelacur dan mabuk-mabuk di kelab malam.

Bergitulah apabila manusia telah dibuai dengan wang ringgit. Mereka mulai leka dan hanyut dilambung dengan duit. Memang betul bahawa duit amat bernilai namun ia bukan segala-galanya.

 

Extra: Rooney semasa bercuti di Dubai

dilaporkan Rooney telah menghabiskan wangnya sebanyak $1,190 dalam masa hanya satu jam. Rooney telah menempah arak jenis Champagne dengan harga £36 satu gelas, koktel Mojito dengan £17 satu gelas, dan ayam nugget dan chip dengan harga £25 untuk sekali hidangan.

Rooney kelihatan semakin bertenaga untuk berbelanja berikutan kenaikan gaji sehingga £2,8571 seminggu. Ini membolehkan Rooney muncul sebagai pemain paling mahal gajinya di England.

 

~Imej yang ditonjolkan oleh Dubai sebagai pusat perlancongan yang menyediakan arak yang pelbagai jenis merupakan satu langkah yang amat teruk dan terkutuk. Bayangkan jika Rasulullah saw masih hidup, bagaimanakah agaknya perasaan baginda..

Entahlah..penulis malas nak komen lebih-lebih sangat sebab tanah air penulis sendiri pun lebih kurang sama je dengan Dubai sana tu..orang tua-tua cakap 2 kali 5 je..

Paul the Octopus mati di usia 2 tahun..

Oleh: takusahrisau

 

Siapa yang tidak kenal dengan Paul the Octopus. Paul mula popular semasa kehangatan Piala Dunia Fifa di Afrika Selatan apabila meramal dengan tepat beberapa perlawanan besar seperti perlawanan antara Jerman dan Argentina yang mana Paul meramalkan Jerman memenangi perlawanan itu.

 

Pada mulanya, ia kelihatan agak mustahil kerana Argentina bukan calang-calang lawan. Argentina yang diketuai oleh penyerang terbaik dunia iaitu Lionel Messi telah dimalukan Jerman dengan barisan muda mereka sebanyak 4 gol tanpa balas. Ternyata ramalan Paul sangat tepat dan mula menjadi bahan liputan oleh media massa dan elektronik.

 

Paul yang dilahir di England pada 2008 di Weymouth,England hanya meramalkan dengan silap sebanyak dua perlawanan masing-masing melibatkan Jerman pada Euro  2008.

 

Namun, berita terbaru yang penulis dapat adalah Paul telah pun meninggalkan kita pada usia 2 tahun. Miskipun Paul adalah sekadar haiwan namun ia cukup dekat dengan kita terutama peminat bola sepak. Penulis yang juga salah seorang pencinta haiwan amat sedih dan terkejut apabila mendengar berita kematian Paul.

 

Kesedihan penulis mungkin turut dikongsi oleh jutaan penduduk dunia barangkali. Apakah tidak, Paul the Octopus dilaporkan bakal disemadikan di tapak persemadian peribadi sebagai perhormatan kepadanya kerana pernah menjadi ‘penghibur’ kepada kita semua.

 

 

~ Ramalan terakhir Paul the Octopus adalah England bakal menjadi hos Piala Dunia 2018. Mungkinkah ia tepat?kita tunggu dan lihat..

 

 

~ Artikel ini dirujuk sepenuh di http://www.soccernet.com

Siri 1: Khidir-Siapakah Baginda?

Oleh: takusahrisau

 

Mukadimmah

Di dalam kitab suci al-Quran terdapat sejumlah watak yang sangat misteri. Allah swt hanya mencerita kisah-kisah mereka sahaja namun tidak pula Allah swt memperincikan dengan jelas tentang fizikal dan umur mereka dalam firman-Nya.

Sebenarnya ini adalah kelebihan al-Quran sebagai mukjizat terbesar umat Islam berbanding kitab-kitab lain yang diturunkan sebelumnya kepada Rasul yang terdahulu daripada junjungan besar Muhammad saw.

Tujuan al-Quran diturunkan kepada umat Islam adalah sebagai pembimbing kita untuk terus berada di jalan yang lurus dan dengan yang demikian, al-Quran hanya mengambil iktibar daripada kisah-kisah insan yang Allah swt sebutkan dalam al-Quran tanpa perlu Allah swt perincikan siapakah mereka itu. Adalah tidak penting untuk Allah memberitahu hamba-Nya dengan lebih terperinci kerana isi pentingnya yang perlu hamba-Nya teladani adalah kisah-kisah mereka.

Namun, manusia tetap manusia. Watak-watak misteri dalam al-Quran sebenarnya terus menjadi persoalan kepada umat Islam sejak daripada zaman Rasullulah saw lagi. Kisah-kisah mereka terus kita teladani dan ambil pedoman namun watak seperti Zulkarnain, Lukman al-Hakim, Khidir as, tiga orang Rasul dalam surah Yassin, tujuh sahabat gua(Ashabul Kahfi) dan sebagainya terus menjadi bahan kajian sejak zaman berzaman.

Tidak salah untuk umat Islam dan para cendiakiawan Islam untuk terus mengkaji kerana ia adalah kebaikan untuk umat Islam sejagat selagi ia tidak melanggar batas-batas syariat Islam.

Dengan itu, bermula hari ini, pembaca boleh ikuti Siri Insan Misteri Dalam al-Quran yang penulis akan sediakan mengikut episod-episod.

Untuk siri 1, penulis akan membicarakan mengenai Nabi Khidir as yang kisahnya termaktub di dalam surah al-Kahfi ayat 60-82. Namun, kisah mengenai Khidir ini penulis lebih fokuskan mengenai siapakah sebenarnya Khidir berdasarkan hadis-hadis daripada Shahih Bukhari dan juga penyelidikan daripada beberapa manuskrip dan artikel mengenai insan yang menyamai peribadi Khidir as. Semoga ia memberi manfaat kepada pembaca semua. InsyaAllah.

 

 

 

 SIRI 1: Nabi Khidir as

 

Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).” 

Kisah mengenai insan yang dikenali sebagai Khidir telah diceritakan oleh Allah swt dalam surah al-Kahfi daripada ayat 60 sehingga ayat 82. Walaubagaimanapun, Allah swt tidak pula memberitahu bahawa insan tersebut adalah Khidir. Allah swt hanya menyebut sebagai ‘seorang hamba di antara hamba-hamba kami’ untuk merujuk kepada insan yang dikenali sebagai Khidir ini.

Dalam ayat 60 sehingga 82, Allah swt menceritakan bagaimana Nabi Musa as pergi mencari ilmu dengan seorang yang sangat alim dan tinggi ilmunya. Ilmu yang tinggi itu dianugerahkan oleh Allah swt kerana ketakwaan dan kezuhudan beliau. Insan yang dikenali sebagai Khidir itu telah memberi kita seribu satu pengajaran terutama dalam pencarian ilmu terutama ilmu akhirat.

 

Dakwaan Musa yang bukan Musa as, Rasul Bani Israil

Dalam penyelidikan semasa penulis menulis artikel ini. Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Musa yang diceritakan oleh Allah swt adalah Musa yang berlainan daripada Nabi Musa daripada Bani Israil. Musa yang dimaksudkan adalah Musa bin Misha’ atau Manasseh. Musa bin Misha’ merupakan keturunan daripada Nabi Yusuf as. Namun, ia adalah kesalahan yang amat nyata sekali. Imam Bukhari meriwayatkan dari Sa’id bin Jubair, Sa’id bin Jubair berkata,

Aku berkata kepada Ibnu Abbas ra, Nauf al-Bikali merasakan bahawa Musa as dalam kisah Nabi Khidir as bukanlah Musa yang Nabi kepada Bani Israil. Maka Ibnu Abbas ra berkata, ‘Apa yang dikatakannya tidak benar, Ubai Ibnu Kaab ra mengatakan kepada kami bahawa ia mendengar Rasulullah saw bersabda;

Musa berdiri untuk menyampaikan khutbah kepada Bani Israil, lalu ia ditanya: “Siapakah manusia yang paling alim?” Musa menjawab, “Aku”. Maka Allah swt pun langusng menegurnya, sebab ia belum diberi wahyu tentang hal itu(tentang siapa yang paling alim). Lalu Allah swt memberi wahyu kepada Musa, “Aku memiliki seorang hamba yang berada di pertemuan dua laut, dia lebih berilmu dari kamu”.

Musa berkata, “Ya Allah, bagaimana aku dapat menemuinya?” Allah berfirman, “Bawalah ikan, lalu letakkan di dalam bakul. Maka di mana pun ikan itu menghilang, maka di situlah hamba-Ku(Khidir as) berada di sana.”

Hadis bertaraf shahih ini sebenarnya sudah cukup untuk menangkis tentang siapakah Musa yang Allah swt maksudkan di dalam surah al-Kahfi tersebut.

 

Bagaimana dengan Khidir as?siapakah beliau yang sebenar-benarnya?

Daripada istilah bahasa, Khidir memberi makna yang kehijau-hijauan. Adalah menjadi satu kemungkinan bahawa Khidir ini hanyalah nama gelaran sahaja yang diberikan oleh Rasulullah saw sebagaimana yang terjadi kepada nama Zulqarnain, Luqmanulhakim dan Ashaabul Kahfi. Perlu diingatkan bahawa al-Quran tidak menitikberatkan nama seseorang individu melainkan kisah-kisah mereka yang perlu diambil iktibar.

Walaubagaimanapun, tidak menjadi satu kesalahan untuk kita mengkaji siapakah sebenarnya Khidir.

Telah menjadi perdebatan daripada zaman sahabat diikuti tabiin dan diikuti pula Tabi’ut Tabiin tentang siapakah insan yang digelar Khidir as. Rasullulah saw dalam sabdanya menyatakan insan berilmu dalam surah al-Kahfi adalah Khidir. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah ra daripada Rasulullah saw mengenai Khidir as, baginda bersabda;

“Ia dinamakan Khidir tidak lain kerana, apabila dia duduk di atas farwah(permukaan bumi) yang putih(tidak bertanaman), maka tiba-tiba tanah di bawahnya itu menumbuhkan tanaman yang menghijau”

Sheikh al-Arna-uth mengatakan hadis ini shahih menurut periwayatan Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Imam Ahmad turut meriwayatkan daripada Abdurrazaq daripada Hammam, daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda;

“Ia dinamakan Khidir tidak lain kerana, jika dia duduk di farwah(permukaan bumi), maka tiba-tiba tanah di bawahnya itu menumbuhkan tanaman yang menghijau.”

Farwah menurut sesetengah ulama hadis mendefinisikan sebagai rumput kering atau tanaman yang sudah kering. Pendapat ini dipopularkan oleh ulama hadis terkenal, Abdurrazaq. Namun pendapat masyhur adalah farwah bermaksud permukaan bumi. Hadis di atas adalah bertaraf shahih dan turut diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab masyhurnya Shahih Bukhari.

 

Khidir seorang Nabi

Para ulama sepakat memartabatkan Khidir sebagai nabi atas dalil daripada satu ayat al-Quran daripada surah al-Kahfi.

 

Maksud ayat di atas adalah penjelasan Khidir  mengenai TIGA perbuatan kepada Musa as semasa Musa as berguru dengannya. Khidir bertegas mengatakan bahawa perbuatan yang dilakunya bukanlah kerana daripada dirinya sendiri akan tetapi datang daripada Allah swt yang Maha Bijaksana.

Selain dalil daripada ayat di atas, firman Allah swt sebelum ini pun menjadi dalil bagi kenabian Khidir iaitu firman-Nya;

 

Dakwaan tentang individu yang bernama Khidir as

 

Ibnu Abu Hatim: Mendakwa bahawa Khidir as adalah anak atau keturunan Qabil. Qabil adalah anak Nabi Adam as yang telah membunuh Habil.

Ibnu Abbas dan Hamka: Mendakwa Khidir as adalah anak sulung kepada Nabi Adam as. Menurut Hamka, Khidir yang beliau maksudkan sebagai anak sulung Nabi Adam dianugerahkan Allah swt dengan umur yang tiada penghujungnya sehingga dimatikan ketika bersama-sama berjuang dengan Nabi Isa dan al-Mahdi membunuh Dajjal laknatullah. Khidir juga tidak mampu dilihat dengan mata kasar dan hanya dapat dilihat dengan kasyaf yang biasa dianugerah Allah swt kepada para Nabi dan walinya.

Tabari: Mendakwa Khidir as adalah rakan seperjuangan Nabi Ibrahim as ketika di Babylon(Iraq) ketika berdakwah kepada Nimrod(Namrod). Ketika Nabi Ibrahim berhijrah keluar daripada Babylon, Khidir as turut serta bersama-sama Nabi Ibrahim dan keluarganya. Tabari juga mendakwa Khidir samaada ayah atau ibunya berketurunan Parsi dan ayah atau ibunya berketurunan Romawi. Ini bermakna Khidir as adalah berasal daripada perkahwinan campuran antara Parsi dan Romawi. Tabari juga menyatakan bahawa Khidir as adalah salah seorang panglima kanan Zulqarnain. Ketika Zulqarnain mencari air kehidupan(Water of Life) dan menjumpainya, Zulqarnain menolak untuk meminumnya dan memberi kepada Khidir as. Disebabkan itulah Khidir as dianugerahkan kehidupan  yang abadi(atas kekuasaan Allah swt). Dalam al-Quran, terdapat ayat yang menyatakan air kehidupan ini iaitu ketika ikan yang dibawa oleh Musa as dan pesuruhnya(dipercayai Nabi Yusyak as) melompat keluar daripada bakul setelah terkena percikan air di tempat yang dikenali ‘pertemuan dua laut’.

Abdallah bin Shawdhab: Mendakwa Khidir as adalah individu daripada Parsi dan sering berjumpa dengan Nabi Elyas as setiap tahun terutama di bulan Ramadhan dan musim haji di Mekah. Nabi Elyas as adalah antara empat orang individu yang masih belum wafat iaitu Idris as, Isa as, Khidir as dan baginda sendiri.

Ibnu Ishq: Mendakwa Khidir as adalah Nabi Aramiyah bin Khulfiyah as(Jeremiah as). Nabi Aramiyah as adalah Rasul yang diutuskan oleh Allah swt ketika pemerintahan Raja Josiah bin Amon yang memerintah Judah. Walaubagaimanapun, Tabari menolak dakwaan Ibnu Ishq.

Ibn al-Kalbi: Mendakwa Khidir as adalah keturunan Nabi Harun as.

Muhammad bin Ayub: Mendakwa Khidir as adalah anak lelaki kepada anak perempuan Firaun. Namun, siapakah Firaun yang Muhammad bin Ayub dakwa sebagai datuk kepada Khidir as tidak pula dinyatakan.

Naqqash: Mendakwa Khidir as adalah anak kepada Firaun. Sama seperti Muhammad bin Ayub, tidak dinyatakan Firaun mana yang beliau dakwa sebagai ayah kepada Khidir as.

Muqatil bin Sulayman: Mendakwa Khidir as adalah Nabi Elias as.

Ibnu Qutaybah: Beliau mendakwa Khidir as adalah nama lain bagi individu bernama Ama’il bin Eliphaz(Yafaz) bin Esau bin Ishak as.

Wahb bin Munabbih, Ibnu Kathir, al-Alusi, Imam Nawawi dan Ibnu Qutaybah: Wahb bin Munabbih mendakwa Khidir as adalah nama lain bagi individu bernama Baliya bin Malikan bin Peleg bin Eber(Hud as) bin Shelah bin Arpachshad bin Sam bin Nuh as. Namun, Imam Nawawi memberi nama Baliya bin Kaliman dan bukannya Baliya bin Malikan. Ulama zaman kini mendakwa insan yang didakwa oleh dua tokoh ulama salafi ini adalah insan yang sama. Ibnu Qutaybah turut mendakwa Khidir as adalah insan yang bernama Malikan selain dakwaannya Khidir as adalah insan bernama Ama’il.

Tempat pertemuan Khidir dan Musa as

Pendapat paling utama tentang pertemuan Khidir dan Musa berdasar firman Allah swt di atas adalah di Teluk Aqabah iaitu pertemuan antara Laut Merah dan Laut Putih.

Teluk Aqabah

 

Walaubagaimanapun terdapat pendapat yang mengatakan ia berlaku di pertemuan dua laut di Jordan. Ibnu Kathir pula mendakwa ia berlaku jauh ke di sebuah laut di Tangier, Maghribi iaitu pertemuan Lautan Atlantik dan Laut Mediterenean.

Tidak terhenti di situ, pendapat yang terbaru adalah ia berlaku di pertemuan dua laut iaitu di pertemuan dua Lautan iaitu Lautan India dan Lautan Atlantik.

Pertemuan dua laut antara Lautan India dan Lautan Atlantik

Walau apapun pendapat yang dikemukakan, ia tidak menyalahi syariat Islam kerana Allah swt langsung tidak menyatakan di mana pertemuan dua lautan itu berlaku. Tidak menjadi satu kesalahan untuk memberi teori yang terbaik bagi membolehkan umat Islam terus memahami isi kandung al-Quran yang mulia itu.

 

Penutup

Penulis tidak mahu menidak mahupun mengiakan mana-mana dakwaan atau teori yang melibatkan kekasih Allah swt bernama Khidir. Tiada penjelasan yang kukuh mengenai siapakah sebenarnya Khidir. Namun, apa yang pasti adalah Khidir merupakan seorang yang memiliki ilmu yang sangat tinggi sehingga melebihi seorang Rasul yang digelar Kalamullah iaitu Nabi Musa as. Kisah mengenai Khidir as dan Musa as sangat banyak iktibarnya. Malah daripada kisah ini juga pelbagai teori mulai muncul seperti teori wujudnya air kehidupan di pertemuan dua laut, teori ilmu ladunni, teori kehidupan abadi dan sebagainya.

Apa yang penulis ingin tekankan adalah penulis amat-amat menjauhi segala unsur-unsur Israilliyat dalam kajian penulis. Miskipun penulis tidak menolak bahawa terdapat unsur-unsur Israilliyat yang selari dengan ajaran Islam namun terdapat banyak unsur Israilliyat yang menyimpang daripada ajaran Islam. Segala yang menyimpang daripada Islam, penulis ingin jauhi bagi menjaga kemurniaan ajaran Islam. InsyaAllah

Walau siapapun Khidir as, apa yang pasti adalah kita sebagai umat Islam wajib mengambil panduan daripada surah al-Kahfi ini dalam mencari ilmu akhirat terutamanya. InsyaAllah.

Siri Terakhir: Kebijaksanaan Allah swt dalam peristiwa Ashaabul Kahfi

Oleh: takusahrisau

 

Kebijaksanaan Allah swt dalam peristiwa Ashaabul Kahfi

 

Ulama tafsir seperti Ibnu Kathir menyamakan firman yang berbunyi “Dan kamu mengira mereka itu bangun, padahal mereka tidur”  dengan perilaku serigala yang hanya menutup sebelah mata dan membuka mata yang sebelah lagi semasa tidur. Ini adalah salah satu kebijaksaan Allah swt yang mengatur setiap kejadian menurut kemahuan-Nya.

 

 

 

 
 
 

Tabiat serigala yang tidur dengan membuka mata dan menutup di sebelah lagi dijadikan perbandingan dengan Kisah Ashaabul Kahfi

 

 

 

Menurut ulama tafsir terkenal tersebut, ketika Allah swt menutup telinga mereka ketika tidur sepertimana firman Allah swt dalam ayat 11 surah al-Kahfi(rujuk di bawah),mata ketujuh-tujuh pemuda tersebut tidak terpejam penuh. Mata itu tetap tampak terbuka untuk menerima oksigen. Dengan itu, ia lebih dapat membuatkan mereka bertahan lama sehingga beratus-ratus tahun.

 

Kemudian Allah swt berfirman  “Dan Kami bolak-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri”, Ibnu Abbas ra berkata;

Seandainya mereka tidak dibolak-balikkan, nescaya bumi akan memakan mereka

 

Secara saintifiknya, bergitulah hakikatnya. Jika tubuh manusia hanya terlentang di sebelah tubuhnya sahaja, maka tidak bergeraklah aliran darahnya secara normal. Jika keadaan berlaku sebaliknya, maka akan berlakulah masalah penyakit seperti gangrene,  kekebasan dan sebagainya akibat aliran darah yang tersekat. Itulah kebijkasanaan Allah swt yang membuat aturannya.

 

Tempoh Para Ashaabul Kahfi tidur di Gua

 

 

Dalam ayat di atas, ia berkaitan dengan tempoh masa para pemuda beriman tersebut tidur di dalam gua, iaitu daripada tempoh masa mereka tidur sehingga detik mereka dibangkitkan Allah swt daripada tidur.

Allah swt menyebut bahawa tempoh masanya adalah Tiga Ratus Tahun ditambah Sembilan Tahun Hilaliyah(Qamariyyah). Sedangkan dalam hitungan tahun Syamsiyah lama tempohnya adalah Tiga Ratus Tahun.

Bagi yang tidak memahami Tahun Qamariyyah dan Tahun Syamsiyah, penulis hanya boleh beritahu bahawa Tahun Qamariyyah memiliki tambahan tahun sebanyak TIGA tahun setiap kali genap satu abad(100 tahun). Ini bermakna, jika Tahun Syamsiyah adalah 300 tahun atau tiga abad, ia adalah bermakna 309 tahun Qamariyah akibat penambahan 3 tahun setiap kali genap 100 tahun.

 

Berapa ramaikah Ahli Ashaabul Kahfi yang sebenar-benarnya?

 

 

Allah swt berfirman yang memberitahu tentang perbezaan pendapat manusia mengenai jumlah Ashaabul Kahfi. Dalam ayat 22 Surah al-Kahfi, kita dapat menemui Allah swt memberi TIGA pendapat berbeza. Namun, tiada pula pendapat keempat.

Allah swt menyatakan kelemahan DUA pendapat yang terawal yang menyebut tentang terkaan terhadap yang ghaib. Ibnu Kathir menyatakan bahawa ia sama seperti seseorang membaling batu ke dalam belukar yang gelap. Tidak diketahui samaada ia dapat ditemui lagi atau tidak. Dua pendapat nyata sangat lemah dan hanya timbul akibat perbalahan sesama ahli kitab.

Seterusnya Allah swt menyatakan jumlah bilangan pada rangkap terakhir. Para ulama salafi menafsirkan bahawa pendapat terakhir adalah jumlah sebenar-benarnya ahli Ashaabul Kahfi iatu Tujuh Orang ditambah dengan seekor Anjing.

Ia dikukuhkan lagi oleh beberapa testimonial daripada para tabiin sebagaimana berkata;

Daripada Qatadah mengatakan daripada Ibnu Abbas ra, beliau berkata;

Aku termasuk yang sedikit yang dikecualikan oleh Allah swt, dan yang benar, mereka berjumlah tujuh orang.

  

 

 

 
 

Ketujuh-tujuh pemuda beriman ini disertai juga oleh anjing Qitmir.

  

 

Di sebalik ayat mengenai kisah Ashaabul Kahfi

Allah swt telah memperihalkan satu persatu kejadian yang berlaku kepada tujuh pemuda beriman itu. Ia dimulai dengan ayat 9 dalam surah al-Kahfi yang bermaksud:

Raqim dalam ayat tersebut telah ditafsirkan sebagai anjing Qitmir yang telah mengikut tujuh pemuda beriman tersebut ketika melarikan diri daripada raja yang zalim. Namun terdapat sebilangan ahli tafsir lain menafsirkan Raqim adalah batu bersurat.  Sesetengah pendapat mengatakan ia adalah nama tempat yang menempatkan mereka bertujuh ketika bersembunyi. Walaubagaimanapun pendapat yang mengatakan Raqim adalah anjing Qitmir diterima sebagai pendapat yang utama kerana kesesuaian faktanya dengan situasi kisah Ashaabul Kahfi.

Kisah Ashaabul Kahfi sebenarnya kisah misteri yang sentiasa menjadi pendebatan ahli-ahli kitab iaitu Kristian dan Yahudi. Mereka kerap bertengkar mengenai hal-hal yang kecil seperti jumlah bilangan mereka dan beberapa lama mereka ditidurkan di dalam gua. Mereka tidak pula mengambil pengajaran daripada kisah tersebut. Teguran Allah dapat disaksikan di dalam ayat 12 Surah al-Kahfi ini:

Kemudian Kami bangunkan mereka, agar Kami mengetahui manakah di antara kedua golongan itu yang lebih tepat dalam menghitung berapa lama mereka tinggal (dalam gua itu). 

Ayat kedua golongan itu bermaksud dua golongan yang bertelagah hanya disebabkan oleh berapa hari mereka tinggal di dalam gua.

Sebenarnya, iktibar utama dalam kisah Ashaabul Kahfi ini adalah mengenai kekuasaan Allah swt untuk membangkitkan dan mematikan hamba-Nya. Surah al-Kahfi diturunkan adalah disebabkan bergitu ramai ahli kitab pada waktu itu tidak yakin tentang kehidupan selepas kematian dan juga alam Roh. Pelbagai pertikaian mengenai alam roh yang mereka kemukakan seperti kebangkitan ketika di hari kiamat nanti hanya adalah roh bukannya jasad, di sebelah lagi membangkang dengan menyatakan kebangkitan nanti akan disertai roh dan jasad. Perbalahan mereka tiada penghujungnya. Maka dengan turunnya surah al-Kahfi dan kisah Ashaabul Kahfi maka terjawablah segala persoalan yang sering bermain di fikiran mereka. Waallahualam..

 

 

 

 

~Kisah Ashaabul Kahfi turut dikenali oleh penganut Kristian sebagai Seven Sleepers. Kisah ini mula tersebar ke seluruh wilayah taklukan Kristian apabila Paul the Deacon(720-799) dan Gregory the Tours(538-594) menulis sebuah kisah mengenai keajaiban yang berlaku kepada tujuh orang pemuda berserta seekor anjing. Kisah ini berdasarkan kisah benar yang menjadi kisah turun temurun di Ephesus, Turki. Ajaibnya adalah kisah ini 100% sama seperti kisah Ashaabul Kahfi yang diceritakan daripada ayat 9 hingga ayat 26. 

  

Kembali ke SIRI 1

Kembali ke SIRI 2

%d bloggers like this: