Tag Archive | fenomena Supermoon

Fenomena Supermoon pada 5 Mei 2012..

Oleh: takusahrisau

 

Fenomena Supermoon adalah fenomena di mana bulan berada terlalu hampir dengan bumi di orbitnya. Oleh yang demikian, bulan akan dapat dilihat dengan lebih besar dan terang daripada yang lazim kita lihat. Pada 5 Mei ini, bulan akan dapat dilihat 14% lebih besar dan 30% lebih terang daripada kebiasaan.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI

Menurut kajian saintis, fenomena Supermoon boleh menyebabkan kenaikan paras air laut seterusnya mempengaruhi pasang surut air laut. Walaubagaimanapun,  National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) meramalkan tiada bencana besar akan berlaku susulan fenomena Supermoon pada tahun ini. Menurut NOAA, kekuatan Supermoon berbeza setiap tahun.

Seperti yang umum mengetahui kekuatan kuasa ‘Supermoon’, fenomena ini sering bersangkutan dengan beberapa bencana alam mega seperti gempa bumi, banjir besar, ombak gadang dan sebagainya.

Berikut adalah video NASA memberi amaran tentang bahaya fenomena Supermoon:

Kepada yang keluar ‘outing’ ke laut di hujung minggu ini, berwaspadalah dengan pasang surut air laut yang mendadak. Kemungkinan besar ia boleh menyebabkan bencana yang tidak diduga.

____________________________

Segalanya lebih menarik di

Advertisements

(Gambar) Fenomena Supermoon di Seluruh Dunia!

Oleh: takusahrisau

 

Fenomena Supermoon tiba-tiba menjadi tajuk popular di internet selepas tersebarnya dakwaan yang mengaitkannya dengan bencana Tsunami di Jepun baru-baru ini. Fenomena yang berlaku akibat pergerakan bulan penuh yang menghampiri bumi dengan jarak yang paling dekat ini telah juga dikaitkan dengan beberapa bencana alam yang lain seperti Tsunami Meulaboh pada 26hb Disember 2004.

Untuk tahun ini, fenomena ini telah membuatkan masyarakat dunia teruja untuk menyaksikannya. Bukan disebabkan oleh kaitannya dengan tsunami di Jepun, tetapi kerana jaraknya yang paling dekat sejak 18 tahun yang lalu. Melalui laman sesawang www.fourmilab.ch, saintis telah mengeluarkan jarak rasmi bulan daripada bumi dengan kiraan 356,577 km atau 221,565 batu. Jarak tersebut di ambil daripada jarak Perigee yang mana kebiasaannya jarak bulan daripada bumi adalah 360,000 km. Menurut laman sesawang tersebut lagi, bulan akan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih terang daripada kebiasaan.

Di bawah adalah Gambar-gambar yang memaparkan fenomena Supermoon daripada seluruh dunia, jom saksikan bersama-sama..

Yangon, Myanmar

Keranchi, Pakistan

Pemandangan daripada sebuah pantai di Sussex

Manila, Filipina

New York

New York

Lincoln Memorial, Washington DC

Sewaktu perlawanan ragbi di Leeds.

Landon

Di menara St. Micheal, Glastonbury Tor, Somerset

Berlin

 

~ Dipetik daripada www.dailyuk.co.uk

Fenomena ‘Supermoon’ 18hb March 2011 menyebabkan bencana Tsunami di Jepun?

Oleh: takusahrisau

 

Percaya atau tidak, tetapi statistik menunjukkan ia adalah benar!

 

Fenomena yang dikenali ‘Supermoon’(bulan mengambang penuh) telah menyebabkan beberapa bencana yang dashyat. Antara bencana tersebut adalah:

  • Tsunami Meulaboh– berlaku pada 26hb Disember 2004. Ia berlaku kurang dua minggu sebelum fenomena Supermoon berlaku pada Januari 2005.
  • Taufan Tracy– berlaku pada 25hb Disember 1974 sehingga memusnahkan Darwin, Australia. Ia berlaku kurang beberapa hari sebelum fenomena Supermoon berlaku.

Diramalkan bahawa fenomena serupa akan berlaku pada 18hh March 2011 di mana bulan mengambang akan berlaku manakala jarak bulan pula adalah ke-6 paling dekat sejak 1985.

Fenomena 'supermoon' banyak membuktikan banyak bencana alam besar berlaku.

 

 

 

Ekoran kombinasi fenomena bulan penuh dan jarak bulan yang dekat tersebut, saintis ternama Amerika Syarikat, Richard Nolle meramalkan banyak bencana alam akan berlaku sekitar 18hb March 2011. Menurut Richard Nolle yang menamakan fenomena ‘Supermoon’ pada 1979, jarak antara bumi dan bulan pada 18h March 2011 adalah 356,577 km.!

Ia menyebabkan bulan kelihatan cukup besar dan dianggarkan 30% sehingga 50% lebih besar daripada yang lazim dilihat apabila bulan mengambang.

Dalam sejarah, fenomena sebergini beberapa kali berlaku iaitu pada 1955, 1974, 1992, dan 2005. Keempat-empat tahun membuktikan bahawa bencana alam terbesar berlaku pada tahun tersebut.

Beberapa saintis konservatif tidak setuju dengan tanggapan bulan mempengaruhi iklim ekstrim dunia miskipun sedar bahawa bulan berpengaruh terhadap pasang-surut air di bumi.

Menurut mereka, kajian saintifik perlu untuk membuktikan bahawa bulan mempengaruhi iklim ektrem di bumi dan bukannya menganalisisnya berdasarkan statistik. Walaubagaimanapun, Richard Nolle tetap berkeras dengan teori yang dicetuskan beliau.

 

Artikel ini ditulis ekoran berlaku bencana alam tsunami dan gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di Jepun yang sekarang mengorbankan 19 nyawa(setakat artikel ini ditulis). Ia berlaku seminggu sebelum fenomena ‘supermoon’ diramalkan berlaku.

%d bloggers like this: