Archive | June 2010

10 senarai Patung yang masih dalam pembinaan

10.   J.F. Kennedy Memorial Statue    

Ukiran J.F.Kennedy yang bersaiz 1:1  ini akan diukir oleh seorang artisan yang bernama David Lewis.Patung JFK ini akan ditempatkan di hadapan JFK Museum, Main Street, Hyannis.    

Ukiran artis patung J.F.K

   

 9.    Buddha Dordenma    

 Dengan setinggi 169 kaki, Buddha Shakyamuni bersemayam di atas singahsana vajra. Buddha Dordenma.    

 Patung ini bakal dibina di Changri Künsel Phodrang, Thimphu, Bhutan. ‘Bersemayan’ di atas lereng bukit 100 meter di atas Sungai Wangcu.     

Patung Buddha Dordenma ini masih dalam pembangunan.

   

    

    

    

    

    

    

    

    

8.       Memorial Crazy House    

 Memorial Crazy House masih dalam pembinaan. Crazy House adalah seorang pejuang Indian pada masa hayatnya. Pembinaan patung ini adalah bagi mengenang jasa beliau mempejuangkan hak pribumi kaum Indian.    

Patung yang bakal menjadi antara patung yang terbesar di dunia apabila siap sepenuhnya kelak  ini didirikan di Dakota Selatan.    

Pengukirnya adalah Korczak Ziolkowski, seorang keturunan asli Amerika. Patung ini mempunyai kelebaran 641 kaki dan ketinggian 563 kaki.    

ini adalah replika Crazy House di mana patung sebenarnya adalah berada di belakang replika berkenaan

   

     

 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  

Sejarah Bangsa-bangsa PART 2

 

Dipercayai warga Afrika adalah berasal daripada anak Nuh as, Ham.

Bangsa Afrika

Selepas banjir besar yang melanda dunia, bergitu banyak tamadun telah lenyap. Dan mereka yang tinggal perlu membina balik tamadun yang telah lenyap itu. Oleh itu, mereka yang terselamat telah mendirikan tamadun masing-masing. Antara mereka yang terselamat adalah Nuh as dan 3 orang anak lelaki baginda.

Diriwayatkan bahawa bangsa-bangsa kulit hitam iaitu bangsa Afrika berasal daripada salah seorang daripada 3 anak Nabi Noah iaitu Ham. Sulur galur keluarga Ham dikenali sebagai Hamitik atau Hamitic. Ham mempunyai 4 orang anak iaitu Kush(Cush), Mizraim, Phut dan Kanaan(Canaan).

Kush mempunyai 6 orang anak yang masing-masing telah merantau mencari wilayah untuk diduduki. 6 orang anak Kush adalah: 

  • Seba: membuka wilayah di Yemen dan Habysah.
  • Havilah,: Selalu dikaitkan dengan sebahagian semanjung Arab berdekatan Laut Merah.
  • Sabtah: Membuka wilayah di Hadramaut. Hadramaut adalah wilayah di timur Yaman. Kulit mereka gelap berbeza dengan mereka daripada Yaman barat.
  • Raamah:  Sulur galur kepada etnik Rhammanite yang tinggal di Timur Barat Semanjung  Arab.
    • Sheba anak lelaki kepada Raamah. Salur galur Sabaeans dan masyarakat di persempadanan Laut Merah(Yemen/South Arabia, dan Eritrea/Ethiopia/Somalia)
    • Dedan anak lelaki kepada Raamah. Membuka wilayah di Wilayah Tabuk di Arab Saudi.
  • Sabtechah: Salur galur etnik Sabaean yang tinggal di perlabuhan di Habsyah
  • Nimrod: Pengasas kerajaan Babel, Akkadia, Sumeria, dan beberapa bandar-bandar di Assyria. Para cendiakiawan masih mengkaji sama ada Asshur(anak kepada Sham ben Nuh) atau Nimrod yang mengasaskan tamadun Assyria.

Wajah-wajah warga kulit hitam Afrika

Nelson Mandela adalah salah seorang tokoh dalam bangsa Afrika yang dikagumi dunia.

Sumpahan Kaum Ham

Menurut kaum Yahudi dan Kristian, mereka amat mempercayai bahawasanya Kaum Ham atau Hamitik terkena sumpahan akibat Ham ben Nuh telah mengintai Nuh dalam keadaan bogel tanpa sehelai benang akibat mabuk. Nuh berang kerana Ham telah menyebabkan baginda menanggung malu kepada 2 orang anak baginda yang lain. Akibatnya, Ham telah disumpah keturunannya melalui anak bongsunya iaitu Kanaan(Canaan). Sumpahan Nuh dinyatakan dalam Taurat, Genesis 9:20-27:

20 And Noah began to be an husbandman, and he planted a vineyard: 21 And he drank of the wine, and was drunken; and he was uncovered within his tent. 22 And Ham, the father of Canaan, saw the nakedness of his father, and told his two brethren without. 23 And Shem and Japheth took a garment, and laid it upon both their shoulders, and went backward, and covered the nakedness of their father; and their faces were backward, and they saw not their father’s nakedness. 24 And Noah awoke from his wine, and knew what his younger son had done unto him. 25 And he said, Cursed be Canaan; a servant of servants shall he be unto his brethren. 26 And he said, Blessed be the LORD God of Shem; and Canaan shall be his servant. 27 God shall enlarge Japheth, and he shall dwell in the tents of Shem; and Canaan shall be his servant.

Kristian dan Yahudi amat mempercayai sumpahan Nuh terhadap Ham.

 

Hubungan Sumpahan Ham dengan kejadian masakini 

Dipercayai, aktiviti penghambaan yang bergiat aktif pada abad ke-19 adalah kerana sumpahan Nuh terhadap Ham. Bangsa Afrika terpaksa menjadi hamba di negara yang terkenal dengan sistem penghambaan iaitu Amerika Syarikat. Aktiviti mula berhenti apabila Abraham Lincoln berkempen menamatkan penghambaan dalam sistem Amerika Syarikat. Dikatakan juga, sumpahan Ham hanyalah untuk menghalalkan cara mereka untuk membenarkan aktiviti penghambaan kaum kulit putih.( Kaum Eropah dikatakan berasal daripada anak Nuh, Yafits)- akan dibahaskan dalam bahagian seterusnya.

Bergitu juga, jika di selongkari lebih jauh, wilayah Canaan juga menerima tamparannya apabila wilayah mereka terpaksa diserahkan kepada Kaum Israel( Israel dikatakan berasal daripada anak Nuh, Sham)-akan dibahaskan dalam bahagian seterusnya kelak.

Walaubagaimanapun, di dalam Al-Quran tidak dinyatakan langsung perihal Sumpahan Ham oleh Nuh as. Dan persendaan mereka terhadap Nuh as yang dikatakan mabuk sehingga bogel amat-amat memalukan martabat Nuh sebagai Rasul pilihan Allah. Dan Rasul Allah ini adalah maksum, terlindung daripada melakukan dosa-dosa besar.

Penghambaan pernah dihalalkan pada abad ke-19.

Bersambung..

Alcatraz

 

 

Alcatraz berada di tengah-tengah perairan San Fransisco

Sekarang sibuk dibicarakan mengenai Penjara Pudu bakal dirobohkan. Apapun, baik kita menyelongkari penjara yang paling terkenal di dunia iaitu ALCATRAZ.    

THE ROCK    

al-maklum..Alcatraz adalah nama yang diberikan oleh seorang berbangsa Sepanyol iaitu Juan Manuel de Ayala pada 1775. Alcatraz adalah berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud Burung Undang. Ini mungkin kerana kawasan Alcatraz menjadi habitat spesies tersebut. Alcatraz juga dikenali “The Rock”( filem yang menampilkan Nicholas Cage sebagai watak utama). Alcatraz dibuka secara rasmi sebagai penjara pada 1850-an. Penjara ini terkenal sebagai penjara yang kebal bukan hanya kerana struktur kubunya tetapi kerana penjara ini berada di tengah-tengah perairan teluk San Fransisco. (sama seperti Pulau Jerjak di Malaysia).    

     

BANDUAN BERPROFIL TINGGI    

Kalau sudah disebut Alcatraz, ia sangat sinonim dengan nama seorang penjenayah berbahaya suatu ketika dahulu,ia tak lain tak bukan kalau bukan Al Capone. Al Capone terkenal dengan kelicikan,sifat ganas, dan kaki perempuannya. Pernah diberitakan bahawa beliau pernah memukul dengan tongkatnya pada kepala seorang musuhnya hingga meninggal hanya kerana melawan cakapnya.Bergitu kejamnya beliau.  

Tak usah diceritakan lagi mengenai Al Capone kerana  jalan hidup beliau banyak difilemkan oleh Hollywood seperti Untouchable dan Al Capone.   

Selain daripada itu, seorang lagi penjenayah yang tidak kurang hebatnya pernah ‘menginap’ di sini. Beliau yang dimaksudkan adalah Birdman of Alcatraz atau nama sebenarnya Robert Franklin Stroud. Nama timangan yang diberikan kepada R.F. Stroud adalah ketika di penjara Leavenworth lagi. Ini adalah kerana sifat penyayang beliau kepada burung.  

Malahan beliau semasa di penjara, beliau pernah menulis beberapa buku mengenai burung iaitu  Diseases of Canaries dan Stround’s Digest on the Diseases of Birds. Di sini juga beliau diberikan pelbagai alatan di dalam sel beliau untuk melakukan kajian mengenai barung.  

Walaubagaimanapun, semasa di tukarkan ke Alcatraz beliau gagal menyakinkan pihak penjara atas beberapa sebab iaitu bahan kimia yang digunakan mungkin akan digunakan untuk tujuan penglolosan daripada sel dan juga masalah kebersihan di dalam sel. Daripada segi seksualiti, beliau berbeza dengan Al Capone kerana beliau adalah pengamal homoseksual!. Walaubagaimanapun, beliau memilik I.Q yang tinggi iaitu 134!.   

   

 
Birdman of Alcatraz

MISTERI    

   

Sesuai tempat yang penuh dengan kejahatan dan duka nestapa, Alcatraz diselubungi 1001 misteri yang sukar diungkapkan. Malahan ia bergitu menghantui setiap warder-warder penjara Alcatraz sepanjang malam. Dicerita oleh seorang warder penjara di Alcatraz selama 10 tahun, Erik Novencido, turut mengalami pengalaman menyeramkan. Dia pernah mengambil gambar bilik terapi kejutan elektrik pada waktu malam untuk ditunjukkan pada seorang rakan. 

“Apabila filem itu selesai diproses, gambar menunjukkan satu muka dalam bilik itu merenung saya. Saya tidak tahu ia apa. Kadang-kadang saya diselubungi ketakutan yang keterlaluan,” katanya.  

   

Bergitu juga ‘hantu’ Al Capone. Di akhir usia Al Capone, beliau sering bermain banjo di dalam bilik air kerana takut apabila berada di luar sel, beliau akan di bunuh oleh musuh beliau semasa menjadi gangster dahulu. Akan tetapi setelah beliau meninggal dunia kerana penyakit Sifilis, bunyian banjo di dalam bilik air sentiasa kedengaran kepada mereka yang ‘bertuah’.    

Menurut cerita, sel 14D dipercayai antara bilik kurungan yang paling menyeramkan. Banyak gangguan paranormal berlaku di sel ini. Antara yang terkenal adalah seorang banduan terbunuh dipercayai akibat gangguan misteri dari sel berkenaan. Beliau ditemui mati pada waktu pagi setelah pada malamnya banduan malang ini seperti meracau-racau dan menjerit ketakutan.    

Sehingga kini, misteri dan gangguan paranormal di penjara yang dikenali juga “Tempat Kejahatan'” ini masih lagi berlaku terutama kepada pelancong yang datang melawat Alcatraz miskipun pada waktu siang.    

DITUTUP     

Penjara yang terkenal ini akhirnya ditutup secara rasmi tanggal 21 March 1963 iaitu semasa pemerintah Presiden J. F. Kennedy. Penutupan Alcatraz adalah kerana pembiayaan penyelenggaraan penjara adalah mahal kerana berada jauh dari daratan. Malahan, sampah sarap daripada penghuni Alcatraz memerlukan sistem penglupusan yang fleksibel dan efektif.    

Dan bergitulah berakhirnya riwayat penjara yang terkenal di dunia. Sekarang Alcatraz menjadi tumpuan pelancong-pelancong untuk merasai sendiri keperitan banduan-banduan seperti Al Capone, Birdman dan Alvis Karpis semasa menghabiskan sisa riwayat mereka di sini. Dan jika bernasib baik mereka bakal disambut dengan aktiviti paranormal di sini. 

   

   

 

Sejarah bangsa-bangsa

Bukan mudah untuk menentukan daripada manakah salasilah satu-satu bangsa. Contohnya, bangsa Melayu. Dengan berlakunya banyak perkahwinan campur dan asimilasi bangsa, ‘originality’ bangsa Melayu hilang. Bangsa Melayu sebenarnya terbentang sejauh Vietnam hingga ke Filipina. Malahan Bangsa Siam adalah juga Bangsa ‘Melayu’ sebelum berlakunya asimilasi dengan Bangsa cina dan lain-lain bangsa untuk membentuk satu bangsa baru iaitu bangsa Thai. Kalau di ikutkan, Bangsa Melayu Champa adalah satu-satunya bangsa Melayu yang kekal bertahan ke-MELAYU-annya di ‘sebelah sana’ dengan mengamalkan pula cara hidup Islam!

BANGSA CINA

Kalau dilihat dengan aspek yang lebih jauh. Sebagai contoh bangsa Cina. Mereka memiliki keaslian yang sangat kuat. Mereka sudah ‘establish‘ dan tidak memerlukan pencampuran bangsa-bangsa lain untuk menjadi satu bangsa baru. Orang cina adalah orang yang terkenal sikap mereka yang menjaga salasilah mereka. Miskipun bangsa ini merantau hingga ke Amerika dan Britain, mereka tetap menjaga originality mereka itu. Malahan budaya mereka diterima pula oleh bangsa-bangsa tempat di mana mereka tinggal itu. Bergitulah ‘ajaib’nya bangsa Cina ini.

Sebenarnya,keaslian atau originaliti boleh di ukur dengan beberapa sudut, contoh nya:-

  • Fizikal; orang Cina memiliki mata sepet dan tinggi tubuh bangsa mereka adalah sekitar 1.68m-1.75m.
  • Pertuturan; bahasa cina sukar di campur adukkan dengan bahasa-bahasa lain, ini kerana susunan tatabahasanya dan ‘vocubulary’ bahasa cina sudah lengkap.
  • Budaya; orang cina terkenal dengan budaya mereka seperti seni pertahanan diri dan agama mereka(Confusius,Buddha, dan Toa)

Suku kaum Cina Han masih mengamalkan pemakaian tradisional mereka

 

Dikatakan bahawa bangsa Cina ini berasal daripada nama Qin. Iaitu Dinasti yang memerintah China sekitar 2500 SM -3000 SM. Pemerintah mereka ialah Shih Huang Di. Seorang pemerintah kejam dan kuku besi tapi amat berjasa kepada bangsa Cina. Beliau dikatakan mengalami satu jenis fobia iaitu fobia kepada mati. Ada lagenda mengatakan beliau memerintahkan pengawai baginda supaya mencari ubat untuk mengelakkan daripada kematian. Pengawai baginda mengesyorkan baginda supaya sentiasa minum satu jenis ‘ubat’ (cecair merkuri) yang akhirnya menyebabkan baginda mati pada usia yang masih dikatakan bergitu muda.

Shih Huang Di juga telah membina asas tembok besar China sebelum disiapkan oleh pemerintah-pemerintah daripada dinasti lain. Beliau juga yang mengarahkan pembinaan secara besar-besaran patung tentera Taracotta. Uniknya Taracotta adalah kerana 8000 patung tentera Taracotta adalah memiliki wajah yang berbeza antara satu sama lain. Ini bermakna, 8000 patung itu mewakili keseluruhan wajah tentera dinasti Qin pada masa itu!

Tembok besar China terbentang bagaikan tulang belakang negara China.

Patung Teracotta yang menyimpan 1001 misteri.

 bersambung…

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!