Archive | May 2012

(Gambar) Misteri..Lembaga Hitam dalam Kereta Sinar Harian..

Oleh: takusahrisau

Dipetik daripada akhbar Sinar Harian online..

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

KULIM – “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.

Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.

“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

“Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.

 

____________________________

Segalanya lebih menarik di

(Video) Lelaki Tua Mengalunkan Ayat Suci Al-Quran dengan Cukup Merdu..

Oleh: takusahrisau

Seringkali kita lihat pemuzik-pemuzik mempamerkan bakat mereka di jalanan terutama di sekitar kotaraya yang sibuk. Dengan berbekalkan suara yang merdu dan petikan gitar yang mendayu-dayu, mereka mampu menarik minat ramai orang. Golongan pemuzik ini dikenali dengan busking.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Bagaimana pula jika seseorang mempamerkan bakat dalam mengalunkan kalimah Allah di jalan-jalan yang sibuk?

Di jalan Hamra yang terletak di tengah kota Beirut, Lubnan, seorang lelaki yang dianggarkan berusia 50-an mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan cukup merdu. Lantaran kemerduan dan keelokan lengoknya, ia menarik minat ramai orang di kotaraya Lubnan itu.

Jalan Hamra menurut wikipedia adalah salah sebuah jalan utama di sekitar kota Beirut, Lubnan. Jalan Hamra menjadi tumpuan ramai rakyat Lubnan menyebabkan pelbagai kemudahan seperti cafe, teater, dan restoran-restoran mewah dibangunkan. Namun begitu, Jalan Hamra tidak seperti tempat-tempat yang lain di sekitar Lubnan. Masjid mahupun surau sukar ditemui manakala pub, disko dan tempat mencacah tatu boleh ditemui di merata-rata tempat.

Oleh yang demikian, kekuatan seorang lelaki tua yang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran sangat dipuji. Pada penglihatan penulis, lelaki tua tersebut kemungkinan besar ingin menyedarkan masyarakat sekeliling beliau yang leka mencari rezeki dan berhibur saban hari sehingga lupa kepada Allah swt yang mematikan mereka bila-bila masa.

Salah sebuah pusat mencacah tatu di Beirut.

____________________________

Segalanya lebih menarik di

Mukjizat Al-Quran Yang Membezakan Zaman Nabi Yusuf as dan Nabi Musa as

Oleh: takusahrisau

 

Al-Quran mukjizat terbesar

Tidak seorang Rasul pun yang diutus oleh Allah Taala melainkan mereka akan pasti diperkuatkan dengan mukjizat-mukjizat. Selain ia adalah alamat kenabian dan kemulian khusus kepada seseorang Rasul, ia juga adalah daya penarik kepada golongan kafir supaya yakin dengan seruan tauhid.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Setiap Nabi dan Rasul diberikan mukjizat, akan tetapi semua mukjizat tersebut telah hilang seiring dengan kewafatan para nabi dan rasul. Hanya satu saja mukjizat yang masih wujud yang dapat kita lihat, sentuh, baca dan dengar. Itulah mukjizat nabi kita, junjungan besar Nabi Muhammad saw iaitu kitab Al-Quran Al-Karim.

Allah swt telah janjikan untuk memelihara dan melindunginya sehingga hari Kiamat kelak. Ini dijamin oleh Allah swt di dalam firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Hijir, ayat 9:

“Sesungguhnya telah Kami turunkan peringatan ini (Al-Qur’an) dan sesungguhnya Kami lah penjaga baginya.” 

Tuduhan para orientalis barat yang mengatakan Nabi Muhammad saw tidak mempunyai mukjizat besar sepertimana Nabi Musa as dan Nabi Isa as adalah tuduhan karut yang semata-mata berniat untuk menfitnah Islam dan Rasulullah saw.

Kisah Nabi Musa dan Nabi Yusuf as

Umum mengetahui bahawa Nabi Musa as sinonim dengan Mesir. Di dalam al-Quran banyak kisah baginda diceritakan Allah swt semasa kehidupan baginda di Mesir. Allah swt menceritakan kepada kita perit-getir baginda berdakwah, berjuang menentang golongan toghut dan menerima syariat daripada Allah swt di sana.

Sebelum kenabian Nabi Musa as di Mesir, Allah swt telah mengutuskan Nabi Yusuf as di bumi bertuah ini beratus-ratus tahun sebelum itu. Para cendikiawan Islam bersependapat bahawa Nabi Yusuf as menjadi perintis kepada penempatan besar-besaran Bani Israil di bumi Mesir. Manakala Nabi Musa as pula menjadi perintis kepada penghijrahan besar-besaran Bani Israil.

Semasa zaman Nabi Yusuf as, bani Israil muncul sebagai bangsa elit yang mentadbir hal ehwal negara Mesir. Ini diperkuatkan dengan riwayat yang menyatakan Nabi Yusuf as berkhidmat sebagai seorang menteri di Mesir. Ini jelas dalam firman Allah swt dalam surah Yusuf ayat 56,

Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir; (dia berkuasa penuh) pergi menuju kemana saja ia kehendaki di bumi Mesir itu. Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang Kami kehendaki dan Kami tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.

Sebaliknya di zaman Nabi Musa as, bani Israil mengalami penindasan yang sangat teruk. Mereka dipaksa bekerja sebagai buruh paksa dan tidak sedikit yang menjadi hamba-abdi. Nabi Musa as yang dibangkitkan oleh Allah swt di Mesir menjadi pendokong utama kepada bangsa Israil. Kisah Bani Israil ditindas diceritakan Allah swt di dalam Al-Quran, surah Al-A’raaf ayat 129,

Kaum Musa berkata: “Kami telah ditindas (oleh Fir’aun) sebelum kamu datang kepada kami dan sesudah kamu datang. Musa menjawab: “Mudah-mudahan Allah membinasakan musuhmu dan menjadikan kamu khalifah di bumi(Nya), maka Allah akan melihat bagaimana perbuatanmu

Samaada Nabi Musa dan Nabi Yusuf, kedua-dua Rasul ini diceritakan secara panjang lebar oleh Allah swt di dalam Al-Quran. Al-Quran sebagai mukjizat terbesar meletakkan sempadan yang besar bagi membezakan zaman Nabi Musa as dan zaman Nabi Yusuf as. Menariknya, Al-Quran meletakkan sempadan zaman Nabi Musa as dan Nabi Yusuf as hanya dengan satu perkataan dan ia hanya dibuktikan pada zaman moden kini. Allahuakbar!

Makam Nabi Yusuf as

Perbezaan gelaran

Dalam penceritaan ini, satu perkara yang dapat kita perhatikan dengan jelas adalah bagaimana Allah swt membezakan gelaran pemimpin yang ketika itu menguasai bumi Mesir. Di dalam kisah Nabi Yusuf as, Allah swt menggunakan gelaran Malik yang membawa maksud raja kepada pemimpin Mesir di zaman baginda. Manakala di dalam kisah Nabi Musa as, Allah swt menggunakan gelaran Firaun sebagai gelaran khusus kepada pemimpin Mesir era tersebut.

Dan raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku.” Maka tatkala raja telah bercakap-cakap dengan dia, dia berkata: “Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami.”(Surah Yusuf ayat 54)

Kemudian Kami utus Musa sesudah rasul-rasul itu dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pemuka-pemuka kaumnya, lalu mereka mengingkari ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang membuat kerosakan.(Surah Al-A’raaf ayat 103)

Mungkin bagi sesetengah individu menganggap perkara ini adalah perkara remeh. Namun, ia adalah satu keajaiban yang sangat luar biasa. Satu perkataan yang dianggap remeh sebenarnya adalah salah satu keajaiban Al-Quran yang akhirnya dibuktikan dengan penemuan-penemuan moden. Ini adalah salah-satu tanda keajaiban al-Quran yang diturunkan Allah swt kepada Nabi Muhammad saw.

Dinasti-dinasti Tamadun Mesir

1,400 tahun yang lampau ketikamana Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw, tiada siapa yang mengetahui bahawa tamadun Mesir terbahagi kepada beberapa dinasti dalam era yang berbeza-beza. Bahasa purba Mesir purba dan tulisan Higroglif telah lama pupus. Oleh yang demikian, sejarah lampau tamadun Mesir purba turut sama pupus. Menginjak pada zaman Rasulullah saw, pengetahuan tersebut tidak pernah diketahui tambahan pula tanah Arab mengalami zaman kemerosotan budaya dan ilmu pengetahuan.

Penemuan batu Rosetta

Pada tahun 1799, seorang tentera Perancis, Pierre-Francois Bouchard secara tidak sengaja menemui sebuah batu bersurat yang kemudiannya dikenali Batu Bersurat Rosetta. Batu Bersurat Rosetta adalah inskripsi tiga jenis bahasa yang ditulis serentak pada zaman King Ptolemy V(sekitar 196SM). Pierre-Francois Bouchard menemuinya di Bandar Rashid di Delta Sungai Nil. Pada awalnya batu bersurat tersebut digunakan untuk membina Fort Julien di Delta Sungai Nil.

Sekitar abad ke-19, seorang warga Perancis yang bernama Jean-François Champollion berjaya memahami bahasa Mesir purba. Daripada detik tersebut, semakin banyak tulisan-tulisan higroglif yang selama ini tidak difahami akhirnya berjaya ditafsirkan. Budaya dan sejarah tamadun Mesir purba difahami dengan sedalam-dalamnya. Nama-nama Firaun, isteri, anak-anak serta menteri-menteri berjaya diterjemahkan ke dalam bahasa Greek dan bahasa moden. Kajian dan penyelidikan yang berlaku dengan rancak akhirnya melahirkan sebuah disiplin kajian khusus yang dikenali Egyptology.

Batu Rosetta

Egyptologist

Kajian yang berterusan akhirnya berjaya merungkai sejarah awal Tamadun Mesir Purba. Kajian demi kajian akhirnya membuat para cendikiawan berpendapat bahawa Mesir terdiri daripada puluhan Dinasti yang mana ia terbahagi pula kepada beberapa Kerajaan. Secara ringkasnya, tamadun Mesir purba terbahagi kepada beberapa zaman iaitu:

  • Predynastic; muncul 4500SM sehingga berakhir pada 3150SM
  • Thinite Period; muncul 3150SM sehingga berakhir pada 2700SM
  • Old Kingdom; muncul 2700SM sehingga berakhir pada 2200SM
  • First Intermediate; muncul 2200SM sehingga berakhir pada 2040SM
  • Middle Kingdom; muncul 2040SM sehingga berakhir pada 1674SM
  • Second Intermediate; muncul 1674SM sehingga berakhir pada 1553SM
  • New Kingdom; muncul 1553SM sehingga berakhir pada 1069SM
  • Third Intermediate; muncul 1069SM sehingga berakhir pada 747SM
  • Late Period; muncul 747SM sehingga berakhir pada 525SM
  • First Persian Period; muncul 525SM sehingga berakhir pada 404SM
  • Dynasties 28-30; muncul 404SM sehingga berakhir pada 343SM
  • Second Persian Period; muncul 343SM sehingga berakhir pada 332SM
  • Greco-Roman; muncul 332SM sehingga berakhir pada 395SM

Kajian daripada Barat ini selari dengan apa yang telah termaktub di dalam Al-Quran.

Taurat 100% menggunakan gelaran ‘Firaun’ dalam kisah Nabi Ibrahim, Yusuf serta Musa as.

Pada 1,400 tahun yang lampau, satu-satunya sumber yang paling ‘dekat’ dengan Rasulullah saw adalah kitab Taurat milik bangsa Yahudi. Walaubagaimanapun, kitab Taurat yang menceritakan kisah Yusuf dan Musa dengan menggunakan gelaran Firaun kepada pemimpin Mesir. Begitu juga dengan kisah Nabi Ibrahim as yang berhadapan dengan pemimpin Mesir. Pemimpin Mesir tersebut turut sama digelar Firaun.

Firaun zaman Ibrahim as

So Pharaoh summoned Abram. “What have you done to me?” he said. “Why didn’t you tell me she was your wife?” [12:18]

Firaun zaman Yusuf as

Then Joseph said to Pharaoh, “The dreams of Pharaoh are one and the same. God has revealed to Pharaoh what he is about to do.” [41:25]

Firaun zaman Musa as

Then the Lord said to Moses, “See, I have made you like God to Pharaoh, and your brother Aaron will be your prophet.” [7:1]

Ia nyata berbeza dengan apa yang terkandung di dalam Al-Quran. Allah swt menggambarkan pemimpin zalim yang menentang seruan Nabi Musa as digelar Firaun manakala pemimpin yang mengangkat Nabi Yusuf as digelar Raja.

Di sini kita sebagai umat Islam, kita boleh menyedari bahawa Al-Quran bukanlah kitab yang diciplak daripada Kitab Taurat mahupun Injil sepertimana yang dituduh oleh para orientalis Barat. Ternyata, tuduhan jahat para orientalis Barat tersebut adalah tidak berasas.

Era Nabi Yusuf as

Seperti yang diberitahu sebelum ini, tamadun Mesir purba terbahagi kepada puluhan dinasti dengan Kerajaan yang berbeza-beza. Pakar arkeologi Barat dan Islam bersependapat bahawa Nabi Yusuf as diutuskan oleh Allah swt di bumi Mesir semasa Dinasti 11 dan 12 semasa era Middle Kingdom pada 1800 SM.

Beberapa bukti menunjukkan bahawa ia adalah bertepatan dengan apa yang diberitakan oleh Allah swt dalam Al-Quran.

Semasa Era Middle Kingdom, bangsa Hyksos berjaya menawan Mesir dan menjadi pemerintah utama di Delta Sungai Nil. Bangsa Hyksos adalah bangsa Asia-Semitik yang berasal daripada benua Asia. Semasa era tersebut, ramai bangsa luar Mesir berbondong-bondong datang ke Mesir dan bangsa Hyksos mempelawa serta tidak pula menentangnya.

Ini diperakui oleh dalam Nelson’s Illustrated Bible Dictionary bahawa Nabi Yusuf as berjaya mendapat tempat istimewa di istana.

… Kestabilan Mesir merudum dan kemerosotan era Second Intermediete Period (1750-1570 B.C.) baru bermula.

Semasa era kemerosotan, banyak bangsa bukan Mesir masuk ke sini(Mesir). Bangsa pemerintah yang dikenali Hyksos mentadbir wilayah-wilayah jajahan Mesir. Joseph bangkit dengan posisi penting di Rumah Potiphar(Genesis 39) dan tugasnya untuk mengumpul hasil tuaian semasa  Years of Plenty(Genesis 41) adalah bertepatan(dengan sejarah Mesir Purba). Ini kerana lain-lain bangsa asing turut sama mempunyai posisi penting dalam kerajaan Hyksos.

Turut sama menyokong teori ini adalah The Lion Handbook To The Bible,

The pharaohs of… Joseph’s time probably belonged to the 13th/15th dynasties… (Middle Kingdom and after), when many foreigners found employment in Egypt at various levels, from slaves to high stewards (like Joseph under Potiphar, Genesis 39:1-4)

Gelaran Firaun atau Raja

Menurut penyelidikan linguistik, perkataan Firaun berasal daripada perkataan Mesir purba, per-aa yang membawa maksud ‘Istana Besar’. Pada awalnya, ia merujuk kepada istana raja berbanding dengan gelaran khusus kepada pemerintah. Bangsa Mesir purba tidak memanggil raja mereka dengan gelaran Firaun sehingga muncul Dinasti ke-18(1552-1295SM) di era New Kingdom.

Pemerintah Mesir pertama yang menggunakan gelaran Firaun sebagai gelaran khusus kepada pemerintah adalah Amenhophis V(memerintah daripada tahun 1352 sehingga 1338SM). Gelaran Firaun ini kemudiannya menjadi ikutan sehingga kerajaan Mesir tumbang kepada bangsa Persia dan Yunani.

Ini diperakui sendiri oleh pengkajian secara terperinci para penyelidik Barat. Nelson’s Illustrated Bible Dictionary menulis sebagaimana berikut,

The title of the kings of Egypt until 323BC. In the Egyptian language the word Pharaoh means “great house.” This word was originally used to describe the palace of the king. Around 1500 BC this term was applied to the king.

Barat memang licik. Ketikamana Ptolemy I Soter berkuasa sekitar 305SM, Ptolemy I Soter tidak digelar Firaun tetapi digelar dengan gelaran Raja. Ini terkandung di dalam Batu Bersurat Rosetta yang mana ia menggelarkan dirinya sendiri dengan gelaran Raja dan bukannya Firaun.

Akan tetapi apabila Dinasti Hyksos berkuasa, pemimpin daripada dinasti tersebut digelar dengan gelaran Firaun sedangkan Firaun sebenar-benarnya adalah gelaran yang digunapakai oleh bangsa tempatan Mesir dan bukannya bangsa Hyksos yang berdarah Asia-Semitik.

Ptolemy I Soter adalah pemerintah Mesir yang menyemai budaya Hellenistik Barat di Mesir

Penutup

Sememangnya Al-Quran adalah mukjizat paling besar Rasulullah saw. Banyak ilmu-ilmu yang sulit untuk difahami pada zaman kenabian Rasulullah saw akhirnya dapat difahami dengan mendalam pada zaman kini. Allah swt tidak menurunkan Al-Quran semata-mata untuk memberi peringatan kepada manusia tetapi juga menurunkan ilmu-ilmu yang bukan sedikit jumlahnya.

Allah Taala berfirman : “Andai kata Al-Quran datangnya bukan dari sisi Allah pasti mereka akan mendapatkan pertentangan yang banyak sekali dalam isinya.” (Q.S. An-Nisa:82)

Sebenarnya tidak pernah ada sebuah kitab pun yang dapat menandingi kitab suci Alquran, baik mengenai ketinggian isinya, kejelasan keterangannya dan amat dalam mengesan di dalam jiwa.

“Dan andaikata semua pohon yang ada di bumi ini dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta dan ditambah lagi dengan tujuh lautan sesudah itu, maka tidak akan habis kalimat Tuhan (yang hendak dituliskan itu).” (Q.S. Luqman:27)

____________________________

Segalanya lebih menarik di

Kedashyatan Pengeboman Hiroshima..Bayang-bayang Lelaki Masih Kelihatan Hingga ke Hari Ini..

Oleh: takusahrisau

 

Pada 6 Ogos 1945 tepat jam 8.15 pagi, sebutir bom atom yang mengandungi 60 kilogram uranium-235 telah dijatuhkan di bandar Hiroshima. Bom yang dikenali ‘Little Boy’ itu hanya mengambil masa 43 saat untuk mencecah bumi Hiroshima sebelum menukarkan bandar tersebut kepada padang jarak padang terkukur.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Impak daripada bom atom tersebut sukar untuk digambarkan. Menurut statistik yang dikeluarkan secara rasmi, 30% orang awam Hiroshima terkorban dan seramai 70,000 yang lain cedera parah.

Sebelum

Selepas

Bayang-bayang

Dalam tragedi tersebut, ada kisah yang lebih menyayatkan hati. Seorang yang kemungkinan besar adalah lelaki maut dalam keadaan yang cukup mengerikan. Beliau yang ketika itu menunggu bank(Sumitomo Bank) dibuka duduk di tangga yang menjadi laluan utama ke bank tersebut. Beliau langsung tidak menyedari bahawa satu tragedi yang paling dashyat dalam sejarah manusia bakal berlaku sebentar lagi.

Sumitomo Bank selepas pembinaan semula

Tidak lama selepas itu, bom atom milik Amerika Syarikat itu telah dijatuhkan kira-kira 8.15 pagi. Bom tersebut jatuh tidak jauh daripada beliau iaitu lebih kurang 250 meter daripada Bank Sumitomo. Kesan daripada ledakan bom atom sangat memudaratkan. Sinaran haba daripada ledakan atom boleh mencapai suhu 1000 hingga 2000 darjah celcius.

Bank Sumitomo. Anak panah menunjukkan bayang-bayang lelaki tersebut ditemui

Ini mengakibatkan lelaki tersebut terbakar serta-merta tanpa meninggalkan jasad. Akan tetapi, kesan bayang-bayang lelaki tersebut jelas kelihatan. Bayangkan bagaimana dashyatnya impak bom atom tersebut.

Selepas 10 tahun tragedi tersebut berlalu, bayang-bayang lelaki tersebut masih boleh dilihat. Namun, ia beransur-ansur pudar kerana faktor cuaca yang hujan dan berangin.

Lihat kesan bayang-bayang lelaki tersebut

Disimpan di Muzium

Bagi mengingati kedashyatan tragedi tersebut, kerajaan Jepun mengambil inisiatif untuk mengabadikan ‘bayang-bayang’ lelaki tersebut di sebuah tempat yang lebih terjamin iaitu di Muzium Peringatan Kedamaian Hiroshima. Sebuah bank baharu telah dibina di tapak Bank Sumitomo yang musnah pada 6 Ogos 1945.

____________________________

Segalanya lebih menarik di

Logo Olimpik London 2012 Membentuk Ejaan ‘ZION’..

Oleh: takusahrisau

 

Olimpik London 2012 dijangka akan berlangsung pada 27 Julai 2012 dan dijadualkan berakhir pada 12 Ogos 2012. Sukan terbesar di dunia ini bakal disertai oleh ratusan negara berdaulat dan ribuan atlit daripada negara peserta dijangka akan berkampung di sekitar London dalam tempoh tersebut.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Logo Kontroversi Olimpik London 2012

Namun, kemeriahan sukan tersebut menjadi sedikit hambar apabila logo rasmi sukan Olimpik London 2012 mempunyai kaitan dengan perkataan ‘ZION’. Apabila menyebut mengenai ZION, minda kita terus terarah kepada pertubuhan Zionisme yang dikelolakan oleh Yahudi Israel. Pertubuhan sekular tersebut menjadi taboo kepada kebanyakan umat Islam di dunia. Umumnya, umat Islam mengaitkan Zionisme dengan keganasan terhadap umat Islam Palestin.

Konspirasi Israel

Pendedahan berkenaan logo rasmi Olimpik London 2012 ini mula-mula diajukan oleh kerajaan Iran pada awal 2011. Kerajaan Iran mengaitkan logo tersebut dengan konspirasi sulit Israel dan Iluminati yang mana cuba ‘membasuh minda’ masyarakat dunia dengan medium sukan mega.

Tidak dinafikan logo Olimpik London 2012 mempunyai kaitan dengan Israel. Lihatlah betapa licik dan jahatnya Yahudi Zionis dalam mencipta propaganda dan kaedah sulit untuk menghancurkan umat manusia. Memang benarlah kata-kata sesetengah pihak bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa yang menyebabkan umat manusia sering huru-hara sehingga tidak sunyi daripada peperangan. Memang layak mereka mendapat laknat Allah swt dalam Al-Quran.

_____________________________

Segalanya lebih menarik di

Para Malaikat Memberi Bantuan Kepada Pejuang Chenchya..

Oleh: takusahrisau

 

Dalam berjihad di jalan Allah swt, kejadian pelik dan aneh seringkali berlaku. Kejadian seperti ini sudah pun dirakam oleh Allah swt dalam al-Quran sejak 1,400 tahun yang lampau. Peristiwa di Badar dan semasa di Perang Hunain menyaksikan segerombolan bantuan malaikat turun membantu Rasulullah saw dan para sahabat di medan perang. Kejadian aneh ini disaksikan sendiri oleh para sahabat dan terdapat kesaksian mereka terkandung dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Tiada yang mampu dikatakan selain daripada memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt dan laungan takbir. Kejadian bantuan daripada tentera Allah ini turut sama berlaku di beberapa tempat terpilih seperti yang diberitakan berlaku di pergunungan Chenchya.

Inilah keistimewaan yang Allah swt berikan kepada pejuang-pejuang yang sentiasa meletakkan agama Allah di tempat paling atas berbanding perkara-perkara lain. Tiada sebab untuk Allah swt tidak memberi pertolongan sekiranya hal sedemikian memberi kemenangan kepada Islam. Maha Suci Allah Yang Maha Pemberi Pertolongan.

Ikutilah penceritaan daripada seorang Mujahiddin yang menjadi saksi kepada kejadian aneh ini. Moga Allah swt melimpat gandakan pahala kepada mereka dan menempatkan mereka di syurga yang telah dijanjikan.

Kesaksian Para Malaikat Memberi Bantuan

Kami berperang dalam satu batalion bersama komandan operasi, dan selama perjalanan kembali dari Grozny menuju ke sebuah gunung tiba-tiba muncul jet pejuang Rusia yang menerjunkan ratusan tentaranya. Kami mulai bersiap siaga. Pada waktu itu kami dalam keadaan berkaki ayam pada malam yang gelap gelita serta di atas tanah yang dipenuhi salji.

Tentara-tentera Rusia tersebut mendarat di atas gunung sedangkan kami berada dibawahnya. Hal ini membuat sudut pandangan kami menjadi tidak jelas, sedangkan bagi pihak mereka sangat jelas. Oleh sebab posisi mereka yang berada di atas kami menyebabkan kami tiada tempat untuk berlindung.

Tapi tiba-tiba mereka diliputi kekacauan dan ketakutan dan mereka pun mulai menembak. Dan aku bersumpah atas nama Allah, kami melihat mereka menembak ke atas, padahal posisi kami di bawah.

Komander Khattab

 

Kemudian keadaan tiba-tiba berubah menjadi tenang dan hening. Kami pun menunggu hingga setengah jam. Komandan Khattab berkata,

“Saya ingin beberapa orang untuk mendaki gunung bagi mengetahui apa yang sedang terjadi dan mengapa mereka menghentikan tembakan”.

Seluruh mujahidin mengangkat tangannya. Maka komandan Khattab hanya memilih tujuh mujahiddin untuk mendaki ke atas. Setelah satu jam menunggu, kami mendengar tujuh mujahiddin yang ditugaskan untuk menyiasat melaungkan takbir di atas gunung. Laungan takbir tersebut memecahkan kesunyian malam.

Laungan takbir

Dengan rasa ingin tahu kami pun mendapatkan mereka. Sampai di atas gunung, segera kami bertanya kejadian sebenarnya. Sesaat kemudian seluruh Mujahidin bertakbir. Ternyata kami menemukan kejadian yang mengejutkan, ratusan tentara Rusia telah terpenggal.

Melihat keadaan tentara-tentara Rusia tersebut, kami beranggapan mayat mereka dipenggal dengan pedang yang begitu tajam, atau paling tidak mungkin dengan gergaji elektrik. Kami yakin tidak mungkin seorang manusia mampu melakukannya. Tambahan pula, tentera Russia terkenal dengan kecekapan dan kemahiran mereka dalam selok-belok peperangan.

Satu lagi kejadian aneh di mana senjata api mereka iaitu Kalashinkov masih tergengam di tangan mereka dan tidak sedikitpun mengalami kerosakan. Pisau-pisau dan senjata mereka yang lain pun masih lagi elok.

Jumlah tentara Rusia yang terpenggal ada sekitar ratusan orang. Melihat kepada hal sedemikian, kami menyedari bahawa sesungguhya Allah telah mengirim para malaikat-Nya untuk menolong kami.

Dipetik daripada buku “Karamah Mujahidin dari Masa ke Masa” oleh Abu Muhammad

__________________________

Segalanya lebih menarik di

Kisah Dua Belia Yang Membunuh Abu Jahal Semasa Perang Badar..

Oleh: takusahrisau

Ketika di medan Perang Badar, Abdurrahman bin Auf didatangi dua orang remaja dari kaum Anshar, iaitu Muaz bin Amr Al-Jamuh dan Muawwiz bin Afra. Masing-masing berumur 14 tahun dan 13 tahun. Kedua duanya datang memikul sebilah pedang. Kedua-dua remaja tersebut datang menemui sahabat besar Rasulullah ini semata-mata untuk memberitahu niat mereka untuk membunuh Abu Jahal.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Dalam keadaan hiruk-pikuk pertempuran, Abdurrahman bin Auf berteriak, “Wahai anak, kamu masih terlalu muda untuk terlibat di peperangan ini, sebaiknya engkau menjauhkan diri dari tempat ini”.

Namun, kedua-dua belia tersebut tidak berganjak malah membalas kata-kata Abdurrahman bin Auf,

“Kami mendapat izin daripada ibu dan ayah kami bagi menyertai pasukan Muhammad,” teriak Muaz.

“Saya datang ke sini hanya untuk membunuh Abu Jahal. Tunjukkan dimana dia?” Kata Muawwiz dengan penuh semangat.

Pada mulanya Abdurrahman bin Auf tidak menghiraukan kata-kata dua remaja tersebut, tetapi Muaz dan Muawwiz terus mendesaknya supaya menunjukkan di mana Abu Jahal dan bagaimana wajahnya. Melihat kesungguhan mereka, Abdurrahman bin Auf terpaksa akur.

“Saya akan tunjukkan kepada kamu di mana Abu Jahal, tetapi boleh tahu apa yang akan kamu lakukan apabila berjumpa dengannya? tanya Abdurrahman bin Auf.

“Ibu saya berpesan jangan pulang ke rumah selagi kepala Abu Jahal tidak diceraikan dari badannya,” jawab Muaz bersungguh sungguh.

“Abu Jahal menghina serta menyakiti Rasulullah, saya ingin membunuhnya,” sambung Muawwiz pula.

Abdurrahman bin Auf tersenyum mendengar kata-kata dari dua orang remaja yang berani itu. Dia berjanji akan menunjukkan Abu Jahal apabila berjumpa.

Abdurrahman bin Auf diserang

Tiba tiba seorang tentara Quraisy menyerang Abdurrahman bin Auf dari belakang. Muaz dan Muawwiz yang melihat kejadian itu segera bertindak melindunginya. Muaz dengan cepat menebas kaki tentara Quraisy tersebut sehingga menyebabkan dia tersungkur. Muawwaiz pula bertindak menikamnya hingga mati. Melihat insident tersebut, timbul rasa kagum di hati Abdurrahman bin Auf terhadap dua remaja tersebut.

“Tunjukkan kepada kami di mana Abu Jahal,” kata Muaz seolah-olah tidak sabar lagi hendak bertemu dengan ketua pasukan Quraisy itu.

Abu Jahal berjaya ditemui

Tiba tiba Abdurrahman bin Auf melihat Abu Jahal sedang berada di bawah sepohon kayu yang agak rendang. Musuh Allah dan Rasul itu menunggang kuda sambil berteriak memberi kata kata semangat kepada pasukannya agar terus berjuang.

“Itulah lelaki yang kamu cari. Tetapi kamu haruslah berhati-hati kerana dia juga seorang pahlawan Quraisy”, kata Abdurrahman bin Auf.

“Terima kasih pakcik. Saya akan dapatkan dia sekarang,” ujar Muaz sambil berlari ke arah Abu Jahal.

“Saya akan membantunya membunuh lelaki yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya itu,” kata Muawwiz juga.

“Berhati-hati kerana dia dilindungi oleh pasukan Quraisy,” pesan Abdurrahman bin Auf. Dia sendiri tidak dapat membantu kerana sedang berhadapan dengan pulushan tentara Quraisy yang menyerangnya.

Dua Belia Yang Berani

Muaz dan Muawwiz terus berlari ke arah Abu Jahal yang masih berada di atas kudanya, mereka berlari tanpa menghiraukan keselamatan mereka. Ketika itu, Abu Jahal tidak menyedari akan kedatangan dua remaja tersebut. Muaz tiba terlebih dahulu namun dia tidak dapat menebas kaki Abu Jahal. Maka, Muaz bertindak menebas kaki kanan kuda yang dinaiki Abu Jahal sehingga menyebabkan kuda tunggangan Abu Jahal jatuh tersungkur.

Abu Jahal turut sama tersungkur ke tanah. Dalam keadaan penuh amarah, Abu Jahal mencuba untuk bingkas bangun tetapi sepantas kilat Muaz menebas kaki kanan Abu Jahal sehingga putus. Muawwiz menyusul lalu memukul kepala Abu Jahal sehingga lemah longlai.

Muawwiz Syahid

Ikramah iaitu anak Abu Jahal(ketika itu masih belum Islam) kebetulan berada di situ segera menolong dan melindungi bapanya. Ikramah bertindak menyerang balik Muaz dan menebas tangan kiri remaja itu hingga hampir putus, Muaz terjerembab ke tanah. Muaz berusaha lari namun dibiarkan oleh Ikrimah kerana dia melihat Muawwiz menghampiri bapanya untuk membunuhnya.

Maka terjadi pertarungan di antara seorang dewasa dengan seorang remaja belasan tahun. Apalah yang mampu dilakukan oleh Muawwiz selain daripada terus diasak secara agresif oleh Ikrimah tanpa mempunyai peluang untuk menyerang balas. Muawwiz akhirnya syahid di tangan Ikrimah.

Muaz Menemui Rasulullah saw

Muaz yang berhasil meloloskan diri terus berlari menemui Rasulullah saw. Tetapi, Muaz terasa terganggu dengan tangan kiri beliau yang terkulai ditebas Ikrimah sebentar tadi. Muaz tanpa berfikir panjang terus memutuskan tangan kirinya yang terkulai. Muaz lalu berkata

“Wahai tangan, kamu mengganggu perjalananku untuk menemui Rasulullah”.

Selepas itu, Muaz terus berlari mencari Rasulullah dalam keadaan kesakitan yang amat sangat. Akhirnya beliau berjaya menemui Rasulullah yang pada ketika itu sedang segit bertempur. Tanpa menghiraukan kesakitannya Muaz terus berlari hingga berjaya memeluk Rasulullah saw.

“Wahai Rasulullah, saya dan Muawwiz berhasil membuatkan Abu Jahal cedera parah, tetapi dia masih hidup kerana kami telah dihalang oleh anaknya bernama Ikrimah dan beberapa tentera pasukan Quraisy.” Beritahu Muaz lalu menunjukkan posisi mana Abu Jahal sedang berada.

Abdullah Ibnu Mas’ud membunuh Abu Jahal

Nabi Muhammad memanggil Abdullah Ibnu Mas’ud ra yang berada di situ kerana gilirannya mengawal Rasulullah saw. Beliau lalu menyuruh Ibnu Masud mencari Abu Jahal untuk mengakhiri riwayatnya.

“Wahai Ibnu Masud, anak ini memberitahu dia telah membuat Abu Jahal terluka, pergilah dan lihatlah dia disana,” sabda Rasulullah.

Abdullah ibnu Mas’ud segera mencari Abu Jahal. Didapatinya pimpinan Quraisy itu mengalami luka yang cukup parah namun masih bernyawa. Tanpa rasa belas kasihan Abdullah bin Mas’ud menekan leher Abu Jahal sambil berkata,” Wahai musuh Allah dan musuh Rasul-Nya, pada hari ini Allah swt menghinamu.”

“Dengan apa Allah menghina aku? Apakah kerana aku mati ditangan engkau? Tanya Abu Jahal yang masih menunjukkan kesombongannya.

Abdullah ibnu Mas’ud mengangkat pedang hendak memenggal kepala Abu Jahal, tetapi Abu Jahal berujar,”Sebelum engkau membunuh aku, beritahu dahulu pihak mana yang memenangi pertempuran ini, milik siapakah kemenangan hari ini?”

“Pasukan Quraisy kalah, kemenangan itu milik Allah dan Rasul-Nya,” Jawab Abdullah bin Mas’ud.

“Anda dusta wahai pengembala kambing!” kata Abu Jahal yang menunjukkan sikap angkuhnya walaupun situasi sedang genting.

Tanpa ada melengahkan waktu, pedang Abdullah ibnu Mas’ud terus menebas kepala Abu Jahal.

Berita Abu Jahal terbunuh tersebar

Berita terbunuhnya Abu Jahal dengan cepat disampaikan kepada pasukan Islam. Mendengar berita tersebut, semangat juang mereka semakin membara. Manakala, bagi pihak Musyrikin, berita tersebut menghancur-luluhkan semangat mereka.

Rasulullah saw mendengar berita kematian Abu Jahal daripada Abdullah bin Mas’ud ra, baginda bersabda,

”Wallahi, Laa ilaha illaLLah , Laa ilaha illaLLah, Laa ilaha illaLLah, Allahu Akbar, AlhamduliLLah, Dia yang memenuhi janjiNya dengan menolong hambaNya dan mengalahkan musuhNya.”

Begitulah kematian musuh Allah dan Rasul. Abu Jahal mati dalam keadaan yang cukup hina walaupun pada ketika itu beliau termasuk manusia yang dihormati kaumnya. Beluau mempunyai kekayaan yang melimpah ruah tetapi Allah swt tetap mengotakan janjinya untuk menghinakan dirinya.

Segalanya bermula dengan serangan dua orang remaja dibawah umur. Segala kekuatannya hilang atas izin Allah swt.

Ia adalah bukti nyata bahawa dengan kekuatan iman dan jihad, siapa sahaja mampu untuk mengalahkan kekuatan musuh miskipun musuh adalah individu paling hebat dan kejam pada zamannya. Kisah dua pemuda ini wajar dijadikan tauladan kepada generasi muda pada masa kini.

Ya Allah kuatkanlah Islam dengan generasi yang Engkau redhai, dan munculkanlah kekuatan Islam dari munculnya pemuda-pemuda muslim seperti Muaz bin Amr Al-jamuh, dan Muawwiz bin Afra.

_________________________

Rujukan

  • Sirah Nabawiyah Ibnu Hisham Jilid 1

_________________________

Segalanya lebih menarik di

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg Sudah Berkahwin..

Oleh: takusahrisau

Pengasas rangkaian sosial terkemuka, Facebook, Mark Zuckerberg,28 sudah sah menjadi suami kepada Precilla Chan,27. Mereka dilaporkan berkahwin pada 19 Mei 2012(Sabtu) yang lalu. Kedua-dua pasangan ini sudah pun mengemaskini status Facebook mereka kepada ‘married’.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Mark Zuckerberg mengikat ikatan perkahwinan dengan graduan perubatan daripada University of California, San Francisco di kediaman mewah beliau di Palo Alto, California. Majlis perkahwinan mereka berlangsung secara sederhana dengan 100 orang tetamu telah dijemput untuk memeriahkan majlis mereka. Majlis tersebut berlangsung di perkarangan kediaman Mark Zuckerberg.

Kedua-dua pasangan secocok ini sudah lama mengenali antara satu sama lain. Mereka berdua berkenalan sejak Zuckerberg dan Chan menuntut di Universiti Harvard iaitu tempat di mana Facebook mula-mula diasaskan.

____________________________

Segalanya lebih menarik di

Part 2: Bukti Fizikal Paul McCartney yang Meragukan..

Oleh: takusahrisau

 

Khabar angin yang mengatakan Paul McCartney telah meninggal dunia pada 9 November 1966 telah mengejutkan peminat-peminat muzik Beatles di seluruh dunia. McCartney yang meninggal dunia kemudian telah diganti oleh seseorang yang mirip kepada beliau. Adakah khabar angin ini benar atau hanya sekadar hoax?

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

MI6

Beberapa pendapat mengatakan kematian Paul McCartney pada 1966 terpaksa disembunyikan bagi mengelakkan ribuan peminat Beatles membunuh diri atau melakukan sesuatu yang menjejaskan keamanan komuniti. Ketika itu, Beatles mencapai kemuncak dalam karier dengan jutaan peminat di seluruh dunia memuja mereka.

Pihak yang dikatakan bertanggungjawab mengunci mulut setiap saksi terutama tiga anggota Beatles yang lain adalah agen MI6. MI6 adalah agensi perkhidmatan rahsia Britain yang bertanggungjawab terhadap ancaman subversif dan teroris.

Dalam satu lirik tulisan John Lennon, beliau secara tersirat telah mendedahkan nama agen tersebut. Lirik tersebut berbunyi ‘Come Together Something Maxwell’s Silver Hammer’. Maxwell dipercayai adalah agen yang bertanggungjawab menyelia hal ehwal Beatles.

Kematian misteri John Lennon juga dikaitkan dengan agen MI6 yang bernama Maxwell.

Bukti fizikal yang meragukan

Beberapa bukti fizikal telah menunjukkan bahawa McCartney yang telah ‘meninggal dunia’ sejak 1966 adalah seorang double yang mirip kepada beliau. Bukti ini sangat mengejutkan kerana terdapat perbezaan ketara antara McCartney sebelum tahun 1966 dan McCartney selepas tahun 1966. Antara yang didapati mempunyai perbezaan adalah ketinggian, bentuk muka, telinga, suara dan perwatakan.

Paul McCartney dan keluarga

Ketinggian McCartney

Ketinggian McCartney berubah mendadak selepas perbandingan gambar pada tahun 1963 dan 1964 dengan gambar yang dirakam pada 1968.

Dirakam pada 1964

Dirakam pada awal 1966

Bandingkan dengan gambar ini:

Dirakam selepas tahun 1966

Cuping Telinga McCartney

Cuping telinga kiri McCartney di bahagian bawah mempunyai ciri unik iaitu ia bersentuhan dengan kulit. Walaubagaimanapun, sekeping gambar yang dirakam pada 1974 menunjukkan cuping telinga kiri McCartney berubah hampir 100 peratus. Ia membuatkan ramai mempercayai bahawa McCartney sememangnya telah diganti oleh seorang yang mirip dengan beliau.!

Sebelum 1966

Selepas 1966

Bentuk Muka McCartney

Bentuk muka McCartney juga didapati berubah. Wajah McCartney didapati lebih tirus berbanding wajah sebelumnya. Kepalanya juga lebih panjang dan ia berbeza dengan McCartney sebelum 1966. Untuk pengetahuan pembaca, teknologi Botox pada era tersebut masih belum diperkenalkan. Penyelidikan hanya bermula pada tahun 1989 dan digunakan secara meluas dalam bidang kosmetik serta kecantikan pada awal tahun 2003.

Lihat perubahan wajah McCartney yang sangat ketara miskipun hanya diselangi setahun.

 

 ____________________________

Segalanya lebih menarik di

(Video) IbuBapa Dungu Campak Bayi Dalam Mesin Basuh..!

Oleh: takusahrisau

Niat seorang bapa untuk bergurau dengan ‘mencampakkan’ bayinya ke dalam mesin basuh bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mesin basuh tersebut tiba-tiba terkunci dan beroperasi secara automatik. Akibatnya, bayi malang tersebut terperangkap di dalam mesin basuh selama hampir 2 minit.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Tindakan dungu bapa mencampakkan bayinya ke dalam mesin basuh hanya diperhatikan oleh si ibu tanpa sebarang bantahan. Kedua-dua mereka nampaknya gagal menggunakan otak ketikamana ia benar-benar diperlukan.

Bayi malang tersebut walaubagaimanapun sempat diselamatkan sebelum dihantar ke hospital. Bayi tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

P/s: Apa punya bapak la…!

_____________________________

Segalanya lebih menarik di

%d bloggers like this: