Archive | November 2011

Perbezaan antara Penganut Islam dan Bukan Islam..

Oleh: takusahrisau

Islam telah meletakkan satu prinsip dan peraturan agama yang penting iaitu kewajipan yang jelas berbeza daripada amalan golongan bukan Islam baik daripada segi kepercayaan, cara ibadat mahupun budaya hidup. Asas bagi prinsip ini terkandung dalam banyak nas-nas dalam al-Quran dan al-Hadis.

Dalam surah al-Jaathiah ayat 18, Allah swt telah memberitahu orang Islam bahawa mereka telah diberi syariat yang tersendiri.

Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.

 

Melalui ayat ini, Allah swt sendiri telah menyeru orang Islam supaya mengikut syariat yang disediakan oleh Allah swt melalui Nabi Muhammad saw dan tidak sesekali meniru atau mencampur-adukkan dengan syariat dan peraturan agama umat terdahulu.

Umat Islam mempunyai peraturan yang cukup berbeza berbanding Umat Yahudi dan Kristian.

Hikmah daripada syariat yang Allah swt sediakan khusus kepada umat Islam adalah untuk mengelakkan golongan Yahudi dan Kristian mempunyai alasan untuk terus merosakkan kepercayaan umat Islam pada waktu itu mahupun pada masa kini.

Sejarah sendiri mencatatkan bagaimana perisitiwa orang Yahudi mengeji Rasulullah saw kerana mengadap kiblat ke arah Baitul Maqdis ketika mengerjakan solat yang mana turut menjadi kiblat mereka. Sedangkan, ia sebenarnya adalah perintah Allah swt. Berkat kesabaran dan doa Rasulullah saw, maka turunlah ayat untuk mengubah arah kiblat daripada Baitul Maqdis ke Baitul Haram iaitu Kaabah. Masjid Kiblatain menjadi saksi kepada peristiwa tersebut.

Sesungguhnya, peraturan dasar dalam ajaran Islam benar-benar tidak dipengaruhi oleh mana-mana agama terdahulu samaada Yahudi, Kristian, Majusi mahupun Paganisme sepertimana yang sering diperkatakan oleh pakar-pakar orientalis barat. Namun, sebagai salah satu agama samawi, Islam tidak boleh lari daripada mengungkap berkenaan tauhid(monotheisme) sepertimana ajaran-ajaran agama samawi yang lain. Jesteru itu, di bawah adalah beberapa perbezaan ketara antara Penganut Islam dan Bukan Islam yang mana menjadi sempadan jelas antara dua golongan ini:

  • Larangan Rasulullah saw terhadap umatnya daripada menggunakan loceng sebagai seruan solat pada zaman awal Islam kerana ia menyerupai cara puak Yahudi dan Kristian. Seruan Azan akhirnya digunakan oleh Rasulullah saw berdasarkan mimpi yang dialami oleh salah seorang sahabat baginda.(Shahih Sunan Abi Dawud, no. 498)
  • Larangan Rasulullah saw daripada mengerjakan solat pada waktu matahari terbit dan waktu ia sedang terbenam kerana ia adalah waktu sujud golongan penyembah matahari.(Shahih Muslim, no. 832)
  • Larangan Rasulullah saw daripada  menjadikan perkuburan para Anbiya’ dan Shalihin sebagai tempat ibadat kerana yang demikian itu adalah amalan golongan Yahudi dan Kristian.(Shahih Muslim, no. 530-532)
  • Larangan Rasulullah saw daripada bersolat berbungkus sehelai kain tanpa mengilasnya di tempat kilasan kerana yang demikian itu adalah perbuatan golongan Yahudi.(Shahih Sunan Abi Dawud, no.635)
  • Suruhan Rasulullah saw untuk memakai selipar atau khuf(yang terjamin sucinya) ketika melaksanakan ibadat solat adalah kerana golongan Yahudi tidak mengharuskannya. (Shahih Sunan Abi Dawud, no.652)

 

  • Larangan Rasulullah saw daripada duduk bertongkat dengan tangan kiri dalam solat kerana yang demikian itu adalah cara duduk puak Yahudi.(Mustadrak al-Hakim, lihat: Jilbab al-Mar’ah,hal:175)

 

  • Peringatan Rasulullah saw terhadap umatnya supaya bersahur apabila berpuasa kerana golongan Ahli Kitab berpuasa tanpa bersahur.(Shahih Muslim no.1096)
  • Saranan Rasulullah saw terhadap umatnya supaya menyegerakan berbuka puasa kerana golongan Ahli Kitab melewatkannya.(Musnad Ahmad)
  • Saranan Rasulullah saw supaya umatnya berpuasa Asyura(10 Muharram) iaitu sebanyak dua hari, hari ke-9 dan hari ke-10 kerana golongan Ahli Kitab berpuasa hanya pada hari ke-10 sahaja.(Shahih Muslim no.1134)
  • Saranan Rasulullah saw supaya jemaah haji bergerak daripada Mudzalifah ke Mina sebelum terbit matahari kerana golongan Musyrikin lazimnya bergerak selepas matahari terbit sehingga sinarnya melepasi puncak Bukit Thubair di Mekah.(Shahih Bukhari no. 3626)

R.I.P Gary Speed..

Oleh: takusahrisau

Bekas pemain bolasepak kelab Leeds United, Everton, Newcastle United, Bolton Wanderers dan Sheffield Unite, Gary Speed, 42 ditemui mati tergantung di dalam garaj di banglo miliknya yang berharga £1.5 juta.

Gary Speed(kiri) dan seorang peminat. Ini adalah gambar terakhir beliau sebelum ditemui mati tergantung di rumahnya.

Gary Speed merupakan ‘living lagend’ kepada ramai peminat sukan bolasepak terutama bagi peminat kelab Newcastle United. Beliau dikenali pemain yang jarang mengalami kecederaan sehingga mampu bermain dengan baik pada usia 39 tahun. Khidmat terakhir Speed adalah mengurus pasukan bolasepak Wales sejak tahun 2010.

Speed meninggalkan seorang balu, Louise Speed, 40 yang dikahwini sejak tahun 1996 dan dua anak remaja Tommy dan Eddie Speed.

Kompilasi sebahagian gol-gol yang dijaringkan oleh Gary Speed semasa kariernya sebagai pemain bolasepak.

Temuramah terakhir Gary Speed dalam rancangan BBC Football Focus

(Gambar) Awan menyerupai manusia bersolat..

Oleh: takusahrisau
 
 
Sebuah rakaman video menunjukkan awan dirakam membentuk seorang manusia sedang bersolat. Jelas ia membentuk manusia bersolat melalui kepala, hidung bahkan mulut sekalipun. Awan bergitu bersinar itu seakan-akan membentuk manusia melaksanakan tahayatul akhir. Subhanallah..
 
Klik SINI untuk melihat video tersebut
 
 
 

(Video) Penjelasan Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din tentang pemindahan Jin menggunakan Bas..

Oleh: takusahrisau

 

Tidak salah rasanya untuk mengatakan ramai di antara kita terutamanya masyarakat Melayu beragama Islam mempercayai kisah Tuan Guru Dato’ Haron Din memindahkan sekumpulan jin yang mengganggu Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dengan menggunakan bas. Namun, alkisah sebenarnya tidaklah bergitu. Pemilik  Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ ini menafikan sekeras-keras tentang penggunaan nama beliau dalam kisah yang boleh dikategorikan sebagai ‘bualan ramai’ ini. Tuan Guru Dato’ Haron Din menegaskan sebagaimana beliau berkata,

Adalah tidak benar saya melakukan satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan saya tidak pernah melakukan buat kerja macam itu.”

 

Dalam video berdurasi 9.38 minit ini, beliau juga mengesa masyarakat supaya berhenti bercakap mengenai kisah ‘temberang’ ini dan mempercayai perjelasan yang dibuat oleh beliau.

Klik SINI untuk melihat video tersebut

p/s: Jelas dan muktamad.

(Gambar) Anjing yang setia..menemani kubur mendiang tuannya setiap hari..

Oleh: takusahrisau

Seekor anjing telah menyentuh setiap hati yang melihat gelagatnya yang enggan meninggalkan kubur mendiang tuannya yang meninggal dunia. Tuan kepada anjing tersebut, Loa Pan telah meninggal dunia pada usia 68 awal bulan ini(November 2011). Mendiang Loa Pan yang tinggal di pekan kecil Panjiatun hidup sebatang kara dan hanya bertemankan anjing berwarna kuning pudar beliau yang setia.

Seakan pernah bersumpah dengan tuannya untuk setia menemani sehingga ke liang lahad, anjing kecil ini enggan makan dan minum bahkan sanggup berhujan panas di sisi kubur mendiang tuannya.

Menurut seorang penduduk tempatan, anjing ini sudah seminggu tidak makan dan minum. Beliau dan beberapa yang lain membawa makanan dan air kerana kasihan melihat sifatnya yang setia. Mereka juga bercadang untuk membina kandang kecil bagi memudahkannya berteduh daripada hujan dan panas.

Seorang lagi penduduk tempatan menceritakan bagaimana beliau mengambilnya sebagai anjing angkat namun tidak beberapa lama kemudian anjing tersebut melarikan diri ke sisi kubur mendiang tuannya.

Episod kesetiaan anjing dan manusia benar-benar mengundang duka dan air mata kepada yang melihatnya. Sejarah merakamkan bagaimana seekor anjing yang diberi nama Greyfriars Bobby setia menemani kubur tuannya, John Gray selama 14 tahun. Anjing yang menjadi inspirasi kepada banyak penerbit drama dan filem ini meninggal dunia pada 14 Januari 1872.

Menyedari anjing tersebut sudah seminggu tidak menyentuh makanan, masyarakat setempat membawa makanan untuk anjing tersebut.

Menurut kajian, anjing mempunyai naluri ‘kemanusiaan’ cukup kuat terutama kepada mereka yang menyayanginya.

Sejak zaman berzaman, anjing adalah haiwan paling rapat dengan manusia.

 

 

Dakwah Rasulullah saw kepada Pemimpin-pemimpin Negara..

Oleh: takusahrisau

Oleh kerana risalah Islam diturunkan untuk seluruh dunia dan umat manusia seperti yang terkandung dalam surah Saba’ ayat 28, Nabi Muhammad saw mengutuskan surat dan wakil kepada raja, pemimpin serta ketua negara dan kaum yang berlainan untuk mengajak mereka kepada Islam. Sesetengah mereka menerima seruan baginda dan memeluk Islam, namun terdapat beberapa yang lain menunjukkan sikap biadap dan angkuh.

Langkah berani Rasulullah saw ini menunjukkan bahawa baginda menyedari tanggungjawab besar yang digalas oleh baginda sebagai Utusan Allah yang terakhir di bumi ini. Dengan itu baginda melakukan sepenuh usaha untuk menyampaikan Islam kepada seberapa ramai orang di seluruh dunia ini tanpa mengira pangkat dan kedudukan mereka.

Tiada contoh lain dalam sejarah di mana para Nabi dan Rasul mengajak raja dan pemerintah negara dan bangsa lain untuk memeluk agama Tauhid. Hanya Rasulullah saw sahaja yang pernah melakukkannya.

 

Raja Habsyah

Rasulullah saw mengutuskan Amru bin Umaiyah al-Damri sebagai wakil menemui Raja Habsyah. Raja Habsyah adalah raja beragama Kristian yang bernama Asyam ibn Al-Jabr atau lebih dikenali dengan Raja Najasyi. Raja Najasyi memeluk Islam  selepas menerima risalah Rasulullah saw dan membalas surat baginda saw.

Surat Rasulullah saw kepada Raja Najasyi

 

Raja Bahrain

Untuk Raja Bahrain, Rasulullah saw mengutuskan Ala ibn Hadrami sebagai wakil dengan membawa surat kepada Raja Bahrain. Raja Bahrain pada ketika itu adalah Munzir ibn Sawi(atau Sa’adi). Sepertimana Raja Najasyi, Munzir ibn Sawi memeluk Islam.

Raja Oman

‘Amr ibn al-‘As diutuskan menemui pemerintah Oman dengan membawa sepucuk surat. Kedua-dua raja Oman, Jayfar dan Abd(atau Abbed) ibn Julandi memeluk Islam.

Pemerintah Damsyik

Rasullulah saw mengutuskan Shuja ibn Wahb al-Asdi dengan membawa surat menemui pemerintah Damsyik dan gabenor Syria yang bernama Munzir bin Harith ibn Abi Shimr al-Ghassani. Pada mulanya, mereka memberi respon yang kurang sopan dengan mengugut untuk menyerang Madinah. Namun, selepas itu, mereka kembali tenang setelah dipujuk oleh Shuja ibn Wahb al-Asdi. Mereka melayan utusan Rasulullah saw dengan sopan dan penuh hormat. Walaubagaimanapun, mereka tidak memeluk Islam.

Pemerintah Yamamah

Sulait ibn ‘Amr Amri dihantar sebagai wakil Rasulullah saw menemui pemerintah Yamamah. Pemerintah Yamamah ketika itu adalah Hauza ibn Ali. Beliau beragama Kristian. Beliau menyatakan persetujuan untuk memeluk Islam namun dengan syarat dijadikan pemerintah bagi separuh negara Islam. Walaubagaimanapun, beliau meninggal dunia beberapa hari setelah beliau menyatakan syaratnya.

Raja Iskandariah

Hatib ibn Abi Balta’ah diutus sebagai wakil Rasulullah saw untuk menemui pemerintah Iskadariah, Jarih ibn Mathew atau lebih dikenali Raja Muqauqis. Beliau berjanji akan mempertimbangkan perkara ini dan menyimpan surat Rasulullah saw dengan penuh hormat dalam sebuah peti yang diperbuat daripada gading. Beliau juga mengirim hadiah kepada Rasulullah saw sebagai tanda persahabatan.

Maharaja Rom

Wahiyyah(atau Dihiyah) bin Khalifah al-Kalbi dihantar sebagai wakil menemui Maharaja Rom, Heraklius. Beliau bertanya kepada Abu Sufyan yang kebetulan berada di sana kerana mengetuai rombongan perdagangan Quraisy tentan peribadi, keturunan, kedudukan sosial, dan kejujuran Rasulullah saw. Beliau berasa terharu dengan surat Rasulullah saw dan melayan wakil baginda saw dengan penuh hormat. Ada riwayat menyatakan beliau memeluk Islam secara sembunyi namun riwayat yang lain menyatakan beliau tetap kafir sehingga menemui ajal.

Surat Rasulullah saw kepada Heraklius

Raja Parsi

Abdullah bi Huzaifah dihantar dengan membawa surat menemui Khasroe Pervez. Raja Parsi ini bergitu marah selepas membaca surat tersebut lalu mengoyakkannya. Beliau berasa terhina kerana menganggap salah seorang ‘rakyatnya’ iaitu Rasulullah saw berani menulis namanya sebelum nama beliau. Apabila Abdullah bin Huzaifah kembali ke Madinah dan memberitahu Raja Parsi telah mengoyak surat tersebut, baginda lantas menyatakan kerajaan dan empayar Khosroe Pervez bakal musnah sebagaimana beliau mengoyak surat baginda.

Lain-lain Pemimpin

Selain daripada Raja Najasyi, Raja Oman dan Raja Bahrain yang sememangnya diyakini memeluk Islam, beberapa pemerintah yang lain juga diberi hidayah oleh Allah Taala untuk menerima seruan Rasulullah saw. Antara mereka adalah

Thumamah dari Najd – memeluk Islam pada tahun ke-6 Hijrah

Jabla, pemerintah Ghassan – memeluk Islam pada tahun ke-7 Hijrah

Ferda ibn Umro Khizai – memeluk Islam pada tahun ke-5 Hijrah. Beliau bagaimanapun dibunuh atas arahan daripada pemerintah Kaisar Rom.

Kedar, pemerintah Daumatul Jandal – memeluk Islam pada tahun ke-9 Hijrah.

Dzul Kala ibn Himyar, Raja Himyar – juga memeluk Islam pada tahun ke-9 Hijrah. Diriwayatkan selepas memeluk Islam, beliau membebaskan 18,000 orang hamba dalam satu hari.

(Fakta ini dipetik daripada buku Rahmatul –lil- Alameen oleh Qazi Muhammad Sulaiman Salman Mansoorpuri, Jilid 1)

Dosa Bani Israil..membunuh dan menyeksa para Rasul..

Oleh: takusahrisau

 

Apabila bani Israil diselamatkan Allah swt oleh penghambaan Firaun pada zaman Nabi Musa as dan Allah swt mengazab Firaun serta tentera-tenteranya dengan menenggelamkan mereka ke dalam Laut Merah, Bani Israil kemudiannya merayau-rayau di Lembah Sinai buat beberapa lama tanpa arah tujuan. Ia adalah hukuman Allah swt terhadap kedegilan Bani Israil yang enggan meneruskan perjalanan ke tanah Kanaan dek takut untuk berhadapan dengan kaum-kaum yang gagah di sana. Menurut riwayat, Bani Israil tetap merayau-rayau di gurun dan lembah Sinai sehingga kesemuanya generasi yang keluar daripada Mesir bersama-sama Nabi Musa as meninggal dunia.

Walaubagaimanapun, Allah swt tetap memberi rezeki kepada mereka. Gurun dan lembah Sinai itu menjadi bukti turunnya rezeki Allah swt daripada syurga yang dikenali Manna dan Salwa. Manna adalah makanan manis seumpama madu dan ia berwarna putih, manakala Salwa adalah sejenis burung putih yang seakan-akan burung puyuh. Menurut lbnu Mundzir dan Ibnu Abi Hatim bersumberkan Ibnu Abbas, beliau berkata bahwa Manna adalah suatu makanan manis, berwarna putih yang mereka akan dapati tiap-tiap pagi telah melekat pada batu-batu dan daun-daun kayu. Rasanya manis dan enak; semanis madu. Apabila makanan itu mereka makan, mereka kenyang. Mereka boleh membawa keranjang setiap pagi untuk memungutinya.

Adapun Salwa ialah burung putih sebesar burung puyuh. Terbang berbondong-bondong dan mudah mereka tangkap. Dagingnya gurih dan empuk. Nikmat Allah swt melalui Salwa ini menyebabkan mereka tidak pernah kekurangan daging.

Manna adalah nikmat Allah swt kepada Bani Israil namun mereka tetap tidak berpuas hati.

 

Bukan itu sahaja, selain nikmat Manna dan Salwa, Allah swt  turut menaungi mereka dengan awan supaya mereka tidak berasa bergitu panas di tengah-tengah gurun. Nikmat-nikmat yang bukan tandingan ini diceritakan Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 57

Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu ‘manna’ dan ‘salwa’. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu; dan tidaklah mereka menganiaya Kami; akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.

 

Nikmat yang diberikan kepada mereka rupa-rupanya mereka ingkari dan dustakan. Bahkan mereka tidak pernah merasa bersyukur. Allah menceritakan bagaimana Bani Israil mula mengeluh dengan nikmat Manna dan Salwa sehingga sanggup meminta yang bukan-bukan kepada Nabi Allah Musa as. Ia diterangkan oleh Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 61,

Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: “Hai Musa, kami tidak boleh sabar (tahan) dengan satu macam makanan saja. Sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu, agar Dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi, iaitu sayur-mayurnya, mentimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya, dan bawang merahnya”. Musa berkata: “Mahukah kamu mengambil yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperoleh apa yang kamu minta”. Lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Hal itu (terjadi) karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.

 

Degil Bani Israil

Seakan mengikut sikap buruk nenek-moyang mereka yang sering dustakan nikmat Allah swt, generasi-generasi Bani Israil sesudah zaman Nabi Allah Musa as turut berperangai sedemikian. Sejarah Bani Israil sering diwarnai dengan kisah penganiayaan mereka terhadap Rasul dan Nabi yang diturunkan terhadap mereka. Ramai yang dibunuh malahan ada yang diseksa dengan kejam. Sikap jelik mereka sebenarnya tidak asing kerana pada zaman kini pun kita dapat lihat bagaimana mereka melayan warga Palestin sehingga ramai yang terbunuh. Perangai mereka yang suka berbohong, khianat dan kejam sebenarnya adalah warisan nenek-moyang mereka sejak zaman-berzaman.

Berhala Baal yang dipercayai berusia sekitar abad ke-12 dan ke-13 masihi.

 

Kisah penganiayaan Bani Israil terhadap para Rasul dan Nabi

  • Selepas Nabi Sulaiman wafat, kerajaan Bani Israil terbahagi kepada dua iaitu Kerajaan Judah dan Kerajaan Israil. Kedua-dua kerajaan ini biarpun serumpun, namun tetap berperang dan sering mengkhianati antara satu sama lain. Raja kerajaan Judah, Raja Asa merasakan mereka perlu meminta bantuan daripada Raja Syria bagi membantunya menghapuskan kerajaan Israil. Seorang Rasul yang diutuskan Allah swt di tengah-tengah kekalutan dua kerajaan Bani Israil iaitu Nabi Hanani as telah menasihat Raja Asa supaya tidak bersubahat dengan Raja Syria yang kafir dan tidak mempercayai keesaan Allah swt. Perbuatan Nabi Hanani as rupa-rupa mengundang kemarahan sang raja toghut ini. Nabi Hanani as telah dihumban ke penjara dan menderita kerananya.

 

  • Apabila Nabi Ilyas as menegur Bani Israil supaya tidak menyembah berhala Baal, dan menyeru mereka supaya hanya memperhambakan diri kepada Allah swt dan menyembah-Nya semata-mata, Bani Israil mula menjadi musuh ketatnya. Raja Ahab dari Samaria mula mengugut untuk membunuh Nabi Ilyas as kerana terpengaruh dengan isterinya, Jezebel yang menyembah berhala Baal. Kerana takut, baginda melarikan diri ke kawasan pergunungan di Semenanjung Sinai. Semasa dalam kesusahan dan ketakutan itu, Nabi Ilyas as berdoa,

“Aku sangat mencintai tuhan malaikat Jehovah, kerana Bani Israil telah meninggalkan wadah-Mu, meruntuhkan tempat pemujaan-Mu, meruntuhkan tempat pemujaan-Mu,  dan membunuh para Nabi-Mu, dan aku, walaupun tinggal aku seorang sahaja yang tinggal, mereka tetap memburuku untuk mengakhiri hayatku.”(1 Kings 19:1-10)

  

  • Raja Ahab memenjarakan seorang lagi Rasul iaitu Nabi Makayah as kerana mengatakan sesuatu yang benar. Baginda memberitahu Raja Ahab bahawa baginda akan dijamin kemenangan dalam satu peperangan namun akan meninggal dunia dunia dalam peperangan tersebut. Namun, Nabi Makayah as terpaksa menelan pahit apabila raja zalim daripada Kerajaan Israil ini memenjara baginda dan membiarkannya terseksa dalam penjara. Kezaliman Raja Ahab akhirnya dibalas Allah swt apabila beliau terbunuh dalam peperangan sepertimana yang diramal oleh Nabi Makayah as. Menurut riwayat, mayat Raja Ahab dihina Allah swt apabila darahnya dijilat oleh anjing. Namun ada riwayat menyatakan darahnya dijilat oleh seekor babi.

 

  • Pada zaman Raja Uziah sekitar pertengahan abad ke-8 sebelum masihi, Kerajaan Judah berada dalam keadaan aman damai. Ini bertitik tolak akibat lemahnya musuh ketat Kerajaan Judah iaitu Kerajaan Aram dan Assyria. Akan tetapi, situasi seperti itu tidak bermakna Bani Israil tidak memerlukan seorang Rasul. Maka, dibangkitkan seorang Rasul bernama Nabi Isaiah as. Nabi Isaiah as memperingatkan tentang peri-pentingnya mengingati Allah swt dan mengelakkan daripada bersubahat dengan musuh yang kafir. Sekitar 687 sebelum masihi, Kerajaan Judah diperintah oleh seorang raja yang zalim dan kafir. Raja tersebut adalah Manasseh. Ketika itu, Nabi Isaiah as masih lagi hidup. Baginda telah menasihat dan menyeru Raja Manasseh supaya kembali kepada ajaran tauhid sepertimana yang telah dilakukan oleh bapanya, Hezekiah. Walaubagaimanapun, seruan tersebut telah menyebabkan Nabi Isaiah as terbunuh. Jasad Nabi Isaiah as dipercayai telah digergaji dua.

 

  • Apabila negeri Samaria dihancurkan oleh bangsa Assyria, bani Israil masih bergelumang dengan dosa syirik mereka. Pada ketika itu, Bani Israil menjadikan berhala Baal sebagai tuhan mereka sehingga mereka lupa setiap ajaran Nabi Musa as. Maka, Allah swt utuskan seorang Rasul yang bernama Nabi Jeremiyyah as untuk memandu mereka ke jalan yang lurus. Nabi Jeremiyyah as turut membawa ramalan tentang kebinasaan Bani Israil yang dijajah oleh bangsa luar dan ditimpa kebuluran yang dasyhat. Kesemua bala ini ditimpa Allah swt dek kerana mereka telah lupa akan perintah Allah swt. Walaubagaimanapun, peranan Nabi Jeremiyyah as sebagai Rasul dan Nabi Allah swt telah menyebabkan baginda dipukul, disumpah dan dipenjarakan. Baginda telah meringkuk dalam penjara bawah tanah. Kemudian baginda dipenjarakan pula ke dalam tangki bawah tanah(cistern) dimana baginda dibiarkan tenggelam di dalam lumpur. Namun, baginda diselamatkan oleh seseorang berbangsa Cushite daripada terus tenggelam ke dalam lumpur. Baginda tetap dipenjarakan sehingga Nabuchadnezzar membebaskannya dan dilayan dengan baik. Akibat sering diseksa, dihina dan dipenjara, Nabi Jeremiyyah as dikenali ‘Nabi yang merantap’. Ramalan Nabi Jeremiyyah as yang didustakan Bani Israil telah menjadi kenyataan apabila Kerajaan Judah musnah dibinasa oleh Kerajaan Babylon yang ketika itu berada di bawah kekuasaan Nabuchadnezzar.

 

  • Apabila penduduk Judah mula menyembah berhala secara terang-terangan, bangkit seorang nabi di kalangan mereka. Beliau adalah Nabi Zakaria as. Nabi Zakaria as terpaksa meninggikan suara bagi menentang perbuatan mungkar mereka dan menyeru mereka kembali kepada ajaran Musa as. Diriwayatkan, Nabi Zakaria as telah melaungkan kata-kata amaran,

“Tuhanmu berfirman, mengapa kamu melanggar perintah Tuhammu yang menyebabkan kamu tidak beruntung? Oleh sebab kamu telah meninggalkan Tuhanmu maka Dia juga telah meninggalkan kamu.”

 Kata-kata dan amaran keras Nabi Zakaria as langsung tidak didengar oleh bani Israil bahkan mereka merancang untuk membunuh Nabi Zakaria as. Nabi Zakaria as akhirnya meninggal dunia selepas badannya digergaji sehingga terpisah tubuh dan kakinya.

 

  • Nasib Nabi Zakaria as turut berlaku kepada anak kandungnya, Nabi Yahya as. Nabi Yahya as menentang keras perbuatan Raja Herod yang mahu mengahwini anak tirinya sendiri, Herodias. Ada riwayat menyatakan Herodias adalah adik kepada Raja Herod. Atas permintaan Herodias, kepala Nabi Yahya as telah dipenggal dalam penjara dan dibawa dengan menggunakan pinggan untuk mempersembahkan kepada Herodias. Dipercayai kepala Nabi Yahya dimakamkan di sebuah kawasan di dalam Masjid Damsyik, Syria.

 

Selain daripada Rasul-Rasul yang disebutkan di atas, terdapat beberapa lagi nama Rasul yang diseksa dan dibunuh oleh Bani Israil laknatullah. Antaranya adalah Nabi Micah as yang dibunuh oleh Raja Jehoram. Raja Jehoram adalah anak kepada Raja Ahab yang telah menyeksa Nabi Ilyas as dan Nabi Makayah as. Selain daripada itu, Nabi Amos as turut diseksa oleh seorang seorang paderi pagan berpengaruh, Amaziah.

 

Bergitulah cara Bani Israil melayan Rasul-Rasul yang telah diutuskan di kalangan mereka. Ada yang diseksa dan ada pula yang terbunuh. Nabi Isa as turut hampir terbunuh di tiang salib, namun Allah swt menukarkan wajah seseorang yang mirip wajah baginda.

Disebabkan keangkuhan dan kesalahan mereka membunuh dan menyeksa para Rasul, Allah swt telah menghukum mereka. Ia telah dikhabar oleh Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 112.

Mereka turut dilaknat Allah swt dalam al-Quran. Ia menunjukkan Bani Israil telah dimurkai Allah swt yang mana pada mulanya dimuliakan Allah swt. Bani Israil sebenarnya menerima penghinaan yang paling dashyat apabila tanggungjawab kekhalifahan jatuh kepada bangsa saudara mereka, Bani Ismail. Rasul terakhir yang dianggap paling agung daripada kesemua Rasul telah bangkit daripada bangsa ini. Rasul yang dikenali sebagai Nabi Muhammad saw adalah Rasul yang kerap diramalkan oleh Nabi dan Rasul daripada keturunan Bani Israil sendiri. Waallahualam.

(Gambar) Imej ‘Nabi Isa’ pada cerun di Ireland

Oleh: takusahrisau

 

Seorang pelancong, Sandra Clifford,42 teruja apabila beliau berjaya merakam apa yang dipercayai sebagai ‘Nabi Isa’ pada cerun di sebuah kawasan pelancongan di Ireland. Beliau yang juga seorang juruterbang mendakwa beliau tidak percaya apa yang dilihatnya.

“Saya adalah juruterbang, jadi, saya selalu ragu-ragu apa yang dilihat. Oleh sebab itu, saya mula tarik rentap seseorang dan menanyakan apa yang dilihat mereka.”

Beliau mengambil keputusan untuk menangkap gambar imej tersebut dengan menggunakan kamera digital miliknya bagi menyimpannya sebagai bukti.

***

Nabi Isa menurut kepercayaan Kristian Katholik adalah anak Tuhan dan mempunyai sifat-sifat ketuhanan. Doktrin utama Kristian Katholik mempercayai bahawa Nabi Isa mempunyai tiga ‘bentuk’ berbeza iaitu Nabi Isa sebagai Anak Tuhan, Nabi Isa sebagai Roh Kudus dan Nabi Isa sebagai Tuhan. Doktrin ini dikenali Triniti atau Tritunggal. Kepercayaan Kristian Katholik berbeza bahkan berlawanan dengan kepercayaan ajaran Islam dan beberapa mazhab Kristian yang lain. Ajaran Islam misalnya, menolak kepercayaan Nabi Isa mempunyai sifat-sifat ketuhanan dan mempercayai Nabi Isa adalah hanya seorang utusan Allah sepertimana nabi-nabi lain sebelumnya.

 

Sumber: Klik SINI

 

(Gambar) Nazi di Amazon..

Oleh: takusahrisau

Beberapa eviden dan bukti mengesahkan bahawa sememangnya Jerman Nazi pernah berada di sekitar Amazon dan Amerika Latin semasa permulaan dan kemuncak Perang Dunia Kedua.

Sumber daripada Jens Gluessing, penulis buku The Guayana-Projekt: A German Adventure On The Amazon menyatakan bahawa Jerman Nazi yang dipimpin oleh tokoh kontroversi, Aldolf Hitler telah cuba membina satu koloni di Amazon dan kawasan sekitar dengannya bagi merealisasikan ideologi ‘Third Reich’.

Menurut Gluessing lagi, ia boleh disamakan dengan metod penjajahan bangsa Amerika terhadap penduduk asli yang dikenali dengan American’s Wild West.

Walaubagaimanapun, penjelajahan dan penjajahan ini tidak semudah yang disangka. Ramai penjajahan yang kecundang akibat demam malaria, serangan binatang buas dan sebagainya. Buktinya dapat dilihat melalui kubur seorang penjelajah Jerman Nazi yang bernama Joseph Grenier di tengah-tengah hutan Amazon. Kubur itu hanya ditemui sekitar tahun 2008 setelah beberapa dekad dilupakan.

Sebetulnya, Jerman Nazi pernah berada di beberapa tempat yang pada masa itu tidak pernah dijejak oleh bangsa lain daripada Eropah seperti Artartika, pendalaman Siberia, pendalaman padang pasir Patagonia, Argentina dan beberapa tempat lain di dunia.

Ramai pengkaji dan pakar sejarah menyatakan antara sebab musabab utama Jerman Nazi bergitu obses dengan wilayah-wilayah terpencil adalah kerana ingin mencari bukti dan eviden berhubung dengan ‘bangsa Aryan’. Bangsa Aryan menurut Jerman Nazi adalah bangsa nenek-moyang orang Jerman. Antara ciri-cirinya adalah berambut kuning, bermata biru dan purata berketinggian 1.75 cm hingga 180 cm.

Gambar yang dirakam menunjukkan dua orang penjelajah Jerman telah sampai di Sungai Amazon sebelum Perang Dunia Kedua bermula.

 

 

Seorang penjelajah Jerman cuba berinteraksi dengan penduduk asli di Amazon

 

Kubur yang dipercayai milik seorang penjelajah Jerman Nazi, Joseph Grenier. Beliau meninggal dunia pada 2hb Januari 1936.

 

Bukti juga dapat dilihat melalui batu bata yang diukir dengan simbol swastika. Yang memegangnya adalah Aloisio Silva, kononnya seorang buruh paksa Jerman Nazi.

 

 

Batu bata yang terukir simbol swastika milik Jerman Nazi.

(Video) Pembunuhan dirakam CCTV, lima kali dihayun pedang samurai, kepala terburai..

Oleh: takusahrisau

 

Pembunuhan ini berlaku di Kedai Makan Pondok Gurih, Jalan Sudirman, Pekanbaru, Riau, Indonesia. Mangsa dipercayai seorang kontraktor, Halomoan Gurning, 55 maut setelah dihayun lima kali dengan pedang samurai di belakang kepala. Pembunuhan ini berlaku pada hari Khamis, 11hb November 2011 sekitar jam 8.02 malam(waktu Indonesia). Setakat ini, pembunuh masih belum dapat dikenalpasti.

Halomoan Gurning ketika dibedah siasat.

 

 

 

Sumber: Klik SINI

%d bloggers like this: