Archive | September 2011

Bagaikan melepaskan Anjing tersepit..Namewee buat hal lagi, KUTUK UTUSAN MELAYU pula!

Oleh: takusahrisau

 

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee bagaikan ‘naik hantu’ apabila mengkritik hebat surat khabar Utusan Malaysia dalam video rakaman terbarunya. Ia berhubung dengan kritikan yang dikeluarkan oleh salah seorang pengarang surat khabar tersebut apabila menyiarkan kritikan pedas terhadap dirinya dan filem sulungnya, Nasi Lemak 2.0.

Dalam filem Nasi Lemak 2.0, Namewee cuba menerapkan unsur idealogi kerajaan iaitu '1 Malaysia'.

 

Namewee dalam kritikan tersebut membidas Utusan Malaysia sebagai sampah masyarakat. Lebih teruk daripada itu, pemuda yang pernah mencetuskan kontroversi dengan memperli lagu ‘Negaraku’ ini cuba mempersendakan kredibiliti pengarang yang bertanggungjawab mengkritik filemnya.

Tetapi, apa yang paling mengejutkan adalah beliau mendakwa beliau gugur kes. Kes yang dimaksudkan kemungkinan kes yang melibatkan kutukan dan sindiran pedas beliau terhadap TNB dalam video ‘NAMEWEE FUCK TNB MALAYSIA’ , lagu ‘Negaraku‘ dalam “NEGARAKUKU’, kutukan terhadap pengetua dalam ‘NAH’ dan beberapa video lain lagi.

Hai, Namewee boleh pula gugur kes, tetapi beberapa lagi individu yang lain ditahan atas dasar yang sama seperti Namewee masih lagi berjuang di mahkamah. Individu tersebut tidak pula gugur kes sepertimana Namewee? Apa kes ni?

Apapun, jom la saksikan video aksi ‘hebat’ Namewee mengutuk, memerli dan mengkritik surat khabar ‘kesayangan’ orang Melayu ini:

 

(Video) Skil hebat pemandu trak dan bas!

Oleh: takusahrisau

 

Skil hebat pemandu trak dan bas semasa berada dalam situasi yang bergitu sukar. 10 markah kepada anda berdua!. sangat hebat!

 

(Video) Simpang paling bahaya di dunia..terletak di China!

Oleh: takusahrisau

 

Video di bawah adalah daripada rakaman 20 kemalangan yang berlaku di simpang empat  Bandar Heze di wilayah Shangdong, China. Rakaman ini disebar oleh pihak berkuasa atas alasan untuk mendidik rakyat China supaya lebih mematuhi lampu isyarat. Rakaman yang secara keseluruhannya dirakam oleh kamera litar tertutup atau CCTV ini telah mendapat tontonan lebih 2 juta pelawat setelah 22 jam ia dimuat naik di Youku(laman perkongsian video seakan-akan Youtube).

 

Rakaman selama 12 minit ini bergitu jelas menunjukkan warga China terutama penungang motosikal gagal untuk mematuhi lampu isyarat. Rata-rata kemalangan melibatkan penungang motosikal dengan kenderaan berat dan paling menyedihkan adalah kebanyakannya berakhir dengan kematian.!

 

nota: harap maaf kerana video yang dimuat naik di Youku gagal untuk ditempatkan di Youtube kerana masalah lesen dan hak cipta. Namun, video di atas masih lagi menggambarkan betapa dashyatnya kemalangan di Simpang Empat Bandar Heze, China.

Singa selamatkan anak..sangat bijak!

Oleh: takusahrisau

 

Deretan foto ini telah dirakam oleh jurugambar hidupan liar, Jean-Francois Largot di Masai Mara, Kenya. Foto ini menunjukkan bagaimana bijaknya haiwan iaitu singa berusaha menyelamatkan anaknya yang terperangkap di sebuah tebing. Bagi penulis, ia adalah anugerah Allah swt terhadap setiap makhluknya. Sepertimana manusia, haiwan juga berkemampuan untuk berfikir untuk kelangsungan hidup mereka dan anak-anak mereka.

Dan tidak ada suatu binatang melata(setiap binatang yang bernyawa) pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam* binatang itu dan tempat penyimpanannya*. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh).

Surah Hud ayat 6

*Menurut sebahagian ahli tafsir yang dimaksudkan dengan tempat berdiam adalah dunia dan tempat penyimpanan ialah akhirat. Dan menurut sebahagian ahli tafsir yang lain, maksud tempat berdiam ialah tulang sulbi dan tempat penyimpanan ialah rahim.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Klik SINI

Misteri..Suara Wanita misteri muncul dalam single terbaru Sung Shi Kyung!

Oleh: takusahrisau

 

Pada 7 September yang lalu, penyanyi pop Korea, Sung Shi Kyung telah melancarkan lagu single digital terbarunya yang bertajuk “Oh My Goodness”.

 

Namun, misteri menyelubungi lagu terbaru milik penyanyi yang lahir pada 17 April 1979 ini apabila ramai peminatnya dihantui suara misteri yang tiba-tiba muncul dalam melodi lagunya.  Ramai mendakwa mendengar suara tangisan yang ganjil pada minit ke 2.52 sehingga minit ke 3.00. Ramai yang lain turut mendengar dengan sayup-sayup suara tangisan di beberapa tempat dalam melodi lagu tersebut.

Mendengar dakwaan misteri tersebut, jurucakap Sung Shi Kyung terus membuat kenyataan balas.

“We’ve never had a female feature in his song, and did not add any additional vocals to the song either.  We will most likely have to check with those that were with him on the scene of the recording”

Walaubagaimanapun, ramai anti-paranormal menolak dakwaan bahawa ia adalah suara misteri atau suara ‘hantu’. Mereka mendakwa ia hanyalah langkah promosi ‘bijak’ oleh syarikat rakaman Sung Shi Kyung untuk menaikkan nama beliau kembali di persada muzik Korea.

Oklah, apapun pembaca perlu mendengar rakaman lagu “Oh My Goddess” terlebih dahulu. Di bawah adalah rakaman lagu tersebut. Selamat mendengar!

 

 

Sumber: Klik SINI

(Gambar) Foto WW2 yang mengujakan!

Oleh: takusahrisau

 

Pengawal Pantai yang terbunuh

Seorang tentera Jerman terbunuh berdekatan rel kereta api.

Seorang tentera Jerman ditemui maut bersama-sama senapang STG43 di Jalan Ostheim pada Januari 1945.

Tentera Jerman terbunuh akibat letupan grenad pada April 1945.

Antara tentera US yang terbunuh selepas kapal terbang kargo mereka ditembak oleh tentera Jerman.

Sniper Jerman ini ditembak mati oleh tentera Amerika Syarikat.

 

Penduduk tempatan melihat tentera Jerman yang terbunuh.

Kelihatan seorang tentera Pakatan Berikat terbunuh setelah jip yang dinaiki mereka diserang oleh tentera Jerman.

Kelihatan dengan jelas seorang tentera Marin AS terbunuh di sebuah pantai.

Foto ini dirakam di Kiev pada 1941.Mayat tentera Jepun yang terbunuh.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Para Ustasi(Pergerakan Revolusi Croatia) memengal kepala seorang Yahudi.

 

Kepala tentera Jepun dibiarkan tergantung. Dirakam pada 1941 di Burma.

 

General major Friedrich Kussin maut setelah ditembak oleh penembak hendap.

 

Mayat Mussolini dan pasangannya. Lihat wajah Mussolini yang bergitu teruk akibat dihempap dan dilontar dengan batu berulang-kali.

 

Ustashi terkenal dengan sikap kejam mereka terhadap musuh. Perhatikan mereka menggunakan gergaji untuk memancung kepala seorang Yahudi. Ustashi adalah pelampau Katholik yang sememangnya membenci bangsa Yahudi.

 

Seorang tentera Jepun yang terbunuh.

 

Seorang adik tidak dapat menahan kesedihan apabila kakaknya terbunuh akibat peluru tentera Jerman.

 

Seorang tentera Jerman ditemui rentung. Dirakam pada Julai 1943.

Berjaga-jaga..Satelit NASA dijangka terhempas petang ini!

Oleh: takusahrisau

 

NASA menjangkakan satelit miliknya iaitu Upper Atmosphere Research Satellite akan menghempas planet bumi pada petang nanti(kemungkinan malam waktu Malaysia). Satelit tersebut adalah seberat 6.5 tan dan memilki 35 kaki panjang dan 15 kaki tinggi. Menurut kiraan NASA, satelit tersebut memiliki kelajuan 18,000 batu/jam sewaktu memasuki atmosfera bumi.

Sebenarnya, satelit yang dilancarkan pada tahun 1991 bagi memantau perubahan iklim telah sengaja diubah orbit untuk membuatkan ia terhempas. Namun, ia telah mengejutkan saintis NASA kerana ia terhempas lebih awal yang dijangkakan mereka. Ia kemungkinan besar disebabkan oleh perubahan ekstrem atmosfera bumi.

Menurut NASA, peluang untuk seorang penduduk bumi dihentam oleh serpihan satelit tersebut adalah 1 nisbah 3,200.

Satelit tersebut akan kelihatan seperti hujan meteor kerana ia akan terbakar akibat geseran dengan atmosfera bumi. Akibat perlindungan semulajadi atmosfera bumi, 100 serpihan akan dijangkakan terbakar sebelum sampai ke bumi dan hanya 26 serpihan sahaja yang mampu bertahan dengan geseran atmosfera. Antara 26 serpihan tersebut adalah kepingan-kepingan besi tahan lasak dan tangki bahan api yang diperbuat daripada titanium.

Menurut saintis NASA, mereka hanya boleh menjangkakan lokasi tepat apabila satelit tersebut telah mencecah 6,000 batu daripada planet bumi.!

 

Dijangkakan,  serpihan-serpihan besi tersebut akan ‘mendarat’ samada di latitud 57 darjah utara yang akan menghempas di benua Amerika Utara atau di latitud 57 darjah selatan yang dijangka terhempas di Amerika Latin.

Namun, sejarah menyaksikan bahawa ramalan tersebut boleh berubah bila-bila masa. Pada 1979, Skylab yang 15 kali lebih besar daripada satelit ini telah terhempas di Lautan Hindi dan Barat Australia setelah diramalkan terhempas di Afrika Selatan.!

Jadi, diharapnya kita semua berjaga-jaga. Tidak mustahil ia mengubah haluan pada saat-saat akhir.

Hantu Bonceng ooo Hantu Bonceng!

Oleh: takusahrisau

 

Sibuk sana-sini duk kencang bercakap pasal filem Hantu Bonceng mempersendakan Islam. Katanya, skrip yang dilontarkan Zizan Raja Lawak benar-benar telah mengusik jiwa dan sensitiviti masyarakat Muslim di Malaysia.

 

Dialog yang dimaksudkan berbunyi demikian,

“Ashaduanna Muhammadar..Syaitan!” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu..Syaitan!”

Situasi ini berlaku setelah watak Zizan iaitu Amran yang terlantar di hospital terkejut dengan watak yang dimainkan oleh Taiyuddin Bakar iaitu Kunyit yang datang melawatnya setelah Amran terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Dialog yang dilontarkan oleh Zizan jika diikutkan dalam situasi sebenar(jika bukan lakonan) adalah gaya spontan daripada seorang yang benar-benar dihantui oleh ketakutan atau fobia. Ia biasa benar berlaku. Namun, bagaimana pula jika ia berlaku dalam lakonan?

Jika dilihat kepada luahan Zizan Raja Lawak kepada pendakwah bebas terkenal daripada Terengganu, Ustaz Azhar Idrus yang jelas mengatakan beliau disuruh mengikut skrip tersebut sebagaimana yang ditulis di atas, ia benar-benar mengejutkan!. Ini bermakna, penulis skrip Hantu Bonceng sengaja memainkan isu syahadah ini ke dalam filem.

Lihat video perjelasan Ustaz Azhar Idrus:

 

Jika benar-benar penulis skrip ikhlas dengan kerjanya, penulis percaya, beliau cukup matang untuk menambah..Rasulullah di belakang ucapan syahadah Zizan. Jikapun Zizan dikatakan nampak syaitan, tak salah untuk penulis skrip tersebut untuk menambah perkataan Rasulullah di belakang ucapan syahadah Zizan.

Penulis percaya, mengikut logik akalnya, penulis skrip Hantu Bonceng sengaja untuk memainkan isu ini. Persoalannya, siapakah penulis skrip tersebut?

Penulis terkejut apabila penulis skrip tersebut adalah pengarah dan penerbit filem tersebut iaitu Ahmad Idham. Dalam kredit akhir filem tersebut, jelas terpapar penulis skrip dan lakon layar adalah Ahmad Idham.!

 

Jadi, secara warasnya bukan Zizan Raja Lawak yang perlu dipersalahkan 100%. Akan tetapi ia sebenarnya terarah kepada Ahmad Idham juga. Ahmad Idham yang juga penerbit, pengarah dan penulis skrip adalah watak utama dalam filem ini, bukan Zizan. Zizan hanyalah ‘makan gaji’ sebagai teraju utama atau pelaris filem Hantu Bonceng ini.

Kepada Ahmad Idham, anda wajib menjelaskan isu ini secara sejelas-jelasnya. Banyak hati perlu dijaga. Rakyat Malaysia memiliki populasi umat Islam yang sangat ramai. Isu syahadah usah dipersenda-guraukan. Ia boleh memesong akidah anda. Kita di dunia sekejap je, pejam celik pejam celik dah 50 tahun umur kita. Nanti bila dah pejam selama-lama, apa agaknya nak dijawab bila Allah swt membangkitkan ‘isu’ ini di mahkamah Padang Masyhar?

~ Terkilan benar apabila banyak adegan filem ini mempersendakan ajaran dan akidah Islam. Antaranya apabila watak Mimi(Zizi the Fabulous Cat) menyuruh Halimahton(Jue Aziz) bersolat sedangkan Ayu sendiri sudahlah tidak tutup aurat, tetapi mahu ke kelab malam pulak?apa kes to’t!!!!

Fakta-fakta kecederaan Aktor Jackie Chan!

Oleh: takusahrisau

 

Jackie Chan dikenali sebagai pelakon aksi terkenal. Beliau memiliki reputasi sebagai pelakon yang sering melakukan sendiri aksi lagak ngeri dalam hampir setiap lakonannya. Oleh yang demikian, setiap filemnya sering menampilkan ketulenan dan tersangat tinggi nilai kualitinya. Ia jarang sekali dapat dilakukan oleh mana-mana pelakon lain termasuk daripada Hollywood.

Namun bergitu, aksi lagak ngeri yang dihasilkan sendiri oleh pelakon yang pernah diuruskan oleh seorang warga Malaysia, Willie Chan ini sangat tinggi risikonya. Hasilnya, beliau hampir maut dalam satu aksi lagak ngeri yang dilakukan beliau. Bukan itu sahaja, beliau sehingga kini memiliki masalah perdengaran akibat kecederaan serius ketika melakukan aksi tersebut. Ia berlaku semasa membintangi filem Armour of God di Yugoslavia.  Sehingga kini, Jackie Chan dinobatkan sebagai ‘pelakon yang masih hidup yang paling banyak melakukan aksi lagak ngeri’ oleh Guiness Book of Record.

Kali ini, ikuti beberapa fakta menarik berkisar tentang seorang yang bernama Jackie Chan..!

 

Lengan
Lengan Jackie Chan tercedera setelah terhiris dalam satu adegan dalam ‘Snake In The Eagles Shadow’. Darah memercik keluar daripada luka tersebut dan ia dapat dilihat dengan jelas dalam filem tersebut.

Belakang
Dalam filem pecah panggung, “Police Story”, Jackie Chan hampir mengalami kelumpuhan setelah patah pada tulang vertebrate ke-7 dan ke-8.

Pipi
Pipi Jackie Chan pernah terkehel semasa pembikinan filem ‘Supercop’.

Dagu
Kecederaan di dagu dialami oleh Jackie Chan semasa pembikinan filem ‘Dragon Lord’. Kecederaan tersebut masih lagi membelenggu dirinya sehingga seringkali menyukarkan dirinya bercakap..

Dada
Jackie Chan pernah terkehel tulang dada sewaktu terhempas dalam satu adegan dalam filem “Armour of God II: Operation Condor”.

Telinga

Jackie Chan mengalami masalah perdengaran di telingga kirinya setelah terjatuh daripada pokok juga dalam filem “Armour of God II: Operation Condor”.

Mata
Jackie Chan hampir buta pada mata kirinya setelah tertusuk kayu dalam filem “Miracles”. Kecederaan pada matanya juga dialami semasa membintangi filem “Drunken Master”.

Kaki
Buku lali Jackie Chan patah semasa aksi lompatan ke atas hoverkraf dalam filem “Rumble in the Bronx”. Walaubagaimanapun, beliau berkeras untuk menyambung adegan tersebut  dengan menggunakan stokin yang dibuat seakan-akan kasut.

Tangan
Jackie Chan tercedera pada tangan dan jarinya dalam filem “The Protector”.

Kepala
Beliau mengalami pelbagai kecederaan di kepala sepanjang perlibatannya dalam bidang perfileman. Namun, yang paling teruk adalah ketika membintangi filem “Armour of God” sehingga mencederakan otaknya. Beliau turut tidak sedarkan diri semasa melakukan adegan aksi dalam filem “Hand of Death”.

Lutut
Kecederaan di lututnya membuatkan beliau sukar untuk berlari dan melompat. Kecederaan paling teruk dialamainya pada bahagian lutut adalah dalam filem “City Hunter”.

Kaki
Semasa pembikinan filem “Crime Story”. Jackie Chan dilanggar oleh dua buah kereta dan mengalami patah kaki..

Leher

Jika pembaca adalah pengemar filem Jackie Chan, pembaca pasti akan mengingati satu adegan dalam filem Project A di mana Jackie Chan terjatuh daripada menara jam setinggi 60 kaki. Dalam adegan itu, beliau telah mendarat dengan cara yang agak memberhaya sehingga hamper mematahkan lehernya. Leher beliau juga pernah cedera semasa membintangi filem Mr. Nice Guy.

Hidung
Sekurang-kurangnya, tiga kali Jackie Chan telah patah tulang hidung iaitu dalam filem Mr. Nice Guy, Project A,Young Master.

Tulang Pelvis
Dalam filem Police Story, adegan menurun tiang telah mencederakan tulang pelvisnya sehingga ia terkehel daripada tempatnya.

Bahu
Dalam filem City Hunter dan Police Story II, Jackie Chan telah terkehel bahunya.

Gigi
Jackie Chan beberapa kali patah gigi. Namun yang paling teruk semasa membintangi filem Snake in the Eagles Shadow.

Kerongkong
Jackie Chan hampir tidak dapat bernafas semasa tercedera dalam adegan lagak ngeri Jackie ‘The Young Master’.

 

FILEM

Accidental Spy

Semasa adegan Turkish Bath dalam filem Accidental Spy, Jackie Chan tergelincir dan terhantuk kepala pada lantai. Beliau turut tercedera di bahagian belakang. Menurut doktor yang merawatnya, jika beliau tercedera sekali lagi di bahagian belakang, keberangkalian untuk lumpuh adalah tinggi.

Police Story II

Jackie Chan telah mengalami pendarahan di belakang kepala setelah kerusi yang dilemparkan ke arahnya singgah tepat ke kepala beliau. Jackie Chan terus diberi rawatan segera oleh krew-krew produksi.

Armour of God: Operation Condor II
Jackie Chan menderita kehilangan perdengaran di telinga kirinya dan mengalami konkusi setelah terjatuh daripada pokok dalam satu adegan lompatan. Tulang dada beliau turut patah selepas terlepas pautan rantai dan terhempas dengan kuat pada lantai.

 

City Hunter

Dalam filem ini, Jackie Chan telah tercedera lutut dan kaki dalam satu adegan papan selaju. Kecederaan ini masih lagi menghantui dirinya sehingga ke hari ini di mana beliau sering mengadu sakit untuk melompat dan berlari. Cara larian Jackie juga kelihatan janggal kerana disebabkan kecederaan dalam filem ini.

Crime Story
Kaki Jackie Chan patah setelah dilanggar oleh dua buah kereta dalam satu adegan lagak ngeri.

Dragon Fist
Jackie Chan mengalami patah hidung semasa membintangi filem ini.

Dragon Lord
Jackie Chan tercedera dan mengalami konkusi setelah terjatuh daripada menara manusia.

 

Dragons Forever
Jackie Chan tercedera buku lali dalam satu adegan lagak ngeri.

Drunken Master
Jackie Chan hampir buta setelah tertusuk kayu pada matanya.

Drunken Master II

Jackie Chan terbakar pada punggung, muka dan tangan setelah ditolak ke dalam bara api dalam satu adegan pergaduhan. Beliau juga patah hidung apabila beliau dan Ken Lo berlaga kepada antara satu sama lain.

 

Left Handed Strike
Jackie Chan tercedera siku dalam filem ini.

Magnificent Bodyguards
Jackie Chan patah tulang rusuk.

Medallion

Jackie Chan terbakar rambut dan tangannya. Beliau juga luka di mata kiri dan hidung setelah wayar lagak ngeri(stunt wire) tiba-tiba putus.

Snake in the Eagle’s Shadow
Hwang Jang Lee telah tersalah menendang Jackie Chan dan terus mengenai giginya. Beliau turut cedera dalam satu adegan apabila pedang tiba-tiba menghiris kulitnya. Ia boleh dilihat dalam filem ini apabila kamera masih lagi berputar.

Mr. Nice Guy
Jackie Chan sekali lagi patah hidung dalam filem ini.

Police Story II

Dalam filem ini, Jackie Chan telah tersalah lompat kepada tingkap yang sebenar miskipun telah disediakan cermin prop. Adegan itu bermula apabila beliau cuba melompat daripada bas yang sedang bergerak. Akibatnya, serpihan kaca melekat di serata tubuh beliau dan hampir mengenai matanya. Miskipun ia tidak mengikut skrip, ia tetap diambil kerana mengambil kira ketulenan aksi yang ditampilkan oleh Jackie Chan. Adegan itu masih lagi boleh dilihat dalam filem Police Story II.

Police Story III: Supercop
Jackie Chan terkehel tulang pipi dan tulang bahunya. Beliau turut patah tulang dada.

 

Police Story IV (Jackie Chan’s First Strike)
Jackie Chan hampir maut setelah mengalami Hyphothermia akibat terdedah kepada kesejukan melampau.

Project A

Dalam filem Project A, Jackie Chan telah dua kali melakukan adegan terjun daripada menara jam setinggi 60 kaki. Kedua-dua adegan itu telah mencederakan leher dan belakangnya, Lebih memeritkan gigi beliau turut patah.

Al-Fatihah..Datuk Awang Jabar maut kemalangan..

Oleh: takusahrisau

 

Tokoh veteran UMNO dan BN, Dato’ Awang Jabar, 66 maut dalam kemalangan ngeri di kilometer 26 Jalan Terengganu-Kuantan. Kemalangan tersebut berlaku pada jam 7.10 pagi. Kemalangan yang melibatkan motokar jenis Mercedes-Benz dan Perodua Alza turut mengorbankan seorang warga Yaman, Nisma Nabil Abdul Karim al-Saiban. Allahyarham dalam perjalanan menghadiri program tinjauan mesra Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dungun.

Allahyarham Dato’ Awang Jabar merupakan bekas anggota Parlimen Dungun selama empat penggal sejak tahun 1978 hingga 1990 dan menjadi wakil rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pada 1995 hingga 1999. Pada akhir hayatnya, Allahyarham masih lagi aktif sebagai ahli UMNO dengan menjawat  jawatan Penasihat Khas Menteri Besar Terengganu. Al-Fatihah..

 

~ Penulis difahamkan kemalangan tersebut bergitu ngeri dan pemandu peribadi Allahyarham masih lagi koma dengan patah teruk di beberapa bahagian anggota badan.