Archive | luahan rasa RSS for this section

Kite sering begini bukan?

Oleh: takusahrisau

 

Saban hari, keBANYAKan daripada kita mesti berkeadaan begini bukan?Sibuklah kononnya tu..

Berapa kerat sangatlah yang macam ini agaknya sekarang?boleh bilang dengan jari ayam KFC je kot..

Zaman IT, zaman Ipad, Zaman Iphone..agaknya, sempat tak kita bermimpi tentang keagungan Allah? ke sekarang kita malam-malam asyik duk bermimpi Ipad aje?

 

p/s: Hanya sekadar renungan sahaja..

Perubahan setiap detik-detik kematian!

Oleh: takusahrisau

 

Saat sebelum mati, anda akan merasakan jantung berhenti bergerak, nafas tersekat-sekat dan badan bergetar. Anda akan merasa dingin di telinga. Itulah pertanda kematian mula menjemput anda. Dan petugas utamanya, Malaikat Maut bersedia membawa anda ke satu alam baru yang akan menentukan anda adalah penghuni syurga mahupun neraka.

0 Minit :
Otak akan terhenti berfungsi kerana oksigen sudah tidak dapat disalurkan kepada organ utama ini.

1 Minit :
Darah berubah warna dan otot kehilangan daya.

3 Minit :
Sel-sel otak akan merosot secara mendadak. Pada waktu ini, otak benar-benar berhenti berfungsi. Pada waktu ini, fikiran kita akan menjadi hitam dan gelap.

4 – 5 Minit:
Anak mata membesar dan berselaput. Bola mata akan mengerut kerana kehilangan tekanan dan bekalan darah.

7 – 9 Minit:
Pembuluh darah ke otak mulai tidak berfungsi.

1 – 4 Jam:
Membuat otot menjadi kaku dan rambut berdiri tegak.

4 – 6 Jam:

Sel-sel darah yang berkumpul akan mati dan warna kulit berubah kepada hitam.

6 Jam:
Otot masih berfungsi miskipun sedikit namun ia meniti kepada proses kematiannya.

8 Jam:
Suhu tubuh akan turun dengan kadar mendadak. Telapak kaki si mati akan menjadi sejuk.

24 – 72 Jam:
Isi perut akan membusuk dek kerana bakteria sudah menjalankan tugasnya. (Kebiasaan si mati sudah pun dimandikan oleh pihak yang alim perihal kematian)

36 – 48 Jam:
Tubuh si mati akan menjadi selentur penari balet. Namun ia akan menjadi keras kejung tidak lama kemudian.(Si mati kebiasaan sudah pun berada dalam proses pengebumian)

3 – 5 Hari:
Pembusukan mengakibatkan luka pada skala yang amat besar, darah menitis keluar dari mulut dan hidung si mati.(Si mati sudah pun barada di liang lahad)

8 – 10 Hari:
Warna tubuh berubah daripada hijau kepada merah serentak dengan membusuknya darah. (Anai-anai, lipas, ulat sudah mulai ‘bermain’ di sekitar tubuh si mati)

Beberapa Minggu:
Rambut, Kuku, Dan Gigi dengan mudahnya terlepas daripada anggota badan.

Satu Bulan:
Kulit Anda mulai mencair dan tercarik daripada jasad.

Satu Tahun:
Yang tinggal hanyalah tulang-tulang dan gigi. Miskipun si mati adalah orang besar di dunia pada masa hayatnya, namun apabila berada di liang lahad, si mati tidak mampu lagi menepis ‘serangan’ ulat-ulat, semut atau lipas yang mana pada masa hayatnya dulu mudah sahaja si mati membunuhnya dengan tangan.

 

Insaflah anda. Kematian adalah sesuatu yang pasti. Bayangkan kematian menemui anda semasa anda masih belum bertaubat. Alangkah harunya! Allah..Allah..Allah!

Mahukah kita untuk mati kerana berjuang di jalan raya?(Sekadar gambar hiasan)

 

Bahaya Mengambil Wang di ATM TERTUTUP!

Oleh: takusahrisau

 

Bahaya mengambil wang di ATM tertutup pada waktu malam!

 

Trend pembinaan ATM secara tertutup kebelakangan ini sebenarnya telah mengundang malapetaka kepada pengguna berbanding memberi manfaat. Pembaca boleh hitung berapa banyak kes kecurian di ATM tertutup sepanjang 2 tahun kebelakangan ini. Ia sebenarnya sudah mencapai tahap yang boleh dibimbangkan.

Asal tujuan pembinaan ATM tertutup sebenarnya adalah tujuan keselamatan pengguna. Namun, sedar atau tidak, ia telah menyebabkan banyaknya kes ragut, kes curi dan kes bunuh di ATM-ATM seluruh negara dan dunia.

Oleh sebab itu, penulis rasakan ATM tertutup tidaklah bergitu ‘mesra’ pengguna terutama jika memikirkan soal keselamatan. Mungkin ada benarnya jika ada pendapat individu yang mengatakan soal ajal maut di tangan tuhan, namun sebagai manusia, kita perlu mencari solusi yang paling baik bagi menjamin kesejahteraan sejagat.

Tidak salah untuk penulis berkata bahawa ATM tertutup yang dilengkapi dengan CCTV sebenarnya langsung tidak mengambarkan ciri-ciri langkah keselamatan yang efisien. CCTV hanyalah sebuah kamera yang merakamkan pengerakan penjenayah. Ia hanya berkesan apabila CCTV merakamkan wajah penjenayah. Jikalau gagal, ia menambahkan lagi senarai-senarai teknologi hampeh.!

Untuk pengetahuan pembaca, resolusi CCTV di Malaysia masih di tahap paling teruk. Jika penjenayah berada sejauh 8 meter hingga 10 meter, CCTV di Malaysia sudah gagal merakam dengan elok wajah penjenayah. Ia pernah berlaku ketika kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin satu ketika dahulu.!

Dinasihatkan bahawa janganlah sesekali mengeluarkan wang apabila menjelang waktu malam tanpa ditemani kawan-kawan atau saudara mara. Jikalau terpaksa, carilah ATM yang terbuka kerana ia lebih selamat berbanding ATM tertutup.

Sebagai bukti atas apa yang penulis tekankan di atas, penulis sediakan beberapa videoklip yang menunjukkan kecuriaan di ATM bertutup. Penulis harap, videoklip di atas boleh dijadikan ikhtibar kepada semua pembaca.

 

 

Sayangilah Kanak-Kanak..

Oleh: takusahrisau

Amaran: Gambar-gambar di bawah mengandungi imej grafik yang kurang menyenangkan. Harap maaf jika ia berkemungkinan menyinggung perasaan sesetengah pembaca.

 

Siapa sangka kanak-kanak comel ini akhirnya menjadi mangsa kepada kekasih bapa tiri mereka.

Langsung tidak menunjukkan wajah seorang pembunuh kejam.

Mangsa terdiri daripada dua orang kanak-kanak(lihat gambar di bawah) yang berusia 4 tahun(lelaki) dan 1 tahun(perempuan).

 

Kesian...mereka akhirnya menjadi mangsa keganasan manusia!

Kanak-kanak malang ini meninggal dunia akibat dihentak berulang-kali di kepala dengan tukul besi.

 

Lihatlah wajah kanak-kanak tidak bersalah ini..penuh dengan kesan robekan..

Akibatnya, tempurung kepala dua orang kanak-kanak ini retak teruk.

Tumpurung kepala kanak-kanak ini retak teruk akibat hentakan tukul besi.

 

Gambar di bawah menunjukkan hasil post-mortem yang dibuat oleh pakar forensik untuk mendapatkan bukti yang kukuh bahawa mangsa telah dibunuh dengan menggunakan tukul besi.(biasanya ditulis dengan alat yang tumpul).

 

speechless..

Kejadian ini berlaku di negara Barat. Di Malaysia juga sama, penderaan kepada kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Baru-baru ini pembunuh Adik Safiah Humaira telah dihukum gantung oleh mahkamah. Pembunuh yang tidak berhati perut ini merupakan kekasih kepada ibu Adik Safiah. Pembunuh ini adalah Mohd Fazli Azri Jamil, 28.

Kau ingat dengan mengaku mabuk kau boleh lepaskan diri????bertaubat la bang oii..

 Mangsa telah dipijak berkali-kali diatas perut dengan menggunakan kasut bola. Bayangkan dengan tenaga lelaki dewasa ini memijak perut kanak-kanak naïf itu. Sangat menyedihkan..

Walaubagaimanapun, pembunuh Adik Nurin Jazlin masih lagi belum ditangkap. Penulis harap suatu hari nanti Allah swt tunjukkan kepada pihak berkuasa ‘jalan’ untuk menangkap lelaki yang membunuh adik Nurin Jazlin. InsyaAllah..

Kepada pembaca semua, bersama-samalah kita mencintai dan menyayangi kanak-kanak. Adalah lebih berharga kita menyayangi kanak-kanak berbanding kita menyayangi wang ringgit.

 

Kenapa Kamu Tidak Tahu Hendak Bersyukur?

Oleh: takusahrisau

 

Kadang-kadang, kita sebagai manusia memang disemat dengan sifat buruk. Nama pun manusia, sememangnya ada cacat-celanya. Salah satu penulis paling benci adalah sifat tidak bersyukur dengan apa yang ada.

Penulis tidak maksudkan kepada sesiapa kerana kekadang penulis juga bersifat sedemikian. Mengapa boleh terjadi bergitu? Mungkin ketika itu, nafsu menguasai diri.

 Apabila difikirkan, kita ini sepatutnya bersyukur kerana tinggal di sebuah negara yang aman dan tiada peperangan seperti yang berlaku di Somalia, Palestin, negara-negara Afrika, Iraq dan sebagainya. Kita bebas untuk mencari nasfkah. Tiada sesiapa yang datang dan tembak kita seperti yang berlaku di Selatan Thai.

Kita patut bersyukur kerana kita mempunyai sumber bekalan air dan tenaga elektrik yang jarang berlaku masalah. Bayangkan kalau kita bergelap siang dan malam sepertimana yang berlaku kepada saudara kita di Gaza. Rejim laknatullah Israel dengan kejam telah memutuskan bekalan air dan elektrik ke kem Gaza kerana disyaki menyokong keganasan. Keraguan daripada kecurigaan Israel itu adalah keganasan apakah yang mereka lakukan? Adakah untuk mempertahankan negara dipanggil keganasan?Kamu yang datang ambil tanah mereka tidak melakukan keganasan ke?

Bersyukurlah kita kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih lagi mampu memakai baju cantik dan menyembur minyak wangi. Kita sekurang-kurangnya tidak senasib dengan seorang lagi saudara kita di Iraq. Negara yang pernah menjadi pusat kebudayaan Islam pada zaman kegemilangan Islam dahulu telah parah lukanya akibat pencerobohan rejim laknatullah Amerika Syarikat. Bagaikan mesin masa, rakyat Iraq ‘kembali’ ke abad ke-18. Kanak-kanak merempat, orang tua-tua meminta sedekah, golongan muda dibunuh. Pembaca semua mahu berada di tempat mereka? Penulis sendiri dengan jujurnya jikalau ditanya sedemikian akan berkata “Tidak sanggup.!” Namun kalau itulah nasib Malaysia satu hari nanti, penulis redha.

Penulis kepilkan kepada pembaca semua beberapa keping gambar tentang kesengsaraan saudara kita yang merempat di negara mereka sendiri. Jikalau pembaca mahu menangis silakan. Jikalau mahu meraung, silakan. Jikalau mahu berteriak silakan. Jikalau mahu meronta juga silakan. Sekurang-kurangnya, kita masih sedar  yang kita masih tahu hendak bersyukur.

 

Sekurang-kurang 'beliau' ini pandai mencari Nafkah..ada diantara kita hanya hendak mendapat ehsan masyarakat sahaja. Tak tahu bersyukurkah?

Tidak terasa sedihkah pembaca melihat kanak-kanak ini?

Berbekal gambar ayahnya yang telah meninggal, kanak-kanak ini menggagahkan diri mencari sesuap nasi

Bapa mithali ini menguatkan diri untuk mencari nafkah bagi keluarganya.

Disebabkan kemiskinan, nenek ini tidak mampu tinggal di rumah untuk mengharapkan rezeki daripada anak-anaknya.

Terseksa jiwaku melihat gambar ini..

Ibu ini boleh menjadi kuat berkali-kali ganda hanya disebabkan teringat anak-anaknya yang kelaparan di rumah.

Dimanakah kerajaan yang melaung-laungkan kesaksamaan dalam masyarakat?tidur lena di Istana milik rakyat ke?

Masih berbangga dengan harta yang tidak kekal ini?

Akhir sekali, sila hayati lagu daripada kumpulan Nasyid terkenal, Hijjaz yang bertajuk RINTIHAN..

Son of Hamas!

Sebenarnya, masa tengah menaip ni,perasaan geram dan sedih bercampur-baur.Masakan tidak, Mosab Hassan Yousef a.k.a Son of Hamas a.k.a anak kepada pengasas Hamas adalah seorang pengintip kepada Israel laknatullah.

ya..pengintip..nak tau berapa lama?

setahun?salah!

2 tahun?salah!

abis tu?berapa tahun?

10 tahun..ya..10 tahun okey..

Mosab ini telah direkrut oleh satu agen Israel,Shin Bet ketika beliau aktif dengan Hamas. Shin Bet ‘target’ mamat ni mungkin kerana mamat dajal ni anak sulung kepada pemimpin utama Hamas,Sheikh Ahmad Yousef..

Arrgghhh..tak mampu lagi nk menulis lebih-lebih..rasa mahu ku campak aje laptop nih..(hehehe)

tambahan sket..mamat dajal ni dah murtad okeh..masuk kristian..(suci benar agaknya agama Kristian ni yer)

dan Ayahnya dah umumkan kat dunia, dia dah tak mempunyai anak bernama Mosab Hassan Yousef  laknatullah..(memang ko tengah dilaknat oleh seluruh umat Islam)

~Maaf..bahasa pasar dan sedikit emosial..peace no war!

%d bloggers like this: