Archive | July 2013

Pelakon Komedi Scotland, Frankie Boyle Balas sinis Tweeter Obama…!!

Oleh: takusahrisau

Pelakon komedi kontroversi berbangsa Scotland, Frankie Boyle membalas sinis tweeter ucapan ‘salam Ramadhan’ daripada presiden Amerika Syarikat yang ditujukan olehnya kepada masyarakat Islam seluruh dunia. Frankie Boyle membalas tweeter Obama dengan menulis,

‘The ones you’re force feeding in Guantanamo?(merujuk kepada insiden paksaan makan di bulan Ramadhan di kem tahanan Guantanamo) or the ones you’re bombing?(merujuk kepada insiden pengeboman dan pembunuhan umat Islam di Afghanistan, Iraq dan beberapa wilayah Islam di seluruh dunia)

Frankie Boyle

Profile Frankie Boyle:

Frankie-Boyle-in-Tramadol-006

Nama: Francis Martin Patrick Boyle

Asal: Pollokshow, Glasgow, Scotland

Lahir: 16 Ogos 1972(40 tahun)

Isteri: Shereen Taylor

Anak: Dua orang; seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Pendidikan: Aston University(Urban Planning namun berhenti selepas setahun pengajian), Sussex University(English Literature)

Karier: Pelakon dan penulis bercorak komedi, gemar terhadap komedi bercorak kritikan terhadap ahli politik dan selebriti bernada sinis, dan kadang-kadang berunsur lucah dan kontroversi.

Kontroversi: Isu Palestin-Israel; Pada April 2010, Boyle muncul di Radio 4 sebagai panel jemputan di program Political Animal. Boyle memerli keadaan di Palestin sebagai ‘kek yang dihiris kepada cebisan-cebisan oleh Yahudi yang marah’. Boyle turut membuat lawak dengan nada memerli perilaku Israel terhadap rakyat Palestin dengan berkata “been studying Israeli Army martial arts. I now know 16 ways to kick a Palestinian woman in the back”. Boyle terkenal dengan kritikan pedasnya terhadap keganasan Yahudi di Israel. Pada satu tahap, Boyle mengaku pernah menitiskan air mata melihat dokumentari keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Lelaki berjanggut Palsu Dalang Pembunuhan Pemuda..adakah benar Beliau Penyokong Morsi?

Oleh: takusahrisau

 

Sebuah kejadian yang menyayatkan hati semasa pertempuran antara penyokong Presiden yang sah, Ir. Dr. Mohammed Morsi dan anti-Presiden Morsi telah dirakam oleh seorang individu yang tidak dikenalpasti di Iskandariah. Menggunakan kamera telefon, individu tersebut merakamkan hampir keseluruhan kejadian tersebut.

Liputan meluas daripada agensi berita antarabangsa terutama daripada Barat telah menyatakan bahawa kekejaman yang dilakukan adalah daripada pemuda-pemuda Pro-Presiden Morsi. Laporan berita yang bertujuan untuk provokasi dan anti-Islam ini terus menerus menyatakan bahawa ia didalangi oleh Al-Qaeda hanya kerana seorang lelaki yang meragukan identitinya membawa panji yang dipercayai sebagai panji Al-Qaeda.

Kejadian ini menimbulkan keraguan. Dipercayai bahawa Hamada Badr, 19 terkorban dalam kejadian ini.

Kejadian ini menimbulkan keraguan. Dipercayai bahawa Hamada Badr, 19 terkorban dalam kejadian ini.

Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada pertempuran ‘biasa’ antara penyokong Presiden Morsi dan Anti Presiden Morsi. Pertempuran itu diheret ke atas bumbung bangunan di Iskandariah. Seorang mangsa yang dikenali, Hamada Badr, 19 telah diprovokasi oleh lelaki-lelaki di sekelilingnya sebelum di campak jatuh daripada bangunan. Insiden tersebut diikuti dengan seorang lagi rakannya yang mana turut dicampak daripada bangunan berkenaan.

Kemudian, datang segerombolan lelaki termasuk seorang pemuda berbaju singlet, berseluar jeans, dan berjanggut membawa panji ‘Al-Qaeda’.  Identiti dan perwatakan pemuda kurus tinggi tersebut sangat meragukan. Janggut pada wajahnya tampak tidak tulen. Daripada kejauhan kelihatan janggut pemuda tersebut yang tidak ‘real’. Ia kekal statik bahkan tampak hitam pekat berbanding rambutnya yang tipis dan hampir botak itu.

article-2357764-1AB2BC5B000005DC-864_634x426

Agensi berita daripada Barat mengolah berita tanpa rasa bersalah terus menyalahkan dan menyabitkan insiden ‘campak pemuda’ tersebut adalah daripada para penyokong Pro-Presiden Morsi dan Al-Qaeda.

Inilah kejahatan lidah sekular dan lidah kafir harbi yang sangat memusuhi Islam. Begitu juga mereka yang bersengkokol dengan mereka. Kejadian lelaki yang memakai janggut palsu tersebut telah lama berlaku. Mereka adalah daripada pemuda yang Anti-Morsi dan Pro-Sekular. Kebanyakan mereka adalah samseng upahan yang bersubahat dengan pendokong rampasan kuasa.

Kepada umat Islam di seluruh dunia, jangan mudah terpedaya dengan berita yang diterima terutama daripada agensi Barat. Banyak yang tidak telus terutama berkaitan liputan berkaitan perarakan Pro-Presiden Morsi.

 

— Mungkin ada benar kata-kata bahawa bukan Presiden Morsi tidak layak memerintah Mesir tetapi Rakyat Mesir tidak layak berpresidenkan Morsi..

 

 —Berita liputan daripada sumber barat boleh baca di sini:-