Lelaki berjanggut Palsu Dalang Pembunuhan Pemuda..adakah benar Beliau Penyokong Morsi?


Oleh: takusahrisau

 

Sebuah kejadian yang menyayatkan hati semasa pertempuran antara penyokong Presiden yang sah, Ir. Dr. Mohammed Morsi dan anti-Presiden Morsi telah dirakam oleh seorang individu yang tidak dikenalpasti di Iskandariah. Menggunakan kamera telefon, individu tersebut merakamkan hampir keseluruhan kejadian tersebut.

Liputan meluas daripada agensi berita antarabangsa terutama daripada Barat telah menyatakan bahawa kekejaman yang dilakukan adalah daripada pemuda-pemuda Pro-Presiden Morsi. Laporan berita yang bertujuan untuk provokasi dan anti-Islam ini terus menerus menyatakan bahawa ia didalangi oleh Al-Qaeda hanya kerana seorang lelaki yang meragukan identitinya membawa panji yang dipercayai sebagai panji Al-Qaeda.

Kejadian ini menimbulkan keraguan. Dipercayai bahawa Hamada Badr, 19 terkorban dalam kejadian ini.

Kejadian ini menimbulkan keraguan. Dipercayai bahawa Hamada Badr, 19 terkorban dalam kejadian ini.

Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada pertempuran ‘biasa’ antara penyokong Presiden Morsi dan Anti Presiden Morsi. Pertempuran itu diheret ke atas bumbung bangunan di Iskandariah. Seorang mangsa yang dikenali, Hamada Badr, 19 telah diprovokasi oleh lelaki-lelaki di sekelilingnya sebelum di campak jatuh daripada bangunan. Insiden tersebut diikuti dengan seorang lagi rakannya yang mana turut dicampak daripada bangunan berkenaan.

Kemudian, datang segerombolan lelaki termasuk seorang pemuda berbaju singlet, berseluar jeans, dan berjanggut membawa panji ‘Al-Qaeda’.  Identiti dan perwatakan pemuda kurus tinggi tersebut sangat meragukan. Janggut pada wajahnya tampak tidak tulen. Daripada kejauhan kelihatan janggut pemuda tersebut yang tidak ‘real’. Ia kekal statik bahkan tampak hitam pekat berbanding rambutnya yang tipis dan hampir botak itu.

article-2357764-1AB2BC5B000005DC-864_634x426

Agensi berita daripada Barat mengolah berita tanpa rasa bersalah terus menyalahkan dan menyabitkan insiden ‘campak pemuda’ tersebut adalah daripada para penyokong Pro-Presiden Morsi dan Al-Qaeda.

Inilah kejahatan lidah sekular dan lidah kafir harbi yang sangat memusuhi Islam. Begitu juga mereka yang bersengkokol dengan mereka. Kejadian lelaki yang memakai janggut palsu tersebut telah lama berlaku. Mereka adalah daripada pemuda yang Anti-Morsi dan Pro-Sekular. Kebanyakan mereka adalah samseng upahan yang bersubahat dengan pendokong rampasan kuasa.

Kepada umat Islam di seluruh dunia, jangan mudah terpedaya dengan berita yang diterima terutama daripada agensi Barat. Banyak yang tidak telus terutama berkaitan liputan berkaitan perarakan Pro-Presiden Morsi.

 

— Mungkin ada benar kata-kata bahawa bukan Presiden Morsi tidak layak memerintah Mesir tetapi Rakyat Mesir tidak layak berpresidenkan Morsi..

 

 —Berita liputan daripada sumber barat boleh baca di sini:-

Advertisements

Tags: , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

One response to “Lelaki berjanggut Palsu Dalang Pembunuhan Pemuda..adakah benar Beliau Penyokong Morsi?”

  1. altelaghani says :

    Salam,

    SEmoga sedang bersiap sedia untuk menyambut Ramadhan al Mubarak.

    Terima kasih di atas sumbangan berita dari blog Takusahrisau.

    Dari;

    Nordin Omor. Otakmusing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: