Archive | Senarai RSS for this section

Siri 2: 20 Empayar Terbesar Yang Pernah Wujud di Muka Bumi

Oleh: takusahrisau

Sambungan daripada Siri 1

 

9.        Amerika Syarikat(1776-sekarang)

Pernah menjadi jajahan takluk British satu ketika dahulu sebelum mendapat kemerdekaan pada 14 Julai 1776 hasil pejuangan pejuang-pejuang kemerdekaan mereka seperti George Washington, Thomas Jefferson, Benjamin Franklin dan beberapa lagi tokoh mereka. Sejak kemerdekaannya, Amerika Syarikat mengorak langkah tanpa berpaling ke belakang untuk muncul kuasa besar dunia menjelang abad ke-20. Terlibat dalam kedua-dua Perang Dunia bersama-sama Pakatan Bersekutu dan berjaya dalam kedua-dua perang tersebut telah menyebabkan Amerika Syarikat berjaya menambah pengaruhnya di seluruh dunia. Pada masa sekarang, Amerika Syarikat telah muncul sebagai satu-satunya kuasa besar tanpa dicabar mana-mana negara lain kecuali Iran, Cuba dan Korea Utara selepas runtuhnya Soviet Union pada 1991. Menurut ramai penganalisis politik antarabangsa, amat mustahil untuk melihat pengaruh Amerika Syarikat musnah dalam masa 10 tahun daripada sekarang.

Pemimpin yang dikenali: G. W. Bush, Abraham Lincoln, Theodore Rossevelt, Barack Obama

8.        Empayar Dinasti Qing(1644-1912)

Dinasti ini turut dikenali sebagai Dinasti Manchu kerana dinasti ini diterajui oleh bangsa Manchu. Dinasti ini merupakan dinasti beraja yang terakhir sebelum jatuh ke tangan rakyatnya dalam beberapa revolusi.

Runtuhnya Empayar: Dinasti ini menunjukkan kadar kemerosotan menjelang abad ke-18 selepas berdepan dengan tekanan antarabangsa terutama daripada kuasa-kuasa besar Eropah. Tambahan pula, pemberontakan dalam negeri mula tercetus menyebabkan sistem pentadbiran menjadi kurang teratur. China yang terkenal sebagai sebuah negara ketenteraan yang kuat satu ketika dahulu mula merosot kekuatannya apabila mula tunduk kepada British dalam siri peperangan Candu. Empayar ini terus merosot menjelang tahun 1900 dan seterusnya runtuh pada 1912.

 

7.         Empayar Kolonial Perancis(1605-1960)

Empayar Kolonial Perancis mula ditubuhkan selepas era pemerintahan Napoleon Bonaparte. Empayar ini mula menunjukkan belang apabila mula bertapak di Dunia Baru iaitu Amerika Syarikat di sebelah Utara. Empayar ini juga mula menjajah wilayah-wilayah di sekitar Carribean dan India. Tempoh di mana Perancis dan beberapa negara colonial mencari tanah jajahan untuk membentuk empayar mereka sendiri dikenali sebagai Tahun Pencarian(Age of Discovery). Miskipun demikian, Perancis agak terlewat sedikit berbanding Portugis, Sepanyol, British dan Belanda. Semasa abad ke-16 dan ke-17, Perancis mula mencabar kekuatan Sepanyol dan British untuk menjadi negara yang mempunyai empayar terbesar di dunia. Menjelang abad ke-19 dan 20, Perancis telah menjadi negara yang mempunyai empayar kedua terbesar di dunia.

Runtuhnya Empayar: Empayar Kolonial Perancis mula runtuh akibat kesilapan mereka menumpu perhatian kepada penjajahan di bumi asing. Perancis mula mengalami kemerosotan ketenteraannya akibat serangan dan penguasaan Jerman ke atas wilayahnya semasa Perang Dunia Ke-2. Tentera Legionaire Perancis gagal menahan asakan tentera Nazi yang jauh lebih sistematik dan berteknologi tinggi berbanding mereka.

 

6.        Empayar Rusia(1721-1917)

Secara rasminya, Empayar ini ditubuhkan oleh Tsar Peter 1 pada 1721 selepas Treaty of Nystad yang mana telah mengakhiri Great Nortern War dengan Sweden. Empayar ini pernah muncul sebagai empayar kedua terbesar pada zamannya dan ketiga terbesar dalam sejarah manusia. Empayar Rusia ini terkenal sebagai negara yang mempunyai tentera yang kuat dalam dua elemen iaitu darat dan lautan. Pernah terlibat dalam banyak konflik terbesar di Eropah sebelum runtuh empayarnya pada 1917.

Pemimpin yang paling dikenali: Peter the Great, Tsar Nicolas

Runtuhnya Empayar: Empayar ini mulai runtuh akibat revolusi yang dicetuskan oleh Parti Bolsvik pada 1917 dan kemudian secara rasminya menjadikan Rusia sebagai negara Komunis pertama di dunia.

 

5.        Empayar Kristian Sepanyol(1402-1899)

Ditubuhkan selepas kemenangan mereka ke atas Empayar Ummayyah Andalusia pada 1400-an. Empayar ini pernah memiliki tanah jajahan yang cukup besar yang terdiri daripada negara-negara Afrika, Amerika, Asia dan Oceania. Kekayaan daripada hasil tanah jajahan adalah tidak terkira bahkan raja mereka pernah muncul sebagai raja terkaya di dunia satu ketika dahulu. Empayar ini mencapai zaman keemasan menjelang abad ke-16 hingga abad ke-17.

Runtuhnya Empayar: Selepas beberapa siri peperangan yang menelan wang yang besar, peningkatan kadar inflasi, pemberontakan dalam negeri serta rasuah dalam kerajaan menyebabkan Empayar Kristian Sepanyol runtuh sama sekali menjelang akhir abad ke-18.

 

4.        Empayar Macedonia(336BC-323BC)

Empayar yang sangat ditakuti pada abad ke-3 sebelum masihi. Dengan terajunya iaitu Alexander the Great selepas menggantikan ayahnya, Philip yang meninggal dunia akibat dibunuh, empayar ini telah mengorak langkah dengan agresif menjangkaui imaginasi para pengkritik Alexander. Alexander yang masih muda belia telah memainkan peranan penting untuk menyakinkan rakyatnya untuk melaksanakan kempen peluasan kuasa bagi menyebarkan pengaruh Helinistik Macedonia. Pada satu ketika, empayar Alexander telah terbentang luas sehingga ke India.

Runtuhnya empayar: Empayar Macedonia mengalami kemerosotan selepas terbunuhnya Alexander semasa peperangan di India. Alexander meninggal dunia di saat umurnya masih muda iaitu 33 tahun. Satu persatu negara di bawah jajahannya mencapai kemerdekaan selepas pemberontakan demi pemberontakan. Sekiranya Alexander memiliki umur yang cukup panjang, kemungkinan empayarnya menjangkaui satu dunia.

 

3.        Empayar Mongol(1206-1368)

Diasaskan oleh Temujin atau lebih dikenali dengan Genghiz Khan. Empayar ini mencapai keluasan yang cukup mengujakan. Hampir setiap peperangan mereka sertai akan memperolehi kemenangan. Empayar Mongol dikaitkan dengan beberapa keruntuhan tamadun dunia seperti Tamadun Islam di Baghdad. Empayar Mongol ditakuti oleh setiap tamadun kerana sikap agresif mereka ketika peperangan. Pada satu ketika, empayar mereka menjangkaui daripada Asia Timur hinggalah ke Eropah Timur. Disebabkan itu, Empayar Mongol muncul sebagai empayar paling besar dan kuat dalam sejarah tamadun manusia.

Runtuhnya Empayar: Empayar Mongol mula mengalami kejatuhan selepas kematian Genghiz Khan. Selepas kematian tokoh golongan gasar tersebut, telah berlaku beberapa siri peperangan saudara di kalangan waris dan anak-anak Genghiz Khan. Akibatnya, Empayar Mongol mula berada dalam keadaan goyah. Menjelang 1368, Dinasti Yuan mengambil kesempatan ke atas kelemahan empayar Mongol dengan memusnahkan sama sekali empayar mereka.

 

2.        Empayar Rom(27BC-476AD/1453)

Empayar Klasik Rom ini muncul di akhir tamadun purba manusia. Memiliki tentera yang hebat dan sistematik menyebabkan empayar ini mampu menakluk kira-kira 6.5 juta km persegi permukaan bumi. Empayar ini terbahagi kepada dua iaitu Empayar Rom Barat dan Empayar Rom Timur(Byzantine). Kedua-dua empayar ini memiliki kekuatan yang luar biasa dan sering berperang dengan sebuah lagi empayar yang kuat ketika itu iaitu Empayar Parsi Sasanid.

Pemimpin yang dikenali: Julius Ceasar, Augustus, Brutus, dan Constantine.

Runtuh Empayar: Empayar Rom mula runtuh selepas beberapa siri perang saudara, dan pencerobohan kaum Gasar seperti Atilla the Hun, Vasigoth dan Ostrogoth. Kemuncuk kemorosatan Empayar ini adalah pada tahun 1453 di mana Empayar Byzantine mula runtuh selepas diserang bertali arus oleh Sultan Muhammad al-Fatih ke atas kubu Constantinople. Empayar Byzantine mula runtuh dan bermula era baru bagi Constantinople dengan pemerintah Islam Uthmaniyyah.

 

Dan berada di tempat pertama adalah:

1. Empayar British(1583-1997)

Ketika zaman kemuncaknya, Empayar British muncul sebagai empayar paling besar di dunia merangkumi tanah jajahan daripada Eropah, Afrika, Asia, Oceania,Australia dan Amerika. Boleh dikatakan seluruh tanah di dunia ini pernah mereka jelajahi. Seorang sejarahwan pernah berkata;

 

‘ The Sun never sets on British Empire’

Ia merujuk kepada luasnya empayar British. Boleh dikatakan Empayar British langsung tidak mengalami kejatuhan dan tetap kekal sebagai empayar nombor 1 dunia miskipun ketika itu berperang dengan Nazi Jerman.

Sehingga kini, jajahan British tetap kekal sebagai ‘jajahan-jajahannya’ dengan penggunaan pelbagai elemen British seperti bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar(India,Australia,New Zealand dan beberapa buah negara Afrika), wujudnya sukan negara jajahan iaitu sukan Commonwealth, undang-undang British yang digunakan cukup meluas di negera bekas tanah jajahannya termasuklah Malaysia serta beberapa elemen lain yang tidak boleh diperkatakan kerana bimbang mengundang sensitiviti sesetengah pihak. Bergitulah bijaknya British memainkan peranan mereka. Dan ia wajar untuk dinobat sebagai negara penjajah nombor 1 di dunia.!

 

Advertisements

Siri 1: 20 Empayar Terbesar Yang Pernah Wujud di Muka Bumi

Oleh: takusahrisau

 

Menurut Farmer dalam buku, Comparative History of Civilizations, empayar merujuk kepada kuasa politik yang menyatukan zon budaya yang luas. Kemunculan empayar disebabkan oleh dasar imperialisme  dan kolonisme yang menyebabkan berlaku proses penaklukan dan perluasan kuasa terhadap negara-negara lain. Proses perluasan kuasa menyebabkan munculnya beberapa empayar seperti Empayar Maurya dan Gupta di India, Empayar Chin dan Han di China dan Empayar Rom di Eropah.

Kekuatan tentera amat penting. Direkodkan bahawa Raja – raja India mempunyai angkatan tentera yang besar. Misalnya, Candragupta Maurya mempunyai 600, 000 orang tentera , Rajaraja I  mempunyai 900, 000 orang tentera dan Mahendrapala boleh menggerakkan 800,000 orang tentera pada bila-bila masa.

Teknologi ketenteraan juga memainkan peranan penting. Ia dapat dilihat melalui teknologi ketenteraan Rom yang jauh melampaui zaman ketika era kegemilangan Empayar Rom. Mereka bukan sahaja memiliki tentera yang lengkap dengan baju besi tetapi dilengkapi juga dengan kereta chariot yang boleh memecahkan barisan depan musuh dengan mudah. Bergitu juga dengan kehebatan Empayar India yang menggunakan sebaik mungkin kekuatan tentera bergajah. Dipercayai bahawa Alexander the Great hampir terkejut apabila melihat sejumlah tentera bergajah ketika misi peluasan kuasanya di India. Malahan kuda tentera Alexander meronta-ronta kerana terkejut dengan pekikan gajah. Mujur dengan kebijaksanaan Alexander yang mana beliau mengarahkan kuda-kuda tenteranya ditutup mata dan gajah-gajah tentera India dibutakan mata.

Sehingga kini, pembaca boleh lihat sendiri berapa banyak empayar runtuh. Yang terbaru adalah Empayar Soviet yang tumbang pada tahun 1991. Untuk pengetahuan pembaca, satu ketika dahulu Empayar Soviet adalah antara empayar paling besar di dunia.  Sebagai ukuran keluasannya, setiap pelancong perlu merentasi sehingga berpuluh zon waktu untuk mengelilingi setiap wilayah Soviet.

Oklah, tanpa membuang masa lagi, penulis kali ini ingin menyenaraikan 20 Empayar Terbesar Yang Pernah Wujud di muka bumi. Selamat membaca..

20.      Empayar Acheamenid(550BC-330BC)

Asal nama Acheamenid adalah daripada nama pengasasnya iaitu Acheamenes. Namun, sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan. Ketika kemuncak kekuasaannya, empayar ini telah memiliki empayar seluas 8 juta km persegi dan mempunyai lebih 23 buah negara di bawah jajahan takluknya.

Raja paling dikenali: Cyrus the Great dan Darius the Great

Keruntuhan Empayar: Empayar ini mula merosot selepas serangan oleh panglima muda Macedonia iaitu Alexander the Great. Dalam masa 8 tahun, Empayar Acheamenid runtuh dan hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

 

19.      Empayar Sasanid(224-651)

Empayar Sasanid pernah diiktiraf satu ketika dahulu sebagai empayar yang terkuat di sebelah Asia di samping Empayar Rom pula terkuat di sebelah Barat. Empayar Sasanid adalah empayar yang bertanggungjawab meningkat tamadun Parsi di mana jiran-jiran mereka masih lagi mundur dan serba kekurangan.

Ketika kemuncaknya, empayar ini telah menjangkaui kawasan daripada Syria ke Barat Daya India ataupun 3.5 juta km persegi.

Raja Paling Dikenali: Kaisar Khosrau II

Keruntuhan Empayar: Kekalahan kepada tentera Islam pimpinan Khalid al-Walid semasa misi penyebaran Islam oleh Khulafa al-Rashidin telah meruntuhkan sama sekali dinasti Sasanid di mata dunia.

Hasil tinggalan Empayar Sasanid.

 

18. Empayar Kolonial Belanda(1610-1975)

Kekuatan kuasa maritim Belanda pada abad ke-16 hingga 17 telah menyebabkan empayar ini bergitu ditakuti oleh musuh-musuhnya. Kekuatan maritim ini berpunca daripada penubuhan Syarikat Hindia Timur Belanda pada 1602. Pada 1641, Belanda telah mengalahkan Portugis untuk menguasai pelabuhan komersial Melaka yang telah dikuasai oleh Portugis sejak 1511.

Keruntuhan Empayar: Kekuatan kuasa maritim Belanda merudum pada akhir abad ke-18 selepas beberapa siri kekalahan Belanda di pentas dunia. Selain itu, tanah air mereka sering diserang musuh telah menyebabkan kekuatan Belanda hancur-binasa.

 

17.       Empayar Mughal(1526-1707)

Tentera Islam berketurunan Tartar mula menguasai benua kecil India sekitar 1526 dan akhirnya telah menubuhkan Empayar Mughal. Kekuasaan Empayar Mughal antara pertengahan abad ke 15 dan berakhir pada awal abad ke-18.

Raja Yang Paling dikenali: Sultan Akhbar the Great dan Sultan Jahanghir

Keruntuhan Empayar: Empayar Mughal mula runtuh sepenuhnya pada tahun 1725 akibat beberapa siri kekalahan dalam peperangan, pemberontakan agama, dan kemunculan kuasa-kuasa baru seperti Empayar Maratha, Empayar Sikh, Empayar Durrani. Kemunculan Empayar British telah mengakhiri sepenuhnya penguasaan Empayar Mughal di India dan jajahannya.

 

16.      Empayar Perancis Pertama Pimpinan Nepoleon Bonaparte(1804-1814)

Empayar ini adalah produk pertama hasil Revolusi Perancis. Empayar ini dengan cepat tersebar ke seluruh Eropah dengan pimpinan pemimpin berkarisma Nepoleon Bonaparte. Kekuatan Napoleon telah menyebabkan beberapa negara jirannya memperkuatkan tentera masing-masing. Misi Napoleon hanya satu iaitu menyebarkan Revolusi Perancis ke seluruh Eropah dengan menghapuskan sistem beraja. Misi Napoleon ini menyebabkan banyak negara yang ditubuh berasaskan sistem monarki berasa tidak senang duduk.

Keruntuhan Empayar: Empayar mula runtuh satu persatu selepas kalah dalam peperangan Waterloo kepada Duke of Wallington. Empayar Napoleon juga goyah apabila ramai tentera Napoleon terkorban semasa misi menumbangkan Tsar Rusia.

 

15.      Empayar Jepun(1868-1945)

Empayar ini pada satu ketika amat digeruni oleh musuh-musuhnya. Tentera yang berani mati dan berteknologi tinggi telah menyebabkan beberapa kuasa besar tunduk kepada kekuasaan Jepun. Kekuatan maritim tentera Jepun yang tidak pernah kalah dalam setiap siri peperangan telah menyebabkan tentera maritim Russia kalah teruk dalam Peperangan Ruso-Japan pada 1905. Kemuncak kekuasaan Empayar Jepun adalah pada 1942.

Keruntuhan Empayar: Empayar mula runtuh apabila Amerika Syarikat telah menjatuhkan  Bom nuklear di Bandar utama Jepun seperti Nagasaki. Akibat daripada pengeboman ini juga memberi pertanda berakhirnya Perang Dunia Ke-2.

Tentera Jepun sangat digeruni pada zaman kegemilangan mereka.

14.      Empayar Nazi(1933-1945)

Empayar Nazi pernah menjadi kuasa tentera yang paling ditakuti satu ketika dahulu. Ia bukan kerana jumlah tentera yang besar tetapi teknologi yang canggih sehingga menjangkaui kekuatan teknologi musuh-musuhnya. Banyak teknologi tentera Jerman yang menjangkaui zamannya seperti Roket V1, Jet Pejuang bersayap V, Kereta Kebal berkelajuan tinggi dan sebagainya.

Keruntuhan Empayar: Dengan runtuhnya Berlin akibat serangan tentera-tentera Bersekutu pada 1945 dan terbunuhnya Hitler dipercayai membunuh diri telah menyebabkan Jerman Nazi telah mengangkat bendera putih dan seterusnya meruntuhkan Empayar Nazi Jerman. Ramai penganalisis ketenteraan dunia berkata bahawa jika Amerika Syarikat tidak terlibat dalam Perang Dunia Ke-2, sejarah akan berubah dengan Jerman yang bersendirian akan menang menentang Britain dan negara-negara sekutunya.

 

13.      Empayar Ming(1368-1664)

Ia adalah dinasti terakhir yang dikuasai oleh etnik Han. Empayar Ming menyebar keseluruh dunia apabila banyak negara secara sukarela tunduk di bawah kekuasaannya. Pembaca mesti mengingati Laksamana Cheng Ho bukan? Laksamana Cheng Ho atau nama sebenarnya Zheng He adalah panglima laut termasyhur semasa Dinasti Ming menguasai China. Zheng He telah diarahkan oleh Maharaja untuk berlayar ke seluruh dunia bagi menyebarkan propanganda mengenai kekuatan dan kekuasaan China. Dikatakan Armada laut yang dipimpin Zheng He tersangat besar sehingga dikatakan bahawa ia seperti perkampungan kecil di lautan.

Empayar Ming juga mempunyai 1 juta tentera yang boleh berkhidmat pada bila-bila masa. Pada ketika Dinasti Ming, bidang sains dan kejuruteraan, bidang falsafah dan seni mencapai tahap kegemilangan.

Raja yang paling dikenali: Maharaja Yongle

Keruntuhan empayar: Pada akhir pemerintahan Dinasti Ming, kebanyakan raja adalah lemah dan gagal menyelesaikan masalah peperangan saudara yang sering menjadi duri dalam daging empayar ini. Akhirnya, empayar ini runtuh dan diganti dengan Dinasti Manchu.

 

12.      Empayar Othmaniyyah(1299-1923)

Ketika kemuncak penguasaannya, Empayar Othmaniyyah telah tersebar ke seluruh Eropah Timur seperti Georgia, Bosnia, Serbia dan sebagainya. Direkodkan bahawa 29 negara berada di bawah pengguasaannya. Ia tidak termasuk negara-negara yang sukarela berada di bawah naungan Khalifah Othmaniyyah terutama negara-negara Islam.

Raja yang paling dikenali: Sultan Sulaiman al-Kanuni

Keruntuhan empayar: Kebangkitan golongan muda berpendidikan Barat telah menyebabkan Empayar Turki Othmaniyyah jatuh merudum. Ia lebih parah apabila Turki Othmaniyyah yang turut sama terlibat dalam Perang Dunia Pertama telah dipaksa untuk melepaskan banyak wilayahnya kepada kuasa-kuasa besar lain. Sejak daripada itu, Turki Othamiyyah berakhir dan Sultan terakhir adalah Sultan Abdul Hamid.

Mustafa Kamal adalah individu yang menjadi dalang kejatuhan Empayar Turki Othmaniyyah.

11.       Soviet Union(1920-1991)

Soviet Union tertubuh daripada selepas Parti Bolshevik menguasai Russia pada 1917. Sejak daripada itu, Soviet Union tidak menoleh ke belakang lagi. Satu ketika pernah berbaik dengan Nazi Jerman kemudian bermusuh bergitu juga Amerika Syarikat, satu ketika pernah bersepakat dalam memerangi Nazi Jerman dan kemudian bermusuh semasa Perang Dingin.

Pemimpin yang dikenali: Vladimir Lenin, Joseph Stalim

Keruntuhan empayar: Empayar Soviet mula runtuh pada tahun 1991 apabila rakyat mahukan sistem demokrasi berbanding sistem komunis sosialis yang diperkenalkan oleh Parti Bolshevik.

 

10.      Empayar Portugis (1415-1999)

Empayar Portugis adalah empayar pertama yang ditubuhkan untuk menguasai negara-negara lain secara global. Ia merupakan negara yang paling lama mengamalkan sistem empayar sehingga menjangkaui 600 tahun. Empayar ini juga empayar pertama yang menguasai pantai di Afrika pada 1419. Ia juga telah mengukuhkan sistem kolonisme lama sebelum Inggeris dan Belanda datang ke timur.

Raja yang dikenali: Henry the Navigator

Keruntuhan empayar: Empayar Portugis mula beransur-ansur lemah apabila meningkatnya kekuatan tentera Inggeris dan Sepanyol. Pada 1999, Timur Timor telah merdeka sepenuhnya daripada cengkeman Portugis. Timur Timor adalah negara terakhir yang merdeka di bawah jajahan Portugis.

Portugis pernah menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara satu ketika dahulu.

 

 

 

Senarai 10 lagi Empayar Terbesar Yang Pernah Wujud  akan disambung dalam siri kedua..

Kapal Dilambung Ombak..

Oleh: takusahrisau

 

Sesiapa yang tinggal di Kuala Lumpur mungkin tidak akan pernah berjumpa dengan laut, namun bagi penulis yang hanya tinggal tidak sampai satu kilometer dari laut, memang sangat ‘biasa’ dengan laut. Namun, penulis tidaklah seperti kanak-kanak lain yang bebas mandi-manda di laut ketika cuti sekolah. Hanya dengan pengawasan ibu bapa penulis, itu pun jika ada kelapangan mereka, barulah penulis merasa ‘kesedapan’ mandi laut.

Walaubagaimanapun, apabila sudah dewasa, penulis mula boleh melepaskan gian-gian yang suatu ketika dahulu penulis tidak dapat ‘buat’ ini. Jika ada kelapangan, penulis dan rakan-rakan akan mula terjun membasahkan diri dengan air masin. Usah dibayangkan betapa syoknya dapat mandi di laut, tidak seperti mandi di Sunway Lagoon, tidak pula seperti mandi di Sekayu atau kolam Renang Batu Buruk. Perasaan teruja penulis dapat rasakan lain macam. Best..sangat best.

Walaubagaimanapun, kali ini penulis bukannya hendak berborak mengenai air laut, namun ia ada kaitan juga dengan air laut. Hari ini penulis ingin kepilkan gambar-gambar dramatik Kapal Dilambung Ombak. Bayangkan pembaca di atas kapal tersebut!Serammmmm..

 

Tajuk Muka Depan Akhbar yang melonjakkan Jualan!

Oleh: takusahrisau

 

Akhbar adalah salah satu sumber informasi kepada semua masyarakat tidak kira di ceruk mana mereka berada. Sehingga ke hari, syarikat akhbar di seluruh dunia bercambah bagaikan cendawan yang baru ditimpa hujan. Masing-masing memperagakan kelainan bagi menambat hati pembaca. Ada beberapa akhbar menggunakan isu seksual sebagai pelaris dan tidak kurang juga menggunakan isu misteri untuk ‘mengikat’ mood pembaca.

Walaubagaimanapun, tidak kiralah genre mana yang sesebuah syarikat akhbar tersebut gunakan, perlu diketahui bahawa muka utama memainkan peranan penting dalam melariskan jualan mereka. Sebagai contoh, bagi kes jenayah berprofil tinggi seperti kes pembunuh Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, jika terdapat sebuah akhbar meletakkan muka depan mengenai kejadian buang bayi sedangkan muka depan  akhbar yang lain ‘memainkan’ isu pembunuh tersebut, nescaya akhbar tersebut MESTI tidak laku di meja jualan.! Diulang sekali lagi,tidak laku.

Itulah keistimewaan muka depan sesebuah akhbar. Ia bagaikan wajah seseorang manusia. Jika diwajahnya terdapat parut, maka terus dicop penjenayah(walaupun tidak semestinya betul) dan bergitulah dengan muka depan akhbar, jika muka depannya memainkan isu-isu panas, hangat dan menarik mesti ramai pembaca akan membelinya.

Namun, tahukah anda, terdapat beberapa muka depan sesebuah akhbar yang telah melonjak jualannya dek kerana isu yang dimainkannya adalah isu paling hangat serta paling hendak diketahui oleh seluruh warga masyarakat. Baiklah, sebelum membuang masa, lebih baik saya lampirkan kepada pembaca 10 buah muka depan akhbar yang paling hangat jualannya diseluruh dunia. Selamat membaca:

 

10.       ‘Martin Luther King Shot to Death’ daripada Daily News keluaran 5hb April 1968

Daily News telah mengeluarkan edisi 5hb April 1968 mengenai kematian Martin Luther King yang ditembak mati di Memphis. Martin Luther King merupakan seorang pejuang kulit hitam sememangnya terkenal di Amerika Syarikat kerana sikap lantangnya mempersoalkan penindasan kulit putih terhadap kulit hitam. Oleh itu, berita kematian beliau sememangnya melonjakkan jualan akhbar Daily News yang hanya dijual 10sen pada ketika itu.

 

9.         ‘Liar,Liar’ daripada Daily News keluaran 18hb Ogos 1998

Skandal seks bekas presiden Amerika Syarikat iaitu Bill Clinton dengan pembantunya Monica Lewisky telah melonjakkan jualan Daily News malahan kebanyakkan akhbar yang menggunakan tema ini turut melonjak sama jualannya. Skandal seks Bill Clinton telah menyebabkan karier suami kepada Senator Hillary Clinton ini rebah menyembah bumi. Ironinya, hubungan suami isteri antara Bill dan Hillary tetap berjalan dengan lancar tanpa timbul desas-desus penceraian. Pelik sungguh warga Amerika ni yer…

 

8.         ‘Marilyn Monroe Found Dead in Probable Suicide’ daripada The Sun keluaran 6hb Ogos 1962

Marilyn Monroe adalah pelakon yang terkenal sekitar tahun pertengahan 50-an dan 60-an. Antara filem lakonannya adalah The Seven Years Itch(1955) dan Some Like it Hot(1959) telah melonjakkan karier lakonan insan yang pernah digelar simbol seks Hollywood ini. Kematiannya pada 5hb Ogos iaitu sehari sebelum muka depan ini dikeluarkan akibat pengambilan ubat secara overdos telah mengejut seluruh masyarakat di dunia.

 

7.         ‘Hitler Killed’ daripada Daily Record keluaran 2hb May 1945

Hitler adalah pemerintah Jerman yang berfahaman Nazi. Beliau digeruni oleh seluruh pemimpin di Eropah dan Amerika Syarikat kerana menentang idealogi kapitalis yang menjadi idealogi mereka. Tambahan pula, Hitler sering dikaitkan dengan pembunuhan besar-besaran warga Yahudi telah membangkitkan lagi kebencian terhadap beliau. Berita kematian beliau telah menyemarakkan seluruh jualan-jualan akhbar di dunia. Walaubagaimanapun, kematian beliau masih menjadi tanda tanya kerana terdapat spekulasi yang menyatakan Hitler tidak dapat dijumpai mayatnya dan mayat yang dirakamkan adalah salah seorang daripada berpuluh orang penyamarnya kerana kelainan daripada wajah dan misainya.

 

6.         ‘Obama Makes History’ daripada Washington Post keluaran 5hb November 2008

Barack Obama sememangnya telah mencipta sejarah Amerika Syarikat kerana dipilih menjadi presiden Amerika Syarikat pertama yang berkulit hitam. Jikalau diputarkan kembali, Amerika Syarikat hampir hancur apabila banyaknya pertelingkahan antara golongan kulit putih dan kulit hitam yang mana ia kelihatan mustahil untuk seseorang individu berkulit hitam memegang jawatan tertinggi di Rumah Putih. Walaubagaimanapun ia telah dapat dipecahkan oleh seorang yang bergelar Barack Obama Hussein.

5.         ‘The Great Plague!Many More Deaths Expected’ daripada The Newes keluaran 25hb August 1664

Pembaca jangan terkejut dengan ‘surat khabar’ seperti ini. Ini adalah kerana pada awal abad ke 15, surat khabar lebih menyerupai sebuah manuskrip daripada sebuah surat khabar. Istilah newspaper sebenarnya pada masa itu masih belum digunakan dan menggunakan istilah newsbook bagi merujuk kepada sesebuah ‘surat khabar’. Mengenai tajuk akhbar ini adalah mengenai wabak penyakit yang merebak dengan cepat di England yang hari ini dikenali sebagai Wabak Landon. Beribu-ribu rakyat Landon terkorban akibat wabak misteri ini.

 

4.         ‘We Blockade Cuba Arms’ daripada Daily News keluaran 23hb November 1962

Krisis nuklear antara Soviet-Amerika ketika Perang Dingin kian memuncak dengan terdedahnya penjualan senjata api Soviet kepada rakan sekutu komunisnya iaitu Cuba. Krisis ini dikenali sebagai Krisis Misil Cuba atau Krisis Oktober. Walaubagaimanapun, penjualan tersebut ditarik balik oleh Soviet setelah amaran daripada Amerika Syarikat untuk menyerang Cuba jika kepala-kepala peledak nuklear tidak ditarik balik oleh Soviet. Krisis ini adalah krisis yang akan menyebabkan hampir terjadinya peperangan nuklear antara Soviet dan Amerika Syarikat.

 

3.         ‘Warship’s planes start search for Miss Earhart;No definite signal heard’ daripada The New York Times keluaran 8hb Julai 1937

Kehilangan Amelia Earhart ketika misi mengelilingi dunia secara bersendirian telah mengejutkan seluruh rakyat Amerika dan masyarakat dunia. Pencarian selama berbulan-bulan gagal menemui kata putus. Dan akhirnya diistihyharkan Amelia Earhart sebagai insan yang hilang. Sehingga ke hari ini, kehilangan Amelia menimbulkan pelbagai spekulasi dan kontroversi.

 

2.         ‘Japs Bombs Hawaii’ daripada Daily News keluaran 8hb Disember 1941

Serangan Jepun secara besar-besaran di pengkalan Amerika Syarikat di Pearl Harbour menyebabkan Amerika Syarikat yang pada mulanya tidak akan menyertai perang telah pun bertukar fikiran untuk menyertai perang yang akan dinamakan Perang Dunia Ke-2. Amerika Syarikat telah menyertai Pakatan Berikat bersama-sama British, Perancis, Kanada dan negara-negara Komanwel telah mengistiyharkan perang besar-besaran ke atas semua Pakatan Paksi yang terdiri daripada Jerman, Jepun, Itali, dan negara sekutunya. Maka, dengan rasminya, Perang Dunia Ke -2 bermula daripada detik ini.

 

 

1.         ‘U.S Attacked’ daripada The News York Times keluaran 12hb September 2001

Tajuk yang digunakan oleh The News York Times telah mengejutkan seluruh rakyat Amerika Syarikat secara keseluruhannya. Kejadian 11 September merupakan tragedi yang paling diingati sampai bila-bila oleh seluruh rakyat Amerika. Tragedi tersebut telah mengorban beribu-ribu orang nyawa yang kesemuanya adalah ahli-ahli koperat dan profesional. Jualan akhbar The News York Times melonjak dengan mendadak pada hari itu kerana rakyatnya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.

Atheist-5 selebriti Hollywood berfahaman Atheistme

Oleh: takusahrisau

 

Selebriti yang Tidak Pernah Percaya akan Tuhan!

Atheist adalah satu bentuk kepercayaan yang langsung tidak mempercayai kewujudan tuhan. Kepercayaan ini telah lama terbentuk iaitu sejak daripada awal kewujudan tamadun manusia namun ia mula popular pada abad ke-18 apabila seorang ahli falsafah berbangsa Jerman, Friedrich Nietzsche(1844-1900) mengaku dengan lantangnya bahawa beliau langsung tidak mempercayai sebarang kewujudan dan kekuasaan ketuhanan dalam ideanya God is dead. Walaubagaimanapun, lama sebelum beliau iaitu sekitar 400BC, lahir seorang tokoh bernama Epicurus(370BC-270BC) dengan ideanya yang mencetuskan fenomena apabila mempertikaikan kewujudan tuhan dalam idea yang dikenali Epicureanism. Jadi tidak salah jika mengatakan beliau adalah bapa kepada golongan Atheist.

Atheist dikategorikan kepada DUA jenis iaitu strong Atheist dan weak Atheist. Strong Atheist adalah seseorang yang langsung tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Kebiasaanya, individu itu selalu berkata sebagaimana demikian;

Tidak,tidak, Tuhan tidak wujud..kalau Tuhan wujud kenapa dia biarkan orang jahat bermahajarela,baik dia cipta semua manusia  baik belaka. Dah lah tu,cipta pulak syaitan..kenapa Dia cipta syaitan?untuk memperbodohkan manusia?

Manakala kategori weak Atheist pula adalah seseorang yang bersederhana dalam kepercayaannya dalam mempertikaikan kewujudan tuhan. Kebiasaanya ucapan seseorang yang dalam kategori ini adalah;

Aku tahu Tuhan wujud,tapi aku tak mahu solat atau puasa. Aku tidak percaya Tuhan akan cuba susahkan manusia dengan membuat perkara remeh-remeh macam ini..

Atheist di Malaysia sebenarnya semakin berleluasa. Baru-baru ini, menular dalam blog-blog mengenai individu bernama Salleh Gregor Samsa yang memperlekehkan Islam dan mengaku pula tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Situasi sebergini sungguh memberhayakan.!

Hujah-hujah golongan Atheist kebiasaanya berteraskan pemikiran logik semata-mata. Oleh sebab itu, hujah-hujah golongan Atheist mudah dipatahkan. Pembaca boleh lihat dalam klip video ini.(klik SINI). Klip video ini sebenarnya merupakan lakonan semula mengenai perdebatan Albert Einstein yang pada ketika itu masih lagi kecil dengan pensyarahnya mengenai kewujudan Tuhan. Sekurang-kurang, kita boleh ambil pengajaran dengan ayat-ayat perdebatan mereka.

Albert Einstein yang merupakan seorang Yahudi Jerman terkenal sebagai individu yang mempertahankan kewujudan tuhan sepertimana beberapa saintis terkenal lain seperti Isaac Newton,Galileo Galilei, Rene Descartes, Johannes Kepler, Johannes Kepler, Johannes Kepler, Michael Faraday, William Thomson Kelvin, Ibnu Sina dan Al-Farabi.

Okey lah, untuk kali ini, pembaca boleh meneliti 5 orang selebriti Hollywood yang mengaku beliau adalah Atheist. Sememangnya selebriti Hollywood terkenal dengan sikap terbuka mereka. Teruskan membaca ya..

 

1.         Brad Pitt

Brad Pitt

Brad Pitt atau nama sebenarnya William Bradley Pitt pernah mengaku dalam satu temubual denga Bild.com;

I’m probably 20 percent atheist and 80 percent agnostic. I don’t think anyone really knows. You’ll either find out or not when you get there, until then there’s no point thinking about it.”

 

2.        Keanu Reeves

Keanu Reeves

Keanu Reeves ketika mempromosi filem Constatine pada 2005 ditanya mengenai sejauh mana kepercayaan beliau mengenai kepercayaan Atheistme setelah membintangi filem berunsurkan keagamaan ini;

“I wasn’t raised in any special denominations and I haven’t taken on any so far,” ujarnya ketika ditanya

beliau seterusnya menambah;

I used to have doubts (about heaven and hell) and now I doubt less.”

 

3.        Hugh Laurie

Hugh Laurie

Pelakon siri popular, House ini adalah seorang Atheist yang sejati. Dalam satu temubual dalam satu majalah, beliau berkata;

I don’t believe in God, but I have this idea that if there were a God, or destiny of some kind looking down on us, that if he saw you taking anything for granted he’d take it away.”

 

4.        Jodie Foster

Jodie Foster

Beliau pernah mendakwa bahawa beliau adalah Atheist dalam majalah Entertainment Weekly dengan berkata;

“I absolutely love religions and the rituals. Even though I don’t believe in God.”

Bergitu juga ketika ditanya oleh wartawan E! Online mengenai samaada beliau pernah bersembahyang di gereja;

“No, absolutely never”

Ironinya, beliau sentiasa menyambut Kristmas dan Hanukkah(perayaan agama Yahudi) setiap tahun dengan anaknya.

5.        Bruce Willis

Bruce Willis

Aktor kegemaran ramai ini sebenarnya adalah Atheist. Dalam satu temubual dengan majalah George isu Julai 2008,beliau berkata;

“Organized religions in general, in my opinion, are dying forms, they were all very important when we didn’t know why the sun moved, why weather changed, why hurricanes occurred, or volcanoes happened,”

Seterusnya, beliau menambah;

“Modern religion is the end trail of modern mythology. But there are people who interpret the Bible literally. Literally!”

 

Bergitulah ‘kata-kata hikmah’ daripada selebriti terkenal Hollywood. Namun, ini adalah hanya segelintir daripada ratusan selebriti yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Tom Cruise lain pula kisahnya apabila beliau menolak agama Kristian tetapi menganut fahaman Scientology yang juga merupakan cabang-cabang Atheistme.

Akhir sekali penulis teringat satu firman Allah yang besar maknanya yang membawa maksud;

“Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan yang lurus maka ikutilah dia, janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa”.

(surah Al-An’aam: ayat 153)

Selebriti Terkenal yang Buta Huruf(Disleksia)!

Oleh: takusahrisau

Pernahkah pembaca mendengar penyakit Disleksia?

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap. Dalam erti kata yang lain, Disleksia boleh disebut juga sebagai buta huruf. Disleksia bagaimanapun bukannya suatu penyakit dan dengan itu tiada ubat khas untuk mengubatinya namun penghidap Disleksia boleh memilih untuk memasuki kelas khas bagi mengurangkan masalah ini. Di Britain sahaja setakat ini sebanyak 10% populasi rakyatnya menghidap Disleksia dan bergitu juga di negara-negara maju yang lain. Ini bermakna, kempen kerajaan Malaysia untuk membasmi 100%  buta huruf(Disleksia) amat-amat mustahil kerana sekurang-kurang sebanyak 4% purata rakyat sesebuah negara akan menghidap Disleksia.! Dengan itu, amatlah penting untuk kerajaan Malaysia menubuhkan satu pertubuhan khas bagi penyakit Disleksia seperti yang dibuat oleh Britain dengan Britain Dyslexia Association bagi berkempen untuk memberi pemahaman kepada rakyatnya mengenai Disleksia.

Disleksia adalah satu jenis masalah yang unik kerana penghidapnya bukannya seorang yang mempunyai kecacatan otak atau fizikal. Mereka berkebolehan berfikir dengan normal dan melakukan aktiviti harian sepertimana individu yang lain. Disleksia selalu disalah-anggap sebagai Afasia. Afasia adalah penyakit saraf yang merencatkan terus kebolehan seseorang dalam komunikasi.

Penghidap Disleksia kekadang tidak boleh membezakan sesuatu gambar dalam keadaan terbalik atau tegak. Terdapat penghidapnya tidak boleh membaca perkataan yang terlampau panjang. Namun, mereka tidak boleh dianggap bodoh atau dungu. Otak mereka cuma tidak mampu memproses maklumat secara normal sepertimana manusia biasa. Sebenarnya, inilah anugerah Allah swt kepada mereka kerana berkebolehan memproses maklumat dalam keadaan yang agak berlainan daripada manusia biasa.

Kerana anugerah Allah swt inilah ramai insan di bumi Allah swt ini muncul sebagai manusia terkenal malah terdapat beberapa penghidapnya muncul sebagai pelakon terkenal, pencipta alat sofitikated, dan sebagainya yang mana ia mustahil untuk dibuat oleh manusia-manusia normal.!

Dengan itu, pembaca boleh ikuti satu persatu senarai insan yang menghidap Disleksia:

1.         Scott Adam

Scott Adam atau nama sebenarnya Scoot Raymond Adams adalah pencipta watak kartun Dilbert. Kartun Dilbert yang dicipta Scoot Adam adalah kartun jenis pendek yang biasa muncul dalam surat khabar dan majalah-majalah. Kartun Dilbert ini kebiasaanya berunsur humor dan satira tentang alam perkerjaan kolar biru. Kartun ini muncul buat kali pertama pada 16 April 1989 dan sejak itu ia mengorak langkah perlahan-lahan hingga muncul dalam 2000 surat khabar di 65 negara dengan 25 bahasa berbeza.

Dilbert amat popular sehingga ramai kartunis di luar Amerika Syarikat terikut-ikut dengan gaya humor dan satiranya.

Beliau yang dilahirkan pada 8hb Jun 1957 telah didiagnos menghidap Disleksia sejak beliau masih berkerja di bank yang mana selalu menghadapi masalah untuk mengembalikan wang dengan betul.

Selain Disleksia, beliau juga menghidap Focal Distonia yang memberi kesan dalam melukis dan Spasmodic Dysphonia yang memberi kesan kepada percakapan beliau. Rawatan yang berterusan akhirnya dapat mengubati penyakit beliau ini miskipun tidak berkebolehan untuk menjerit.

Scott Adam

2.        Muhammad Ali

Siapa yang tidak kenal Muhammad Ali, peninju yang berkarisma ketika era kegemilangannya pada 1970-an. Malah peminat-peminat mesti mengingati satu persatu pertarungan beliau termasuklah dengan Joe Bugner di Malaysia bukan?

Namun, apa yang masih tidak diketahui oleh ramai pembaca adalah Muhammad Ali adalah penghidap Disleksia sejak daripada kecil sehingga hampir tidak dapat menamatkan pengajiannya di sekolah tinggi. Ironinya, anak beliau, Laila Ali juga menghadapi Disleksia sepertimana beliau.

Muhammad Ali juga menghidap Parkinson.

Muhammad Ali

3.        Harry Anderson

Harry Anderson adalah pelakon dan ahli silap mata yang terkenal ketika era 80-an. Karier beliau dalam bidang lakonan memuncak ketika memegang watak sebagai hakim Harry Stone dalam siri televisyen era 80-an, Night Court. Beliau disahkan menghidap disleksia sejak daripada bangku sekolah lagi.

Harry Anderson

4.        Tim Amstrong

Gitaris daripada band punk rock/ska Amerika, Rancid ini juga salah seorang penghidap Disleksia. Band yang menjadi idola kepada banyak band-band indie tanahair ini turut dianggotai oleh Lars Frederiksen(vocal/gitaris), Matt Freeman(bass/vocal), Branden Steineckert (drum). Beliau juga bergiat cergas dalam bidang penulisan lirik dan rakaman album artis-artis terkenal seperti Pink, Union 13, AFI dan sebagainya. Ironi sekali apabila beliau ini adalah penghidap Disleksia.

 5.        Alexander Graham Bell

Pencipta telefon ini sebenarnya adalah penghidap Disleksia. Namun ia tidak bermakna beliau tidak boleh berjaya sebagai seorang saintis dan jurutera. Untuk pengetahuan anda, isteri beliau adalah penghidap pekak.

Alexander Graham Bell

6.        Billy Blanks

Billy Blanks adalah pencipta senaman aerobic Tae Bo yang menjadi ikutan ramai selebriti Hollywood seperti Paula Abdul. Tae Bo adalah senaman yang mengabungkan seni pertahanan diri Karate dan senaman aerobik. Namun, ia tidak bertujuan untuk seni mempertahankan diri. Dalam senaman Tae Bo tiada langsung unsur-unsur pergaduhan mahupun pertarungan. Diakui oleh pakar kesihatan,Daniel M. Landers daripada University of Arizona bahawa senama aerobik Tae Bo ciptaan Billy Blanks amat bagus untuk kardiovaskular, tekanan darah, penghadaman dan juga kesihatan mental.

Billy Blanks juga pernah muncul pelakon dalam beberapa filem bajet rendah.

Billy Blanks

7.         Orlando Bloom

Percayakah anda bahawa pelakon kesayangan anda ini penghidap Disleksia?

Percayalah bahawa beliau adalah juga salah seorang daripada ribuan penghidap Disleksia. Ini diakui sendiri oleh beliau sebagaimana berkata,

Dyslexia is not due to lack of intelligence, it’s a lack of access. It’s like, if you’re dyslexic, you have all the information you need, but find it harder to process.

 

Orlando Bloom

8.        Laura Flynn Boyle

Laura Flynn Boyle pernah muncul dalam drama The Practice daripada 1997 hingga 2003. Aktres yang lahir 24hb March 1970 juga pernah muncul dalam filem pecah panggung tahun 1980-an, Poltergeist III (1988) sebagai Donna Gardner.

Lara Flynn Boyle

9.        Richard Branson

Pengasas jenama Virgin ini sebenarnya adalah penghidap Disleksia. Kelihatan mustahil bukan?

Richard Branson atau nama sebenarnya Sir Richard Charles Nicholas Branson telah diiktiraf oleh majalah Forbes sebagai individu ke-261 terkaya di dunia dengan kekayaan bersihnya menghampiri £2.6 Billion pada tahun 2009.

Richard Branson

10.      Erin Brockovich

Selepas filem lakonan Julia Roberts yang mengisahkan hidupnya, Erin Brockovich terus melonjak naik namanya di mata dunia. Filem ini berjaya membawa tuah kepada Julia Roberts apabila dinobatkan sebagai Aktres Terbaik dalam Academy Awards. Ironinya dalam filem ini adalah Erin Brockovich sendiri muncul comeo sebagai pelayan tetamu dengan nama Julia R.

Erin Brockovich dipercayai menderita penyakit Disleksia sejak kecil namun hanya didiagnos baru-baru ini.

Erin Brockovich

 

 

~Artikel ini dirujuk di www.bdadyslexia.org.uk dan www.dyslexia-teacher.com

Tim Amstrong

Senarai Wabak Penyakit yang Membunuh!

Oleh: takusahrisau

1. Sweat Sickness atau English Sweat di England pada tahun 1485(3 juta nyawa melayang)

Penyakit ini mula menular pada tahun 1485 tanpa diketahui puncanya sehingga sekarang. Sepertimana penyakit ini datang bergitulah juga ia berakhir. Wabak ini berakhir dengan tiba-tiba dipercayai pada tahun 1551. Wabak ini bergitu memberhaya sehingga ia boleh membunuh dalam hanya beberapa jam sahaja.

Antara simptom-simptom yang biasa dihidapi oleh mangsa adalah mangsa akan mula berasa cemas,pening-pening dan diikuti dengan demam yang teruk, sakit-sakit sendi di bahagian leher dan bahu. Peringkat ini dikenali peringkat sejuk.

Dalam masa beberapa jam, peringkat panas akan memberi kesan. Mangsa akan berasa panas dan berpeluh dengan kadar yang banyak. Daripada simpton berpeluh inilah pandemik ini mendapat namanya.

Pada peringkat akhir, mangsa akan pengsan dan seterus membawa kepada maut.

Dianggarkan kira-kira 3 juta nyawa melayang ketika wabak ini merebak di England dan utara Eropah.

ilustrasi kedasyhatan English Sweat

 

2. Smallpox di Mexico tahun 1520 (4 juta orang nyawa melayang)

Smallpox atau cacar diketahui kewujudannya seawal 3000BC apabila kesan wabak cacar tertera kemas pada mumia mesir. Wabak Cacar merebak dengan cepat hinggakan pada abad ke-18, seramai 200,000 nyawa melayang setiap tahun akibat daripada wabak ini.

Namun, wabak ini paling diingati apabila ia menyerang masyarakat Inca pada 1520 di Mexico. Dipercayai, wabak ini dibawa oleh tentera-tentera penceroboh Sepanyol yang diketuai oleh Panfilo de Narvaez di Varacruz. Disebabkan wabak ini, tamadun Inca menjadi lemah dan memudahkan panglima tentera penceroboh Sepanyol iaitu Hernan Cortes menawannya selepas itu. Wabak ini telah membunuh lebih 4 juta rakyatnya termasuk Rajanya sendiri, Huayna Capac.

Permulaan bagi simpton smallpox adalah demam, kesejukan, rasa loya,mula sakit kepala, kesakitan di bahagian otot-otot dan seterusnya muntah-muntah.

Smallpox boleh merebak dengan cepat hanya melalui pernafasan dan ia semakin mudah merebak apabila berlaku face to face contact sepertimana berlaku pada masyarakat Inca pada 1520. Smallpox berpunca daripada virus Variola.

Hernan Cortes

3. Ukraine Famine di Ukraine tahun 1921 (5 juta meningal dunia) dan 1932(7 juta meninggal dunia)

Ukraine Famine atau lebih dikenali sebagai Holodomor adalah wabak penyakit kebuluran yang melanda seluruh Ukraine. Dianggarkan kira-kira 5 juta rakyat Ukraine meninggal dunia daripada kanak-kanak,dewasa dan orang tua. Subjek Holodomor menimbul kontroversi apabila ia dikatakan dimulakan oleh Soviet Union untuk melemahkan golongan penentang komunis di Ukraine. Namun, ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak Soviet. Sehingga sekarang, kerajaan Ukraine pro-barat masih lagi berusaha untuk mengaitkan Soviet dengan Holodomor.

Kematian berlaku di mana sahaja di Ukraine ketika kemuncak wabak ini merebak

4. Wabak Influenza di seluruh dunia tahun 1918-1919 (22 juta-50 juta org meninggal dunia)

Epidemik Influenza atau dikenali juga sebagai Spanish Flu mula dikesan pada 4hb March 1918 di Kansas dan 11hb March 1918 di New York. Semenjak itu, dengan cepatnya wabak ini menular ke serata Amerika Syarikat dan seterusnya ke seluruh dunia. Kadar cepat merebaknya wabak ini disebabkan oleh Perang Dunia Pertama(WW1) yang meletus pada waktu itu. Sebenarnya Sepanyol langsung tidak menyebabkan tersebarnya wabak ini miskipun wabak ini dikenali Spanish Flu. Nama ini hanya dikenali disebabkan oleh liputan meluas media ketika wabak ini merebak di Sepanyol.

Wabak penyakit ini telah menyebabkan 1/3 populasi dunia jatuh merudum. Wabak ini mula reda menjelang bulan November 1919. Tentang bagaimana ia berhenti merebak masih lagi menjadi persoalan sepertimana bagaimana ia datang. Namun, ramai mempercayai bahawa doktor sudah mengambil pendekatan yang efektif dalam menanggani wabak ini daripada terus merebak.

Antara individu berprofil tinggi yang meninggal dunia adalah Frederick Trump(datuk Donald Trump) , Prince Erik, Duke of Västmanland(putera keluarga diraja Sweden) dan ramai lagi. Walaubagaimanapun, bukan semua yang terkorban. Antara individu berprofil tinggi yang selamat adalah Wilhelm II(Maharaja Jerman) dan Franklin D. Rossevelt(Presiden Amerika).

Sebuah hospital di Kansas City yang padat dengan pesakit.

5. Black death di seluruh Eropah tahun 1347-1351 (75 juta orang meninggal dunia)

Wabak ini telah menyebabkan populasi Eropah merudum sebanyak 30% hingga 60% dan seterusnya populasi dunia jatuh daripada 450 juta kepada 350 juta hingga 375 juta pada akhir 1400. Eropah menuntut 150 tahun untuk kembali kepada populasi asalnya.! Bergitulah hebatnya wabak ini sehingga ia dinamakan Black Death.

Dipercayai oleh ramai saintis bahawa ia berpunca daripada Asia Tengah yang dibawa oleh virus tikus hitam,Indian Rat Flea. Tikus-tikus ini kemudian di bawa belayar bersama-sama di atas kapal dan seterusnya sampai di Eropah dan Mediterranean. Ia mula dikesan di Crimea,Itali.

Teori lain yang lebih kukuh adalah ia adalah letusan lain bagi wabak Bubonik yang pernah menular satu ketika dahulu. Ia disebabkan oleh Bakteria Yersinia Pestis.

Walau apapun puncanya, wabak ini memang mengerikan. Hawar Maut membawa 3 jenis virus iaitu bubonik yang menyerang dan merosakkan limpa. Virus buboe dikaitkan dengan tanda bengkak-bengkak di leher, ketiak bernanah dan berdarah. Virus septicamic pula menyebabkan keracunan dalam darah, menyerang paru-paru sebelum menular ke lain-lain bahagian anggota badan. Kebanyakan mangsa virus bubonik maut dalam tempoh 4 hingga 7 hari selepas terkena jangkitan. Miskipun demikian, terdapat mangsa yang terselamat, akan tetapi sistem tubuh badan mereka menjadi teruk akibat kedashyatan virus Black Death.

Terdapat satu lagenda yang dikaitkan dengan Black Death. Diturunkan secara turun-temurun mengenai peperangan antara Puak Tartar dengan puak Genoise(masyarakat Genoa di Itali sekarang) di Crimea. Peristiwa ini dipercayai berlaku pada 1346. Pada waktu kemuncak peperangan, puak Tartar mendapati ramai tentera mereka dijangkiti ‘penyakit misteri’ dan mati dalam masa hanya beberapa hari. Kira-kira dalam 1000 orang tentera mereka mati. Puak Tartar mengambil peluang ini untuk melakukan serangan biologi ke atas musuh mereka. Puak Tartar melontar mayat-mayat tentera mereka yang dihidapi penyakit misteri itu ke dalam kubu pihak musuh. Disebabkan daripada peristiwa inilah, wabak Black Death mula muncul dan seterusnya tersebar ke Naples dan kemudian ke seluruh Eropah hingga hampir memusnahkan beberapa dinasti diraja di Eropah.

wabak Black Death hampir merencat pertumbuhan populasi Eropah.

 

6.        HIV/AIDS di seluruh dunia daripada 1981 hingga sekarang-(membunuh hampir 25 juta dan semakin meningkat dari hari ke hari)

Sebut sahaja HIV/AIDS pasti dapat meneka wabak apakah ini. AIDS adalah singkatan bagi  Acquired Immune Deficiency Syndrome atau Sindrom Daya Tahan Penyakit. Penyakit AIDS disebabkan oleh virus HIV(Human Immunodeficiency Virus). Virus inilah yang bertanggungjawab melemahkan sistem pertahanan badan semulajadi manusia.

Wabak ini pertama kali ditemui pada 1981 di Amerika Syarikat yang biasa dihidapi oleh golongan Gay di Amerika. Pada masa itu, istilah penyakit ini dinamakan GRID(Gay-Related Immune Defiency). Dalam pada waktu yang sama, saintis turut menemui bukti darah yang mempunyai wabak yang sama di Belgian Congo. Mangsa meninggal dunia dengan penyakit yang tidak dapat dikenalpasti. Daripada darah warga Congo inilah pertama kalinya istilah AIDS diterbitkan.

AIDS adalah wabak masa kini yang paling ditakuti di dunia. Saintis masih belum menemui pengubat sebenar bagi wabak ini. Wabak ini mampu melumpuhkan seluruh antibodi dan sistem imun manusia sekaligus. Bayangkan jika mangsa menghidapi selesema biasa sahaja pun boleh membawa maut kepadanya. AIDS sentiasa dikaitkan dengan pengkongsian jarum ketika pengambilan dadah dan seks rambang terutama golongan gay, lesbian dan pelacur.

Setakat ini, tiada ubat untuk merawat wabak AIDS ini.!

Freddie McCurry antara insan yang meninggal dunia akibat jangkitan virus HIV kerana gaya hidup Gay beliau.

 

Penutup

Sebenarnya, banyak lagi wabak-wabak yang membawa maut seperti Wabak penyakit Kuning yang menyerang Amerika Syarikat pada 1793 sehingga membunuh 5000 orang penduduknya. Malah aktor kesayangan warga Malaysia tahun 60-an, Nordin Ahmad juga meninggal dunia akibat jangkitan demam kuning. Selain itu, penyakit Kusta atau Leprosy adalah antara yang memberhaya pernah merebak di dalam tamadun manusia. Dicatatkan sekurang-kurangnya penyakit kusta mula diketahui sejak 600BC dan merebak dengan meluas di tamadun Mesir purba, tamadun China dan tamadun Mesopotamia. Pada abad ke-13, kira-kira 19,000 buah hospital dibina di Eropah bagi menampung beribu-ribu pesakit kusta.

Antara wabak lain yang sangat ditakuti adalah wabak Tifus yang pernah melanda manusia sejak abad ke-5 sebelum masihi.Diriwayatkan Kota Athen hampir musnah akibat wabak ini. Antara yang meninggal dunia adalah pemimpin Athen sendiri iaitu, Pericles dan dua orang anaknya. Namun ia tidak berhenti di situ, tentera Napolean turut menghidapi wabak Tifus ini ketika peperangan antara Napoleon dan Russia sehingga memakan korban beribu orang tenteranya. Bergitu juga ketika peperangan antara Kristian Sepanyol dan Ummayah Andalusia, Kristian Sepanyol kehilangan kira-kira 20,000 orang tentera apabila diserang wabak Tifus. Wabak Tifus mudah merebak di kawasan kotor terutamanya di kem tentera, penjara dan kawasan perumahan tidak terancang.

10 Senarai Syarikat Yang MEMACU Perang Dunia ke-2!

Oleh: takusahrisau

 

Pernahkah anda mengetahui bahawa sebilangan besar syarikat besar di dunia pada masa kini pernah berkerjasama dengan negara-negara yang berperang ketika Perang Dunia ke-2 bagi mempertingkatkan kekuatan ketenteraan masing-masing. Peranan syarikat ini tersangat besar dalam menggerakkan Perang Dunia ke-2 selama 3 tahun itu. Perlu pembaca ketahui bahawa dianggarkan secara kasar Perang Dunia ke-2 telah menewaskan kira-kira 2 juta nyawa termasuklah orang awam. Adakah syarikat-syarikat ini perlu dibicara kembali dalam mahkamah jenayah perang?Pembaca nilailah sendiri. Selamat Membaca..

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

1.         Mitsubhisi

Mitsubhisi adalah sebuah syarikat konglomerat tersohor di dunia. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1870 sebagai firma perkapalan oleh Yataro Iwasaki. Pada masa sekarang, Mitsubhisi adalah syarikat ke-7 terbesar pengeluarannya di Jepun.

Akan tetapi, tahukah anda bahawa Mitsubhisi adalah sebuah syarikat yang membina pesawat Jepun yang digeruni pada Perang Dunia ke-2?

Mitsubhisi adalah syarikat yang dipilih oleh kerajaan Jepun secara tender untuk membina pesawat Jepun yang lebih dikenali sebagai Zero Fighter itu ketika kemuncak Perang Dunia ke-2. Pesawat ini amat digeruni oleh Pakatan Berikat (Allies) kerana kelajuan enjinnya dan juga berkemampuan untuk melakukan aksi aerobatik di udara bagi melaksanakan Kamikaze. Pengeluaran secara besar-besaran pesawat ini ketika kemuncak Perang Dunia ke-2 hampir menandingi pengeluaran sebuah lagi pesawat yang digeruni Pakatan Berikat, Lutwaffe.

Pembaca mungkin meminati Does God Exist?

 2.        Volkwegan

Pada masa kini, Volkwegan adalah antara salah sebuah syarikat yang terbesar pengeluarannya di dunia pada masa kini. Syarikat yang berpengkalan di Wolfsburg,Jerman ini ditubuhkan  pada 1937 oleh Persatuan Perniagaan National Socialist, German Labour Front.

Tujuan asal syarikat pembuat kenderaan ini ditubuhkan adalah bagi merealisasikan projek kereta rakyat(people’s car) yang diasaskan oleh Aldolf Hitler ketika pemerintahannya pada 1930-1940-an. Sejak itu, Volkwegan telah mempelopori kereta yang berkualiti, ekonomi tetapi murah daripada segi harga sehingga mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat. Di Eropah, sekitar tahun 1930-an, kereta hanya dimiliki oleh golongan kaya sahaja kerana harganya pada waktu itu tersangat mahal. Hitler dengan idea bernasnya telah berjaya menawan hati masyarakat Jerman sehingga muncul masyarakat pertama yang mampu memiliki sebuah kereta bagi satu isi rumah. Di Malaysia, kereta ini lebih dikenali kereta katak!

Volkswagen Beetle 1938

3.        Heinkel

Miskipun syarikat ini kurang dikenali pada masa kini, namun pada pada 1930-1950an, syarikat ini antara yang digeruni oleh Pihak Berikat. Masakan tidak, syarikat Heinkel adalah syarikat yang bertanggungjawab membina enjin pesawat Jerman pada Perang Dunia ke-2 yang amat digeruni iaitu Lutwaffe. Lutwaffe adalah pesawat Jerman yang mempunyai reputasi tinggi sebagai pesawat berkelajuan tinggi sehingga dikatakan mampu memintas mana-mana pesawat Pakatan Berikat yang kebanyakkannya dihasilkan oleh Syarikat Boeing. Apa yang membuatkan syarikat ini kurang dikenali pada masa sekarang adalah disebabkan oleh terikat dengan satu perjanjian supaya tidak meneruskan projek pembinaan pesawat perang selepas Jerman kalah ketika Perang Dunia ke-2. Syarikat ini hanya boleh meneruskan ‘talian hayatnya’ dengan membina kereta mini seperti model Heinkel Kabine yang berenjin four-stroke single-cylinder dan skuter pelancong.!

Heinkel Kabine

Pembaca mungkin meminati (Video) Kemunculan bandar ‘hantu’ di Timur China!

4.        Hugo Boss

Hugo Boss adalah sebuah syarikat fesyen termasyur di dunia ketika ini. Hugo Boss ditubuhkan pada 1924 oleh Hugo Ferdinand Boss di Metzingen,Jerman. Pada masa kini, syarikat ini bukan sahaja mempelopori bidang fesyen tetapi juga mempelopori industri minyak wangi,kaca mata, dan sebagainya. Syarikat Hugo Boss sekarang mempunyai 110 cawangan di seluruh dunia 1100 stor fesyen yang dimiliki secara franchais. Pada 2008, Hugo Boss telah menandatangani perjanjian dengan syarikat telekomunikasi terkemuka dunia iaitu Samsung untuk berkerjasama membina telefon bimbit dan aksesori yang berkaitan.

Namun, tahukah anda bahawa Hugo Boss adalah syarikat fesyen yang bertanggungjawab mereka-bentuk sut pakaian tentera Nazi daripada pangkat paling bawah hinggalah pangkat yang paling tinggi. Pemilik Hugo Boss, Hugo Ferdinand Boss(1885-1948) adalah pengikut Nazi yang taat. Ini diakui oleh anaknya sendiri iaitu, Siegfried Boss,83 dalam satu temubual dengan akhbar harian Austrian, Profil pada tahun 2008:

”Of course my father belonged to the Nazi Party,but who didn’t belong back then? The whole industry worked for the Nazi Army.”

Aldolf Hitler memberi kebenaran kepadanya 100% bagi mereka-bentuk sut pakaian tentera supaya kelihatan elegan, segak dan sesuai dipakai oleh beliau sendiri,pengawai-pengawai Nazi dan tentera-tenteranya. Jika dilihat sut pakaian tentera dan pengawai Nazi pada Perang Dunia ke-2, ia jauh lebih segak berbanding sut pakaian tentera lain di dunia. Terbukti Hugo Ferdinand Boss menjalankan tugas dengan baik!

Sut tentera Jerman yang segak

5.        Boeing

Boeing ditubuhkan pada 15hb Julai 1916 di Seattle,Washington oleh William E. Boeing. Pada mula ia dikenali sebagai Pacific Aero Products Co. Boeing sangat terkenal sebagai syarikat yang membina pesawat penumpang kedua terbesar di dunia iaitu Boeing 747-400 yang mampu memuatkan kira-kira 800 orang penumpang dalam satu-satu masa. Pada masa sekarang, Boeing adalah syarikat pembuat kapal terbang terkemuka di dunia dengan asset berjumlah USD63.0 Billion ketika akaunnya dikemaskini pada suku pertama tahun 2010.

Namun, percapaian Boeing tidak lengkap jika tidak selusuri sejarah Boeing pada Perang Dunia ke-2. Boeing telah memainkan peranan penting dalam mengimbangi teknologi Jerman dengan membina dua buah jet pengebom terbesar di dunia pada ketika itu iaitu Flying Fotress-B-17 dan Super Fortress-B-29. Sekitar Mac 1944, Boeing telah mengeluarkan kira-kira 350 pesawat pejuang RAF setiap bulan.!Angka yang sungguh menakjubkan.

B-29 Super Fortress

6.        Ford

Ford ditubuhkan oleh tokoh permotoran terkenal, Henry Ford pada 1903. Syarikat pembuat kenderaan ini berpengkalan di Dearbon,Machigan. Pada masa kini, Ford adalah pengeluar ke-4 terbesar di dunia dan ke-3 terbesar di Amerika Syarikat selepas General Motor(GM) dan Toyota.

Pada Perang Dunia ke-2, Ford adalah syarikat yang bertanggungjawab membina trak pikap,jip,lori,kereta berperisai dan juga pesawat pengebom,B-24 Liberator. Pada sautu ketika, Ford pernah mengeluarkan pesawat B-24 Liberator purata sejam sebuah pesawat dan 650 buah pesawat untuk setiap bulan pada ketika kemuncak Perang Dunia ke-2 iaitu 1944. B-24 Liberator digunakan secara meluas oleh negara-negara Pakatan Berikat seperti Britain dan Perancis.!

B-24 Liberator keluaran Syarikat Ford

Pembaca mungkin meminati Osama adalah agen CIA paling berjaya dalam sejarah CIA!

7.         DuPont

Dupont atau nama asalnya E. I. du Pont de Nemours and Company adalah sebuah syarikat berasaskan kimia yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Syarikat ini mempunyai sejarah yang panjang bermula daripada penubuhannya pada Julai 1802 sebagai syarikat pembekal serbuk belerang oleh tokoh perniagaan warga Perancis Eleuthère Irénée du Pont. Syarikat ini ditubuhkan selepas tiga tahun berada di Amerika Syarikat iaitu pada 1799 kerana melarikan diri daripada para pendokong Revolusi Perancis yang mahu membunuh semua keluarganya. Eleuthère Irénée du Pont menggunakan kepakarannya dengan membuat serbuk belerang dengan menghasilkan serbuk belerang yang berkualiti kerana pada ketika itu boleh dikatakan tiada syarikat yang mampu membekalkan serbuk belerang yang bagus di Amerika Syarikat. Perang Saudara Amerika merupakan titik tolak kepada syarikat Dupont dalam industri kimia apabila menjadi pembekal utama kepada Pihak Union pimpinan Abraham Lincoln dalam menghadapi perang dengan Pihak Confederacy pimpinan Jefferson Davis. Sejak daripada itu, Syarikat Dupont dan keluarga Dupont menjadi antara keluarga terkaya di Amerika Syarikat dan di dunia. 1hb Januari merupakan hari ulang tahun ketibaan keluarga mereka di Amerika Syarikat dan ia sentiasa disambut secara besar-besaran oleh keluarga Dupont setiap tahun.

Seiring dengan masa, Dupont mengorak langkah dengan menerokai pelbagai bahan kimia yang berguna pada masa itu seperti pada awal abad ke-20, Dupont telah merintis industri polimer dengan membina pelbagai bahan yang bermutu tinggi seperti penghasilan getah sintetik seperti Nylon,Lucite dan Teflon. Ternyata penemuaan ini tepat pada masanya kerana Perang Dunia ke-2 memerlukan bahan-bahan berasaskan getah sintetik bagi menjamin ketahanan dan kualiti. Dengan itu, Dupont sekali lagi menjadi pembekal utama bahan kimia bagi tujuan peperangan. Dupont telah membekalkan Paracut(payung terjun), beg dan tayar kepada tentera-tentera Amerika Syarikat ketika menghadapi Perang Dunia ke-2. Malah, Dupont juga memainkan peranan penting untuk Projek Manhattan. Projek Manhattan adalah projek untuk menghasilkan bom nuklear pertama di dunia yang akhirnya meletupkan Bandar Hiroshima dan Nagasaki.!

Bahan letupan daripada syarikat Dupont dipamerkan di sebuah muzium

8.        IG Farben

I.G. Farbenindustrie AG adalah nama sebenar bagi IG Farben. Mungkin ramai tidak pernah dengar dengan nama ini, tetapi pada pada abad ke-20, IG Farben adalah syarikat berasaskan kimia paling menguntungkan di dunia sehingga mengalahkan syarikat Dupont daripada Amerika Syarikat. IG Farben ditubuhkan pada 25 Disember 1925 dengan gabungan 6 syarikat kimia terbesar di Jerman iaitu BASF(menjadi pembekal utama barangan berasaskan kimia dunia pada masa kini), Bayer, Hoechst, Agfa, Chemische Fabrik Griesheim-Elektron dan Chemische Fabrik vorm. Weiler Ter Meer. Ketika pada zaman kemuncak kegemilangannya, IG Farben diiktiraf sebagai antara empat syarikat terbesar di dunia iaitu General Motors, US Steel, dan Standard Oil.

Namun, penubuhan IG Farben diiringi dengan kontroversi apabila dikatakan menjadi pembekal utama gas pembunuh iaitu Zirkon-B di kem-kem holocoust. Ini dikuatkan dengan penemuan tin-tin terpakai Gas Zirkon-B yang berlabel Dagesh. Dagesh adalah syarikat yang membina Gas Zirkon-B yang mana IG Farben memiliki paten tersebut dengan kongsian dalam syarikat Dagesh sebanyak 42.2%.

Ketika Perang Dunia ke-2 tamat, seramai 24 orang pengarah IG Farben menghadapi pembicaraan jenayah perang dan 13 orang daripadanya dikenakan hukuman penjara.

Zirkon-B yang dihasilkan oleh Dagesh

9.        Opel

Opel adalah syarikat automobile terkemuka Jerman yang ditubuhkan pada 21 januari 1863 oleh Adam Opel. Syarikat ini berpengkalan di Rüsselsheim, Hesse, Jerman. Pada awal penubuhannya, syarikat ini bukannya sebuah syarikat automobil sepertimana sekarang tetapi ia adalah syarikat pembuat mesin jahit. Pada tahun 1886, Adam Opel mula menerokai  bidang automobil apabila mengeluar model basikal beroda tinggi. Bidang automobil jelas memberi hasil yang lumayan kepada Opel apabila penjualan model basikal ini jauh melebihi penjualan mesin jahit di Jerman. Syarikat ini mula mengorak langkah dalam pembinaan kenderaan empat roda pada tahun 1899 apabila berkerjasama dengan usahawan terkemuka Friedrich Lutzmann.Namun kerjasama ini kurang berjaya sehinggalah pada tahun 1914 apabila Opel berkerjasama dengan Alexandre Darracq sehingga muncul sebagai syarikat terbesar pengeluarannya di Jerman.

Ketika Perang Dunia ke-2, Opel muncul syarikat pembekal trak dan kenderaan perang kepada Jerman. Antara trak Opel yang terkenal adalah Opel Blitz. Model ini menggunakan enjin 3.6 liter yang digunakan secara meluas oleh Tentera-tentera Nazi Jerman. Opel juga membina enjin bagi Kettenkrad,sebuah kenderaan perang yang unik yang mula beroperasi ketika Operasi Penjajahan Russia. Kilang Opel di Rüsselsheim dan Brandenburg  ini akhirnya dibom dengan teruk pada tahun 1945 oleh tentera-tentera Pihak Berikat.

Opel Blitz Truck dengan enjin 6 silinder

10.      NSU Motorenwerke AG

Ramai yang tidak mengenali dengan nama NSU Motorenwerke AG  tapi apabila mendengar nama Audi mesti ramai yang tahu. Sebenarnya NSU Motorenwerke AG adalah nama asal bagi syarikat automobil, Audi. Syarikat ini ditubuhkan pada 1873 sebagai syarikat automobil dengan membina pelbagai jenis motorsikal, kereta dan trak. Antara model pertama yang dicipta oleh syarikat ini adalah model Germania iaitu sebuah basikal pada tahun 1886.

Ketika Perang Dunia ke-2, NSU membina kenderaan perang yang mahsyur iaitu Kattenkrad dengan enjin daripada Opel. Selepas perang, NSU ditukar namanya kepada Audi sempena nama pengasasnya August Horsh.

KattenKrad keluaran NSU

 

Pesawat tempur Jepun jenis Mitsubishi-A6M-Zero Fighter

Senarai Haiwan Pupus yang Popular!

Oleh: takusahrisau

1. Tyrannosaurus Rex: – Pupus sejak 65 juta tahun yang lalu

T. Rex

Tyrannosaurus Rex ataupun nama ‘manja’nya T.Rex masih kekal sebagai haiwan pemangsa paling ditakuti yang pernah hidup di muka bumi. Panjangnya adalah 43.3 kaki, dan 16.6 kaki tinggi dengan berat sehingga 7 tan.! T.Rex dipercayai mempunyai otot kaki dan rahang yang kuat. Ini menjadikan T.Rex mempunyai pakej lengkap sebagai haiwan pemangsa yang paling ditakuti oleh mana-mana haiwan lain pada waktu itu. Fosil T.Rex kebanyakkannya ditemui di negara-negara Benua Amerika Utara. Setakat ini, saintis telah mengumpul kira-kira 30 fosil T.Rex daripada kawasan ini.

 2.Aurochs: -pupus sejak 1627

Aurochs

Aurochs adalah spesies daripada lembu. Aurochs salah satu haiwan yang pupus paling popular di Eropah. Aurochs dipercayai berevolusi daripada lembu daripada India kira-kira 2 million tahun yang lalu. Kemudian Aurochs telah berhijrah ke Timur Tengah dan kemudian ke Asia seterusnya berhabitat secara meluas di negara-negara Eropah 250,000 tahun yang lalu. Pada abad ke 13, kebanyakkan Aurochs berhabitat di Poland, Lithuania, Moldavia, Transylvania dan timur Prussia.Rekod terakhir Aurochs yang hidup adalah pada 1627 di Hutan Jaktorow,Poland.Tongkarak Aurochs kemudian di bawa oleh Swedish Army ke The Property of Livrustkammaren di Stockholm.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 3.Dodo: –  Pupus sejak lewat abad ke-17

Dodo

Tidak salah untuk mengatakan Dodo ialah haiwan yang telah pupus paling popular di dunia. Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo seperti ‘as dead as a dodo’ yang membawa maksud kematian yang ragu-ragu dan pelik. Seperti peribahasa ini, kematian dodo adalah pelik kerana Dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo boleh kelihatan berkeliaran sepertimana ayam-ayam dan itik-itik di kampung. Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas tanah sepertimana ayam dan itik. Habitat asal Dodo adalah di Kepulauan Mauritus. 

 4.Thylacine a.k.a Tasmanian Tiger :- pupus sejak 1936 

Thylacine

Thylacine dipercayai pupus sejak 1936. Haiwan karnivor ini juga digelar Tasmanian Tiger kerana jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang badannya. Keunikkan haiwan ini menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea. Miskipun diumumkan haiwan yang telah pupus secara rasmi, terdapat beberapa pertembungan antara manusia dengan haiwan ini dilaporkan. Akan tetapi, tiada bukti kukuh untuk menyokongnya. Thylacine dipercayai pupus kerana pemburuan manusia secara berterusan dan habitatnya yang terancam.

 5.Javan Tiger:- Pupus sejak 1980-an

Javan tiger

Pembaca mungkin meminati  Lagenda dan Mitos Kisah ‘Pembuangan/Pembunuhan Bayi

 

 

 Saiz Javan Tiger kecil berbanding saiz harimau lain yang terdapat di negara-negara Asia. Walaubagaimanapun, ia lebih besar berbanding Bali Tiger. Dipercayai, haiwan karnivor ini pupus sejak 1980-an kerana pencerobohan habitatnya di hutan kepulauan Jawa. Javan Tiger telah dilihat kali terakhir pada 1976 dan selepas itu tiada lagi laporan pertembungan dengan haiwan ini.

Pembaca mungkin meminati Senarai Wabak Penyakit yang Membunuh!

6. Tarpan – Pupus sejak 1919

Tarpan juga dikenali Eurasian Wild House. Ia adalah subspesies kepada kuda liar yang pernah berhabitat di sekitar selatan Perancis, timur Sepanyol sehingga merentasi tengah Russia. Populasi Tarpan mula merudum sekitar 1870an akibat pemburuan dan pemusnahan habitatnya. Penampakan terakhir Tarpan adalah pada 1909 hasil usaha kerajaan Poland untuk menyelamatkan spesies kuda liar ini. Tarpan yang berjaya ditangkap tersebut kemudian dipelihara di dalam zoo di Russia. Walaubagaimanapun, haiwan tersebut meninggal dunia tidak lama kemudian. Sejak daripada itu, Tarpan tidak lagi kelihatan dan diistiyharkan pupus secara rasmi.

 

7. Caucasian Bison – Pupus sejak 1927

Caucasian Bison adalah subspecies kepada bison. Haiwan ini berhabitat di pergunungan Kaukasus di timur Eropah. Haiwan ini dipercayai pupus sejak tahun 1927 apabila tiga ekor bison yang terakhir telah dibunuh oleh pemburu haram. Haiwan ini pada mulanya mempunyai populasi yang cukup besar apabila ada rekod mencatatkan haiwan ini mendiami sebahagian besar pergunungan Kaukasus barat pada abad ke-17. Walaubagaimanapun, populasinya mula merudum menjelang pada abad ke-19 apabila berlakunya penempatan secara besar-besaran di keseluruhan habitatnya. Masyarakat pada masa itu masih belum mempunyai nilai sentimental apabila menjadikan kulit dan daging haiwan ini sebagai keperluan harian mereka. Faktor-faktor ini menyumbang kepada kepupusan Caucasian Bison.

8. Syrian Wild Ass – Pupus sejak 1927

Syrian Wild Ass adalah subspesies kepada keluarga Equidae atau keluarga kuda. Syrian Wild Ass adalah spesies kuda yang paling kecil. Ia pernah berhabitat di sekitar Syria, Jordan dan Iraq. Keunikan Syrian Wild Ass adalah kemampuan kulitnya berubah warna mengikut musim. Sebagai contoh, kulit Syrian Wild Ass akan berubah warna kepada kuning keperangan pada musim panas dan berubah pula kepada warna kuning pucat pada musim panas. Spesies ini pernah mempunyai populasi yang besar sekitar abad ke-16 dan abad ke-17 namun akhir merudum menjelang abad ke-19. Haiwan ini diistiyharkan pupus pada 1927 apabila spesies terakhir ini mati di Zoo Vienna.

9. Giant Aye-aye – Pupus sejak 1930

Giant Aye-aye adalah subspesies kepada monyet dan mempunyai hubungan dengan lemur, monyet dan kera. Spesies ini pernah berhabitat di kepulauan Madagascar sejak 1000 tahun yang lampau. Spesies ini kali terakhir dilihat pada tahun 1930an dan diistiyharkan pupus sejak daripada itu.

10. Caspian Tiger – Pupus sejak 1990an

Caspian Tiger adalah subspesies bagi keluarga kucing sepertimana spesies-spesies harimau yang lain. Saiznya boleh mencapai panjang daripada 200cm sehingga 270cm. Walaubagaimanapun, Caspian Tiger betina mempunyai saiz yang lebih kecil. Habitat Caspian cukup besar. Menurut rekod, haiwan ini yang pernah mencapai populasi maksimum pada abad ke-16 berhabitat di China, Russia, Turki, Iran, Turkestan dan Afghanistan. Populasinya mula merudum pada abad ke-20 akibat pemburuan haram yang cukup berleluasa. Tambahan pula, sumber utama makanannya iaitu babi hutan turut sama merudum populasinya menyebabkan berlakunya gangguan besar kepada sistem rantai makanannya. Penampakan terakhir spesies ini adalah pada awal 1990an dan sejak daripada itu, tiada lagi rekod penampakan dicatatkan.

Senarai Penjara Paling … di dunia!

oleh: takusahrisau 

Kali ini, anda semua disajikan dengan pelbagai jenis penjara yang boleh dikatakan pelik dan tidak masuk akal. Manakan tidak, terdapat sebuah penjara dalam senarai di bawah mempunyai saiz yang hanya boleh dijadikan kandang anjing. Sungguh tidak masuk akal bukan! 

OK.Penulis tidak mahu lagi membuang masa anda,silakan membaca satu persatu senarai di bawah: 

Leoben Justice Centre, Steiermark – Austria  

Mewah dan selesa,itu sahaja gambaran untuk penjara ini.

 

Gelaran:Penjara Paling Cantik di dunia
Penjara ini terletak di Steiermark, Austria dan dibina oleh Hohensinn Architecture.Penjara ini boleh diibarat sebagai hotel lima bintang!.
~kalau penjara macam ini,makin ramai lah penjahat kat dunia ni yer!..:)

 

Sark Prison, Sark-Guemsey

Ibarat sebesar kandang anjing.

 

Gelaran: Penjara Paling Kecil di dunia 

Penjara yang terletak di Island of Sark,Gurmsey ini telah dibina pada 1856 dan ia telah diiktiraf sebagai penjara terkecil di dunia. Ironinya,penjara ini masih lagi berfungsi yang mana ia boleh menempat dua orang banduan dalam satu-satu masa. 

~penjara macam ini pun ada lagi kat dunia ini ye! 

 

San Pedro Prison,Bolivia

Penjara pelik dan ajaib!

 

Gelaran: Penjara Paling Pelik di dunia

Untuk berada di penjara ini, individu itu tidak perlu membuat sebarang jenayah,akan tetapi individu itu perlu membayar sewa untuk satu sel dan mereka akan mendapat perkerjaan di sekitar ‘penjara’ terbabit. Pelancong boleh melawat masuk ke dalam penjara ini bila-bila masa tapi dengan satu syarat-diiringi oleh seorang ‘pemandu pelancong’ iaitu banduan penjara terbabit. Kononnya untuk tujuan keselamatan!. 

~Pelik sungguh dunia ini! 

 

Alcatraz, San Fransisco Bay-California

Alcatraz sememangnya terkenal sebagai penjara paling popular di dunia.

Gelaran: Penjara Paling Terkenal di dunia

Kadang-kadang ia dikenali sebagai The Rock. Penjara yang terletak di tengah-tengah lautan di San Francisco Bay,California ini diiktiraf sebagai penjara paling terkenal di dunia. Pernah menempatkan ramai penjenayah terkenal seperti Al-Capone,Alvis Karpis dan The Birdman,penjara ini akhirnya telah ditutup secara rasmi pada 1972. Hari ini, penjara ini dibuka sebagai tapak warisan bagi membolehkan pelancong melihat dengan mata sendiri penjara yang pernah menjadi lokasi pengambaran filem blockbuster Hollywood, The Rock.(lebih lanjut mengenai Alcatraz,klik SINI) 

 

Kresty Prison,St. Petersburg, Russia

Hanya 5 meter persegi memisahkan antara seorang banduan dengan banduan yang lain di Kresty Prison.

 

Gelaran: Penjara Paling Sesak di dunia 

Penjara di Russia sentiasa mempunyai reputasi sebagai penjara yang mempunyai kepadatan tinggi di dunia. 

Walaubagaimanapun.penjara yang mempunyai kepadatan paling tinggi di dunia adalah Kresty Prison yang terletak di St. Petersburg,Russia.Dengan kepadatan rasmi sebanyak 3,000 orang tetapi memuatkan sekurang-kurang 10,000 orang pada satu-satu masa Kresty Prison sememangnya layak mendapat gelaran penjara paling sesak di dunia!. 

Disebabkan kepadatan yang keterlaluan itu,warder penjara ini hanya memberi masa 15minit untuk mandi pada setiap minggu pada setiap banduan. 

~Diulangi,setiap minggu,bukan setiap hari ya! 

 

 

San Quentin State Prison,California

San Quentin State Prison mempunyai nilai hartanah yang melambung tinggi sejak beberapa dekad yang lepas.

Gelaran: Penjara Paling Mahal di dunia

 

Nilai hartanah yang menempatkan penjara yang berusia 154 tahun ini  bernilai kira-kira USD80M hingga USD100M. Dengan nilai yang sebergitu tinggi, penjara ini diiktiraf sebagai penjara yang paling mahal di dunia!. 

 

 

ADX Supermax,Florence, Colorado

Kawalan yang ketat dengan teknologi terkini tidak memungkinkan banduan dapat melepaskan diri.

Gelaran: Penjara Paling Ketat Penjagaannya di Dunia

Penjara yang dibuka pada 1994 bagi menggantikan penjara Alcatraz mempunyai reputasi penjara yang paling ketat penjagaannya di dunia. Masakan tidak penjara ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini dan prosedur-prosedur penjagaan banduan yang paling ketat dan tegas yang mana ia tidak terdapat di lain-lain penjara di dunia.Penjara ini hanya menempatkan banduan berprofil tinggi dan berbahaya dari seluruh United States. Mereka dilarang untuk berinteraksi antara satu sama lain dan perlu menghabis masa di penjara yang bersaiz 7kaki x 8kaki selama 22 jam. 

Kebanyakan banduan yang pernah tinggal di sini mengalami kecacatan mental berkekalan. 

~Usah ditanya mengapa mereka menjadi demikian..fakta-fakta di atas telah menjawab persoalan anda!.

%d bloggers like this: