Archive | February 2012

(Video) Orang Gaji dirakam CCTV kencing dalam makanan Tuan Rumah..

Oleh: takusahrisau

Video dibawah boleh membuatkan sesetengah daripada pembaca berfikir dua kali sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan orang gaji. Tiada apa yang boleh diungkapkan kecuali menjijikkan. Mampu mengucap je la..

(Gambar) Iklan Pakistan International Airlines(PIA) pada 1979 yang mengejutkan!

Oleh: takusahrisau

Ketika iklan ini disiarkan pada sebuah ruangan iklan untuk majalah terbitan daripada Perancis,  Le Point  pada 19hb  Mac 1979, tiada siapa yang mempedulikannya. Iklan ini adalah hak milik Pakistan International Airlines(PIA) untuk mempromosi perjalanan syarikat penerbangan mereka ke New York, Amerika Syarikat.

Namun, beberapa dekad kemudian setelah tersebarnya iklan ini di internet, ramai yang terkejut dan terkesima. Manakan tidak, iklan ini jelas memaparkan bayang-bayang sebuah pesawat penumpang kemungkinan besar bersaiz Boeing 747 terpapar jelas pada bangunan ikonik New York, World Trade Center(WTC).

Ia bagaikan membayangkan pesawat penumpang tersebut ‘akan’ melanggar bangunan WTC sepertimana tragedi yang berlaku pada 11 September 2001. Persoalannya, adakah ini kebetulan atau sengaja direka?

Injil yang meramalkan kedatangan Nabi Muhammad saw dipamerkan di Turki..menimbulkan minat Pope Benedict XVI..

Oleh: takusahrisau

Sebuah Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XV sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun.

Injil berkenaan dijumpai oleh polis Turki pada tahun 2000 dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam. Pada 2010, Injil berkenaan diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan diberi kebenaran untuk dipamerkan setelah beberapa usaha pemulihan.

Pope Benedict XVI berusaha untuk melihat sendiri Injil berkenaan.

Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang mana Nabi Isa as dipercayai hanya seorang Rasul dan pesuruh Allah swt dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai sebahagian besar mereka yang beragama Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Protestan, Anglican dan Orthodox. Lebih menarik, Injil ini turut mendakwa Nabi Isa as tidak pernah meninggal dunia akibat disalib dan baginda telah diangkat oleh Allah swt ke langit. Ia bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan daripada hawari Paul.

Injil yang didakwa sebagai 'Gospel of Barnabas'

Oleh yang  demikian, ramai cendikiawan Kristian menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-16 dan bukannya abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun bergitu, pengkaji-pengkaji Islam mempercayai ia adalah Injil yang sebenar-benar Injil sepertimana yang difirman Allah swt dalam Al-Quran.

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. (2:146)

 

Sumber: dailymail.co.uk

(Video) Pertempuran Mujahiddin Chechnya dan tentera Boneka Russia..5 Syahid..

Oleh: takusahrisau

Sepertimana yang dilaporkan oleh laman rasmi Mujahiddin Chechnya, www.kavkazcenter.com, pertempuran yang berlanjutan selama 15 hari(2 hingga 17 Februari 2012) antara tentera Mujahiddin dan tentera boneka Russia(pimpinan presiden boneka, Ramzan Kadyrov) telah mengorbankan 5 orang tentera Mujahiddin Chechnya dan 21 orang tentera boneka Russia. Manakala 24 tentera boneka Russia yang rata-ratanya adalah muslim Chechnya cedera parah.

Ramzan Kadyrov terkenal sebagai seorang yang suka berfoya-foya dan sekutu rapat dengan Vladimir Putin.

Pertempuran ini mengorbankan tentera Mujahiddin pimpinan Emir Maharbi dan beliau sendiri turut syahid dalam pertempuran yang berlangsung di daerah Nozhai-Yurt.

Emir Maharbi

Di bawah adalah rakaman video terbaru Mujahiddin Chechnya. Sekumpulan Mujahiddin Chechnya yang memanaskan badan dengan unggun api langsung tidak kelihatan ketakutan miskipun musuh berada 10 meter di hadapan mereka.

Mereka masih boleh berjenaka sambil menyindir tentera boneka Russia yang terdiri daripada mereka yang patuh kepada si zalim Ramzan Kadyrov. Mujahiddin kedengaran bebicara mengenai keinginan mereka untuk ke syurga(moga-moga Allah swt anugerah pahala syahid kepada mereka semua) dan mengajak pemuda-pemuda Chechnya supaya bangkit ke medan jihad.

Minit-minit terakhir rakaman menunjukkan beberapa tentera Mujahiddin yang terkorban termasuk Emir Maharbi(moga-moga Allah anugerahkan pahala syahid kepada beliau). Seorang lagi tentera Mujahiddin menyandar di sebalik pokok dengan perutnya kelihatan terburai akibat peluru tentera hamba Russia laknatullah.

Mungkin mereka tiada senjata yang canggih namun semangat dan tekad mereka yang cintakan syahid telah mengentarkan hati setiap tentera musuh. InsyaAllah, satu hari nanti Chenchya bakal menjahanamkan tentera zalim Russia. Sama-sama kita doakan keselamatan kepada saudara kita di Chechnya.

(Gambar) Ferari terbelah dua, pemandu terselamat..

Oleh: takusahrisau

 

Sekali pandang, ramai menjangkakan bahawa pemandu kereta Ferari F430 ini maut. Namun, jangan terkejut apabila mangsa hanya cedera ringan dan hanya mengalami patah di bahagian kaki. Mangsa yang dikenali dengan Leontiadis dan rakannya dilaporkan memecut laju sebelum terbabas melanggar tiang lampu akibat jalanraya yang licin. Impak daripada perlanggaran itu, Ferari kelabu F430 putus dua dan terbakar. Insiden melibatkan pemandu Ferari terselamat bukan sekali dilaporkan. Ia adalah bukti kepada kehebatan kejuruteraan milik syarikat yang berpengkalan di Itali ini.

 

 

 

 

Sumber: dailymail

LUCU..Jawapan daripada pelajar-pelajar ‘genius’..

Oleh: takusahrisau

Inilah beberapa jawapan daripada pelajar yang layak digelar ‘genius’. Sesetengah daripada jawapan di bawah tidak pernah difikirkan. Ia benar-benar di luar dugaan kita.

 

 

 

 

 

 

 

 

(Video) Rakaman UFO mendarat di Roswell..

Oleh: takusahrisau

 

Rakaman UFO yang mendarat di kawasan yang dipercayai Roswell telah mengejutkan ramai pihak. Rakaman yang baru dimuat naik pada 20 Februari 2012 telah ditonton lebih 70,000 penonton di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, ramai yang musykil dengan ketulenan rakaman berkenaan. Ada yang mengaitkan ia dengan hasil teknologi CGI yang selalu digunakan dalam filem-filem Hollywood. Walaubagaimanapun, ia terserah kepada pembaca untuk menilainya.

 

Klik SINI untuk menonton rakaman

 

Sumber: dailymail

CEO Japan Airlines(JAL), Haruka Nishimatsu yang ‘HEBAT’..

Oleh: takusahrisau

 

Koresponden warta CBS, Barry Petersen pernah menyarankan kepada CEO syarikat-syarikat ternama di Amerika Syarikat supaya mencontohi CEO Japan Airlines(JAL), Haruka Nishimatsu yang pergi ke pejabat hanya dengan menaiki bas semata-mata untuk memacu JAL bangkit daripada kontroversi bankrup.

Tegas Petersen, CEO syarikat kewangan ternama AS, Merrill Lynch iaitu John Thain telah melakukan pembaziran wang syarikatnya hanya untuk mencantikkan pejabatnya. Wang yang dibelanjakan oleh Thain melebihi berjuta-juta dolar AS. Ia adalah satu pembaziran yang cukup besar memandangkan ekonomi Amerika Syarikat sedang meruncing sejak kebelakangan ini.

Jesteru itu, lihat bagaimana seorang CEO JAL,  ‘berani’ menaiki bas ke tempat kerja dan meletakkan ruang mejanya bersama-sama dengan pekerja-pekerja bawahan beliau. Di waktu rehat, beliau ternyata lebih ‘berani’ apabila sanggup bersesak-sesak di kantin sehingga jika sekali imbas, Haruka Nishimatsu lebih kepada seorang ‘officeboy’ daripada seorang CEO JAL.

 

 

 

 

 

Sedikit Fakta Tentang Kurt Cobain..

Oleh: takusahrisau

 

Kurt Cobain adalah nama besar dalam arena muzik rock antarabangsa. Perintis kepada genre muzik Grudge ini pernah menjadi fenomena kepada anak-anak muda semasa dekad 90-an. Cobain sempat merakamkan tiga album iaitu Bleach(1989), Nevermind(1991) dan Utero(1993). Lagu-lagu yang didendangkan dalam ketiga-tiga album Cobain kebanyakan cukup memukau. Sebut sahaja lagu Smells Like Teen Spirit, Come As You Are atau Lithium, pasti ramai remaja dekad 90-an pernah mendengarnya, malahan ada yang menghafal setiap patah liriknya. Kurt Cobain yang lahir pada 20 Februari 1967 ini meninggal dunia pada 5 April 1994 di usia yang cukup muda, iaitu 27 tahun.

Kurt Cobain ketika konsert MTV Unplugged.

 

 

:::         Sama ada Kurt Cobain membunuh atau dibunuh, ia masih lagi menjadi perdebatan di kalangan peminat setianya. Tahukah pembaca semua bahawa Kurt Cobain sendiri mempunyai sejarah keluarga yang terlibat dalam kes bunuh diri. Dua orang bapa saudara Cobain terlibat dalam kes bunuh diri yang mana masing-masing ditemui mati dengan peluru menembusi kepala mereka. Ketika usia remaja, Cobain turut mempunyai naluri ‘membunuh diri’ yang kuat. Beliau pernah merakam video yang menggambarkan beliau meninggal dunia akibat bunuh diri.

 

 

:::         Ramai yang tidak tahu apakah makna sebenar lagu hit ciptaan Kurt Cobain, Smells Like Teen Spirit. Sebenarnya, Cobain mendapat ilham untuk memberi tajuk lagu itu setelah seorang teman wanitanya, Tobi Vail(Bikini Kill) dan rakannya, Kathleen Hanna menulis pada dinding hotel yang disewanya, “Kurt Smells Like Teen Spirit”. Cobain begitu terpesona dengan ayat tersebut. Teen Spirit adalah jenama deodoran yang sering dipakai oleh Cobain.

 

 

::::        Kurt Cobain sebenarnya mengidap penyakit perut yang kronik. Selain itu, beliau turut mengalami masalah mental yang agak teruk. Tindakan Cobain mengambil dadah bagi menahan kesakitan yang dialaminya membuatkan penyakitnya bertambah kronik. Melihat kepada penyakitnya, ramai mendakwa jika Cobain tidak membunuh diri sekalipun, beliau sendiri tidak akan hidup lebih lama.

 

::::        Kurt Cobain mengalami halusinasi yang agak serius. Beliau mendakwa mempunyai seorang ‘rakan’ yang akan menjelma untuk menyuruhnya melakukan perkara yang tidak elok. Cobain menggelarnya sebagai Boddah.

Nota bunuh diri Kurt Cobain yang tertera nama 'Boddah'

 

 

::::        Kurt Cobain ingin melakukan kejutan pada album keempat dengan menampilkan genre lebih akustik berlawanan dengan genre yang dirintisnya, Grunge. Idea ini tampil setelah kejayaan konsert akustik di MTV Unplugged. Namun sayangnya, ia gagal direalisasikan susulan kematiannya.

 

::::        Pada tahun 1980-an, Dr. Nikolas Hartshorne adalah promoter gigs. Beliau bertanggungjawab menawarkan satu konsert gigs kepada band Nirvana di Central Tavern di Seattle. Ia adalah konsert gigs ketiga Nirvana dan Kurt Cobain. Satu dekad kemudian, Dr. Nikolas Hartshorne bagai mengubah 360 darjah profesionnya apabila menjadi salah seorang doktor yang melakukan siasatan perubatan ke atas mayat Kurt Cobain.

 

 

::::        Mungkin ramai yang ingin kenapa Kurt Cobain mampu memukau dengan lagu-lagunya miskipun lirik yang diciptanya kadang-kala cukup ringkas. Ia adalah kerana setiap lagu yang dicipta oleh Cobain mempunyai sejarah yang tersendiri. Misalnya, lagu Polly, Cobain mendapat ilham setelah membaca surat khabar yang menyatakan seorang gadis diculik kemudian dirogol selepas menghadiri konsert rock. Cobain yang terkejut dengan berita itu terus mencari kertas dan meluahkan rasa tidak puas hatinya. Lagu Rape Me pula metafora Cobain terhadap media arus perdana yang melayan artis sepertinya bagaikan pelacur dan sampah.

 

Ceh..Pengebom Iran dirakam bergambar dengan pelacur,minum arak..

Oleh: takusahrisau

 

Sehari sebelum insiden letupan di Bangkok, tiga rakyat Iran yang disyaki suspek utama telah dirakam berlibur di sebuah pub di Pattaya. Ketiga-tiga mereka ditemani oleh pelacur dan juga arak. Tiga orang suspek utama tersebut dikenali sebagai  Masoud Sedaghat Zadeh,  Mohammad Khazaei dan Saied Moradi. Saied Moradi adalah rakyat Iran yang cedera parah di kaki semasa insiden letupan di Bangkok. Dua rakan beliau, Masoud Sedaghat Zadeh dan Mohammad Khazaei telah pun ditangkap oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

Memalukan..Masoud Sedaghat Zadeh(kiri), Mohammad Khazaei(tengah) dan Saied Moradi(kanan) sedang berlibur sambil 'ditemani' oleh pelacur dan arak.