Archive | May 2011

(Gambar) Iklan dan Poster era sebelum merdeka!

Oleh: takusahrisau

 

Adakah pembaca sering terfikir bagaimana agaknya iklan mahupun poster sebelum Malaysia merdeka? Ok, di bawah penulis sediakan beberapa iklan dan poster yang pernah menghiasi dada khabar satu masa dahulu.

 

Iklan serbuk Pat Po Sun. Ia diterbitkan pada 1930-an.

 

 

 

Ubat menghilangkan kesakitan perut, Maclean. Ia diterbitkan dalam akhbar Straits Times pada 1955.

 

 

Iklan minyak wangi "Forget-me-not" yang diterbitkan pada 1954.

 

Iklan ubat minyak ikan kod yang diterbitkan di dada akhbar Straits Times pada 1955.

 

 

Iklan arak di Straits Times tahun 1955.

 

 

Poster mengajak anak muda di Malaya memasuki tentera.

 

 

Poster mengajak anak tempatan menyertai tentera. Dilukis oleh Hossein Enas pada 1951.

Iklan teh Gold Bird Ceylon yang dikeluarkan di Majalah Filmalaya pada 1954.

Iklan Minyak Wangi Picot yang dikeluarkan pada 1954 di Majalah Filmalaya.

Poster untuk menarik minat pemuda menyertai tentera.

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Iklan Arak jenama Carlsberg sempena perayaan Tahun Baru Cina pada 1955.

 

Iklan Minyak Ikan Kod pada tahun 1955.

 
 

Iklan Basikal jenama Hercules di dada akhbar Straits Times pada tahun 1955.

 

Poster propaganda Jepun di Tanah Melayu.

 

Poster promosi Malayan Railway.

 

Poster promosi Malayan Railway yang dikeluarkan oleh Persekutuan Tanah Melayu.

 

Iklan Krim Stillman's Freckle yang diterbitkan di dada akhbar Straits Times tahun 1955.

 

Poster mengajak anak melayu menceburi karier tentera.

Advertisements

(Gambar) Fergie’s Fledging- skuad emas Manchester United!

Oleh: takusahrisau

 

Kelab Manchester United adalah kelab yang penuh dengan kemasyhuran. Namun, kemasyhuran paling besar kesannya tercipta sewaktu kelab yang digelar Red Devil ini dilatih dan diurus oleh Sir Alex Ferguson. Ferguson adalah warga Scotland yang mencipta impak yang cukup besar kepada kelab kesayangan ramai ini apabila mengutamakan pemain daripada akademi Manchester United untuk membuat kemunculan bersama skuad utama.

Karier pengurus yang mesra digelar Fergie ini bermula pada tahun 1986 di Manchester United. Pada masa itu, trend pengambilan pemain daripada skuad akademi masih belum merebak ke kelab lain melainkan hanya di Manchester United sahaja. Di Manchester United, trend pengambilan skuad akademi telah bermula semasa di bawah pengurusan Sir Matt Busby lagi iaitu pada era 1945 sehingga 1969. Skuad Matt Busby digelar Busby Babes. Antara pemain termasyur yang pernah mengganggotai skuad Busby Babes adalah lagenda Manchester United dan England, Sir Bobby Charlton.

Skuad muda Manchester United.

 

Sikap Ferguson yang memberi laluan kepada pemain-pemain akademi yang berbakat, berdisplin dan mempunyai semangat sayangkan kelab yang tinggi amat disanjung oleh peminat-peminat dan wartawan-wartawan sukan tempatan. Lantaran itu, skuad yang dianggotai oleh David Beckham, Nicky Butt, Ryan Giggs, Paul Scholes, Phillip Neville dan juga Gary Neville telah digelar Fergie’s Fledging. Pemain-pemain berbakat ini adalah era kedua Fergie’s Fledging setelah era pertama Fergie’s Fledging tidak memberi impak yang besar kepada skuad bimbingannya. Era kedua Fergie’s Fledging tercetus pada tahun 1990-an.

Bulatan kanan( Terry Cooke) dan bulatan kiri(David Beckham). Skuad ini telah menjuarai Piala FA Youth pada 1995. Bersama-sama skuad ini adalah Gary Neville.

 

Era keemasan Manchester United yang tidak mungkin lagi mampu diulangi adalah semasa kemuncak karier anggota-anggota Fergie’s Fledging iaitu semasa mereka merangkul kejuaraan Treble pada musim 1998-1999. Kelab Manchester United telah menjuarai Piala FA, Kejuaraan Liga Domestik dan Piala Liga Juara-Juara Eropah(setelah mengalahkan Bayern Munich pada perlawanan akhir). Bergitulah hebatnya pengaruh Fergie’s Fledging terhadap era kemuncak kelab yang berpengkalan di bandar Manchester ini.

Busby Babes pada 1955.

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Pada hari ini, banyak kelab membuat pendekatan serupa seperti Sir Alex Fergusan lakukan terhadap skuadnya. Namun, ia tidak mampu menyamai kehebatan Sir Alex. Arsenal contohnya, pada era lewat 1990-an, mereka telah menggunakan pendekatan pengambilan skuad akademi namun gagal meraih sokongan media tempatan kerana sikap Arsene Wenger yang kerap memberi laluan kepada pemain daripada luar England dan Great Britain untuk mengganggotai skuad akademi Arsenal. Sehingga ke hari ini, panggilan ‘the second France’ masih lagi menjadi ejekan media kepada skuad Arsenal kerana ramainya pemain kelahiran Perancis dalam skuad The Gunner.

Antara anggota-anggota Fergie’s Fledging semasa era 1990-an adalah:

  • David Beckham
  • Nicky Butt
  • Chris Casper

    Chris Casper

 

  • Terry Cooke

    Terry Cooke

 

  • Simon Davies

    Simon Davies

 

  • Ryan Giggs

 

  • Keith Gillespie

    Keith Gillespie

 

  • Gary Neville
  • Phil Neville
  • Pat McGibbon

    Pat Mcgibbon

 

  • John O’Kane

    John O'Kane

 

  • Kevin Pilkington

    Kevin Pilkington

 

  • Robbie Savage

 

  • Paul Scholes
  • Ben Thornley

    Ben Thornley

 

  • Graeme Tomlinson

    Graeme Tomlinson

 

Fergie’s Fledging semasa perlawanan Testimonial Gary Neville:

(Gambar) Kekejaman si jahanam Ratko Mladic!

Oleh: takusahrisau

 

Bagi warga Serb, beliau adalah juara rakyat. Namun, bagi umat Islam khususnya warga Bosniak, beliau adalah musuh nombor satu. Mana tidaknya, lelaki yang bernama Ratko Mladic ini bertanggungjawab terhadap kematian 200,000 umat Islam Bosniak dan beribu-ribu wanita warga Bosniak lagi dirogol.

Poster tiga pembunuh warga Islam Bosnia.

 

Bergelar komander tentera Bosnian Serb, beliau telah mengepalai kempen penghapusan etnik bagi merealisasikan sebuah negara satu etnik bersama-sama Presiden Persekutuan Republik Yugoslavia, Slobodan Milosevic dan Radovan Karadzic. Kempen ini bermula pada tahun 1992 sehingga 1995. Pada hari ini, ia digelar Perang Bosnia.

Sebenarnya, dosa paling besar lelaki yang bergelar ‘Penyembelih Bosnia’ adalah ketika pencerobohan Srebrenica. Kekejaman Ratko Mladic dengan membunuh lebih 8,000 penduduk Islam tempatan serta memusnahkan hampir 80 peratus rumah penduduk Srebrenica menyebabkan pencerobohan ini digelar “Penyembelihan Srebrenica”. Penyembelihan Srebrenica adalah pembunuhan besar-besaran di Eropah setelah Perang Dunia Kedua.!

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Pada 25 Mei 2011 yang lalu, tamatlah pencarian selama 16 tahun terhadap lelaki jahanam ini. Si jahanam ini bersembunyi sebagai bekas tentera di sebuah perkampungan kecil di Lazarevo yang hanya 50 km daripada Belgrade. Beliau dikatakan dalam keadaan uzur memandangkan usianya sekarang adalah 69 tahun. Sekarang, beliau telah pun diekstradisi ke Hague, Belanda untuk pembicaraan jenayah perangnya. Adakah dosa beliau terhadap umat Islam Bosnia akan terbalas selepas keputusan pembicaraan ini? Tepuk dada, tanya selera.

Di bawah adalah gambar-gambar kekejaman si jahanam ini:

 

 

(Video) Cara guru di Mesir mendidik kanak-kanak – Kejam!

Oleh: takusahrisau

 

Alasan beliau adalah untuk mendidik kanak-kanak supaya lebih berdisplin setelah tercetusnya Revolusi 25 Januari yang mana telah menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak. Namun, yang dididiknya bukannya kanak-kanak berusia 12 tahun atau remaja berusia 16 tahun ke atas, tetapi rata-ratanya adalah pelajar berumur 5 tahun hingga 6 tahun.

Magdi al-Shaar adalah seorang guru di Kafr Shukr di wilayah Gharbiya. Beliau telah dituduh mendera dan memukul pelajar-pelajarnya yang berumur 5 hingga 6 tahun dengan gaya yang bergitu kejam. Antaranya adalah menarik rambut, memukul belakang badan, merotan tangan berulang-ulang kali dan memaki hamun sehingga menggentarkan kanak-kanak hingusan tersebut.

 

Alasan yang diberi al-Shaar iaitu mendidik supaya kanak-kanak supaya lebih berdisplin setelah Revolusi 25 Januari agak tidak masuk akal setelah tersebarnya video beliau merotan, memaki dan menarik rambut pelajar-pelajarnya. Ia adalah bukti utama untuk menyabitkan al-Shaar dengan tuduhan mendera kanak-kanak.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Menurut stesen penyiaran Al-Ahram, guru tersebut telah pun ditangkap oleh polis dan sekarang menunggu untuk dibicarakan.

 

(Gambar) Berkhemah di lereng bukit-ekstrim!

Oleh: takusahrisau

 

Akibat kemaruk dengan sesuatu yang ekstrim, tiga sahabat iaitu John Catto, Gary Chilf, dan Mark Synnott telah melakukan sesuatu yang paling sukar dipercayai-berkhemah dengan mengantungkan khemahnya di lereng bukit.!

Khemah mereka digantung di lereng bukit berbatu dengan berketinggian 4,000 kaki. Jika silap cara, ketiga-tiga mereka boleh berdepan maut berdasarkan ketinggian dan tahap bahaya di kawasan tersebut. Gambar-gambar mereka telah diambil oleh jurugambar adventur, Gordon Wiltsie.  

 

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

(Gambar) Perlawanan Testimonial Gary Neville

Oleh: takusahrisau

 

Di bawah adalah rangkuman keseluruhan perlawanan Testimonial Gary Neville yang berakhir dengan Manchester Uniter dikalahkan Juventus sebanyak 2 berbalas 1. Gol Manchester United dihadiahkan oleh bintang Manchester United, Wayne Rooney.

 

Berikut adalah video amatur yang dirakam sewaktu David Beckham menangkap seorang ‘penceroboh padang’ sewaktu perlawanan testimonial itu:

(Video) Hezi Dean pecah rekod David Blaine!

Oleh: takusahrisau

 

Pelagak ngeri dan ahli silap mata daripada Israel, Hezi Dean telah memecah rekod ahli silap mata terkenal, David Blaine apabila berjaya bertahan dengan berdiri di atas tiang setinggi bangunan 6 tingkat melebihi 35 jam. Terdahulu sebelum itu, Blaine telah pun mengejutkan masyarakat dunia apabila nekad berdiri di atas tiang setinggi bangunan enam tingkat selama 35 jam tanpa makan dan minum.

Hezi Dean semasa berada di atas tiang selama lebih daripada 35 jam.

Hezi Dean telah memecah rekod Blaine di Rabin Square, Tel Aviv, Israel. Dalam satu temubual, Dean menceritakan bagaimana susahnya berada di tiang yang hanya bersaiz empat meter persegi.

“It was very hard. I want to tell you only one important sentence: Nothing stands in front of the will”

Sebenarnya, tindakan individu berdiri di atas tiang tinggi bukan satu yang baru di dunia ini. Pada abad ke-4, Simeon the Stylites (388-459) telah mengejutkan masyarakat setempat terutama di sekitar Syam(Syria sekarang) apabila memilih tempat yang tinggi bagi tujuan mengabdikan diri kepada tuhan.

Menurut lagenda, Simeon the Stylites telah berada di atas tiang yang setinggi 15 meter itu selama lebih 37 tahun. Ketika Simeon berada di tiang tersebut, beliau melarang keras kaum wanita hadir melihat atau melawat beliau termasuklah ibunya sendiri. Tindakan Simeon yang mengabadikan diri dengan cara ekstrem tersebut mencetuskan satu dimensi baru dalam dunia teologi dan makrifat.

Selepas Simeon, terdapat beberapa lagi individu yang mengambil tindakan ekstrem yang sama. Mereka adalah Simeon Stylites the Younger(521-597), Simeon Stylites III, Daniel the Stylites(409-453), Joshua the Sylites, Luke the Stylites(910-970), Nikita the Stylites(1120-1186) dan Alypius the Stylites(522-640).

(Video) Disambar kilat 2 kali, namun masih hidup!Ajaib!

Oleh: takusahrisau

 

Kilat memang boleh membunuh. Dengan kelajuan 60,000 minit per saat dan bersuhu sekitar 30,000 darjah celcius, ia mampu menukarkan pasir kepada butiran silika. Jika diikutkan pada fakta itu maka kilat yang menyambar pada jasad manusia serta merta boleh mematikan organ-organ penting dan paling kurang boleh menyebabkan jasad manusia lumpuh secara total.

 

Walaubagaimanapun, video di bawah adalah keajaiban yang jarang sekali boleh didengar apatah lagi dapat dirakam. Video di bawah menunjukkan seorang lelaki telah disambar kilat sebanyak dua kali namun masih boleh berdiri dan berjalan untuk menyelamatkan diri. Dengan teknologi CCTV yang ada pada hari ini, ia menjadikan bukti paling penting untuk membuktikan kekuasaan Allah Taala tidak bersempadan sehingga menentang hukum fizik dan logik.

Jom kita saksikan video menarik ini:

Marcelo, mangsa terbaru rejim Zionis!

Oleh: takusahrisau

 

Sebagai pemain bolasepak di sebuah kelab terkemuka di dunia memang membuatkan pemain daripada Brazil ini idola kepada ramai orang. Terbaru Marcelo, 23, pemain bek kiri Real Madrid dan pasukan antarabangsa Brazil telah dipadamkan akaun Facebook setelah mengemaskini status Facebooknya yang berbaur sokongan beliau tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin. Tindakan ke atas Marcelo ini berkait rapat dengan status selebritinya sebagai pemain bolasepak yang dikenali ramai.

Sokongan orang berpengaruh seperti Marcelo amat bermakna bagi rakyat Palestin. Orang Islam sendiri pun takut untuk menyokong Palestin secara terang-terangan seperti Marcelo.

Akaun Facebook Marcelo yang memaparkan gambar seorang kanak-kanak melontar batu berserta status yang berbunyi “My heart with Palestinian now as they fighting with Israel”  telah mengejutkan pendokong rejim Zionis sehingga mereka mengambil tindakan untuk memberi tekanan kepada pentadbir Facebook bagi memadamkan akaun beliau daripada terus aktif.

Akaun Facebook Marcelo yang dikemaskini pada 15hb Mei baru-baru ini.

Status Marcelo telah disahut oleh seramai 4,221 orang dengan sokongan ‘LIKE’ dan sebanyak 1,998 komen telah dihantar terus meneruskan ke akaun peribadi Marcelo. Pendirian Marcelo secara tegas terhadap isu Palestin mengambarkan pemain yang memiliki nama sebenar, Marcelo Vieira da Silva Júnior ini amat prihatin terhadap kekejaman dan dasar keras Israel terhadap rakyat Palestin.

Marcelo bukan pemain bolasepak pertama yang memberi sokongan secara terbuka kepada pejuangan rakyat Palestin. Antara pemain lain yang turut sama menyokong pejuangan rakyat Palestin adalah Ronaldo. Ronaldo dilaporkan telah melawat Palestin dan kem-kem pelarian di sana sebagai tanda simpati beliau terhadap apa yang berlaku ke atas rakyat Palestin.

Selain itu, pemain beragama Islam yang mewakili kelab Sevilla, Frederick Omar Kanoute turut sama menyokong pejuangan rakyat Palestin apabila beliau bertindak meraikan gol dengan membuka baju yang tertera perkataan “Palestina”.

Frederick Omar Kanoute juga telah membiayai masjid di Sevilla yang hampir dirobohkan untuk kegunaan rakyat Sevilla beragama Islam di sana.

‘Macho Man’ Randy Savage meninggal dunia!

Oleh: takusahrisau

 

Bintang veteran gusti, Randy ‘Macho Man’ Savage, 58 dilaporkan meninggal dunia dalam satu kemalangan maut di Seminole, Florida dekat Tampa. Bintang yang pernah menggegarkan dunia gusti ini dilaporkan mengalami serangan jantung sewaktu memandu sehingga menyebabkan kenderaan yang dipandunya terbabas ke tepi jalan.

Randy 'Macho Man' Savage

Menurut adik Savage, Lenny Poffo, kenderaan yang dipandu Savage terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan pada pagi Jumaat jam 9.25 pagi. Bersama-sama Savage adalah isterinya yang baru dikahwini, Lynn Pyne. Walaubagaimanapun, isteri Savage hanya mengalami kecederaan ringan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kemalangan ini turut melibatkan isterinya namun beliau dilaporkan stabil.

Randy ‘Macho Man’ Savage adalah nama gelanggang bagi insan yang bernama Randy Mario Poffo. Beliau memiliki asal-usul keluarga gusti sepertimana bintang gusti yang lain seperti Owen Hart, The Rock, dan juga Bret Hart. Bapa kepada Savage adalah bintang gusti tahun 50-an dan 60-an, Angelo Poffo. Adik Savage iaitu Lanny Poffo juga adalah pengusti profesional dengan menggunakan nama gelanggang ‘The Genius’ dan ‘Leaping Leaning Poffo’.

Sebagai pengusti profesional, beliau pernah memenangi dua puluh gelaran keseluruhannya antaranya adalah tujuh kali Juara Dunia, satu kali Juara Intercontinental Champion, dua kali Juara WWF, empat kali Juara WCW Heavyweight, dan satu kali Juara USWA Unified World Heavyweight.

Kehilangan Savage yang boleh disifatkan masih terlalu awal dirasai oleh seluruh peminat gusti di seluruh dunia khususnya peminat-peminat gusti tahun awal 1990-an. Namun, insan yang paling merasai kehilangan pengusti yang sering menggunakan kata-kata hikmat, ‘Oh yeahh’ ini adalah bekas musuh dan rakan baiknya sendiri, Hulk Hugon. Dalam satu petikan daripada laman twitter peribadi Hogan, beliau menyatakan kesedihannya di atas pemergian rakan baiknya itu.

“I’m completely devastated, after over 10 years we are of not talking with Randy, we’ve finally started to talked and communicate. He have so much life in his eyes and his spirit, I just pray that he’s happy and in a better place and we miss him.”

“We miss him a lot. I feel horrible about the ten years of having no communication. That was a tough one”

 

 

%d bloggers like this: