Archive | August 2011

Keajaiban isi kandung al-Quran..tiada siapa mampu tandinginya!

Oleh: takusahrisau

 

Ada satu riwayat yang menceritakan berkenaan kebesaran isi al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah saw. Riwayat tersebut berkisar tentang perdebatan antara sahabat Rasulullah saw yang mana ketika itu belum lagi memeluk Islam, Amru bin Ash dan nabi palsu, Musailamah al-Kadzab.

 

Perdebatan itu bermula dengan Musailamah bertanya tentang Rasulullah saw, katanya,

“Apa yang telah diturunkan kepada Muhammad saw selama ini?”

Lalu Amru bin Ash menjawab,

“Sungguh yang diturunkan kepada baginda satu surah yang pendek tetapi padat”

Musailamah yang terkejut lalu bertanya,

“Surah apakah itu?”

Amru bin Ash terus menjawab,

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.”

(memetik daripada surah al-Ashr ayat 1-3, al-Ashr membawa maksud Masa)

Musailamah yang tidak mahu kalah telah berfikir sejenak lantas berkata,

“Telah diturunkan kepadaku juga surah seperti itu”

Maka, Amru bin Ash bertanya,

“Apakah itu?”

Musailamah terus membacakan surah yang kononnya ‘diturunkan’ kepada beliau,

“Hai Wabr. Hai Wabr. Sungguh, kamu hanyalah dua telinga dan dada. Dan jenismu gemar membuat lubang galian”

Musailamah terus menyambung percakapannya,

“Bagaimana pendapatmu wahai Amr?”

Amru bin Ash berkata kepadanya,

“Demi Allah, kamu pasti mengetahui bahawa aku dengan yakin sesungguhnya kamu benar-benar pendusta.”

Wabr adalah binatang kecil yang menyerupai seekor kucing. Wabr paling menonjol di bahagian telinga dan dadanya. Menurut imaginasi Musailamah, beliau menyusun ayat bagi menyaingi surah al-Ashr yang ternyata pendek tetapi padat dengan isi-isinya. Namun ia gagal menambat hati masyarakat pada masa itu termasuklah para penyembah berhala.

Bergitulah kisah perdebatan antara Amru bin Ash ra dan Musailamah al-Khazab. Sesungguhnya benarlah gelaran Rasulullah saw berikan kepada Musailamah iaitu al-Kazhab yang membawa maksud Musailamah si pedusta.

Tengoklah betapa hebatnya wahyu Allah swt yang diturunkan ke dalam hati seorang Rasul bernama Muhammad saw. Hanya dengan tiga ayat sahaja mampu membuatkan seseorang yakin dengan kerasulan baginda. Bagaimana pula dengan surah yang mempunyai beratus-ratus ayat?Subhanallah.

Saidina Umar al-Khattab sendiri memeluk Islam kerana terpaku dengan satu ayat dalam al-Quran iaitu dalam surah Toha. Ayat tersebut berbunyi,

Thaahaa. Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah; tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah), yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas ‘Arsy. Kepunyaan-Nya-lah semua yang ada di langit, semua yang di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah.

(Surah Toha ayat 1-6)

 

Bagaimana pula dengan kita saudara? Apakah kita masih belum terpaku dengan keindahan ayat al-Quran? Percayalah, al-Quran adalah wahyu Ilahi, tiada siapa mampu menandingi ilmu-ilmu yang berada di dada al-Quran. Ilmunya adalah ilmu terus daripada Allah swt.

Ayatnya mampu menjadi penyembuh, ayatnya juga mampu menjadi pelindung daripada penjahat mahupun jin syaitan dan ayatnya juga mampu menjadi pendamai antara dua pihak atau individu yang berseteru.

 

“Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.”

(Surah al-Ankabuut ayat 49)

Advertisements

(Video) Apakah benar Mat Sabu pengkhianat?

Oleh: takusahrisau

 

Di bawah adalah rakaman ceramah kontroversi timbalan presiden PAS, Muhammad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu. Ceramah tersebut antara lain dikatakan mengandungi beberapa perkara yang menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia. Antaranya adalah mengenai komunis.

Namun, selepas dilihat ceramah ini, penulis merasakan ia adalah fitnah yang dilemparkan secara membabi buta kepada Mat Sabu. Entah mengapa ia boleh dijadikan isu sehingga mengheret bekas Ketua Polis Negara, Datuk Musa Hassan untuk turut memberi komentar dan kritikan kepada Mat Sabu.

 

Sedarlah bahawa setiap kenyataan yang diperkatakan oleh seseorang wajib diperhalusi sebagaimana media arus perdana memperhalusi setiap kata-kata perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kata-kata seorang menteri kerajaan bagaikan kata-kata hikmah daripada seorang pemuisi agung tetapi mengapa ia tidak berlaku adil kepada seorang yang bergelar tokoh pembangkang?

Penulis bukan mahu mengkritik media arus perdana dalam menangani isu ini. Penulis cuma terkilan apabila media arus perdana sering tidak berlaku adil kepada pembangkang. Sebagai rakyat, kami mahukan cerita yang benar dan betul, bukan dimomokkan dengan berita bohong sehingga boleh menjatuhkan kredibiliti anda sebagai penyalur utama sumber berita kepada rakyat.!

Sekali lagi, tepuk dada tanyalah iman. Bosanlah kalu tengok berita asyik nak kelentong aje! boring!

Tempat paling ekstrem di sistem suria kita!

Oleh: takusahrisau

 

Jika diperkirakan bahawa Grand Canyon adalah ngarai paling ngeri, Jurang Mariana adalah jurang terdalam, Gunung Everest adalah gunung paling tinggi dan letusan Krakatoa adalah letusan paling kuat pernah berlaku di dunia, Ia tidak dapat dibayangkan jika pembaca melihat secara keseluruhan rupabumi di seluruh sistem suria kita.

Untuk kali ini, apa kata kita lihat satu persatu rupa bumi ekstrem di seluruh sistem suria kita.

 

Awan ribut Planet Musytari

Awan ribut berkelajuan sehingga 600 km/jam telah menghantui planet gergasi ini selama 345 tahun sejak ia pertama kali telah terjadi di Planet Jupiter selama hampir 346 tahun sejak pertama kali direkodkan berlaku pada tahun 1665. Awan ribut yang lebih dikenali dengan Giant Red Spot tersangat besar saiz sehingga menyamai saiz keratan rentas bumi.

 

Jurang di Bulan Europa

Jurang terdalam di sistem suria kita setakat ini dicatatkan berada di bulan Europa, salah satu daripada enam bulan Planet Musytari. Jurang tersebut memiliki dalam sehingga 100km atau 10 kali ganda daripada Jurang terdalam di Bumi, Jurang Mariana.

 

Gunung Berapi di bulan Io

Titik paling aktif bagi jaringan gunung berapi di sistem suria berada di bulan Io iaitu salah satu daripada enam bulan Planet Musytari. Bulan Io memiliki dataran yang dipenuhi dengan gunung berapi sehingga memberi warna kuning kemerah-merahan jika dilihat daripada jauh. Letusan gunung berapi di bulan Io memberi impak yang besar apabila mampu memberi lonjakan debu-debu dan lava setingga 350km daripada permukaan.

 

Petir paling ekstrem di Planet Zuhal

Petir paling ekstrem di sistem suria berlaku di Planet Zuhal. Kekuatan petir ini melebihi 1000 kali daripada kekuatan petir di bumi.

 

Putaran tidak teratur di bulan Hyperion

Putaran yang tidak sekata dan tidak teratur oleh bulan Hyperion telah menyebabkan bulan ini memiliki siang dan malam yang tidak sistematik. Hyperion yang juga salah satu daripada bulan Planet Zuhal tidak memiliki bentuk yang sfera sepertimana bulan-bulan lain yang dimilikinya.

 

Hujan berlian di Neptun dan Uranus

Satu eksperimen dan penyelidikan daripada Universiti of California, Berkeley, telah berjaya membuat hipotesis bahawa hujan di planet Neptun dan Uranus mampu bertukar kepada berlian dan intan kerana kandungan tinggi Metana di atmosferanya dan suhu serta tekanan tinggi di permukaan bumi.

 

Planet Zuhrah, planet paling panas

Dengan suhu setinggi 460 darjah celcius dan puratanya mencapai 100-300 darjah celcius menjadikan planet Zuhrah sebagai planet paling panas di sistem suria kita.

 

Gunung paling tinggi terletak di planet Marikh

Gunung Olympus di Planet Mars adalah gunung api tertinggi di sistem suria kita. Ketinggiannya mencapai 27,000 meter atau 3 kali ganda lebih tinggi daripada gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest.

 

Ngarai paling dalam

Planet Marikh memiliki ngarai terbesar di sistem suria, kedalamannya dianggarkan sehingga 6 kali ganda daripada kedalaman ngarai di Grand Canyon. Ia mencapai kedalam 10,000 meter.

(Video) Usain Bolt gagal raih emas untuk acara Pecut 100m Akhir!

Oleh: takusahrisau

 

Peminat pasti kecewa apabila kelibat jaguh pecut 100m lelaki, Usain Bolt gagal untuk meraih tempat di podium selepas mendapat disqualified semasa Pecut 100m Akhir. Pemegang rekod dunia 100m lelaki dengan catatan 9.58saat itu telah melakukan foul dengan memulakan larian lebih awal daripada tembakan pistol daripada penjaga garisan.

Kesilapan Usain Bolt memberi laluan kepada teman senegaranya, Yohan Blake(kanan) meraih emas.

 

Usain Bolt ternyata tidak mampu menahan emosi kecewanya apabila beliau bertindak membuka baju sambil muka jelas menunjukkan beliau tertekan dengan situasi itu. Beliau yang mengharapkan sebutir pingat untuk menunjukkan kemampuannya sebagaimana yang pernah ditunjukkan di temasya Olimpik dengan meraih tiga emas termasuk rekod dunia.

Dalam acara akhir tersebut, rakan senegara yang juga teman sepelatihnya, Yohan Blake, berjaya meraih emas dengan catatan 9.93saat.

Acara 100m lelaki adalah daya tarikan utama bagi Kejohanan Olahraga Dunia(World Athletics Championships) yang sekarang ini berlangsung di Daegu, Korea Selatan. 

(Video) Makhluk Asing terakam di Siberia!

Oleh: takusahrisau

 

Klik video di bawah adalah yang terbaru untuk menjadi bukti kepada kewujudan makhluk asing. Video ini dirakam di Irkutsk, Rusia dekat Siberia. Video tersebut jelas memaparkan lima ‘ekor’ makhluk asing keluar daripada pesawat mereka dan berjalan di atas salji. Walaubagaimanapun, video rakaman tersebut tidak jelas memandangkan ia dirakam dengan menggunakan telefon bimbit. Video ini dirakam dua hari setelah objek bercahaya menerangi wilayah Bayanday, juga di Irkutsk, Rusia.

Makhluk tersebut dipercayai hanya setinggi 5 kaki dan berada sejauh 15 meter daripada pesawat mereka. Namun, sejauh mana kesahihan video ini masih belum dapat dikenalpasti.

 

Mekah disebut dalam kitab Taurat dan Injil..

Oleh: takusahrisau

 

Mekah adalah kota paling suci bagi umat Islam selain Baitul Maqdis di Palestin dan Madinah al-Munawarah. Mekah  merupakan kota kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Di sini juga Rasulullah saw menerima wahyu dan seterusnya dilantik sebagai nabi dan rasul kepada seluruh makhluk termasuk umat manusia dan golongan jin.

Di kota suci ini berdirinya tempat ibadat yang paling kerap dikunjungi di dunia iaitu Kaabah. Kaabah adalah binaan berbentuk segi empat yang menjadi kiblat umat Islam. Kaabah adalah binaan tertua yang digunakan untuk tujuan beribadat kepada Allah swt sehingga ia digelar dengan gelaran Baitul Attiq yang membawa maksud Rumah Tertua.

Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.

(Surah al-Haj ayat 29)

 

Samaada Mekah dan Kaabah, kedua-dua ini adalah saksi bisu kepada kepayahan dan kesukaran Rasulullah saw berdakwah di tengah-tengah masyarakatnya yang mengamalkan ajaran paganisme atau penyembahan berhala. Rasulullah saw sendiri sehingga satu ketika pernah diusir daripada Mekah dan berhijrah ke Madinah. Namun, akhirnya baginda kembali ke Mekah sebagai seorang pemenang.

Merujuk kepada persoalan utama kita, adakah Mekah dan Kaabah disebut dalam kitab Taurat dan Injil? Adakah pembaca di luar sana pernah terfikir dengan persoalan ini?

 

Mekah adalah Paran dalam kitab Taurat?

Dalam Taurat dan Injil, secara jelas terdapat ayat yang menyebut tentang ‘Paran’.

‘The LORD came from Sinai and dawned over them from Seir; he shone forth from Mount Paran. He came with myriads of holy ones from the south, from his mountain slopes.’ 

(Deuteronomy 33:2)

Ayat ini juga bermaksud,

“Tuhan datang daripada Sinai dan muncul bersinar daripada Seir, Dia nampak bergitu jelas di Gunung Paran. DIA datang dengan berjuta-juta kesucian daripada selatan, daripada kecerunan gunung.

 

Melalui ayat di atas, Sinai adalah nama pergunungan di mana Nabi Musa as menerima Taurat dan berbicara dengan Allah swt. Seir pula adalah nama bagi pergunungan di Baitul Maqdis yang menjadi perbatasan antara Kanaan(Palestin) dan Mesir. Manakala ayat terakhir menyebut tentang Gunung Paran. Gunung Paran adalah  gunung-gunung yang terdapat di Kota Mekah.

Gambaran Seir, Sinai dan Paran.

 

Secara harfiahnya, ayat di atas menunjukkan Tuhan telah bersumpah demi ketiga-tiga tempat ini sebagai saksi kepada bangkitnya tiga orang Rasul agung yang membawa ajaran agama langit. Sinai merujuk terus kepada Nabi Musa as, Seir pula merujuk kepada Nabi Isa as manakala Gunung Paran merujuk kepada bangkitnya Rasul terakhir, Nabi Muhammad saw. Ketiga-tiga Rasul ini membawa ajaran tauhid iaitu Yahudi, Nasrani dan Islam.

Ayat 2 dalam bab Deutronomy ini selari dan sangat bersesuaian dengan firman Allah swt dalam surah Tiin ayat 1-3,

Demi (buah) Tin  dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman,

(Surah Tiin ayat 1-3)

 

Merujuk kepada tafsir Ibnu Kathir Jilid 9 mukasurat 642-643, ayat permulaan Surah Tiin, menunjukkan Allah swt bersumpah demi Buah Tiin dan Zaitun, bukit Sinai dan kota Mekah. Allah swt bersumpah kerana kesucian daripada ketiga-tiga tempat tersebut kerana ketiga-tiga tempat tersebut Allah utuskan seorang Nabi sekaligus Rasul daripada kalangan umat mereka untuk menyebarkan tiga agama besar iaitu Nasrani, Yahudi dan Islam.

Dalam ayat pertama, Allah swt menyebut dengan terang berkenaan buah Tiin dan Zaitun. Ulama bersepakat bahawa ia merujuk kepada kota Baitul Maqdis kerana banyaknya buah Tiin dan Zaitun tumbuh subur di wilayah tersebut. Sehingga ke hari ini, buah Tiin dan buah Zaitun menjadi salah satu sumber pendapat penduduk di sana. Kota Baitul Maqdis adalah tempat lahirnya Nabi Isa as yang kemudian dilantik membawa ajaran Nasrani.

Dalam ayat kedua, Allah swt menyebut Bukit Sinai dengan jelas. Ia sebenarnya menunjukkan Allah swt merujuk kepada keberkatan Bukit Sinai di mana Nabi Musa as diberikan kitab Taurat dan Allah swt berbicara dengan baginda. Daripada peristiwa itu Nabi Musa digelar Kalamullah yang bermaksud pembicaraan Allah.

Dalam ayat ketiga surah Tiin, Allah bersumpah ‘demi kota yang aman’. Kota yang aman adalah kota Mekah. Ia bersesuaian dengan  sebahagian ayat dalam surah Ali Imran ayat 97, Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim, barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia;

 

‘Lembah Baca’ adalah Mekah?disebut dalam Taurat dan al-Quran?

Selain daripada Paran yang dikaitkan dengan Mekah al-Mukarramah, satu lagi nama yang selari faktanya dengan satu ayat dalam al-Quran. Ia adalah lembah Baca atau Bakkah. Dalam Taurat, dalam Psalms ayat 5 – 6 ada disebut mengenai Lembah Bakkah tersebut,

“Blessed is the man whose strength is in thee; in whose heart are the ways of them.  Who passing through the Valley of Baca make it a well; the rain also filleth the pools.”

(Psalms 84:5-6)

 

Sungguh menakjubkan, dalam surah Ali Imran ayat 69, turut disebut mengenai Lembah Bakkah ini.

“Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.

(Surah Ali Imran ayat 96)

 

Asbabul Nuzul(Sebab turun) ayat 96 surah Ali Imran di atas adalah bantahan Allah swt terhadap ahli kitab yang mendakwa bahawa tempat ibadat di Baitul Maqdis adalah binaan pertama yang digunakan untuk beribadat. Besar kemungkinan tempat ibadat tersebut adalah kuil Nabi Sulaiman yang sekarang ini menjadi tapak kepada Masjidil Aqsa.

Keselarian daripada Psalms ayat 5-6 dan Surah Ali Imran ayat 96 menunjukkan bahawa Valley of Baca yang disebut Psalms ayat 5-6 adalah Mekah seperti Paran yang disebut dalam Deuteronomy 33 ayat 2.

Fakta yang boleh dikaitkan dengan Mekah adalah dengan ayat ‘rain’ dan ‘pools’. Umum mengetahui bahawa Mekah diberkahi dengan air zam-zam yang tidak pernah kering. Air Zam-Zam itu bergenang seperti kolam sehingga penduduk awal Mekah iaitu daripada suku Jurhum membina benteng dan telaga untuk memelihara airnya bagi pelbagai tujuan. Fakta dalam Psalms ayat 5-6 bertepatan dengan ciri-ciri Mekah yang menjadi bumi kelahiran Nabi Muhammad.

Mekah di kelilingi oleh himpunan bukit sehingga membentuk kota Mekah seperti lembah. Disebabkan rupabumi Mekah yang berlembah inilah, Kaabah beberapa kali ditenggelami banjir.

 

 

Paran sememangnya adalah Mekah

Keselarian beberapa ayat dalam dua kitab suci agama Islam dan Yahudi menunjukkan bahawa Rasulullah saw sudah dijanjikan Allah swt untuk dibangkitkan di bumi Mekah. Oleh kerana itulah Paran atau Bacca beberapa kali disebut dalam kitab Taurat bagi menaikkan martabat bumi di mana lahirnya insan agung.

Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: “Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).” Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: “Ini adalah sihir yang nyata.”

(al-Saff ayat 6)

 

 

Ia bersesuaian juga dengan doa bapa kepada segala Nabi, Nabi Ibrahim as ketika berada di bumi Mekah yang bermaksud,

Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al-Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana

(Surah al-Baqarah ayat 129)

(Video) UFO muncul di Catalan, Sepanyol..

Oleh: takusahrisau

 

Video di bawah adalah cahaya misteri yang dipercayai adalah UFO yang mana ia muncul secara misteri di langit wilayah autonomi Cataluna, Catalonia pada petang 18 Ogos 2011 yang lalu.

 

(Video) Ikon Sukan Ekstrem, Tony Hawk patah gigi!

Oleh: takusahrisau

Ikon sukan ekstrem, Tony Hawk, 43 mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan kecil semasa acara pertunjukan di Florida. Beliau bersama Kevin Staab melakukan aksi double dalam acara pertunjukan tersebut. Namun, akibat kesalahan teknikal yang kecil, Kevin Staab secara tidak segaja terlanggar Tony Hawk semasa membuat teknik silang.

Tony Hawk menunjukkan giginya yang patah.

Di bawah adalah video yang penulis maksudkan:

(Video) Pelagak ngeri menemui ajal dalam aksi cemas di Selfridge, Michigan.

Oleh: takusahrisau

 

Seramai 75,000 penonton pertunjukan udara di Selfridge, dekat Detroit, Michigan bagaikan tidak percaya bahawa mereka melihat satu pertunjukan yang hebat tetapi berakhir dengan kematian yang tragik. Rata-rata peminat sukan udara tersebut mempercayai apa yang dilihat mereka adalah sebahagian daripada aksi-aksi hebat pertunjukan udara. Namun, segalanya berakhir apabila menyedari beberapa buah ambulan datang untuk memberi bantuan kecemasan.

Todd Green, 48 adalah pakar dalam aksi berani mati berjalan di atas sayap kapal terbang untuk memanjat ke dalam helikopter. Namun, hanya dengan faktor angin kencang menyebabkan beliau menemui ajal dalam aksi tipikal yang beliau sering pamerkan. Pelagak ngeri yang sudah berkecimpung hampir 25 tahun dalam bidang ini ditemui meninggal dunia serta merta selepas menerima impak yang besar akibat jatuh dengan jarak 200 kaki daripada udara.

Mendiang Todd Green.

 

Beliau yang juga anak kepada lagenda pelagak ngeri Amerika, mendiang Eddie ‘The Grip’  Green meninggalkan seorang balu, berserta seorang anak kandung dan anak tiri dalam kejadian ngeri pada hari Ahad, 21 Ogos 2011.

(Video) Menangis seorang sheikh dengar rintihan kekejaman puak Syiah!

Oleh: takusahrisau

 

Satu fitnah pernah berlaku semasa pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib ra. Pada masa itu, Saidina Ali telah diperangi oleh satu puak yang diketuai oleh Muawiyyah. Muawiyyah adalah anak lelaki kepada Abu Sufyan yang memeluk Islam semasa pembukaan kota Mekah(Fathu Mekah). Sebelum memeluk Islam, Abu Sufyan adalah penentang tegar ajaran Rasulullah saw malahan beliau adalah pemuka Quraisy yang memerangi nabi dalam beberapa siri peperangan.

Semasa Saidina Ali  dilantik menjadi khalifah, Muawiyyah sangat tidak bersetuju. Muawiyyah mendakwa Saidina Ali ra adalah dalang pembunuhan saudara sepupunya, Saidina Othman ra. Miskipun Saidina Ali cuba menafikannya, Muawiyyah tetap berpegang kepada pendirian tersebut.

Kemuncak persengketaan kedua-dua tokoh ini berakhir di medan peperangan. Peperangan tersebut dikenali Perang Siffin. Ia berlaku pada 657M di tebing Sungai Furat, Syria. Muawiyah telah disokong oleh kira-kira 120,000 orang pengikutnya, rata-ratanya adalah penduduk Syria kerana beliau adalah gabenor di wilayah tersebut. Manakala, Saidina Ali didokong oleh 90,000 pengikut.

Peperangan pun berlangsung yang mana akhirnya menumpaskan tentera Muawiyyah yang diketuai oleh Amru bin As. Saidina Ali ra bagaimanapun memberhentikan serang setelah Amru bin As menjunjung al-Quran di lembingnya. Hati Ali terus lembut setelah Amru bin As melaungkan suara rundingan.

Detik ini merupakan titik pertama pepecahan besar dalam umat Islam. Satu pihak di sebelah Ali menyokong untuk berdamai. dan satu pihak lagi ingin meneruskan peperangan. Golongan yang taat setia kepada Ali dikenali Syiah manakala yang berpaling tadah kepada Ali dikenali Khawarij. Dipercayai bahawa puak Khawarij yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan Ali kemudian harinya.

Golongan Syiah terus bangkit. Saat kebangkitannya berlaku semasa pemerintahan Dinasti Abbasiyyah. Dinasti Islam selepas rebahnya dinasti Umayyah. Syiah kemudiannya membunuh secara senyap akidah Islamnya. Mereka memuja Ali dan Husain secara melampau. Mereka mencerca para musuh Ali seperti Muawiyyah, Yazid, Amru bin As, Aisyah dan ramai lagi sehingga menjatuhkan martabat dan peribadi Islam mereka.

Kini, Syiah amat memusuhi golongan Ahli Sunnah wa Jamaah atau Sunni. Malahan, Syiah lebih memusuhi Sunni berbanding memusuhi orang Yahudi dan Kristian laknatullah. Pelbagai fitnah berlaku antara kedua-dua golongan. Sehingga ada di antaranya berakhir dengan kehilangan ribuan nyawa.

Golongan Syiah kini menetap secara meluas di Iran, Iraq, Lebanon, Mesir dan Syria. Musuh utama mereka bukan Yahudi, bukan Kristian, bukan orang Kafir, tetapi golongan Sunni.!

 

%d bloggers like this: