Archive | July 2011

(Video) Jin merasuk ketika perbualan telefon bersama seorang Sheikh..

Oleh: takusahrisau

 

Di bawah adalah rakaman sebuah rancangan tv yang berdurasi 7.10 minit melibatkan perbualan seorang sheikh yang dikenali dengan Brother Abu Muhammad dengan pemanggil wanita. Pemanggil wanita yang pada mulanya berada dalam keadaan baik menceritakan bagaimana seorang penyihir(magician) menyihirnya ketika berada di India.

Pada minit ke 1.16, wanita tersebut mula dirasuk dengan suaranya bertukar menjadi garau. Brother Abu Muhammad kemudian tersenyum kepada perantara rancangan tersebut bagai mengetahui wanita tersebut sudah dipengaruhi jin dalam badannya.

Pada minit ke 1.34, Brother Abu Muhammad membaca bismillah dan beberapa potong ayat daripada kitab suci al-Quran. Brother Abu Muhammad juga menanyakan samaada jin tersebut adalah Islam atau tidak. Ternyata Jin tersebut adalah bukan Islam yang jelas terpancul daripada suara garaunya, ‘non muslim’.!

Oklah, apa kata pembaca lihat sendiri video di bawah.

Khairul Fahmi Che Mat putus tunang?

Oleh: takusahrisau

 

Baru-baru ini, timbul desas-desus mengatakan penjaga gawang sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat sudah putus tunang? Benarkah ia berlaku sepertimana yang diberitahu? Untuk pengetahuan umum, tunang Khairul Fahmi yang cantik lagi comel itu bernama Aimie  Harmelia. Pembaca boleh layari laman blog peribadinya di SINI.

Penulis sebenarnya memang mengelak daripada menulis sesuatu berunsur gosip-gosip dan tohmahan, namun apabila ia berlaku kepada pemain kesayangan penulis iaitu Khairul Fahmi, penulis merasakan ia patut dikongsi dalam blog ini.

Melalui beberapa bacaan dalam blog-blog hiburan dan gosip, penulis dapat ketahui bahawa Khairul Fahmi bermain cinta dengan seorang gadis cantik jelita yang bernama Dahlia Teck. Siapakah gerangan Dahlia Teck yang berwajah cantik jelita bak bidadari ini tidak pula penulis ketahui.

Dahlia TeckGambar ini dipetik dalam satu blog yang dikenali cikepal06.

 

Aimie Harmelia dalam facebook peribadinya ada menyatakan kekesalan akibat perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh Khairul Fahmi. Antaranya mendakwa Khairul Fahmi dengan panggilan ‘ko’ sebagai tidak menghormati ibubapa Aimie Harmelia. Penulis tidak mahu komen panjang tentang tindakan Aimie Harmelia meluahkan perasaannya dalam facebook kerana bagi penulis tidak salah untuk meluahkan sesuatu di laman peribadi masing-masing dan ia tidak pula menyalahi undang-undang negara.

Dalam satu posting Amie Harmelia dalam facebooknya.

 

Penulis sebagai salah seorang peminat fanatik Harimau Malaya berharap Khairul Fahmi Che Mat memberi tumpuan tentang misi skuad negara untuk menjadi antara negara terkuat dalam sukan bolasepak sekurang-kurangnya di Asia. Usah dicampur adukkan dengan hal-hal yang memjejaskan misi negara ini.

Secara peribadinya, raasanya tidak elok Khairul Fahmi bermain kayu tiga di belakang tunang yang sejak daripada dahulu menjadi salah seorang tulang belakangnya.

Penulis pernah membaca beberapa posting cik tunang Khairul Fahmi satu ketika dahulu yang antara lain menyatakan bagaimana Khairul Fahmi kecewa dengan prestasinya yang tidak diambil peduli oleh skuad Red Warrior sebelum beliau meningkat naik sepertimana hari ini. Beliau dikatakan ingin berhijrah ke negeri lain kerana sudah berputus asa merebut tempat dalam kesebelasan utama Kelantan.

Bagi penulis, apabila seorang kekasih sudah boleh memberi entry khas buat si tunang, ia menandakan satu kesetiaan dan kasih-sayang yang tidak berbelah-bahagi kepada si tunangnya. Seperti yang ramai ketahui, kesetiaan adalah pucuk pangkal untuk memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat dengan pasangannya.

Di saat majlis pertunangan mereka.

 

Mengenai Dahlia Teck, penulis tidak lihat walau sedikitpun kesetiaan sepertimana Aimie Harmelia tonjolkan melainkan kejelitaan dan keseksian. Jikalau kecantikan dan kejelitaan yang Khairul Fahmi pilih, jangan berasa hati apabila penulis isyaratkan tangan dengan huruf L stand for L.O.S.E.R!!!!

(Video) Khinzir diseksa oleh pekerja tapak penyembelihan di Essex, Britain..

Oleh: takusahrisau

 

Di bawah adalah rakaman betapa kejamnya manusia melayani haiwan. Video ini dirakam di tapak penyembelihan Essex, Britain yang mana dianggarkan lebih 6,000 ekor khinzir disembelih setiap minggu di sini. Video berdurasi 5.00 minit ini melihatkan bagaimana para pekerja di tapak penyembelihan ini menyeksa haiwan dengan menggunakan alat kejutan elektrik dan pisau yang tajam. Para pekerja ternyata tidak berperikemanusiaan apabila menghalakan alat kejutan elektrik di tempat yang salah sehingga membuatkan haiwan naif ini terpekik kesakitan.

Kepada yang mencintai haiwan pasti akan merasa geram dan sedih. Sebagai umat Islam, miskipun khinzir dianggap haiwan yang terlarang samaada untuk disentuh atau dimakan, ia tidak membuktikan kita tidak mengendahkan nasib haiwan ini.

Haiwan yang sering menjadi hidangan kepada masyarakat Eropah ini wajib mendapat layanan lebih baik sepertimana yang disarankan oleh Islam semasa mengendalikan proses penyembelihan lembu dan kambing ketika menjalani ibadah korban dan akikah. Ternyata Islam lebih baik dan maju selangkah ke hadapan dalam ‘menghormati’ haiwan yang ingin disembelih.

Kematian selebriti popular pada usia 27 tahun!

Oleh: takusahrisau

 

Ada yang mengatakan ia adalah sumpahan, ada juga yang menganggap ia adalah fenomena pop culture dan ada juga yang membantah dengan mengatakan ia hanyalah kebetulan semata-mata. Walaubagaimanapun anggapan mereka, kematian ramai pemuzik popular daripada Barat pada usia 27 tahun berbanding usia-usia yang lain memang mengujakan. Sekurang-kurangnya 34 orang pemuzik dan penyanyi daripada Hollywood berada dalam senarai buku yang disusun oleh Eric Segalstad. Buku yang dikenali sebagai The 27s: The Greatest Myth of Rock & Roll telah berada di pasaran sejak tahun 2008.

Terbaru, Amy Winehouse atau nama sebenarnya Amy Jade Winehouse dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun di kediamannya. Amy dilaporkan meninggal dunia akibat pengambilan dadah dan arak secara berlebihan dipercayai kerana mengalami kemurungan akibat putus cinta dengan kekasihnya, Reg Traviss.

Untuk kali ini, penulis akan menyusun beberapa orang pemuzik dan penyanyi berpengaruh yang riwayat hidup mereka berakhir pada usia 27 tahun. Daripada pemerhatian penulis, dadah dan arak adalah penyebab utama kematian mereka di usia yang agak muda. Kepada selebriti di Malaysia, jauhi dadah dan arak. Kedua-duanya sangat ‘membantu’ anda untuk mati pada usia yang cukup muda.

Amy Winehouse adalah 'anggota' terbaru yang meninggal dunia pada usia 27 tahun.

 

 

Brian Jones

Brian Jones dilahirkan pada 28 Februari 1942 di Cheltenham, England. Beliau meninggal dunia pada 3 Julai 1969 pada usia cukup muda iaitu 27 tahun. Beliau ditemui meninggal dunia di kolam pada lewat malam 3 Julai 1969.

Menurut kekasihnya, Anna Wohlin, ketika ditemui Brian Jones masih lagi bernyawa namun setelah doktor sampai, segala-gala telah terlambat. Brian Jones diistiyharkan meninggal dunia akibat nasib malang. Menurut laporan autopsi, jantung dan limpa Jones membengkak akibat dadah dan arak yang diminumnya.

Walaubagaimanapun, ramai yang masih mendakwa Brian Jones dibunuh berdasarkan beberapa bukti yang cukup kukuh. Suspek utamanya adalah Frank Thorogood. Sehingga kini, dakwaan Brian Jones dibunuh masih belum dapat dibuktikan di mahkamah tambahan pula suspek utamanya, Frank Thorogood telah pun meninggal dunia pada tahun 1994.

Brian Jones adalah bintang yang bergemerlapan pada dekadnya. Beliau adalah salah seorang daripada pengasas band lagenda, Rolling Stone pada tahun 1960-an. Bersama-sama Keith Richard dan Mick Jagger, beliau telah mempopularkan irama rock and roll yang diadunkan dengan melodi R&B. Brian Jones pada mulanya adalah pemimpin band ini namun disebabkan oleh masalah disiplin dan perlibatan beliau secara keterlaluan dengan dadah serta arak mengakibatkan beliau dilucutkan dan seterusnya diganti oleh Mick Jagger dan Keith Richard. Brian Jones adalah selebriti paling berbakat dalam band ini dengan kemahiran beliau bermain dengan pelbagai alat muzik serta berbakat dalam menulis lagu. Pada tahun 1969, Brian Jones telah dipecat daripada band ini kerana masalah dadah dan disiplin. Tiga minggu selepas insiden tersebut, Brian Jones ditemui meninggal dunia di kediamannya dalam keadaan menyayatkan hati. Brian Jones tersenarai antara selebriti popular yang meninggal dunia pada usia 27 tahun.

Brian Jones

 

 

 

Jimi Hendrix

Siapa yang tidak kenal dengan Jimi Hendrix. Beliau yang dilahirkan pada 27 November 1942 adalah gitaris paling hebat sepanjang zaman. Walaubagaimanapun, Jimi Hendrix atau nama sebenarnya, James Marshall Hendrix meninggal dunia pada usia yang cukup muda iaitu 27 tahun pada 18 September 1970. Jimi Hendrix diistiyarkan meninggal dunia akibat tercekik muntah sendiri akibat percampuran ubat tidur jenis Vesparax dengan wain merah. Jimi Hendrix juga dilaporkan mengambil 6 biji tablet Vesparax yang mana kebiasaannya orang dewasa normal akan mengambil separuh daripada sebiji tablet tersebut.

Pada zaman Jimi Hendrix, beliau bukan sahaja menempa nama sebagai selebriti tetapi juga bertanggungjawab memecahkan tembok selebriti yang kebiasaannya dikuasai oleh kaum kulit putih. Dengan kemahiran hebat sebagai pemetik gitar elektrik, beliau telah mempelopori beberapa teknik seperti penggunaan wah-wah pedal sepertimana yang dihasilkan untuk lagu Voodoo Child. Sehingga kini, teknik dan kemahiran Jimi Hendrix telah banyak diaplikasi dan diinovasi oleh pemuzik dan pemain gitar selepas daripada beliau.

Sepertimana Brian Jones, Jimi Hendrix adalah selebriti paling gemerlapan pada eranya namun disurami dengan penggunaan dadah dan arak. Beliau senasib dengan Brian Jones apabila tersenarai antara bintang-bintang popular yang meninggal dunia pada usia 27 tahun.

Jimi Hendrix

 

 

Janis Joplin

16 hari selepas kematian Jim Hendrix, selebriti yang semakin meningkat naik kemudiannya menyusul. Janis Joplin yang dilahirkan sebagai Janis Lyn Joplin pada 19 Januari 1943 telah menghembuskan nafas terakhir pada 4 Oktober 1970. Hasil autopsi menyatakan beliau mengambil terlebih dos dadah jenis heroin yang kemudiannya diburukkan lagi dengan arak yang diminumnya. Janis Joplin ditemui meninggal dunia di hotel penginapannya, Landmark Motor Hotel dalam keadaan terbaring di lantai.

Janis Joplin diperakaui pada zamannya sebagai antara pelopor muzik Rock and Roll wanita paling berpengaruh. Ketika di kemuncak kerjayanya, beliau digelar The Queen of Rock and Roll dan The Queen of Psychedelic Soul. Pada 2004, majalah popular, Rolling Stone meletakkan nama beliau di tangga ke-46 sebagai artis paling berpengaruh sepanjang zaman.

Perlibatan beliau dengan dadah dan arak telah mengharu-birukan kerjaya hebatnya. Sepertimana yang berlaku kepada Brian Jones dan Jimi Hendrix beberapa tahun sebelumnya, beliau meninggal dunia pada usia yang cukup muda akibat dadah dan arak. Kematiannya pada usia 27 tahun telah menyebabkan beliau tersenarai sebagai salah seorang daripada ‘ahli kelab 27’. Mayat Janis Joplin dibakar dan abunya kemudian diagih kepada keluarganya untuk urusan perkebumian.

 

Janis Joplin

 

 

Jim Morrison

Seorang lagi lagenda Rock and Roll yang meninggal dunia pada usia yang cukup muda. Jim Morrison atau nama sebenarnya, James Douglas Morrison adalah penyanyi utama band The Doors. Jim Morrison ditemui meninggal dunia pada 3 Julai 1971 di sebuah hotel di Paris oleh kekasihnya, Pamella Courson. Di sebalik kematiannya yang dikatakan mengambil terlampau banyak dadah jenis heroin, kematian Jim Morrison juga diselubungi dengan pelbagai konspirasi dan kontroversi. Tidak seperti selebriti lain, mayat Jim tidak dilakukan bedah siasat. Oleh yang demikian, sebab utama kematian Jim tidak pernah diketahui sehingga ke hari ini.

Jim dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia. Bapanya adalah seorang tentera manakala ibunya adalah suri rumah sepenuh masa. Namun, ia tidak menjamin untuk menjadikan Jim menjadi seorang yang bagus. Jim Morrison mula berjinak dengan dadah dan arak ketikamana beliau semakin meningkat dalam kariernya. Ketika di kemuncak kariernya sebagai penyanyi utama band The Doors, beliau diselubungi pelbagai kontroversi seperti insiden di Miami. Insiden di Miami menjadi titik hitam dalam karier beliau dan The Doors. Beliau yang ketika itu dipengaruhi dadah telah membangkitkan keriuhan dan rusuhan apabila melaungkan kata-kata provokosi dan liar seperti ‘Let’s see a little skin, let’s get naked dan “You’re all a bunch of fuckin’ idiots!”. Kes beliau turut disiasat oleh FBI.

Insiden kedua yang turut mengundang kontroversi adalah ketika menyanyi lagu Light My Fire di Ed Sullivan Show pada 17 September 1967. Jim Morrison berjanji akan menukarkan lirik “Girl we couldn’t get much higher” kepada “Girl we couldn’t get much better”. Namun, Jim Morrison gagal berbuat demikian. Pada akhir rancangan, Ed Sullivan enggan berjabat tangan dengan Morrison dan anggota band The Doors akibat terlampau kecewa dengan sikap biadap Jim Morrison. Jim Morrison juga dilaporkan mengherdik Ed Sullivan dan penerbit rancangan temubual popular tersebut di akhir rancangan.

 

Jim Morrison

 

Kurt Cobain

Pemuzik dan vokalis utama band Nirvana ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Kurt Cobain atau nama sebenarnya, Kurt Donald Cobain dilahirkan pada 20 Februari 1967 di Aberdeen, Washington, Amerika Syarikat. Beliau termasuk dalam ahli 27 Club kerana meninggal dunia pada usia yang cukup muda iaitu 27 pada 5 April 1994. Pengasas muzik grunge ini dilaporkan meninggal dunia kerana membunuh diri menggunakan pistol. Walaubagaimanapun, kontroversi disebalik kematiannya masih lagi menjadi perdebatan di kalangan peminat-peminatnya, termasuklah mengatakan isterinya, Courtney Love membunuh Cobain untuk merebut penjagaan anak dan harta.

Kurt Cobain pada tahun 1990-an adalah fenomena di persada seni dunia. Album kedua Nirvana iaitu Nevermind yang diterbitkan pada 1991 mencatatkan penjualan sehingga 30 juta salinan di seluruh dunia. Lagu Smells Like Teen Spirit yang dimuatkan dalam album itu menjadi siulan anak-anak muda di seluruh dunia. Sehingga kini, lagu yang dihasilkan oleh Nirvana dan Kurt Cobain masih lagi malar segar untuk didengar dan didendangkan.

Sepertimana nasib ahli kelab 27 yang lain, Kurt Cobain mengalami masalah dengan dadah dan arak yang sangat teruk. Beliau juga dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang agak kritikal.

Menurut rakan-rakan Kurt Cobain, sewaktu remaja, Kurt pernah berkata kepada rakan-rakanya untuk menjadi salah seorang ahli kelab 27. Beliau bergitu terpengaruh dengan beberapa selebriti hebat seperti Jimi Hendrix, Jim Morrison dan ramai lagi pada era 1960 hingga 1970-an yang berakhir kehidupan mereka pada usia 27 tahun.

Kurt Cobain

 

Sebenarnya, di sebalik nama-nama besar yang dirakamkan dalam artikel ini, terdapat ramai lagi selebriti yang berakhir riwayat mereka pada usia 27 tahun. Antaranya adalah vokalis band Canned Heat dan sahabat akrab Jim Morrison, Alan Wilson yang berakhir riwayatnya pada usia 27 tahun pada 3 September 1970. Alan Wilson turut mengalami masalah berkaitan dadah yang akhirnya meragut nyawanya.

Selain daripada dadah dan arak yang menyelubungi kematian selebriti pada usia 27 tahun, terdapat juga daripada mereka mengalami kematian yang pelik sepertimana yang terjadi kepada gitaris band Stone the Crows, Leslie Harvey. Leslie Harvey meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik kerana tersentuh pembesar suara dengan keadaan tangannya yang basah. Ketika itu, Harvey sedang mengadakan persembahan bersama bandnya di Swansea. Harvey meninggal dunia pada 3 Mei 1972.

Amy Winehouse meninggal dunia..

Oleh: takusahrisau

 

Penyanyi R&B dan Jazz popular, Amy Winehouse ditemui mati di kediamannya di Camden Square. London Ambulance Service menerima panggilan kira-kira jam 3.54 pagi dan kemudiannya menghantar dua buah ambulan ke rumah penyanyi bersuara garau itu. Selepas daripada itu, Metropolitan Police telah mengesahkan bahawa Amy Winehouse telah meninggal dunia.

 

Penyanyi yang sering dikaitkan dengan alkohol dan dadah ini baru-baru mencetuskan kontroversi apabila tampil mabuk ketika persembahannya di Belgrade. Beliau meninggalkan pentas sebanyak dua kali kerana gagal untuk mengikut band bagi membuat persembahan. Penonton yang hadir kira-kira 20,000 orang itu ternyata kecewa dengan sikap kurang profesional Amy.

Amy mula mengegarkan dunia seni apabila merangkul lima anugerah Grammy pada 2006 melalui album keduanya, ‘Back to Black’ dan single beliau Rehab. Walaubagaimanapun, kejayaan beliau dibayangi dengan pelbagai kontroversi terutamanya tabiatnya yang gemar mengambil alkohol secara melampau.

 

(Video) Pemain Piano paling hebat..

Oleh: takusahrisau

 

Video di bawah hanyalah untuk hiburan semata-mata. Jom saksikan. Penulis pasti pembaca pasti akan ketawa terbahak-bahak.

 

Selebriti Popular yang Meninggal dunia akibat AIDS..

Oleh: takusahrisau

 

Sindrom kurang daya tahan penyakit atau AIDS telah mula tersebar pada awal 1980-an di Amerika Syarikat. Pada awalnya, ia lazimnya dijangkiti oleh golongan-golongan gay di Amerika Syarikat akibat amalan seks bebas mereka. Namun sejak dua puluh tahun kebelakangan ini, semakin ramai didiagnosis menghidap AIDS termasuklah para selebriti terkenal dunia.

Walaubagaimanapun, ramai selebriti di Hollywood yang dijangkiti AIDS tidak diistiyharkan secara rasmi dalam sijil kematian mereka kerana melindungi hak privasi dan maruah saudara mara mereka. Namun, setelah dua atau tiga tahun kematian mereka, segala-galanya mula terbongkar apabila ada di kalangan saudara dan doktor yang merawat mereka mendedahkan punca sebenar kematian misteri mereka.

Di Malaysia, selebriti yang meninggal dunia akibat AIDS tidak pernah didedahkan secara rasmi. Namun, khabar angin tetap tersebar tentang beberapa selebriti yang dikaitkan dengan AIDS. Walaubagaimanapun, tiada niat di hati penulis untuk menulis berkenaan selebriti daripada Malaysia dalam artikel kali ini.

Pada kali ini, penulis akan sediakan beberapa selebriti Hollywood yang meninggal dunia akibat jangkitan virus HIV yang seterusnya menyebabkan penyakit AIDS. Untuk pengetahuan pembaca, bukan semua di antara mereka mengamalkan cara hidup yang tidak sihat seperti seks rambang, homoseksual, pengambilan dadah dan pengkongsian jarum. Terdapat beberapa orang daripada mereka menghidap AIDS akibat pemindahan darah yang dicemari virus HIV.

 

 

Rock Hudson

Rock Hudson atau nama sebenarnya Roy Harold Scherer, Jr. lahir pada 17 November 1925. Rock Hudson meninggal dunia pada 2 October 1985. Lelaki yang memiliki ketinggian 196cm ini mula didiagnos memiliki AIDS pada Jun 1984. Pada awal kematiannya, media telah menimbulkan desas-desus bahawa kematiannya adalah disebabkan oleh proses pemindahan darah yang dicemari oleh virus HIV. Namun beberapa bulan kemudian timbul pula desas-desus bahawa Rock Hudson meninggal akibat komplikasi jangkitan virus HIV akibat gaya hidupnya yang mengamalkan seks songsang. Ia diyakinkan pula oleh pengakuan beberapa rakan-rakan seperjuangannya seperti Mamie Van Doren dan Angie Dickinson dalam satu temubual dengan majalah People.

Mayat Rock Hudson kemudian dibakar dan abunya dibuang ke laut.

Rock Hodson di akhir hayatnya.

 

Freddie Mercury

Freddie Mercury dilahirkan pada 5 September 1946 di Stone Town, Zanzibar sebagai Farouk Bulsara. Vokalis utama kumpulan Queen ini meninggal dunia pada 24 November 1991 setelah disahkan menghidap AIDS seawal tahun 1987. Sebagai seorang perahsia, Freddie hanya mengaku bahawa beliau adalah penghidap AIDS sehari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir iaitu pada 23 November 1991. Antara petikan ayat yang dibaca oleh pengurus Queen, Jim Beach adalah,

The time has come now for my friends and fans around the world to know the truth and I hope that everyone will join with me, my doctors, and all those worldwide in the fight against this terrible disease.

Freddie Mercury diistiyharkan meninggal dunia akibat radang peparu oleh pihak hospital. Sepertimana Rock Hudson, media melaporkan Freddie meninggal dunia akibat gaya hidup songsangnya yang mengamalkan homoseksual.

Freddie Mercury

 

Anthony Perkins

 

Pelakon Hollywood yang masyhur dengan watak Norman Bates dalam filem adaptasi daripada novel Alfred Hitchcock, Psycho meninggal dunia pada 12 September 1992 akibat komplikasi daripada penyakit AIDS. Beliau yang dilahirkan pada 4 April 1932 di New York berumur 60 tahun ketika itu. Desas-desus mengatakan beliau terlibat dalam hubungan homoseksual semasa hayatnya sehingga menyebabkan beliau dijangkiti virus maut ini. Antara aktor terkenal yang pernah mempunyai hubungan dengan Anthony Perkins adalah Rock Hudson yang juga meninggal dunia akibat penyakit AIDS. Ironinya, di sebalik nafsu songsang beliau, Perkins memiliki seorang isteri dan dua orang cahaya mata.  

Mayat Anthony Perkins dibakar dan abunya kemudian diberi kepada keluarganya untuk urusan perkebumian.

Anthony Perkins

 

Amanda Blake

Aktres Hollywood yang terkenal dengan watak gadis berambut merah dalam drama popular tahun 1950, Gunsmmoke meninggal dunia pada 16 Ogos 1989. Ketika meninggal dunia, beliau berumur 60 tahun. Beliau diistiyharkan meninggal dunia akibat barah mulut akibat tabiat merokoknya yang melampau sewaktu muda. Namun, media menyatakan sebaliknya apabila ura-ura mengatakan kematian aktress yang lahir pada 20 Februari 1929 ini adalah disebabkan jangkitan virus HIV. Walaubagaimanapun, beliau dijangkiti virus tersebut bukan kerana mengamalkan cara hidup yang tidak sihat seperti aktor Rock Hudson, Freddie Mercury dan Anthony Perkins tetapi kerana dijangkiti daripada bekas suaminya yang juga meninggal dunia akibat AIDS.

Amanda Blake

Robert Reed

Robert Reed adalah aktor profilik yang sering mewarnai kaca televisyen dan layar perak. Antara lakonan yang sehingga ke hari ini menjadi sebutan adalah dalam sitkom popular tahun 1960-an, The Brady Bunch. Robert Reed atau nama sebenarnya, John Robert Rietz Jr. Meninggal dunia pada 12 Mei 1992 akibat kanser kolon. Namun, ramai berpendapat beliau terlebih dahulu menghidap AIDS sebelum menghidap kanser tersebut sehingga meragut nyawanya. Ketika meninggal dunia, beliau baru sahaja berusia 59 tahun.

Aktor popular ini disyaki menghidap AIDS kerana hubungannya dengan beberapa orang lelaki. Di kalangan rakan artis, ramai mengetahui beliau adalah gay namun di kalangan peminat dan wartawan, beliau berusaha untuk mengelak daripada mereka mengetahuinya. Namun, segala-galanya terbongkar selepas kematian selepas satu persatu pengakuan dibuat oleh rakan-rakannya.

Sepertimana Anthony Perkins dan Rock Hudson, mayat beliau dibakar dan kemudian abunya diserahkan kepada anak perempuannya untuk urusan perkebumian.

Robert Reed

 

 

Rudolf Nureyev

Penari balet terkenal ini meninggal dunia pada 6 Januari 1993 setelah didiagnosis menghidap AIDS semenjak tahun 1983. Penari yang memiliki wajah kacak ini dilahirkan pada 17 Mac 1938 di Transiberia, Rusia(ketika itu dikenali USSR). Ketika meninggal dunia, beliau baru sahaja berusia 54 tahun.

Rudolf Nureyez sangat dikenali sebagai seorang gay. Beliau disahkan menghidap AIDS kerana jangkitan semasa hubungan kelamin dengan salah seorang daripada ramai ‘kekasihnya’. Miskipun dikenali sebagai ‘the gay playboy’, beliau juga memiliki beberapa pasangan tetap. Antara pasangan-pasangan yang pernah hidup bersama-sama dengannya adalah Eric Bruhn, seorang penari vateran, Wallace Potts, seorang pengarah dan aktivis, dan Robert Tracy, seorang penari muda dan junior kepadanya.

Rudolf Nureyev

Tony Richardson

Seorang lagi selebriti yang menghidap AIDS akibat gaya hidup yang kurang sihat dengan mengamal seks songsang. Beliau mula membina reputasi sebagai seorang pengarah dan penerbit filem yang disegani di Britain dan kemudiannya melebar sayapnya ke Hollywood dengan mengarah filem pecah panggung, Tom Jones(1963). Filem Tom Jones telah mengangkat namanya apabila beliau memenangi dua Anugerah Academy bagi kategori Best Director dan Best Picture.

Tony Richardson meninggal dunia pada 14 November 1991 di Los Angeles, Amerika Syarikat. Beliau yang lahir pada 5 Jun 1928 berumur 61 tahun ketika beliau menghembuskan nafas terakhir. Sepanjang hayatnya, beliau tidak dikenali sebagai pengamal seks songsang. Namun, setelah meninggal dunia, segala-galanya terbongkar sepertimana yang terjadi kepada Freddie Mercury, Anthony Perkins dan ramai lagi.

Tony Richardson

 

 

Arthur Ashe

Arthur Ashe adalah seorang pemain tenis profesional kulit hitam pertama daripada Amerika Syarikat. Pada masa itu, Amerika Syarikat masih lagi diselubungi dengan dasar perkauman yang melampau namun ia tidak menghalang daripada Ashe untuk melangkah dalam sukan ini dengan lebih jauh. Ashe ternyata sangat berbakat apabila berjaya merangkul Grand Slam sebanyak tiga kali.  Ashe adalah lelaki kulit hitam pertama merangkul trofi berprestij itu. Pada tahun 1969, beliau telah menduduki ranking pertama dunia.

 

Ashe sebenarnya tidak berhenti di situ, selepas mengantung raket pada 1980, beliau meneruskan kerja-kerja amalnya. Pada 1985, beliau ditahan setelah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pejabat duta Afrika Selatan untuk menentang dasar apartheid. Beliau juga ditahan pada 1992 kerana membantah tindakan keras ke atas pelarian daripada Haiti. Beberapa bulan sebelum meninggal dunia, Ashe menubuhkan Arthur Ashe Institute for Urban Health bagi membantu para penyelidik bagi mengesan penyakit-penyakit sukar dirawat.

 

Ashe meninggal dunia pada 6 Februari 1993 pada usia 49 tahun. Beliau didiagnosis menghidap AIDS akibat jangkitan daripada proses pemindahan darah semasa pembedahan jantungnya. Beliau yang dilahirkan pada 10 Julai 1943 telah menjadi idola kepada ramai pemain tenis terkemudian daripadanya seperti Andre Aggasi, Pete Sampras, Venus William dan ramai lagi.

Arthur Ashe

 

Isaac Asimov

 

Isaac Asimov meninggal dunia pada 6 April 1992 selepas dijangkiti AIDS melalui percemaran darah AIDS semasa proses pemindahan darah. Ia berlaku akibat pembedahan pintasan jantungnya pada Disember 1983. Beliau hanya diistiyharkan meninggal dunia akibat kegagalan ginjal dan jantung oleh hospital. Walaubagaimanapun, beberapa tahun kemudian, isteri beliau mendedahkan beliau telah meninggal dunia akibat jangkitan AIDS. Pendedahan isteri beliau dibuat setelah mengambil kira pandangan positif masyarakat terhadap Arthur Ashes yang turut bernasib malang seperti Isaac Asimov.

 

Isaac Asimov yang lahir pada tahun 1919 di Rusia adalah seorang penulis sains fiksyen paling prolifik pada zamannya. Beliau menghasilkan banyak novel dan cerita pendek berunsur sains fiksyen yang bermutu seperti siri-siri Foundation, The Last Question(1956), I, Robot(1950) dan banyak lagi. I, Robot kemudian diadaptasi ke dalam layar yang dibintangi oleh pelakon popular Hollywood, Will Smith. Filem tersebut telah mencatatkan kutipan pecah panggung di seluruh dunia.

 

Isaac Asimov

Liberace

 

Dikenali ramai dengan gelaran Mr. Showmanship dek kerana kemahirannya ‘menangkap’ penonton dengan gaya hebatnya bermain piano dan komunikasinya di atas pentas. Beliau yang dilahirkan pada 16 Mei 1919 meninggal dunia pada 4 Februari 1987. Ketika itu, Liberace atau nama sebenarnya, Wladziu Valentino Liberace berusia 67 tahun. Sebab utama kematiannya didiagnosiskan oleh doktor menghidap serangan jantung. Walaubagaimanapun, ramai peminatnya yakin Liberace meninggal dunia akibat komplikasi daripada jangkitan AIDS sejak tahun 1985. Sepertimana ramai penghidap AIDS yang lain, Liberace adalah seorang pengamal homoseksual miskipun sering dinafikan olehnya semasa hayatnya. Jenazahnya dikebumikan di Forest Lawn-Hollywood Hills Cemetery di Los Angeles.

Liberace

 

 

 

 

(Gambar) Nolstagia Terengganu zaman dahulu..

Oleh: takusahrisau

 

Terengganu adalah salah sebuah daripada tiga negeri di pantai timur. Ia terletak di bahagian timur semenanjung Malaysia, betul-betul menghadap Laut China Selatan. Negerinya sungguh makmur dan tenteram. Daripada ketiga-tiga negeri di pantai timur, Terengganu boleh dikatakan negeri yang paling kaya dengan hasil lautan dan sumber mineral yang melimpah ruah.

 

Sejarah yang panjang

Sejarah Terengganu adalah amat panjang. Kuala Terengganu dipercayai telah dihuni dan didiami sekurang-kurang pada abad ke-10 masihi. Catatan cendekiawan daripada China seperti ’Ling-wai-Tai-ta’ karangan Cao Cu Fei tahun 1178, menyebut ’Teng-ya-nu’. Buku ’Cu-fan-Cih’ karangan Cao Ju Kua tahun 1226 ada menyebut pula ‘Teng-ya-nung’. Ramai ahli sejarah tempatan berpendapat sama ada Coa Cu Fei atau Coa Ju Kua, kedua dua mereka tersebut merujuk kepada kedua-dua kepada nama Tengganu atau sekarang dikenali Terengganu.

 

Pengaruh Islam

Terengganu dicatatkan sebagai negeri yang menerima pengaruh Islam paling awal di Tanah Melayu. Penemuan batu bersurat oleh seorang pendagang dan pendakwah Islam, Syed Hussein Ghulam al-Bukhari pada 1902 di Kuala Berang telah membuktikan bahawa Islam telah sampai di Terengganu sekurang-kurangnya pada abad ke-12 masihi. Menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, tarikh sebenar batu ini adalah pada Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303 masihi.

 

Negeri alim-ulama

Terengganu memiliki tradisi melahirkan ramai para alim ulama yang bertaraf wali. Antaranya adalah Tokku Pulau Manis(Sheikh Abdul Malik), Sheikh Abdul Qadir Bukit Bayas(Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani), Tokku Tuan Besar (Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin), Tok Sheikh Duyung(Sheikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani), Tuan Guru Cik Umar Besut(Haji Umar bin Cik Ahmad) Tokku Paloh(Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus), Tok Ku Melaka(Saiyid Ahmad bin Saiyid Muhammad al-Aidrus) dan Haji Abdul Rahman Limbong.

Di kalangan ulama yang dicatatkan ada yang mempunyai jalur keturunan yang sama seperti Tokku Tuan Besar adalah bapa kepada Tokku Paloh dan datuk saudara kepada Tokku Melaka. Ada pula di kalangan mereka adalah guru kepada ulama-ulama lain. Misalnya, Sheikh Abdul Qadir Bukit Bayas adalah guru kepada Tokku Tuan Besar dan Tokku Paloh adalah guru kepada Haji Abdul Rahman Limbong. Kesinambungan alim ulama di Terengganu masih lagi berjalan sehingga ke hari ini dengan lahirnya beberapa ulama yang digelar ‘Tuan Guru’ seperti Tuan Guru Haji Hadi Abdul Awang, Tuan Guru Haji Mamat Merbau Patah,Tuan Guru Haji Abas Kuala Besut dan ramai lagi.

China Town di Kuala Terengganu.

 

Pemandangan Bukit Puteri daripada seberang laut.

 

Pemandangan kesibukan kapal keluar masuk dari atas Bukit Puteri.

 

Pasar Tanjung

 

Kesibukan menjual beli di tapak pasar kedai payang sekarang.

 

Pemandangan daripada seberang laut kampung Pulau Duyung.

 

Kampung Pulau Duyung

 

Perarakan bunga emas dan perak untuk dihantar ke Bangkok.

 

Kampung Seberang Takir tahun 1947.

 

Feri yang membawa muatan daripada Kuala Terengganu ke Seberang Takir. Sekarang sudah dimodenkan dengan pembinaan Jambatan Sultan Mahmud.

 

Sewaktu banjir besar di Pulau Kambing.

 

Berjual beli di tapak Pasar Kedai Payang.

 

Satu pemandangan di kampung nelayan.

 

Suasana nelayan menarik perahu ke persisir pantai.

 

Kesibukan nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan.

 

Bandar Kuala Terengganu awal 1950-an.

 

Istana Badariah 1940-an.

 

Istana Maziah tahun 1895.

 

Masjid Abidin atau lebih dikenali Masjid Putih.

 

Istiadat diraja Terengganu tahun 1920-an.

 

Terengganu tahun 1980-an.

 

Tapak Pasar Marang tahun 1980-an.

 

Marang awal 1990-an.

 

Kuala Berang tahun 1950-an.

 

Perlabuhan Chukai dan bandar Kemaman tahun 1940-an.

 

 

Istana Kolam, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Kuala Terengganu

 

Pasar Kedai Payang sewaktu baru dibuka.

 

Kelihatan dengan jelas Bukit Besar di sebelah kanan gambar.

 

 

Kemeriahan pasar Kedai Payang.

 

 

Sekolah Melayu Pulau Duyong.

 

 

Sekolah agama Sultan Zainal Abidin.

 

 

Pemandangan di persisir pantai di Kuala Terengganu.

 

 

Perahu besar di muara Sungai Terengganu.

 

 

Terengganu tahun 1960-an.

 

(Video) Melayu dihina dalam Iklan Royal Marines-It’s a state of mind..

Oleh: takusahrisau

 

Sekali lagi bangsa Melayu dihina dalam iklan Royal Marines-It’s a state of mind. Dalam iklan promosi unit komando daripada Britain ini, jelas sekali menggambarkan seorang lelaki Melayu berbadan gempal melakonkan watak antagonis atau dengan kata lainnya, seorang pengganas. ‘Pengganas Melayu’ tersebut berteriak seorang diri di tepi pantai dengan senapang masih lagi di tangan,

“Akulah orang paling jahat dalam dunia ini, akulah raja dalam dunia ini. Mari lawan..mari..aku akan bunuh semua..iyaa”

 

Kata-kata terakhir pemuda tersebut agak kurang jelas. Selepas melaungkan teriakan tersebut, lelaki tersebut beredar ke dalam hutan di belakangnya. Beberapa saat kemudian, keluarlah komando Royal Marines yang menjadi model promosi iklan ini. Dengan menunjukkan kehebatannya menyelinap dan bersembunyi tanpa dikesan, ia jelas menunjukkan mereka adalah komando paling hebat di dunia yang akan bertanggungjawab menentang ‘pengganas’ termasuklah ‘orang Melayu’ yang digambarkan dalam iklan promosi ini.

Apakah yang sebenarnya ingin digambarkan dalam iklan Royal Marines ini? adakah untuk menghina orang Melayu Malaysia atau Indonesia yang kebanyakkan pemimpinnya adalah sekutu kuat kerajaan Britain atau hanya untuk mengangkat produk komando daripada Britain itu sebagai yang terhebat, terkuat dan terbilang di dunia?

 

Untuk pengetahuan anda semua, Malaysia dan Indonesia juga memiliki produk komando dan tentera elit yang boleh tahan hebatnya. Ia diperakaui sendiri oleh ramai pakar-pakar ketenteraan di dunia. Malaysia misalnya memiliki Unit PASKAL(Pasukan Khas Laut) dan Indonesia memilik tentera elit mereka sendiri iaitu KOPASKA(Komando Pasukan Katak) dan KOPASUS(Komando Pasukan Khusus).

Daripada segi kehebatan ketiga-tiga pasukan elit daripada dua negara ini tidak usah disangkal lagi. Mereka bukan calang-calang unit tentera. PASKAL contohnya telah menjaga keamanan Zon Perairan Ekslusif(EEZ) yang sekarang ini menjadi perebutan beberapa negara termasuklah China, Filipina, Brunei, Vietnam sejak tahun 1980-an. PASKAL juga telah beberapa kali bertempur secara tidak khusus dengan lanun-lanun di perairan Selat Melaka dan di Zon Perairan Ekslusif.

Mengenai KOPASUS dan KOPASKA pula, unit komando dan elit daripada Indonesia ini sudah terkenal di seantero dunia sehingga diiktiraf ketiga terhebat di dunia selepas SAS dan MOSSAD. Pengiktirafan ini mengambil kira beberapa kriteria termasuklah keberkesanan operasi dan tahap kesukaran operasi. Jelas sekali Indonesia memiliki produk komando mereka sendiri malah boleh dikatakan setanding dengan SEALS jika dilihat daripada jumlah tentera dalam unit komando mereka.

Jadi, penghinaan Royal Marines terhadap bangsa Melayu adalah sangat tidak wajar. Ini akibatnya jika kita terlalu tunduk kepada bangsa penjajah, senang-senang sahaja mereka meletakkan kita sebagai bangsa pengganas dan teroris.!

(Gambar) Lagak Pelik Masyarakat Pekan Rawa, Indonesia..

Oleh: takusahrisau

 

Bukan adegan bunuh diri beramai-ramai tapi ini adalah salah satu cara pengubatan alternatif terbaru oleh masyarakat di Pekan Rawa Buaya, Cengkareng, Jakarta Barat, Indonesia.

Masyarakat tempatan percaya bahawa aliran elektrik yang terhasil akibat tindakan elektrostatik antara rel dan roda kereta api boleh menyumbuhkan pelbagai penyakit seperti Diebetes, Darah Tinggi, bengkak urat dan jantung.

Lazimnya, rel kereta api ini akan mengumpulkan sekurang-kurangnya 10 orang warga tempatan pada satu-satu masa. Mereka akan ‘beristrirehat’ di situ selama satu jam sebelum beredar.

Setakat ini, masih belum ada kematian dilaporkan membabitkan pertembungan dengan kereta api kerana difahamkan rel tersebut jarang sekali dilalui oleh kereta api. Kerajaan Indonesia juga masih belum mengeluarkan sebarang larangan untuk tidak membenarkan masyarakat tempatan daripada berada di atas rel tersebut.

 

 

p/s: Menurut seorang penduduk, apabila disiram air di atas rel, kekuatan tenaga elektrik sangat kuat sehingga boleh menggentarkan urat-urat saraf di dalam badan. Betul atau tidak, Waallahualam.